Monday, March 08, 2010

Hati-hati dengan media ?

Kerja mengasak Pakatan Rakyat adalah sememangnya kerja-kerja lawan Pakatan. Isu terbaru adalah berhubung dengan pemecatan MP Kulim Bandar Baru daripada PKR oleh Lembaga Displin parti berkenaan. Malah dalam masa yang sama katanya Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tun Man bersedia menerima kembali YB Zul dalam PAS.

Pelbagai reaksi yang timbul hasil 'salah lapor' media kelmarin. Dalam hal ini media tidaklah diletakkan kesalahan 100%, dan sememanglah kerja-kerja media.Kecelaruan tersebut cuba digugat khasnya dalam PAS, bilamana blog dan media melaporkan dengan nada keras oleh Naib Presiden yang lain iaitu Mahfoz Omar bahawa PAS tidak akan menerima YB Zul.

Ahli bawahan dan pimpinan pertengahan jadi keliru akibat tidak ada keselarasan kenyataan berkenaan. UMNO menang sorak atas isu ini. Kredbeliti Dato Tuan mula dipertikaikan dan mula diperhatikan. Jangkauan politik dan masa depan Dato Tuan kini semakin tergugat dan tercalar. Imej sebagai pimpinan pelapis PAS yang berwibawa dan pimpinan dalam proses
pembikinan gagal diserlahkan. Apapun pusingan ini Dato Tuan kecundang.

UMNO BN sampai bila mahu dipertahankan ?

Katanya Pakatan Rakyat berada dalam krisis kepercayaan terhadap pucuk pimpinan. Kelmarin akhbar mengembar gemburkan bahawa keparahan dalaman yang berlaku dalam DAP & PKR menghantui Pakatan Rakyat. PAS di dakwa tidak selesa.

Dari sudut manusia dan kemanusiaannya samada diakui atau tidak diakui, semua orang resah. Ibarat kata pergolakan dalam rumahtangga kita, tentulah ibubapa berasa resah dan gelisah, tetapi tidaklah sampai lah mahu membubarkan rumahtangga yang dibina.

Cerminan dalaman Pakatan Rakyat sengaja digambarkan sedemikian, kerana mereka yang 'terlalu' lama duduk bawah ketiak UMNO BN. kedua golongan pengampu selama-lama ini hanya pertahankan dan perjuangan kepentingan perut dan bawah perut mereka sahaja.

Apa faedah dan kebaikan terus menerus berada bawah kerajaan UMNO BN, jika keperitan hidup dan keselesaan hidup semakin menipis. Harga barang keperluan tidak ada menampakkan dalam kedudukan bertahan. Barangan keperluan semakin hari semakin naik, kerajaan mendakwa dan amat berkira setiap kali permasalahan harga barangan dinaikkan , kerajaan dakwa berbillion menyediakan subsidi kepada rakyat. Jemu, bosan dan cemuih koi.






Ceramah PR di Kelab Sultan Sulaiman Kecoh Bila Polis Arah Henti

Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.

Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.

Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.

Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.

Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.

Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.

Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.

Sunday, March 07, 2010

PAS adalah tempat terbaik untuk YB Zul


Tanggungjawab sebagai seorang Islam. Dan Islam mengajarkan kita berbaik dengan semua orang. Lapang dan besarnya jiwa PAS, ajakan kepada MP Kulim Bandar Baru untuk menyertai PAS, janganlah disalah tafsirkan. Walaupun pertama sebagai ajakan politik, tetapi sebagai sahabat kita mestilah menawarkan sesuatu tempat yang lebih baik daripada tempat yang baik.

Lain-lain isu Zul boleh diselesaikan dan dikawal dengan syarat Zul benar-benar mahu berubah dan kekal mempertahankan prinsip perjuangan untuk mendaulatkan islam.

Sebagai seorang islam, tiada apa yang mustahil dan tiada mungkinnya PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.



Info Persempadanan Semula oleh SPR

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.

TEMPOH KAJIAN SEMULA

Suruhanjaya Pilihan Raya dibenarkan menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8 tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu. Setiap kajian semula mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula. Lazimnya, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.



PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA
Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut:-

i
Di samping memberi perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;

ii
Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;

iii
Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi; dan

iv
Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya dan juga memelihara hubungan setempat.
* Asas Penentuan Pemilih Bagi Satu Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
PROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN

Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.


Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.

Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.

Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.
Info Penting @ Tahukah Anda?
* Tambahan Bilangan Kerusi Hasil Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Bilangan Bahagian Pilihan Raya Mengikut Negeri 2009.

Friday, March 05, 2010

Kerosakan yang makin parah

TEMERLOH: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man persuruhjaya PAS Pahang memaklumkan bahawa terdapat tanah yang berkedudukan strategik dalam kawasan bandar Kuantan terlepas ke tangan taukeh, letakkannya tanah berkenaan adalah dikawasan stadium Darul Makmur satu ketika dulu. Tanah ini terlepas hasil daripada kegiatan dagangan pimpinan UMNO, demi keuntungan yang sekejap.

Beliau membangkitkan persoalan tersebut bagi menjawab bagaiamana Dato Seri Adnan Yaakob meminta supaya pembangkang jangan berangan-angan mahu menawan Pahang. Ini katanya bawah UMNO BN pentadbiran nya adalah antara yang tercekap di abad ini. Walaupun hasil negeri sedikit dengan jumlah beban hutang mencecah RM1.9 billion (ikut laporan audit 2009).

Hujah Tuan Ibrahim lagi, kerosakan demi kerosakkan tidak dapat diperbetulkan kerana negara enggan dan gagal laksanakan Islam.

Mula Islam ditolak dari sistem pendidikan negara lagi. pelajar diberi

Malaysia tanahairku terbalik kot ?

Bilamana golongan agama dipergunakan semacam terompah kayu.Tabiat terompah kayu rela diperalatkan dan merelakan diri mereka.Hari ini mufti Perak yang hebat itu mempertikaikan desakan rakyat bangan Serai supaya MP berkenaan mengosongkan kerusi tersebut dalam masa seminggu.

Hasil manifestasi reaksi rakyat yang tidak berpuashati dengan tindakan itu, kumpulan tersebut bersepakat mahu mengadakan solat hajat beramai-ramai bagi melahirkan rasa dukacita mereka. Tindakan tersebut 'dilarang' oleh mufti dengan meletakkan fatwa berdosa kita orang islam mendoakan kemusnahan orang lain.

Kini yang salah adalah rakyat itu sendiri dan bukan MP yang bertindak melompat itu. Ini adalah rentetan cerita-cerita kartun dan mengarut di abad ini. Bilamana orang yang salah tidak dipersalahakan, sebaliknya orang yang mengatakan ianya salah akan dipersalahkan. Itulah Malaysia tanah airku..







BAGAN SERAI - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari mengosongkan kerusinya atau solat hajat dilakukan supaya tindakannya keluar parti mendapat balasan daripada Allah SWT.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan parti.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” katanya ketika mengulas perhimpunan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan pejabat Mohsin Fadzli Samsuri di Bagan Serai, semalam.

Pada perhimpunan itu, hampir 500 penyokong PR Bagan Serai berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai dan mendesak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu kerana mengkhianati kepercayaan rakyat.

Perhimpunan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR daerah Kerian antaranya ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; ADUN Selinsing, Husin Din dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Turut sama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon.

Kelmarin Mohsin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan Pas Negeri, Ahmad berkata, ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pengundi dan penyokong Pas di Parlimen berkenaan serta kira-kira 1,000 penuntut sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bakal menyertai solat hajat tersebut.

"Saya difahamkan, ketika seorang aktivis Pas di Bagan Serai menghubungi Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media dan daripada cara Mohsin membaca kenyataan akhbar yang berulang kali silap menyebut perkataan, saya rasa itu bukan kenyataan asal beliau,” kata Ahmad.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, haram jika mahu mengadakan solat hajat untuk mendoakan kebinasaan orang lain terutama umat Islam.

“Mana boleh buat solat hajat berkenaan terhadap sesama Islam. Kita boleh berdoa sekiranya meminta keselamatan. Kita boleh berdoa turun bala terhadap musuh agama sahaja.

“Meminta binasa sesama Islam adalah haram. Kita disuruh berdoa kepada Allah untuk meminta petunjuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wednesday, March 03, 2010

Apa ada pada Pendidikan Seks ?


PERSOALAN timbul mengenai kesediaan guru-guru mengajar pendidikan seks bagi

membendung gejala sosial. - Gambar hiasan

Dalam kegelisahan, kebejatan dan 1001 masalah sosial melanda negara kita. Kerajaan masih mahu meneruskan usaha pendidikan seks di sekolah-sekolah kelolaanya dilaksanakan.

