Wednesday, March 04, 2009

Kerana nak berpolitik sangat !!!

Notis perintah larang diadakan DUN tidak sah diserah Speaker

IPOH: Pasukan peguam yang mewakili Menteri Besar Perak dan enam Exconya, sebentar tadi menyerahkan perintah Mahkamah Tinggi yang melarang diadakan sebarang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak sah kepada Speakernya, V. Sivakumar.

Ia diserahkan kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Semalam Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddin.

Perintah larangan itu tidak mempunyai had tempoh.

Peguam Faizul Hilmi Ahmad Zamri menyerahkan arahan itu kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Wasu di bangunan SUK di sini.

Faizul pada mulanya menyerahkan notis perintah itu kepada Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada pukul 3.20 petang kerana pejabat Speaker ditutup.

Bagaimanpun apabila pejabat itu dibuka kemudian, notis tersebut diserahkan kepada Speaker.

Zambry pemalu orangnya !!!

Maka teramat besarlah kemaluan Zambry , bilamana katanya sidang DUN Perak dibuat bawah pokok. Malunya Zambry tidak terhingga kepada dunia. Beliau tidak malu kerana dia sanggup jadi pak sanggup bagi merampas hak orang kerana rancangan merampas itu dibuat hasil lemah dan ditipunya bekas seorang posmen dan bekas seorang kapten tentera.

Maka jika nak ikut malu, maka malulah seluruh posmen-posmen dan kapten-kapten seluruh negara. Maka tidaklah akhbar memberi tempat kepada bekas-bekas posmen melaporkan atas malunya mereka itu.

Justeru itu, kita terimalah kemaluan zambry itu, tidak jadi masalah... dak gitu

........................

Zambry: Persidangan bawah pokok dirancang malukan negara

PARIT BUNTAR: Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia.

Katanya, persidangan tergempar yang diadakan di bawah pokok di Ipoh semalam memang sesuatu yang memalukan kerana ingin memburukkan negara.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi kita boleh lihat mereka telah bersedia dengan posterposter "The World is Watching" supaya kejadian itu dilihat oleh dunia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri faham matlamat mereka mengadakan persidangan berkenaan di luar Dewan.

"Ia seolah-olah telah disusun untuk tatapan dunia," katanya memgulas mengenai persidangan tergempar yang diadakan di bawah pokok kirakira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam.

Speaker DUN V. Sivakumar mengadakan persidangan tergempar itu di kawasan berkenaan selepas cubaan beliau bersama 27 Adun DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memasuki Dewan dihalang oleh polis.

Persidangan yang berlangusng kira-kira 30 minit mulai 10 pagi itu meluluskan tiga usul meluluskan tiga usul yang dipersetujui sebulat suara oleh semua anggota dewan yang hadir.

Usul-usul yang diluluskan adalah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, membubarkan Dewan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dan mengesahkan keputusan Speaker menggantung Zambry dan enam Exconya daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan di bawah pokok itu turut mendapat perhatian lebih 300 orang awam dan mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.

Zambry berkata, tindakan mengadakan persidangan itu juga merupakan usaha pembangkang untuk terus mengganggu kerajaan negeri.

"Saya akan terus menjalankan tugas seperti biasa... kita tidak mahu diganggu oleh kejadian seperti semalam yang menjejaskan kerajaan.

"Kita akan terus seperti biasa dengan sirisiri mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya," katanya.

Persidangan tergempar yang dipanggil oleh Sivakumar itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Semalam, Mahkamah Tinggi Ipoh juga telah membenarkan permohonan injuksi Zambry dan enam Exco menghalang Sivakumar daripada mengadakan sebarang persidangan DUN.

Ditanya sama ada beliau akan membuat satu lagi permohonan ekoran keputusan mahkamah semalam dibuat selepas persidangan DUN berlangsung sebelah pagi, Zambry berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar berkata, usaha memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat akan dipertingkatkan kerana pembangkang masih menimbulkan kekeliruan mengenai kesahihan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, isu dua Menteri Besar yang timbul ekoran peralihan kuasa kerajaan negeri bulan lepas kini berada dalam proses perundangan selepas Mohammad Nizar membawanya ke mahkamah.

"Serahlah kepada mahkamah untuk putuskan siapa Menteri Besar yang sah... kita harap mereka (pembangkang) menghormati proses undang-undang dan tak perlulah mengadakan ceramah-ceramah yang akan mengelirukan rakyat," tegasnya.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar yang baru selepas BN menguasai majoriti 31 berbanding 28 apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada BN awal bulan lepas.

