Wednesday, March 26, 2008



Teringat penulis akan ungkapan Tuan Guru terhadap UMNO, istilah Orang Utan semakin relevan. Rakyat makin membenci , istana dikeji bersama penyokong setia , ada pimpinan macam orang utan, sampai tuan pun mahu dimakan. Sahlah UMNO orang Utan

Bagaiman kuasa diurusniagakan ?

Malam ini Menteri di JPM yang bertanggungjawab penuh bagi mengurus tadbir undang-undang bercakap. Zaid Ibrahim pejuang IPMC dan penentang utama perlaksanaan Hudud oleh kerajaan Kelantan.

Antara cakapnya adalah mahu mewujudkan keseimbangan antara dua kuasa iaitu kuasa legaslatif dan eksekutif. Erti keseimbangan yang terbenak pada hati kita, mudah diteka dan telahi berkait kemelut apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu pastinya.

Kegagalan UMNO BN memanipulasikan kuasa legaslatif seolah-olah merencatkan dan memburukkan imej nya yang sedia buruk. Dalam membina kembali dalam situasi begini, atas kesempatan ini tidak menampakkan keuntungan. Semua kerja dan cara fikir UMNo adalah cara fikir semasa, bertanyakah kita adakah UMNO BN sendiri membuat kajian masa depan tentang apa yang mahu dibuatnya. Maknanya UMNO BN mesti dapat untung dan manfaat, biarpun bangsa negara dan agma rugi, dek tindakan tanpa kajian masa depan ini.

Menurut kajian penuntut sarjana di UKM, yang pernah penulis temui khusu dalam displin pengajian sains politik. Ada dinyatakan bahawa amalan kelaziman kerajaan Malaysia adalah buat dulu sesuatu projek , kemudian barulah dikaji kesannya. Tabiat ini lah yang Zaid guna dan turut.
Maka kita nannti akan saat kemusnahan terus institusi - institusi pelindung dalam sistem negara kita.

Panas : Deris, DIN Rosol ditarik gelaran !!!!



Oleh siasahdaily

aTiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Rakyat Bersama Taunku !!!!

:: MAKLUMAT DAN INFO TERKINI ::.


Sokongan Rakyat Terengganu DYMM Sei Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Rakyat Bersama Tuanku

Pilihanraya Datuk Banadar KL ?

Semua pihak wajar mengalu-alukan amalan memilih secara tunjuk terhadap Datuk Bandar yang diamalkan secara tradisi perlu diubah. Moto 'PAS Untuk Semua' harus direalitikan dan dicanai idea ini dalam semua disiplin aspek kehidupan. Biarpun gagasan atau idea ini dibawa untuk diketengahkan oleh kerajaaan atau wakil Barisan Rakyat.


Kini, setidak-tidaknya suara dan pandangan kita turut mendapat perhatian. Ini adalah satu lagi kemenangan moral kepada Barisan Rakyat. Agenda perubahan itu turut dirasai sama oleh rakyat, kerana rakyat mahukan perubahan. Kita menyanjung tinggi usaha pihak kerajaan BN mahu membincangkan idea ini demi kebaikan rakyat teramai.


Pilihanraya Datuk Bandar KL

Penduduk bandar raya Kuala Lumpur berpeluang memilih sendiri calon Datuk Bandar kegemaran mereka jika kerajaan meminda satu akta untuk membolehkan pilihanraya kerajaan tempatan.

Cadangan ahli parlimen pembangkang untuk mewujudkan pilihanraya itu, termasuk memilih ahli-ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan dibawa dalam mesyuarat jemaah menteri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini.

Katanya, Akta Ibukota Persekutuan 1960 (Akta 190) perlu dipinda kerana, buat masa ini, jawatan itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, BN memenangi satu kerusi sahaja, manakala pembangkang merampas 10 kerusi - rekod pertama dalam sejarah pilihanraya umum - dengan pecahan lima DAP, empat PKR dan satu PAS .

Sementara Labuan dan Putrajaya, dua lagi kawasan Wilayah Persekutuan, kekal di tangan BN.

Awal minggu ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chua, dilaporkan akan mendapat pandangan orang ramai berhubung pilihanraya bagi memilih anggota pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hasil rumusan tinjauan orang ramai itu akan diserahkan kepada kabinet untuk keputusan akhir.

Pilihanraya kerajaan tempatan pernah dijalankan 40 tahun lepas tetapi kemudiannya dimansuhkan.

Mengulas isu ini, Zulhasnan berkata perkara ini sedang diperhalusi oleh kementerian Ong dan ia akan dapat memberi jawapan yang lebih jelas.

Ahli parlimen Setiawangsa juga berkata, satu sesi pertemuan dan perbincangan dengan semua ahli parlimen di Wilayah Persekutuan, termasuk 10 wakil pembangkang, akan diadakan 4 April ini.

"Kita akan menjemput semua ahli parlimen termasuk pembangkang bagi membolehkan mereka mendengar segala rintihan, pandangan dan cadangan yang ingin dibangkitkan oleh wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Lanjutan daripada itu, kementerian berkenaan akan mengadakan "Retreat Merakyatkan Wilayah Persekutuan" yang dijadualkan pada 17 hingga 19 April depan.

Zulhasnan berkata, selain wakil rakyat, perbincangan ini turut membabitkan ketua-ketua jabatan dan agensi Wilayah Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan penduduk bagi membuka peluang mereka membahaskan masalah, isu dan pandangan terhadap dasar-dasar sedia ada.

"Menerusi cara ini, saya yakin kerajaan menerusi kementerian dan DBKL berupaya untuk memahami aspirasi rakyat dan membolehkan kami memperhalusi, menambah baik dan merangka dasar dan strategi yang berkesan untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur.

"Ia sebahagian daripada pelan strategik kementerian ini. Ia merupakan langkah proaktif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memperkasa sumbangan kami kepada rakyat terutama di Kuala Lumpur," katanya lagi.

Katanya, hasil pertemuan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri bagi membentuk hala tuju baru dan usaha penambahbaikan perkhidmatan di Wilayah Persekutuan.

Kritikan membina wajar bagi kerajaan Barisan rakyat

Teguran dan pandangan sebeginilah wajar diberi perhatian oleh kerajaan rakyat. Penulis sokong atas apa yang suaram usul dan pandangkan. Ketidakwajaran kita 'menindas' secara halal atas keringat orang lain bagi kesenangan rakyat kita, maka tidaklah adil. Banyak cara dan usaha yang kerajaan barisan rakyat boleh fikirkan.



Yuran RM10: Suaram bantah Selangor

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memandang berat rancangan kerajaan negeri Selangor untuk mengutip yuran bulanan sebanyak RM10 daripada majikan pekerja asing di negeri itu bagi kegunaan latihan belia tempatan yang menganggur.

Ketika mengumumkan dasar baru itu, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dalam jangka panjang, para belia berkenaan akan mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing.

yap swe sengengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng berkata, pihaknya bimbang, bayaran tersebut akhirnya akan dipotong daripada gaji pekerja asing itu sendiri.

Lagi pula, katanya, menggunakan wang yang dikutip daripada pekerja asing - untuk melatih semula belia menganggur yang akhirnya akan menggantikan mereka - satu langkah yang tidak wajar.

Yap berkata pekerja asing merupakan kumpulan yang paling dieksploitasi dan paling terpinggir.

Katanya, selain bekerja dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka juga dibayar gaji rendah dan sering dieksploitasi oleh majikan dan agensi pekerjaan, termasuk dikenakan potongan gaji yang tidak wajar, tempoh masa bekerja yang panjang dan dipecat secara tidak adil.

Tidak wajar

"Dengan mengenakan bayaran tersebut ke atas pekerja asing yang hanya cukup-cukup makan dan mungkin menanggung hutang kerana membayar yuran tinggi yang dikenakan untuk bekerja di Malaysia, (langkah Selangor itu) menambah beban pekerja asing dan keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yap berkata dasar baru itu menunjukkan betapa tidak sensitifnya parti-parti politik di Malaysia, pembangkang ataupun kerajaan, terhadap nasib pekerja asing.

"PKR mendukung prinsip keadilan dan menang besar atas janji untuk menangani jurang pendapatan yang semakin meluas antara yang 'golongan berada dan tidak berada'.

"Tentunya, dengan mengena bayaran tersebut ke atas pekerja asing untuk membantu belia tempatan yang menganggur, ia tidak menepati prinsip dan semangat keadilan," tegas Yap lagi.

Oleh itu, katanya, Suaram menggesa Khalid supaya menarik balik dasar itu.

"Kami juga menggesa menteri besar supaya berunding dengan badan-badan awam yang memperjuangkan isu-isu pekerja asing sebelum membuat sebarang keputusan dasar pada masa akan datang," tambahnya.

Fokus lima isu utama di Parlimen" ketua pembangkang Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 26 Mac 2008

KL: Ketua Pembangkang yang baru, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS atas pelantikannya dan menggariskan lima isu utama yang akan menjadi tumpuannya pada sidang Parlimen ke-12.

Beliau berkata fokus pertama adalah mengenai ekonomi, dengan pembangkang akan terus menyuarakan bantahan terhadap amalan rasuah dan pembaziran bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih mantap dan bebas daripada kemiskinan.

"Ekonomi Malaysia mesti dipupuk bagi memastikan pertumbuhan maksimum, suasana yang mesra dan menyakinkan pelabur, pengagihan adil dan saksama untuk semuaJustify Full rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Fokus kedua adalah mengenai perpaduan, yang kata Dr Wan Azizah, rakyat Malaysia mesti membina perpaduan tulen daripada kekayaan kepelbagaian negara ini.

"Sementara kami akan memastikan kedudukan orang Melayu tidak terancam, tetapi pada masa yang sama hak-hak dan akses kepada peluang setara untuk orang Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia akan terus dilindungi," katanya.

Dr Wan Azizah berkata memulihkan semula integriti sistem kehakiman negara akan menjadi fokus ketiga pembangkang.

Beliau berkata institusi-institusi kehakiman yang boleh dipercayai untuk memberi keputusan-keputusan adil tanpa berat sebelah merupakan asas terpenting demokrasi tulen.

Media pula akan menjadi fokus keempat pembangkang, yang katanya media Malaysia mesti diberikan kebebasan untuk membuat laporan secara bebas dan adil.

Katanya setiap kerajaan hari ini, sama ada kerajaan negeri atau persekutuan mesti diawasi dengan rapi bagi memastikan ketiadaan sebarang unsur rasuah.

Dr Wan Azizah berkata fokus kelima adalah hak asasi manusia dan bagi mempertahankan hak dan maruah manusia, undang-undang yang menyekat kebebasan asas rakyat mesti dimansuhkan.

"Semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) termasuk wakil rakyat Kota Alam Shah M. Manoharan dan empat lagi tahanan politik di Kamunting yang ditahan tanpa bicara mesti didakwa atau dibebaskan segera," katanya.

Dr Wan Azizah berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan harapan baru Malysia dan maju ke hadapan dan terus mendukung setiap hak rakyat mengikut Perlembagaan.


Masa sudah berubah, rakyat mahukan perubahan !!!

Bila tender terbuka Kerajaan Barisan Rakyat di Pulau Pinang di-isukan. UMNo dan BN semasa kuat , masa dia boleh buat , atur dan lakukan sesuatu benda semuanya boleh dan ikut peraturan kelebihan dan kesempurnaan dari sudut kaca mata dia. Walaupun semua peraturan , undang-undang yang dibuat disenangi atau tidak disukai oleh sesetengah pihak, peraturan atau undang-undang tersebut tetap dibuat.



Tiba-tiba baru ia tersedar, dan Melayu yang lain juga sedar bahawa apa yang dibuat selama ini tidak sesuai. Bangunlah orang yang bersuara turut bercakap tentang apa sahaja yang tidak disukai itu. Maka angguklah yang menyetujuinya dan mengeleng-gelenglah orang yang tidak senanginya.

Malam ini menerusi Buliten TV3, disiarkan Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang katanya dan diibaratkan sistem tender ini ibarat orang kecil lawan dengan orang besar, tentulah zahirnya kalah. Maka kita lihat laungan slogan Melayu tidak perlu lagi kepada tongkat subsidi, DEB, bersaing sihat, bangsa diangkasa, berminda kelas pertama dan Melayu glokal. Rupa-rupanya masih berbawah tempurungkan katak, ikut cara pemikiran.

Penulis tidaklah apa yang disuarakan oleh pengerusi persatuan itu tidak benar, secara analogi memanglah tiada sainganlah peniaga atau kontraktor bumiputera dapat bersaing dengan peniaga bukan Melayu, kerana kekuatan semangat, kegigihan serta usaha kontraktor bukan Melayu cukup tinggi. Maka tangan-tangan menongkat mereka perlu sokmo bagi membolehkan peniaga atau kontarktor Melayu dapat projek.

Maknanya dasar kerajaan rakyat bertender terbuka, ini tidak mahu memberi secara tender anugerah, kepada kroni atau puak. maka atas semangat itulah yang wajar dan perlu kontraktor ini faham. jika mereka mampu ada usaha ada kemahuan kerja dilaksanakan tanpa susup sasap tidak perlulah dia takut berumahkan rumah ditepi pantai.





Akasi terbaik skuad Kedah --jurulatih Kedah

Maka lain pula, bagi jurulatih Kedah.....ikuti ulasan akhbar

SUKAN

Aksi terbaik skuad Kedah - Azraai


KHYRIL (dua dari kiri) menjaringkan dua gol buat pasukan Kedah dalam aksi menentang Perak kelmarin.


"AKSI menambat hati."

Itu komen jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang bangga melihat pemainnya membelasah Perak 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Star malam kelmarin.

Menurut Azraai, walaupun skuadnya masih kehilangan beberapa tonggak utama namun mereka telah memberikan satu keputusan luar biasa untuk menambat hati ribuan penyokong yang memenuhi setiap ruang stadium.

"Kelibat pemain muda seperti Mohd. Fadzly Baharom yang berjaya mengucar-kacirkan bahagian tengah Perak yang dibarisi pemain berpengalaman telah membuktikan bahawa pasukan ini sentiasa melahirkan pemain muda yang berkaliber," kata Azraai semalam.

Jelasnya, kehadiran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah juga telah menaikkan semangat pemain pada perlawanan itu untuk mereka terus berjuang mengekalkan kedudukan sebagai peneraju liga.

Pada perlawanan itu, gol pertama pasukan tuan rumah telah dihadiahkan oleh pertahanan Perak, S. Subramaniam pada minit ke-13, manakala empat gol lagi telah dijaringkan oleh Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (minit ke-20 dan 27), Marlon Alex James (m-39) dan Mohd. Fadzly Baharom (m-77).

Usaha pasukan pelawat yang tidak jemu melancarkan serangan akhirnya membuahkan hasil melalui Razali Umar Kandasamy pada minit ke-71.

Dalam pada itu, Azraai berkata, kemerosotan kualiti permainan pasukannya sejak ketiadaan pemain utama seperti Victor Andrag dan Nelson Sam Martin yang dibelenggu kecederaan kini kembali meyakinkan.

"Saya gembira dengan kualiti yang dipamerkan terutamanya pemain muda yang telah memperlihatkan aksi seperti seorang pemain bola sepak profesional.

"Malah kemenangan ini juga seakan memberi amaran kepada pasukan lain yang turut berhajat memburu gelaran liga," kata Azraai lagi.

Barisan Rakyat Memerintah Semua Baik. T Kasih !!!!

UMNo dan media sekepala. Namun dengan terbentuknya kerajaan Barisan Rakyat dalam minda semua orang mahu rakyat terus berdisplin, rakyat terus sekelip mata suisnya 'dengar kata' dan 'turut kata'. Harapan besar semua orang kita ucapkan terima kasih.

Maknanya modal insan yang Pak Lah yang diuar-uar Pak lah tidak lebih sebagai satu slogan kosong sahaja. Kenapa dan mengapakah rakyat tidak berdisiplin, suka merosak kan itu dan ini khasnya orang Kedah. Maknanya orang Kedah adalah 'Orang Utan' belaka-laka. Itu adalah lakaran dan tafsiran media.

Moral ceritanya media dan UMNo kerajaan beberapa hari ini mahu digambarkan tidak pandai memerintah,, mengurus hata dalam kes bola pun sudah lemah. Namun sebalik highlight media asuhan dan acuan pendidikan siapakah pengasasnya, sisitem dan asuhan didikan pendidikan kepada pelajaran , kumpulan manakah yang cipta dan acukan.


Tiket percuma, stadium rosak


TIDAK TERKAWAL. Penyokong Kedah yang menyerbu kaunter tiket di Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket percuma.


RUGI akibat tiket percuma.
Itulah yang dialami Perbadanan Stadium Darul Aman apabila terpaksa mengeluarkan kos penyelengaraan sehingga ribuan ringgit akibat kerosakan di sekitar bangunan stadium berkenaan.

Semuanya gara-gara pemberian tiket percuma kepada penyokong tempatan pada perlawanan bola sepak Liga Super antara Kedah menentang Perak malam kelmarin.

Kerosakan di stadium itu dipercayai berpunca tindakan agresif orang ramai ketika berebut-rebut memasuki stadium berkenaan selepas tiket percuma itu habis diedarkan kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Menurut sumber perbadanan itu, kerosakan melibatkan sekurang-kurangnya empat pintu masuk stadium selain penghadang besi yang digunakan untuk memisahkan penonton dengan kaunter tiket.

Lebih menyedihkan, sikap segelintir penonton yang melakukan vandalisme apabila menconteng dinding di laluan masuk astaka utama dengan tulisan 'tiket free' menggunakan cat semburan berwarna hitam.

"Kejadian petang itu jarang berlaku di stadium ini pada perlawanan-perlawanan sebelum ini, tetapi apabila diberi tiket percuma begini pula jadinya. Sepatutnya mereka lebih berdisiplin.

"Kerosakan tersebut dipercayai berlaku apabila penonton berebut-rebut memasuki stadium menyebabkan keadaan hampir tidak terkawal," katanya kepada Kosmo! semalam

Jelas sumber lagi, kehadiran kira-kira 300 anggota keselamatan berjaya meredakan keadaan tetapi memandangkan terlalu ramai penyokong yang berebut untuk memasuki stadium, kerosakan tidak dapat dielakkan.

Pada petang kelmarin, kira-kira 50,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri sebagai tanda terima kasih kepada atas sokongan mereka pada pilihan raya umum lalu.

Selain lebih 35,000 penonton memenuhi setiap ruang tempat duduk di dalam stadium berkenaan ketika perlawanan diadakan, ribuan lagi penyokong terpaksa berputih mata kerana tiket sudah habis.


ANTARA vandalisme yang dilakukan oleh penyokong Kedah apabila tidak dibenarkan masuk pada perlawanan menetang Perak kelmarin.


Walaupun pemberian tiket percuma itu merupakan penghargaan daripada kerajaan negeri, tetapi cara agihannya tidak kena. Penonton berebut sehingga mengabaikan aspek keselamatan.

Akibatnya ada yang tersepit sehingga pengsan.

Andai kerajaan negeri berbuat 'amal' lagi pada perlawanan akan datang, pihak stadium perlu lebih bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan timbul selain meminta bantuan pihak polis untuk mengawal keadaan.

Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran berguna, bukan sahaja kepada Kedah tetapi juga negeri-negeri lain.

Perlawanan kelmarin menyaksikan Kedah membelasah Perak 5-1 sekali gus mengukuhkan cengkaman pasukan itu di persada Liga Super dengan kelebihan lima mata mengatasi pencabar terdekat, Selangor yang kini mengumpul 39 mata.

Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM


Raja Petra Kamaruddin


ALOR STAR 26 Mac – Penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan diperintah membayar ganti rugi RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi dan UUM dalam satu kes saman fitnah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Nordin Kardi dan UUM menyaman empat defendan dalam kes tersebut.

Defendan pertama ialah Raja Petra, defendan kedua parti PKR, diikuti Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan dan editornya.

Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam laman web www.malaysia-today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan.

Nordin Kardi mendakwa beliau telah difitnah selama tempoh dua minggu penerbitan artikel berkenaan dan fitnah tersebut adalah melibatkan profesion dan integriti beliau untuk mengetuai sebuah universiti awam.

Sementara defendan kedua, ketiga dan keempat pula didakwa menyiarkan sebuah artikel bertajuk NC UUM Penciplak dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006 hingga 10 Januari 2007 di muka surat 26 akhbar defendan kedua. - Utusan

Berita Episod Perak Pula

876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan beramai-ramai

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei. - Utusan


Proses meletakkan jawatan, bila dasar berubah adalah perkara biasa. Diuar-uarkan sejumlah 13,700 orang akan meletakkan jawatan ini menunjukkan dengan tenaga seramai itu seluruh kampung akan bergelap dan lumpuh.

Maka mengikut puashatilah dan padan mukalah, kita tengok dan biarkan...tak kan hak mereka kita nak halang






UMNO makin keliru ?

UMNO semakin bercelaru, kenazakan UMNO semakin hampir. Terkini tunggak kekuatan atau paksitunjang serta teras kekuatan UMNO sudah makin terhakis. Bermula dengan rakyat 'memberi pukulan' maut, kini diikuti dengan Sultan (merujuk isu perlantikan MB di Perlis dan Terengganu). Kini suara desakan dari dalam, dengan 6 menteri digugurkan dikatakan sebagai prooksi Najib, Ku Li yang menannguk diair keroh, surat Mukhriz yang tersebar dan disebarkan untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan. Fidah yang tetap pertahankan kedudukan sebagai Ketua Wanita UMNO tetapi tidak berjawatan dalam kabinet, Radzi setiausaha Agong UMNO yang berkata ia tidak dapat bekerja dengan berkesan lagi, semuanya merencamkan kegawatan UMNO.


Hari ini, Mukhriz desak supaya tidak ditunda akan pemilihan Agong UMNO pada tahun ini, sementara UMNO Bahagian Cheras pula minta jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditandingi dan dibuka untuk ditandingi. Maknanya UMNO yang berpenyakit semakin tidak terurus. Banyak Bomoh yang cuba merawat dengan mencadangkan gitu gini, sementara penjaganya tidak tentu hala dan tidak tahu nasihat mana yang mahu digunapakai dan dipegangrujuk.

Selepas semalam, UMNo dibelasah oleh rakan kongsi dengan menyabitkan kekalahan BN yang besar dari rakyat,atas keangkuhan pimpinan BN (mesti dituju kepada UMNO). Sementara pembesar UMNO pertahankan kepimpinannya jangan diperkecil-kecil dan perkotak katik dengan mengaseosorikan Melayu dan Ketuanan Melayu jangan diganggu gugat serta dicabar. Tetiba kepimpinan UMNO yang mencabar dan mahu mencabut akar tunjang kemelayuaan dengan pertikaikan keputusan istana Terengganu yang mahukan orang lain dilantik sebagai MB. Maknanya MB bukan lagi penasihat sultan, kerana sultan sudah dinasihat hampir 50 tahun, biarlah sultan menasihat MB sekali itupun hanya di Terengganu dalam kes kerusi MB sahaja.

Kita nantikan episod akan datang .....