Kelewatan penangguhannya kata Kementerian berkenaan adalah kerana guru-guru belum bersedia. Apakah maksudnya yang sebenar ?

Satu ketika dahulu ketika mana dasar PPSMI /ETAM mahu dilaksanakan. Kerajaan 'tidak pun bertanya adakah guru-guru bahasa pada waktu itu sudah bersedia'. Inilah yang kita pelikkan ? Kerana bandingan kedua-duanya PPSMI adalah lebih menampakkan laba atau untung kerana disebalik dasarnya ada untung. Jika dasar pendidikan seks laba atau untungnya tiada, cuma sekadar buku-bukuan sahaja yang labanya sedikit atau teramat sedikit sahaja.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000


KUALA LUMPUR - Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau memberitahu Bernama semalam bahawa guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.

Strtegi UMNO beli MP Pakatan




Tersenyum dan berjaya Najib pusingan ini , kerana telah berjaya 'membeli' beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat khasnya daripada PKR. Pasaran terbuka , laris dan tragis serta mendebarkan.

Kerja-kerja berterusan UMNO secara undemokratik ini, menunjukkan UMNO semakin terdesak. Gambaran buruk jahat dan suhu politik negara menfokuskan kelakar MP Pakatan Rakyat bertali arus keluar daripada gabungan ini.


UMNO berjaya mengikat MP-MP kerana menggunakan kuasa niagawan dengan kuasawangan oleh pemimpin pengangkat Barat yang mahu meruntuhkan negara mereka sendiri. Demi memuaskan hati mereka sahaja.

Mereka dengan angkuh mendabik dada doktrin UMNO cukup kuat. Katanya ANDA BOLEH MEMBAWA KELUAR ORANG UMNO DARIPADA PARTI UMNO, TETAPI ANDA TIDAK BOLEH MEMBAWA UMNO DARIPADA ORANG UMNO.

Kedua UMNO mahu menguji pengaruh mereka dengan memanfaatkan pesempadanan semula peta pilihanraya Malaysia.





Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas. - BERNAMA

BUKU TERBITAN BARU JABATAN PENERANGAN

TEMERLOH: Jabatan Penerangan PAS Pahang menerbitkan sebuah buku yang berjudul PERJUANGAN MEMERTABATKAN BAHASA MALAYSIA -Satu Dokumentasi Sejarah PAS Pahang. Buku ini adalah satu dokumentasi sejarah hasil daripada Konvensyen Memartabatkan Bahasa Melayu yang diadakan oleh PAS Pahang pada 6 Ogos 2009 yang lalu.


Buku setebal 60 mukasurat ini, memuatkan dapatan dan kemelut bahasa Melayu yang di kesampingkan dan berakhir dengan memorundum 8 perkara dihantar ke KPM Putrajaya.

Menarik buku ini telah diberi penghargaan dan pengiktirafan awal. Bilamana SN Dato A Samad Said sudi memberi kata awal dalam buku ini. Di samping itu beliau juga turut sudi melancarkan buku ini pada EXPO Penerangan PAS Pahang yang berlansung pada 26-28 Februari yang lalu.

Tuesday, March 02, 2010

Royalti Kelantan: UMNO makin panik

Bila wakil UMNO semakin pening dan dungu. Demi UMNO dan demi menjaga periuk nasi masing-masing wakil rakyat UMNO dalam DUN Kelantan lari daripada realiti dengan bertindak keluar Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Alasannya tidak layak membincangkan soal royaliti kerana ia septutnya di dincangkan dalam Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang DUN kelantan YB Alwi Che Mat yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan yang cerdik itulah yang berkata sedemikian.

Bayangkan Ku Li yang tegar UMNO nya itu, berani bertindak menyokong usul Kelantan. Malah beliau bersatu dengan kerajaan kelantan. Tindakan Ku Li tempoh hari menyebabkan ia dimarahi ahli-ahli partinya.


1 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar untuk memberikan mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) bagi mengambil tindakan mahkamah berhubung tuntutan royalti minyak.

Usul tersebut dikemukakan oleh Abdullah Ya‘akub (Pas-Air Lanas) dan ia mendapat persetujuan sebulat suara 45 ahli termasuk anggota pembangkang walaupun hanya memerlukan sembilan sokongan daripada anggotanya untuk membahaskan usul berkenaan.

