Sistem PERTAHANAN ph lemah....Iron Dome yg RR (Rafizi Ramli) ..tidak cukup kuat. Rakan seperpaduan juga NAMPAK GAGAL membantu
Rudal PN ..nampak berkesan dan terkesan..sementelahan medium Tik Tok menjadi GARAPAN dan platform yang berkesan, walaupun walaun nmpk MACAM LAWAK ..rakyat termakan ..GENERASI XYZ ...pula ADA AKU KISAH
Tiada media yang backup PMX ...maka PMX x sempat nak cover..SERANGAN FITNAH BERITA PALSU KEMPEN MEMPERLEKEHKAN KERAJAAN PERPADUAN ..pusingan ini nampak BERJAYA
APABILA TAULIAH DIARUS PERDANAKAN.....Isu ini semakin PANAS buat sementara waktu. AGAMAWAN marah kerana agama diperpayahkan dan dipersusahkan ? Adakah benar
benar juga pandangan PENULIS INI
Punca takut mohon tauliah untuk kuliah agama akhirnya terbongkar
Walaupun sudah banyak negeri yang melarang penceramah tanpa tauliah untuk berceramah di masjid dan surau, masih ada yang berdegil untuk dapatkan tauliah.
Menerusi Facebook, Dr Mohamed Hadi Abd Hamid menjelaskan bagaimana masih ramai yang tidak mendapatkan tauliah walhal ia bukanlah susah.
Secara umumnya, beliau menjelaskan bahawa mereka yang enggan memohon tauliah ni terdiri daripada tiga golongan seperti berikut.
Terlibat dengan politik kepartian
Pertama adalah mereka yang terlibat dengan politik kepartian. Golongan ini tidak pisahkan keinginan untuk menyampul sambil berpolitik atau berpolitik sambil menyampul, maka dia memilih untuk ingkar dengan peraturan tauliah.
“Mereka inilah yang biasanya berceramah ‘Ini bukan politik tuan-tuan, cuma nak peringat…’, maknanya memang nak berpolitiklah tu,” ujarnya.
Latar belakang pengajian agama yang meragukan
Golongan kedua adalah mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama yang meragukan.
“Boleh jadi mengaji agama pun celup-celup juga ikut kaset (kalau zaman dulu) atau Youtube jadi kalau ditemuduga ada kemungkinan golongan ini akan kantoi.
“Aku tahu ada penceramah yang baca kitab (kononnya), tapi asas Syariah pun tak tahu. Usul fiqh tak tahu, qiyas khafi tu apa, istishab tu apa.
“Ada yang berpuluh tahun baca kitab sirah sahaja, bukan ustaz pun. Bahasa Arab pun lintang-pukang. Ada pula jenis ustaz yang nak komen benda yang bukan bidang dia, nak ulas juga pasal kewangan Islam contohnya, walaupun dia bukan pakar. Mereka ini kalau ditemuduga, sahih kena sembelih juga,” tambahnya lagi.
Ada masalah sikap
Golongan ketiga adalah mereka yang berkelayakan tapi ada masalah sikap seperti suka terpekik terlolong dalam masjid, malah ada yang maki hamun atau menyanyi.
Sikap mereka inilah yang menjadi asbab mereka tidak sesuai diberi tauliah.
“Ada yang jenis cepat melenting, dia saja yang betul dan tak boleh ditegur. Ini pun biasanya terjun gaung juga.
“Mereka yang sudah ada track record yang gelap sebegini, tak perlulah nak cuba mohon tauliah. Ada juga segelintir yang terlibat dengan kontroversi tertentu melibatkan masalah peribadi, namun biasanya namanya ‘digantung’ seketika,” tambahnya.
Sebagai pemegang tauliah mengajar di negeri Selangor yang diberikan oleh JAIS, beliau hairan kenapa masih ada penceramah yang masih degil untuk memohon tauliah.
“Pada pengamatan peribadi aku, untuk mendapat tauliah, kita hanya perlu menjadi ‘normal’. Bukan jenis suka cari balah, kutuk sana, maki sini.
“Kita boleh berbeza pandangan, tapi bagi aku, peraturan tauliah ini satu keperluan juga, untuk rekod dan pemantauan.
“Dalam kewangan Islam pun ada ‘tauliah’ menurut SGPD, nak jadi peguam syarie pun kena ada ‘tauliah’. Jadi peraturan tauliah bukanlah sesuatu yang pelik,” katanya.
Namun Mohamed Hadi juga memaklumkan ada perbezaan yang memohon tauliah tapi tak diterima atas faktor lain.
Selalunya mereka ini dikatakan terlibat dalam politik dan ceramahnya mempertikaikan isu furu’ dalam agama (atau sekurang-kurangnya dilabel sedemikian walaupun hakikatnya pemohon tidaklah begitu) atau membangkitkan keresahan kepada umat Islam.