Friday, October 22, 2010

Budaya Politik Baru Umno: Umno bakal mati ?

Para pengulas dan penganalisis setiap kali Perhimpunan Agong Umno akan sibuk. Kesibukan mereka kerana 'sibuk menganalisis' isi ucapan yang tersirat oleh Presiden Umno. Analisis mereka sudah tentulah mahu mengeluarkan gagasan-gagasan idea-idea bernas yang tertunas dek pemikiran presiden parti Melayu terbesar di dunia ini.

Sibuk penganalisis adalah bagaimana ucapan Najib mahukan Budaya Politik baru dalam Umno. Bagi A Kadir Jasin yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan BH sebentar tadi dalam rancangan Bual Bicara Astro Awani membedal habis-habisan politik lama amalan pimpinan Umno terkini. Beliau menyanjungi pemikiran Dr M yang berjaya di zamannya menelurkan barisan kepimpinan negara dan Umno yang ada kini. dengan menafikan langsung peranan Pak Lah hadhari serta sedikit tidak yakin terhadap Najib.

Bayangan ketakutan di peringkat ketua-ketua bahagian Umno, mencantas pimpinan pelapis, pemuda Umno yang 'sombong' , tiada sikap pengorbanan kepada parti, menguasai institusi kemasyarakatan spt Guru Besar, JKKK, Ketua-ketua Jabatan, OCPD antara yang digariskan oleh A Kadir jasin yang perlu pimpinan Umno baru kuasai.

Memminta peluang dan diberi peluang, menjadi calon atau bakal bercalon menjadikan titik untuk berkhidmat, adalah cara-cara lama yang disebut oleh A kadir Jasin, melihat dan menjadikan wajah politik sebenar Umno.

Paling mengejut beliau menyatakan umno bakal mati dan nampak akan mati kini.

Wednesday, October 20, 2010

Menara Warsian : RM 5 Billion Tidak Membazir ?

Belumpun pembentangan Bajet 2011 berusia seminggu, Najib menerima serangan bertali arus pembangkang. Paling terkesan dalam pembentangan Bajet Najib adalah soal 'imbuhan' pelaburan wang berjumlah RM111 juta kepada PERMATA yang diterajui isterinya.

Paling aneh Bajet ini adalah tindakan menteri kewangan memberikan 'kelulusan khas' kepada NGO kumpulan PERMATA PINTAR. Dalam pembentangan Bajet Negara bayangkan. Siapa bernai tegur kesalahan PM ini dalam memberi kelulusan terus. Jika NGO lain mereka terpaksa memenuhi dahulu prosedur permohonan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita & keluarga terlebih dahulu.


Selain itu, pembinaan RM5 billion Bangunan Menara Warisan 100 tingkat. Gara-gara enggan memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan berjumlah 1.2 juta orang. Yang pergantungan mereka dan ketaatan mereka kepada kerajaan. Dinafikan, kerana negara bekeperluan membelanjakan tanggungan RM3.1 billion jika sebulan gaji diberikan kepada kumpulan ini.

Hari ini semua rakyat, mempersoalkan apa perlu, apa gunanya bangunan bertingkat-tingkat yang banyak. Guna untuk siapa ?

Bagi kita semua tahu dan faham. Mereka membuat begini kerana sesuatu !!!!!!

Menara Warisan tak membazir: PM

 PERWAKILAN memberi tumpuan ketika      Taklimat Presiden di Dewan Merdeka  PWTC, semalam.
PERWAKILAN memberi tumpuan ketika Taklimat Presiden di Dewan Merdeka PWTC, semalam.
DATUK Seri Najib Razak menegaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara, bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri juga menjelaskan menara 100 tingkat itu dirancang dan dicadangkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada kerajaan.

“Saya tak arahkan PNB, tetapi PNB cadangkan bahawa ini sesuatu yang sangat diingini pengurusan atau Lembaga PNB,” katanya pada sidang media selepas majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembinaan menara yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu yang dikritik beberapa pihak dengan menyifatkannya sebagai pembaziran.

Projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015, akan dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Najib berkata, ketika kerajaan mahu membina Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas dulu, ramai yang mengkritik, khususnya parti pembangkang.

