Saturday, March 13, 2010

Ketuanan Melayu yang basi

PERKASA adalah pertubuhan Pembela Melayu terulung di Malaysia. Pertubuhan NGO Melayu tulen selepas Perkembar atau pertubuhan Siasah UMNO. Antara visi dan misi Perkasa adalah memacu 'kemajuan' Melayu, membanggakan Melayu dengan kemajuan kebendaan serta semua muluk-muluk dan baik bagi Melayu.

Tokeh utama adalah Ibrahim Ali. Kerja -kerja Ibrahim Ali adalah mengumpulkan orang Melayu. Memajukan Melayu dengan erti kata mahu Melayu Nombor 1.

Oleh itu, secara tidak langsung kerja-kerja Ibrahim Ali ini akan menindaskan kaum bukan Melayu yang lain kerana. Langkah ini menunjukkan tindakan Perkasa lebih kepada sifat berperang.


Friday, March 12, 2010

Menteri yang bermimpi atau berpura-pura mimpi


Menteri dan pihak kerajaan berpura-pura terkejut dengan kemelut pelajar ikat perut gara-gara kehabisan atau ketiadaan wang saku. Fenomena ini adalah bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Penulis yang mempunyai pengalaman yang sama. Pernah menyambung belajar. Cuti belajar dengan separuh gaji yang kecil, menanggung anak-anak yang kecil. Mujurnya isteri penulis bekerja dengan gaji yang lebih besar daripada penulis.Situasi itulah yang dapat menyelamatkan diri penulis. Jika tidak semacamlah dengan pelajar yang dikaitkan oleh timbalan menteri berkenaan.

Soal tidak cukup dan cukup bukanlah pokok utama. Bagi kita keseluruhan sektor sistem pekerjaan kita hendaklah dirombak dengan kajian teliti. Menuju negara maju dengan jumlah pendapatan sedemikian adalah tidak cukup.


Siasat Pelajar Terpaksa Ikat Perut - Saifuddin

SEPANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya menyiasat keadaan di mana terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan kekurangan wang untuk berbelanja.

Beliau berkata beliau mahu laporan tentang sejauh mana kebenaran maklumat yang beliau terima itu, punca dan tindakan susulan yang boleh diambil bagi mengatasinya.

"Saya mendapat laporan bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang terpaksa ikat perut, mencatu makanan malah ada yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kehidupan mereka di kampus, sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar berkenaan.

"Walaupun jumlahnya tidak besar tetapi ia perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan wujudnya fenomena kemiskinan kampus di IPTA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bengkel latihan pelatih institut pengajian tinggi di sini hari ini.

Saifuddin berkata kementeriannya memandang serius masalah tersebut kerana setiap mahasiswa berada di bawah tanggungjawab kementerian itu sehingga mereka menamatkan pengajian.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengubah dasar pengajian tinggi yang merupakan penyebab kepada masalah berkenaan.

"Saya sedar isu kemiskinan kampus ini bukan isu baru, tetapi ia jarang mendapat perhatian yang sewajarnya. Dalam suasana kita mengumumkan tentang usaha memperkasakan IPTA dan modal insannya, kita tidak mahu berdepan dengan masalah seperti ini," katanya.- BERNAMA

Pemuda BN Kedah yang dungu


Bila Pemuda BN Kedah berdemo kerana masalah atau krisis air di Kedah. Katannya ketiadaan air menyukarkan orang nak mengambil ambil sembbahyang, memandikan jenazah dan kegiatan harian lain. Ada dua empangan teruk, masa BN ada dua empagan UMNO dapat urus dengan baik, tiada masalah macam hari ini, kata jurucakap Pemuda BN Kedah.


Sepatutnya Pemuda UMNO ini kena bertanya KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tentang demo jalanan ini. Tak kanlah Pemuda UMNO dan Pemuda BN Kedah lupa dengan kata-kata KJ tempoh hari, masa bapa mertua di jadi PM.



Sepatutnya Pemuda UMNO & BN Kedah kena rujuk dan tanya Pemuda UMNO Kelantan. Tak kanlah Pemuda UMNO BN risau fasal air. Nampak sangat jaga sungguh rakyat Kedah ini. Kata jurucakap Pemuda BN Kedah (UMNO) kami kesian dan risau orang nak ambil air sembahyang tidak ada air, orang mati tak dapat nak mandi (apa susah tanya TUN Dr M)



Bila letih membangkitkan masalah air di Kelantan. Bagaiamana dengan Pemuda BN Kelantan pula, kenapa tidak bangkit membantah dan berdemo macam Pemuda BN Kedah. Perjuangan dangkal kering idea, tiada kerja dan mahu menjadi juara sebab Pemuda BN mandum.


