Tuesday, June 02, 2009

Lagi Stadium Runtuh dari Romli.Net

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Sebahagian bumbung utama Stadium terbuka Gong Badak runtuh pagi ini. Kelihatan dari Gelanggang Silat, hanya bumbung utama yang runtuh.

Stadium baru saja siap sudah runtuh. Ini tentulah mengundang pelbagai tanda tanya. Kita boleh buat kajian dan siasatan dan keluarkan kertas putih atau sebarang bukti mengenai kejadian itu. Tetapi sebenarnya bagaimana kita hendak menjawab di depan Allah nanti kerana begitu banyak duit rakyat telah digunakan. Ingatlah pada Allah dan bertaqwalah.

























Stadium Runtuh: Lihat Mampat.blogspot.com

0 comments

LAGI GAMBAR STADIUM RUNTUH









MASJID KRISTAL BOCOR TERUK, BETUL KE???

MAMPAT mendapat laporan menyatakan bahawa Masjid Kristal didapati bocor teruk. Kejadian ini berlaku semasa musim hujan lebat baru-baru ini. Batul atau tidak, MAMPAT memerlukan maklumat daripada semua yang mengetahuinya untuk memberikan MAMPAT maklumat yang tepat bersama bukti-buktinya.

MAMPAT berharap, segala kerosakan tersebut hendaklah dibaiki dengan segera. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, seperti mana yang berlaku hari ini. Harapan MAMPAT Datuk Mat Said akan segera bertindak untuk memperbaiki keadaan... Jangan kerana pulut... santan binasa....

Segala maklumat bolehlah diemailkan kepada mampat di alamat mamp4t@gmail.com

STADIUM RUNTUH - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ???

Cuba perhatikan bulatan merah yang dibuat....tanda kelemahan struktur yang bengkok dan tidak lurus...




Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa teramat terkejut dengan kejadian yang berlaku iaitu Tragedi Stadium Runtuh. Stadium yang telah menelan belanja kira-kira RM 450 juta hanya mampu digunakan tidak sampai dua tahu selepas ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008.

Adakah ini nilai dan kualiti Stadium yang menelan kos hampir Setengah Billion Ringgit ? MAMPAT pada tahun 2008 telah membuat sedikit laporan mengenai keadaan stadium yang tidak stabil dari segi strukturnya. MAMPAT juga difahamkan bahawa pihak JKR sendiri telah mengenalpasti kelemahan struktur tersebut tetapi sehingga ianya runtuh TIADA tindakan di ambil oleh JKR.

MAMPAT difahamkan kontraktor pembinaan Stadium telah didatangkan khas dari Korea semasa zaman Idris Jusoh lagi. Mungkin tiada kontraktor tempatan yang layak dan berkemampuan untuk membinanya...

Persoalan yang timbul di sini adalah apakah KUALITI JKR kerana telah meluluskan penggunaan stadium bahkan telah dirasmikan oleh Sultan Mizan. Apakah CF Stadium tersebut telah ada dan dikeluarkan ??? Apabila ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab...

MAMPAT sangat berharap SPRM akan segera melakukan siasatan, dimanakah lompang yang wujud ? Adakah terdapat unsur-unsur RASUAH di dalam pembinaannya.

Perkara yang sama, MAMPAT difahamkan pernah dikeluarkan melalui blog buletin online satu ketika dulu.Namun tiada tindakan diambil. MAMPAT juga difahamkan bahawa semasa maklumat mengenai ketidakstabilan dilaporkan, Stadium masih di dalam tempoh "guarentee" tetapi kenapa Kerajaan Negeri tidak mengarahkan ianya diperbaiki tanpa bayaran. Kenapa ianya berlaku ???? Adakah unsur-unsur Rasuah wujud di sini ???? Kenapa tiada tindakan segera dilakukan, bahkan stadium terus digunakan .... ??? Terlalu banyak persoalan yang wujud di sini ????

Betul ke MAMPAT dengar, pihak JKR telah menyatakan bahawa struktur yang ada sangat kukuh dan yakin tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadanya??? Tapi sekarang terbukti ianya salah.... Siapa Ir tu ??? Adakah beliau akan bertanggungjawab.. Difahamkan orang yang sama juga yang bertanggungjawab semasa Banggunan di TER ??? Betul ke ???

Bersama ini MAMPAT sertakan gambar yang pernah di ambil sebelum kejadian dan dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil.....


Bersama ini MAMPAT sertakan gambar-gambar yang dimaksudkan untuk makluman semua.

STADIUM TERBUKA GONG BADAK RUNTUH








Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..

