Friday, December 10, 2010

Pemimpin Umno: Wajah Ketua Pemuda Umno Malaysia Yang Kuat Melayunya

Bayangkan dalam banyak kerja yang mahu dilakukan oleh orang politik. Lihat dan bayangkan tindakan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Umno yang gila mempertahankan ketuanan Melayu, Umno yang setiap denyut nadinya membela nasib bangsa Melayunya itu.

Di kala harga barang naik, diwaktu anak-anak desa hingusan menyambung titik peluh keringat mengumpul wang bagi memulakan sesi persekolahan mendepan walaupun harga getah dan sawit melonjak gila.

Maka saat itu jugalah Ketua Pemuda Umno yang teras diri diperkasakan dengan 'darah Melayu dan ketuanan Melayu' beraksi rak bagai nak gila mengayakan fesyen. Seorang pejuang rakyat masih lagi ada masa bagi 'kerja-kerja' sedemikian. Ini adalah ciri-ciri bakal kepimpinan pemimpin masa depan Melayu ?

Bayangkan...bayangkan ...alahai nasib Melayu ku

SENSASI: Gambar Ketua Pemuda Umno jadi model catwalk...








Ketuanan Melayu: Babi pun tidak segila itu pertahankannya

PKR dilabelkan mantan PM Mahathir Mohammad sebagai jahat kerana membangkitkan isu ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik. Cuma PKR jahat sahaja sekadar bangkit dan ingatkan tentang ketuanan Melayu yang beria-ria Mahathir dan Perkasa serta konco-konco mempertahankan seperti gila babi lagaknya.


Tetapi amat mendukacitakan Umno adalah menjadi Melayu dan Ketuanan Melayu tergadai dan merempat di tanah air sendiri sejak merdeka. Walaupun ada kebaikan yang dibawa oleh mereka. Lihatlah sahaja tentang isu Bahasa Melayu setakat tahun 2010 Umno hanya mampu dirikan UKM dan DBP. Peraturan kuatkuasa BM sebagai bahasa berdaulat gagal terlaksana dalam banyak displin ilmu dan lapangan termasuk penggunaan BM sebagai bahasa utama di mahkamah.

Saksikan para peguam negara yang berhujah dan penghakiman yang dilakukan di mahkamah menggunakan bahasa apa ?

hatta dalam pendidikan sendiri BM gagal tersempurna dan disempurnakan, sehinggakan sanggup mereka memperkenalkan PPSMI dalam pengajaran Sanis dan Matematik yang BM diyakini gagal menguasai dan menyakini dalam dua subjek ini.

Ini adalah persitiwa yang cukup memalukan negara, ia menjadi lipatan sejarah bilamana meo demi memo desakan rakyat supaya BM didaulatkan dalam negera kita.




Anwar dedah ahli Umno dapat pojek RM2 bilion

ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

NONEAnwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

Saman Balak: Serupa tapi tidak sama, tidak sama tetapi serupa

Beda dan apa yang membedakan dua dalam satu antaranya. Dua kes yang sama pada 10/5/2005 dan 9/12/2010.

Isunya adalah kes saman balak oleh syarikat balak bumiputera terhadap dua buah kerajaan di Malaysia. Satu kes berlaku tahun 2005 adalah kerajaan negeri Pahang DM kes saman balak oleh SGM yang akhir menang dengan nilai saman RM63 juta. Dengan keluasan sebanyak 10,000 ekar milik Umno Pahang katanya.

Dan di Terengganu saman oleh Riyapadu menyaman kerajaan waktu itu zaman pemerintahan PAS katanyan dengan nilai RM1 billion akhir menang. Keluasan kawasan pembalakan 16 ribu ekar lebih, milik kerajaan katanya.

Bedanya di atas adalah cuai Umno Pahang. Di bawah cuai kerajaan negeri. Kes pertama cuai penasihat undang-undang Umno. Maknanya peguam Umno yang mahu ISA kan DS Wan Azizah kerana kes Ketuanan Melayu tu gagal buat kerja.

