Wednesday, September 03, 2008

Syabas Lim Guan Eng !!

Memperbetulkan sikap dan bersikap betul. Dua patah perkataan yang terlalu amat mudah dicoretkan tetapi perleksanaan cukup memerlukan satu komitemen yang kuat. ia ibarat teori yang yang mahu diaplikasikan.

Luar biasa bila KM P Pinang dan barisan pimpinan DAP Pulau Pinang mahu berbuka puasa bersama pimpinan PAS Pulau Pinang. Maknanya anjakan paradigma Cina di Malaysia jauh ke hadapan dengan rakyat lain Melayu terutama dalam memperbetulkan sikap dan bersikap betul dalam hidup bernegara dan bersosial dinegarakan. Walaupun telah lama Rkun negara yang dinegarakan kepada rakyat teramai.

Syabas diucapkan kepada Lim Guan Eng, sikapnya menarik minat Tun Abd Aziz masuk DAP. Kesungguhan mereka jauh lebih hebat daripada kita yang memiliki Islam itu sendiri.

Gempar Black 43 MP

43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat?
Awang Harun
Wed | Sep 03, 08 | 10:55:31 am MYT

KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.

Iklan

Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.

Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.

Image"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.

"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa)

Menurutnya, desas-desus tanggal 16 September tersebut bukan lagi cakap-cakap kosong yang tidak berasas tetapi akan menjadi realiti.

Mengulas kejayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berjaya memenangi pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Katanya, kejayaan Anwar ke Parlimen dianggap sebagai satu isyarat bahawa perubahan bakal berlaku dan PKR akan terus berkembang dalam negara ini. - mr_

Friday, August 29, 2008

Anwar di mata rakyat !!

Sekali kayuh dua tiga pulau dilangkahi. Kemenangan Anwar di permatang Pauh pada 26hb Ogos lepas, meresahkan kerajaan. Begitulah aura Anwar.

Semalam penulis berkesempatan minum air dengan seorang rakan, tetiba kami didatangi oleh rakan kepada rakanpenulis. Maka adat Melayu mestilah kami jemput duduk minum bersama. Suasana biasa sahaja, selepas itu, penulis cuba jolok 'isu' di meja minum. Penulis terus membelasah Anwar dengan belasahan yang kuat.

Bagi mana yang diduga melentingkan rakan kepada rakan penulis. Beliau tambah bersemangat membela Anwar simpatinya cukup tinggi. Kalau boleh penulis andaikan sayang dan simpatinya lebih daripada dia sayang akan ibubapanya.

Nah, begitulah aura Anwar disisi rakyat, Maka kita yang ada tidak dapat mengekang bilamana rakyat meletakkan Anwar ini sebagai hang Tuah moden Malaysia atau Hang Jebat Malaysia. maka beliau dalam usaha untuk memperbetulakan Kerajaan Melaka pada waktu ini.

Thursday, August 28, 2008

Kronologi dan gealeri Anwar di Parlimen hari pertama bergelar wakil rakyat Pakatan

Galeri gambar upacara angkat sumpah Anwar di Parlimen
28-08-2008 12:10:37 PM


Jadi tumpuan....ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 9:50 pagi bagi menghadiri upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau menjadi tumpuan pemberita dalam dan laur negara. Foto AP.


Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Anwar tersenyum kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Penasihat PKR itu mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.

Anwar Angkat Sumpad di Dewan Rakyat !!



Anwar selesai angkat sumaph di Dewan Rakyat
pada hari ini. Sah menjadi ketua Pembangkang.

Kini Pintu Harapan Rakyat Anwar berjaya ketukkan !!!!

Laungan Road to Putrajaya....Bunyinya macam olok-olok, lekehan atau kelehan mainan media berbulan-bulan tentangnya tetapi rakyat terbanyak ternanti-nanti dengan berdebar-debar dan penuh harapan. Seperti kata Prof Shamsul Amri ATMA UKM. Anwar mempunyai karisma dan berjaya menyakinkan orang dengan memberi harapan serta meletakkan rakyat dan berjaya mengetuk pintu harapan rakyat akan negara yang mahukan perubahan.

Hari ini, rakyat menyaksikan Anwar akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat yang sah. Apa-apa sahaja perisitiwa tentang Anwar akan menarik perhatian rakyat. Kini setidak-tidaknya rakyat mempunyai harapan. Dan harapan itu tetap membara.