Ini kerana Pemuda BN Kelantan lebih rasional dan tahu diri. Berbanding dengan Pemuda BN Kedah yang jauh tidak cerdik. Mencari publisiti murahan dan mahukan perhatian kerana gagal berbuat sesuatu khasnya dalam menggganggu pemerintahan Pakatan Rakyat bawah pimpinan PAS.

Thursday, March 11, 2010

Keanehan ataupun peringatan ALlah

Misteri ratusan burung jatuh dari langit


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.


BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.

Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.


Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.


"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

Wednesday, March 10, 2010

Mazlan di tahan reman sehingga esok

Berita penahanan mazlan Aliman seorang aktivits PAS di Pahang. Beliau menjalankan gerakkan berjuang membawa ANAK ke persada nasional dengan pelbagai isu-isu Felda. Pihak berwajib FELDA rasa terancam dan mengancam mereka.

Bagi tujuan menghalang sokongan masyarakat FELDA terhadap ANAK yang diterajui Mazlan Aliman. Pihak pengurusan FELDA dikatakan tidak membenarkan Mazlan masuk mana-mana tanah rancangan FELDA seluruh negara.

Natijah semasa Mazlan ke Raub di Lembah Klau, pihak berkuasa melalui agensi penguatkuasa bertindak menahan reman Mazlan atas alasan di atas.

Pilihanraya PBT wajar atau tidak ?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor nampaknya berusaha mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengendalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri masing-masing.

Untuk rekod, pilihan raya kerajaan tempatan pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Alasan pemimpin pakatan pembangkang hendak menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan, adalah kerana mahu rakyat diberi kebebasan memilih mana-mana calon yang dapat memenuhi selera mereka.

Mereka tidak peduli soal kos mengadakan pilihan raya tempatan akan memakan belanja yang besar. Walhal sistem perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah cukup baik untuk memenuhi keperluan rakyat.

Sebab itu Perdana Menteri tidak 'berkenan' dengan cadangan pakatan pembangkang itu. Untuk mengadakan pilihan raya kecil pun, SPR terpaksa mengeluarkan belanja yang besar, jadi ia tidak jauh bezanya dengan pilihan raya PBT.

Ada perkara yang boleh kita tiru daripada negara luar dan yang maju tetapi ada juga yang tidak perlu kita mengikut gaya pentadbiran mereka. Betulkah dengan mengadakan pilihan raya PBT, banyak masalah rakyat setempat akan selesai?

Silap langkah, rakyat mungkin terpedaya sekali lagi seperti mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan pembangkang.

Fikirkanlah kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pilihan raya PBT hanya akan lebih mementingkan proses politiking di kalangan ahli PBT menerusi kempen dan pemilihan, dan oleh itu tidak perlu diadakan.

Tidak semestinya melalui proses berkenaan (pilihan raya) akan menjadikan PBT lebih baik dari segi khidmat mereka kepada rakyat.

Kita pun tidak yakin calon-calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya PBT itu kelak benar-benar ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat tempatan atau menunggu masa untuk mengaut projek tender yang ada di bawah PBT.

Jika dilayan permintaan Pulau Pinang dan Selangor, selepas ini dalam jangka masa ditetapkan akan banyak fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada pihak tertentu semata-mata berebutkan jawatan dalam PBT. Maka kempen dan sebagainya yang akan menjadi tumpuan, bukan khidmat kepada rakyat.

Proses pilihan raya umum sudah menunjukkan ada wakil rakyat yang dipilih gagal berperanan dan berkhidmat sebagaimana diharapkan. Masa berkempen bermacam janji untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dilontarkan, tetapi apabila sudah dipilih, janji-janji tidak ditunaikan dan pelbagai alasan diberikan.

Kita bersetuju jika PBT perlu lebih menumpukan kepada proses penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Malah setakat ini baik di Pulau Pinang atau Selangor, tidak ada pihak yang mengganggu urusan ahli majlis PBT yang dilantik oleh kerajaan negeri berkenaan.

Cadangan mengadakan semula pilihan raya PBT ini timbul adalah kerana ia adalah antara janji pembangkang kepada rakyat semasa pilihan raya umum lalu.

