Thursday, November 11, 2010

Marah dan sifatnya , kena tidak kena

Lumrah dan adalah sifat semualjadi manusia iaitu ada perasaan suka, duka, senyum dan marah. Sebagai contoh sifat marah misalnya seorang ayah akan memarahi anaknya atas sebab anak itu melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan si ayah, marah itu adalah normal> Begitu juga seorang ketua jabatan akan bertindak memarahi akan anak buahnya sebab kelakuan dan tindakan anak buahnya tidak disukai oleh bosnya itu tadi. Justeru begitulah juga seorang wartawan akan turut dimarahi oleh seorang MB atas apa yang dilaporkan itu yang mengundang kemarahan MB berkenaan.Cuma adalah sedikit perbedaan antara kemarahan seorang ayah kepada anaknya. Dengan marah nya seorang MB kepada wartawan. Itu sahaja. Maka di sini bukanlah wartawan atau si MB berkenaan maksum belaka. Ini adalah lumrah dan sebahagian daripada rona-rona kehidupan manusia dan kemanusiaan.

Cuma kali ini seorang MB dirakamkan sedang memarahi seroang wartawan. Dan dihebohkan serta dikecohkan terhadap apa yang dilaporkan. Ramai yang mengulas dan juga mengedarakan rakaman kemarahan MB Kedah kepada wartawan itu kelmarin. Ini adalah gara-gara sebabnya MB Kedah dikatakan lambat dan lembab dalam mambantu mangsa banjir di Kedah yang kini dilaporkan antara dua buah negeri yang ditimpa musibah paling buruk sejak tahun 2005. Sasaran serangan laporan itu adalah menfokuskan tindakan MB berkenaan, dan tidak dipertikaikan jentera kerajaan bagi menghadapi banjir di negeri itu.

Kerana pemahaman ramai MB adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa sahaja yang berlaku dalam negeri nya. Soal tanggungjawab bawah perlembagaan yang dikatogerikan sebagai Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan senarai Negeri darisegi bidang tugas tidaklah mahu diambil tahu dan diambil pusing. Bagi orang yang faham dan tahu, ia akan tahu dan faham apa kerja MB dan jentera kerajaan negeri bawah bidangkuasannya.


Justeru sebagai seorang manusia / insan MB Kedah juga adalah manusia. Dalam diri manusia pertama dia hendaklah dihormati, kedua manusia juga hendaklah dirundingi, selain itu manusia juga harus dipuji dan sifat seterusnya manusia juga harus di... di yang lain.

Cuma istimewa kali ini MB Kedah adalah MB yang datang daripada kumpulan yang tidak sehaluan dan sekapal dengan kerajaan Pusat. Justeru apa-apa juga 'keistimewaan' yang dibuat, dilakukan, ditindaki akan mendapat perhatian dan liputan. Hatta 'kemarahan' beliau terhadap wartawan yang dipaparkan itu pun turut mendapat perhatian dan liputan.


Semua nya ini adalah politik dan menjadi kerja orang politik mempolitikkan sesuatu yang boleh dipolitikkan. Inilah istimewanya seorang ahli politik. wal hal jika mahu diceritakan tentang sifat marah, berapa ribu kali sehari guru-guru seluruh Malaysia yang marahkan para pelajarnya, sampai ada yang kena pukul, rotan, tempeleng dan sebagainya.

Isu marahnya guru itu hanya tidak diuar-uarkan

Wednesday, November 10, 2010

Benar atau tepat pendapatan pekebun kecil Kedah RM4,000 sebulan

Penulis paling berbangga adalah bilamana menteri pembangunan luar bandar Dato Shafie Afdal umumkan hari ini, 350 ribu penoreh getah seluruh negara bakal mengecapi pendapatan mini RM4,00 sebulan.

Syukur alhamdulilah pertama kali dalam sejarah negara selepas demontrasi Baling 1972, sebab dek getah juga oleh Anwar Ibrahim waktu itu. Manakala bagi penulis pendapatan RM4,000 sebulan ini jika bekerja dengan kerajaan sudah berkhidmat 10 tahun dan memegang gred perkhidamatan awam DG44.

Tahniahlah kerajaan Najib kerana getah naik ni. Benarkah pendapatan pekebun sejumlah itu di kampung. Jika ada masa penulis ingin turut buat soal selidik bagi memastikan apakah yang diumumkan ini benar atau tidak tepat.

Bukannya penulis dengki atau iri, tetapi perihal kehidupan rakyat muktahir ini boleh dipersoalkan ?

Getah naik harga, pekebun raih RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, peningkatan harga itu begitu memberangsangkan serta melonjak dengan begitu cepat berbanding harga pasaran empat bulan yang lalu iaitu kira-kira RM10 sekilogram.

"Antara harga komoditi yang stabil harganya yang kita dapat lihat adalah industri getah dan saya yakin harga getah ini akan terus melonjak naik.

"Peningkatan ini juga dapat menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara sekali gus dapat membantu kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi dan Anugerah Kualiti RISDA 2010 di Ibu Pejabat RISDA di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan.

Menurut Shafie, program tanam semula RISDA dengan peruntukan sebanyak RM217 juta pada tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil getah.

Kata beliau, sehingga September lalu, seluas 96,215 hektar atau 73 peratus program berkenaan sudah dilaksanakan.


Tuesday, November 09, 2010

Fahami antara politik dan berpolitik

Berpolitik dan mengendalikan parti politik bukannya mudah. Dua perkara tersebut amat berbeda. Justeru berpolitik dan mengendalikan parti politik adalah melibatkan orang. Terkini adalah kecoh berkenaan pemilihan PKR.

Yang dikecohkan pemilihan terkecoh adalah bukan keseluruhan jawatan, tetapi cuma melibatkan jawatan Timbalan Presiden. Pemilihan tersebut tertumpu kepada 2 figure besar dalam PKR iaitu Azmin Ali -orang kesayangan Anwar spt dakwaan dan Zaid Ibrahim bekan menteri kabinet zaman Pak Lah yang meletakkan jawatan dan menyertai PKR.

Oleh itu dalam mana-mana parti politik, kader dan proses perkaderan itu adalah amat penting. kerana memasing ahli akan memahami serta menjiwai hala tuju parti yang disertai atau dianggotai. Justeru, mereka yang berpolitik selain menjadi ahli politik mereka juga ada prinsip dan dapat hayati prinsip perjuangan parti. Jika dua perkara itu berbeda maka jadilah ahli politik berkenaan separuh nyawa dan separuh masak.

Jika sesuatu benda itu kurang masak dan separuh masak. ia tidak dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Dalam politik dan ahli politik mana ada istilah merajuk dan kecil hati, kerana orang politik harus bersedia dan menyediakan dirinya dengan keadaan sedemikian. Jika enggan jadilah sebagai pegawai tadbir yang tidak menjadi ahli politik.

Hari ini serangan yang dinanti-nantikan Umno Bn telah kunjung tiba. Bagi PKR ini adalah ujian ketahanan. Rakyat akan dan sedang menilai kedudukan anda. Jika tersalah urus akan memakan tuan. Kepercayaan rakyat akan terhakis.

Kini semua jentera mula menyerang peribadi misi Anwar yang ditonjolkan sebagai wawasan personal, bukan hasil persepakatan dalam Pakatan Rakyat. Inilah yang cuba ditonjolkan. Keraguan sesama Pakatan mulai diprovokasikan bagi mencetuskan kemarahan rakan sepakatan. Diragukan, diwas-waskan dan dikecil-kecilkan pimpinan dan diserang peribadi tokoh berkenaan.

Inilah politik namanya, mereka menunjukkan cara berpolitik. Cantas dan lemahkan musuh, titik dan rendahkan mereka, rakyat hilang keyakinan, akhirnya mereka dipilih.

Sunday, November 07, 2010

Bn siap siaga hadapi PRU 13

Apakah maknanya berita ini, dua sahabat tetapi berseteru mencari pengaruh. Jika MCA berdiri, Gerakan akan berlari. Inilah perbandingan MCA dan Gerakan dalam memberi signal kepada abangnya umno bahawa mereka sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRu 13.

Mereka hanya menunggu paluan gendang 'piliharaya' daripada mulut Pm yang terlantar itu.

Justeru, apa pula sambutan kumpulan Pakatan Rakyat terhadap tarikh keramat yang bakal dilontarkan PM. Penerusan amalan semua PM terdahulu merahsiakan tarikh pilihanraya. Seolah-olah macam tarikh Umno mahu mati sahaja lagak sembunyinya. hatta umno sendiri pun lambat tahu, maka yang tahu hanyalah PM sahaja. Itupun PM daripada Umno sahaja.





MCA Perkemaskan Jentera Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- MCA kini giat memperkemaskan jentera parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata semua anggota parti itu komited dalam usaha menjayakan hasrat MCA untuk membawa Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum itu selain terus menangkis pelbagai dakwaan pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN.

"Kita mengharapkan anggota parti boleh menyampaikan kepada rakyat mengenai segala usaha kerajaan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka...kita mahu memastikan rakyat terus yakin dengan kepimpinan negara," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, beliau juga yakin MCA melalui pemimpin peringkat akar umbi, dapat menggembleng tenaga untuk memberi sokongan padu kepada Gagasan 1Malaysia yang diterima baik oleh semua masyarakat termasuk kaum Cina.

Beliau berkata kemenangan BN di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi membuktikan kaum Cina semakin memberi sokongan kepada kerajaan.

Liow sebelum itu merasmikan pertandingan separuh akhir syarahan politik MCA peringkat kebangsaan yang berlangsung sejak semalam. Pertandingan dua hari itu menyaksikan 21 peserta berjaya ke peringkat akhir pada 13 dan 14 Nov ini yang akan diadakan di Johor.


-- BERNAMA


Gerakan Kenalpasti Calon PRU 13 Lepas Tahun Baru Cina 2011

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Parti Gerakan akan mengenalpasti dan memperkenalkan calon-calonnya bagi pilihan raya umum k-13 (PRU13) selepas sambutan Tahun Baru Cina, pada 3 Feb depan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata selain dari melancarkan jentera parti, beliau telah mula menjelajah hampir kesemua kawasan yang diperuntukkan untuk parti itu untuk membuat penilaian awal tentang kedudukan politik semasa sejak empat bulan lepas.

Katanya penilaian dan pemilihan calon parti itu akan dibuat berdasarkan kepada komitmen, integriti, kebolehan, prestasi dan faktor boleh-menang.

"Kita akan melawat semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kita dalam tempoh masa tiga bulan ini untuk menilai prestasi wakil-wakil rakyat dan penyelaras-penyelaras yang sedia ada," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan yang ke-39 di Menara PGRM pada hari Ahad.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Koh menegaskan bahawa beliau tidak mahu anggota Gerakan melobi atau meminta sokongan berlebih-lebih untuk mendapatkan pencalonan.

"Kerja dulu, jangan melobi-lobi," katanya.

Pada PRU ke-12 lalu, Gerakan tewas kesemua 12 kawasan DUNnya, manakala cuma mampu mempertahankan dua daripada 10 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sementara itu, beliau juga mengesa supaya anggota Gerakan terus bersatu dan gigih bekerja untuk menghubungi semula dengan rakyat dan pada masa yang sama membuktikan kepada pengkritik-pengkritiknya bahawa padangan negatif mereka terhadap parti itu adalah tidak tepat.

"Kita mungkin lemah tetapi kita bukannya jatuh tersungkur. Pengkritik-pengkritik kita cuba memaparkan Gerakan sebagai sebuah parti "tak berguna" dan parti "tidak mempunyai harapan.

"Kalau begitu, mengapakah kita terdapat tiga wakil rakyat Bebas yang memilih untuk memasuki parti kita? Kalau begitu, mengapakah seramai 20,000 orang dari semua negeri telah menjadi anggota baru dan 5,000 orang lagi dalam proses permohonan," katanya.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Gerakan juga komited dalam mempromosikan demokrasi dalam ruang lingkup parti.

Katanya anggota parti juga harus mempraktikkan kesederhanaan dan keterangkuman khasnya dalam berbicara tentang pandangan-pandangan yang bertentangan dan berlainan dalam ruang lingkup parti dengan hati dan minda terbuka.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa generasi pemimpin muda Gerakan perlu memahami sejarah dan ideologi perjuangan parti, serta perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Katanya walaupun lapisan pemimpin masa kini menghargai perjuagan dan khidmat veteran-veteran, namun kepimpinan sekarang perlu bersesuaian dengan keadaan semasa.

"Tetapi pada saya, pasti mereka juga memahami bahawa ada masa yang berubah memerlukan strategi baru, pendekatan baru dan cara kepimpinan baru," katanya

Benarkah Umno Bn menguasai permainan kini ?

Penantian Umno Bn untuk meraih kemenangan prk adalah cukup lama. Kemenangan Bn di Galas dan Batu Sapi melalui prk telah kembali menyuntik semangatnya. Kegembiraan tersebut tidak disembunyikan contoh melalui ulasan Dolah Kok Lanas (DKL) yang dapat membayangkan bagaimana lonjakan kegembiraan Najib di atas katil HKL dan kebanggan berganda itu turut ditumpangi serta dikongsi sama oleh Muhyidin TPM atas kemenangan berganda hadiah tahun 2010.

Namun kemenangan Batu Sapi dan Galas bukanlah segala-galanya, namun ia cukup menjadi petunjuk kepada Bn untuk melakarkan rencana politik mereka. Walaupun kali ini tiada ulasan, sorotan, lambungan pujian berganda sepanjang minggu didada-dada akhbar terhadap Umno khasnya Umno Kelantan.

Maka tiada juga terima kasih berganda kepada Ku Li selaku pengarah jentera Bn yang memenangkan prk Galas bagi pihak Umno Bn. Kemenangan Ku Li atau kemenangan Umno menjadi persoalan menarik ? Jumlah majoriti dua kali ganda dengan undi apong daripada masyarakat Cina dan Asli kembali kepada Umno adalah cukup besar.Berbaloikan pelaburan Umno Bn ? Juga turut menjadi tanda tanya. Apa pun yang penting semangat Umno Bn semakin pulih. Justeru pemulihan inilah yang kurang megembirakan Pakatan Rakyat.

Berbalik dengan Galas. Kenapa tiada pujian, tiada terima kasih kepada Ku Li, tiada penghargaan muka dalam suratkhabar umno kepada pengundi Galas dan Batu Sapi. Inilah politik. Umno semakin berubah dan mahu mengubah strategi . Bagi Dolah Kok Lanas secara sedar dan sinis pula menyatakan kemenangan Umno di Galas bukan bermakna semuanya beres. Beliau berhujah memberi gambaran contoh bagaimana Presiden AS Barak Obama yang hebat dengan 'change' selepas dua tahun 'semakin hilang' kepercayaan rakyat terhadapnya khas di Dewan Senat.


Cuma kemenangan Galas dan Batu Sapi digarap sebaik mungkin oleh para blogger upahan Umno. Dan juga ulasan picisan bekas-bekas pelacur politik yang mendakwa mereka bebas, menyerang PAS dan Pakatan Rakyat, supaya cermin diri terhadap dua kekalahan berganda di 100 meter terakhir.

Jika dalam permainan bolasepak, Umno Bn kini mula menguasai permainan. Situasi inilah yang kita amat bimbangi. Kerana rakyat Malaysia khasnya para pengundi Melayu di luar bandar akan mudah termakan dengan agenda pembangunan lapuk Umno Bn iaitu kuasa Melayu, Melayu berpecah, hakisan kuasa dihimpit kaum bukan Melayu, DAP adalah pengancam, PAS mengadai islam kerana politik adalah antara sederet agenda momokan masuk dalam 'kepala' rakyat.

Akhirnya Umno Bn akan terus kekal sepenggal lagi menguasai Putrajaya.



KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.
“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.
“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.
“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.
“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.
“Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.
BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.
Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.
“Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.
“Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa,” kata beliau.
Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.
“Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.
“Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ,” katanya.
“Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan,” ujarnya.
Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.
“Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya,” ujarnya.
Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.
“Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah,” dakwa beliau.
Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.
“Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.
“Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.
“Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan “apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini.”
“Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?
“Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.
“Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
Oleh Dzulfikar Mashoor/TMI
Nuffnang Ads

Halang Kumpulan Islam: Lagi agenda Umno-Bn

Kelmarin diposekan gambar Najib bersama barisan doktor serta kalangan terdekat dengannya. Maknanya Najib sihat, tiada yang perlu orang lain bimbangi. kesihatan Najib nampak 'membimbangkan'

Dolah Kok Lanas veteran politik dan politikus Umno juga mengulas tentang hadiah kemenangan berganda kepada Najib, momentum PR belum cukup kuat bagi meraih undi 'masyarakat' kampung dalam memulihkan keyakinan dan kepercayaan kepada PR.

Kemegahan Naji dengan keyakinan berganda yang kini mulai ditiup beiringan sokongan media, bantuan rakan-rakan dan para propagandis Umno, keyakinan rakyat akan dipulihkan kembali.

Hari ini, Najib dengan para propagandis 'mulai' menyerang kumpulan yang dibimbangi mengancam kedudukan kerajaan Umno Bn, tentulah agenda utamanya adalah memburuk-burukkan perjuangan Islam.

Lihat majlis yang 'mulia' ini digunakan untuk menyerang kumpulan Islam. Apa gambaran masyarakat bukan islam tentang kerajaan Islam Najib sambungan zaman Dr M sebagai negara Islam ni.

Maksud berita pelaporan berita mahu menghalang kumpulan islam, menampakkan agenda tersirat yang semakin cemas.

Halang kumpulan ekstremis


Taib Mahmud (kiri) menyampaikan replika cek RM200,000 pada Dr. Mahathir Mohamad sambil diperhatikan oleh Jamil Khir Baharom semasa sambutan ulang tahun ke-50 Perkim di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan sederhana supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.

Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme.

“Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini.

“Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Teks ucapan Najib dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Setiausaha Agung Kehormatnya, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan bekas Yang Dipertua, Tan Sri Dr. Abdul Taib Mahmud.

Turut diadakan pada majlis itu adalah penyampaian cenderamata khas kepada tokoh-tokoh Jubli Emas Perkim.

Antaranya pengasas dan pelopor pertubuhan itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tan Sri S.O.K Ubaidulla, Tan Sri Abdul Mubin Sheppard, Ally Maricar, Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, Tun Syed Naser Syed Ismail dan Datuk Wan Abdul Kadir Ismail.

Turut menerima anugerah itu ialah bekas Ketua Wanita Perkim, Tan Sri Datuk Paduka Saleha Mohd. Ali.

Pada majlis berkenaan, Abdul Taib menyerahkan cek replika bernilai RM200,000 daripada kerajaan negeri Sarawak kepada Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir turut menyerahkan dokumen dan laporan Perkim kepada Arkib Negara menerusi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, Perkim yang dianggap sebagai kumpulan Islam yang sederhana perlu tampil untuk menangani isu Islamophobia yang dimainkan media Barat termasuk berperanan mencari kesalahan dan menuduh umat Islam sebagai pengganas.

Najib berkata, sekiranya Perkim berhasrat mencapai kemajuan, usaha merekayasa (reengineering) pakej dakwah baru yang sesuai dengan cita rasa anak muda yang sukakan media baru hendaklah segera dilakukan.

“Jika tidak kita akan ditewaskan oleh unsur-unsur asing dan pengaruh Barat yang cukup kreatif untuk menarik perhatian dan minat generasi muda,” katanya.

Najib memberitahu, dakwah tidak semestinya stereotaip bersyarah atau kuliah di masjid dan surau.

Sebaliknya, jelas beliau, ia hendaklah praktikal dan disebar luas menerusi aktiviti kemasyarakatan seperti riadah (bersukan dan bersenam), muamalat (koperasi Islam) dan budaya seperti menghasilkan karya-karya berunsur Islam.

Terdahulu, Najib memuji pendekatan sederhana Perkim yang berjaya menarik orang bukan Melayu dan bukan Islam kepada Islam dan kerana itu bertahan lebih daripada 50 tahun berlandaskan kerja-kerja kebajikan, kerjasama dan kerja sukarela.

Mengenai sejarah Perkim 50 tahun akan dijadikan buku meja kopi (coffee table), Najib berkata, lebih ramai sarjana tempatan perlu membuat kajian tentang peranan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri memajukan Islam sejak merdeka hingga sekarang.

Kajian itu, jelasnya, boleh dijadikan rujukan akademik dan panduan kepada negara-negara Islam lain untuk mencontohi program Islamisasi di negara ini.


Saturday, November 06, 2010

Islam Dihina: Dunia mulai serang Islam


Inilah adalah melaun seorang betina eropah yang menghina Islam. Terima lah bala Allah nanti



Ini adalah wajah seorang wanita eropah atau berbangsa Eropah memeluk agama Islam.




Thursday, November 04, 2010

Galas dan Batu Sapi : Petanda atau petaka ?

Kemenangan berganda BN, Bn PR 2-0, Kemenangan Bn Petanda Sokongan Rakyat Kembali adalah antara beberapa tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar berbahasa Melayu. 1001 hamburan pujian diberikan oleh para pengulas dan penganalisis bilik berita media perdana berbahasa Melayu kepada kempimpinan Najib 1Malaysia.

Apa pun kemenangan Bn ini memberi petanda stamina kepada Najib 1Malaysia untuk mengerakkan jentera Umno Bn bagi mengagenda PRU13 dalam waktu terdekat berdasarkan petunjuk ini. Berkebetulan Allah macam memberi tanda satu prk di Semenanjung Malaysia dan 1 lagi di sebelah Malaysia Timur dalam masa yang sama.

Bagi kita rakyat termakan dengan retorik pembangunan, retorik Bn sahaja yang mampu memerintah, Bn sahaja yang tidak menipu rakyat, dan bermacam-macam kebaikan Bn yang masuk ke dalam kotak fikiran mereka. Penjajahan minda dan karatnya pemikiran para pengundi primitif yang bergantung harap kepada Bn memberi kemenangan selesa untuk Bn kekal pada PRU 13 nanti.

Maka jalan ke Putrajaya terhalang dan dibantutkan, makna kemusnahan dan keperitan hidup rakyat akan berganda. Beban hutang negara meningkat, masalah keboborokan sosial semakin parah dan membarah, pembaziran dan ketirisan berlipatkaliganda, kerakusan perancangan demi pembangunan bakal mewarni persada kehidupan rakyat tanpa halangan. Inilah barisan deretan kebimbangan kita bagi rakyat marhein yang mahukan sedikit pembelaan bagi kelangsungan kehidupan generasi masa depan anak cucu kita, sebelum bumi kita dan bumi Allah ini dikiamatkan.

Justeru kehidupan mesti diteruskan, putus harap bukan sifat dan sikap orang mukmin.



Nyahkan petualang dan parasit dalam Umno ?

PAS, PKR, DAP dan Umno adalah parti politik. Dalam mana-mana parti politik mestilah yang menerajui kepimpinan parti itu adalah pemimpin parti berkenaan. Rata-rata pemimpin politik pelbagai dari segi struktur umur, tua muda.


Dua dan 3 hari sudah Dr Asri mantan mufti Perlis bersuara. Antara suara paling sensasi adalah meminta ketua pembangkang Sdr Anwar Ibrahim meletakkan jawatan kerana kata beliau Anwar tiada 'kualiti' sebagai pimpinan pembangkang. Berita berkenaan tidak menjelaskan maksud sebenar 'tiada kualiti' mengikut cakap Dr Asri.

Justeru sehari sebelum itu MP Bayan Baru, Zaharin yang menang atas tiket PKR pada PRU12 melompat parti itu ada menyuarakan pandangan peribadi nya iaitu reformasi sudah berkubur, rakyat akar umbi sudah sedar.

Maka hari ini, bekas pimpinan PKR yang terbuang dan membuang diri Abdul Rahman Mansor, minta pemimpin-pemimpin 'tua' dalam PKR dan PAS melepaskan jawatan. Alasannya kerana tua dan idea mereka sudah kering.

Bagi kita secara tersuratnya memanglah ditujukan kepada pemimpin tua dalam PKR dan PAS. Tetapi bagi PKR ia adalah parti baru sahaja ditubuhkan, kurang 8 tahun usianya, masakan pemimpinnya dikira sudah tua. Apa maksud tua oleh Abd Rahman

Oleh itu, yang sama tuan adalah pemimpin PAS dan Umno, kerana kedua-kedua parti ini sudah tua dan lama. Lihatlah sahaja Najib dan Muhyidin Yassin, mereka berkemcimpung dalam Umno amat lama. Najib =menjadi menteri semasa usia lingkungan 30an. Begitu juga Muhyidin agak lewat sedikit.

Justeru itu, soal pemimpin tua dalam PKR wajib undur diri adalah tidak berbangkit. yang berbangkit adalah berundurlah pemimpin-pemimpin tua dalam Umno daripada persada politik tanahair.

Inilah maksud tersirat Abd rahman Mansor, membaling batu sembunyi tangan. Maka batu yang dipaling menjadi dua peluru dengan sekali tembak.

Oleh itu, kita minta Najib selaku PM, nyahkan Abd Rahman daripada persada politik Umno, kerana nampaknya orang PKR yang melompat ke dalam Umno ada agenda tersendiri.

Sebelum barah menjadi barah, nyahkan petualang dalam Umno.

Tuesday, November 02, 2010

Minyak Oh Minyak : Kerana mu oh pasaran !

Apa punya kerajaan, langsung tidak bertanggungjawab serta lepas tangan. Bagaimana kenaikan harga petrol bukan tanggungjawabnya tetapi 'tanggungjawab pasaran'. Senang dan mudahlah menjadi menteri kalu macam tu. Alasan kerajaan tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenaikan harga minyak petrol Ron 97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.

Baguslah sebelum menjelang hari pembuangan undi di PRK Galasa dan Batu Sapi Sabah esok. Setidak-tidak rakyat perlu disedarkan. Justeru tindakan rakyat yang sedar, dalam usaha mereka ini serta ikhtiar terakhir rakyat sila kuburkan Bn Umno di Galas dan Batu Sapi.

Semakin hari kerajaan kita semakin bertindak keterlaluan. Bangunan 100 tingkat mahu didirikan juga, walaupun 2 pelantar rumah air di Batu Sapi roboh.



Pasaran Yang Tentukan Kenaikan Harga Minyak Petrol RON97

Tetapi Kerajaan Beri Jaminan RON 95 Tak Akan Naik Dalam Tempoh Terdekat - Ismail Sabri

PETALING JAYA: Kerajaan tidak betanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka. Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak.

"Turun naik harga minyak petrol RON97 dikawal sepenuhnya oleh pasaran kerana ia merupakan barangan yang diapungkan di pasaran terbuka. Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan harga RON97.

"Kami hanya memantau kenaikan harga minyak petrol bersubsidi, RON95 dan diesel sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.

Harga bahan mentah tersebut kini RM2.15 seliter. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenaikan kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana ia hanya digunakan oleh pelancong asing dari Singapura dan Thailand serta pengguna kereta mewah seperti Mercedez dan Ferrari.

"Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," katanya.

Ditanya mengapa kenaikan harga bahan mentah tersebut tidak diumumkan oleh kerajaan, Ismail Sabri berkata: "Keputusan menaikan harga RON97 ditentukan oleh pasaran dengan persetujuan syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak campurtangan dalam soal penentuan harga."

Mengenai tindakan mewajibkan papan tanda bagi memaparkan harga semasa petrol di semua stesen minyak di negara ini, beliau berkata tindakan tersebut terpulang kepada pengusaha stesen minyak dan kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewajibkannya ketika ini.

"Perkara itu terpulang kepada pengusaha stesen minyak. Setakat ini kita lihat belum ada keperluan untuk kerajaan mewajibkan papan tanda harga dipaparkan di setiap stesen minyak," katanya.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari Isnin dan kenyataan tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe ketika dihubungi oleh beberapa akhbar pada Isnin.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Tahniah Guan Eng: 1 Januari Hari Tanpa Plastik

Kerajaan Pulau Pinang mendahului zaman dengan memulakan langkah bagi menjadikan Bumi Selamat pada masa depan dengan 'langkah melarang' penggunaan beg-beg plastik mulai Januari 2011.

Langkah terkedepan kerajaan P Pinang adalah satu langkah bagi menjamin generasi masa depan terjamin setidak-tidak dengan lambakan pembuangan beg plastik secara domestik. Menurut kajian para penyelamat Alam Sekitar, sisa buangan plastik tidak akan mereput walaupun 1000 tahun dibuang.

Syabas P Pinang kerana mendahului kerajaan - kerajaan yang lain. Walaupun diasak oleh Bn. namun tanggungjawab lainnya terhadap rakyat difikirkan. Inilah kerajaan dari rakyat untuk rakyat.

Oleh itu, kita minta kerajaan yang masih ada tolong fikir sama hal rakyat. Dahulukan Rakyat. Kini minyak Ron 95 yang tiada kualiti itu mahu dinaikkan lagi sebanyak 5 sen.




P Pinang tanpa beg plastik setiap hari bermula 1 Jan

GEORGETOWN 2 Nov. – Mulai 1 Jan 2011, semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan ”hari tanpa beg plastik” setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, ”hari tanpa beg plastik” itu merupakan langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia.

"Maklum balas dari 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Okt 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik,” katanya ketika pembentangan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata, pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan ”hari tanpa beg plastik” tiga hari seminggu iaitu pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu.

Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan ”hari tanpa beg plastik”, katanya. – Bernama

Monday, November 01, 2010

Dr Asri: Tempua bersarang rendah ?

Mengusik dan mengosek Anwar bakal mengundang pelbagai reaksi. Hari ini MAZA atau lebih dikenali dengan Dr Asri, mantan mufti Perlis bercakap dengan cakapnya difokuskan kepada pimpinan lagenda reformis rakyat iaitu Anawar Ibrahim.

Kata Asri Anwar tiada kualiti sebagai pemimpin atau ketua pembangkang, kerana dia tiada kualiti. kenapa dan mengapa Dr Asri bercakap begitu tentulah ada sebab dan musababnya.

Namun apa pun sangahan beliau, buat masa ini atau 5 atau 10 tahun ke hadapan Anwar sukar dinyahkan atau disingkirkan daripada persada politik Malaysia. Percubaan terhebat adalah zaman Dr M. caranya adalah mahu membenamkan anwar dengan kes sodomi I. Usaha ini gagal, Dr M terundur Anwar kembali semula ke kancah politik Malaysia. Maka kali ini sodomi II zaman najib Rosmah. Nampaknya cara Najib tidak menyakinkan langsung, Najib kering idea yang ideal. Cara memerangkap Anwar tidak langsung menyakinkan rakyat.

Dan kini strategi Najib adalah menggunakan kaedah tersirat dan memperalatkan sesiapa sahaja yang dapat diperalatkan. maka terkini adalah Dr Asri. samada secara sedar atau tidak sedar, penafsiran terhadap ini mulai dibayangi.

Kerana Dr Asri cuba menari populariti, kerana sebelum sebelum ini belum ada mufti atau bekas mufti yang rancak melagakkan diri sebagai seorang politikus di negara kita, kecuali bekas mufti ini.

Galas, Umno Kelantan dan Piala Malaysia ?


Annuar Musa cuba membawa Piala Malaysia ke Galas. Ini adalah gara-gara kemenangan Kelantan menumpaskan N 9 2-1 pada hari kelmarin. Selaku Presiden KAFA maka Annuar membawa dan mengarakkan Piala Malaysia ke Galas. Dengan membawa sertai sama calon BN bagi PRK Galas.

Memandangkan baki hari mengundi hanya tinggal 3 hari. Kempen BN di Galas kali ini adalah tidak agresif. Kali ini amat malang orang Galas, kerana tiada apa-apa yang dijanjikan. Hanya TPM sahaja menyampaikan mesej bahawa Najib mahu membina bangunan 100 tingkat di Kuala Lumpur.

Janji kedua TPM adalah menempelak PAS kerana bekerjasama dengan Kafir Harbi. Dulu kata Umno MCA kerjasama adalah .....

Sementelahan Ku Li pula dikambinghitamkan dengan melantik beliau sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Galas. Satu-satunya kes dalam 13 pilihanraya kecil, seorang ketua bahagian diangkat menjadi pengarah pilihanraya kecil, yang dulunya diterajui oleh TPM atau serendah-rendah adalah Naib Presiden Umno.

Bagi kita gelagat Anuar Musa mengambil kesempatan, menunjukkan Umno Kelantan semakin celaru dan mengelirukan politiknya. Sindiran sinis Anuar kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Macam medan mencari pengaruh sahaja lagaknya.

Malah kemenangan Kelantan merangkul Piala Malaysia memberi nafas baru kepada karier politik Anuar Musa. Prestasi Anuar Musa semakin melonjak dengan kes Piala Malaysia ini.