“Dalam sejarah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang, dia (pembangkang) serang juga, sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua... bila Tun Dr Mahathir buat Menara Berkembar pun dipertikaikan,” katanya.
Beliau berkata, secara rasional pembinaan Menara Warisan sama seperti membina Menara Berkembar Petronas mewujudkan kesan ekonomi kerana melaluinya banyak kerja kontraktor boleh diagih.

Sunday, October 17, 2010

Muzakarah PAS - UMNO: Sesuaikan dan ambilkira strategi politik sama

Muzakarah PAS dan Umno boleh sahaja. Namun masa ini adalah 'masa'yang paling tidak sesuai langsung bagi tujuan murni itu.Dari sudut dakwah pertemuan tersebut tidak menjadi masalah, hatta PAS pernah bertemu berdailog bukan sahaja dengan Umno lebih daripada itu lagi.

Namun, dari segi strtegik politik pertemuan masa terdekat Umno PAS adalah merugikan. alasannya manipulasi dan caonter attack Umno lebih berkesan dalam mereka memenangi hati-hati para pengundi Melayu. Sejarah telah mengajar kita, akuilah bahawa isu, turut berperanan sebagai peranan utama dalam menentukan undi di Malaysia, khasnya kepada pengundi Melayu.

Ingatkah tuan-tuan pilihanraya 1995, gambar tengkolok Ku Li (presiden S46) memakai tengkolok meranapkan impian pembangkang menafikan kemenangan mutlak 2/3 Bn pada waktu itu. Walaupun saat itu Umno berpecah kepada 2 Umno Lama dan Umno Baru. Sokongan kepada Ku Li anak raja yang berjiwa rakyat memberi lonjakan kuat, Namun semua digagalkan dengan strategi berkesan Umno dengan paparan is tengkolok itu.

Berbalik kita dengan laporan PAS Perak telah mengadakan pertemuan dengan Umno Perak. Pertemuan tersebut akan dimanfaatkan , walaupun undi Melayu akan bertambah sedikit kepada PAS, tetapi undi bukan Melayu akan hilang terus.

Lebih-lebih lagi PAS Perak kena fikir semula , Dun berpengundi campuran kaum Melayu Cina dan India akan PAS Perak nanti gagal dipertahankan. Umno belum lagi memainkan isu ini. Siaplah masa 1 atau 2 tahun ke depan ini adalah zon atau waktu bagi pilihanraya umum.

Justeru peringkat pusat kena memikirkan dengan tindakan segera dalam menyusun strategi politik Pakatan. Minta jangan terlalu memikirkan kemelayuaan kuat sangat dalam diri kita. Ingat pesanan Tuan Guru Nik Aziz, beliau tidak berbangga sangat menjadi Melayu. Selami maksud tersirat kata-kata TGNA ini.

Saturday, October 16, 2010

Bonus: kakitangan kerajaan wajar jatuhkan hukuman secara senyap sahaja

Apabila kakitangan kerajaan merempat dan merayu agar kerajaan rakyat menunaikan impian mereka iaitu agar pemberian bonus sebulan gaji dilunasi. Ketiadaan bonus kakitangan kerajaan sejak zaman Dr M lagi mulai 2006.

Jawapan dukacita Najib dilaporkan pada hari Sabtu (hari ini) selepas belanjawan rakyat pada hari semalamnya.

Inilah nasib kakitangan kerajaan, inilah juga petanda akan berlaku lagi ketirisan dalam pengurusan pentadbiran awam negara serta banyaklah bentuk penyelewengan, pecah amanah dan yang berkaitan sewaktu dengannya.

Jsuteru itu, kakitangan kerajaan jangan terlalu mengharapkan ihsan dan pemberian ihsan. Kuatkan semangat dan berpadalah dengan gaji yang ada dan kempenlah jimat cermat anda dan berhematlah perbelanjaan anda.

Harapan anda kini sudah dikecewakan, kekalkan momentum anda. Jatuhilah hukuman kepada sesiapa yang anda mahu hukum, agar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka yang ada kuasa.

Pilihan anda biarlah tepat, kena pada waktu dan ketika. Jangan mudah tertipu dengan mainan mereka. dan jangan berpusing hukum bila PRU13, bonus akan dihulurkan dan digual-gulakan bila tiba masa 'praya'nya.