Antara enam anggota pembangkang yang menyokong usul tersebut ialah ketuanya, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah), Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) dan Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri).

Usul tersebut telah dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas); Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong); Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir); Azami Mohd. Nor (Pas-Kadok), dan Nik Mazlan Mohamed (Pas-Gaal).

Terdahulu, Speaker DUN, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat utama iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Beliau kemudiannya meminta Abdullah untuk mengemukakan usul yang berbunyi:

“Bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan Kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerahhakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan, Zulkifli Mamat (Pas - Pulai Chondong) mencadangkan supaya usul tersebut ditambah bagi memastikan hak itu diperoleh.

“Saya mencadangkan supaya ada pertambahan dalam usul ini iaitu mendesak Petronas menjelaskan bayaran tunai sebanyak lima peratus seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum kepada kerajaan negeri dengan kadar segera.

“Pertambahan ini mesti diletakkan sebagai perkara utama sebelum memberikan mandat kepada MMK untuk mengambil tindakan termasuk membawa ke mahkamah,” katanya.

Nasarudin kemudiannya meminta Abdullah menyatakan persetujuan untuk penambahan usul tersebut dan ia dipersetujui.

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan Alwi tidak menyokong usul tambahan itu. Perbahasan usul tersebut akan diteruskan sesi pagi esok.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata, usul berkenaan berkemungkinan akan dibawa ke DUN itu untuk dibahaskan.

Kerajaan Kelantan telah menuntut kira-kira RM1 bilion royalti petroleum itu yang dikatakan dikeluarkan dari kawasan perairan negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta yang akan diberikan kepada rakyat Kelantan pada bulan depan.

Bagaimanapun, kerajaan Kelantan bertegas menolak wang ihsan itu dengan peruntukan yang dikeluarkan kelak adalah peruntukan haram.

Ia konsisten dalam tuntutan mendapatkan royalti malah menolak cadangan supaya dua wakilnya dilantik untuk menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan.

Debu di sepanjang jalan: ganggu dan mengganggukan

Bila nafsu menguasai diri, hati memngikut telunjuk tiada apa lagi yang dapat menghalangnya. Begitulah kelaku dan gelagat bekas SU PKR Sallehuddin. Ini hasil kerja kerasnya dan kejelasannya bilamana seseorang wakil rakyat PKR mahu melompat keluar PKR. beliau akan bertindak selaku penasihat dan penenam bagi menunjukkan kehebatannya kepada media. Dalang yang tukang arah itu nampak bekerja keras.

Tindakan Sallehudin kerana beliau gagal mendapat tempat sebagai CEO kumpulan perangsang yang gaji ditawarkan sebanyak RM50, 000 sebulan. Baginya gaji sebagai SU PKR adalah cuma RM9000 sebulan sahaja. Bagi sesetengah orang yang mementingkan wang gaji RM9000 sebulan adakah besar, tetapi bagi sesetengah orang oa dianggap kecil. Semua kerana nafsu belaka. Demikian pendedahan oleh Dr Syed Hussin Ali tentang apa yang berlaku kini dalam PKR.

Perjuangan yang bermatlamat mahukan sesuatu habuan. Janji 9 September oleh DSAI bila tidak menjadi kenyataan puak-puak yang bermasalah ini membuat masalah. Ini adalah cukup memualkan kita.

Justeru itu, eloklah sangat geng ini biarlah tersingkir habus dan proses penyucian perlu disegerakan dalma PKR, tanpa PKR sendiri menyingkirkan mereka.

Inilah soal perjuangan, prinsip, matlamat, halatuju dan cara sedikit memberi ujian kepada kumpulan ini. Jadi kita mahu tahulah juga firaun-firaun kecil mana lagi yang bakal disingkirkan atau menyingkirkan diri mereka dalam PKR itu.


Monday, March 01, 2010

KELUAR LOMPAT PARTI MUSIM

Musim keluar parti. Satu persatu kita lihat ADUN Pakatan Rakyat melompat masuk UMNO. Maknanya pusingan ini adalah pusingan UMNO berjayalah MEMBELI maruah pemimpin Pakatan Rakyat yang melompat , rata-rata yang melompat.

Agenda melompat dengan mendapat liputan media. Adalah sesuatu yang luar biasa.