Kes di Terengganu tepisan Penasihat Undang-Undang Negeri tidak cukup kuat. Gagal berhujah mempertahankan kepentingan kerajaan negeri. Di Pahang peguam Umno gagal pertahankan hujah Umno pertahankan tanah kawasan balak tanah Umno.

Apa pun kita dapat berfikir, membuat firasat bersama-sama bagaimana sistem kehakiman negara ini. Boleh dipersoalkan atau boleh diragui. Dan makenisma pembayaran kerajaan negeri terhadap syarikat yang menang kes juga boleh diragui.

Inilah yang penulis ingin tunjukkan bedanya dan apa yang membedakan antara kedua-dua kes di bawah. Sama tetapi tidak serupa, serupa tetapi tidak sama.



BERITA 1
9/12/2010

Kerajaan Pas cuai disaman RM1b

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).

Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.

“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.

Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.

“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.

Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.

Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.

“Kerajaan Pas ketika itu bukan saja mungkir janji malah telah melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap sebuah syarikat bumiputera,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa diminta mengulas keputusan mahkamah itu berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan rayuan memandangkan mereka perlu bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut.


BERITA 2

10/5/2005
ARKIB : 10/05/2005

Suria Gemilang Makmur gugurkan saman terhadap kerajaan Pahang, UMNO

KUALA LUMPUR 9 Mei - Syarikat pembalakan Suria Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (SGM) menggugurkan kes saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Badan Perhubungan UMNO negeri itu kerana dua pihak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam kawasan pembalakan yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Pengarah Urusan SGM, Syed Ali Badarudin Syed Osman, pada satu sidang akhbar, di sini, hari ini.

Katanya, masalah kawasan pembalakan yang menjadi modal politik pembangkang menjelang pilihan raya umum lepas sebenarnya berpunca daripada kekeliruan aspek teknikal penyediaan pelan dan ukuran tanah yang melibatkan Jabatan Perhutanan Pahang sahaja.

Sehubungan itu jelasnya, SGM akan mengadakan rundingan dengan pengarah jabatan itu dan berharap masalahnya akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

``Justeru tidak wajarlah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilibatkan dalam kes mahkamah kerana beliau mempunyai tugas berat lain untuk mentadbir negeri.

``Beliau dan UMNO Pahang juga tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kawasan pembalakan itu dan saya berharap ia tidak lagi dibangkitkan oleh mana-mana pihak,'' katanya.

SGM sebelum ini memfailkan tuntutan ganti rugi berjumlah RM31 juta apabila hanya berpeluang mengeluarkan kira-kira 30 peratus hasil balak dari tanah milik UMNO Pahang yang berkeluasan 10,000 ekar di Lot PT 6959, Mukim Bebar di Nenasi, Pekan.

Tuntutan itu dibuat apabila Jabatan Perhutanan Pahang enggan meluluskan lesen pembalakan kepada SGM.

Jelas Syed Ali, masalah teknikal seumpama itu biasa berlaku di mana-mana negeri dan berharap perbincangan dengan jabatan itu akan menghasilkan keputusan yang positif dalam masa yang singkat.

Menurutnya, SGM akan mengarahkan peguam syarikat agar menghantar notis pemberhentian kes di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kenapa keputusan menghentikan kes saman itu lambat dilakukan, beliau menjelaskan sebelum ini tiada pihak berkuasa yang membuat penyiasatan terperinci mengenainya.

``Saya dipanggil untuk menyertai sesi siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selama empat hari setengah kira-kira dua bulan selepas Adnan membuat laporan polis mengenainya pada awal Januari 2004.

``Selepas melalui sesi itu, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa masalah itu hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu SGM dan Jabatan Perhutanan Pahang,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, isu itu hanya disebabkan oleh pertelingkahan sempadan kawasan konsesi balak apabila ukuran yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan didapati tidak sama dengan ukuran juru ukur berlesen.

Katanya, berdasarkan peruntukkan undang-undang, ukuran jabatan itu tidak boleh digunakan ke atas kawasan pembalakan itu yang telah menjadi tanah milik UMNO Pahang.