Makanlah umpan, tetapi usah ditelan mata kail, nanti anda bakalan terjerat. Sesal dahulu memang nampak berguna, lazimnya jarang kita sesal kerana payah untuk disesalkan terhadap sesuatu perkara, selepas perkara itu berlalu dahulu barulah sesalan bakalan akan susuli.

Pemberian bonus beri implikasi kewangan besar – PM

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam berikutan ia akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Najib berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tak boleh membelanjakan wang melebihi pendapatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. – Utusan





Friday, October 15, 2010

Bajet 2011: Bajet Menipu Rakyat Lagi ?

Sempurna sudah pembentangan Bajet 2011 oleh PM sebentar tadi. Lazimnya kerajaan terlebih dahulu akan berpuashati dengan Bajet yang mahu ditawarkan kepada rakyat. Soal kepuasan rakyat adalah persoalan terkemudian dan soal kedua.

Secara am, Bajet ini adalah Bajet PRU 13, Bajet umpan bagi mengekalkan legasi hayat dan kenazakan Umno Bn di bumi Malaysia.

Orang Melayu terutamanya para pengundi tegar Umno Bn yang tegar akan tersenyum disebalik kenaikkan harga barang tanda berpuashati dengan tawaranb Bajet ini.

Politik orang melayu bagi Umno adalah soal saguhati elaun Tok Empat atau Ketua Kampung serta JKKK, elaun saguhati imam, bilal dan siak serta 'insntif' saguhati, kenaikan gaji kakitangan kerajaan. inilah gula-gula umno yang usang dan umpan sepanjang Umno memerintah Malaysia awal merdeka dan pasca merdeka serta selepas merdeka.

Pemikiran dan lintasan kepala menteri umno. inilah taraf dan mentaliti melayu yang dibangsatkan oleh mereka ditanahair mereka sendiri.

apalah malangnya nasib bangsa ku. harga barang terus menerus tanpa henti naik dan terusn naik. Harga getah diuar-uarkan akan mencecah RM11.90 sekilo, harga sawit akan naik ke RM560 se tan. Inilah buaian lama dan jahat mereka.



Monday, October 11, 2010

Kejayaan Atlet Komenwel: Penembak Negara Manis Dengan Pakaian Menutup Aurat



Dua penembak emas komenwel negara iaitu Suryani dan Ayuni. Tatap foto ini bagaimana atlet ini menjaga kehormatan diri mereka dengan mematuhi syariat agama.

Pakaian mereka yang kemas, menarik dan bersopan amat membanggakan kita. Sementelahan semasa menerima pingat tersebut diirigi dengan upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu NegaraKu.

Begitu juga dengan pakaian sukan hoki wanita negara yang memakai seluar trak panjang. Cuma kita minta mereka juga memakai tudung seperti Ayuni. Tiada ada cacat celanya. Kemenangan dan kejayaan dalam sukan bukan terletak pada seluar pendek sahaja. Lain-lain minta dijaga dan dipelihara juga.

Teruskan Ayuni dan Suryani, pecahkan monopoli Barat di sukan Olimpik pula nanti.

Sunday, October 10, 2010

Rakyat AS dah mulai nilai dan hukum Barak Obama

Barak Obama di AS sudah hilang kepercayaan rakyat terhadapnya dengan wawasan kermata iaitu 'change'. Di AS penyokong dan rakyat cepat sahaja menilai dalam masa 2 tahun sahaja mereka dah dapat menilai 'janji-janji' Barak Obama sebelum menjadi Presiden AS.a

Ini adalah sikap rakyat negara maju, maju juga penilaian, maju pemikiran dan bebas menilai dan tidak mudah kagum serta terpegun. Masyarakat yang tidak mudah dipropagandakan dengan propaganda murahan sahaja.

Kecuali propaganda Islamophobia sahaja yang termakan dek rakyat AS. Itupun selepas propganda terorist, 9 September , dan Al Qaeda serta marahkan Iran.