Media Arus Perdana: Manipulasi Isu Ulama Vs Profesional

Usaha para penguasa akhbar berfikrah UMNO dengan tujuan untuk mengembirakan penguasa UMNO atas yang diampu mereka bagi kerja-kerja yang mereka buat. Tanpa bayaran atau janji bersurat. Dan kerja-kerja seumpama ini bakal dibayar habuan oleh UMNO, bilamana lawan UMNo ini berjaya dilemahkan atau menajdi lemah, maka atas lemahnya tadi adalah sebagai hadiah atau ganjaran tidak tertulis oleh UMNO kepada para penguasa akhbar khas berbahasa Melayu ini diserahkan perjawatan tertentu mengikut proses tawar menawar. Inilah amalan zaman berzaman MOU antara pemimpin atasan UMNO dengan pengamal media.

Bagi kali ini, suruhan belakang tabir adalah untuk mengerjakan PAS. dan apa-apa sahaja benda atau perkara yang boleh melemahkan PAS. Apa juga perkara yang boleh dimanipulasikan ayuh kerjakan terus, usah ditanya ganjaran atau habuan dulu apa yang penting kerjakan usaha-usaha adu domba, laga melaga, syak mensyaki, was megwaskan dan sebagainya.

Isu terbaru dalam PAS adalah dominasi kumpulan profesional dan ulama, masing-masing diberikan peranan pecah dan belahkan mereka oleh media, analisis , lontaran hujahan, perbahasan dan perdebatan terbuka kini mewarni media arus perdana, yang seolah-olah mengelirukan semua pejuang Islam atau harakah Islamiyyah ini. Dengan satu dua contoh masing-masing golongan itu dilemah dan dilebihkan, dan sememang mengikut logik akal apa yang dikatakan itu ada benarnya.


Justeru bisikan-bisikan meragukan antara sama lain dimainkan, hatta termasuk dalam media lidah rasmi PAS turut sama membahaskannya. Memberi liputan begitu begini, peluang terbuka begini disambar dan dimanipulasikan media arus perdana. Gawatnya ada kumpulan yang simpati dengan ulama dan sebaliknya



KOTA BHARU – Kemunculan puak Erdogan dalam Pas dianggap satu kelebihan kerana mereka dikatakan mampu melumpuhkan gerakan sesat yang dipimpin oleh Melayu Muslim yang menolak Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan.

:Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya benar dakwaan wujudnya puak Erdogan di dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan.

“Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru dan Madinatur Raudhah, dekat sini semalam.

Mengulas dakwaan yang kononnya puak Erdogan di dalam Pas hanya mengejar kuasa dan harta, Nik Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Itu dia punya fasal saya tidak mahu ganggu. Tapi apa yang saya tahu Erdogan nama seorang Perdana Menteri Turki yang telah memalukan perdana menteri Israel dalam satu majlis umum. Saya harap Erdogan yang ada di dalam Pas kalau-kalau ada yang boleh melumpuhkan golongan sesat yang dipimpin oleh golongan sekular,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang melahirkan kebimbangan terhadap tahap ‘walaq’ (ketaatan) ahli Pas yang dilihat semakin berkurangan kerana ada segelintir daripada mereka lebih menumpukan kepada pemimpin: lain dalam memperjuangkan agendanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang membidas kerajaan negeri berhubung dakwaan yang kononnya menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Menteri Besar Kelantan itu berkata, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan.

“Ayat-ayat al-Quran itu ada ayat yang berbentuk politik. Allah minta keadilan. Jadi itu politik. Yang UMNO tak mahu itu, sebab dia menolak Islam,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam ayat al-Quran, Allah minta adil dan berbudi pada masyarakat dan cakna kepada keluarga.

“Saya tidak faham kenapa ia (khutbah) perlu dikaji semula. Khutbah Jumaat dibuat untuk menyedarkan rakyat hidup di dunia dan akhirat.

“Kalau hendak selamat di akhirat jangan ada rasuah, jangan ada rogol, jangan ada mencuri dan jangan ada riba. Nak kaji macam mana benda begitu. Kalau buang, tak jadi khutbah Jumaat,” katanya.

Ah Long: Kerajaan berkira teruk daripada ah long lagi ?

Kekagetan dan rasa terkejut yang amat sangat masyarakat kelmarin, hasil pendedahan akhbar tentang kegiatan ah Long yang melampau mengundang perbahasan yang panjang. Melalui tindakannya yang merantai para peminjam kaki dan tengok ibarat seekor binatang tanpa dikasihi mendapat simpati semua pihak. Gara-gara pendedahan media itu, mengundang rasa bersalah daripada pimpinan atasan kelas pertama sehingga lah pimpinan masyarakat bawahan atau local.

