Friday, March 05, 2010

Kerosakan yang makin parah

TEMERLOH: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man persuruhjaya PAS Pahang memaklumkan bahawa terdapat tanah yang berkedudukan strategik dalam kawasan bandar Kuantan terlepas ke tangan taukeh, letakkannya tanah berkenaan adalah dikawasan stadium Darul Makmur satu ketika dulu. Tanah ini terlepas hasil daripada kegiatan dagangan pimpinan UMNO, demi keuntungan yang sekejap.

Beliau membangkitkan persoalan tersebut bagi menjawab bagaiamana Dato Seri Adnan Yaakob meminta supaya pembangkang jangan berangan-angan mahu menawan Pahang. Ini katanya bawah UMNO BN pentadbiran nya adalah antara yang tercekap di abad ini. Walaupun hasil negeri sedikit dengan jumlah beban hutang mencecah RM1.9 billion (ikut laporan audit 2009).

Hujah Tuan Ibrahim lagi, kerosakan demi kerosakkan tidak dapat diperbetulkan kerana negara enggan dan gagal laksanakan Islam.

Mula Islam ditolak dari sistem pendidikan negara lagi. pelajar diberi

Malaysia tanahairku terbalik kot ?

Bilamana golongan agama dipergunakan semacam terompah kayu.Tabiat terompah kayu rela diperalatkan dan merelakan diri mereka.Hari ini mufti Perak yang hebat itu mempertikaikan desakan rakyat bangan Serai supaya MP berkenaan mengosongkan kerusi tersebut dalam masa seminggu.

Hasil manifestasi reaksi rakyat yang tidak berpuashati dengan tindakan itu, kumpulan tersebut bersepakat mahu mengadakan solat hajat beramai-ramai bagi melahirkan rasa dukacita mereka. Tindakan tersebut 'dilarang' oleh mufti dengan meletakkan fatwa berdosa kita orang islam mendoakan kemusnahan orang lain.

Kini yang salah adalah rakyat itu sendiri dan bukan MP yang bertindak melompat itu. Ini adalah rentetan cerita-cerita kartun dan mengarut di abad ini. Bilamana orang yang salah tidak dipersalahakan, sebaliknya orang yang mengatakan ianya salah akan dipersalahkan. Itulah Malaysia tanah airku..







BAGAN SERAI - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari mengosongkan kerusinya atau solat hajat dilakukan supaya tindakannya keluar parti mendapat balasan daripada Allah SWT.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan parti.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” katanya ketika mengulas perhimpunan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan pejabat Mohsin Fadzli Samsuri di Bagan Serai, semalam.

Pada perhimpunan itu, hampir 500 penyokong PR Bagan Serai berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai dan mendesak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu kerana mengkhianati kepercayaan rakyat.

Perhimpunan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR daerah Kerian antaranya ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; ADUN Selinsing, Husin Din dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Turut sama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon.

Kelmarin Mohsin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan Pas Negeri, Ahmad berkata, ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pengundi dan penyokong Pas di Parlimen berkenaan serta kira-kira 1,000 penuntut sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bakal menyertai solat hajat tersebut.

"Saya difahamkan, ketika seorang aktivis Pas di Bagan Serai menghubungi Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media dan daripada cara Mohsin membaca kenyataan akhbar yang berulang kali silap menyebut perkataan, saya rasa itu bukan kenyataan asal beliau,” kata Ahmad.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, haram jika mahu mengadakan solat hajat untuk mendoakan kebinasaan orang lain terutama umat Islam.

“Mana boleh buat solat hajat berkenaan terhadap sesama Islam. Kita boleh berdoa sekiranya meminta keselamatan. Kita boleh berdoa turun bala terhadap musuh agama sahaja.

“Meminta binasa sesama Islam adalah haram. Kita disuruh berdoa kepada Allah untuk meminta petunjuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wednesday, March 03, 2010

Apa ada pada Pendidikan Seks ?


PERSOALAN timbul mengenai kesediaan guru-guru mengajar pendidikan seks bagi

membendung gejala sosial. - Gambar hiasan

Dalam kegelisahan, kebejatan dan 1001 masalah sosial melanda negara kita. Kerajaan masih mahu meneruskan usaha pendidikan seks di sekolah-sekolah kelolaanya dilaksanakan.