``Sebagai tanah milik, ukurannya perlu dibuat oleh juru ukur berlesen sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO Pahang.

``Bagaimanapun, pada masa ini, SGM tidak berniat untuk memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap Jabatan Perhutanan Pahang kerana percaya kesilapan teknikal itu boleh diselesaikan melalui rundingan,'' tegasnya.

Wednesday, December 08, 2010

Banjir : Di manakah wakil rakyat Umno BN dan kerajaan Umno Pahang


Apabila baginda Sultan lebih perihatin daripada seorang MB. Bayangkan pertama kali dalam sejarah bawah negeri kaya , negeri datangnya PM terhebat. Negeri yang menyudahkan perkataan RAHMAN sebagai PM Malaysia.

Sultan meminta kerajaan negeri agar bantuan kepada mangsa banjir yang diperuntukkan puluhan tahun dulu RM8 dinaikkan kepada RM15 bagi satu kepala mangsa.

Dan lebih memalukan lagi baginda mohon kerajaan percepatkan pembinaan 3 jambatan utama yang sering terputus di Sg Lembing setiap kali berlaku banjir di negeri ini.

Di mana wakil rakyat yang mewakili rakyat sehingga baginda tuanku sendiri terpaksa bercakap sedemikian rupa. Cuba kita bayangkan maksud tersirat apa yang diminta oleh sultan dan bagaimana kerajaan negeri kedudukan dalam hal ini.

Pahang mempunyai 42 orang Adun dan ada 14 wakil MP yang mewakili rakyat. Khasnya di Parlimen berkenaan tanggungjawab siapa adakah bawah Fauziah Salleh atau bawah Indera Mahkota, Inilah yang kita cuba tanyakan ?

Tetapi yang cukup memalukan Pahang adalah bawah Umno Bn, maka menjadi tanggungjawab kerajaan yang ada mereka lah yang bertanggungjawab. Merekalah yang mengendalikan segala-galanya. Segala-gala mereka yang kendalikan.



Sultan Pahang Minta Bajet Makanan Mangsa Banjir Dinaikkan

KUANTAN: Di atas keprihatinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terhadap rakyat baginda yang terlibat dengan bencana banjir setiap tahun, baginda telah memohon jasa baik kerajaan persekutuan supaya menaikkan bajet makanan harian mangsa banjir di negeri baginda.

Menurut baginda, perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dengan menambah bajet tersebut pada tahun ini kepada RM15 sehari berbanding RM8 untuk setiap mangsa pada tahun-tahun sebelum ini.

"Tahun lepas (bajet) setiap seorang adalah RM8 dan tahun ini saya merayu kepada kerajaan persekutuan supaya setiap mangsa diberikan RM15, kerana saya tahu kesulitan yang dihadapi oleh rakyat saya setiap kali berlakunya banjir.

"Mereka kehilangan rumah, harta benda, tanaman, hilang segala-galanya termasuk nyawa," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persediaan menghadapi banjir di Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Baginda bertitah Pahang sudah bersedia sepenuhnya dari semua aspek dalam menghadapi bencana berkenaan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

"Bekalan makanan awal-awal lagi sudah disediakan di pangkalan utama di setiap daerah yang dijangka terlibat, manakala pengangkutan udara dan darat termasuk kekuatan anggota-anggota keselamatan juga bersedia sepenuhnya untuk membantu mangsa banjir nanti," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah sebanyak sembilan buah helikopter disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk membawa bekalan makanan ke lokasi terjejas serta membantu mangsa yang memerlukan bantuan.

Mengenai aspek bantuan perubatan, baginda bertitah baginda telah meminta supaya seorang lagi doktor dihantar ke Pulau Tioman memandangkan hanya ada seorang sahaja doktor yang sedang berkhidmat di sana, manakala bekalan makanan telah dihantar ke pulau berkenaan lebih awal memandangkan jaraknya yang jauh dan dipisahkan dengan laut.

