Saturday, April 25, 2015

Mari pakat Sokong Dr M...Ada Pembangkang Tidak Boleh Harap ?

GST sepatutnya dibatalkan, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan seharusnya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan, bukannya melaksanakan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan seharusnya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan, bukannya melaksanakan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
"Dulu ada cukai jualan. Kalau tambah sikit cukai jualan, itu ok. Tetapi perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tidak faham," katanya apabila ditanya mengenai apakah kadar semasa GST terlalu tinggi pada program "Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan", anjuran gabungan badan bukan kerajaan NGO Prihatin.
Pelaksanaan GST menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan satu sistem cukai yang lebih menyeluruh dan menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan seringkali mempertahankan GST dengan mengatakan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah.
Ini menyebabkan PKR minggu lalu menggesa anak dan cucu Ahmad menggunakan lampin kain bagi turut sama merasai derita rakyat yang terpaksa berbelanja besar membeli lampin pakai buang setiap bulan.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, lampin pakai buang menjadi semakin mahal selepas dikenakan GST dan ia memberi kesan kepada generasi muda serta mereka yang memiliki anak ramai.
“Lampin pakai buang paling mahal untuk perbelanjaan keluarga muda. Seminggu lebih kurang satu pek atau 3 suku pek (besar). Setiap bulan perlu 3 pek untuk setiap anak.
“Setiap bulan, kami perlu tunggu jualan murah, baru pergi beli. Kita tidak boleh lari daripada membeli lampin pakai buang. Tidak ada orang pakai lampin kain lagi. Kalau pakai lampin kain, cuci pun teruk.
“Suruh anak Ahmad Maslan pakai lampin kain, atau cucu dia. Baru dia tahu,” katanya pada satu sidang media.
PKR mendesak Putrajaya agar mengecualikan 4 kategori barangan kanak-kanak (5 tahun dan ke bawah) daripada GST iaitu kos konsultasi doktor, perubatan dan vitamin, barangan kebersihan, peralatan asas dan susu.
Sim berkata, Putrajaya tidak harus mengenakan cukai kepada orang sakit kerana tiada siapa yang mahu ditimpa penyakit.
Dr Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional Proton lebih murah selepas GST dilaksanakan awal bulan ini.
"Harga kereta Proton menjadi lebih murah. Jadi, kalau hendak beli kereta Proton, belilah," katanya. – 25 April, 2015.

Tuesday, April 14, 2015

MACAM-MACAM POLITIK MALAYSIA...

Ada perundingan antara Mahathir dengan Anwar?

JOLOK MENTARI                                                                           

Perpusatakaan: Mahathir dan Anwar.
Kehadiran Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Siti Hasmah Mohd Ali dan Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Anwar Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai diperkatakan orang. Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa sahaja, dan satu kebetulan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi alasan kedatangan Dr Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa mertuanya. Tidak ada keterangan lanjut dari itu. Apakah sebelum ini Dr Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Azizah itu?

Di rumah Pak Brahim itu, Dr Mahathir hanya berada sekejap sahaja, tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan Wan Azizah. Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu daripada suaminya untuk suami Azizah?
Manakala Zahid pula sempat khatam surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh Pak Brahim. Body language yang ditunjukkan Zahid menerusi foto yang diambil menampak akan ketidakselesaan menteri KDN itu.

Kedatangan Mahathir dan Zahid lebih awal daripada ketibaan Anwar dari penjara Sungai Buloh. Mungkin sudah dirancang demikian rupa untuk tidak bertembung dan berlaku insiden dramatik. Dr Mahathir sejak memecat Anwar pada 3 September 1989 tidak pernah bertemu dengan Anwar dari dekat.

