Tuesday, January 01, 2008

Penulisan tesis perlu dipantau elak penipuan

Mengistilahkan penipu kepada semua para pelajar sarjana dan PhD yang adalah tidak adil dan wajar. Mudahnya kita menghukum seperti mana mudahnya kita bercakap, jika salah sekadar meminta maaf. Ia dikira habis.

Namun bagi dakwaaan semua lulusan sarjana dan PhD telah membuat penipuan, hendaklah dijalankan siasatan. Cara dan gaya penulisan bagi sesebuah IPTA dengan IPTA adalah berbeda-beda. Maka atas asuhan IPTA masing-masing , berserta penyelia masing-masing atas apa pelajar hasilkan adalah terlalu subjekatif.

Manakala taraf penyeliaan oleh penyelia adalah berbeda-beda, terkadang masa penyelia itu sendiri adalah amat terhad kerana atas taraf penyelia itu, jika dia adalah seorang yang hebat dan popular maka payahlah pelajar nak buat temu janji, bukannya boleh berjumpa hari-hari macam cikgu sekolah. Itu sebagai kekangan dan masalah belajar.

Masyarakat umum melilihat itu adalah titik bengik dalam belajar dan mencari ilmu, mencari tajuk yang orang lain tak buat kajian adalah bedaah, kecualilah kajian kita mencakupi sejarah pokok ubi, sejarah pokok getah, sejarah kg kita atau salasialh keluarga kita itulah yang benar-benar tulin, tapi rujukannya kena juga mabil kajian lepas tentang sejarah salasilah atau kg.

Justeru ada pihak kata penipuan atau plagiat dia patut cermin diri. Oleh kerana kini dah ada PIPP serta mahukan jadikan negara sebagai hab pendidikan maka sibukah sekejap kita. Macamlah sibuk kita kemalangan jalanraya, tidak ada fokus untuk selama-lama ke jalanraya sebab kita ada banyak benda bukan semua benda dapat kita penuhi dalam satu masa.


PENIPUAN mendapatkan perkhidmatan 'penulis profesional' bagi menghasilkan tesis ijazah sarjana dan doktor falsafah adalah perbuatan tidak beretika dan menjejaskan kredibiliti dan integriti dunia akademik.

Tindakan berbentuk kecurangan akademik ini juga memberi kesan kepada usaha negara untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan di samping mencemarkan nama baik dunia akademik.

Akhbar tempatan mendedahkan ratusan pemegang ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi di negara ini menggunakan penulis profesional bagi menyiapkan tesis mereka.


Penulis amat bersetuju dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Sharifah Hapshah Syed Hassan Shahabudin yang menjelaskan, kegagalan menangani isu ini boleh menjejaskan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau.

Gelaran doktor adalah pengiktirafan ke atas usaha individu yang berjaya menamatkan proses pengajian PhD. Proses ini sering memerlukan daya usaha intelektual mendalam. Individu yang memperoleh PhD selalunya melalui dua perkara.

Pertama, individu berkenaan perlu menguasai bidang yang dikaji secara mendalam. Kedua, memperkembangkan ilmu bidang yang dikaji.


Ijazah PhD bukan penamat kepada pencarian dan penimbaan ilmu. Malah, proses pencarian, penimbaan dan pertambahan ilmu perlu lebih giat dilakukan selepas memperoleh ijazah PhDnya.

Di samping melalui proses ke arah kematangan pencarian ilmu (melalui proses pembacaan, penyelidikan, penulisan, pembentangan, perbincangan akademik yang bersifat kritikal dan mendalam), prosedur ketat yang ditentukan oleh universiti boleh memastikan pelajar sendiri yang menulis tesisnya.

Dalam konteks mengekang senario 'mengupah penulis profesional' untuk penulisan tesis, beberapa langkah boleh dilakukan. Antaranya, pemantauan rapi penyeliaan tesis oleh penyelia (utama dan tambahan) dan pemeriksaan tesis secara profesional oleh pemeriksa tesis (dalaman dan luar).

Bagaimanapun, tidak semua universiti mempunyai sistem penilaian yang sama dalam menilai penulisan tesis sarjana dan PhD pelajar.