Tindakan semerta, kelmarin juga kerajaan segera melalui kementeriannya Kementerian Kewangan (MOF) akan 'mengkaji' bentuk pinjaman mudah bagi memberi ruang dan peluang samarata kepada mereka yang berkesempitan wang atau mempunyai tanggungan beban kewangan mendesak diringankan bebanan tersebut.

Kerajaan nampak masih berkira-kira dengan rakyat tentang instrument terperinci bagi mana mereka yang diberi hutang itu akan membayar balik pinjaman berkenaan. Barang diingatkan rakyat meminjam duit kerajaan yang merupakan duit rakyat tidak akan memapakan serta membangkrapkan negara. negara bangkrap bukan disebabkan oleh rakyat tetapi oleh pemimpin yang rasuah.

Kita masih lagi kalut sekarang selepas isu BMF, pembelian senjata oleh Kementah, Depo Tentera di PD yang retak, Perwaja yang belum selesai dan terkini PKFZ yang cecah ratusan billion. Semua ini adalah contoh beberapa item wang diselewengkan oleh pimpinan kerajaan yang dipilih rakyat termasuk yang kena tangkap dek ah long kelmarain. Di mana jika wang berkenaan diberi pinjamkan dan walaupun rakyat tidak mampu bayar paling banyak adalah RM1 billion wang negara hangus oleh rakyat seramai 25 juta rakyat Malaysia yang dikira hitung mulai daripada yang ada dalam perut ibu kini sehingga usia 65 tahun dalam negara kita.


Justeru, rakyat yang ada janganlah terlalu berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ah long mereka. Kerajaan BN hanya sekadar pandai berjanji sahaja. Inilah namanya janji manis semcama juga dalam pilihanraya yang sudah mencecah 12 kali selama 50 tahun.


Skim pinjaman individu dikaji

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk mewujudkan skim bagi membantu individu tidak mempunyai pekerjaan tetap mendapatkan pinjaman peribadi bagi mengelakkan golongan itu berhutang dengan along.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kajian mendalam perlu dilakukan kerana perkara itu akan membabitkan banyak pihak antaranya kementeriannya sendiri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Bank Negara.

Katanya, cadangan itu akan diperhalusi supaya masyarakat tidak terbelenggu dengan pinjaman along berikutan kaedah pinjaman lebih mudah kerana tidak memerlukan penyata gaji.

“Jadi mungkin ini yang dicadangkan (Tan Sri) Lee Lam Thye untuk kerajaan melihat satu skim, yang mana kerajaan dapat membantu mereka (mengelak daripada mendapatkan pinjaman peribadi daripada along).

“Ini perlu kajian kerana apa-apa pinjaman yang kita bagi, kita kena dapatkan bayaran balik, jadi kalau kerja tak tetap, tak ada majikan yang potong gaji,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan aktivis, Tan Sri Lee Lam Thye sebagai berkata, kerajaan perlu mencari jalan membantu orang ramai yang mahu mendapatkan pembiayaan peribadi bagi mengelakkan mereka daripada berhutang dengan along.

Pada majlis berkenaan, Berita Harian dan beberapa syarikat akhbar serta media baru seperti blogger menerima sijil penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pengarah LHDN, Datuk Hasmah Abdullah.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah pihak yang gagal membayar cukai sehingga disenarai hitam untuk keluar negara, Awang Adek berkata, pihaknya menyedari rungutan mengenai perkara itu sehingga pernah menjadi isu.

“Dulu ada isu orang nak keluar negara susah. Apa yang dilakukan LHDN ialah menyelaras supaya (jumlah cukai) yang kecil, RM500 hingga RM1,000 kita cuba batalkan, bukan bermakna kita tak nak kutip duit itu, tapi kita adakan saluran lain. Kita tumpukan kepada yang besar kerana kita nak kutip hasil, yang besar kita tak boleh lepas,” katanya.

Menjelas lanjut, Hasmah berkata, hingga kini kes senarai hitam itu berjaya dikurangkan daripada lebih 70,000 kepada hanya 42,000.

Selain itu, Awang Adek berkata, LHDN hingga kini membantu 50,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, yang secara sukarela membayar pinjaman masing-masing menerusi sistem potongan gaji.


Monday, June 01, 2009

Terkini: Ah Long mewarni latar hidupan rakyat marhein !

Merakyatkan isu rakyat dalam isu-isu rakyat , perkara isu hidupan rakyat marhein sudah lama berlaku silih berganti dari satu isu ke isu lain. Daripada pembunuhan kejam kanak-kanak bawah umur, kepada kes ragut oleh mat rempit dan kini penyeksaan terancang oleh Ah Long dek hutang lapuk peminjam atau ceti moden mewarni hidupan rakyat. Penyeksaan ala penjara Guantanamo Cuba yang luar batas kemanusiaan memberi warna baru dan nilai baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini.



Walaupun negara gah tumbuh hebat institusi-institusi kewangan, rakyat masih lagi terpaksa memilih meminjam secara konvesional melalui kawan-kawan dan ceti moden (ah long) berbanding institusi-institusi kewangan berdaftar sedia ada.

Alasannya pelbagai, menarik skim ah long adalah MUDAH, dengan syarat-syarat yang dikenakan itu terlalu amat berisiko. Namun rakyat tiada pilihan dek kerana desakan hidup , mereka terpaksa meminjam bagi menyelesaikan permasalahan hidupan mereka.

Kerajaan mengambil sikap berpura-pura bertindak, mencakna dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja bagi mengabui mata rakyat. Manakala rakyat terus dan terus memberi keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kerajaan yang ada. Paling kuat tindakan kerajaan adalah sekadar mengkaji.

Mungkin kerajaan mahu tunggu lagi, barangkali selepas ini ah long akan bertindak membuka pusat tahanan sdn bhd dan membelakangkan dan mengampangan semua undang-undang negara.

Kita rakyat sudah puas menanti sesuatu jaminan, menunggukan pentadbiran khalifah Umar Abd Aziz entah di mana, walaupun yang memerintah itu adalah umat islam juga ?


MOF kaji skim elak along

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan mewujudkan satu skim pinjaman kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi mengelakkan golongan berkenaan daripada berhutang dengan along.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata masalah membabitkan along semakin meruncing dengan peminjam terpaksa menanggung kadar faedah yang terlalu tinggi serta terpaksa berdepan dengan cara kutipan yang tidak beretika.

"Kerajaan sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menangani masalah peminjam yang memerlukan dan terdesak tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Dr Awang Adek berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang meminta Kementerian Kewangan mencari jalan penyelesaian membantu orang ramai yang amat memerlukan pinjaman kecil.

Katanya, kerajaan kini menyediakan pelbagai jenis pinjaman termasuklah pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) bagi peminjam yang mahu menjalankan perniagaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi penduduk luar bandar. - Bernama

PKZF : Di mana SPRM ?

http://kinabalukini.files.wordpress.com/2009/04/logo-sprm.jpg

Di manakah SPRM dan kenapa membisu pesuruhjaya SPRM. Hari ini dengan nada bongkak dan terbuka Abdul Rahman Palil ADUN Sementa mencabar SPRM sila jalankan siasatan. Beliau bersedia bila-bila masa dan sanggup memberi kerjasama.

Cabaran terbuka Abdul Rahman Palil supaya SPRM menyiasatnya, ibarat kucing dengan tikus. SPRM terus menikus dan butirnya terkelesot ke dalam, tidak berbunyi langsung. Media massa arus perdana pula senyap membisu seribu bahasa.

Cabaran dibuat berikut pendedahan juru audit asing yang melihat PKZF melakukan salahguna wang dan kuasa melibatkan RM12 billion wang negara. Jumlah tersebut bukalah kecil. Jumah itu kecil bagi UMNO tetapi besarlah bagi kita.

Berbalik cabaran Rahman Palil, seolah-olah jika siasatan dijalankan sekalipun ikut mana-mana data bukti beliau dan konco-konco serta rakan-rakan terlibat akan 'dilepaskan' atau terlepas jua akhirnya. Itulah sebabnya ia tidak rasa pelik.

Hentikan Ceramah: Cara Penyelesaiannya ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitP7lKT6PAqrtto0W2L5VbDXVGE7vLR2aLgSHIurbrJsfVjeturRA9uQc8YWOyhTxFvovuZhRvQP2iRFGgGkHATLOQuNWRHaRoteaH5E_T0oBHLiQXnRlVsRJ__HahMHogitf4JA/s400/2.jpg

Kata ibrahim Ali ia ikhlas menegur kerajaan negeri kelantan. Dalam tegurannya dia minta PAS jangan asyik berceramah cuba berusaha menarik pelaburan luar, bagi melahirkan kemakmuran rakyat Kelantan. Tambah beliau jangan asyik berbangga dengan pendapatan RM300 juta, daripadanya RM120 juta adalah hasil hutan. Dalam islam katanya ada tegur menegur, jangan melenting sangat dengan tegurannya itu. Teguran itu adalah untuk kebaikan kerajaan Kelantan juga.