Baginda juga bertitah cuti kaki tangan awam dan negeri serta anggota keselelamatan yang terlibat pula dibekukan bermula 15 Dis ini sehingga 15 Jan depan.

Baginda akan turut memohon peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk membina tiga buah jambatan konkrit yang kesemuanya bernilai RM20 juta di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing bagi mengatasi masalah pengangkutan penduduk di situ untuk berhubung ketika banjir.

"Jabatan Kerja Raya bercadang membina tiga buah jambatan di kawasan itu kerana jambatan kayu yang dibina selalu dihanyutkan air setiap kali berlakunya banjir dan untuk itu saya tulis surat kepada Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri KKLBW) sebaik saya dapat maklumat tentang perkara ini," titah baginda.

Pada Selasa, arus deras Sungai Lembing akibat hujan lebat telah menghanyutkan sebuah jambatan kayu di Kampung Kawah buat kali kesepuluh menyebabkan urusan harian 100 penduduk kampung itu terjejas.

Jambatan baru dijangka siap dalam tempoh 10 hari lagi. - BERNAMA

Rasuah Khir Toyo : Sandiwara Umno Bn memeranginya ?

Salah tetap salah. Bagi sistem pengadilan Malaysia dan Barat, seseorang tidak didapati bersalah sebelum mahkamah memutuskan ia bersalah. Ini adalah pegangan sistem keadilan Barat. Bagi Islam kesalahan jauh berbeda.

Bagi kita dalam hukuman adat, orang Melayu ada perasaan malu. Dalam istilah moden ialah isu moral. Manakala dalam Islam digelar akhlak. Justeru itu, seseorang itu mesti ada sedikit rasa dalam diri rasa etika moral yang dipegang. Bagi masyarakat Jepun rasa malu kerana moral atau akhlak , amalannya mereka letak jawatan atau lebih jauh lagi membunuh diri melalui sistem KAMIKAZI.

Kamikazi atau bunuh diri adalah lebih mulia. hari ini di Malaysia mantan MB Selangor Khir Toyo bertindak meletakkan jawatan sebagai ketua Pembangkang sahaja, tidak sebagai wakil rakyat. Sebab beliau memiliki 2 lot tanah di Shah Alam. Dengan nilai suapan RM6.5 juta, namun beliau membeli dengan harga RM3.5juta. Maknanya tidak seperti aduan ADUN DAP kepada SPRM bernilai RM24 juta.

Bagi kita kita kesian dengan Khir Toyo kerana giliran beliau dijadikan mangsa lakonan Umno Bn, bagi mengabui mata rakyat. Kerajaan Umno Bn seolah-olah nampak tegas memerangi rasuah dan salah laku siapa sahaja. Selepas tindakan pendakwaan ke atas mantan Presiden MCA Ling Liong Sik kerana menipu kerajaan Malaysia tentang PKFZ yang berbillion ringgit itu.

Penulis teringat kata-kata almarhum Ust Fadzil Noor mantan Presiden PAS dalam mengulas isu kes Al Maunah di Bukit Jenalik Perak. Bahawa kerajaan bersandiwara dalam kes memerangi kumpulan pengganas.

Bagi penulis ini lagi satu episod sandiwara Umno Bn, zaman Najib Rosmah selaku PM Malaysia.


Khir Toyo Sah Letak Jawatan; AG Perjelas Kenapa Wang Jaminan Tinggi...

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim.

Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi tadi. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat.

"Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu.

Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan.

Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000.

Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004.

Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah.


Rumah Agam Vs Rumah Rakyat













Rumah rakyat selepas 53 tahun merdeka








Rumah rakyat selepas 53 tahun merdeka





















Atas: Rumah TGNA selepas menjadi MB 20 tahun
(kiri)Rumah Agam Khir Toyo selepas 10 Tahun menjadi MB




Bandingkan kedua-dua buah rumah Menteri Besar Malaysia. Sebuah di negeri terkaya Selangor dan sebuah lagi negeri termiskin di Malaysia. Inilah pencapaian siapa yang diutamakan.