Penyokong Barack Obama kecewa

Shepard Fairey
Shepard Fairey
Artis poster ‘Hope’ akui ramai hilang kepercayaan terhadap Presiden AS

WASHINGTON: Pelukis poster wajah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dipamerkan pada setiap kempen pilihan raya beliau pada 2008, Shepard Fairey, berkata beliau memahami mengapa semakin banyak pihak hilang kepercayaan terhadap pemimpin itu.Dalam satu temu ramah dengan National Journal, Fairey melahirkan kekecewaan dengan kepemimpinan Obama yang mendapat kepercayaan penuh Demokrat untuk membawa pelbagai perubahan sebelum ini.

“Ada banyak perkara yang tidak dapat dikawal Obama dan Demokrat, tetapi perkara yang lebih penting ialah generasi muda mahukan seseorang yang mampu menentang status quo. Saya rasa Obama belum berjaya melakukannya,” katanya.

Fairey berkata, ketika menghasilkan poster berkenaan pada 2008, beliau cuba memaparkan imej seorang pemimpin yang prihatin terhadap pelbagai isu termasuk penjagaan kesihatan, membantu golongan pekerja dan menyekat pelobi.

“Apabila melihat pendirian Obama dalam pelbagai dasar, saya tanya kepada diri sendiri mengapa saya tidak tunjukkannya dalam satu poster saja,” kata Fairey dalam temu ramah telefon dari Los Angeles.

“Obama adalah ‘alat pelaksanaan dasar’ secara teori. Sekarang saya menyedari beliau mungkin bukan alat yang betul dan saya terpaksa menangani setiap isu secara berasingan,” katanya.

Lukisan potret Obama dengan kepala sedikit mendongak dan merenung jauh dan tulisan perkataan ‘Harapan’ di bahagian bawahnya, menggambarkan imaginasi Demokrat dan secara tidak langsung menghakis sokongan kepada Hillary Rodham Clinton.

Ratusan ribu poster dan pelekat dengan perkataan ‘Hope’ (Harapan) diedarkan kepada penyokong di seluruh negara ketika kempen pilihan raya presiden pada 2008.

“Bagaimanapun ia hanya satu permulaan. Lukisan itu dicetak semula berulang kali di internet dan versi yang mempersendakan Obama sebagai The Joker dan Socialism in place of Hope menjadi topik hangat pada banyak perhimpunan,” katanya.

Imej biru dan merah yang dihasilkan Fairey diubah suai daripada gambar Obama yang diambil Associated Press dan beliau kini terbabit dengan saman berikutan penggunaan gambar itu.

Mengenai Parti Republikan, Fairey menyifatkan pemimpin parti itu ‘hanya tahu menghalang’ dan percaya keadaan di Amerika akan lebih teruk jika mereka menang.

“Memang Obama boleh lakukan lebih baik dalam beberapa aspek. Tetapi, saya fikir, keadaan akan jauh lebih teruk jika Sarah Palin dan John McCain yang memerintah,” katanya. – Agensi

Pilihanraya Kecil: Pemenang kehilangan banyak dalam kemenangan

Kesetiaan Ku Li kepada Umno cukup tinggi dan sukar serta tiada tolok bandingnya. Kini diberitakan beliau akan dianugerahkan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Satu-satunya tugasan yang diserahkan kepada Ketua Bahagian Umno di Gua Musang sahaja. Lazimnya amalan Umno bila berlaku sesuatu PRK Timbalan Presiden Umno akan mengepalai jentera pilihanraya Umno.

Bagi kita, amat kesian dengan Ku Li. Beliau hanya dapat beranggan-anggan macam TPM sahaja la lagaknya. Kerana kerusi Pengarah Jentera Pilihanraya Bn ini juga macam jadi TPM jugalah. Kesian sungguh Ku Li.

Beliau dipermainkan dengan begitu segala. Walhal kedudukan, kredibeliti, kecerdikannya amat berguna kepada rakyat, tetapi kerana dan sebab Umno semuanya jadi tidak keruan.

Sudahlah beliau hanya dicadangkan dan dicalonkan oleh Pemuda Umno melalui akhbar, la ni beliau dilantik hanya pengarah jenter pilihanraya hanya di Gua Musang. Jika Umno ikhlas dengan Ku Li sepatutnya beliau juga dilantik teruslah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya di Batu Api lah. Buat kerja sekaligus, jimat dan barulah teruji dan berjasa Ku Li disisi Umno serta di mata rakyat.