Universiti juga wajar melaksanakan sistem pemilihan penyelia dan pemeriksa tesis secara profesional. Sistem pembentukan jawatankuasa pemeriksaan lisan (viva-voce) yang ketat dapat membantu menentukan tahap ketulenan penulisan tesis.

Pelajar juga boleh dipantau dengan meminta mereka membentangkan perkembangan penulisan tesis.

Prosedur ketat dan sukatan pihak universiti bagi menjamin integriti akademik dalam penilaian akademik pelajar adalah sangat penting dalam mengelak penipuan pelajar sarjana dan PhD untuk mengupah 'penulis profesional'.

Penilaian yang membabitkan penulisan tesis akan dipantau oleh penyelia.

Dalam konteks ini, peranan penyelia dalam memastikan pelajar seliaannya benar-benar mengetahui bidang kajian tesisnya adalah amat penting.

Ada juga universiti yang siswazahnya diselia oleh 'sebuah jawatankuasa' daripada beberapa penyelia daripada ahli akademik yang pakar dalam bidang penulisan tesis pelajar berkenaan.

Selalunya, pihak universiti akan menyediakan lebih daripada seorang penyelia bagi seorang pelajar (penyelia utama dan dibantu oleh penyelia tambahan).

Penyelia memainkan peranan amat penting dalam menentukan ketulenan sesuatu hasil penulisan tesis pelajar.

Mereka akan memastikan pelajar seliaannya mengetahui dengan terperinci apa yang ditulis.

Ini dilakukan melalui pertemuan yang mengandungi perbincangan ilmiah dan bimbingan akademik.

Penyelia juga adalah individu yang sering memberi motivasi pelajar seliaannya apabila semangat pelajar seliaannya semakin tipis. Sering juga pelajar putus asa untuk menyiapkan tesis.

Penyelia selalunya dapat mengenal pasti ketulenan penulisan tesis pelajar seliaannya melalui perbincangan sering diadakan dengan pelajarnya.

Begitu juga melalui pembacaan hasil kerja pelajar itu. Pemantauan rapi penyelia adalah elemen utama dalam memastikan pelajar sendiri yang menghasilkan tesis itu.

Tesis yang siap ditulis oleh pelajar seterusnya akan dinilai oleh pemeriksa dalam dan luar.

Pelantikan pemeriksa yang sememangnya pakar dalam bidang tesis pelajar melalui proses pemilihan yang ketat.

Memperoleh PhD bukan sekadar menggenggam sekeping ijazah. Apa yang lebih penting ialah proses yang dilalui.

Seperti kata seorang rakan, selain dari ilmu yang diperoleh, ia mengajar banyak makna kehidupan, terutama pengorbanan yang begitu banyak sekali dilakukan dan sikap tidak boleh berputus asa.

Penipuan mendapatkan perkhidmatan 'penulis profesional' bagi menghasilkan tesis ijazah sarjana dan doktor falsafah, sekiranya benar-benar berlaku amat wajar dihentikan demi menjaga kredibiliti dan integriti dunia akademik.

PEMEGANG PhD TULEN,
Kuala Lumpur.

Beri layanan sama rata dan adil pada semua agama dan bangsa

Bila puak India berkumpul demo kata perkauman, bila Himpunan BERSIH dibuat awak kata himpunan haram demntrasi jalanan dan akhir bertukar kepada pelampau agama.Bila surau puluhan rumah ibadat di roboh demi untuk pembangunan, setinggan Melayu dihalau ibarat anjing tiada satu perundingan peringkat tertinggi dibbuat bersama mereka yang terlibat. Bila kaum India tuntut terus adakan perundingan dan turut beri layanan dan perhatian serta perundingan tanpa mengambil masa yang lama.

Sepatutnya kerajaan kena berfikir dan patut fikirkan layanan sama adil, sama rata, perjumpaan sama dibuat pada semua agama, perhatian sama, dan berita dikeluarkan untuk maklumat orang ramai sama juga. jangan diselindungkan itu dan ini. Biarlah rakyat tahu, kan awak yang kata awak adalah hamba kepada rakyat, suara rakyat adalah suara keramat, mulut awak jugalah yang bercakap, awak jugalah yang sanjung dan daulatkan demokrasi, ratib awaklah yang banggakan demokrasi, awak jugalah yang tidak mahu demontrasi jalanan, awak jugalah yang tidak mahu lahir pelampau agama.

Jangalah rakyat bangun pertahankan hak agama dan amalan keagamaan masing-masing dilabelkan sebagai pelampau agama. walaupun dah banyak kali surau madrasah dirobohkan. Maka janganlah undang dan ganggu gugat had kesabaran kita.


Khir Toyo jumpa pengerusi kuil Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mengadakan perjumpaan dengan semua pengerusi kuil di negeri itu pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah membabitkan rumah ibadat penganut Hindu.

Pengerusi Majlis Hindu Malaysia Datuk R.Nadarajah berkata perjumpaan di Batu Caves di sini dijangka dihadiri kirakira 800 pengerusi kuil di seluruh Selangor.

"Kami akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan masalah atau isu berkaitan kuil dan berharap beliau (Dr Khir) dapat membantu kami menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nadarajah berkata sehubungan itu, satu memorandum berkaitan masalah serta isu melibatkan kuil akan diserahkan kepada Dr Mohamad Khir untuk perhatian kerajaan negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Sri Mariamman Temple Dhevasthanam turut meminta kerjasama semua pengerusi atau wakil semua kuil sama ada yang berdaftar ataupun tidak untuk menghadiri perjumpaan yang julung kali diadakan itu.

"Kami berharap perjumpaan seumpama ini akan turut diadakan di negeri lain kerana ia peluang yang baik untuk berbincang dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan baik," katanya. BERNAMA

Ikut pandai demo lah ?

Warta Perdana RTM dilanjutkan kepada 45 minit mulai esok.... Ikutlah ZAM kan RTM untuk demo. Dulu satu jam demo tukar ke 30 minit. Terasa ke rugi, kerja cari berita kurang sikit, nak nampak tak ngarut, mari memikir rasa rugi pulok, dok buleh ngempin dak. Dah masa siket sangat.

Dok buat tak leh, nih le peluang pilihanraya ke 12 kang dah dekat. Ambik kesemapatan sokmo terus le...

Warta Perdana di RTM1 akan bersiaran selama 45 minit mulai esok dalam usaha stesen televisyen itu menyajikan lebih banyak bahan berita dan maklumat kepada para penonton.

Perubahan sempena tahun baru 2008 itu membolehkan penonton menyaksikan warta perdana dari pukul 8 malam hingga 8.45 malam, iaitu tambahan 15 minit daripada waktu siaran sekarang.

"Menariknya, ciri baru yang ditampilkan dalam pengisian kandungan berita ialah lebih banyak berita `human interest', selain berita-berita utama dalam dan luar negara, berita ekonomi, sukan dan cuaca," kata stesen TV itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam usahanya menjadikan Warta Perdana lebih mantap dan berinformasi, RTM akan menyampaikan lebih banyak maklumat terkini kepada penonton menerusi liputan lintas langsung selain temubual secara langsung dengan tetamu di studio bagi membincangkan isu atau topik yang mendapat perhatian ramai.

Laporan khas yang lebih terperinci akan turut dimuatkan dari semasa ke semasa, tambahnya. BERNAMA

Aksi Panas Menteri kabinet pak Lah

Menonton Buliten Utama TV3 semalam adalah bagi penulis dan keluarga adalah menyaksikan berita terakhir badan penyiaran kroni itu kali terkahir bagi TV3 . Apa yang menarik adalah paparan highlight adalah pertama skandal seks menteri kabinet daripada parti komponen BN.

Teruja dengan berita sensasi penulis terpaku, walupun dah baca di dalam website dan blogger2 dalam internet lebaih dahulu. Apa yang menarik diminta komen daripada daripada rakan komponen BN termasuklah daripada MB Johor, sambil tersenyum sinis beliau berkata menarik kerana berlaku katanya isu panas di utara dan selatan tanah air.

Bagi kita ini adalah tanda permulaan rakyat tenteng perubahan, tahniahlah SU Agong UMNO yang mahu buat perubahan (Pak Lah lek belakang tu) tukar sahaja MB Perlis. Dah laa ma dah tu... Bagi penulis tentang Shahidan Kassim memang lama sungguh, macam lamanya Samy Vellu sera Fidah, tak kan le negara dan negeri Perlis tak dok orang nak pegagang jawatan MB. Sudahlah Dan....

Sementara itu Chua Soi Lek kesian, tulah kalau dia pilih Islam kan mudah... tak payah simpan perempuan simpanan buleh kawin sampai 4. Dah macam ni..aiblah dia. Penulis yang biasa dengan masyarakat Cina, memanglah lelaki Cina yang berduit dan kaya raya memang suka melancong dan cari perempuan, selepas dia kerja kuat lepas tu minum. Maka oleh kerana nak membanyakkan zuriat dia simpanlah perempuan ke .. kalau tak mahu gi cari pelacur.. Cari pelacur dan tonton video seks ni dah menjadi amalan sebahagian masyarakat Cina sejak kecil lagi bagi generasi muda dan remaja Cina. Menjadi tontonan kelauraga. Maka tidak diafikan ada juga Cina yang katogeri alim, bilamana dia pegang agama contohnya kristian ke, Buddha yang kuat serta amalan-amalan kerohanian yang lain.

Maka kesianlah juga kita ke Chua, peempaun ke 2 di katakan pelacur. Masakan masa ni ada orang nak bela dia dan nak ambil tau, bilamana rakaman daripada 4 sudut kamera dan masa antara 50 minit ke 1 jam. memanglah aksi seks dan buat filem lucahlah gayanya.

Justeru sensasi dan glamourlah Chua sekejap, lepas ni rakyat akan lupa, berbalik bolak pi mai tang tu. Macam manapun dulu kini selamanya hok lamalah tu...walaupun ada gempa bumi kt Bukit Tinggi dan banjir teruk di Pahang , itu dan ini adalah 'fenomena Alam". Terkudap-kudaplah kita yang nak tunggu perubahan. maka kitalah juga kena buat perubahan jangan tunggu lama lama.






Sama-sama bertanggungjawab negara kita tanggungjawab kita !!!

Malam tadi penulis dengan beberapa orang rakan meninjau aktiviti remaja Melayu amnya sekitar bandar Temerloh. Tiada aktiviti rasmi dianjurkan bagi menyambut tahun baru. Kata rakan penulis mungkin lepas banjir besar, insaflah sikit kot. Namun ramai jugalah yang ada di sekitar bandar dengan menaiki motorsikal secara tidak terkawal. Namun pasukan PDRM telah membuat beberapa sekatan jalanraya bagi menangani situasi ini. Keadaan terkawal.

Tapi apa pun tahniah jugalah dengan YDP Majlis Perbandaran Temerloh yang baru. Kita dimaklumkan dia bukan manusia yang suka jenis acara gitu-gitu, apa pun syabas dan tahniah. Ucapan tahniah juga keada pasukan PDRM yang mengantar skuad pemantau melalui unit kereta perondanya.

Daripada Terengganu With Love ?

disco‘Berita Baik’ kepada pencinta-pencinta hiburan tanpa batasan. Ada pihak anjurkan Parti Disco sempena countdown 2008 31 Disember ini di Tuanku Mizan Golf dan Country Club di KualaIbai, Kuala Terengganu. Betapa kurang ajarnya pihak tersebut. Mereka tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Terengganu ini.

Di bawah ini keratan publisiti yang diedarkan.



Agaknya bagaimana program sebegini boleh dianjurkan di Terengganu? Inilah hadiah ajaran Islam Had hari yang diwarwarkan selama ini.

Bayangkan pada malam tersebut, Program ini dianjurkan sempena menyambut tahun baru dan berkebetulan juga dengan Majlis Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Dalam Sinar Harian Rabu 26 Disember ada menyebutkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk sambutan pengisytiharan bandaraya tersebut berjumlah RM10JUTA!!! Lihatlah pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional tanpa mempedulikan rakyat Terengganu yang miskin.

Kami pemuda-pemuda bimbang sekiranya maksiat menjelang tahun baru makin berleluasa dan tidak mungkin dibendung lagi, takut-takut nanti, dengan kemurkaan Allah, diturunkanNya Bala seperti Tsunami dan seumpamanya. Bukan niat kami mahu meminta bala, tetapi memberi AMARAN kepada golongan yang lupakan Kebesaran dan kemurkaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang melakukan maksiat dan kemunkaran.

Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan di Premis yang menggunakan nama Tuanku Mizan (yang sekarang ini Yang Di Pertuan Agong Malaysia). YDPA Sultan Mizan dan Permaisurinya pula baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah Haji. Ini merupakan suatu penghinaan kepada YDPA Sultan Mizan yang menjadi Ketua Tertinggi bagi agama Islam, agama persekutuan Malaysia.

JBA Pahang rugi RM3.5 juta akibat banjir

TEMERLOH 31 Dis. – Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang kerugian kira-kira RM3.5 juta berikutan kerosakan pada loji air dan muka sauk akibat ditenggelami banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Pengarah JBA negeri, Datuk Ismail Mohd. Nor berkata, pam dan muka sauk yang rosak membabitkan loji di Sungai Bera, Chenor, Simpang Jengka dan Pekan Tajau.

Menurutnya, muka sauk loji yang terjejas pula ialah di Lubuk Kawah, Temerloh yang diliputi pasir sedalam lebih tiga meter.

‘‘Bagaimanapun, JBA sedang berusaha untuk membaiki kerosakan tersebut secepat mungkin supaya bekalan air yang terjejas akibat banjir baru-baru ini pulih selewat-lewatnya minggu hadapan,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, loji air di Chenor, Simpang Jengka dan Pekan Tajau sudah pun beroperasi seperti biasa dan membekalkan air kepada 80,000 penduduk di daerah Maran sejak dua hari lalu.

Sementara loji bekalan air di Jenderak dan Lubuh Kawah, katanya, dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya minggu depan.

Menurut beliau, pihaknya dengan bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta Puncak Niaga Holdings Berhad sedang berusaha membaiki kesemua pam, muka sauk dan loji air untuk memulihkan bekalan air kepada kira-kira 200,000 penduduk yang terjejas.

Tambah beliau, sebanyak 27 buah lori tangki iaitu lapan lori milik Syabas, dua (JBA Negeri Sembilan) dan 17 (JBA Pahang) membantu mengedarkan bekalan air bersih kepada mangsa terbabit sehingga hari ini sementara menantikan kerosakan itu dibaiki.

Selain itu, kata Ismail, JBA juga menyediakan 34 tangki statik di Maran, Bera dan Temerloh bagi memenuhi keperluan air bersih kepada penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir.

Bagi memastikan semua penduduk mendapat bekalan air minuman yang bersih, Syabas turut membekalkan 8,000 botol air mineral seberat empat liter kepada 4,000 mangsa banjir di Maran dan 2,000 penduduk di Temerloh dan Bera.

Risda rugi RM10 juta akibat banjir




MARAN 31 Dis. – Banjir besar yang melanda Pahang baru-baru ini telah menjejaskan kira-kira 500 hektar kawasan milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dengan jumlah kerugian yang ditanggung dianggarkan mencecah RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerugian tersebut membabitkan kerosakan ladang, prasarana dan projek ternakan yang dikendalikan oleh agensi itu.

‘‘Mana-mana kemusnahan projek yang dijalankan oleh pekebun kecil, kita akan ganti dalam tempoh dua bulan ini. Sebanyak 2,300 keluarga pekebun kecil terlibat dalam banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pekebun Kecil Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak dan Pengarah Risda Pahang, Mujahid Muhamad.

Sementara itu, dalam ucapannya, Adnan berkata, kerajaan negeri akan mempraktikkan kaedah yang diamalkan oleh Risda iaitu menetapkan tarikh akhir semua projek pada bulan Ogos.

‘‘Biasanya kita tetapkan bulan Disember. Kita akan cuba ikut apa yang dilakukan oleh Risda kerana dengan cara ini kalau kita lambat, kita masih ada masa untuk mencapai matlamat,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata, satu konvensyen tentang hala tuju orang Melayu akan diadakan di peringat negeri Pahang bagi mengenal pasti masalah dan hubungannya dengan kaum-kaum lain.

‘‘Saya mencadangkan konvensyen Melayu ini dibuat di semua peringkat. Pemimpin masyarakat boleh mengadakan perbincangan secara berkala mengenai topik-topik tertentu. Saya terfikir untuk mengadakan konvensyen ini di peringkat negeri pada Februari ini.

‘‘Konvensyen yang akan diadakan nanti bukan sahaja membincangkan tentang nasib orang Melayu tetapi juga bagaimana boleh membantu orang bukan Melayu untuk hidup lebih harmoni,” katanya.

Amaran angin kencang

Amaran angin kencang

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Angin kencang timur laut selaju 60 hingga 70 km sejam dan ombak setinggi 5.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Kudat dan Sabah Barat mulai hari ini hingga Sabtu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan pelantar minyak.

– Bernama

Gempa di Bukit Tinggi Pahang

Lagi gempa bumi di Bukit Tinggi, Pahang

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Satu gempa bumi kecil berukuran 3.0 pada skala Richter, berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang pada pukul 5.19 petang ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata gempa bumi kecil itu telah menyebabkan gegaran lemah dirasai sekitar kawasan Bukit Tinggi.

“Memandangkan gempa bumi ini bermagnitud kecil, orang awam dinasihatkan tidak perlu bimbang. Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata jabatan itu.

– Bernama

SELaMaT TaHUN BaRU 2008

Penulis mengucapan Selamat Tahun Baru 2008, semoga kedatangan tahun baru 2008 ini akan mempertingkatkan keazaman kita bagi berusaha memperbaiki diri mencegah kemungkaran politik masiat dan kepincangan dalam negara dengan merubah melalui pilihanraya 2008.

Pak Lah diambang 2008

Tolak pelampau -- Jangan beri ruang mereka pengaruhi dan tentukan agenda negara - PM


Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah dan Tengku Adnan Tengku Mansor mengangkat tangan semasa detik jam 12 tengah malam pada sambutan Tahun Baru 2008 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.


PUTRAJAYA 31 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat supaya tidak memberi sedikit pun ruang kepada golongan pelampau untuk mempengaruhi dan jauh sekali menentukan agenda negara bagi mengelak Malaysia daripada terjebak dalam kancah huru-hara.

Perdana Menteri berkata, segala usaha mestilah dengan matlamat untuk membawa manfaat serta faedah kepada semua rakyat dan bukan kerana menyahut desakan daripada pemikiran sempit golongan itu.

“Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memelihara negara dari terjebak ke kancah huru-hara akibat apa yang dimomokkan sebagai kebebasan bersuara yang tidak mempedulikan perasaan atau sensitiviti orang lain,” katanya dalam Amanat Tahun Baru 2008 yang disiarkan ke seluruh negara malam ini.

Abdullah berkata, kebebasan bersuara tiada ertinya jika tidak diamalkan dengan bertanggungjawab.

“Kita sendiri telah menyaksikan pelbagai musibah dan bencana yang menimpa negara-negara lain akibat daripada amalan kebebasan bersuara yang tiada had, kononnya dianggap mutlak,” katanya.

Mengenai isu kebebasan beragama, Perdana Menteri berkata: “Kita perlu menghadapinya dengan sabar dan berhati-hati serta menjauhkan diri daripada dipengaruhi.

“Kita harus mengambil pendirian untuk menolak cara penyelesaian yang ekstrem. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui demonstrasi jalanan.”

Abdullah berkata, beliau percaya setiap rakyat Malaysia mampu berfikir dan menilai dengan bijak dan tidak akan sekali-kali membenarkan dan merelakan sebarang anasir untuk merosak atau mencemarkan keharmonian yang telah dibina buat sekian lama.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mempertahankan keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati ini. Sekiranya ada kekurangan dalam pelaksanaan, marilah kita bersama memperkukuhkan dengan jujur dan ikhlas, demi Malaysia tercinta,” katanya.

Beliau berkata, keamanan dan keharmonian dikecapi sejak sekian lama kerana adanya perasaan muhibah, sikap toleran dan cara bersederhana dalam kalangan rakyat hingga berupaya memahami akan orang lain.

Perdana Menteri berkata, perasaan itu jugalah yang telah berjaya merobohkan benteng pemisah yang wujud oleh kerana perbezaan kaum, agama, pangkat mahupun darjat.

“Ini kita lakukan kerana kita arif dan akur bahawa bumi Malaysia ini bukan milik mana-mana individu atau kaum, tetapi adalah milik kita bersama, setiap rakyat Malaysia. Di negara ini, tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kerakyatannya daripada warga yang lain,” katanya.

Abdullah yang turut melahirkan rasa simpati kepada ribuan rakyat yang menjadi mangsa banjir, menyifatkan bencana itu merupakan satu ujian daripada Allah bukan sahaja terhadap mereka yang dilanda banjir tetapi juga kepada mereka yang terselamat serta kerajaan.