Kelewatan penangguhannya kata Kementerian berkenaan adalah kerana guru-guru belum bersedia. Apakah maksudnya yang sebenar ?

Satu ketika dahulu ketika mana dasar PPSMI /ETAM mahu dilaksanakan. Kerajaan 'tidak pun bertanya adakah guru-guru bahasa pada waktu itu sudah bersedia'. Inilah yang kita pelikkan ? Kerana bandingan kedua-duanya PPSMI adalah lebih menampakkan laba atau untung kerana disebalik dasarnya ada untung. Jika dasar pendidikan seks laba atau untungnya tiada, cuma sekadar buku-bukuan sahaja yang labanya sedikit atau teramat sedikit sahaja.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000


KUALA LUMPUR - Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau memberitahu Bernama semalam bahawa guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.

Strtegi UMNO beli MP Pakatan




Tersenyum dan berjaya Najib pusingan ini , kerana telah berjaya 'membeli' beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat khasnya daripada PKR. Pasaran terbuka , laris dan tragis serta mendebarkan.

Kerja-kerja berterusan UMNO secara undemokratik ini, menunjukkan UMNO semakin terdesak. Gambaran buruk jahat dan suhu politik negara menfokuskan kelakar MP Pakatan Rakyat bertali arus keluar daripada gabungan ini.


UMNO berjaya mengikat MP-MP kerana menggunakan kuasa niagawan dengan kuasawangan oleh pemimpin pengangkat Barat yang mahu meruntuhkan negara mereka sendiri. Demi memuaskan hati mereka sahaja.

Mereka dengan angkuh mendabik dada doktrin UMNO cukup kuat. Katanya ANDA BOLEH MEMBAWA KELUAR ORANG UMNO DARIPADA PARTI UMNO, TETAPI ANDA TIDAK BOLEH MEMBAWA UMNO DARIPADA ORANG UMNO.

Kedua UMNO mahu menguji pengaruh mereka dengan memanfaatkan pesempadanan semula peta pilihanraya Malaysia.





Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas. - BERNAMA

BUKU TERBITAN BARU JABATAN PENERANGAN

TEMERLOH: Jabatan Penerangan PAS Pahang menerbitkan sebuah buku yang berjudul PERJUANGAN MEMERTABATKAN BAHASA MALAYSIA -Satu Dokumentasi Sejarah PAS Pahang. Buku ini adalah satu dokumentasi sejarah hasil daripada Konvensyen Memartabatkan Bahasa Melayu yang diadakan oleh PAS Pahang pada 6 Ogos 2009 yang lalu.


Buku setebal 60 mukasurat ini, memuatkan dapatan dan kemelut bahasa Melayu yang di kesampingkan dan berakhir dengan memorundum 8 perkara dihantar ke KPM Putrajaya.

Menarik buku ini telah diberi penghargaan dan pengiktirafan awal. Bilamana SN Dato A Samad Said sudi memberi kata awal dalam buku ini. Di samping itu beliau juga turut sudi melancarkan buku ini pada EXPO Penerangan PAS Pahang yang berlansung pada 26-28 Februari yang lalu.

Tuesday, March 02, 2010

Royalti Kelantan: UMNO makin panik

Bila wakil UMNO semakin pening dan dungu. Demi UMNO dan demi menjaga periuk nasi masing-masing wakil rakyat UMNO dalam DUN Kelantan lari daripada realiti dengan bertindak keluar Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Alasannya tidak layak membincangkan soal royaliti kerana ia septutnya di dincangkan dalam Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang DUN kelantan YB Alwi Che Mat yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan yang cerdik itulah yang berkata sedemikian.

Bayangkan Ku Li yang tegar UMNO nya itu, berani bertindak menyokong usul Kelantan. Malah beliau bersatu dengan kerajaan kelantan. Tindakan Ku Li tempoh hari menyebabkan ia dimarahi ahli-ahli partinya.


1 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar untuk memberikan mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) bagi mengambil tindakan mahkamah berhubung tuntutan royalti minyak.

Usul tersebut dikemukakan oleh Abdullah Ya‘akub (Pas-Air Lanas) dan ia mendapat persetujuan sebulat suara 45 ahli termasuk anggota pembangkang walaupun hanya memerlukan sembilan sokongan daripada anggotanya untuk membahaskan usul berkenaan.