Maka inilah lebihnya Anwar pada kita. Justeru itu, kita jangan tersalah meletakkan Anwar 'terlalu maksum', Anwar juga manusia dan ada kelebihan dan kelemahan. Oleh itu, rakan-rakan dalam Pakatanlah yang boleh menampung kelemahannya. Kelebihannya, bolehlah diperkasakan lagi Pakatan.

Inilah yang kita mahukan, sayang sanjung Anwar tidak menjadi kesalahan. Episod Anwar seterusnya amat dinanti-nantikan.

Wednesday, August 27, 2008

Mengejutkan Ikan di lautan negara kita sudah habis ?

Tiada Ikan ,nelayan ambil dadah................... Demikian laporan akhbar hari ini, yang melaporakan betapa iamemberi pelbagai petunjuk dengan terpaparnya berita ini.

Pertama, ia sebagai petunjukkan utama kegawatan hidup, hasil manifestasi desakan cerminan hidup rakyat terbawah golongan marhein. Mana mungkin dalam keadaan negara kita kaya raya dengan hasil bumi yang melimpah ruah. Ada rakyat yang tegar atau sanggup bertindak sedemikian. Maka siapakah atau pihak manakah yang wajar disalahkan. Diri sendiri nelayan atau pihak berkuasa atau kerajaan.

Gambaran kedua, betapa lemahnya rakyat negara kita. Pemimpin hebat, slogan Melayu Glokal, Minda Kelas Pertama. Warga atau rakyat yang ada lepas naik ke bulan, masih ada segelintir 'nelayan' kot sanggup membuat kerja terkeji seumpama itu. Di manakah kekuatan dalam jati diri sebagai anak merdeka yang sudah ceceah 51 tahun. Gamakkan kita berbuat sedemikian. Siapakah yang patut dipersalahkan ?

Gambaran lain, adakah hasil ikan dalam laut sudah kurang, adalah Allah atau Yang Maha Kuasa sudah menarik rezeki nelayan. Sesudah ikan , apa pula lepas ini, adakah minyak atau telaga minyak didasar laut kita akan kering.

Maka fikir-fikrkanlah ....

MERSING - Ambil dadah akibat tidak dapat ikan.

Itu kemungkinan tindakan para nelayan di daerah ini yang tertekan sehingga bertindak merosakkan diri sendiri termasuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Mersing, Mohd. Izzham Faruza Mohd. Nazur berkata, nelayan-nelayan yang tertekan tidak seharusnya melakukan perbuatan tersebut semata-mata bagi melegakan perasaan masing-masing.

Menurutnya, beliau difahamkan, segelintir nelayan kawasan itu pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini kerana terlibat dengan kegiatan menghisap ganja dan syabu gara-gara tertekan.

"Mereka yang berbuat demikian dipercayai mengalami masalah dalaman, di samping masalah peribadi lain.

"Tambahan pula sekarang, hasil tangkapan ikan juga tidak begitu memberangsangkan sejak dua bulan lalu.

"Saya bimbang kejadian ini mengganggu emosi para nelayan, sekali gus terlibat dalam gejala tidak sihat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Izzham, ada nelayan yang turut terjebak dalam perbuatan tersebut kerana suka-suka.

"Saya harap rakan-rakan dan keluarga nelayan terbabit dapat memberi nasihat supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan," katanya.

Wakil Rakyat Rakyat atau Wakil Parti

Kekalahan calon BN, memberi gambaran atau natijah luas untuk diperbahasakan. Isu dan analisis banyak pihak dibuat. Bagi penulis dalam PRK Permatang Pauh, adalah berhubung status persepsi rakyat dan kemahuan rakyat.

Isu nya rakyat buat piliahan antara calon wakil rakyat yang mewakili rakyat dan calon wakil rakyat mewakili parti. Inilah letaknya kelebihan dan keisitimewaaan Anwar di mata rakyat.

Rakyat Permatang Pauh khasnya pengundi melihat Anwar adalah wakil rakyat yang akan mereka pilih sebagai mewakili mereka atau rakyat permatang Pauh. Berbanding dengan Arif Shah ia dilihat lebih kepada wakil rakyat mewakili parti.

Justeru kerja buat, Arif Shah (UMNO-BN) lebih kepada menjaga memelihara pandangan pimpinan parti khasnya UMNO. Beliau cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan pimpinan parti serta parti yang diwakilinya.

