Sunday, August 26, 2007

Semangat Oh SEmangat

Orang Melayu biasa amat bersemangat baik dalam apa bidang sekalipun. Semangat yang pertama adalah rata-rata datang bermusim-musim, bila sibuk isu bas awam kemalangan maka masing-masing amat bersemangat membuat itu ini, mencadangkan itu dan ini,
Dulu sebelumnya itu adalah bersemangat dalam membicarakan isu guru-guru, guru-guru keterlaluan mendera pelajar bukan mendidik. Isu guru membelasah pelajar, memalukan pelajar dan bermacam-macam, habis begitu sahaja.
Bila mana perhimpunan agung Umno, rata-rata bercakap soal semangat Melayu la, semangat DEB mahu dikekalkanlah, semangat perpaduanlah, dan macam-macam semangat , akhir sekali yang berucap sebagai wakil - wakil itu, bersemangat mereka akan menjadi calon kot..
Kini selepas isu bas, apa pula ya ..? nanti kita akan bercakap lagi soal semangat !!!!
Hari-hari terakhir Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan tanda pelik dan gusar, bahawa wanita atau pompuan semakin ramai di IPTA dan IPTS atau mana-mana pusat pengajian tinggi, Maka kesannya banyak kean, antaranya ditakuti ramai wanita akan menjadi andartu, adapulak seorang NC sebuah IPTA wanita yang cadangkan pada masa depan lelaki menjadi suri rumah sepenuh masa dan perempuan yang berkualiti ini keluar mencari nafkah atau bekerja. Sokong pula di Sharizat.
Semua yang mahu dipolimikkan itu, perlu kembali kepada dasar. Kita buatlah macam manapun, samada besarkan kouta pelajar lelaki ke IPT, kecil ke, jika kita menolak ketentuan Tuhan, kita adalah manusia yang ada akal dan tidak mahu berfikir. Lumrah di atas adalah menendakan sudah sampai dunia ini ke akhir zaman, di mana tanda-tanda kecil sudah banyak dan tidak terhitung. Memanglah akhir zaman perempuan semakin ramai, tambahan pula lelaki yang ada khususnya yang Melayu Islam menjadi penagih dadah, tidak minat belajar kerana terlalu asyik dan khayal dengan impian serta angan-angan untuk menjadi senang sekelip mata tanpa perlu bersusah payah. Maka inilah balasannya, Allah akan musnahkan bangsa itu dan digantikan dengan satu bangsa lain yang lebih taat dan mahukan Islam daripada bangsa kita.


SEMALAM wanita Malaysia menyambut Hari Wanita Kebangsaan yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kejayaan wanita negara ini memang sangat dibanggakan walaupun masih banyak ruang boleh diperbaiki. Misalnya, dalam mengisi 30 peratus pembuat dasar di kalangan wanita mungkin masih belum berjaya, namun usaha ke arah itu mesti diteruskan.

Wanita memang pintar, jika tidak takkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed semakin bimbang dengan jumlah wanita di pusat pengajian tinggi (IPT) yang di sesetengah IPT mencapai angka 80 peratus berbanding lelaki. Sewajarnya masyarakat juga bimbangkan perkara ini kerana sesetengah masalah sosial yang melanda ketika ini berpunca daripada ketikdakseimbangan ini.Umpamanya masyarakat mulai bimbang semakin ramai wanita akan menjadi andartu kerana enggan mengahwini lelaki yang rendah kelulusan daripada mereka atau lelaki yang kurang ‘kualiti’. Mana perginya lelaki bijak, sehingga kuota untuk mereka ke IPT terpaksa dibesarkan. Walaupun menteri berkenaan masih belum menjelaskan kaedah yang akan digunakan, timbul juga sedikit kecewa bila membacanya kerana wanita terpaksa beralah untuk membenarkan lelaki ke IPT.Memang sejak kecil wanita sudah dilatih berkerja lebih kuat. Anak perempuan bukan saja ke sekolah, mereka juga terpaksa membantu ibu menjaga adik atau membuat kerja rumah sedangkan lelaki dibiarkan bermain atau lepak. Walaupun ada ibu bapa zaman ini sudah mengubah senario ini, masih ramai mengikut rentak lama.Selepas belajar dan kemudian bekerjaya serta berumah tangga, isteri terpaksa membuat dua kerja, di pejabat dan di rumah. Beban wanita selalunya dua kali ganda daripada lelaki dan kerana itu mereka lebih tahan lasak dan lebih berdaya saing dan tidak mudah menyerah kalah.