Bagi kita , kita amat bersetuju dengan Ibrahim Perkasa bahawa Umno terlalu pentingkan individu daripada dasar kerajaan dan parti kerajaan. Dalam hal ini juga kita tertarik dengan Dollah Kok Lanas (DKL) yang menulis dalam ruangan pojok SINAR HARIAN, menyatakan bahawa ' adalah satu kemenangan yang tidak ada gunanya kerana pemenangnya kehilangan banyak dalam kemenangan itu atau menang si Luncai'. Inilah tulisan sinis lagi tajam oleh veteran Umno serta ahli politik yang berpengalaman.






Galas: Rakyat memerhati dan jatuhkan hukuman

SPR dan kekosongan kerusi DUN Galas. SPR selaku badan yang bertanggungjawab telah membuat keputusan, iaitu 26hb Oktober sebagai Hari Penamaan Calon dan 4 November sebagai tarikh pembuangan undi. Pada 26hb Okteober adalah hari Selasa dan Khamis 4 November. Kedua-dua tarikh tersebut adalah hari bekerja bagi kakitangan kerajaan.

Apa pun niat dan alasan SPR itu adalah haknya, tetapi sebagai agensi kerajaan sepatutnya SPR tidak kena memikirkan 'kepentingan' pelanggannya yang utama sahaja. Parti-parti politik lain juga adalah pelanggannya. Lebih diutamakan tentunya rakyat kerana rakyat adalah segala-galanya.

Kita bersetuju sangat dengan Ketua Perkasa Ibrahim Ali AlKataki yang menempelak Umno, kerana terlalu memikir dan mengutamakan individu dalam menentukan sesuattu tidak dasar-dasar kerajaan dan parti itu sendiri. (orang kecewa dah mulai sedar). Pemikiran mengakar umbi Umno ini sudah terlalu lambat untuk Ibrahim Perkasa mahu betulkan.

Berbalik tarikh pengundi di Dun Galas, bagi kita rakyat melihat dengan jelas 'kelakar' SPR yang memberi alasan berbeli-belit untuk menghalalkan tindakannya itu. Semua orang tahu SPR ikut telunjuk siapa.

Bagi kita, rakyat sedang memerhati dan menunggu masa sahaja bagi menjatuhkan hukuman. Kita tunggu dan lihat apakah hukuman rakyat terhadap Umno dan kerajaan Bn.

Friday, October 08, 2010

Pelabur Abu Dhabi bawa berbillion ke Malaysia..baguslah

Malaysia adalah destinasi pelaburan yg subur dan segar bugar. Tahniah kepada NKRA kerana menghargai usaha 'menjual' Malaysia ke luar. Itulah tajuk berita utama malam ini dalam media elektronik. Tahniah sekali lagi kepada PM 1 Malaysia, kerana berkaya dan menjayakan kehadiran pelabur Abu Dhabi.

Zaman Tun Mahathir dasarnya adalah Pandang Ke Timur. Mungkin dalam senyap-senyap Najib membuat dasar tersiratnya iaitu Dasar Pandang ke Asia Barat kot. Tahniahlah Najib berbelanja dan membuat lawatan besar-besaran ke Eropah, tetapi yang masuk adalah pelabur dari Asia Barat.


Harapan kita Malaysia bakal makmur dengan kemasukan pelabur dengan pelaburan berbilion-bilion ringgit ini.

Thursday, October 07, 2010

Menteri Pengguna: Susu pun gagal dikawal, rakyat terabai

Harapan rakyat kepada kerajaan yang mereka pilih adalah dapat membantu mereka. Atau dalam erti kata lain dapat membantu mereka, dapat juga meringankan bebanan kehidupan harian mereka. Ini termasuk soal keperluan asas. Inilah harapan mengunung mana-mana rakyat yang mengundi wakil mereka dalam membentuk kerajaan.

Sepanjang sejarah penulis hidup, belum pernah sekalipun seingat penulis kerajaan menurunkan harga barang keperluan harian kepada rakyat atau para pengguna.

Hari ini adalah hari malang kepada para pengguna. Bilamana menteri yang bertanggungjawab yang kerajaan gajikan bagi menjaga kepentingan mereka, angkat tangan surendar gagal menahan kenaikan harga susu.

Adalah malang bagi rakyat Malaysia, mereka tidak dapat pembelaan setimpal dengan kerajaan mereka pilih. Sebaliknya rakyat terus menerus dikorbankan bagi kepentingan entah menda-menda




Kenaikan harga susu tak dapat dielak – Ismail Sabri

SEREMBAN 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas. – Bernama


Sunday, October 03, 2010

Kuasa Melayu Hilang : Umno Sasau

Ketakutan Umno bahawasa kuasa politik akan hilang daripada tangan orang Melayu adalah tiada berasas. Situasi sebenarnya perkongsian kuasa Umno melalui Bn melihatkan 244 agihan kerusi seluruh negara bukanlah ditandingi seluruhnya oleh Umno.

Rakyat perlu sedar terbentuk dan pembentukan kerajaan bukanlah dapat dibuat mutlak oleh orang Melayu satu kaum sahaja. Asas ini telah dibentuk sebelum merdeka lagi iaitu pihak penjajah mahu penyertaan daripada orang Cina dan India, Hasil persepakatan itu barulah Briotish memberi kemerdekaan tanpa tumpah darah.

Hasil kajian pengkaji, PAS yang islam Melayu sudah lama berlawan untuk meminta rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu mengundinya. Maka berjuanglah PAS berhempas pulas berseorangan sejak penubuhannya sehingga kini.

Tengoklah report SPR setiap kerusi parlimen yang majoriti berpengundi Melayu PAS akan tawarkan diri dan PAS berdepan kekadangan dengan calon Melayu dan terkadang kerusi majoriti Melayu Umno meletakkan calon bukan Melayu.

Kini, sesudah PRU12 pada tahun 2008, 5 buah negeri rakyat telah mulai mengalih selera. Rakyat tidak yakini lagi dengan cara Umno urustadbir negara. Rakyat yang mulai bijak 'terutama' Orang Melayu yang menjadi kuasa undi mengekalkan hayat parti-parti politik kini mulai ditakuti oleh Umno sendiri.

Sebelum 1980an dan 1990an Umno nampak hebat dan kelihatan hebat. PM terakhir sebelum Najib Razak adalah Pak Lah. Peralihan kuasa Dr M kepada Pak Lah melihat sokongan rakyat termasuk rakyat Melayu amat mengkagumi tokoh dan ketokohan beliau. Namun niat jahat 'kumpulan' dalam Umno sendiri menjatuhkan Pak Lah yang jujur itu.

Maka hilanglah orang yang 'nampak jujur' daripada Umno. Pak Lah adalah spesis manusia jujur dalam Umno disingkirkan dengan cara sungguh mengaibkan. dengan pelbagai srangan dan label terhadapnya.

Kini, zaman Najib kuasa politik Melayu ditakuti akan hilang. Strategi Umno adalah mencanang kuasa Melayu akan hilang. Wal hal kehilangan kuasa Melayu kerana kepala Umno sendiri. Merekalah yang menambah, mereka yang sisih surih kawasan-kawasan Melayu dipecah-pecahkan, mereka sendiri menyerahkan kerusi-kerusi ikut sisitem faraid Umno, Macam filem P Ramlee.

Malah kini, hasilnya kerusi berkuasa suara Melayu semakin dikecilkan. Salah siapa, siapa berkuasa waktu itu dan waktu ini. Setiap 10 tahun sekali wakil-wakil rakyat mangkuk hayun Umno berserta rakan-rakan daripada Kumpulan Azhab ini akan membuat percaturan. Mereka lah yang menentukan segala-galanya. Kini mereka sendiri meraung-raung kuasa Melayu hilang, Melayu itu dan Melayu ini...

Fikirkanlah.. tuan-tuan mahu mempertahankan Melayu sampai ke mana... Atau mempertahankan Melayu bersama islam...

Friday, October 01, 2010

Duit Judi: Umno dimalukan, Rezal Naina pencenlah politik

11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka Kepada Kerajaan Negeri

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato’ Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar ‘hentam keromo’. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;

1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai ‘Pembela Agama, Bangsa & Negara’ agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang ‘halal’ dari Kerajaan Negeri.

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi ‘peluru’ terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang.

Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup ‘terpukul’ dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah ‘Pembela Melayu yang sebenar’, seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR B. HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang
Anda mungkin juga meminati: