Friday, June 12, 2015

PAS buka MATA atau tutup mata ?

Ramai penganalisa mengulas dengan perjalanan Mukamar PAS ke 61. Sesi ini adalah sesi pemilihan kepimpian bagi menghadapi PRU14. Menariknya PAS bergabung dengan kumpulan parti pembangkang dan menamakan diri mereka PAKATAN RAKYAT.

Melihat daripada diksi pemilihan perkataan PAKATAN RAKYAT, Dari segi bahasa dan istilahnya senonim senada dan sam aliaran dengan seluruh rakyat marhein. Ramai rakyat yang tertarik dan berjaya ditarik dengan nama ini. 

Hasil keputusan memberangsangkan negeri Kelantan Terengganu P Pinang Perak Selangor jatuh ke tangan mereka. Meraih dan menyapu kerusi yang mengerunkan UMNOBN yang banyak di N9 dan Johor. Kejayaan ini atas nama gabungan PAKATAN RAKYAT. 

Sementelahan pula, gabungan ini memberikan impian besar kepada warna warni politik baru Malaysia. Yang mana ramai mengjangkakan politik Malaysia bakal menuju kepada sistem dua parti. Justeru wawasan najib nama macam tercapai impiannya sekaligus. najib dan kerajaan inginkan rakyat Malaysia berminda kelas pertama, negara berprestasi tinggi dan tranformasi sini dan sana dalam semua segmen hidup dan kehidupan rakyat melangkaui sempadan geo dan politik negara.

Nampak masa depan politik Malaysia menuju ke arah dan tahap yang lebih tinggi. Namun begitu dalam kerancakan berkenaan PAS dalam gabungan PAKATAN RAKYAT sejak kebelakangan ini bagai budak kecik yang merengek dan ingin kembalikan asas perjuangan yang diasaskan dulu-dulu ke arah membentuk negara islam tulen.

Berselari dengan laungan keramat PAS perlu kebeardaan mereka bawah era KEPIMPINAN ULAMA. Di mana istilah ulama itu mereka bina dan buat sendiri dan diinstitusikan dalam Perlembagaan parti PAS sekitar 1980an. meniru model dan meminjam apa yang berjaya dibuat oleh Revolusi Iran pada ketika itu.

Maka kekallah PAS .

KENAPA PAK SAMAD SAID SERTAI DAP BUKAN PAS ?

Pak Samad sahkan sertai DAP esok

Datuk A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.Datuk A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok."Itu betul," kata A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.
"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke ketika dihubungi berkata, Pak Samad akan menyertai beberapa pemimpin DAP tertinggi dalam program anjuran Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.
Antaranya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Esok kota ada program di sana dan dijangka tamat sebelum pukul 12 tengahari. Jadi terpulang kepada Pak Samad untuk mengumumkannya di situ," katanya.
Ditanya sama ada wujud usaha DAP memujuk Pak Samad menyertai parti sekular itu atau masuk atas kerelaan sendiri, ahli Parlimen Seremban itu berkata perkara itu akan dijawab esok.
"Kita akan beritahu esok. Kita akan ulas," katanya.
Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu.
Pak Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009.
Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya. – 12 Jun, 2015.