Tuesday, June 10, 2008

Kita Mahukan komitmen perlaksanaannya...jangan tinggal atas kertas ?

4 cara ringankan beban rakyat

PUTRAJAYA 9 Jun - Kerajaan hari ini mengumumkan empat langkah khusus berkuat kuasa serta-merta untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak selain mengurangkan perbelanjaan awam sehingga RM2 bilion setahun.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah-langkah itu akan diikuti beberapa ikhtiar lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Empat langkah itu ialah pengurangan perbelanjaan kerajaan, mempercepatkan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan, kuota kemudahan kad fleet yang lebih tinggi untuk pengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan jaminan sosial.

Arahan-arahan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan meliputi:

Tidak membenarkan penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan atau badan berkanun kecuali yang tidak melibatkan pewujudan jawatan baru;

Pengurangan elaun keraian menteri Kabinet sebanyak 10 peratus;

Perjalanan menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara dikaji semula, hanya melibatkan persidangan atau mesyuarat antarabangsa yang penting dengan jumlah pegawai yang terhad;

Penggunaan kemudahan hotel hanya untuk persidangan antarabangsa dan semua kursus, latihan dan bengkel anjuran kementerian untuk anggotanya hendaklah dihadkan dan menggunakan kemudahan sedia ada;

Sewa ruang pejabat baru, perpindahan pejabat ke bangunan lain dan ubah suai pejabat sedia ada tidak lagi dibenarkan;

Pembelian aset seperti kereta dan kelengkapan pejabat dikurang atau ditangguhkan terutama yang belum dimuktamadkan;

Pengurangan penganjuran majlis keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan dan mesyuarat. Jika dianjur, ia mesti dilakukan secara sederhana; dan

Anggaran perbelanjaan mengurus 2008 dikaji semula termasuk pemotongan 10 peratus ke atas Objek Am 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) dan Objek Am 30000 (Aset).

Menurut Perdana Menteri, pekeliling mengenai arahan pengurangan perbelanjaan itu akan diedarkan ke semua pejabat kerajaan.

"Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan berasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini," ujarnya.

Abdullah berkata, peningkatan harga barang dan bahan api memaksa semua pihak mengambil langkah berjimat cermat termasuk kerajaan yang perlu mengurangkan perbelanjaannya.

Katanya, penjimatan sebanyak RM2 bilion akan membolehkan kerajaan menyalurkannya untuk kegunaan lain termasuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam menghadapi tekanan ekonomi ketika ini.

Kerajaan, kata Perdana Menteri, menyedari tentang beban yang ditanggung oleh rakyat ketika ini dan berusaha untuk mengurangkan beban mereka.

"Rakyat memerlukan bantuan dan mahu tindakan daripada kerajaan yang boleh mengurangkan beban mereka.

"Kerajaan prihatin dengan rakyat dan kita akan mengambil tindakan walaupun tindakan pertama kita (naikkan harga minyak) mengejutkan dan membebankan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berharap, beberapa langkah susulan yang diambil selepas itu, termasuk inisiatif yang diumumkan hari ini, dapat mengurangkan beban mereka.

Monday, June 09, 2008

Rakyat Terbeban dan Terhimpit

Kehidupan mesti diteruskan. Ayat ini sering kita gunakan bilamana berdepan dengan segala permasalahan di dunia. Negara baru sahaja dikejutkan dengan tsunami lonjakan harga bahan bakar yang menggila yang kesan semerta sudah mulai dirasakan dan tentulah memeritkan kehidupan rakyat. Apa alasan sekalipun , samaada menggunakan kaedah Nabi Yusof bersusahpayah 7 tahun dan bersenang lenang bersama rakyat dan pimpinan.Selepas itu 7 tahun kemudian. Seolah-olah itulah gambaran langkah jimat cermat negara dalam menghadapi kemelut inflasi saat ini.

Saat sukar inilah sebenarnya menguji daya kepimpinan dalam mengurustadbir negara. Rakyat mahukan mereka dibantu , setidak-tidaknya mereka bukan mahu tahu alasan kerajaan tentang pasaran global dunia. kerana segala usaha dan ikhtiar jimat cermat negara bukan boleh dirancang dan disusun oleh rakyat. Keterlampauan menaikkan harga bahan beban amat terbeban, bagi golongan tiada pendatapan tetap, berpendapatan rendah serta sederhana. Waktu ini janganlah cakap soal jimat cermat, pengorbanan rakyat.

Apapun dari segi hakikatnya tanpa huru hara dan kacau yang terbeban kini adalah semua rakyat.


Saturday, May 31, 2008

Keluhan dan kesan kenaikan harga barang mulai dirasai. Duit RM negara kita semakin kecil berbanding dengan nilai wang negara-negara jiran. Justru atas itu, kerajaan perlu membuat sesuatu dalam merangka pelan jangka pendek dan jangkapanjang.
Pertamanya, walaupun kenaikan harga minyak adalah bukan segala-galanya punca tersebut, tetapi segala-galanya berpunca daripada minyak. Tindakan kerajaan menyuntik puluhan billion Rm ke dalam industri minyak bagi dinikamati rakyat teramai juga kurang berkesan, malahan peruntukan perbelanjaan kerajaan juga makin bertambah.
Kita amat bersetuju, jika kerajaan memberikan wang terus kepada rakyat miskin secara terus samada melalui kupon atau wang tunai terus. Inilah pelan jangkapendek yang dikira dapat menghilangkan beban sengsara rakyat termiskin.
Bagi rancangan jangkapanjang kerajaan wajar membuka cadangan penasihat ekonomi negara dengan memberi kuasa kepada lain-lain penguasaha mengimport barangan kawalan seperti beras dan lain-lain, tiada lagi monopoli oleh pihak-pihak tertentu. Kita yakin lama-kelamaan keadaan akan kembali normal.
Rakyat makin tertekan jika harga barang terus melambung

KUALA LUMPUR 30 Mei - Beberapa bulan lalu, Rafidah Salleh hanya perlu berbelanja kira-kira RM100 untuk membeli barang-barang runcit bagi keperluan seminggu bagi keluarga enam orang, tetapi sejak itu perbelanjaan sentiasa meningkat kepada RM120 dan ini dijangka meningkat lagi.

"Saya pergi ke kedai yang sama sejak beberapa tahun untuk membeli barang keperluan asas seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, gula, tepung, susu, roti dan telur, tetapi kebelakangan ini harganya kian bertambah mahal.

"Tetapi apa yang saya boleh buat? Saya terpaksa beli barang-barang runcit ini untuk dimasak bagi keluarga saya," kata seorang ibu berusia 43 tahun dari Ampang di sini.

Keadaan ini turut dikongsi bersama oleh ramai yang lain dan menurut pakar Ekonomi dan Persatuan Pengguna, rakyat Malaysia mungkin berbelanja lebih banyak pada bulan akan datang jika harga bahan api di pasaran dunia terus meningkat.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, sungguhpun harga bahan api diberikan subsidi, rakyat Malaysia masih merasakan kesan seperti yang ditunjukkan pada Indeks Harga pengguna (CPI) bulan lepas yang mencatatkan keseluruhan peningkatan pada kira-kira tiga peratus.
"Tiga peratus ialah untuk semua barang, tetapi bagi barang makanan sahaja, kadar peningkatan ialah 5.8 peratus dan ia akan terus meningkat jika harga bahan api melonjak," katanya.

Beliau berkata, sungguhpun sesetengah barang keperluan diberikan subsidi oleh kerajaan, pengguna masih lagi merasakan kesan kenaikan terutamanya bagi mereka yang dalam kumpulan berpendapatan rendah.
"Dianggarkan pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah membelanjakan 40 hingga 50 peratus gaji bulanan mereka untuk membeli barang makanan. Jika seseorang itu berpendapatan kurang RM1,000 sebulan dan kira-kira RM500 daripadanya dibelanjakan untuk makanan, apa lagi dengan perbelanjaan lain," katanya.
Azrul menjelaskan, walaupun tidak ada perubahan pada harga bahan api di pasaran tempatan, tetapi pengimport, pengeluar, pembuat dan pembekal mengenakan rantaian kenaikan kos yang akhirnya akan pergi kepada pengguna.
Sehubungan itu, Azrul berkata, kerajaan hendaklah terus membayar subsidi, sama ada untuk bahan api atau barang keperluan buat masa ini kerana mekanisme itu telah mengurangkan bebanan kepada orang miskin.
"Walaupun ia membabitkan perbelanjaan besar dalam bajet kerajaan, sekurang-kurangnya orang ramai akan hanya mengalami kesan yang sedikit. Dengan keadaan ini, jika kerajaan mengurangkan subsidi itu, saya tidak ragu-ragu bahawa kita akan menghadapi krisis harga, melainkan kerajaan boleh mewujudkan satu strategi untuk mengelakkan ini," kata beliau.

Azrul mencadangkan, kerajaan mengkaji semula semua projek pembangunan dan keutamaan yang sepatutnya, dengan berjimat-jimat disebabkan peningkatan dalam subsidi.

"Buat kajian menyeluruh untuk setiap projek mega kerajaan yang telah dirancang, dilancar atau dilaksana dan nilai impaknya terhadap orang ramai, kemudian timbang semula sama ada ia boleh ditangguh pada suatu masa.

"Kemudian alih bajet untuk subsidi. Ia satu langkah yang radikal tetapi buat masa ini, ia adalah penyelesaian sementara," kata beliau.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa kerajaan akan mengkaji semua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) disebabkan kenaikan kos, bagaimanapun beliau memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan mengorbankan infrastruktur dan pembangunan yang akan memanfaatkan orang ramai, terutamanya orang miskin.
Minggu lepas, harga minyak di pasaran mencecah AS$138 setong dan berdasarkan ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa kerajaan terpaksa mengkaji semula subsidi yang diberikan untuk bahan api dan barang keperluan.

Kerajaan sebelum ini menganggarkan sejumlah RM56 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi pada tahun ini.
Berikutan dengan kenyataan Najib, sesetengah pihak bimbang bahawa harga bahan api akan naik yang akan memburukkan lagi keadaan inflasi.

Seorang lagi pakar ekonomi, Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh memberitahu, kerajaan tidak mungkin mengurangkan subsidi dan pada masa yang sama meringankan sesetengah kesan kepada orang ramai yang tidak berkemampuan.
"Kerajaan boleh memperkenalkan satu sistem atau mekanisme yang memanfaatkan hanya mereka yang memerlukannya, mungkin dengan memberikan kupon dan pelekat makanan. Sesetengah cara ini dilaksanakan di negara maju untuk membantu orang miskin," kata beliau.
Satu cara lagi, menurut Ismail ialah dengan memberikan kelonggaran pasaran bagi barang kawalan dan membolehkan lebih ramai mengimport serta mengeluarkan harga barang kawalan seperti gula, tepung, beras dan menjadikan pasaran mengawal harga.
- Bernama
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, persatuan itu percaya bahawa harga barang, terutamanya makanan boleh dikawal jika kerajaan memberikan subsidi terus kepada petani dan pengeluar makanan lain.
"Pertanian adalah perniagaan yang berharga, dan ini bertambah teruk lagi kerana kebanyakan petani mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan. Jadi, jika kerajaan memberikan subsidi, sebagai contoh untuk bahan api bagi jentera mereka akan membantu mengurangkan kos pengeluaran.
"Atau beri subsidi terhadap harga jentera itu dan menjadikannya dalam kemampuan petani ini untuk membelinya yang akan membantu meningkatkan produktiviti mereka," kata beliau.
Muhammad Sha'ani berkata, sungguhpun pengguna kini membelanjakan lebih banyak untuk barangan mereka, ia tidak memberikan manfaat kepada pengeluar makanan seperti petani dan penanam padi yang merupakan golongan berpendapatan rendah.


Beliau juga berpendapat, bahawa amalan sekarang dengan memberikan subsidi kepada pengguna akhirnya, tidak akan memberikan makna untuk membantu orang miskin, kerana ia hanya memberikan manfaat kepada semua, kaya dan miskin.

Katanya, walau apa pun langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal inflasi sekarang, pada akhirnya kepenggunaan bijak yang akan membantu rakyat Malaysia untuk mengatasi situasi ini.
"Kini tiba masanya untuk kita mengamalkan kepenggunaan bijak. Bezakan apa yang anda perlukan dan yang anda mahukan. Beli hanya yang perlu dan kurangkan perbelanjaan untuk apa yang anda mahu tetapi boleh tanpanya," nasihat Muhammad Sha'ani sambil menambah bahawa kerajaan hanya boleh campur tangan dengan ini.
- Bernama

Friday, May 30, 2008

Kepimpian PKR teruskan perjuangan


Dr. M: 'Saya keluar, dia masuk'... Kata-kata Tun Dr M mengulas kemasukan Ezam dalam UMNO. Kita mengucapkan selamat jalan dan selamatkan UMNo kepada Ezam, pemuda bertokoh sanjungan oleh pemerhati dan pemuja-pemuja tokoh terhadap beliau. Berbanding antara kedua mereka Ezam dan Dr M tentulah tidak setara dan setanding. Tetapi oleh kerana beliau duduk bawah ketiak Anwar maka setidak-tidak dia dapat mempergunakan politiknya macam dia cakap politik itu sering diperguna dan mempergunakan.
Justeru setidak-tidak dia dikenali dalam politik sebab dia pernah bawah ketiak Anwar, begitulah juga dengan kumpulannya. Maknanya dia naik kerana media memperkenalkan dia sebagai bekas orang kanan Anwar. Kalu iku bakat ramai lagi jauh lebih berbakat, ramai lagi lebih tegas, ramai lagi lebih berkepimpinan. yang Najib jumpa baru ini kumpulan MPPP bincang kes Auku pun hebat-hebat juga. jadi moralnya kita jangan mudah terpesona....
Kita kena Berjuang jangan takut pada risiko... teruskan Keadilan
KUALA LUMPUR: "Saya keluar, dia masuk. Baguslah dia sayang Umno."Demikian reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengulas ringkas kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam Umno kelmarin.Ezam telah keluar Umno selepas Dr. Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.


Ezam menyerahkan borang menyertai semula Umno kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.Dr. Mahathir yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mei lalu menyatakan demikian pada majlis pameran BookFest@Malaysia di sini, semalam.
Sementara itu, di bawah tulisan bertajuk Umno yang bukan lagi Umno dalam blognya, Dr. Mahathir berkata, sikap dan layanan terhadap diri beliau selepas meletakkan jawatan lima tahun lalu jelas menunjukkan bahawa sebenarnya beliau bukan sahaja dlihat sebagai seorang yang bukan ahli Umno tetapi juga dianggap sebagai musuh Umno.
"Justeru, keluarnya saya daripada Umno hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli Umno," katanya.Tambah beliau, apa yang berlaku sejak 2003 tidak menjadi sebab beliau keluar daripada Umno minggu lalu. "Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan Umno sudah membawa parti keramat ini dan kerajaan pimpinan Umno keluar dari landasan asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Parti Umno tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. Umno juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri," katanya.
BN dan Umno kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat Umno sehingga kalah dalam pilihan raya umum ke-12.Katanya, pemimpin-pemimpin Umno membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah
."Umno dan BN tidak menang dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat, Umno tidak lagi dihormati oleh Raja-raja Melayu dan bermacam-macam lagi."Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai Umno tetapi sebenarnya sudah tidak lagi Umno," katanya.
Dalam kecaman berterusan, tambah beliau: "Arah tuju Umno ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada Umno mesti dipertanggungjawabkan kepadanya."Katanya lagi, beliau percaya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja telah merosakkan Umno yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya."Dan, saya percaya ahli dan pemimpin Umno yang lain tidak berani membetulkan Umno maka saya terpaksa keluar daripada parti ini," katanya.

Thursday, May 29, 2008

Kejayaan pakatan rakyat juag ?

satu lagi kejayaan pakatan rakyata dalam berkebajikan..
Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus

KUALA LUMPUR 28 Mei – Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.

“Pecahannya ialah 50 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus kepada bukan bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus sahaja diberikan kepada bukan bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 (2007) melibatkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima biasiswa itu kerana permohonan yang diterima ialah sebanyak 15,220.

Daripada jumlah itu katanya, hanya 7,282 dipanggil temuduga dan hanya mereka yang benar-benar menepati kriteria sahaja dipilih.

“Kriteria pemilihan ialah 70 peratus untuk akademik, 10 peratus kegiatan kokurikulum, 10 peratus latar belakang keluarga dan 10 peratus lagi temuduga,” katanya.

Nazri berkata, tajaan JPA adalah untuk pelajar yang mendapat tempat di universiti bertaraf “Ivy Leaque” dan yang setara dengannya di luar negara, serta bagi pengajian ijazah pertama di universiti kampus cawangan seperti di Universiti Monash, Universiti Nottingham dan Universiti Curtins.

Mulai tahun ini juga katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh 9A ke atas akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian ke tingkatan enam di sekolah bantuan penuh kerajaan dan kursus matrikulasi serta asasi sains di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Cabaran Pakatan Rakyat ?

Negara berkebajkan manifesto Pakatan Rakyat, kini antara sedar ke tidak sedar. BN UMno terpaksa akur dan mula berfikir juga selain daripada 'merompak' harta rakayat juga wajar berkebajikan kepada rakyat .
Nah inilah usaha terdekat yang cuba diolaksanakan dan apakah perlaksanaannya akan mencapai sasaran seperti yang disasarkan. Ini memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat ia wajar berbuat lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan waktu ini.
Dua skim tambang bas - Pastikan rakyat kurang mampu nikmati caj berpatutan – Najib

KUALA LUMPUR 28 Mei – Kerajaan akan memperkenalkan dua skim tambang pengangkutan awam terutama bas bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah dapat terus menikmati tambang pada kadar berpatutan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua skim yang akan diperkenalkan oleh kerajaan itu ialah skim tambang biasa dan skim tambang mewah.

“Prinsip yang akan kita gunakan ialah sekiranya khidmat pengangkutan awam itu digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi atau mewah, kerajaan tidak akan kawal tetapi akan menetapkan harga minimum.

‘‘Bagi sistem pengangkutan awam yang digunakan oleh golongan berpendapatan rendah, sistem dan tambang akan terus dikawal secara berterusan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sehingga 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi terutama diesel serta penyelenggaraan kenderaan.

Keputusan menaikkan tambang bas itu dicapai oleh 111 syarikat bas yang menganggotai PMBOA seperti terkandung di dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar bertarikh 10 April lalu.

Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali dalam sidang akhbarnya hari ini berkata, pihaknya berharap kenaikan itu berlaku pada minggu depan seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan pada Oktober tahun lalu.

Katanya, jika cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan, berkemungkinan banyak syarikat bas yang akan gulung tikar.

Najib menambah, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam akan datang.

Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru

Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.
Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan. Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.
Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang.Sementara itu, lamanweb akhbar the Star memetik ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai berkata beliau terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno.
Bagaimanapun, katanya, setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai atau meninggalkan parti.Ditanya sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu, Muhd Taib menjawab "kita akan tunggu dan lihat".Dr M akan hantar surat
Sementara itu, anak Dr Mahathir - Mokhzani - memberitahu AFP bahawa bapanya telah keluar dari Umno sebagai membantah kepimpinan berterusan Abdullah sebagai perdana menteri dan presiden Umno."Beliau juga akan menulis surat kepada setiausaha agung Umno untuk memaklumkan mengenai keputusannya itu," katanya, sambil menambah, Dr Mahathir mengumumkan keputusannya ketika berucap di satu majlis di Kedah pagi tadi.
Dr Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun sehingga tahun 2003 di mana beliau bersara dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah.Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini beliau mengecam hebat pentadbiran Abdullah dan sejak Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau aktif berkempen mendesak Abdullah meletakkan jawatan.

Cabaran mencabar buat PAS !!!

Individu dalam parti bukan segala-galanya, tetapi segala-gala bergantung juga kepada individu dalam parti. Umpama PKR senonim dengan DSAI, PAS tergantung dengan TGNA dan Hj Hadi awang.
Begitulah juga , bila kita berbicara soal Ezam, pilihan dah dibuat, pelawaan dah di lawa oleh parti-parti yang ada. Ini adalah soal prinsip perjuangan yang diyakini. Jika UMNO pilihan Ezam maka kita terima lah. Perjuangan tidak boleh ditunjuk-tunjuk , apa yang peting keyakinan dan aqidah perjuangan itu. Apa-apa kerja mesti disandarkan kepada Allah, itulah yang sebagus dan sebenarnya pilihan.

Hujah, yang mengatakan bagi pihak Ezam dia seorang yang suka berjuang kepada kumpulan yang tertindas dan ditindas. Masa ini UMNO adalah menjadi kumpulan yang akan ditindas oleh Pakatan, sebab itulah ia memilih UMNO ini bersesuaian dengan prinsip perjuangannya.
Kemudian Hisamuddin rais , pejuang sebaris zaman Anwar mengatakan Ezam bukanlah pengkhianat. Apapun cakap dan ulasan kita Ezam adalah tokoh besar, maka tidak dapat tidak semua pihak membincangkan.
Bagi PAS , harus koreksi diri kenapa piliahan Ezam bukan kita , tetapi UMNO.. hal ini harus difikirkan. macamlah waktu itu, Anwar memilih bersama Dr M dan UMNo bukan PAS...
Justeru, kita sebagai ahli PAS ini adalah sebagai satu cabaran besar yang paling mencabar. Kita wajar perkuat dan melebarkan parti kita agar menjadi lebih kuat, lebih suara, lebih dihormati bagi hidup dan terus hidup dalam kelompok persepakatan kita. Biarlah pandangan kita dan kita itu dihormati dan disegani..

Wednesday, May 28, 2008

Umno terima Ezam tanpa syarat

UMNO kembali menjadi wadah politik Mohamad Ezam Mohd Nor

KL: Ezam telah bertemu dengan Abdullah selama 45 minit di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut Abdullah yang juga presiden Umno, Ezam diterima semula kepangkuan Umno tanpa sebarang syarat. Abdullah memberitahu media dengan kembalinya Ezam ke pangkuan Umno akan menambah lagi kekuatan parti Melayu itu. Seramai 54 wartawan dalam dan luar negara membuat liputan di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut sumber KLpos.com juga mengatakan Ezam akan ditemubual secara langsung oleh TV3 malam ini untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Ketuanan Melayu ..?

Saat ini dan masa ini, UMNO semakin resah , keluar sokmo-sokmo laungan keramat di mana sahaja baik samada di mana-mana perjumpaan, perbincangan,forum, majlis rasmi tajaan itu dan ini, di tambahi dan diperpanjangi lontaran hebat oleh media masssa adalah soal ketuanan Melayu.
Sememangnya daripada awal asas penubuhan UMNO ,laungan keramat UMNo daripada merdeka bertukar serta merta kepada Hidup Melayu. Bagi orang Melayu kita amat berbangga dengan UMNo yang diasaskan untuk memperjuangkan Melayu sebagai teras yang sama atau setara untuk agamanya dan negaranya.
Idea dan idealis perjuangan UMno tentulah ilham atau cetusan rasa pimpinan pengasas mengikut citarasa penjajahan British pada waktu itu. Dalam mana bawah fikiran atas sedarnya amatlah sukar penyatuan negara bangsa mahu ditegakkan dinegara Malaysia saat itu serta pada masa depan. Ini adalah berdasarkan pengalaman sedia ada British di semua tanah jajahannya samaada di Asia atau Asia Timur Jauh. Terlalu amat sukar bangsa majoriti mahu didominan sebagai perjuangan membian sebuah negara bangsa.
Sebaliknya telahan British meleset, terkejut beruk macam mana keharmonian dan tolakansur kaum yang terlalu tinggi menjayakan Malaysia menjadi sebuah negara merdeka hebat malah kebanggaan kita sendiri.
Maka memerintahlah Umno dengan seadanya , dengan segala kebongkaka serta kesombongan dan bertindaklah ia menafikan sumbangan pertubuhan lain, gerakan lain, serta kumpulan-kumpulan lain. Nah maka di sinilah bermulaan ketuanan Melayu mengikut selera dan kaca mata , serta tafsiran pimpinan semasa UMno mengikut genarasi ke genrasi serta mengikut perubahan masa ke semasa mengikut peredaran dan kisaran zaman.
sambungan ....

Batal Pilihanraya Semula ....Prof Aziz Bari


Pilihan raya semula bertentangan dengan Perlembagaan - Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, tindakan membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan semula sekarang adalah bertentangan dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan

"Segala peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterokai terlebih dahulu sebelum mengadakan pilihan raya sekali lagi," katanya kepada Harakah, mengulas kemungkinan berlakunya pilihan raya umum tergempar ekoran keadaan politik yang tidak menentu dalam negara sekarang.

Pakar Perlembagaan itu berkata, prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan mesti terlebih dahulu digunakan dan ini merupakan salah satu alasan mengapa pilihan raya bukan cara terbaik untuk diambil sekarang.

Bahkan katanya, pilihan raya bukanlah kaedah yang sesuai untuk keadaan sekarang. Baru-baru ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum tergempar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Haji Wan Ahmad Wan Omar pula dilaporkan berkata, pilhan raya tergempar boleh diadakan bila-bila masa daripada sekarang.
Dua minggu lepas menteri kabinet, Dato' Shahrir Abdul Samad memberitahu ahli Umno supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya baru berikutan kejutan yang dibuat oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar parti.

Aziz tidak bersetuju dengan pandangan Wan Ahmad kerana biarpun Perdana Menteri mempunyai kebebasan untuk memohon supaya parlimen dibubarkan, namun kata putus adalah pada tangan Yang di-Pertuan Agong.
"SPR telah mewujudkan pandangan yang salah bahawa kerajaan mempunyai kebebasan untuk sewenang-wenangnya mengadakan pilihan raya umum," katanya.
Beliau memberikan dua alasan mengapa pembubaran parlimen dan pilihan raya tidak perlu diadakan.
Pertama katanya, buat masa ini wujud kerajaan alternatif yang berpotensi iaitu Pakatan Rakyat. Agong perlu tunggu sehingga proses melompat parti selesai dan kemudian mengarahkan kerajaan sekarang melepaskan kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 43(4). Dan kemudian Agong akan melantik kerajaan baru di bawah Artikel 43(2)(a) dan (b).
Kedua katanya, pilihan raya umum baru sahaja diadakan iaitu pada Mac lalu. Walaupun kerajaan berada dalam keadaan terumbang-ambing, Agong perlu menggalakkan ia dibentuk semula melalui parlimen sedia ada. - mns
Pulau Batu Putih berjaya diambil oleh Singapura melalui undang-undang. Ia menjadi satu lagi lipatan sejarah negara. Inilah kehilangan besar bila kita bercakap dalam konteks negara bangsa. idea barat yang diterapkan sebelum idea baru dikemukakan iaitu dunia tanpa sempadan. isu ini sangat menarik untuk dibahaskan.
Keresahan terjawab, kini tinggal keluhan sahaja sehingga sampai ke akhir hayat, dan menjadi wacana dari satu generasi ke satu genrasi. macamlah Singapura dilepaskan dari Malaysia.

Hilang Batu Puteh tanda kegagalan Umno
Kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura wajar menyedarkan betapa perjuangan menuntut kemerdekaan masih belum berakhir walaupun lebih 50 tahun Tanah Melayu diisytiharkan merdeka.
Justeru pada 31 Ogos tahun 1957 walaupun Britain berundur daripada Tanah Melayu, tetapi ia tidak menyerahkan kembali kedaulatan semua wilayah yang dijajah kepada bangsa Melayu.

Cuba bayangkan betapa ketika penjajah datang ke negeri-negeri Melayu. Mereka sedikit demi sedikit menakluki wilayah-wilayah Melayu secara keras dan halus. Secara ketenteraan dan tipu helah, nama halusnya diplomasi dan perundangan.
Melalui konsep Persekutuan Tanah Melayu yang di dalamnya terkandung institusi Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, wilayah-wilayah yang sudah terlepas ke tangan penjajah dapat dikembalikan ke bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu. Maka Melaka dan Pulau Pinang terletak di bawah Yang Dipertua Negeri masing-masing dengan kedaulatan berada kepada Yang di-Pertuan Agong mewakili Raja-Raja Melayu. Jadi walaupun Pulau Pinang tidak kembali kepada Sultan Kedah tetapi ia berada di bawah Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimana daerah Dinding yang menjadi salah sebiah wilayah Negeri-negeri Selat berjaya dikembalikan kepada kedaulatan Sultan Perak.
Penjajah berundur
Sementara Melaka juga seperti Pulau Pinang berada di bawah kedaulatan Yang di-Pertuan Agong melalui Yang Dipertua Negeri dan Majlis Raja-raja. Kalau hendak dikirakan apabila penjajah berundur, maka ia wajar menyerahkan kembali wilayah-wilayah yang didudukinya kepada kedaulatan raja-raja sebelumnya.

Britain mengambil alih Melaka daripada Belanda, sementara Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis. Portugis menakluki Melaka daripada Sultan Melaka. Ketika Melaka jatuh, kerajaan Sultan Melaka tidak tumbang, ia berpindah ke Johor. Maka Kesultanan Johor mewarisi Kesultanan Melaka.

Justeru apabila Britain memulangkan Melaka, ia sepatutnya menyerahkannya kepada Johor. Tetapi itu tidak berlaku. Bagaimanapun dengan Melaka berada dalam Persekutuan Tanah Melayu, ia sudah dapat diterima sebagai kembali kepada bangsa Melayu.
Malangnya ketika menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, penjajah Britain tetap mahukan Singapura kekal di bawah penjajahannya. Tidak timbul Singapura diberikan kemerdekaan apatah lagi disekutukan ke dalam Tanah Melayu. Jauh sekali hendak diserahkan kepada Kesultanan Johor.

Apabila disebut Singapura, maka ia meliputi pulau-pulau di sekelilingnya. Dari segi jarak, Pulau Batu Puteh adalah milik Johor. Tetapi Britain yang mengoperasi rumah api di situ dari Singapura akhirnya menjadikan pulau mini itu jatuh ke tangan Singapura.

Britain enggan memerdekakan Singapura pada peringkat awal kerana ia mahu menjadikannya sebagai pangkalan-pangkalan strategik bagi kepentingan imperialisme globalnya. Walaupun sudah digantikan dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa utama dunia, tetapi peranan Britain masih penting dalam sekutu Barat menentang komunisme global.

Britain mahu mengekalkan Gibraltar di lautan Mediterranean. Diego Garcia di Lautan Hindi, Hong Kong di Laut China Selatan, dan sudah tentu Singapura di Asia Tenggara.
Bagaimanapun kehadiran komunis yang kuat di Singapura menyebabkan Britain memikirkan cara mana pangkalannya dapat dipertahankan. Parti Komunis Malaya (PKM) di Singapura memperjuangkan kemerdekaan pulau itu yang kemudiannya boleh menjadi pangkalan kepada penguasaan ke atas Tanah Melayu dan seluruh Asia tenggara.
Untuk mematahkan kemaraan komunis, maka Britain perlu memberikan kemerdekaan kepada Singapura tetapi memastikan ia berada dalam geostrategik yang memenuhi kepentingannya. Maka itu dicadangkan gabungan Singapura dan Tanah Melayu yang kemudian membawa kepada penubuhan Malaysia.
Malaysia ketika diisytiharkan penubuhannya pada 16 September 1963 memperluaskan kedaulatan yang di-Pertuan Agong mewakili Raja-raja Melayu. Maknanya Singapura kembali kepada kedaulatan bangsa Melayu, begitu juga Sarawak dan Sabah. Seharusnya Brunei ikut serta. Sarawak yang pernah berada di bawah kedaulatan Kesultanan Brunei dan Sabah di bawah kedaultan Kesultanan Sulu kepada kepada kedaulatan Melayu melalui Malaysia.
Malangnya Tunku

Apabila Singapura berada dalam Malaysia, sudah tentu Pulau Batu Puteh tidak menjadi isu. Sama ada ia berada dalam Singapura atau Johor, ia adalah sebahagian daripada Malaysia. Malangnya Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Umno gagal menguruskan Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Tunku mengeluarkan SIngapura daripada Malaysia tanpa perbahasan yang masak. Tindakan Tunku itu ditentang oleh sebahagian daripada orang Melayu, khususnya orang Johor, lebih-lebih lagi Allahyarham Syed Jaafar Albar, ketua Pemuda Umno.

Tunku menyelesaikan satu masalah tetapi menimbulkan banyak masalah baru apabila beliau mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Masalah itu masih wujud hingga ke hari ini. Terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah kegagalan Umno. Setelah 50 tahun memerintah Malaysia, kekalahan dalam soal Pulau Batu Puteh ini juga mencerminkan kegagalan Umno.

Setelah berpisah selama 35 tahun, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa adalah sukar bagi Singapura untuk kembali ke Malaysia. Baru-baru ini apabila diwawancara oleh Bloomberg, Lee Kuan Yew ditanya sama ada PAP akan menerima cabaran yang sama seperti yang dihadapi oleh Umno dalam tsunami politik baru-baru ini.

Beliau membayangkan bahawa jika pemimpin-pemimpin parti yang memerintah tidak mengutamakan rakyat dan negara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan diri, maka pengundi akan menolak mereka. Maknanya, jika rakyat dan negara tidak dibela, maka akhirnya mereka akan menolak pemimpin dan parti yang memerintah.

Sunday, May 25, 2008

Tiada siapa maksum dalam politik di malaysia ?

Dalam kamus politik apa-apa pun boleh berlaku. Tambahan bagi politikus yang 'tiada' prinsip dan maruah serta harga diri. Di atas muka buimi ini banyak dan ramai, tetapi politikus daripada negara matahari terbit, mereka walaupun tiada Islam bersama mereka, mereka amat berpegang teguh dengan niulai-nilai moral pegangan adat dan tradisi mereka. Hak ini tidak dijual beli, klimaksnya mereka sanggup hingga bunuh diri, jika sudah sampai ke peringkat itu pengorbabab mereka.
Bagi politikus negara kita, banyak yang sanggup menjadi pelacur tambahan pula jika ahli politik itu datang daripada parti yang tiada teras yang kukuh, walaupun meletakkan seribu nama keadilan, kesaksamaan atau apa-apa ketuanan seiringan dalam perjuangannya.
Terbaru adalah isu Ezam M Noor , seorang tokoh muda hebat daripada PKR yang keluar PKR menubuhkan Gerak. Tokoh muda yang hebat ini khabarnya sedang mempertimbangkan diri untuk mengitmakan diri atau mengabungkan diri bersama UMNO, parti yang satu masa dulu hanya dia serang kepimpinannya sahaja. Umno tidak diserang, dia cuma tidak setuju kepalanya sahaja pada masa itu Dr m. Semua orang kena tahu ini.
Bila DSAI masuk UMno dan beliau menjadi Su Politik DSAI, bermulalah kehebatan anak muda ini bekerja keras bersama bos lamanya, untuk menawan Umno daripada dalam.
Bagi kita, kita alukan dia ke mana-mana sahaja, itu adalah haknya dan prinsipnya. Tetapi meletakkan Ezam terlalu maksum dalam politik bukan caranya....

Hishammuddin sedia tiga soalan tentang kemasukan Ezam dalam UMNO


KLUANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara apabila diminta mengemukakan pandangan oleh pucuk pimpinan parti tentang kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno.

Menurutnya, pertamanya beliau akan meminta pemimpin Umno melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam Umno, kedua setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama Umno dan ketiga apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno.

Katanya, walaupun Mohamad Ezam belum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukannya semula ke dalam Umno, beliau bagaimanapun sudah menyediakan tiga soalan itu untuk diteliti oleh pucuk pimpinan.
"Dalam hal ini, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.
"Namun saya sendiri belum berkesempatan untuk mendengar sendiri pendirian beliau (Ezam) kerana difahamkan beliau berada di luar negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, di Paloh, di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak dapat mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, semalam yang mengalualukan kemasukan Mohamad Ezam dan menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sebagai aset kepada parti.

"Saya tak boleh kata Ya atau Tidak untuk menyokong kenyataan itu selagi tiga soalan yang saya sediakan itu belum dijawab," kata beliau yang juga adalah Menteri Pelajaran.

Sementara itu beliau juga ditanya tentang kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) barubaru ini bahawa pakaian pelajar perempuan ketika ini adalah seksi.

Katanya, beliau berpendapat secara peribadi pakaian yang ketika ini dipakai oleh pelajar perempuan tidak seksi. BERNAMA