Beliau bersyukur kerana dalam keadaan seperti itu, perasaan simpati dan kasih sayang serta semangat ingin menolong yang tinggi yang diberikan kepada mangsa tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan dalam masyarakat telah diperlihatkan.

“Begitulah juga halnya, setiap kali berlaku bala bencana, baik di mana sahaja, di bandar atau di desa. Kerana itulah, saya amat berbangga dengan rakyat Malaysia,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada semua terlibat dalam usaha menyelamat dan membantu mangsa seperti polis, tentera, anggota kerajaan dan orang awam.

Mengimbas kembali pencapaian pada tahun 2007, Abdullah berkata, negara telah merakamkan pelbagai kejayaan yang memberangsangkan dan ia dikecapi hasil daripada perpaduan dan kebersatuan yang telah dipupuk untuk sekian lama.

Perdana Menteri bangga ekonomi negara berkembang pada kadar 6 peratus bagi tahun 2007 berikutan perdagangan serta pasaran saham yang cergas manakala kadar inflasi dan pengangguran berada pada tahap rendah dan terkawal.

Dalam membangunkan modal insan, tahun 2007 menjadi titik permulaan yang menjanjikan pencapaian gemilang dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan pada Januari lalu, diikuti Pelan Strategik serta Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara.

Bagi memastikan faedah pembangunan negara dinikmati secara saksama, tahun 2007 menyaksikan pelaksanaan koridor pembangunan ekonomi secara besar-besaran iaitu di selatan Johor, di wilayah Utara dan di wilayah Pantai Timur.

Abdullah berkata, tahun 2007 juga mempamerkan prihatin kerajaan terhadap nasib rakyat apabila ia mengekalkan harga minyak walaupun harga melambung naik di pasaran dunia, serta memantau harga barangan keperluan asas untuk mengawal kenaikan kos sara hidup.

Sebagai tanda penghargaan serta untuk memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji antara 7.5 dan 42 peratus untuk kakitangan awam pada Julai lalu.

Abdullah berkata, tahun 2007, yang merupakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara, menyerlahkan kejayaan negara dalam pelbagai arena di dalam dan luar negara.

“Kemuncak kebanggaan kita rakyat Malaysia untuk tahun 2007 pastinya apabila buat pertama kalinya Malaysia memiliki dua orang angkasawan dengan seorang daripadanya telah ke Stesen Angkasa lepas antarabangsa pada 10 Oktober lalu, dan seorang lagi Insya-Allah akan ke sana pada tahun 2010 atau 2011 nanti,” kata Perdana Menteri.

Tahun Melawat Malaysia 2007 berjaya menarik 20.7 juta pelancong yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM45.7 bilion, manakala dalam arena sukan, atlet negara berjaya meraih 68 pingat emas pada Sukan SEA di Korat, Thailand.

Mengenai tahun 2008, Perdana Menteri berkata, ia menjanjikan 1001 cabaran serta rahmat buat semua tetapi rakyat hendaklah bekerjasama untuk membawa keamanan, perpaduan dan kemajuan.

“Mana yang keruh, sama-sama kita buangkan, supaya yang jernih dapat kita nikmati. Mana yang berat, kita pikul; mana yang ringan, kita jinjing.

“Semuanya kita lakukan bersama. Kepada Tuhan kita pohon petunjuk dan rahmat serta berkat.”

– Bernama

Melayan rashid bukan SPR ?

SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya

PUTRAJAYA 31 Dis. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.

Ab. Rashidyang berasa amat kesal dengan tindakan itumahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.

‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.

‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Temu bual itu diadakan ketika parti-parti politik di negara ini dan SPR sendiri bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-12.

Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Pada November lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang didalangi parti-parti pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota menuntut SPR mengadakan pilihan raya yang lebih adil dan telus khususnya untuk pilihan raya umum akan datang.

Gabungan itu turut menuntut Ab. Rashid tidak dilanjutkan perkhidmatannya atas dakwaan gagal menjalankan tugas dengan baik.

Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu – selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya – berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.

‘‘Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya.

‘‘Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,’’ katanya.

Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepadapihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.

‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.

‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.

“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya