Monday, November 01, 2010

Galas, Umno Kelantan dan Piala Malaysia ?


Annuar Musa cuba membawa Piala Malaysia ke Galas. Ini adalah gara-gara kemenangan Kelantan menumpaskan N 9 2-1 pada hari kelmarin. Selaku Presiden KAFA maka Annuar membawa dan mengarakkan Piala Malaysia ke Galas. Dengan membawa sertai sama calon BN bagi PRK Galas.

Memandangkan baki hari mengundi hanya tinggal 3 hari. Kempen BN di Galas kali ini adalah tidak agresif. Kali ini amat malang orang Galas, kerana tiada apa-apa yang dijanjikan. Hanya TPM sahaja menyampaikan mesej bahawa Najib mahu membina bangunan 100 tingkat di Kuala Lumpur.

Janji kedua TPM adalah menempelak PAS kerana bekerjasama dengan Kafir Harbi. Dulu kata Umno MCA kerjasama adalah .....

Sementelahan Ku Li pula dikambinghitamkan dengan melantik beliau sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Galas. Satu-satunya kes dalam 13 pilihanraya kecil, seorang ketua bahagian diangkat menjadi pengarah pilihanraya kecil, yang dulunya diterajui oleh TPM atau serendah-rendah adalah Naib Presiden Umno.

Bagi kita gelagat Anuar Musa mengambil kesempatan, menunjukkan Umno Kelantan semakin celaru dan mengelirukan politiknya. Sindiran sinis Anuar kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Macam medan mencari pengaruh sahaja lagaknya.

Malah kemenangan Kelantan merangkul Piala Malaysia memberi nafas baru kepada karier politik Anuar Musa. Prestasi Anuar Musa semakin melonjak dengan kes Piala Malaysia ini.


Friday, October 29, 2010

Alahai MP Bayan Baru ... !

Reformasi berkubur, pembangunan mereput. Ini adalah jawapan balas kepada dakwaan zaharin Mohammad. Yang mendakwa bahawa akar umbi PKR sudah sedar reformasi sudah berkubur, kerana cita-cita DSAI ke Putrajaya hanya tinggal impian dan bukan realiti lagi.

Baguslah bagi Zaharin Mohammad kerana beliau bukanlah pejuang impian tetapi pejuang realiti. kini realitinya beliau menjadi balaci dan pencacai bagi jadi alat dan perkakas kepada Umno Bn bagi membidas, membalas, memperli dan bermacam serangan provokasi ke atas PKR.

Penulis enggan mendewakan sesiapa, namun bagi umno bn. Jika impian sudah berkubur dan realiti sudah berkecai kenapa kes Liwat II dicipta dan pendakwaan serta permainannya semakin rancak didendangkan. sementelahan PRU 13 dan sesudah pembentangan bajet 2011, bajet rakyat serta bajet pilihanraya. justeru kenapa Anwar mahu terus didakwa. Malah pendakwaan seperti mahkamah kartun dan pengadilan kartun di dunia.

Malang dan kesiannya kita bagaiamana pimpinan lompat PKR sekadar menjadi melukut sahaja. Mereka dipergunakan dan diperalatkan semacam burung kakak tua. Apalah malang mereka yang bijak tetapi lemah daya fikir, tidak sedar mereka diperkudakan dan diperalatkan oleh Umno Bn.


Al fatihah : Prof Nik UKM

Al Fatihah. Salam takziah daripada penulis kepada keluarga Prof Nik. Bagi penulis Prof Nik adalah sebagai guru, pendamping dan pembimbing kami dan rakan-rakan, ini kerana semasa penulis menuntut di UKM , beliau adalah antara pensyarah pembimbing kami bagi menyiapkan tesis sarjana.

Semasa hayat kecenderungan beliau terhadap PAS diserlahkan. Bagi pelajar-pelajar veteran seperti kami, Prof Nik amat senang dan mudah didekati. Beliau banyak menceritakan tentang isu-isu tertunggak negara spt Pulau batu Putih, isu air, Sipadan dan banyak lagi. Dan paling dibanggakan bagaimana buku karangan beliau dijadikan kitab silibus pondok di Pattani.

Apa pun al fatihah ...



Profesor Dato` Dr. Nik Anuar Mahmud Kembali Ke Rahmatullah

BBB, 21 Zulkaedah = 29 Oktober (Jumaat):


Setelah berusaha beberapa bulan bagi mengubati penyakit barah ususnya, Prof. Dato` Dr. Nik Anuar Nik Mahmud menemui ajalnya pada jam 7.00 petang kelmarin di HUKM. Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 1/3 di sini pada malam tadi dan pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas Lama pada jam 11.00 pagi ini setelah disembahyangkan di Masjid UKM. Ramai temannya, terutama dari kalangan ahli akademik, penduduk setempat dan kenalan beliau menziarahi jenazahnya baik di rumahnya atau di Masjid UKM.


Pada masa hayatnya beliau dan isterinya – Puan Datin Rahilah bt. Harun adalah pendukung kuat Pas jalan 1/3. Mereka berdua menjadi AJK Cawangan 1/3.

Dari segi profesyennya beliau adalah Profesor dalam bidang sejarah Tradisi. Banyak menghasilkan buku dan artikal dalam bidang berkenaan sehingga berkelayakan dilantik sebagai Profesor di dalam bidang sejarah. Pada masa berlakunya pertikaian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura berhubung dengan Pulau Batu Putih, Profesor Dr. Anuar ditugaskan menghimpun bahan-bahan sejarah dalam hubungannya dengan Kerajaan Johor dan Singapura. Bagi melengkapkan bukti beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke London dan tempat-tempat yang lain mengumpul bukti-bukti berhubung dengan Pulau Batu Putih. Beliau menghadiri sidang-sidang berkenaan Batu Putih antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Apabila kes Batu Putih diserahkan kepada pengadilan Mahkamah Antarabangsa di The Haige, beliau adalah salah seorang tenaga akademik yang bekerja kuat mengemukakan hujah ilmiah berhubung dengan tuntutan Malaysia di atas kedaulatan Batu Putih dengan menghadiri sidang-sidang Mahkamah Bangsa-Bangsa Bersatu di The Hague.

Mengenang jasanya pada tahun lepas (2009) Profesor Dr. Anuar dikurniai Darjah Kebesaran Kerajaan Kelantan dengan gelaran `Dato`.


Profesor Dato` Dr. Anuar Mahmud menyedari penyakit yang dialami semasa di London beberapa bulan yang lepas dalam rangka membuat penyelidikan di sana. Sejak itu beliau dan keluarganya berusaha mengubati penyakitnya di HUKM dan di UPM dan Allah mennetukan ajalnya semalam. Al-Fatihah.

Sekian.

Wednesday, October 27, 2010

Galas: Umno semakin putus angin ?

Ku Li Pengarah PRK Galas BN. Minta dan pesan supaya jentera BN ubah cara kempen bagi PRK Galas iaitu dengan cara berkempen penuh persaudaraan. beliau juga meminta 'rakyat' fahami serta terima hakikat kemenangan kerusi Galas bagi PAS adalah bonus kerana 2/3 kerusi DUN Kelantan dikuasai PAS. Kemenangan Umno tidak membawa apa-apa yang boleh menguabh kedudukan kerajaan PAS Kelantan. Ini adalah antara nasihat sinis Ku Li secara tidak langsung kepada pimpinan Umno.

Dengan meletakkan 'kempen serangan oleh TPM terhadap PAS. Sebagai berita utama sebentar tadi. Dan sekaligus menidakkan peranan Pengarah PRK Bn iaitu Ku Li. Jelaslah tidak hormatnya pimpinan Umno terhadap Ku Li dan cara membelakangkan peranan Ku Li sebagai pengarah PRK Bn.

Lazimnya, gandingan pengarah pilihnaraya Bn bersama TPM akan mewarni aktiviti kempen Umno dimana-mana PRK yang lazim Umno amalkan. Situasi ini tidak kelihatan di Galas.

Inilah wajah-wajah perpecahan Umno, Galas memberi gambaran Umno bakal membusuk, cuma hari dan saat sahaja menentukan saat-saat kematian hayatnya. Ku Li sendiri yang umno sudah putus angin dengan Umno.





Projek Mendewakan Permata Rosmah

Isteri PM India Puan Mamohan Singh, adalah 'mangsa' pertama Rosmah Mansor First Lady Malaysia menunjukkan 'kerja tangannya' iaitu menujuk-nunjuk Projek Permatanya di Putrajaya.

Sementara TV3 sibuk membuat liputan Program Permata untuk diuar-uarkan mengalahkan lagak sebagai seorang menteri.

BOROS & BAZIR: aUDIT PAPARKAN KERAJAAN 1MALAYSIA BERBELANJA

Audit: K'jaan persekutuan terlebih belanja RM4.83b

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.


“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan. - dipetik dp MALAYSIAKINI

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

Sunday, October 24, 2010

Melayu hanya di PWTC sahaja ?

Penulis amat bersetuju dengan saranan Presiden Umno Dato Najib Tun Razak agar semua orang berhenti membahaskan hak orang Melayu. Jelas beliau Hak Melayu dan bumiputera dalah sesuatu yang ada dalam perlembagaan.

Kita juga jadi hairan, jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Hak Melayu kenapa dan mengapa terlalu banyak ruang dan laporan yang dibenarkan bagi pelbagai pihak membahas dan memperkatakan tentang Hak Melayu.

Selama 53 tahun merdeka sepatutnya Hak Melayu ini sudah difahami oleh yang bukan Melayu. Kenapa perlu dibangkitkan, kenapa perlu sibuk di Perkasakan. Inilah yang menunjukkan hak itu belum lagi benar-benar menjadi hak.

Jika sudah menjadi hak kenapa ada orang masih mahu mempertikaikannya. Justeru kerajaan lah yang bertanggungjawab sepenuhnya kenapa hak itu belum menjadi hak. Sehinggakan terpaksa ditubuhkan kumpulan-kumpulan tertentu yang agendanya mempertahankan hak melayu.

bagi politik orang bukan Melayu, mereka ada hak mereka. Mereka membentuk kumpulan atau persatuan bukan atas hak, tetapi atas kepentingan mereka, sebagai contoh persatuan pelajaran, sekolah, budaya , seni, keselamatan dan sebagainya. Yang mana generasi muda melihat mereka ini lebih realistik dan terkedepan. Agenda perjuangan mereka yang mereka perjuangkan itu adalah soal sampingan.

Yang jelas mereka pandai memanfaatkan peluang dan berjuang menjaga kepentingan mereka. hakikatnya walaupun dalam perlembagaan sendiri ada hak melayu, ia tidak semestinya dijaga oleh kerajaan melayu.

Inilah yang dapat dibedakan oleh NGO persatuan bukan Melayu dalam menjaga kepentingan mereka.

Setiap kali perhimpunan Melayu, inilah retorik ucapan pemimpin Melayu. Agendanya tiada tetap sama, yang menjaga hak Melayu bukanlah kerajaan Melayu lagi.

Usah bercakap soal Melayu dan hak Melayu..Kami tahu dan faham ini adalah pemimpin hipokrit Melayu. Di PWTC menjadi Melayu , malam nanti akan menjadi pak rayu dan akan merayu rayu..



Henti bahas hak Melayu – PM


NAJIB Tun Razak bersama timbalannya, Muhyiddin Yassin mengangkat tangan dengan diberi tepukan gemuruh oleh para perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.

“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.

“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.

“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah... dah... dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika sesi penangguhan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam ucapan dasar Presiden sewaktu merasmikan perhimpunan agung itu Khamis lalu, Perdana Menteri menegaskan, hak istimewa Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh digugat kerana ia tidak mungkin dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 153 antara lain mencakupi rezab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.

Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.

“Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).

“Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.

“Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh... dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.

Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.

“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.

“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.







PNB kata duit dia ada RM112 billion ?

Bila PNB dakwa ia ada wang sejumlah RM112 billion. Pengerusi Eksekutif PNB Kama Pachah kata bangunan 101 tingkat itu bakal dibina PNB juga, tanpa melibatkan duit rakyat. Kita pagi pelik ini kerana pendeposit PNB yang melabur bersama amanah saham berjumlah 10.2 juta orang. Ini bukan rakyat ?

Bagi pendeposit ini mereka mahu berapa tinggi dividen tahunan mereka. pelabur ini tidak akan bertanya berapa tinggi tingkat bangunan mereka punya. Mereka tiada lesen kelas A yang mahu masuk tender bangunan RM5 billion.

Kama Pachah kata jumlah RM5 biilon adalah besar, tapi PNB ada kemampuan. PNB hidup dan lahir di Malaysia ini adalah untuk berlawan berapa tinggi tingkat bangunan yang dia ada.

Semua orang kata dan bagi tahu dan semua orang maklum, bahawa ribuan lot-lot seluruh bangunan di Lembah Klang tiada berpenyewa. Ribuaan juga taukeh dan kepala dagang yang menanggung rugi. Berlaku lambakan ruang sewa yang tiada berpenghuni.

Bila semua orang menyerang dan meyelar tindakan terbaru PM. Semua orang dikatakan dengki, terutama kumpulan pembangkang.

Justeru, rakyat wajar dan berfikirlah wajar atau tidak bangunan ini dibuat. Jika duit RM5 billion itu digunakan kepada 5000 pelajar perubatan . Mereka dapat lanjutkan pelajaran di UK dan biayai kos pengajian mereka sehingga tamat. Jika sekolah dibina maka dengan nilai RM3 juta sebuah ribuaan sekolah dapat dibina sehingga ke pendalaman Sabah dan Sarawak.

Friday, October 22, 2010

Budaya Politik Baru Umno: Umno bakal mati ?

Para pengulas dan penganalisis setiap kali Perhimpunan Agong Umno akan sibuk. Kesibukan mereka kerana 'sibuk menganalisis' isi ucapan yang tersirat oleh Presiden Umno. Analisis mereka sudah tentulah mahu mengeluarkan gagasan-gagasan idea-idea bernas yang tertunas dek pemikiran presiden parti Melayu terbesar di dunia ini.

Sibuk penganalisis adalah bagaimana ucapan Najib mahukan Budaya Politik baru dalam Umno. Bagi A Kadir Jasin yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan BH sebentar tadi dalam rancangan Bual Bicara Astro Awani membedal habis-habisan politik lama amalan pimpinan Umno terkini. Beliau menyanjungi pemikiran Dr M yang berjaya di zamannya menelurkan barisan kepimpinan negara dan Umno yang ada kini. dengan menafikan langsung peranan Pak Lah hadhari serta sedikit tidak yakin terhadap Najib.

Bayangan ketakutan di peringkat ketua-ketua bahagian Umno, mencantas pimpinan pelapis, pemuda Umno yang 'sombong' , tiada sikap pengorbanan kepada parti, menguasai institusi kemasyarakatan spt Guru Besar, JKKK, Ketua-ketua Jabatan, OCPD antara yang digariskan oleh A Kadir jasin yang perlu pimpinan Umno baru kuasai.

Memminta peluang dan diberi peluang, menjadi calon atau bakal bercalon menjadikan titik untuk berkhidmat, adalah cara-cara lama yang disebut oleh A kadir Jasin, melihat dan menjadikan wajah politik sebenar Umno.

Paling mengejut beliau menyatakan umno bakal mati dan nampak akan mati kini.

Wednesday, October 20, 2010

Menara Warsian : RM 5 Billion Tidak Membazir ?

Belumpun pembentangan Bajet 2011 berusia seminggu, Najib menerima serangan bertali arus pembangkang. Paling terkesan dalam pembentangan Bajet Najib adalah soal 'imbuhan' pelaburan wang berjumlah RM111 juta kepada PERMATA yang diterajui isterinya.

Paling aneh Bajet ini adalah tindakan menteri kewangan memberikan 'kelulusan khas' kepada NGO kumpulan PERMATA PINTAR. Dalam pembentangan Bajet Negara bayangkan. Siapa bernai tegur kesalahan PM ini dalam memberi kelulusan terus. Jika NGO lain mereka terpaksa memenuhi dahulu prosedur permohonan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita & keluarga terlebih dahulu.


Selain itu, pembinaan RM5 billion Bangunan Menara Warisan 100 tingkat. Gara-gara enggan memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan berjumlah 1.2 juta orang. Yang pergantungan mereka dan ketaatan mereka kepada kerajaan. Dinafikan, kerana negara bekeperluan membelanjakan tanggungan RM3.1 billion jika sebulan gaji diberikan kepada kumpulan ini.

Hari ini semua rakyat, mempersoalkan apa perlu, apa gunanya bangunan bertingkat-tingkat yang banyak. Guna untuk siapa ?

Bagi kita semua tahu dan faham. Mereka membuat begini kerana sesuatu !!!!!!

Menara Warisan tak membazir: PM

 PERWAKILAN memberi tumpuan ketika      Taklimat Presiden di Dewan Merdeka  PWTC, semalam.
PERWAKILAN memberi tumpuan ketika Taklimat Presiden di Dewan Merdeka PWTC, semalam.
DATUK Seri Najib Razak menegaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara, bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri juga menjelaskan menara 100 tingkat itu dirancang dan dicadangkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada kerajaan.

“Saya tak arahkan PNB, tetapi PNB cadangkan bahawa ini sesuatu yang sangat diingini pengurusan atau Lembaga PNB,” katanya pada sidang media selepas majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembinaan menara yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu yang dikritik beberapa pihak dengan menyifatkannya sebagai pembaziran.

Projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015, akan dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Najib berkata, ketika kerajaan mahu membina Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas dulu, ramai yang mengkritik, khususnya parti pembangkang.

“Dalam sejarah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang, dia (pembangkang) serang juga, sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua... bila Tun Dr Mahathir buat Menara Berkembar pun dipertikaikan,” katanya.
Beliau berkata, secara rasional pembinaan Menara Warisan sama seperti membina Menara Berkembar Petronas mewujudkan kesan ekonomi kerana melaluinya banyak kerja kontraktor boleh diagih.

Sunday, October 17, 2010

Muzakarah PAS - UMNO: Sesuaikan dan ambilkira strategi politik sama

Muzakarah PAS dan Umno boleh sahaja. Namun masa ini adalah 'masa'yang paling tidak sesuai langsung bagi tujuan murni itu.Dari sudut dakwah pertemuan tersebut tidak menjadi masalah, hatta PAS pernah bertemu berdailog bukan sahaja dengan Umno lebih daripada itu lagi.

Namun, dari segi strtegik politik pertemuan masa terdekat Umno PAS adalah merugikan. alasannya manipulasi dan caonter attack Umno lebih berkesan dalam mereka memenangi hati-hati para pengundi Melayu. Sejarah telah mengajar kita, akuilah bahawa isu, turut berperanan sebagai peranan utama dalam menentukan undi di Malaysia, khasnya kepada pengundi Melayu.

Ingatkah tuan-tuan pilihanraya 1995, gambar tengkolok Ku Li (presiden S46) memakai tengkolok meranapkan impian pembangkang menafikan kemenangan mutlak 2/3 Bn pada waktu itu. Walaupun saat itu Umno berpecah kepada 2 Umno Lama dan Umno Baru. Sokongan kepada Ku Li anak raja yang berjiwa rakyat memberi lonjakan kuat, Namun semua digagalkan dengan strategi berkesan Umno dengan paparan is tengkolok itu.

Berbalik kita dengan laporan PAS Perak telah mengadakan pertemuan dengan Umno Perak. Pertemuan tersebut akan dimanfaatkan , walaupun undi Melayu akan bertambah sedikit kepada PAS, tetapi undi bukan Melayu akan hilang terus.

Lebih-lebih lagi PAS Perak kena fikir semula , Dun berpengundi campuran kaum Melayu Cina dan India akan PAS Perak nanti gagal dipertahankan. Umno belum lagi memainkan isu ini. Siaplah masa 1 atau 2 tahun ke depan ini adalah zon atau waktu bagi pilihanraya umum.

Justeru peringkat pusat kena memikirkan dengan tindakan segera dalam menyusun strategi politik Pakatan. Minta jangan terlalu memikirkan kemelayuaan kuat sangat dalam diri kita. Ingat pesanan Tuan Guru Nik Aziz, beliau tidak berbangga sangat menjadi Melayu. Selami maksud tersirat kata-kata TGNA ini.

Saturday, October 16, 2010

Bonus: kakitangan kerajaan wajar jatuhkan hukuman secara senyap sahaja

Apabila kakitangan kerajaan merempat dan merayu agar kerajaan rakyat menunaikan impian mereka iaitu agar pemberian bonus sebulan gaji dilunasi. Ketiadaan bonus kakitangan kerajaan sejak zaman Dr M lagi mulai 2006.

Jawapan dukacita Najib dilaporkan pada hari Sabtu (hari ini) selepas belanjawan rakyat pada hari semalamnya.

Inilah nasib kakitangan kerajaan, inilah juga petanda akan berlaku lagi ketirisan dalam pengurusan pentadbiran awam negara serta banyaklah bentuk penyelewengan, pecah amanah dan yang berkaitan sewaktu dengannya.

Jsuteru itu, kakitangan kerajaan jangan terlalu mengharapkan ihsan dan pemberian ihsan. Kuatkan semangat dan berpadalah dengan gaji yang ada dan kempenlah jimat cermat anda dan berhematlah perbelanjaan anda.

Harapan anda kini sudah dikecewakan, kekalkan momentum anda. Jatuhilah hukuman kepada sesiapa yang anda mahu hukum, agar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka yang ada kuasa.

Pilihan anda biarlah tepat, kena pada waktu dan ketika. Jangan mudah tertipu dengan mainan mereka. dan jangan berpusing hukum bila PRU13, bonus akan dihulurkan dan digual-gulakan bila tiba masa 'praya'nya.

Makanlah umpan, tetapi usah ditelan mata kail, nanti anda bakalan terjerat. Sesal dahulu memang nampak berguna, lazimnya jarang kita sesal kerana payah untuk disesalkan terhadap sesuatu perkara, selepas perkara itu berlalu dahulu barulah sesalan bakalan akan susuli.

Pemberian bonus beri implikasi kewangan besar – PM

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam berikutan ia akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Najib berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tak boleh membelanjakan wang melebihi pendapatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. – Utusan