Pakaian Yang Didoakan Malaikat ?



Ujian rezeki manusia ada di mana-mana. Farah kena bersabar dan yakin bahawa ini adalah satu ujian. Perubahan dan tindakan Farah memilih 'jalan' ini dengan mengenakan tudung dalam dunia artis dan seni adalah sesuatu yang 'cukup besar'. Ia belum menjadi 'trend' dalam dunia seni tanah air.

Jika Farah memilih seperti rakan seperjuangan seperti dalam gambar foto ini, ia tidak menjadi masalah. kekadang perasaan kita sahaja, rakan-rakan artis pun kekadang kekok dengan perubahan Farah. kerana ada bermacam-macam perasaan.

Ingat Farah 'rasa' itu sahaja ada pada semua orang. dan pada semua manusia. Ia akan beransur-ansur pergi harap bersabar

Allah tidak akan menzalimi umatnya. Ingat

Tuesday, December 07, 2010

PRU13: Najib mula pancing rakyat ?

Ambang Maal Hijrah tersambut di malaysia dengan beberapa event yang besar. Najib gah berucap mempiagamkan 7 piagam Bn kelmarin sehari sebelum maal Hijrah. Khir Toyo anak Jawa mantan MB Selangor didakwa atas pertuduhan rasuah 2 lot tanah saja. Demo dan memo air oleh MB Selangor kelmarin untuk DYMM. Talent Corp.

Terhebat piagam Bn dan kes Khir Toyo mendominasi persada berita utama dan bualan masyarakat setempat dan senegara. Ironisnya, kenapa kerajaan baru mengambil tindakan terhadap Khir, kenapa Khir sahaja, bagaimana yang lain. Tanya dengan Ezam Kotak, sebab dia ada banyak kotak. Sila tanya Rais Budaya yang ada berpuluh-puluh fail yangmempunyai kes-kes berprofail tinggi.

Inilah bentuk kerajaan rakyat didahulukan, 1Malaysia. Bagi kita petanda jelas Najib dianalisiskan oleh penganalisa sudah pulih imejnya di mata rakyat, khasnya kawasan luar bandar.

Justeru saat ini adalah waktu dan tikanya yang amat sesuai bagi mengisytiharkan PRU13. Sementara kalangan gabungan rakan Pakatan hadapi kegawatan masing-masing dengan isu ketuanan Melayu dan isu TPM Cina.

Kedua kesungguhan Najib memerangi penyelewengan dan salah laku orang besar dan bekas orang besar diagendakan bagi mengabui mata rakyat, bahawa tindakan mendakwa Khir adalah satu bentuk kesungguhannya kepada rakyat. Oleh itu, rakyat mudah terpesona dan dipesonakan olehnya.

Saturday, December 04, 2010

Aznil ungkapkan Oh Bulan melalui siaran langsung TV

Apabila pengacara Aznil Nawawi yang mengacara Bakat istimewa semai Bakti, Piala Perdana Menteri 2010 bagi menghargai bakat insan istimewa yang ada dalam PDK seluruh malaysia.

Dalam pencarian bakat dan juara kalangan ahli PDK seluruh Malaysia, antara tetamu yang hadir adalah PM Malaysia Rosmah Mansor , diiringi oleh Shahrizat Jalil, ahli-ahli Bakti, Speakar Dewan Rakyat dan isteri serta ramai dif-dif kenamaan yang lain.

Semasa selesai peserta dari PDK negeri Terengganu menyelesaikan persembahan mereka Aznil secara tidak langsung menyanyikan lagu Oh Bulan. Ucapan spontan Aznil secara langsung ini dapat diikuti seluruh negara.

Kita jangkakan selepas ini Aznil akan digam daripada mengacara di TV3 nanti. Kita nantikan apakah kesudahan nasib Aznil


Sokongan Bn semakin pulih ?

Sokongan rakyat kepada BN bukan semakin pulih. Umno gagal menubuhkan cawangan baru di kawasan perkampungan tradisional, begitu juga kawasan taman perumahan.

