Friday, September 07, 2007

Kita memanglah bersetuju BPR menjalankan kerjanya iaitu diberitaka ...BPR tahan 23 dalang lesen L di enam negeri.

Justeru setakat menahan atas apa yang menjadi kepentingan rakyat keciil ke besar adalah tetap salah dan dikira memang salah. Oleh itu kita mahu usaha dan fokus BPR minta menghapauskan kes-kes berprofail tinggi, kerjanya mudah jumpa Pengerusi GERAK Malaysia Sdr Ezam Md Noor, hah.. banyaklah berita dan kebaikan BPR dapat, moh cepat sikit bertindak wei !!!!!!

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 23 individu termasuk kakitangan, pemilik dan pekerja sekolah memandu dan pusat ujian berkomputer yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan pengeluaran lesen belajar memandu (L) di enam negeri.Tujuh daripada 23 individu yang ditahan minggu lalu itu dihadapkan ke mahkamah semalam, dengan tiga di Negeri Sembilan, dan masing-masing seorang di Perak, Melaka, Johor serta Selangor berhubung tuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Pengarah I (Operasi) BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata semua individu itu ditahan selepas sindiket terbabit dikesan Jun lalu dengan kerjasama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).“Kebanyakan ditahan merangkumi kakitangan sekolah dan pusat ujian memandu yang bertindak sebagai ‘ulat’ menjanjikan calon dapat lulus dengan jalan mudah. Calon yang kita kenal pasti adalah mereka yang pernah gagal dan tidak yakin lulus termasuk warga asing,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan; Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdull serta beberapa pegawai kanan dari Mosti serta Kementerian Pengangkutan.Semua individu itu ditahan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang.


Abu Kassim berkata, siasatan awal yang dibuat menunjukkan calon ujian lesen L diminta membayar sehingga RM400 untuk lulus serta diminta memenuhi syarat supaya berada dalam bilik ujian selama sejam.“Kita juga merampas perisian dan data di pusat ujian berkomputer terbabit,” katanya yang enggan mengulas jumlah calon yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pengeluaran lesen L terbabit.Ditanya adakah pegawai JPJ mendalangi kegiatan sindiket itu, beliau berkata, maklumat diperoleh menunjukkan tiada pegawai jabatan itu terbabit kerana ujian lesen L dikendalikan di pusat ujian berkomputer.Sementara itu Solah berkata, JPJ akan bertindak tegas terhadap calon ujian dan sekolah memandu yang didapati bersalah dan lesen mereka mungkin dibatalkan atau diminta menduduki peperiksaan semula.Musa pula berkata, polis akan menyemak latar belakang warga asing yang menggunakan khidmat sindiket untuk mendapatkan lesen L termasuk mengesahkan status mereka.“Bagi kes membabitkan jenayah siber, saya sudah mengarahkan Jabatan Jenayah Perdagangan menyiasat mungkin ada individu menggodam keputusan ujian berkomputer untuk membolehkan calon lulus," katanya.Sementara itu, ketika mengulas laporan Tan Sri Robert Phang kepada BPR kelmarin yang, mendakwa berlaku kelemahan dalam penguatkuasaan JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mohd Shukri berkata, siasatan menunjukkan tidak berlaku rasuah.“Selepas Phang membuat laporan di ibu pejabat BPR kelmarin, kita menghantar pegawai membuat semakan dan didapati tiada elemen rasuah atau kesalahan prosedur, sebaliknya mungkin cuma salah faham saja,” katanya.

Gempar ! Al Quran diharamkan di Belanda ?



Dipetik daripada blog Roslan SMS .......................... Lihat muka manusia 'setan' , namun perlu didakwahkan kerana dia adalah jahil tetang Islam.

Ahli parlimen Belanda desak diharamkan al QuranSeorang sahabat dari UK membawa keperhatian saya tentang berita yang sungguh menggemparkan ini. Seorang ahli parlimen Belanda pemimpin parti kebebasan atau Freedom Party telah mendesak agar al Quran diharamkan di Belanda. Beliau menganggap kitab suci umat Islam itu sebagai sebuah buku FASCIST yang menuntut penganutnya membunuh mereka yang tidak beriman dan merogol wanita.Surat desakan beliau itu disiarkan oleh akhbar De Volkskrant.

Wilders di dalam suratnya menyamakan al Quran dengan buku karangan Adolf Hitler, Mein Kampf, dan mengatakan al Quran tidak ada tempat di Belanda. Malah Wilders menyatakan bahawa tidak ada istilah Islam moderat sebenarnya.Jelas pandangan sempit, kolot dan ektrimis ini terpacul keluar dari minda seorang pemimpin yang lebih didorong oleh nafsu dari kewarasan dan akal fikiran. Saya pasti ramai yang akan mengkritik pandangan melampau Wilders ini termasuklah dari kalangan masyarakat Islam di Eropah.Mungkinkah pandangan sumpama ini nanti turut meresap dikalangan pemimpin dan masyarakat kita pula? Saya percaya pandangan gila Wilders ini tidak mencerminkan pandangan majoriti rakyat Belanda atau masyarakat Eropah, akan tetapi jika ianya tidak ditangani dan diperbetulkan, tidak mustahil ianya nanti akan menular dan mencetuskan ketegangan.

Redakah rakyat dengan pembaziran RM69 juta dibelanja untuk ulangtahun Kemerdekaan Negara

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50 diperingkat pusat sudah hampir melabuhkan tirainya. Menurut jadual tinggal lagi satu acara iaitu pada 16 September ini iaitu perayaan sempena penubuhan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963).Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang sudah masuk tahun ke 50 ini.
Namun tahukah anda berapa banyak wang negara dibelanjakan bagi tujuan perayaan kali ini?Semua sekali perayaan yang dijadualkan adalah pelancaran perayaan di Dataran Pahlawan, Melaka diikuti dengan perayaan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada malam31 Ogos, Perarakkan pada Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos, sambutan sebelah malam di Stadium Merdeka, jamuan teh di Istana Negara dan akhirnya nanti sambutan pembentukan Malaysia.
Pada tahun 2005 kita berbelanja sebanyak RM35 juta untuk perayaan yang ke 48, diikuti dengan RM38 juta (peningkatan RM3 juta) pada tahun 2006 untuk perayaan ke 49.Pada tahun ini sebagaimana dimaklumkan di Dewan Rakyat Selasa lepas kita berbelanja RM67.7 juta iaitu peningkatan sebanyak lebih 78% atau RM29.7 juta berbanding tahun lalu.
Mungkin ada yang berpandangan perbelanjaan sebanyak itu berpadan dengan ulangatahun ke 50 negara, bukan selalu. Bagi saya perbelanjaannya agak besar dengan peningkatan sampai 78%, sudah jatuh ketahap pembaziran, sedangkan wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk rakyat yang memerlukan, yang masih ramai lagi walaupun kita telah 50 tahun Merdeka.Pecahan perbelanjaannya adalah seperti berikut:
Dataran Pahlawan:RM3.7 juta
Ambang Merdeka:RM8.2 juta
Perarakkan Hari Kemerdekaan:RM26 juta
Malam Hari Merdeka:RM17 juta
Jamuan Teh Istana Negara:RM100,00
Perayaan 16 September:RM14 juta
Patutlah Rais Yatim sehingga menolak untuk bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel atas alasan sibuk mahu menguruskan perayaan kemerdekaan ini. Bukan senang nak menguruskan perbelanjaan sebesar ini yang perlu dihabiskan dalam tempoh beberapa hari! Jumlah diatas termasuklah barangkali bendera Umno, MCA, MIC dan lain-lain yang digunakan begitu banyak sepanjang perayaan termasuklah baju seragam untuk ahli-ahli termasuk pemuda, wanita dan puteri Umno serta rakan komponannya. Yang mereka tidak sedar semuanya datang dari kocek rakyat Malaysia belaka!
Dipetik daripada ROSALAN SMS

Thursday, September 06, 2007

Cuti Persekolahan yang baru lalu, penulis membawa keluarga kembali ke kampung. Tujuan utama adalah untuk menziarahi ibu penulis yang tua, bagi melihat lebih dekat serta bertanya khabar.

Sebelum ke kembali ke kampung penulis singgah di salah sebuah pasaraya yang besar di bandar Ipoh. Penulis dan keluarga berjalan-jalanlah meninjau barangan yang terdapat ada yang boleh tahan juga harganya.

Setelah selesai penulis pun menuju ke pintu utama, tiba dipertengahan jalan ke pintu utama penulis ditemui oleh seorang gadis yang pekat loghat utara sambil membawa pamplet lalu menghulurkan ke tangan penulis sambil rancak bercerita tentang isi dan makna serta tujuan yang beliau dekati penulis.

Maka setelah 5 minit diterangkan maka penulis faham yang kerjanya adalah memohon derma bagi membantu mangsa sakit jantung bawah NGO yang bernama MAKNA serta yang berkaitan.


Tujuan murni beliau dan NGO yang diwalkili beliau tidaklah penulis gusarkan, tetapi apa yang penulis kaget cara dan pendekatan yang terlalu 'rakus' dan 'nampak macam memaksa'. Bila mana penulis minta pamplet dan mahu teliti maka beliau cepat2 berterima kasih dan beralih kat orang lain pula.

Apa yang penulis gusarkan , adakah dia benar2 mewakili MAKNA, apakah dengan tindakan penulis mahu meneliti maklumat itu menjadikan penulis sebagaigolongan yang tidak perihatin ?

Maka penulis mahu ingatkan masyarakat supaya berhati2 degan bentuk2 NGO macam ni.

Wednesday, September 05, 2007

Ahli Parlimen BN paling kerap ke luar negara, belanja wang rakyat!


Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tersenarai sebagai wakil rakyat yang paling kerap ke luar negara dilihat ramai pihak lebih mementingkan tugas luar negara yang lebih berprestij berbanding daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan mereka ini.


Walaupun ianya tugas rasmi namun disifatkan sebilangan rakyat lebih menyeronokan kerana boleh melancong secara percuma, di samping menikmati pelbagai elaun yang dibayar menggunakan wang rakyat jelata.

Laporan kekerapan ke luar negara ini berdasarkan jawapan lisan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, yang menjawab soalan YB Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah, Perak) bertanyakan Ahli Parlimen mana yang kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak kerajaan.

Dr Rozaidah Talib (BN-Ampang) dilihat sebagai ahli parlimen BN yang paling kerap keluar negara untuk tugas rasmi sebanyak 11 kali selama tiga tahun dan jumlah elauan perjalanannya mencecah RM141,391.66 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Selain itu antara 10 tersenarai ahli parlimen BN kerapa ke luar negara ialah Dr Junaidy Abdul Wahab (BN-Batu Pahat) sebanyak lapan kali dan elaun perjalanannya ialah RM60,812.27, Dato' Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat) (8 kali - RM69,440.72), Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN-Arau) (6 kali - RM38,659.28) dan Dato'Dr Raman Ismail (BN-Gombak) (5 kali - RM116,834.26).

Manakala Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut), (4 kali - RM100,955), Dato' Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) (3 kali- RM9,597.50) and Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) (3 kali- RM33,686.80), Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) (2 kali - RM14,312) dan Razali Ibrahim (BN-Muar) (2 kaliRM17,395.75). - mr

Monday, September 03, 2007

Selangor tetap Tarawih 20 rakaat

Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Tengok tu, agama dihina 'teruk daripada Namawewe lagi. Orang Islam anggpa tazkirah agama dalam bulan puasa sebagai puncan perpecahan. Jika perkara yang ditazkirah itu benar , kenapa takut....
Perisitiwa yang paling memualkan adalah sepanjang-panjang bulean Ogos adalah 'pendewaan' melampau dan terlaluan dengan menonjolkan watak UMNO sebagai hero negara bangsa kita. Pendewaan melampau dan keterlaluan tanpa segan silu dengan tidak mendapat mana-mana bantahan individu dan parti politik, menyebabkan UMNO menggila sungguh merayakan kemerdekaan terasa bagai UMNO menjadi wira jagat.
Namun kegilaan UMNO berserta media-media utama merayakan 'kemerdekaaan' negara dengan 'jasa' besar perjuangan UMNO, disentakkan oleh hentaman parti-parti pembangkang, termasuklah yang terbaru 'terjahan' ketua pembangkang Lim Kit Siang daripada DAP di Dewan Rakyat pada hari ini.
Seperti biasa, mereka mahu mengelapkan fakta, tetapi fakta tersebut gagal digelapkan. Namun mereka sudah dan terus berusaha. Jika ditinjau dan dilihat secara rambang 'sememang' rakyat nampak sudah termakan termasuklah golongan atau kumpulan orang yang cerdik2pun...

Syabas! Kepada muslimat ini, kerana kedegilan pemerintah tempatnya melaksanakan apa yang wajar disediakan, maka tindakan beliau menunjukkan cara nya dalam menggambarkan kehendak golongan wanita, wajar lah pihak berwajib memenuhinya.
Sepatutnya kita di Malaysia, apa yang digelarkan sebagai negara Islam contoh kerana lengkap dengan Islam sehinggakan ada Hadhari, maka sudah lama dah.......pelopori pembaharuan dok

Saman ?

Padah disebalik kepalsuan, hak yang dimalukan dan menuntut supaya malunya di'tebus' kembali. Apa pun sebelum bertindak kedua - dua pihak patut berbincang. Saman adalah satu jalan peyelesaian. Jika itulah pilihan terakhir dan baik, silakan dalam kes ini. NUTP saman ibu bapa cemar imej guru

Buat pertama kalinya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bertindak menyaman ibu bapa seorang pelajar sekolah di Kedah kerana membuat aduan palsu kepada pihak media baru-baru ini.

Setiausaha agung NUTP Lok Yim Pheng berkata peguam kesatuan itu telah mengenal pasti kes itu kerana mempunyai bukti yang kukuh bagi membolehkan mereka menyaman ibu bapa pelajar tersebut.

Tindakan undang-undang itu turut diluluskan oleh jawatankuasa kerja NUTP secara sebulat suara pada mesyuaratnya Khamis lepas kerana tidak mahu maruah, imej dan profesion perguruan tercemar disebabkan "serangan" (laporan palsu) ibu bapa terbabit menggunakan saluran media, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi maklumat lanjut mengenai pelajar dan sekolah terbabit.
Lok berkata kesatuan itu juga sedang mengkaji beberapa kes lagi untuk diambil tindakan undang-undang.

"Kami akan mengkaji dan memperolehi maklumat terperinci mengenai prosedur yang perlu dipatuhi untuk menyaman ibu bapa atas sebab menjatuhkan maruah dan imej guru yang terlibat dengan memberi maklumat palsu dan tidak benar kepada pihak media," katanya. BERNAMA

Tuesday, August 28, 2007

Profesor: Tindakan Umno hadapi blog langkah bijak27

Bila ahli akademik membelakangi keakademikanya, ibaratlah macam kata Pengarah IKIM. ada lagi profesor pandir dalam masyarakat Melayu. Seolah-oleh profesor ini mahu masyarakatnya punah, beliau bukan mempertahankan sumber maklumat, seandainya jika orang itu benar, apa yang perlu ditakuti , macam KPN Musa Hassan yang nampak berani dan memang berani serta gentle dalam hadapi kes pertuduhan rasuah serta terjejasnya kredibeliti institusi kepolisian. Belaiu nampak bersedia dan memang dah bersedia.
Dalam kesediaannya itu , bangkit mantan KPN Tn Hanif Omar yang melaporkan 40 peratsu pegawai polis hidup mewah. Kan dah kantoi ? Inilah baru ada chek and balance.
Ini belum apa-apa blogger di katakan sumber 'sarang' pemfitnah ?

Langkah Umno menubuhkan pasukan khas untuk menjawab isu-isu politik yang ditimbulkan oleh penulis blog merupakan tindakan bijak, kata seorang profesor kajian media dan komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Profesor Dr Mohd Safar Hashim berkata Umno perlu menjelaskan isu-isu serius seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah kerana ia boleh menjejaskan imej mereka sebagai parti pemerintah apabila blog semakin mendapat perhatian ramai.

"Langkah menubuhkan pasukan untuk menjawab isu ini adalah lebih baik daripada menutup terus sumber-sumber maklumat (blog)," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik mengetuai kumpulan itu untuk berdepan dengan tulisan-tulisan blog yang dianggap "fitnah siber".

Beliau dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan telahpun melantik beberapa penulis bagi melaksanakan tugas berkenaan.

"Kita tahu ramai kalangan pegawai, kakitangan awam termasuk pelajar melayari internet dan membaca pelbagai cerita membabitkan pemimpin, terutama Umno."Jika kita tidak berbuat demikian, mereka membaca segala maklumat dalam internet akan mempercayai tohmahan itu," katanya seperti dilaporkan.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyifatkan usaha kumpulan Azalina itu sebagai satu bentuk "perang siber".

Katanya, Pemuda perlu berada di barisan depan "untuk menentang idea bukan hanya menerusi perang mulut, malah perang saraf dan perang idea yang disebarkan menerusi alam siber."

Prof Dr Safar menjelaskan, pasukan berkenaan perlu memberi reaksi kepada artikel dan komentar di blog untuk memastikan ketepatan laporan yang disiarkan melalui media berkaitan.
Ditanya kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyanjung penulis blog, Dr Safar berkata saranan bekas Perdana Menteri itu menunjukkan langkah Umno lebih wajar.

"Ini menunjukkan keadaan seolah-olah blog adalah medium yang berkredibiliti, tetapi sebenarnya blog mendapat kredibiliti berkenaan setelah laporan-laporan mereka disiarkan oleh akhbar dan media konvensional lain," katanya.

Jelasnya lagi blog juga mendapat perhatian masyarakat kerana dilihat berupaya menyiarkan laporan-laporan berkaitan isu-isu sensitif seperti rasuah sehingga kerajaan terpaksa bertindak.
Laporan paling serius setakat ini, antaranya, menyentuh isu skandal rasuah seorang timbalan menteri yang disiarkan di sebuah blog pada awal Mac lalu.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Johari Baharom didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM5.5 juta bagi membebaskan beberapa orang penjenayah yang ditahan bawah Ordinan Darurat.

Bagaimanapun Peguam Negara menutup fail siasatan selepas siasatan mendapati tiada kes terhadapnya.

Dr Safar menambah: "Tetapi siasatan hanya dijalankan selepas akhbar mengutip laporan-laporan daripada blog. Maksudnya, jika akhbar tidak melaporkannya, masyarakat umum tidak akan tahu, contohnya seperti isu (klip video) 'Negarakuku' baru-baru ini.

"Sebab itulah isu-isu ini berlarutan sehingga menimbulkan kegusaran yang keterlaluan di kalangan masyarakat dan Umno patut menjelaskan perkara ini melalui pasukan khas," jelasnya.
Katanya, hal ini menunjukkan blog masih tidak berupaya untuk membentuk pandangan umum secara tersendiri kerana masih perlu bergantung kepada media konvensional untuk dicapai lebih luas oleh masyarakat.

"Akhirnya laporan daripada blog tidak dapat dibuktikan kerana apabila disiasat, ternyata tuduhan-tuduhan itu tidak benar," katanya.

Katanya lagi, perkembangan itu boleh menjadi ukuran terhadap kepentingan media konvensional dan juga media Internet.

Jelasnya, pada masa ini, blog masih lagi dianggap sebagai media sekunder kerana ia masih belum mencapai tahap kematangan dan kredibiliti seperti media cetak.
"Blog harus mengambil masa yang lama untuk membina kredibiliti mereka kerana akhbar sudah wujud lama sebelum blog," katanya lagi.

Jelasnya lagi, trend persuratkhbaran di seluruh dunia kini menunjukkan syarikat-syarikat akhbar mula beralih kepada media dalam talian selepas mengalami kemerosotan jualan.

Tambahnya, keadaan ini akan menggalakkan kemunculan lebih banyak blog dan tambah menyukarkan masyarakat memilih blog yang benar-benar berwibawa.

"Tetapi akhbar dan media konvensional lain akan kekal sebagai sumber utama maklumat masyarakat.

"Tidak semua orang baca blog. Ada yang mengikuti blog setiap hari, tetapi tidak semua. Kebanyakan mereka masih bergantung kepada maklumat yang disalurkan media konvensional," katanya.

Monday, August 27, 2007

Kelantan lancar sistem data rekod perkahwinan e-Nikah


Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra hari ini berkenan melancarkan sistem e-Nikah iaitu sistem pengurusan rekod perkahwinan orang Islam secara elektronik.

Selain salah satu usaha memartabatkan pengurusan Islam di negeri itu, e-Nikah juga membolehkan tahap perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dipertingkatkan.

Ia juga dijangka dapat mengatasi kelemahan sistem fail secara konvensional yang diamalkan kini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada majlis tersebut berkata, e-Nikah dibangunkan menggunakan kaedah antaramuka web yang hanya memerlukan sambungan ke Internet bagi membolehkan seseorang menggunakan sistem itu.

Katanya, ia mengandungi sekurang-kurangnya tujuh modul yang utama iaitu modul pra per perkahwinan, modul benar nikah, modul pendaftaran perkahwinan, modul pendaftaran perceraian, modul pendaftaran rujuk, modul pengeluaran kad nikah dan modul carian dan pengesahan.

‘‘Modul yang masih dalam pembinaan adalah seperti modul Informasi Keluarga Islam (IKIS) yang akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

‘‘Modul ini boleh menyimpan maklumat satu-satu keluarga secara terperinci dan mungkin suatu masa nanti pengguna boleh mendapatkan salasilah sesuatu keluarga dengan mudah berdasarkan maklumat berkenaan,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, kesemua modul yang dibangunkan itu adalah mengikut prosedur yang diguna pakai berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

‘‘Antara kelainan sistem ini adalah penggunaan tulisan jawi yang digunapakai khususnya dalam pengeluaran surat kebenaran dan sijil-sijil,” tambahnya.

Katanya, dengan menggunakan kaedah penukaran automatik dan manual, ia sedikit sebanyak memudahkan dan mencepatkan proses memasukkan data.

Justeru, beliau berharap kejayaan itu adalah suatu permulaan kepada perubahan yang boleh dikongsi antara agensi berkaitan dan sentiasa menerima penambahbaikan demi kecemerlangan pengurusan Islam yang cekap dan berkualiti.

Dalam keghariahan menyambut merdeka PBT-PBT 'sibuk' dan 'giat' memperindahkan bandar masing-masing. Melihat kepada kesungguhan dan kerancakan kerja-kerja mereka seolah-olah bandar - bandar seluruh negara cukup bersedia untuk menyambut ulangtahun meredeka kali ke 50 ini. Kita ucap syabas dan tahniah kepada para kontraktor yang bertungkus lumus dan lumus tungkus, sehingga kekadang menjem dan menyesakkan aliran kenderaan di bandar-bandar berkenaan, senarionya penulis rasa turut berlaku di seluruh negara. Itupun bergantunglah kepada taraf PBT, jika taraf daerah sedikit kurang kerja giatnya, perbandaran ststus sikit sibuk, jika bertaraf bandaraya mesti 'lagi sibuk' lah.


Dalam keghariahan tersebut, tak kiralah hujan ribut nampak tempat penulis kren-kren bergerak sana sini gantung bunga-bunga dan api-api yang dibunga-bunggakan seluruh pokok, maka terang benderang lah daun kayu pokok dalam bandar dengan siraman cahaya, maka tidak ketinggalan semua batang-batang pokok yang berbatang selagi buluh disuluh cahaya oleh sport light di terang benderangkan.


Maka teringat penulis 3 bulan lepas , penulis pergi kepada pihak yang berkenaan , minta dan buat surat supaya lorong di hadapan rumah penulis yang tiangnya tidak berlampu dipasangkan lampu, agar cerah, kerana kawasan rumah lorong tempat tinggal penulis dekat dengan hutan sikit, jauh dari orang, gelap dan berselekoh. Maka jawablah pegawai yang ditugaskan untuk menjawab serta melayan penulis.bahawa alsan bukan senang line tak ada, tak cukup point, tak ada budget, dan macam-macam alasan. Sementelahan masa penulis memohon tu musim pencuri tengan bersemangat mencuri dan pecah rumah.


Sekoyong-koyong maka baliklah penulis ke rumah dengan kecewa , walaupun minta lampu depan rumah penulis itu penulis minta dicajkan bilnya ke atas bil rumah penulis. Itupun tidak dilayan, sampai begitu sekali. Tapi bila nak berpesta adalah pulokkk line dan apinya.


Maka teringatlah penulis merdeka kah kita ? Kebajikan sapa yang dijaga, kehendak penguasa boleh dipenuhi berbanding dengan kehendak rakyat ?

Sunday, August 26, 2007


'Cip MyKad cepat rosak, tak boleh guna untuk mengundi'
Kalau gitu, di sini ada dualah andaian. Pertama cip itu dibuat semata-mata nak buat cip tanpa memikirkan soal mutu, kualiti, ketahanan, dan lain-lain aspek. Pendek kata cip yang dibuat atau diambil macamlah kita mmbeli barang komputer dekat Lot Yat KL aje. Hantam sahaja asal ada dan dapat, kita si pengguna mana tahu tahan tak, sebab kita pengguna , mereka yang bekerja sebagai pelaksanalah yang wajar meneliti dan menentukan ketelitian. Buat cepat-cepat cip kerana nak beri koni projek menyediakan cip ajelah gitu.
Kedua, menggambarkan ketakutan dan takut berdepan dengan realiti sebenar, akan terdeedah semua kelemahan dan kepincangan, tidak dapat menjalankan tipuan dan penipuan secara terang-terangan, masih ada semangat sayangkan negara, tidak ramailah mat-mat bangla, indo , mnyamar akan jadi warganegara sementara untuk undi demo dok gitu.

Sistem pengenalan data pengundi melalui biometrik belum boleh digunakan pada pilihan raya sekarang kerana kos penggunaannya agak tinggi di samping beberapa masalah yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berkaitan pengundi.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata pihaknya terpaksa membelanjakan hampir RM40 juta sekiranya sistem itu akan digunakan pada pilihan raya akan datang."Sekarang kita tunggu kalau ada pihak yang boleh keluarkan mesin biometrik dengan kos yang rendah. Tapi untuk pilihan raya terdekat ini kita belum boleh pakai biometrik," katanya kepada pemebrita selepas majlis penyerahan cakera padat (CD) filem "50 Tahun Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia."Antara masalah lain yang dialami, kata beliau ialah terdapat lebih 360,000 orang masih belum menukar kad pengenalan lama kepada MyKad.Sistem Biometrik juga katanya masih dalam pembangunan dan tidak efektif."Ada MyKad yang orang tak simpan dengan baik, cip (dalam MyKad) cepat rosak. Jadi bila cip rosak, tak boleh baca di situ (tempat mengundi). Bila tak boleh baca, bergaduhlah di tempat mengundi.""Atas pertimbangan itu, kita kena berhati-hatilah kalau nak guna biometrik. Jadi kita balik kepada zaman purba (pakai dakwat kuku) buat masa ini," katanya berseloroh.Biometrik ialah pengenalan daftar pengundi melalui cip yang terdapat dalam MyKad penggundi.Pengundi cuma perlu meletakkan MyKad dalam sistem pengimbas biometrik sebelum masuk ke dewan pengundian dan sistem berkenaan dikatakan boleh membanteras penipuan seperti "pengundi hantu".Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Nor. BERNAMA