Kes Mohammad Nizar mencabar kesahihan Dr Zambry sebagai Menteri Besar akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini sama ada dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. BERNAMA

PRK Batang Ai !!!

9
Pilihan raya kecil DUN Batang Ai serentak 7 April

SERENTAKTAN SRI Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pilihan raya kecil Batang Ai iaitu 7 April ini. - foto The Star oleh RAPAEE KAWI

[DIKEMAS KINI, 3.15 PETANG] PETALING JAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak akan diadakan 7 April ini - serentak dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang ditetapkan bulan lalu.

Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh yang sama dengan mengambil kira aspek bahawa ia berupaya untuk mengadakan ketiga-tiga pilihan raya serentak.

Selain itu, keputusan tersebut juga mengambil kira soal keselamatan dan ketenteraman awam serta perkembangan politik negara semasa.

"Kita mengambil kira banyak aspek... soal keupayaan kami mengendalikan pilihan raya kecil Batang Ai.

"Kita juga bimbang jika pilihan raya kecil ini diadakan terlalu lama, akan menyebabkan tempoh kempen yang lama dengan mengambil kira pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Malah, berdasarkan perbincangan, SPR mendapati Pejabat Pilihan Raya Negeri berupaya untuk mengendalikannya dalam waktu terdekat, jadi kami memutuskan untuk mengadakannya serentak pada 7 April ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Batang Ai terdiri daripada 8,006 pemilih termasuk 43 orang adalah adalah pengundi pos iaitu anggota polis, kata Wan Ahmad.

Ia terdiri daripada 24 daerah mengundi termasuk sembilan daripadannya akan dibuka antara dua jam dan enam jam untuk proses pengundian.

"Sembilan daerah mengundi ini akan ditutup secara berperingkat-peringkat selepas dua jam dibuka kerana bilangan pengundi tidak ramai.

"Bagaimanapun proses pengiraan hanya akan bermula selepas 5 petang, pengiraan membabitkan sembilan daerah ini akan dikira di pusat pengiraan berkelempok," katanya.

Terdahulu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan hasil mesyuarat badan itu di Kuching tengah hari tadi.

Pada 13 Februari lalu, SPR memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April.

Pada 24 Februari lalu, kerusi Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 806 undi.

BERITA TERDAHULU

SPR bermesyuarat, pilihan raya kecil Batang Ai hujung April?

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Sarawak.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan meneliti pelbagai aspek dalam menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

"Kami sudah bincang dengan pegawai-pegawai kami di sini akan menghalusi pelbagai aspek dalam menentukan tarikh pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi pagi tadi.

Mesyuarat ini bermula 9:30 pagi dan keputusan dijangka diumum Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekitar pukul 11 pagi.

Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil Batang Ai tetap diadakan tetapi akan mengambil kira persekitaran suasana politik dan ekonomi semasa.

Pada 24 Februari lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi Selasa lalu akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.

Sandiwara Pemuda UMNO Kedah ?

Atas dasar semangat keherooan... Pemuda UMNO Kedah sedang bersandiwara. Agenda selepas dikalahkan oleh rakyat secara mengejut, barulah mereka sedar.. tetapi rakyat jugalah yang mengajar dan menyedarkan mereka. Apa pun kita lihat ini adalah fasa agresiff yang cuba mereka tekankan.

Isu ini berbangkit bilamana penulis berkesempatan berbual-bual dengan salah seorang kuat dan rapat dengan seorang menteri penuh. Bilamana ia 'marah-marah dan mengomel kepada penulis tentang sikap 'leka' atau buat badak, kalangan pimpinan dan ahli UMNO tentangan serangan perilaku, kejelekan pimpinan muda UMNO oleh blog-blog pembangkang yang bertali arus dan kencang bergerak tanpa dibayar itu.

Mungkin pada pandangan penulis, mereka sedikit demi sedkit mula sedar dan memberi perhatian.

.................

Pemuda Umno enggan dedah Exco, minta MB Kedah 'relaks'

PETALING JAYA: Pemuda Umno Kedah bertegas tidak akan mendedahkan nama Exco yang didakwa menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atas dasar profesional dan amalan demokrasi walaupun didesak berbuat demikian oleh Menteri Besar negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kami (Pemuda Umno Kedah) tidak akan sama sekali mendedahkan nama Exco yang terlibat dalam kes ini kerana semuanya masih dalam siasatan polis.