Saturday, August 25, 2007

Kecelaruan Pemikiran Genarasi Pasca Merdeka

Inilah generasi pasca merdeka. Bercelaru dan haru biru' Pelajar UIA kesal dengan sekolah agamanya.......I believe God can reveal himself in any way He desires. I believe He wants us to find Him through ways we are happy and comfortable with. I believe in the universal truth everything begins as good thing. I believe I can learn and see God in evey possible moment, the tricle of spring water, the smile of a Christian friend, the embrace of sun bear.
Saya yakin Allah akan menghadirkan diri Nya dalam apa sahaja bentuk yang Dia inginkan. Saya yakin Dia mahu kita mengenalinya melalui apa sahaja keadah yang selesa dan ceria. Saya yakin pada kebenaran sejagat yang setiap sesuatu bermula dengan kebaikan. Saya yakin saya dapat mengenali dan melihat kehadiran Allah dalam apa ketika sekalipun, dalam titisan air, senyuman rakan yang beragama Kristian, dalam dakapan mesra sun bear.
Kecelaruan pemikiran, pegangan agama yang longgar, melihat dan menggambarkan semua gama sama, menyalahkan agama yang dianuti sebagai punca segala-gala. Inilah pemikiran paling bahaya. Sampel perisitiwa ini adalah paparan gambaran umum yang dapat disimpulkan bahawa , masyarakat kita sudah parah dan hancur. Maka kini kita 'hanya menunggu satu bangsa lain' sebagaimana janji Allah, yang akan digantikan bilamana bangsa tersebut menolak agamanya.
Manifestasinya, kita kini jangan lah terlalu bangga dan agungkan bangsa kita. Berjuang kerana bangsa, kerana spt kata Tn Guru Nik Aziz , Adam adalah bapa kepada manusia, samada dia org putih ke, Cina ke , org Eropah ke, kulit hitam ke. kulit putih ke , mati kelak tuhan tak tanya mu bangsa ni , masuk surga, tuhan tanya akhirat kelak taqwanya ? Fikirkanlah ....
Bulan ini adalah bulan kemerdekaan. Seperti bulan-bulan Ogos yang lalu kerajaan Malaysia, akan dan terus berusaha menyambut 'kemerdekaan' dengan pengisian-pengisian pelbagai mengikut 'acuan' ala merdeka Malaysia.
Tahun ini, paling istimewanya adalah sambutan merdeka genap 50 tahun (1957-2007). Maka sambutan 'berjublee' emas. perak tembaga dan suasa, mahu dirayakan. Bagi rakyat pasca merdeka baik yang cerdik pandai sama-sama rayakan, macam biasa tidak pernah berbunyi atau memberi apa-apa pandangan. Ini kerana kebanyakan cerdik pandai adalah ampu sini dan ampu sana. Ye ke gitu.
Penulis amat tertarik dengan kata-kata M Sabu Naib Presiden PAS. Sambutan 50 tahun merdeka seolah-olah macam sambutan ulangtahun penubuhan UMNo jadinya. Nampaknya begitu an rasanya pun begitu. Maka rakyat yang terdiri daripada cerdika pandai termasuklah ahli-ahli akdemik sendiri tidak berani bersuara dan menegur pun.
Perayaan 50 tahun negara merdeka terlalu banyak sangat disogokkan dengan UMno sehingga meneggelamkan sumbangan pihak-pihak lain, atau individu-individu lain. Seolah-olahnya UMNo lah yang menjadikan Malaysia. Fakta-fakta , program2 pengisian lebih kepada budaya agung-agungkan UMno dan pemimpin-pemimpinnya. Makna rakyat eramai dipesongkan 'pemikiran' mereka. INi menggambarkan rakyat Malaysia rata-rata belum merdeka. Benarlah kata TG Nik Aziz Nik Mat, kita merdeka cuma beralih tampuk pemerintah daripada Mat Salleh kepada Mat Melayu. Roh, semangat, undang-undang serta serba serbi 'tetap sama'.
Lihat paparan dibawah petikan berita Bernama pada hari ini...