Berbanding dengan Anwar pengundi melihat ia lebih dekat kepada apa yang rakyat mahu serta kehendakki. Slogannya esok memerintah negara harga minyak turun. Ayat ini sudah separuh membunuh BN. Justeru itu, ia diperdebatkan dalam majlis Debat Anwar vs Sabrey Chik. BN cuba mahu mematikan atau membunuh slogan itu. BN yang mahu momokkan slogan ini dan lemparkan ke muka Anwar, tetapi sebaliknya tersimbah ke muka mereka. Mahu tidak mahu kerajaan ’terpaksa’ turunkan harga minyak antara 15 sen ke 22 sen seliter menjelang 2 hari sebelum pembuangan undi di Permatang Pauh.

8 faktor BN tewas lawan Anwar
K Raveendran Nair | Aug 11, 08 4:04pm
Bahagian I 'Malaysia Baru' Anwar pukau pengundi

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.


Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.



广告
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )







Jimat Elektrik
Senang Pasang. Tahan 5 Tahun. Diuji dan Sah Disisi Undang-Undang. Bukan Curi!

















Jimat Minyak Habis
tak perlu tambah tak perlu sukat tak perlu bimbang





TAK PERLU MODAL.!!
REGISTER TERUS DPT USD6.00..!!!!



Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner

Analisis Manimaran PRK

Mengapa Anwar gagal dikuburkan?

(ANALISIS):

"Kita Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi tadi telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok - premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

Esok, kedudukan Anwar akan berubah di Dewan Rakyat yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding satu dekad lalu.

Beliau pula akan mengetuai barisan pembangkang - bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pemimpin-pemimpin yang disebutkan itu masih berada di Parlimen, tetapi Anwar akan mengepalai mereka di Parlimen bertentang mata dengan barisan kerajaan. Inilah politik! Tiada sesuatu yang kekal dalam arena politik negara.

Perkara ini juga seringkali disentuh oleh Anwar ketika ceramah kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Pada 26 Ogos kita menang, insya-Allah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk melantik saya menjadi Ketua Pembangkang dan 28 Ogos saya masuk Parlimen, 29 Ogos Perdana Menteri membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan mata dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya akan duduk tengok, tak tutup mata... ," kata Anwar dalam beberapa ceramah yang diikuti sepanjang 10 hari kempen di Permatang Pauh. Pasti beliau telah mengulangi perkara yang sama dalam ceramahnya yang tidak sempat dijejaki.

Berdasarkan tinjauan mStar Online yang dibuat, Anwar khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun melakukan kerja-kerja asas bagi memastikan beliau kembali ke Parlimen dari dulu lagi. Maklumat yang diperoleh menunjukkan Anwar sudah pun merancang untuk kembali bertanding di Permatang Pauh selepas beliau keluar penjara empat tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada salah satu ceramahnya minggu lalu, Anwar ada menyebut bahawa isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah pun meminta yang beliau harus bertanding semula di Permatang Pauh.

Jadi, ia menunjukkan Dr. Wan Azizah hanya menjadi "penjaga" atau "caretaker" kerusi berkenaan yang disandang Anwar dari 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding telah membataskan beliau daripada bertanding sehingga April lalu. Pilihan raya umum diadakan 8 Mac, lima minggu lebih awal sebelum larangan itu berakhir.

Strategi untuk Anwar bertanding dan memenangi kerusi berkenaan telah disusun rapi sejak setahun lalu sebagai tambahan apa yang telah dibuat sejak April 2004. Pendek kata langkah untuk membolehkan Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen telah dilakukan dengan terperinci dan tersusun. Pemerhatian ke pusat-pusat operasi PKR juga menunjukkan situasi tersebut.

----------------------------------------------------------------------------
JADUAL KEPUTUSAN


Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) : 31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

----------------------------------------------------------------------------

Kedua, modal politik bahawa Permatang Pauh memerlukan anak tempatan juga tidak dapat mengatasi bakal kemenangan Anwar. Umno Permatang Pauh sejak awal lagi menekankan pihaknya mahu anak tempatan diberi peluang untuk menjadi calon kali ini.

Mengambil kira Anwar juga dilihat sebagai anak tempatan, walaupun lahir di kawasan Cherok Tok Kun, kelebihan faktor anak tempatan tidak membantu calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah disumbangkan dengan undi dalam jumlah yang banyak.
Sebagaimana dikatakan tadi, Anwar juga seringkali menyebut "ini kawasan saya, jangan datang ke sini kata nak kuburkan saya." Salah satu kain rentang di kawasan Mengkuang, berhampiran kawasan Pusat Penjumlahan Undi, menyebut "Ini Wilayah Anwar Ibrahim".

Ketiga, persepsi personaliti yang telah berjaya dibentuk oleh Anwar dan pasukan strategi pilihan raya sepanjang empat bulan yang lalu menjadi faktor penentu kemenangan besar Anwar.

Di peringkat nasional Anwar telah digambarkan sebagai pemimpin negara, bukan lagi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata. Perkara ini telah ditekankan di Permatang Pauh sejak sebelum hari penamaan calon. Pastinya ia telah disemai lebih awal lagi. Pencabar terdekat beliau, Arif Shah juga seorang pemimpin yang kerja kuat tetapi beliau tidak berupaya untuk mengatasi persepsi disusun Anwar - "Harapan Baru Untuk Malaysia". Sama ada orang percaya pada persepsi itu ataupun sebaliknya, sama ada mereka yakin ataupun sebaliknya, pengundi-pengundi Permatang Pauh memberikan undi kerana persepsi ini. Sepatutnya Umno menggunakan platform peralihan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 2010 sebagai asas untuk meraih undi!

Penduduk Permatang Pauh sudah diberikan satu gambaran undi kepada Anwar bukan setakat memilih seorang Ahli Parlimen tetapi memberi undi untuk mengetuai kerajaan baru yang disebut-sebutkan oleh Anwar sejak selepas pilihan raya umum ke-12. DAP menggunakan moto "beri satu undi, anda dapat dua undi" yang merujuk kepada dua jawatan iaitu kerusi Ahli Parlimen dan juga jawatan yang lebih tinggi - yang dimaksudkan ialah kedudukan Perdana Menteri.

Anwar menyasarkan 16 September ini sebagai tarikh membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan. Selepas kemenangan malam tadi beliau masih mengulangi sasaran tersebut.

Tanggapan sedemikian telah memikat pengundi untuk terus mengekalkan Anwar meskipun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun sendiri gelanggang dan menyenaraikan janji pembangunan dan bantuan yang bakal diberikan kepada penduduk Permatang Pauh.

Di sebalik persepsi itu, Anwar pula telah menggunakan isu-isu nasional semasa, yang utamanya ialah kesan kenaikan harga minyak yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, untuk meraih sokongan. Arif Shah menggunakan isu bersifat lokal yang gagal menarik perhatian banyak pihak khususnya pengundi dari Dewan Undangan Negeri Penanti dan Permatang Pasir yang masih-masih merupakan kubu PKR dan PAS. Hampir 90 peratus kawasan itu bergerak kepada Anwar.

Keempat, Pakatan Rakyat telah memperlihatkan kerjasama praktikal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil ini, yang secara kebetulan diadakan di negeri yang kini dikuasai pembangkang. Walaupun pembangkang juga menunjukkan kecacatan hubungan dan kerjasama tetapi ia tidak mampu untuk menghalang kemenangan Anwar. Masing-masing parti mengetahui dan menyedari kelebihan dan kekurangan komponen Pakatan Rakyat tetapi ia dilupakan buat sementara waktu untuk menjayakan kemenangan. Malah ini masa bagi semua komponen Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka mempunyai sumbangan dalam menentukan kejayaan Anwar dan ia penting dalam proses perundingan kuasa kelak jika Pakatan Rakyat mencapai sasaran 16 September.

Kelima, masalah dalaman Bahagian Umno Permatang Pauh, walaupun cuba dinafikan banyak pihak, tetapi telah menjadi kekuatan dan kelebihan kepada pembangkang untuk dieksploitasikan dalam bentuk undi. Malah ada yang mendakwa wujud sabotaj dalam Umno untuk menggagalkan Arif Shah daripada menang. Masalah dalaman ini membawa kepada kegagalan menyusun strategi dengan berkesan dengan menembusi kubu pembangkang, sebaliknya pembangkang memasuki beberapa kawasan dalam kubu Seberang Jaya yang dipimpin wakil rakyat Umno iaitu Arif Shah.