Aktivitis Umno Bn lebih bergelut untuk mengejar untuk mengisi perut dan bawah perut sahaja. mana ada anak muda Umno yang membawa ideologi perjuangan Umno dalam masyarakat. Mereka menjadi juara media, demo mencari nama semata-mata mahu 'menjual' diri mereka bagi ke jawatan-jawatan tertentu dan mendapat tempat.

Sila tanya ke mana Sabaruddin Chik di Temerloh mantan SUA Umno yang paling lama. Sebutkan nama-nama 'tokoh' Umno lain dan Bn lain ?






Minda Pengarang: Sokongan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN semakin pulih


SEGALA kerja keras dan pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak diterajui Datuk Seri Najib Razak, kini mula menampakkan hasil. Perancangan besar membabitkan dasar dan pelan induk yang diperkenalkan dengan matlamat mempertingkatkan kemakmuran kian difahami dan diterima rakyat. Komitmen barisan kepemimpinan negara yang memberi fokus kepentingan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat dinyatakan melalui slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dibuktikan dengan menjadikannya agenda utama nasional. Kita tidak menolak sudah ada mood ceria di kalangan rakyat yang mula merasai kesan daripada pelbagai program, pelan dan tindakan yang dilaksanakan untuk kepentingan mereka. Jika sebelum ini, ada perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat berhubung beberapa isu seperti pendidikan, keselamatan, hak mahupun aspek keagamaan, kini nampaknya ia kembali reda. Kerajaan berjaya mengurus dan menangani isu berkenaan dengan baik serta bijak. Justeru, kita berpendapat kenyataan Najib di Phnom Penh, kelmarin ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Keenam Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) bahawa sudah ada tanda pemulihan sokongan rakyat kepada BN, tentu ada kebenarannya. Najib menjelaskan bahawa sudah ada tanda kembalinya sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN, ia berikutan kesungguhan kerajaan menunaikan janji terutama yang dibuat dalam pilihan raya. Usaha kerajaan meningkatkan keyakinan rakyat seperti mengurangkan kadar jenayah, membasmi kemiskinan, menyediakan kemudahan pendidikan dan meningkatkan pendapatan rakyat jelas disambut baik. Lebih penting segala usaha dan janji itu bukan kata-kata retorik atau tinggal di atas kertas, tetapi dilaksanakan sehingga membuahkan hasil dan jelas terlihat sekarang.

Malah, pada sesi sidang Dewan Rakyat, kelmarin dimaklumkan kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat di luar bandar daripada hampir 50 peratus pada 1970 kepada kini hanya 3.6 peratus. Malah hasil inisiatif kerajaan menerusi medium pendidikan, 70 peratus daripada 30,345 pelajar sedia ada di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara adalah pelajar luar bandar daripada keluarga miskin. Namun, kita percaya semua kejayaan itu tidak mudah diraih tanpa komitmen yang tinggi jentera kerajaan untuk merealisasikan hasrat itu. Kita yakin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang sentiasa melihat kepada kehendak, keperluan serta memenuhi harapan mereka. Justeru, kita percaya kerajaan yang diterajui Najib sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat. Pendekatan yang diguna pakai mulai diterima rakyat tanpa perasaan terpaksa. Pada masa sama, rakyat memahami tidak semua perkara yang dihajati dapat dipenuhi kerajaan dalam sekelip mata. Namun yang penting kesediaan dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka. Tanda-tanda pemulihan sokongan rakyat juga boleh dirujuk kepada kemenangan calon BN dalam pilihan raya kecil lalu iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Galas selain Parlimen Hulu Selangor dan Batu Sapi. Tanda-tanda keberkesanan pelan transformasi ekonomi dan sektor perkhidmatan awam juga semakin ketara dan kenyataan itu bukan fakta yang sengaja direka. Namun, setiap ahli dan pemimpin BN jangan berasa selesa dengan perkembangan ini. Seperti yang Najib tegaskan, sebagai parti yang lama memerintah, BN terdedah kepada tiga penyakit iaitu inertia, amnesia dan keyakinan palsu. Gejala ketiga-tiganya ialah tidak maju, statik dan menolak perubahan serta hilang arah tuju.