Bagi kita , kita juga wajar menegur Ibrahim, maka janganlah Ibrahim Ali marah pula. Ini juga untuk kebaikan bersama, niat kita juga ikhlas, demi kebaikan rakyat Kelantan juga akhirnya. Bagi kita Ibrahim Ali sepatutnya menjadi 'jambatan' antara kerajaan negeri yang kuat ceramah dengan kerajaan Pusat yang kuat mentederah (duit rakyat) tu.

Jika mereka jujur kita minta melalui jasa baik Berahim projek ECER yang dijanjikan semasa Pak Lah itu disegerakan dan direalisasikan. Maknanya kerja utama PAS tentulah ceramah kerana mahu memberi maklumat kepada rakyatnya. Kita berjanji kepada Berahim kita berhenti ceramah bilamana kita diruang dan slot dalam TV, kita mohon penerbitan akhbar sendiri, mohon radio sendiri. Insyallah ceramah akan dikurangkan.

Justeru kita minta jasa baik Berahim lah, agar permintaan ini dapat disegerakan dan PAS berjanji akan menghentikan ceramah.

Golongan profesional yang sudah dibeli ?

Antara kepercayaan rakyat Malaysia adalah cakap-cakap golongan yang dikelaskan sebagai cerdik pandai dalam negara. Apabila seorang pfofessor kangkung bercakap soal rasuah dan masa depan parti politik pembangkang, maka terus ia tidak menarik.

Malah yang menariknya jelaslah taraf profesor ini adalah sebagai pengampu UMNO, dan dalam UMNO mereka suka kepada pembohong. sepatutnya seorang profesor yang tinggi ilmunya tidaklah berbohong kepada rakyat. pembohongannya tidak nampak bohong jika didekati antara kedua kumpulan parti berkepentingan dalam negara.

Apabila dan bilamana seorang profesor mengambil sikap memihka, masyarakat boleh labelkan bahawa profesor ini adalah kaki ampu dn tidak mampu menguru ilmu yang ada pada dia dan memartabatkan diri dia daripada menjadi sebahagian daripada perkakas bagi parti politik tertentu.

Dalam hal rasuah, misalnya UMNO lah yang mengamalkan poltik wang/rasuah. Sepatutnya beliau memberi cadangan dan tindakiut paling berkesan bagi menangani gejala politik wang dalam parti dan masyarakat yang didominasi oleh UMNO.



Isu rasuah boleh jejas usaha Pas pertahan Manek Urai


KUALA LUMPUR: Isu rasuah politik yang dikatakan menular dalam Pas boleh memberi kesan terhadap usaha parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata ini kerana pengundi dan penyokong parti itu di DUN berkenaan mungkin sukar bertolak ansur dengan pemimpin rasuah.

Beliau berkata, walaupun DUN Manek Urai terletak di luar bandar dan kebanyakan penduduk bekerja kampung dan penoreh getah, cara mereka berfikir dan menilai sesuatu sudah jauh berbeza berbanding lebih 30 tahun lalu.

Malah, katanya, mereka boleh mendapat dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada ceramah parti saja.

“Saya kira sedikit sebanyak akan ada kesan terhadap persediaan Pas menghadapi pilihan raya kecil DUN Manek Urai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas sama ada isu rasuah yang dikatakan mula menular dalam Pas menjelang Muktamar Agung Tahunan parti itu mulai Jumaat hingga Ahad ini akan memberi kesan langsung kepada parti itu pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Isu gejala rasuah dalam Pas mencuri tumpuan umum menjelang muktamar agung parti itu apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, mendedahkannya bulan lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bersedia membuat siasatan berhubung perkara itu.

Wakil Rakyat : Sihat sebagai syarat ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCwKCz_TEFrW_iRvH4GnopSs8iud4sGE2cYm1ULPj_vqqBE7J5XQfw46hgIfFWDMfsc8FrElul3xg8S_dyWXxxtnSmdMXmtDuMxsuAaAxhAQ0piSzaQBWeHys4obtSTvqoN72v/s1600/pengerusi-spr.jpg
Pengerusi SPR


Antara yang paling dangkal sekali adalah jengkal. Pepatah Melayu membahaskan ia bahasanya menjadikan sebutan ramai Melayu' " jika panjang kail sejengkal jangan diduga lautan yang dalam". Begitulah lagak dan mangaknya Pengerusi SPR yang baru iaitu Dato Aziz Mohd Yusof. Untuk buat kali pertama menguji akan ia akan tugas dan tanggungjawabnya ia. Oleh kerana terlalu mahu bertanggungjawabnya ia akan atas pertanggungjawabanya itu. Maka disarankan akan nya ia atas apa yang mahu disaran olehnya.