Keenam ialah isu liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak membantu menghakis populariti Anwar. Sebaliknya sentimen 1998/99 masih berulang di Permatang Pauh. Isu itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa orang ramai. Anwar mendapat undi simpati tambahan kali ini.

Empat hari sebelum pengundian Arif Shah yang ditemui mStar Online menafikan dakwaan jentera Anwar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menang selesa dengan majoriti 15,000 undi. Apabila diaju soalan itu kata beliau: "Saya tidak fikir begitu."

Kata beliau, kini (sehingga hari itu) sokongan kepada beliau dan BN sedang melalui arah aliran peningkatan. "Kini (Jumaat lalu) sokongan kepada saya sudah melepasi 41 peratus walaupun beberapa hari yang lalu ada penurunan sedikit dan saya pasti ia akan meningkat dalam sehari dua ini, tidak mustahil untuk memperoleh lebih 50 peratus," katanya.

Pada hari yang sama Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata, "kami tidak bercakap mengenai angka (tahap peratusan), tetapi campur tolak kemungkinan akan memperoleh majoriti yang baik (berbanding 8 Mac)."
Jentera Anwar telah meletakkan sasaran awal untuk memperoleh majoriti 20,000 undi.

Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).

Anwar turun gelanggang dengan banyak kelebihan. Hakikatnya BN memahami aspek ini. Kerana kelebihan itu beliau sanggup bertanding lebih-lebih lagi Permatang Pauh, tidak di tempat lain ketika berhadapan dengan isu liwat.

Kelebihan-kelebihan ini telah menggagalkan misi untuk menguburkan Anwar

Kemenangan DSAi dan petunjukkanya

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 antara DSAI mewakli PKR dan lawannya Dato arsif Shah UMNO-Bn sudah diketahui. Dato Deri anwar mendapat 31,195 undi danArif Shah cuma 15,524 undi daripada 58,459 undi berdaftar.

Rakyat Permatang Pauh mahukan anwar, rakyat pilih dengan pilihan tersebut berlandaskan pelbagai alsan yang boleh dibariskan. Antara simpati terhadap beliau, kedua mahukan Pm datang dariPermatang Pauh. Ketiga, ini adalah peluang DSAi yang terkahir untuk ke Putra jaya. seterusnya rakyat mahu dia buktikan janjinya. Selain itu, rakyat mahu Pakatan Rakyat dipilih. Berikutnya rakyat sudah jelak dengan UMNo Bn mereka undi apa sahaja parti selain daripada BN.

Justeru landskap politik negara menjadi lebih menarik, hinggakan keluahan rakyat terhadap inflasi, kekangan hidup harga barang keperluan perkhidmatan menjadi agenda kedua. Kerana rata-rata bernafsu serta berselera dengan isu Anwar.

Bagi parti-parti pembangkang terutamanya PAS, daripada keputusan ini bermula cabaran yang akan lebih mencabar. Banyak kerja dan usaha yang kena dibuat dan perancangan srtategik perlulah disusun. Kita mahu kerajaan Pakatan Rakyat naik. Kita tidak mahu king Maker atau caretaker dimainkan oleh orang lain.

Minta jangan diperbesarkan dan debatkan proksi perbedaaan pandangan muzakarah dan mubahalah dalam PAS. Pas kena memandang ke hadapan dan harapan rakyat cukup esar dan kuast

Tuesday, August 26, 2008

Sorotan PRK P44 Jam 8.00 pagi

BUANG UNDI... Sebanyak 110 saluran di 25 buah pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi tadi untuk membolehkan 58,459 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah , Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.


Kapsyen:

Gambar atas: Arif Shah melakukan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini, hari ini. Foto BERNAMA

Gambar bawah: Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu. Foto THE STAR / MUSTAFA AHMAD

(Dikemas kini, pukul 1300) PERMATANG PAUH: Kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh - disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya kecil negara ini' - bermula dengan hujan pada 16 Ogos lalu dan juga berakhir dengan hujan tengah malam tadi.

Sebentar tadi, pukul 8 pagi ini, lebih 58,000 pemilih sudah mula keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat baru mereka selepas kempen 10 hari yang memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.

Anggaran dan jangkaan undi PRK P44

[Carta+Analisa+Pilihan+raya+P+Pauh.jpg]