BN: Barang Naik , Bukalah Mata !!!!


Apa pun yang berlaku di Malaysia, kerajaan tidak salah. Memanglah begitu yang salah adalah rakyat kerana telah memilih kerajaan yang salah. Terbaru sebelum sambutan Krismis 25 Disember ini kerajaan sekali lagi 'terpaksa' menaikkan bebeberapa barang keperluan.

Kenaikan minyak, gas LPG , gula adalah antara barang utama kegunaan rakyat.

Impaknya cukup besar. Bagi mantan PM Dr M, kenaikan ini adalah lumrah kerana kerajaan terpaksa menaikkannya. Sebab-sebab terpaksa itu tidak dijelaskan. Maknanya kerajaan 'malas' menanggung bebanan itu, bebanan itu dipindahkan kepada rakyat. Maka rakyat bersama-samalah merasai. Ibarat hati kuman sama dilapah, hati rakyat dicecah cincangkan.

Berita Utama TV3 malam ini, mengejutkan tatapan rakyat seMalaysia barangkali. Bagi yang peka bagaimana siri-siri kemalangan kereta terbakar sudah menjadi laporan biasa. Kenapa dan mengapa ? Sedikit masa dahulu kajian telah mendedahkan selain faktor-faktor lain, masalah minyak RON95 yang kerajaan bekalkan dan hadiahkan kepada rakyat Malaysia adalah menjadi salah satu punca kereta terbakar.

Kerajaan bawah agensi yang dipertanggungjawabkan cepat dan pantas menolak dapatan kajian tentang kemalangan bentuk ini. Media utama terus diam dan senyap, pakar-pakar kemalangan membisu macam mat bisu sahaja. Perbincangan sebab-sebab serta punca kemalangan tertutup dan ditutup.

Inilah hadiah dan inilah 'petunjuk Allah' terhadap kita. Bukalah mata rakyat Malaysia seluas-luasnya.













Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

hamdan adnan 170805Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

cuepacs omar osman 181007Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Rakyat marhaen menderita

Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

NONEKata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Alasan bodoh

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.

mamak restaurant 271206 food“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.

“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.

NONEMohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.

“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.

“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”

KENYATAAN MEDIA TGNA: ISU TPM

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 1 Disember 2010 / 24 Zulhijjah 1431

Friday, December 03, 2010

Najib: PRU 13 awal ?

Naijib optimis bahawa PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat. Ramai penganalisa politik menjangkakan PRU 13 akan diadakan bulan Mac . Cuti persekolahan pada 12 - 20 Mac 2011. Umno Bn nampak stabil. Mesyuarat agong cawangan umno sudah ditangguhkan. Arahan penangguhan daripada ibupejabat agong sudah diketahui umum. Cuma janji Najib mahu membuat 'pusingan' kunjungan ke negeri-negeri belum dilaksanakan.

Lebih menarik dan tertarik nampak Pakatan Rakyat kumpulan pencabar Umno Bn semakin 'goyah'. PKR dengan kemelut dalaman soal pemilihan yang baru tamat, Pengisytiharan Zaid Ibrahim tokoh Umno serpihan yang masuk PKr. Bulan madu tidak lama dan panjang mahu bertindak keluar secara rasmi bulan ini.

Terbaru PAS dan DAP akan berkrisis dengan mengisukan tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang. Berita yang dikutip daripada mana entahlah. Dan kenapa dan mengapa ditimbulkan saat-saat ini. Dan juga kenapa dan mengapa Kedah mahu menuntut P Pinang masa kini, tidak sebelum sebelumnya. Inilah yang dipelikkan ?




Pilihan raya umum boleh jadi awal


NAJIB (kiri) bersalaman dengan para pemimpin kanan partii politik Asia pada ICAPP 2010 di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.

Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.

"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.

"Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam.

Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.