Antara enam anggota pembangkang yang menyokong usul tersebut ialah ketuanya, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah), Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) dan Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri).

Usul tersebut telah dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas); Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong); Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir); Azami Mohd. Nor (Pas-Kadok), dan Nik Mazlan Mohamed (Pas-Gaal).

Terdahulu, Speaker DUN, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat utama iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Beliau kemudiannya meminta Abdullah untuk mengemukakan usul yang berbunyi:

“Bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan Kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerahhakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan, Zulkifli Mamat (Pas - Pulai Chondong) mencadangkan supaya usul tersebut ditambah bagi memastikan hak itu diperoleh.

“Saya mencadangkan supaya ada pertambahan dalam usul ini iaitu mendesak Petronas menjelaskan bayaran tunai sebanyak lima peratus seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum kepada kerajaan negeri dengan kadar segera.

“Pertambahan ini mesti diletakkan sebagai perkara utama sebelum memberikan mandat kepada MMK untuk mengambil tindakan termasuk membawa ke mahkamah,” katanya.

Nasarudin kemudiannya meminta Abdullah menyatakan persetujuan untuk penambahan usul tersebut dan ia dipersetujui.

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan Alwi tidak menyokong usul tambahan itu. Perbahasan usul tersebut akan diteruskan sesi pagi esok.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata, usul berkenaan berkemungkinan akan dibawa ke DUN itu untuk dibahaskan.

Kerajaan Kelantan telah menuntut kira-kira RM1 bilion royalti petroleum itu yang dikatakan dikeluarkan dari kawasan perairan negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta yang akan diberikan kepada rakyat Kelantan pada bulan depan.

Bagaimanapun, kerajaan Kelantan bertegas menolak wang ihsan itu dengan peruntukan yang dikeluarkan kelak adalah peruntukan haram.

Ia konsisten dalam tuntutan mendapatkan royalti malah menolak cadangan supaya dua wakilnya dilantik untuk menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan.

Debu di sepanjang jalan: ganggu dan mengganggukan

Bila nafsu menguasai diri, hati memngikut telunjuk tiada apa lagi yang dapat menghalangnya. Begitulah kelaku dan gelagat bekas SU PKR Sallehuddin. Ini hasil kerja kerasnya dan kejelasannya bilamana seseorang wakil rakyat PKR mahu melompat keluar PKR. beliau akan bertindak selaku penasihat dan penenam bagi menunjukkan kehebatannya kepada media. Dalang yang tukang arah itu nampak bekerja keras.

Tindakan Sallehudin kerana beliau gagal mendapat tempat sebagai CEO kumpulan perangsang yang gaji ditawarkan sebanyak RM50, 000 sebulan. Baginya gaji sebagai SU PKR adalah cuma RM9000 sebulan sahaja. Bagi sesetengah orang yang mementingkan wang gaji RM9000 sebulan adakah besar, tetapi bagi sesetengah orang oa dianggap kecil. Semua kerana nafsu belaka. Demikian pendedahan oleh Dr Syed Hussin Ali tentang apa yang berlaku kini dalam PKR.

Perjuangan yang bermatlamat mahukan sesuatu habuan. Janji 9 September oleh DSAI bila tidak menjadi kenyataan puak-puak yang bermasalah ini membuat masalah. Ini adalah cukup memualkan kita.

Justeru itu, eloklah sangat geng ini biarlah tersingkir habus dan proses penyucian perlu disegerakan dalma PKR, tanpa PKR sendiri menyingkirkan mereka.

Inilah soal perjuangan, prinsip, matlamat, halatuju dan cara sedikit memberi ujian kepada kumpulan ini. Jadi kita mahu tahulah juga firaun-firaun kecil mana lagi yang bakal disingkirkan atau menyingkirkan diri mereka dalam PKR itu.


Monday, March 01, 2010

KELUAR LOMPAT PARTI MUSIM

Musim keluar parti. Satu persatu kita lihat ADUN Pakatan Rakyat melompat masuk UMNO. Maknanya pusingan ini adalah pusingan UMNO berjayalah MEMBELI maruah pemimpin Pakatan Rakyat yang melompat , rata-rata yang melompat.

Agenda melompat dengan mendapat liputan media. Adalah sesuatu yang luar biasa.

Thursday, February 25, 2010

Media yang berkesan

Dalam dunia moden media cukup berperanan dan amat besar impaknya. Bagi negara peranan media boleh menaikkan imej negara dan boleh menenggelamkan imej negara.