Maka selepas DUN manek Urai kosong, oleh sebab kekosongan tersebut kerana matinya tok wakilnya. Maka tok wakil yang mati itu juga bersebab, namun dek sebab sakit iaitu sakit gaout serta kencing manis mahupun berdarah tinggi akan dianya. Kesimpulannya wakil rakyatnya mati kerana disebabkan dek sakit.

Maka pengerusi SPR yang baru ini, buatlah lawak bodoh, sehingga lawak itu sendiri jadi bodoh. Maka didugakan akan kailnya yang sejengkal itu. Lau di cadangkan kepada SPR uyang dipengerusikan olehnya iaitu nanti setiap calon yang bakal atau akan bertanding dimestikan seorang yang SIHAT. Sihatnya itu masih lagi bersifat subjektif. Beliau maksudkan sihat nya itu tiada akan sibakal calon sebelum dan semasa mahu bertandingkan itu sakit. Jika sesudah menjadi tok wakil maka tidak sihatnya dia bagaimana? Mungkin beliau minta akan sihatnya itu datang kembali kepada tok wakil, kerana pengerusi SPR mahu bagi tahu bahawa awak sebelum jadi wakil rakyat dulu sihat, kenapa tidak sihat? Ke mana sihat itu pergi, kembalikan lah sihat.

Penulis cadangkan sekumpulan pasukan penyihat semua tok tok wakil agar kekal sihat dan sentiasa sihat sepanjang ia menjadi tok wakil perlu SPR adakan, kerana dalam mencukupkan syarat, maka syarat tersebut mesti dilengkapkan.

Maka semesti bagi mengesahkan sakitnya itu, mestilah disahkan oleh orang yang mendapat pengesahan atau tauliah. Tentulan namanya doktor atau pakar perubatan. Justeru lakulah dan tambahlah kerja doktor satu lagi kerja mengesahkan akan bakal calon atau bakal wakil rakyat siaht. Maka kerja mengesahkan sihat atau tidak sihat menjadi satu kerja yang bersyarat. Doktor swasta terdedahkan bayaran. Manipulasi sah sakit untuk dapat sijil perakuan cukup tinggi jadinya nanti.

Jika diterima dan diguna pakai, maka ramailah menteri-menteri dan wakil rakyat UMNO BN yang ada bakal terluucut jawatan mereka kerana dek SIHAT atau TIDAK SIHATNYA mereka nanti.

Wakil-wakil rakyat UMNO BN mungkin akan marahlah pada pengerusi SPR nanti. Maka jadilah satu pekerjaan baru dan kerja tambahan UMNO iaitu menjatuh dan menaikkan pengerusi SPR mengikut pilihan mereka dan kemudahan serta kesenagan mereka.

Oleh itu, semua sisitem yang bakal dan akan dibuat oleh UMNO kembali tidak sihat dan menjadi tidak sihat. Justeru menrima pakai candangan pengerusi SPR yang mulanya mahu calon sihat sebagai wakil rakyat, menjadikan semua sistem kendalianya tidak sihat belaka.

Aib : Isu PKFZ dakwa segera perasuah ?

Skandal pecah amanah terbesar abad ini di Malaysia amat memalukan. Sikap kerajaan Malaysia bawah UMNO BN cukup tidak bertanggungjawab. Setiap seorang pemimpin UMNO naik atau PM baru naik maka berjyalah ia mencipta sejarah untuk dirinya dan negara.

Mereka seolah-olah berlumba siapakan antara mereka yang berjaya mencipta sejarah bijak menipu rakyat, cekap dan bertahan lama menutup kelemahan mereka. Inilah kunci kejayaan pimpinan UMNO BN.

Pendedahan laporan Audit Firma yang dilantik bagi mengaudit PKFZ. Walaupun apa niat, tujuan pendedahan kepada umum adalah menjadi satu tanggungjawab kepada diri atau negara kita tidaklah kajikan.