Tun Razak Batal Hasrat Bina Kolam Renang Demi Rakyat
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein pernah membatalkan hasrat membina kolam renang di kediaman rasmi beliau demi kepentingan rakyat.Hasrat membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri itu pada mulanya timbul kerana beliau merasa bersalah apabila kolam renang Lake Garden terpaksa ditutup kepada awam setiap kali jika beliau mahu berenang di situ."Tun Razak berkata lebih baik duit itu (perbelanjaan membina kolam renang) digunakan untuk membina tiga buah klinik desa," kata Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini pada Forum Merdeka: Sembang-sembang Kopi `O' Nasi Lemak anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena di sini.
Mohd Annuar berkata keputusan itu membuktikan integriti tinggi dalam diri Tun Razak dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan walaupun beliau boleh meneruskan hasratnya membina kolam itu tanpa pengetahuan rakyat.Pada ketika itu kos membina kolam renang berkenaan dianggarkan berharga RM60,000, katanya.Mohd Annuar berkata integriti adalah komponen penting dalam diri seseorang pemimpin dan ia harus dipupuk di rumah dan di sekolah.Selain menyentuh tentang integriti, Mohd Annuar juga meminta rakyat negara ini supaya menghargai jasa pemimpin negara sekalipun mereka telah meninggal dunia.
Nah , kalau amalan ini diteruskan oleh pimpinan negara masa ini kan molek deh...!!!!!!!!!

Friday, August 24, 2007

Tindakan tegas:Makkal Osai hina Nabi Isa, Namewee hina lagu negaraku.

Belum pun reda lagu 'Negaraku' dan 'umat Islam dihina' . Kini terbaru adalah penerusan usaha perlekehkan oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil iaitu Tamil Makkal Osai. Sikap membantai , perlekeh, dan bangkit kemarahan adalah sengaja mengundang padah, kerana sikap. Pertama adalah sikap tidak apa bapa (di sini adalah orang yang memegang teraju negara), dengan ini peluang terbuka luas ini , dimanfaat oleh puak-puak oportunis. Ibarat dalam acara tinju, pada bila-bila masa peninju lawan akan melepas jabnya di mana ia ada peluang dan kesemapatan. Begitu juga hal dalam politik , negara dan dunia politik.

Tindakan tegas mesti diambil kepada akhbar Tamil Makkal Osai kerana menghina Nabi Isa sebagai pengajaran dan ingatan keras kepada semua media supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan bahan termasuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Akhbar terbabit menyiarkan kartun Nabi Isa memegang botol arak dan rokok yang dilaporkan dimuat turun dari internet.

Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata sikap berlembut dan lemah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk pimpinan Umno yang lain yang menjadi punca pihak tidak bertanggunjawab semakin berani melakukan tindakan-tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti agama kaum lain.

"Kita mengutuk dan mendesak supaya Makkal Osai dikenakan tindakan tegas sama seperti yang dikenakan ke atas akhbar-akbar lain yang menyiarkan kartun Nabi Muhammad tempoh hari.Tindakan biadap ini tidak cukup sekadar meminta maaf," katanya ketika dihubungi.

"Umat Islam yang beriman turut percaya dan mengimani Nabi Isa sama seperti nabi-nabi lain.
"Jika ini tidak dibendung, masa akan datang ada orang yang berani menghina Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh kemudian kembali menghina Nabi Muhammad s.a.w," katanya.

Beliau juga menambah bahawa jika selama ini kerajaan mahu mengenakan tindakan berat dan tegas terhadap individu yang menghina lagu Negaraku seperti Wee Meng Chee atau dikenali 'Namewee', perkara dan hukuman yang sama juga boleh dikenakan kepada Makkal Osai yang jauh lebih buruk mencetus perasaan tidak senang penganut agama lain khususnya penganut Kristian.

"Menghina lagu negaraku tetap salah apatah lagi menghina nabi," katanya yang turut kecewa dengan sikap sambil lewa Abdullah dalam menangani isu ini. Menurut laporan akhbar hari ini,Perdana Menteri mengingatkan pihak berkenaan supaya peka dengan sensitiviti semua kaum.

“Jangan buat sesuatu yang sensitif dan tidak dapat diterima orang. Penyiaran kartun Nabi Isa itu bukan saja tak dapat diterima umat Islam, tetapi saya percaya orang Kristian juga tak dapat terima. Saya ingatkan mereka supaya menghentikan perbuatan ini,"ujar Abdullah yang dipetik berkata demikian tanpa memberi arahan tegas dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada akhbar tamil terbabit selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Bishop Julious Paul yang dipetik dalam Malaysia Today berkata :" Bila dua akhbar menyiarkan karikatur Nabi Muhammad awal tahun lalu, kerajaan mengambil tindakan segera dengan mengharamkan akhbar terbabit. Itu tindakan yang betul." "Dan sekarang kita ada isu ini dan mereka (Makkal Osai) juga mesti dikenakan tindakan sama sebagai pengajaran kepada yang lain," katanya.

Dalam laman terbabit juga menyiarkan pandangan Archbishop Kuala Lumpur, Dato' Murphy Pakiam, yang turut menyatakan bahawa penyiaran kartun tersebut merupakan sesuatu yang cukup menyinggung sentimen perasaan penganut Katholik

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah di Putrajaya di pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 3.30 petang ini berhubung isu penghinaan Nabi Isa oleh akhbar terbabit.-Az

Tuesday, August 21, 2007

BPR siasat Air Kelantan.. Lah gilah !!!!

Berita gempar ! Alahai BPR siasat kita mahu lihat hasilnya supaya BPR dapat 'mencekup' siapakah 'dalang' yang pelakun utama kerajaan negeri Kelantan yang menyeleweng batang paip. Tentulah ' balak' nya besar jumlah dia dapat.
Teringat penulis, almarhum Ust fadzil Noor, dalam menghadapi situasi isu Maunah dulu. Akhbar-akhbar arus perdana marah kepada beliau kerana beliau mengatakan semua yang berlaku ini adalah 'sandiwara' belaka. Kalau allahyarham P Ramleee pula terkenal dengan cubaaaan...
Kita rasa kesian betul dengan pegawai-pegawai BPR terpaksa berbulan-bulan dah 'berkempung' di Kelantan . Dan kini tidak teragak-agak akan mengorek semula batang paip yang dikatakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dah siap pasang dan tanam. Harap-harap janganlah pihak pendakwa buang kes.
Jika lah roh bertindak dan bekerja seperti yang ditunjukkan di Kelantan ini di bawa ke negeri-negeri lain, betapa kita terasa hidup seluruh rakyat terbelalah. Mari lah kita imbau kes Eric Chia dengan Perwaja Steel dah dibuang gitu, campak ke Laut Cina Selatan lagakknya. Jumlahnya sahaja boleh merudumkan negara. Kes KPN didakwa rasuah kata Peguam Negara tiada tranksaski dalam akuan bank KPN seperti yang didakwa. Maka jahatlah orang yang menuduh , maka buang kes lah kes itu.
Kerajaan Abu Nawas lah kita sekarang ni... Lakonan hebat, menang banyak anugerah terbaik kita. Juara perabih pitih rakyat, jawab lah A...... B..... C...... Jawapannya ialah ............................ . Betul sangat tu. Dapat markah penuh.

Bahan diguna baik pulih infrastruktur paip didakwa tak ikut spesifikasiKUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan yang berharga RM600 juta.Siasatan itu dibuat selepas BPR menerima maklumat ada bahan yang digunakan bagi kerja membaik pulih infrastruktur paip lama dan menaik taraf loji bekalan air di negeri itu, tidak mengikut spesifikasi.

BPR menghantar sepasukan pegawainya ke Kelantan untuk membuat risikan mengenai perkara itu beberapa bulan lalu dan mendapati ada asas untuk siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca penyelewengan serta pihak yang bertanggung jawab.Sumber badan itu memberitahu Berita Harian, pegawai BPR sudah mula memeriksa dan mengambil dokumen berkaitan projek berkenaan di pejabat AKSB, di Kota Bharu serta syarikat yang diberi kontrak melaksanakannya, Rabu lalu.
“Semakan juga dibuat di Pejabat Kewangan negeri yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran untuk projek itu. Sebahagian besar projek terbabit siap tahun lalu dengan pembayarannya sudah dibuat kepada pihak terbabit.“Selepas mengumpul maklumat lengkap daripada dokumen yang dikumpulkan, kita akan pergi ke tapak projek untuk pemeriksaan lanjut dan BPR tidak akan teragak-agak untuk mengorek semula paip sebagai bukti berlaku penyelewengan,” katanya. Awal Jun lalu, Berita Harian mendedahkan mengenai rungutan penduduk di Machang yang mengadu Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong bernilai RM65 juta, yang dibina di daerah itu gagal menyelesaikan masalah bekalan air mereka.Antara lain penduduk mendakwa, LRA Merbau Chondong yang sepatutnya mampu membekalkan sehingga 45 juta liter air sehari, tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dua tangki simpanannya gagal menyalurkan air ke rumah, sekolah serta pejabat di kawasan itu.Pembangunan Loji LRA ialah satu daripada tujuh komponen utama projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan, yang membabitkan kos keseluruhan RM600 juta dan dimulakan pada 2001.
Keseluruhan projek itu, yang membabitkan kerja menukar paip dan menaikkan taraf infrastruktur loji air di tujuh daerah, dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan, serta dikawal selia AKSB.Antara kawasan yang terbabit ialah Machang, Gua Musang, Kota Bharu, Jeli dan Pasir Putih.
Sementara itu, Pengarah Urusan AKSB, Fauzi Abdullahketika dihubungi di Kota Bharu, mengesahkan sekumpulan pegawai BPR mengambil beberapa dokumen berkaitan operasi mereka di pejabat syarikat pada Rabu lalu.“Mereka turut mengambil beberapa dokumen, tetapi saya tak tahu mengapa. Saya agak ia mungkin berpunca daripada bising-bising dalam akhbar baru-baru ini, dan kita akan bagi kerjasama penuh kepada BPR.“Saya tak tahu perjalanan kes ini, saya sekadar menjalankan kerja saja. Setakat ini, saya juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkembangan terkini susulan tindakan mereka itu,” katanya.
Difahamkan, lima pegawai BPR itu berada selama kira-kira empat jam di Ibu Pejabat AKSB di Jalan Kuala Krai, mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Selain mengambil dokumen, mereka turut menemui pengurus kanan dan pegawai di Bahagian Pembangunan.Pegawai BPR terbabit dikatakan turut mengambil beberapa fail berhubung projek yang dilaksanakan AKSB sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) serta satu unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dari pejabat itu.

Monday, August 20, 2007

Antara komisen dan politik wang , tidak ambil rasuah ?

Lontaran DSAI masih berbisa, kali ini analoginya mudah tapi cukup terkesan kepada rakyat terbanyak yang mahu berfikir. Melalui ucapannya baru-baru ini di Pahang dalam 'lawatan' gempurnya . Beliau menyatakan bahawa UMNo menyemai dan menanam minda Melayu dengan istilah-istilah , di mana istilah-istilah ini menjadi terbiasa dan tidak ada apa-apa.
Tetapi bila dibuka 'minda' masyarakat nah maka besarlah jadinya. Dalam UMNo tiada rasuah tetapi hanya disebut sebagai 'politik wang' .Pada hal 'rasuah lah tu , jika ikut sifir 2x 5 dan 5 x 2 kan sama sahaja. Letakkan perkataan babi kepada khinzir kan sama , tetap haram dagingnya, walaupun ditukar kepada khinzir. Bagi UMno dalam partinya tidak amalkan budaya rasuah, tetapi politik wang sahaja. Kan molek jadinya tu, inilah perkataan yang dicanai bertahun-tahun , sehingga kan rakat tidak celik dan membuka mata dengan politik wang.
Kedua , tambah beliau, jika dalam Umno tidak berlaku gejala mengambil rasuah, cuma yang ada seseorang itu hanya dapat komisen. Maka banyaklah menteri-menteri dapat komisen hatta beli kapal selam dan sukhoi oleh kemnterian orang tengah atau menteri berkenaan dapat komisen sahaj, buka terima rasuah.

Sunday, August 19, 2007

Malaysia Bukan Negara Sekular Atau Teokrasi, Kata PM

Maka terserlahlah jiwa hati nurani Pak Lah yang diwarni sebagai cucu ulama besar, satu ketika dulu. Cakap-cakapnya mengenai negara dan negara pimpinannya menunjukkan dia memang tak tahu. Sebagai seorang pemimpin dia tidaklah boleh berpura-pura tidak tahu dan tidak ada apa-apa terhadap negara yang dipimpinnya. Satu detika, satu ucap , satu suruhan, hatta satu tindakan beliau menjadi rujukan dan sejarah berharga negara. Inilah yang akan dipegang sebagai landasan rakyat.
Maka sedar atau tidak sedar Pak Lah terhadap apa yang dipimpin, cukup memberi kesan dan bekas. Maka ungkapan atau catatn memori kata-kata beliau seperti dilaporkan iaitu , beliau menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular mahupun teokrasi sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Beliau berkata kerajaan di negara ini mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang melambangkan komposisi penduduknya yang berbilang kaum dan agama."Kita bukan negara sekular. Kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran dan Pakistan yang Pas mahukan tetapi kita sebuah kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama rakyat di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.
Beliau berkata kerajaan yang ada di negara ini sekarang merupakan sebuah kerajaan yang bertanggung jawab sama ada kepada rakyat mahupun negara dan ia diperintah bersama oleh pemimpin daripada semua kaum dan agama di bawah payung Barisan Nasional."Kita terdiri daripada agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan semua sama-sama bermuafakat, berbincang untuk menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara," katanya.
Perdana Menteri berkata formula yang diguna pakai itu telah terbukti mampu memacu kemajuan negara dalam tempoh 50 tahun lalu."Itulah negara kita yang maju dalam bentuk formula kita sendiri yang telahpun diuji dan teruji 50 tahun lamanya dan telahpun berjaya hari ini," katanya.Abdullah berkata beliau tidak nampak mengapa kerajaan seperti ini tidak dapat terus maju pada masa akan datang iaitu sehingga Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-100 tahun kelak.
Yang beliau kagum dan 'menjadi wirid' beliau adalah kemajuan ' fizikal ' walaupun kemajuan spiritual sudah menuju 'kehancuran' .

Pekerja Asing Cecah 5 Juta Orang Menjelang 2010

Pekerja asing di negara ini dijangka mencecah sehingga lima juta orang menjelang 2010 dan keadaan itu boleh menimbulkan persaingan kepada rakyat tempatan selain mengurangkan kadar pekerjaan dalam negara.Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff berkata pada ketika ini terdapat dua juta pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini dan bilangan itu tidak termasuk lebih 700,000 pendatang tanpa izin yang bekerja di negara ini.
" Kita memerlukan polisi yang membina untuk mengkaji perkara ini," kata Mohamed ketika menyampaikan ceramah mengenai kedudukan ekonomi negara kepada lebih 400 peserta Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia anjuran Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Ireland (UKEC) di sebuah hotel di sini.
Mohamed berkata dasar itu perlu menyeluruh dan menggariskan secara jelas sektor-sektor ekonomi yang memerlukan khidmat tenaga asing seperti pembinaan, perladangan dan perkhidmatan (pembantu rumah).Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohamed berkata dasar khusus itu perlu bagi mengelakkan persaingan secara langsung wujud antara pekerja asing dan tempatan."Contohnya sektor pembuatan.
Majikan akan mengambil pekerja asing yang jauh lebih murah kadar gaji daripada pekerja tempatan. Malah mereka (pekerja asing) akan diguna sepenuhnya," katanya.Kebergantungan negara terhadap pekerja asing adalah antara isu utama yang dibentangkan oleh Mohamed selain pertumbuhan ekonomi yang perlahan, peningkatan pengangguran, pelaburan domestik kurang sejak krisis ekonomi 1997, peningkatan perbezaan pendapatan intra-kaum, perhijrahan cerdik pandai dan keadaan ekonomi negara yang mudah terdedah kepada krisis akibat ketidakseimbangan global.
Mengenai perbezaan ketara antara jumlah pelaburan asing dan pelaburan domestik di negara ini, Mohamed berkata pelaburan domestik kurang kerana terdapat halangan-halangan tertentu selain kekurangan galakan khusus.Beliau berkata terdapat pelabur tempatan yang melihat Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai halangan, yang kemudiannya keluar negara dan kembali melabur di negara ini sebagai pelabur asing.
Bagaimanapun, beliau percaya usaha kerajaan mewujudkan Koridor Utara dan Wilayah Pembangunan Iskandar akan meningkatkan jumlah pelaburan tempatan dan asing serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.Persidangan tahunan tiga hari bermula semalam itu membincangkan topik ekonomi, pendidikan, pembangunan sosial dan Wawasan 2020 sempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Ia disertai pemimpin pelajar Malaysia luar negara.
Dah tahu buat-buat tak tahu. Alasan kemalangan kini dikatakan berpunca antaranya adalah kerana banyak bas guna badan kimpal.

Hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bas awam, termasuk bas ekspres di negara ini didapati tidak selamat kerana menggunakan badan bas dikimpal yang menyebabkan strukturnya tidak kukuh, berbanding model import sepenuhnya (CBU) atau pemasangan tempatan (CKD).
Jurucakap bahagian Teknik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakan bumbung bas terbabit tidak disambung terus ke platform yang boleh membahayakan nyawa penumpang sekiranya berlaku kemalangan dahsyat.“Kebanyakan bas memang menggunakan casis dan enjin dari luar (negara), namun masalah utama ialah badan dan bumbung bas dibina tidak mengikut piawaian keselamatan atas alasan untuk menjimatkan kos,” katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam,
Malah, mengikut laporan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), daripada 50 buah bas awam dan ekspres yang diperiksa, 25 didapati menggunakan badan bas dikimpal.Pada 13 Ogos lalu, 21 maut apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh raya Utara Selatan (Plus), dekat Taiping.
Jurucakap itu berkata, bas yang dibina menggunakan teknik kimpalan mendapat sambutan pengusaha bas kerana harganya lebih murah.Beliau berkata, bas jenis itu biasanya dijual di bawah RM150,000 sebuah, berbanding model CBU atau CKD, harganya mencecah antara RM500,000 hingga RM1 juta sebuah bergantung kepada kapasiti muatan dan saiz bas.“Sebab itu syarikat bas pilih bas berkenaan selain kos penyelenggaraannya murah” katanya.

kEBIMBANGAN TERHADAP WPI ADA ASASNYA !!!


BUKU MERAH HITAM 20 TUNTUTAN TERHADAP WPI DIISYTIHAR DOKUMEN UMUM Oleh Media ProWaris

Tanggal 15 Ogos 2007 adalah merupakan tarikh keramat perjuangan Melayu dan Islam Malaysia. Tarikh itu menandakan tarikh pengumuman rasmi telah dibuat oleh Feriz Omar, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengishtiharkan ‘Dokumen Merah Hitam’ yang menyenaraikan 20 tuntutan Prowaris-MAPAN terhadap WPI dijadikan “Dokumen Umum”.
Pengisytiharan yang disambut dengan tepukan gemuruh tidak kurang daripada 300 pemimpin-pemimpin NGO, penulis-penulis media perdana dan alternatif di Majlis Dialog Bersama Tun Mahathir yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ad-Hoc Prihatin (PRIMA). Dalam majlis yang sama, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengiktiraf kesahihan kandungan Buku Merah-Hitam Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-Mapan sekaligus dengan lantangnya menyeru agar semua pejuang Melayu melalui NGO, penulis-penulis media perdana dan media alternatif untuk bangkit dan menggembling tenaga memberi sokongan padu terhadap perjuangan kebenaran yang danjurkan oleh ProWaris.
Tun Mahathir juga melahirkan kebimbangan bahawa satu hari nanti dalam 30 tahun yang akan datang tanpa perancangan dan pengendalian teliti, WPI akan menjadi satu lagi wilayah baru Singapura di Malaysia. Dalam program ucapan Tun Mahathir itu juga, Presiden ProWaris mengambil kesempatan untuk bangkit dan menyampaikan pandangan dan hasrat perjuangan ProWaris kepada Tun Mahathir dan para hadirin.
Feriz Omar telah meluahkan perasaan kesalnya yang teramat sangat terhadap YAB Perdana Menteri kerana hasrat beliau untuk bertemu Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sendiri untuk membincangkan isu yang amat kritikal ini dalam keadaan tertutup demi menjaga kehormatan pemimpin Melayu tertinggi itu, telah diperlekehkan dan tidak diendahkan langsung oleh YAB Perdana Menteri. Media ProWaris hari ini difahamkan bahawa YAB Perdana Menteri masih diam membatu sekalipun ProWaris telah menyampaikan dua (2) salinan Dokumen Merah-Hitam dan lima (5) makluman kepada Perdana Menteri. Sesungguhnya, ini dengan jelas menunjukkan sikap kerajaan secara terang-terangan membenarkan negara jiran, Singapura campur tangan dalam pembangunan WPI.
Setelah 10 hari pertama diberi dan ditambahkan 10 hari lagi dan kemudian 10 hari lagi maka ProWaris mengisytiharkan dokumen yang dibuat atas kajian intelek hasil kerja kumpulan yang digelar HarakahDaily sebagai “Golongan Professional Melayu Elit” ini dijadikan Dokumen Umum untuk dijuangkan bersama oleh semua pihak yang terlibat.
Tun Mahathir dalam ucapannya meletakkan kebimbangan dengan dasar yang dibuat kerajaan Abdullah dalam membuka ruang kepada negara asing melabur dan mendapatkan aset dalam pembangunan WPI.
Secara sinis beliau menegur bahawa kepimpinan negara kini terlalu bijak memandangkan untuk membuat pembangunan di WPI perlu mendapatkan 'izin' dari Singapura dengan melantik menteri dari negara jiran sebagai penasihat bersama. Kalau beginilah caranya, Tun Mahathir menasihatkan kepimpinan Abdullah “Jangan hanya WPI sahaja perlu dibuat dengan 'izin' dari Singapura, sebaliknya Koridor Utara (NCER) juga bolehlah dibuat dengan meminta izin dari Menteri Thailand”.
Salah satu usul Perhimpunan Agung Pemuda MCA adalah minta KDN bertindak agresif dan peka dengan keselamatan rakyat. Maknanya MCA sentiasa memantau dan menjadi perbincangan mereka melihat kes-kes jenayah tidak terkawal yang fokusnya kepada mereka serta rakyat terbanyak. Hal ini amatlah serius, trend terkini jika di bandar-bandar besar masing-masing sudah ada pakatan dalam kawasan KRT menyediakan khidmat pengawal keselamatan swasta.
Kini para penghuni sesetengah taman perumahan sudahpun berbulan-bulan menjalankan kawalan malam, tujuan bagi menangani kes-kes rompakan atau samun serta pecah rumah yang semakin menjadi-jadi serta tak tertahan-tahan dengan kumpulan ini menjalankan modus operandi yang hampir sama. Di beritakan kumpulan ini sengaja menggunakan 'loghat' Indonesia. Maka secara mudah maka mat-mat seberang nilah yang mudah dimangsakan.
Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan

Penglibatan warga asing dalam jenayah kekerasan kebelakangan ini amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 46 kes jenayah melibatkan warga asing dilaporkan membabitkan kegiatan bunuh, samun berkawan bersenjata api, samun bersenjata api dan rogol.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 18 kes dilaporkan melibatkan samun berkawan bersenjata api, bunuh (17), samun bersenjata api (lapan) dan rogol (tiga).

‘‘Penglibatan pendatang asing dalam jenayah indeks dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah 1,823 kes berbanding tahun lalu (3,857) dan 2005 (3,118),” katanya ketika menjawab soalan Senator Siw Chun Eam pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurut Ah Kiow, bilangan warga asing yang mati kerana kes jenayah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah seramai 297 orang dan daripada jumlah itu lelaki sebanyak 249 orang manakala 48 lagi wanita.

Pijak al-Quran

Perangai buruk pelajar berbangsa asing sudah tertanam sejak mereka bersekolah. Didikan juga tidak wajar dibuat kepada pelajr sekolah sahaja. tetapi termasuklah ibu dan bapa mereka juga, serta masyarakat atau komuniti. Rasa tidak puashati ini sudah lama, kemuncak dan manifestasi rasa adalah apa yang dilakukan secara tampak oleh Wee dan pelajar yang memijak Al Quran seperti yang dilaporkan pada hari ini.
Nampaknya, Harian Metro selepas ini, akan dipanggil oleh penguasa untuk tidak melaporkan kepada orang ramai. Percayalah..... itulah cara dan tabiat di negara kita. Media menjadi madai

Belumpun reda isu menghina lagu Negaraku dan lagu bermesej negatif yang dinyanyikan oleh Wee Meng Chee atau Namewee, satu lagi perbuatan menghina agama Islam dan orang Melayu dilakukan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong, dekat sini, apabila dia memijak al-Quran yang diletakkan dalam bilik agama.Dalam kejadian Isnin lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya ada di luar bilik agama sebelum mereka menolak almari mengandungi buku agama dan al-Quran sehingga jatuh bertaburan di lantai.Menurut saksi yang juga pelajar sekolah berkenaan, ketika kejadian dia menaiki tangga menuju ke kelasnya di tingkat tiga.“Ketika sampai di tingkat dua, saya nampak tiga pelajar di luar bilik agama menolak almari sehingga buku dan beberapa al-Quran jatuh bertaburan.

“Kemudian, seorang daripada pelajar terbabit menyepak dan memijak buku serta al-Quran,” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, Kepong, dekat sini, semalam.

Menurut pelajar tingkatan satu itu, dia berang dengan perbuatan mereka memijak al-Quran lalu menegur pelajar terbabit supaya menghentikan kelakuan buruk itu.“Selepas ditegur mereka melarikan diri, namun saya mengecam wajah pelajar yang memijak dan menyepak al-Quran.“Saya kemudian memberitahu guru disiplin supaya mereka dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.
Namun, difahamkan pihak sekolah memandang remeh insiden itu sehingga mencetuskan kemarahan pelajar Islam.Berikutan itu, masyarakat Islam kawasan itu menghantar satu memorandum kepada pengetua sekolah supaya pelajar yang melakukan kesalahan terbabit dikenakan hukuman sewajarnya.Wakilnya, Mohd Khan Solleh, berkata kejadian seumpama ini yang dilakukan pelajar sekolah itu benar-benar menghina agama Islam.“Kita berharap pihak sekolah mengambil tindakan sewajar terhadap pelajar terbabit supaya ia dijadikan pengajaran kepada pelajar lain.“Jika dibiarkan, tidak mustahil perkara ini akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohamad Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.