"Biar polis menentukan Exco itu bersalah atau tidak," kata Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Tegas beliau, pihaknya akan bertindak secara profesional dan akan mengikut saluran demokrasi dalam menyelesaikan isu tersebut. "Menteri Besar tidak perlu pening kepala, biar polis menjalankan siasatan. Kalau betul Exco terbabit tidak bersalah, tidak perlu takut," katanya.

Semalam, Azizan menyifatkan tindakan Pemuda Umno negeri tidak mendedahkan nama Exco yang didakwa menghina Sultan Kedah sebagai tuduhan yang tidak mempunyai nilai berita.

Beliau berkata, perkara tersebut amat mendukacitakan kerana tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya.

Mohd Rawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Hangat berkata polis sudah mengambil kenyataan daripada beliau dan Setiausaha Pemuda Umno negeri, Haris Che Mat yang menerima surat layang tersebut Ahad lepas.

Ditanya adakah pendedahan itu dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Pakatan di Kedah, Mohd Rawi berkata perkara itu tidak timbul kerana pergerakan tersebut merasa terpanggil untuk memperjuangkan isu berkaitan kedaulatan istana dan bangsa Melayu secara keseluruhannya.

"Kalau kerajaan campuran di Kedah mengurus tadbir dengan baik, kami bersyukur dan akan menyokongnya.

"Cuma bila timbul isu menghina Sultan kami mahu mereka yang bersalah disiasat. Kita perlu tegas dalam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu,"katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menghina Sultan, dalam peti surat rumahya pada 23 Februari lepas.

Pergerakan itu membuat laporan polis pada 1 Mac lalu supaya perkara itu disiasat.

Terkini....UMNO semakin gawat.!!!!

Cubaan ahli Umno tangguh persidangan Umno

04 Mar 2009 9:26AM

PJ: Dua anggota Umno semalam berkata mereka akan memfailkan satu perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan agung parti itu yang dijadualkan diadakan lewat bulan ini, selang kurang sebulan sebelum Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadualkan mengambil alih jawatan presiden parti tersebut.

Dua anggota Umno itu, Datuk Kadar Shah Ninam Shah, dan Datuk Mazlan Harun, berkata mereka berharap perhimpunan itu akan ditangguhkan hingga semua dakwaan 'politik wang' selesai disiasat, demikian laporan laman berita dalam talian tempatan, The Malaysian Insider, semalam.

Langkah kedua-dua anggota Umno itu dilihat sebagai satu usaha untuk menghalang parti itu daripada menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib, yang juga Timbalan Presidennya, kata laporan itu.

Datuk Seri Najib memenangi jawatan Presiden Umno tanpa bertanding dan akan disahkan sebagai presiden parti itu semasa perhimpunan agungnya kelak.

Namun, Datuk Mazlan menafikan andaian bahawa mereka sedang cuba menghalang aspirasi Datuk Seri Najib itu dengan berkata bahawa rancangan peralihan parti itu boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja.

'Kami bukan mahu menghalang (Najib). Semua orang yang mencintai Umno harus mengambil perkara ini secara serius,' kata beliau dalam laporan The Malaysian Insider itu.

'Prosesnya harus diselesaikan mengikut perlembagaan parti dan undang-undang. Kami tidak terlibat dalam rancangan peralihan itu, ia boleh diselesaikan bila-bila masa sahaja,' tambahnya, ketika ditemui wartawan.

Datuk Kadar Shah, yang dilantik menjadi seorang delegasi ke perhimpunan agung itu dan Datuk Mazlan, bekas anggota jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno, turut membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang kini dinamakan semula sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmand Badawi, dan Datuk Seri Najib kerana didakwa terbabit dalam politik wang.

'Sehingga kini, tiada tindakan telah dibuat terhadap sebarang laporan itu. Tiada sebarang tindakan juga yang telah dijalankan terhadap lebih 1,000 laporan rasuah politik dan salah guna kuasa lain yang dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin Umno, seperti yang diakui oleh pengerusinya, Tengku Ahmad Rithaudeen,' kata kedua-dua anggota Umno itu dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga menyelar kenyataan Datuk Seri Abdullah baru-baru ini bahawa SPRM telah menutup siasatan terhadap semua laporan berhubung politik wang dalam parti itu kerana mereka tiada bukti.