Mungkin pimpinan baru UMNO BN akanberkata dalam hati kecil, aku 'baham' duit rakyat sikit sahaja yang mu dok heboh tu setiap malam dipentas ceramah. Puak-puak sebelum aku baham lagi cukup parah dan lama sangat dah. Oleh itu, alang-alang terbuka pekung baik aku buka kesemua.

nanti untunglah jangan aku sahaj dipersalahkan, negara lingkup bukan kerana aku sahaja, tetapi kerana orang terdahulu juga. Depa yang mulakan dulu, aku cuma ikut sahaja. Inilah antara bisikan pimpinan yang sedia ada ni.

Harapan rakyat, malapetaka kehancuran negara dan negara menuju alam kebangkrapan. Kita minta siasatan terperinci SPRM yang cekap sila jalankan tugas dan amanah dengan cekap dan segera. Kes ini mempunyai fakta cukup kukuh , bukan seperti kes lembu bagi MB Selangor. MB Selangor menyeleweng bagi kat rakyat makan dan rasakan daging lembu, rakyat marah, SPRM kata ia tidak betul. Entahlah kalau pendedahan pincang audit atas PKFZ juga dia kata tiodak betul. Wallaualam bissawab.

'Pembangkang politikkan PKFZ'

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

Buat spekulasi, putar belit laporan audit untuk raih sokongan: Ong

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang ditegur kerana membuat spekulasi melulu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum membaca keseluruhan laporan juruaudit PricewaterhouseCoopers (PwC).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, menyifatkan cadangan pemimpin pembangkang supaya kerajaan menutup PKFZ bagi mengurangkan kerugian sebagai politik murahan dan cubaan bermain dengan sentimen rakyat bagi meraih sokongan.

“Hanya berapa jam selepas laporan ini didedahkan kepada umum, mereka membuat rumusan mengenainya sedangkan isu ini sepatutnya dikaji perunding kewangan dan pakar pengurusan bagi mencari penyelesaian.

“Apabila Perdana Menteri mengarahkan PKFZ diurus secara telus kita mengambil sikap terbuka bagi mendedahkannya, tetapi saya tiada peranan dalam hal ini kerana ia dipersetujui bersama oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan PwC.

“Saya nasihatkan pembangkang mementingkan rakyat dan jangan bermain politik kotor untuk manfaat peribadi,” kata beliau dalam komen terbaru di laman blognya, www.ongteekeat.net.

Beliau berkata, firma juruaudit seperti PwC tidak mempunyai kuasa menyiasat dan lembaga PKA tidak boleh memberikannya kuasa untuk memeriksa perkara di luar skop kuasa lembaga itu.

Katanya, pembangkang tidak wajar mengkritik PwC atau LPK tanpa mengetahui bidang kuasa mereka.

Beliau juga menyuarakan rasa terkejut terhadap kedangkalan pemikiran pembangkang kerana menganggap unjuran peningkatan hutang sehingga RM12.5 bilion jika tempoh hutang dilanjutkan dianggap sebagai kerugian yang sudah berlaku dan perlu ditanggung kerajaan.

“Laporan PwC menyatakan RM12.5 bilion itu hanya dijangka berlaku jika lanjutan hutang kerana tidak mampu melunaskan ansuran pinjaman antara 2012 hingga 2041 tetapi kos keseluruhan unjuran ini hanya ditentukan pada 2051.

“Dakwaan kos projek ini melambung sehingga menjadi skandal RM12.5 bilion di bawah jagaan saya seperti menimbunkan hutang yang dijangka pada 2051 ke atas saya sekarang atas sebab politik berniat jahat,” katanya.

Bahaya: aNTARA CHIN PENG dan AYAH PIN

Bila mana media dan UMNO sepakat memberi nilai terhadap PKM dan Chin Peng. Maka bernilailah Chin Peng. Justeru semua instrument menfokuskan Chin Peng dengan memberikan nilai. Antara nilai yang di berikan kepada Chin Peng adalah pengganas komunis, dasar sosialis dan komunisme pembawaan idealisme perjuangan mereka, banyak nyawa tentera kita terkorban dan jiwa-jiwa turut 'terkorban' semata-mata komunis. Maka nampaklah nilai komunis itu bahaya dan kesannya amat memberbahaya.

Sebenarnya perjuangan idelogisme sudah berkubur di benuanya sendiri iaitu Rusia atau CCCP dan di RRC atau China. China sekarang sudah terpesong komunisnya dan jatuh luluh idealisme ke bawah pengaruh isme Barat lain. Maknanya pengaruh komunisme berkubur sudah lama. Negeri bawah Kesatua Soviet Union lama dah keluar memerdeka diri rata-ratanya membentuk negara umat Islam.