Tetapi bukan semua cadangan pembangkang yang berunsur mencari populariti itu sesuai dilaksanakan. Kerana ia dibuat berdasarkan ikut-ikutan tanpa memikirkan faktor kewangan dan kesannya kepada penduduk setempat.

Tuesday, March 09, 2010

Siapakah yang gagal antara Pakatan dan BN

Dakwa Mahyuddin kerajaan selepas PRU13 sudah berubah dan banyak berubah. Berubah ke bendanya perangai 'lama' masih lagi diulangi. Berubah itu adalah dimulut Mayuddin sahaja, sedang hakikat sebenar UMNO BN tidak pernah berubah dan tidak mahu berubah.

Lihat paparan media hari ini, antara PR dan kerajaan UMNO BN yang mana gagal.

Tiga kereta Perdana V6 Terengganu hilang

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Selain itu, sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai kira-kira RM1 juta turut dilaporkan hilang awal tahun ini.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Bagaimanapun, sebuah daripada Proton Perdana V6 itu serta jengkaut berkenaan berjaya ditemui semula selepas laporan polis dibuat.

Wakil rakyat pembangkang, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mempertikaikan kehilangan berkenaan yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Mengenai kehilangan jengkaut milik MBKT, Mohd. Abdul Wahid berkata, kenderaan milik agensi itu dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan dekat sini selepas dilaporkan hilang.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang.

Pendedahan memberangsangkan: TPM malu

Kenyataan bersahut oleh kerajaan Pakatan. Kelmarin dengan angkuhnya TPM Tan Sri Mahyuddin Yassin dalam sidang media bersama rakyat di Perak, memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal.

Tempoh dua tahun mereka gagal laksanakan apa-apa. Namun katanya kerajaan UMNO BN bawah Najib berjaya. Beliau enggan menamakan atau menyenaraikan kejayaan tersebut.

Hari ini Ketua Pembangkang DSAI bersama pimpinan Pakatan memperjelaskan duduk perkara sebenar tentang gambaran songsang itu. Daripada dapatan yang diperjelaskan bahawa rakyat harus terus memberi peluang kepada kerajaan Pakatan kekal mentadbir negeri yang sedia ada dan mengambil alih Putrajaya.



SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi di negeri-negeri di bawah pentadbiran PR menunjukkan perkembangan amat positif dan mampu menyelamatkan negara.

“Selangor mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 bilion dengan 20,753 peluang pekerjaan. Daripada jumlah itu, 40.8 peratus adalah pelaburan tempatan selain penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

“Selangor juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu untuk aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010,” katanya pada sidang media sempena Ulang Tahun ke-2 Pemerintahan PR di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Anwar berkata, ekonomi di Pulau Pinang juga menunjukkan perkemba- ngan positif dengan merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri itu pusat pendidikan terunggul dan mengiktiraf pelajar terbaik SPM dan STPM melalui bantuan kewangan (pemberian tunai).

Katanya, bantuan juga diberikan kepada SAR negeri itu berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 untuk sekolah Cina dan RM63,000 kepada sekolah Tamil dengan jumlah keseluruhan RM11.3 bilion.

Sementara itu di Kedah, Anwar berkata, negeri itu telah mencatat jumlah pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan asing sebanyak RM559.8 juta.

“Walaupun dianaktirikan, Kelantan berjaya dengan program Kilafah, menjadikan bandar Kota Bharu sebuah pusat komersial satelit dan mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan,” katanya.

Monday, March 08, 2010

Pandangan yang subjudis terhadap kerajaan PR

Tiada pengalaman memerintah adalah ukuran seorang ahli akademik dalam menilai PR tiada bersepakatan dalam memerintah negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Ahli akademik yang kuat mengampu ini, langsung tidak memberi kredit terhadap usaha yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Jahat , dangkal, tidak mampu dan puluhan tohmahan dibuat, biarpun duit rakyat gagal diselewengkan oleh puak-puak ini dalam pentadbiran kerajaan Pakatan.

Inilah nilaian orang yang pendek akal, tidak melihat sesuatu yang orang lain buat secara parktis, dan analatikal dalam soal ini. Ahli akademik 'raga' ini akan kaut ibarat seperti tong sampah.


Pakatan tiada kesepakatan-Hari ini genaplah dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang.

Kedah diketuai oleh Pas, Pulau Pinang pula DAP dan Selangor oleh PKR. Jika genap setahun memerintah sebelum ini, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana pula setelah dua tahun?

Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan?


Laporan Khas kali ini yang disediakan oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI, NOR SEDEK ISMAIL, ZABRY MOHAMAD, ABDUL MUIN SAPIDIN, NAZARUDDIN SHAHARI, ABDUL YAZID ALIAS, NURUL HUDA HASSAN, MOHD. RAFIE AZIMI dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA meninjau mengenai perkembangan pemerintahan di ketiga-tiga negeri.

KUALA LUMPUR 7 Mac – Gabungan parti pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dilihat tiada kesepakatan sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri itu.

Menurut beberapa penganalisis politik, situasi ini berlaku kerana DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung semata-mata untuk ‘menjatuhkan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya berpakat untuk memerintah.

Sehubungan itu pada penilaian mereka, setelah dua tahun berpeluang berkuasa, pakatan pembangkang kini goyah hingga gagal menjalankan sebarang bentuk pembangunan berkesan di negeri yang ditadbir mereka.

Malah lebih parah, kata para penganalisis, bibit perbalahan di kalangan mereka semakin ketara sehingga seorang demi seorang mula mengangkat kaki keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran rakan gabungan.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, punca tiada kesepakatan di kalangan pakatan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan tiadanya pengalaman memerintah.

Menurutnya, pengalaman untuk memerintah dan mentadbir sesebuah negeri adalah amat penting bukan sahaja melibatkan Menteri Besar atau Ketua Menteri malah keseluruhan pemimpin parti yang menerajui dan mewakili rakyat di sesebuah negeri itu.

“Jika tidak, ia akan berlaku seperti apa yang terjadi di negeri-negeri yang kini diterajui pakatan pembangkang seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

“Mereka beranggapan apabila menang pilihan raya, ia merupakan kejayaan besar bagi mereka. Tapi ternyata mereka salah kerana gagal untuk mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Faiz berkata, apa yang penting bagi mereka adalah ‘mendapatkan kuasa’ dan kedudukan sehingga mengabaikan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.

Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, di Pulau Pinang pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng nyata tidak matang dan berjuang hanya untuk mencapai kepentingan parti itu semata-mata.

Menurutnya, matlamat DAP hanyalah untuk merampas kuasa dan kedudukan daripada parti Gerakan dan BN.

“Kini, matlamat itu yang juga merupakan matlamat utama Penasihat DAP, Lim Kit Siang - ayah kepada Guan Eng tercapai. Soal pentadbiran, pembangunan dan kebajikan tidak akan diberi keutamaan kerana apa yang penting Pulau Pinang di bawah takluk mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Azeem Fazwan berkata, situasi yang sama juga berlaku di negeri lain yang diperintah oleh pakatan pembangkang seperti di Selangor dan Kedah.

“Gabungan mereka dilihat goyah dan menimbulkan pelbagai masalah ekoran parti seperti DAP dan PKR yang mahu jadi dominan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka,” katanya.

Sementara itu, bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula, beliau melihat pakatan pembangkang kini menghadapi krisis dalam pentadbiran ekoran tidak mampu mewujudkan kerjasama yang berkesan.

Sambil merujuk kepada situasi di Selangor, beliau berkata, kini telah wujud keladak dan gelojak dalam pentadbiran di negeri itu dan ini seharusnya disedari oleh rakyat.

Menurutnya, walaupun luarannya nampak seperti tiada masalah, namun apabila dilihat secara dalaman banyak masalah yang timbul terutamanya melibatkan pemimpin di kalangan parti-parti komponen dalam pakatan pembangkang.

“Melihat kepada pembangunan di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya meneruskan kesinambungan pembangunan yang dibuat kerajaan sebelum ini.

“Daripada apa yang berlaku di Selangor seperti krisis antara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, kemelut pemerintahan PKR sehingga bubarnya PKR Cabang Kuala Selangor jelas menunjukkan pakatan pembangkang di negeri itu begitu rapuh dan kini ibarat retak menanti belah,” katanya.

Begitu juga Kedah, katanya, walaupun seperti tiada masalah di negeri itu, namun kerajaan Pas di Kedah dilihat hanya seronok sendiri dan mengambil kesempatan dengan mendakwa semua projek pembangunan yang telah pun dirancang adalah usaha mereka.

“Hakikatnya di Kedah banyak isu yang belum terjawab dalam bentuk tindakan proaktif oleh kerajaan Pas misalnya isu kebajikan dan kemiskinan rakyat,” katanya.

Hati-hati dengan media ?

Kerja mengasak Pakatan Rakyat adalah sememangnya kerja-kerja lawan Pakatan. Isu terbaru adalah berhubung dengan pemecatan MP Kulim Bandar Baru daripada PKR oleh Lembaga Displin parti berkenaan. Malah dalam masa yang sama katanya Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tun Man bersedia menerima kembali YB Zul dalam PAS.

Pelbagai reaksi yang timbul hasil 'salah lapor' media kelmarin. Dalam hal ini media tidaklah diletakkan kesalahan 100%, dan sememanglah kerja-kerja media.Kecelaruan tersebut cuba digugat khasnya dalam PAS, bilamana blog dan media melaporkan dengan nada keras oleh Naib Presiden yang lain iaitu Mahfoz Omar bahawa PAS tidak akan menerima YB Zul.

Ahli bawahan dan pimpinan pertengahan jadi keliru akibat tidak ada keselarasan kenyataan berkenaan. UMNO menang sorak atas isu ini. Kredbeliti Dato Tuan mula dipertikaikan dan mula diperhatikan. Jangkauan politik dan masa depan Dato Tuan kini semakin tergugat dan tercalar. Imej sebagai pimpinan pelapis PAS yang berwibawa dan pimpinan dalam proses
pembikinan gagal diserlahkan. Apapun pusingan ini Dato Tuan kecundang.

UMNO BN sampai bila mahu dipertahankan ?

Katanya Pakatan Rakyat berada dalam krisis kepercayaan terhadap pucuk pimpinan. Kelmarin akhbar mengembar gemburkan bahawa keparahan dalaman yang berlaku dalam DAP & PKR menghantui Pakatan Rakyat. PAS di dakwa tidak selesa.

Dari sudut manusia dan kemanusiaannya samada diakui atau tidak diakui, semua orang resah. Ibarat kata pergolakan dalam rumahtangga kita, tentulah ibubapa berasa resah dan gelisah, tetapi tidaklah sampai lah mahu membubarkan rumahtangga yang dibina.

Cerminan dalaman Pakatan Rakyat sengaja digambarkan sedemikian, kerana mereka yang 'terlalu' lama duduk bawah ketiak UMNO BN. kedua golongan pengampu selama-lama ini hanya pertahankan dan perjuangan kepentingan perut dan bawah perut mereka sahaja.

Apa faedah dan kebaikan terus menerus berada bawah kerajaan UMNO BN, jika keperitan hidup dan keselesaan hidup semakin menipis. Harga barang keperluan tidak ada menampakkan dalam kedudukan bertahan. Barangan keperluan semakin hari semakin naik, kerajaan mendakwa dan amat berkira setiap kali permasalahan harga barangan dinaikkan , kerajaan dakwa berbillion menyediakan subsidi kepada rakyat. Jemu, bosan dan cemuih koi.






Ceramah PR di Kelab Sultan Sulaiman Kecoh Bila Polis Arah Henti

Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.

Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.

Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.

Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.

Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.

Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.

Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.

Sunday, March 07, 2010

PAS adalah tempat terbaik untuk YB Zul


Tanggungjawab sebagai seorang Islam. Dan Islam mengajarkan kita berbaik dengan semua orang. Lapang dan besarnya jiwa PAS, ajakan kepada MP Kulim Bandar Baru untuk menyertai PAS, janganlah disalah tafsirkan. Walaupun pertama sebagai ajakan politik, tetapi sebagai sahabat kita mestilah menawarkan sesuatu tempat yang lebih baik daripada tempat yang baik.

Lain-lain isu Zul boleh diselesaikan dan dikawal dengan syarat Zul benar-benar mahu berubah dan kekal mempertahankan prinsip perjuangan untuk mendaulatkan islam.

Sebagai seorang islam, tiada apa yang mustahil dan tiada mungkinnya PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.



Info Persempadanan Semula oleh SPR

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.

TEMPOH KAJIAN SEMULA

Suruhanjaya Pilihan Raya dibenarkan menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8 tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu. Setiap kajian semula mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula. Lazimnya, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.



PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA
Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut:-

i
Di samping memberi perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;

ii
Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;

iii
Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi; dan

iv
Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya dan juga memelihara hubungan setempat.
* Asas Penentuan Pemilih Bagi Satu Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
PROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN

Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.


Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.

Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.

Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.
Info Penting @ Tahukah Anda?
* Tambahan Bilangan Kerusi Hasil Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Bilangan Bahagian Pilihan Raya Mengikut Negeri 2009.