Mustahil kedua mereka tidak tahu jam berapa Anwar akan tiba di rumah bapanya. Setiap pergerakan Anwar sudah pasti dimaklumkan kepada pihak berkuasa khasnya menteri. Zahid Hamidi selaku menteri KDN mesti mendapat maklumat jelas dari Sungai Buluh. Dan sudah pasti juga Zahid akan memberi tahu Dr Mahathir. Ertinya mereka sengaja untuk tidak bertemu Anwar agar tidak menjadi bahan berita sensasi.

Bagi saya kedatangan kedua mereka, terutmanya Mahathir dan isteri ada cerita yang tidak terungkap. Mahathir tidak sengaja datang sesuka hati begitu sahaja. Dia boleh mencari alasan untuk tidak menziarahi jenazah Pak Brahim. Dia boleh mengirimkan al Fatihah di angin lalu atau membuat belesungkawa dalam blog. Tetapi kenapa beliau hadir secara fizikal. Apa yang hendak dipamerkan?

Apakah ada perkembangan terbaru dalam hubungan beliau dengan Anwar. Ada cerita baru yang hendak dibuka. Sejarah lama menyebut, Anwar pernah membantu Mahathir memperkukuhkan Umno. Apakah bantuan itu diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak? Dalam berhadapan dengan Najib, Mahathir nampak kesukaran sedikit sedangkan nafsunya membuak-buak.

Anwar dan Mahathir ada maksud sama mengenai Najib. Jatuh dan singkirkan anak Razak Hussein itu. Jangan kita berfikir Mahathir pernah menganiaya Awnar maka mereka tidak boleh kembali bersama. Kita kena terima dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam politik.

Begitu juga dengan Zahid Hamidi, dia tidak sengaja datang kalau tidak membawa apa-apa motif. Atau beliau sudah tentu tahu akan ada persepsi dengan kehadiran itu. Zahid boleh beri alasan Pak Brahim adalah jiran setamannya dengannya. Kehadiran itu tidak penting baginya kerana ia boleh memusnahakan kepercayaan Najib kepadanya. Tetapi kenapa beliau hadir? Persoalan matemetik ini belum dijawab.

Apakah dia sudah memaklumkan kepada Najib akan kehadiran itu. Report kepada Rosmah Mansor seperti mana dia memberi tahu Najib yang dia berjumpa dengan Anwar di luar negara? Atau pun bercakap dengan Anwar menggunakan perantaraan?

Dalam melihat kedatangan Mahathir dan Zahid ke rumah bapa Anwar itu bagi saya ia ada cerita tersendiri. Kejadian itu bukan secara sengaja, tetapi disengajakan. Ketepatan sangkaan saya ini benar, apabila malam kelmarin seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Pakatan Rakyat membisik kepada saya; ada perundingan antara Mahathir dengan Anwar. Oh stop dulu. [wm.kl. 8:37 14/04/15] Bersambung...

Monday, April 06, 2015

Rakan Tuntut Mayat Aidana

Rakan Tuntut Mayat Aidana

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 12:41 PM
Rakan warga Kyrgyzstan hadir untuk menuntut Aidana di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, pagi Isnin.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.
Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.
Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.
Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.
Tags / Kata Kunci:

Penunggang Biker Yang Beriman

Penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia dalam keadaan seperti bersujud (Gambar)

Mangsa kemalangan yang meninggal dunia seperti bersujud. FOTO ihsan pembaca.
Hulu Selangor: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia dalam keadaan seperti bersujud selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Sungai Buaya, di sini, 5 petang semalam.

Mangsa, Amirruddin Yaakub, 38, yang bekerja di kilang kenderaan di Sungai Choh di sini, bergesel dengan lori menyebabkan motosikal ditunggang terbabas.

Jurucakap polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Katanya, mangsa dipercayai terbabas selepas cuba memotong lalu bergesel dengan lori yang mahu memasuki simpang Taman Kosaso di sini.

“Mangsa yang menghala ke Sungai Buaya hilang kawalan dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 5:49 PM

Mangsa kemalangan yang meninggal dunia seperti bersujud. FOTO ihsan pembaca.
-hmetro-