Sebagai contoh pendedahan skandal, korupsi, wang negara yang diselerakkan akan tersebar dengan cepat dan menjalan ke seluruh denyut nadi rakyat. Dan ia menjadi gelombang besar bila disensasikan dan dimainkan sehingga ia menjadi laku dan dibeli oleh masyarakat.

Pengakuan terbuka oleh baginda al Sultan Selangor, mengingatkan kita semua bahawa peranan media boleh menjatuhkan serta menghuru harakan sesebuah negara atau kerajaan.

Sultan Selangor: Kuasa Media Boleh Bangunkan Atau Menghuru-Harakan Negara

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, media mempunyai kuasa membangunkan atau menghuru-harakan sesebuah negara kerana ia memainkan peranan dalam mempengaruhi individu dan masyarakat ke arah kebaikan atau keburukan.

Baginda menegaskan, kesemua itu bergantung kepada tujuan asal penerbitan sesebuah akhbar dan peranannya dalam masyarakat.

"Bak kata pepatah menyatakan bahawa mata pena itu adalah lebih tajam daripada mata pedang," titah baginda pada majlis pelancaran Mingguan mStar, akhbar bahasa Melayu pertama terbitan Kumpulan Media Star di sini hari ini.

Mingguan mStar akan diedarkan mulai Ahad ini sebagai sisipan akhbar berbahasa Inggeris The Sunday Star di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin mahu surat khabar di Malaysia menjadi satu sumber informasi yang boleh membangunkan pemikiran rakyat dan dapat mengetengahkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Artikel dan rencana yang disiarkan perlulah mendapat pengesahan sewajarnya serta hendaklan ditulis secara mendalam dan menyeluruh yang boleh memberi pengetahuan dengan tepat dan sempurna," titah baginda.

Titah baginda lagi, pengamal media perlu adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak ketika membuat laporan kerana ia boleh mengundang situasi saman menyaman antara satu sama lain.

"Beta juga ingin menasihatkan kepada media massa khususnya media cetak supaya bertanggungjawab dalam memberikan maklumat dan berita serta tidak memutar-belitkan fakta yang boleh menyebabkan kekeliruan masyarakat.

"Di samping itu, surat khabar juga hendaklah menyiarkan berita yang boleh memberikan maklumat dan bukannya berita-berita gosip yang disensasikan serta kurang memberi pendidikan," titah baginda.

Baginda mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Media Star berikutan kelahiran akhbar Bahasa Melayu pertamanya dan berharap ia dapat menyemarakkan lagi industri persuratkhabaran di Malaysia di samping membuka peluang pekerjaan baru.

"Beta percaya, langkah yang diambil oleh Kumpulan Media Star ini bukanlah atas pertimbangan perniagaan semata-mata tetapi juga atas rasa keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan melalui penerbitan akhbar mingguan berbahasa Melayu," titah baginda.

Wednesday, February 24, 2010

Rasional 9 kerusi dari UMNO Pahang

SATU daripada berpuluh-puluh tabiat orang politik , akan bertindak main politik atau berpolitik. Kali ini UMNO Pahang telahpun membuat Konvensyen UMNO Peringkat Negeri Pahang. Konvensyen ini dibuat seperti biasa bukanlah dipremis UMNO atau premis berkecuali tetapi adalah dipremis institusi pendidikan. Iaitu di UiTM.

Maka dengan gah media memaparkan 28 tuntutan UMNO Pahang, antara yang diperincikan dari segi politik iaitu mohon kerajaan tambah sebanyak 9 Parlimen Pahang. Arah dan tempatan pertambahan kerusi itu dirahsiakan. Lontaran dan idea awal UMNO ini mengundang banyak reaksi.

UMNO Pahang harus diskreditkan dalam soal ini. UMNO Pahang berfikir dengan kepala lututnya sahaja. Tuntutan 9 kerusi adalah agenda UMNO Pahang, agenda Najib. Rasional UMNO tidak memikirkan rakyat, wujud 9 kerusi Parlimen bukan soal perkhidmatan tetapi adalah soal politik diri mereka sahaja.

UMNO Pahang boleh berbangga barisan kepimpinannya, kerana kepimpinan UMNO rasakan mereka yakin boleh mengekalkan Pahang pada pru13 akan datang. Walaupun kepimpinan korup dengan kes saman syarikat balak RM63 juta.







Tuesday, February 23, 2010

Rais menyibuk pula

Bila Rais menjadi Setpol Anwar. Kan ini menarik jadinya. Apa perlu dan kenapa perlunya Rais menyibuk dalam soal ini.

Jika begitu agaknya. Pertama Rais mahu meraih keuntungan politik nya yang semakin pudar dan suram dan juga tumpang sekaki populariti agar ia masih diingati dan berbisa dalam UMNO. Kedua teringin semangkuk kendurikan isu Anwar untuk berada dalam kelompok ampu sini dan ampu sana. Ia mahu PM melihat Rais juga masuk dalam aliran perdana, maka tidak dapat tidak demi suvival politiknya Rais terpaksalah juga bercakap. Maka cakapnya bukanlah laku. Rais kena sedar dia diletakkan di portfolio budaya sahaja, warisan dan pameran sahaja.Makna moral cerita Rais sekarang sudah mahu jadi barang lama oi...


Rais Setuju Anwar Perlu Lepas Jawatan Ketua Pembangkang

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.

Beliau berkata negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.

"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.

"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani," kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.

Terdahulu Rais melancarkan "TMpoint on Wheels", satu perkhidmatan Telekom Malaysia secara bergerak kepada pelanggan yang menyediakan perkhidmatan seperti produk telekom dan pembayaran bil, di Menara TM di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata bahawa Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak ke arah itu. Jadi sekarang perkara itu sudah sampai ke batang hidung beliau (Anwar), saya percaya beliau harus berfikir dan jalan keluar terbaik ialah meredakan keadaan dan letak jawatan.

"Tapi ini bukan mudah dan terserahlah kepada beliau," kata Rais. - BERNAMA

Kecoh pula wanita semakin kanan tadbir negara ?

Wanita Dilantik Berdasarkan Merit

PETALING JAYA: Peningkatan bilangan pegawai kanan wanita dalam perkhidmatan awam sekarang adalah berdasarkan keupayaan dan merit mereka berkhidmat dalam sektor itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita yang menunjukkan kepimpinan, dedikasi, komitmen dan berkelayakan mesti diberi peluang serta kepercayaan untuk mempamerkan kewibawaan mereka menjalankan tugas.

Menurutnya, apa yang kerajaan mahu lihat sekarang ialah wujudnya suatu keseimbangan antara kehidupan dan alam pekerjaan bagi kaum berkenaan.

"Lagipun, pada realitinya hari ini, wanita mesti bekerja. Dan mereka juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui profesion mereka. Ekonomi negara pastinya terjejas kalau hari ini wanita tidak diberi peluang sewajarnya.

"Jangan lupa wanita dan lelaki memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi. Isunya bukan memilih siapa yang terbaik antara lelaki dan perempuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 majalah Her World di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam yang meningkat ketara sekarang.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Katanya, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.

Mengulas lanjut Shahrizat berkata, sudah sampai masa generasi muda lelaki sedar bahawa mereka kena belajar, rajin dan berdisiplin.

"Jangan pula hendak menjadikan wanita sebagai mangsa kerana ada golongan lelaki yang tidak ingin mencari kecemerlangan. Jangan kerana mereka tak nak kerja bersungguh-sungguh, kemudian kata golongan wanita tak boleh. Mana boleh?" katanya.

Mengenai fitrah wanita mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin sehingga berkemungkinan mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang, Shahrizat berkata: "Tidak, tak ada.. Saya nak maklumkan negara kita adalah antara negara yang memberi cuti bersalin paling minimum.

"Boleh saya kata 90 peratus daripada negara-negara yang saya ketahui memberikan cuti bersalin lebih daripada 60 hari."

Berhubung dakwaan Ahmad Shah bahawa penglibatan wanita telah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan, Shahrizat berkata, kerajaan tidak boleh memaksa golongan lelaki memasuki profesion perguruan jika mereka tidak berminat sementara wanita yang berkelayakan diketepikan.

Ini kerana katanya, ilmu dan kepakaran adalah mustahak pada zaman ini.

Beliau turut menegaskan polisi 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor awam adalah bermaksud sekurang-kurangnya 30 peratus dan bukannya terhad kepada jumlah ter