'Bagaimana mereka boleh mengisytiharkan kes-kes itu ditutup jika tidak seorang daripada kami telah dipanggil untuk memberikan keterangan kami,' kata Datuk Kadar.

'Kami sedang menimbangkan untuk mendapatkan perintah mahkamah jika kes-kes itu tidak diselesaikan sebelum perhimpunan,' tegasnya sambil menambah bahawa mereka akan menunggu para pemimpin Umno untuk memberikan reaksi terhadap langkah mereka itu.


Langkah dilihat cuba halang parti sokong Najib. Foto: Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib sebelum ini

Usul Anwar di tolak ?

Usul Anwar bahas isu Karpal ditolak

KUALA LUMPUR: Usul anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa pihak tertentu menghina Dewan apabila menghalangnya menghadiri sesi sidang itu Khamis lepas ditolak oleh Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak memandangkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 80A PeraturanPeraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menimbang dan menyiasat perkara berkenaan.

"Saya akan kekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis dan tindakan akan diambil selepas jawatankuasa itu bermesyuarat," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada Selasa depan, dan keputusan mengenai perkara berkenaan akan diketahui pada keesokan harinya.

Khamis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika membentangkan usul penubuhan jawatankuasa khas berkenaan berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohamed Nazri berkata, jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit dengan kejadian itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Usul itu dikemukakan ekoran kejadian Karpal dikepung selama kirakira 15 minit pada pukul 2.45 petang oleh kirakira 22 anggota Pemuda UMNO Selangor yang tidak berpuas hati dengan tuduhan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu terhadap pergerakan itu yang didakwa menghantar dua butir peluru kepadanya.

Karpal, semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang diPertuan Agong menggunakan ungkapan 'Mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini' merujuk kepada surat berisi dua butir peluru yang diterimanya. BERNAMA

Fasa baru kemeleut di Perak

Kemelut politik Perak masuk fasa kedua, keadaan semakin kusut dan bercelaru. Pimpinan negara yang berminda kelas dunia, glokal dan bermacam-macam slogan retorik, masih 'degil' dengan 'kehendak rakyat', mereka masih yakin dan ditipu dengan bisikan-bisikan rasa hati yang ingatkan diri mereka itu , masih kuat dan diterima rakyat.

Kini, persidangan bawah pokok oleh kerajaan sah Perak, 'dicanagkan dicerca' didada-dada akhbar dengan pelbagai interprestasi, serta pelbagai tafsiran fahaman oleh rakyat. Maka inilah yang dimahui oleh kerajaan BN bawah UMNO sendiri.

Semua pandangan komponen, dalam membuat dasar-dasar negara walaupun telah dilembagakan itu dipersetankan oleh kumpulan gila diri dan tidak sedar diri ini. Mereka kata mereka berjuang dari rakyat untuk rakyat , tetapi mereka berjuang untuk rakyat tapi bagi menjaga kepentingan diri .

------------------


Razaleigh: Pilihan raya selesai krisis politik Perak

BN perlu kembali kepada rakyat tunjuk keyakinan

DUN BAWAH POKOK... Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri, yang dipanggil Speaker N. Sivakumar, dengan dihadiri kesemua ADUN Pakatan Rakyat diadakan di bawah pokok selepas dilarang memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam. Ia merupakan detik baru krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu. Krisis baru ini tercetus ketika hampir genap setahun selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan 8 Mac 2008.

PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk yang bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.

Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."

"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau menerusi tulisan terbaru blognya mengenai tidak boleh diharapkan," katanya.

"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.

Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.

Monday, March 02, 2009

Bakal PM: Antara yang lemah dan yang comot peribadi

Pak Lah kata dan dilaporkan seperti dikatakan ia akan TETAP berundur. Maka terselit perkataan tetap itu dari sudut bahasa yang bermaksud sebagai peneguhan dan penegasan isu berkenaan. Semacam ada yang tidak kena dengan hal ini.

Apa pun bandingan antara PM dan bakal PM, tentang kemelut dan perilaku adalah kita sebagai rakyat wajar bincang dan bahasa bakal pencorak masa depan negara. Adalah tidak salah merasakan 'bakal' PM itu comot dan mencemaskan dari segi ketelusan, kejujuran, dan ada masalah besar, di mana ia memberi impak besar kepada negara kita. Berbanding PM sedia ada 'walaupun lemah' tetapi tidak lah comot peribadi dan yang lain-lainnya.

Jika diberi pilihan kita mahu yang lemah itu kekal.

Sunday, March 01, 2009

Episod ..bagaimanakah akhirnya ?

Kami anak-anak Perak di perantauan selepas PRU 12, terlonjak-lonjak tumpang bangga dengan situasi apa yang berlaku dan apa yang terjadi di Perak. Hasil gabungan kesedaran rakyat, satu kejutan politik Perak membuahkan kerajaan apa dinamakan Pakatan Rakyat julung-julung kali selepas 52 tahun merdeka diberi laluan peluang memerintah Perak, iaitu buat pertama kali rakyat Perak merasai kerajaan yang bukan diterajui oleh UMNO-BN.

Namun, hadiah rakyat tiba-tiba direntap dengan usaha-usaha , serta jalan-jalan liar bersama kepungan, pujuk rayu UMNO BN, telah berjaya mengkecundangkan kerajaan Pakatan Rakyat , melalui satu bentuk 'rampasan kuasa' tidak bermoral. Namun politik adalah satu seni permainan yang cukup istimewa. Politik adalah tipu daya, siapa yang berstrategik maka dialah atau pasukannya lah yang mampu mendapatkannya.

Apa pun asas dari aspek moralnya, jelaslah pihak yang merampas adalah cukup tidak beretika.

Di mana SPRM ?

SPRM kita minta kerja secara berfokus... jangan jadi Badan Penyiasat Kereta dan Lembu sahaja. Minta ke depan sikit .......

..............................

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIED, sayap pendidikan MIC, hari ini memberi kata dua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri S. Samy Vellu selain membongkar rahsia urus niaga dan politik Presiden MIC itu.

MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.

"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media di sini semalam.

Ia merupakan sidang media pertama beliau sejak isu tersebut muncul kira-kira tiga bulan lalu.



Chitrakala mengetuai MIED sejak 15 tahun lalu. Beliau bercuti daripada jawatan itu bermula awal bulan lalu.

"MIED telah berkembang maju dengan baik di bawah pengurusan saya dan kini bernilai RM1 bilion... ia adalah milik MIC dan masyarakat India," kata beliau sambil menambah, ia bukan badan bebas sebagaimana dikatakan oleh Samy Vellu baru-baru ini.

Hari ini beliau membuat dua laporan polis di Balai Polis Subang, antara lain mendakwa beberapa trak telah digunakan untuk mengangkut fail selepas beliau mula bercuti pada 2 Januari lalu.

Samy Vellu baru-baru ini berkata, sejumlah fail dan kira-kira RM5 juta hilang daripada akaun MIED.

Malah beliau juga mendakwa wujdu penyelewengan dalam menawarkan kontrak pembinaan AIMST.

Laporan minggu lalu menyebut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat MIED.

Keduad-au pihak berkeaan telah memulakan siasatan ke atas pembinaan dan penyelenggaran AIMST selepas anggaran kos awal universiti itu melonjak dari RM230 juta kepada RM500 juta di akhir tempoh pembinaan awal tahun lalu.

AIMST, yang terletak di Semeling, Kedah, mula dibuka 18 bulan lalu sebagai hasrat MIC memiliki dan menguruskan sebuah universiti.

Penubuhan AIMST, yang diilhamkan oleh Samy Vellu, dibina atas sumbangan ikhlas orang ramai, derma dan pungutan dari setiap cawangan MIC di negara ini.

Pada Disember lalu, Tan Sri M. Mahalingam, salah seorang penandatangan cek MIED, disingkirkan sebagai Bendahari Agung MIC oleh Samy Velu, yang memberi alasan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula parti.

Sejak kontroversi itu timbul, Samy Vellu juga telah meminta Chitrakala mengambil cuti dan diberi beberapa surat tunjuk sebab.

Laporan media juga menyebut berlaku beberapa penyalahgunaan dalam pemberian kontrak khususnya membabitkan kerja-kerja landskap dan perkhidmatan keselamatan di AIMST.

Bulan lepas, Naib Presiden MIC dan Pengarah MIED, Datuk S. Sothinathan membuat dua laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul di sini mengenai kehilangan fail MIED.

Lporan itu mendakwa fail berkaitan kontrak AIMST telah didapati hilang dari ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh di sini.

Minggu lepas, seorang bekas ahli MIC telah membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan menyatakan beliau telah menyerahkan bukti mengenai dakwaan salah urus dalam pemberian kontrak pembinaan AIMST.

Beliau juga mendakwa beberapa ahli politik telah memberi kontrak kepada rakan mereka tanpa melalui proses tender.

Pemuda BN serah memorandum bantah hina sultan


ALOR SETAR 1 Mac — Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan berlakunya penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid, yang mengetuai 50 anggota Pemuda BN negeri termasuk MCA, MIC dan Gerakan, menyerahkan memorandum itu kepada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Mohd Rizal Mohd Radzi, di Wisma Darul Aman di sini, kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Mohd Rawi berkata penyerahan memorandum itu adalah susulan daripada tindakan laporan polis yang dibuat di bahagian masing-masing sebelum ini, selepas Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahnya 23 Feb lalu.

“Sementara menunggu pihak polis menyiasat kes ini, kami menyerahkan memorandum ini sebagai membuktikan ketegasan dalam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.

“Kandungan memorandum termasuklah usul supaya memecat Exco yang didakwa terlibat dan berharap pihak Istana menarik balik semua pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

— BERNAMA

Hebat nya Ahmad Said....

Saya tidak gentar - Ahmad Said




MIRI - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini bahawa terdapat bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) berkata, beliau tidak akan gentar dengan sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil pembangkang.

"Kami perlu berpegang teguh dengan apa yang kami lakukan. (Sebagai kakitangan awam) kami melakukan perkara yang betul. Tapi saya (juga) mengalu-alukan sebarang komen negatif atau (dakwaan) salah laku.

"Kita mesti berkerjasama untuk menentang rasuah," katanya kepada pemberita selepas program latihan menembak antara SPRM dan Agensi Pencegahan Rasuah Brunei (BMR) di lapang sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) di Km 29 Jalan Miri-Bintulu di sini semalam.

Akur dan terima lah , taubat dan insaflah......

Kemelut politik di Perak, masih belum terungkai. Situasi ini wujud kerana kedegilan sesetengah pihak yang masih lagi mahu mempertahankan apa yang tidak sepatutnya dipertahankan. Impaknya adalah terasa oleh rakyat Perak terbanyak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Sikap tidak mahu akur dan tunduk, bukanlah sikap manusia, tetapi adalah sikap yang dijelmakan degil engkarnya Iblis kepada Allah, bilamana Allah perintahkan iblis tunduk dan akur kepada Nabi Adam bapa segala manusia.

Perangai Iblis ini adalah ia merasakan dirinya hebat, tidak boleh dicabar, berperangai besar kepala, merasakan dirinya sendiri hebat dan lebih itu adalah sifat-sifat mazmumah, atau sifat-sifat yang tercela dan dicela.

Justeru, hal ini tidak terkecuali dengan apa yang terjadi di Perak. Firaun merasakan dirinya akan terus berkuasa dan tiada ada yang mampu mencabar kekuasaannya, namun ia lupa Musa anak angkat peliharaan, duduk bawah dagunya itulah yang akan mencabarnya.

Kita kena insaf peringatan Allah ini, memikir memolek insaf dengan penuh kesedaran.


Sidang tergempar DUN Perak tidak sah tanpa perkenan sultan

KUALA LUMPUR 1 Mac — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar tidak boleh memanggil satu sidang tergempar dewan itu Selasa ini kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Sivakumar pada Khamis lepas yang beliau bercadang memangggil satu sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Abdullah berkata beliau telah menerima arahan dari Sivakumar supaya mengeluarkan notis segera untuk sidang tergempar DN pada Selasa ini melalui surat Sivakumar yang bertarikh 25 Februari 2009 yang turut disertakan notis usul daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja dan ADUN Titi Serong.

Beliau berkata walaupun ia sidang tergempar, “dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar Notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut.

“Permasyhuran memanggil dewan dibuat oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan. Ini adalah berdasarkan PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

Beliau berkata berasaskan PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

“Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang,” katanya.

Beliau berkata Perkara XXXVI (1) memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.” Abdullah berkata peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.

Khamis lepas, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sivakumar turut berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar, dan arahan telah diberikan kepada Abdullah untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua ADUN bagi menghadiri sidang tersebut.

— BERNAMA