Berbalik dengan kes Chin Peng di Malaysia. Selaku rakyat beliau ingin mebali ke tanahairnya sendiri. Kaedah orang besar dan ada pengaruh mestilah memohon kepada negara, maka jadilah ia isu negara, kerana negara politikkan bahawa ia wajar dipoltikkan kerana sebab-sebab tertentu. Perbincangan adalah lumrah mestilah ada pihak bersetuju dan tidak bersetuju, kaedah setuju dan tidak setuju macam sejarah paparkan Islam pun ada masyarakat setuju dan tidak setuju, hatta nabi sendiri disetujui dan tidak disetujui atas apa yang dibawa.

Bagi negara kita isu besarnya komunisme sudah jatuh, hancur. Cuba kita bandingkan idelisme Chin Peng dengan Ayah Pin. Nilai bahaya antara mereka berdua mana yang lebih bahaya ? Chin peng dan tamat 'berjuang idelaismenya' , ramai pengikut serah diri. kesannya tidaklah seberapa hattan fahama komunisme tersebut sudah ditelan oleh kapitalisme, materialimse dan isme-isme yang lain. Namun bagi Ayah Pin ismenya cukup kuat, kuatnya sampai memesongkan aqidah umat islam dan keyakinan Islam umat islam sebahagian di Terengganu, hatta melangkau blok serantau.

Bila mati antara persoalan Chin Peng dengan Ayah Pin mana yang tergugat ? Dalam kubur kita membicarakan soal Chin Peng atau Ayah Pin ? Jsuteru kita wajar memerdekakan diri kita dengan hal ini (komunisme) kerana ia sudah lama tamat. Adalah lebih baik semua tenaga buah fikiran idea ditumpukan bagi memulihkan sosial negara dengan isu dadah, dedah, mat rempit, samseng jalanan, pengangkutan awam yang makin teruk, ekonomi yang menyesakkan rakyat, kenaikan harga barang, kawalan sempadan, pengangguran dan 1001 masalah semasa daripada kisah dan sejarah PKM dan Chin Peng.

Fahamilah yang pelik tetang UMNO

Kita pulak pelik melihat media milik UMNO pelik. Mujurlah pimpinan UMNO tidak pelik. Paling pelik adalah Pengerusi SPR yang bijaklaksa sahaja tiada laksana. Jelas nampak pengerusi SPR yang ketiduran.

Ramai pengundi keluar atau tidak pengundi bukan soalannya. Sesudah UMNO kata pilihanraya membazir dia pelik pula. Sememanglah rakyat ikut kata pemerintah, bila PRK Penanti membazir maka orang-orang yang percaya dia membazir tidaklah mereka keluar mengundi. Itu kan analogi mudah. Dah lah mereka kata membazir dan semua orang yang sefahaman begitu yakin ianya membazir, maka rakyat yang menerima 'hadis' UMNO berhukumkan hukuman jatuh membazir maka tidaklah mereka ikut sama dalam kerja-kerja mengundi kerana kan dah jadi mengundinya membazir, justeru mengembalakan hal-hal mengundi di Penanti semua jatuh membazir. Jadi membincangkan hal-hal Penanti dan prk juga adalah membazir.

Tetiba hal yang dikatakan membazir itu, dipelikkan. Jadi kita pun ikut peliklah. maka sahlah rakyat sekalian kena faham, inilah namanya politik UMNO. Rakyat kena fahama mana politik dan permainan politik UMNO.

Justeru, mengikut hadis UMNO pilihanraya adalah membazir selagi mana UMNO kata membazir. Namun hukumnya berubah dan bertukar tidak membazir dalam kes Manek Urai. Bila UMNO berhukum ia tamat sudah bazirnya akan ia. Alasannya atau hujahnya seperti yang disepakati mereka kerana ADUN Manek Urai meninggal dunia, bukan main-main macam kes Fairuz PKR di Penanti. Inilah hujah kuat yang bersanadkan kepada fahaman politik UMNO.

.........................

Peratus undian Penanti catat rekod paling buruk

BUKIT MERTAJAM 31 Mei _ Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mencatatkan sejarah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Walaupun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau hanya mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.

Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan peratusan tersebut jauh lebih rendah dan rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Keputusan pilihan raya tersebut juga jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi tidak mahu keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara pilihan raya itu diadakan hanya semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah dalaman PKR.

Tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil juga dilihat sebagai satu ‘penyalahgunaan demokrasi’ secara terang-terangan oleh PKR selain membazirkan wang rakyat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, peratusan yang kecil itu merupakan ‘protes’ yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan rakyat.


Penanti: Kekal TKM1 Pulau Mutiara

Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rabu ini.