Wednesday, August 27, 2014

Akhirilah cerita MB Selangor....


Berhentilah jadi degil dan jenguk ke landasan masa depan

KHULASAH PAGI                                                                            

Para pemimpin Pakatan Rakyat amnya dan pemimpin PKR khasnya harus bijak menelah keadaan dan membuat keputusan bagi menyelesaikan kerumitan yang ada hari ini berhubung pengganti Abdul Khalid Ibrahim yang sudah mengaku untuk berundur.

Azizah: Redalah...
Tanpa kebijaksanaan dan tangkas membaca apa yang akan berlaku di muka, ia akan meletakkan Pakatan Rakyat dan PKR dalam keterjempitan menyeksakan. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus arif membaca pergolakan angin dan laut untuk mengelakkan ditimba taufan dan bah besar.

Saya bimbang dengan cara anak-anak muda atau pun pegawai tinggi PKR berpolitik, mengeluarkan kenyataan balas untuk mempertahankan keinginan nafsu mereka. Misalnya mereka dilihat berwiba dengan ketegasan pendirian untuk tetap mempertahankan calon MB ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail secara tunggal. Kenapa?

Bukankah Sultan Selangor sudah menggunakan budi bicara dan hemahnya meminta parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama calon masing-masing untuk dinobatkan sebagai MB. Permintaan Sultan itu bukan menepati kehendak perlembagaan, tetapi adalah budibicaranya. Ia mungkin satu keadilan dan keperluan penting masa kini memandangkan Pakatan Rakyat gagal sepakat dalam soal calon MB. Tidak timbul kegagalan itu kerana apa, atau pun kerana ia satu permainan Mustapa Ali dan Abdul Hadi Awang, yang nyata tidak ada persepakatan.

Tetapi sultan telah meminta berbuat demikian. Bagi saya permintaan Sultan itu satu kemurahan daripada baginda. Bukankah dengan tidak memenuhi kehendak Sultan itu ia boleh menyebabkan perbuatan itu ditafsirkan sebagai mengingkarkan kehendak istana? Dalam dunia orang Melayu, mengingkarkan kehendak sultan itu satu perbuatan yang keji kalaupun tidak sampai biadap.

Sekali lagi tidak timbul dan relevan untuk dikaitkan dengan pepatah berbunyi;  Sultan adil sultan disembah dan sultan zalim sultan disanggah." Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang angkara seulas nangka tetap relevan dan menjadi iktibar cukup penting, tetapi ada kalanya ia sukar dipraktikan. Sultan dari juring mana sekalipun ia tetap sultan dan sebagai orang Melayu yang berpegang kepada feudalisme sangat menjujung adat istiadat dan tradisinya. Pepatah kerja raja dijunjung kerja rakyat dikilek masih lekat tebal dalam kepala orang Melayu.

Jadi selagi orang Melayu belum dapat melupai tradisi dan budaya atau tabiat, mislanya menggaru kurap dipunggung semasa berak, maka orang Melayu khasnya pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR harus melayani tradisi dan budibicara itu yang dianggap usang dan tidak perlu dipatuhi lagi.

Apa "rohok" sangatkah untuk sesetengah pemimpin PKR untuk melayan dan memenuhi kehendak sultan itu sebagai menandakan penghormatan dan wujudnya saling memberi dan menerima berdasarkan amalan tradisi itu. Apa hendak disusahkan sangat apabila Sultan hendak dua nama atau lebih, hantarkan kepada baginda.

Dalam PKR hari ini bukan sahaja ada Dr Wan Azizah, tetapi masih ada 12 nama lain lagi dan dengan adanya sokongan dua Adun Pas menjadi 15 orang dipihak PKR. Dan kalau PKR berkehendakkan kepada MB wanita bukan sahaja Azizah yang ada, tetapi PKR masih ada Rodziah Ismail yang boleh juga dihantar kepada sulatan sebagai memenuhi permintaan itu.

Benarlah dari segi hierarkinya Dr Wan Azizah paling layak kerana beliau adalah presiden parti. Kesesuaian itu sangat jelas kalau juga diikutkan protokol orang Melayu. Masakan untuk menjadi ketua kepada sebuah kerajaan ia diserahkan kepada ahli yang berkedudukan ahli biasa dalam parti. Dan rasanya mengenai protokol dan prioriti calon ini sultan juga memahaminya, kerana sultan lagilah mematuhi soal protokol dan adat istiadat. Kita jamin untuk menjadi MB orang yang berkedudukan penting begitu sultan tidak akan memilih teberau dari beberapa kalangan tebu yang dihantar kepadanya.

Tetapi apabila sultan berkehdak demikian, laksanakankan sebab ia bukan susah sangat. Kalau PKR menghantar dua atau tiga nama ia menyenangkan sultan untuk membuat pilihan. Dalam soal ini budibicara sultan berkedudukan di atas peraturan perlembagaan. Perkataan raja mendengar nasihat hendak difahami raja boleh bertindak sesuka hati atas rasa perkenan dirinya. Raja tetap raja. Mereka yang bermati-matian bepegang kepada undang-undang (Perlembagaan) adalah mereka yang tidak bijaksana dan bersifat "diktator" serta tidak hadam politik negara "tigatujuhkosong" ini.

Kena dipercaya sesekali baginda tidak akan bertindak sehingga sesuatu itu sampai menjolok mata kerana ia akhirnya akan mendatang kemudaratan dan kekotoran kepada dirinya dan institusi yang disanjung itu. PKR sepatutnya berterima kasih kepada sultan yang sedia membuka ruang bagi mengelakkan DUN Selangor dibubar seperti mana yang difikirkan sebelum ini. Bahawa Sultan Selangor masih ada budi bicara dalam soal ini dan semua pihak seharusnya memberi penhormatan demi kebaikan bersama.

Jadi saya hendak nasihat kepada PKR, terutama individu yang sedang memperdagangkan kuasa politik, usahlah bertegas dengan hanya mahu mengirimkan nama Wan Azizah secara tunggal. Yang penting semua pihak kena faham bahawa kedudukan PKR dan Pakatan Rakyat dalam suasana kritikal. Yang perlu diselamat kini bukan individu tetapi institusi. Bukan Abdul Hadi Awang tetapi Pas dan bukan Anwar Ibrahim tetapi PKR dan Pakatan Rakyat yang perlu diselamatkan.

PKR, Pas dan Pakatan Rakyat harus hidup seribu tahun lagi kalau rakyat ada cita-cita untuk menumbangkan UBN dan ia tidak perlu mati apabila orang-orang seperti Anwar atau Abdul Hadi sudah tiada. Sebab perjuang sengoti ialah orang memperjuangkan prinsip dan dasar hidup bukannya memperjuangkan batang tubuh si pejuang.  Yang perlu dihormati Pas, bukan Abdul Hadi, yang perlu dihormati PKR bukan Anwar atau pun Azizah.

Dari firasat saya sekiranya kerumitan dan kedegilan disebelah PKR ini berterusan ia bakal memberi natijah buruk. Hari ini selepas Khalid dengan suci hati memaklumkan yang beliau hendak letak jawatan selepas langit politik hendak runtuh, Khalid seperti sudah terbersih daripada segala dosa. Khalid dilihat sebagai Khalid Ibnu Walid yang digugurkan sebagai panglima perang tetapi redha dengan atas apa yang berlaku.

Namun sebaliknya juga bagi Pas, kalau Pas secara diam-diam menghantar nama kepada sultan dan melakukan lobi agar Adunnya diangkat sebagai MB, maka Pas mengesahkan yang diri parti agama itu adalah munafik dan tindakan itu merupakan satu pembunuhan diri sendiri oleh Pas.

Yang sedang diperhati hari ini ialah sikap atau individu yang tetap mahukan kepada Azizah menjadi MB Selangor yang kini bertindak bagaikana ingin mencabar budibicara Sultan dalam menilai kemelut yang ada hari ini. Harapnya orang-orang yang cuba membentuk kekuasaan menerusi Dr Wan Azizah dalam PKR menyedari akan bahana dan bahaya keadaan ini.

Kehancuran kerajaan Pakatan di Selangor, sejarah tidak sahaja menulis nama Khalid dengan huruf besar, tetapi ada beberapa nama lain termasuklah juga Anwar, Abdul Hadi Awnag, Mustafa Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan berapa nama lain juga akan ditulis dengan huruf besar. Yang pastinya nama Mahathir Mohamad tercicir dalam senarai "belengas" ini. [wm.kl.9:23 am 27/08/14] *tanpa edit.

Thursday, August 21, 2014

Sebab-Sebab Dr M Marah Najib ?


Patutlah Mahathir Marah Sangat Dengan Najib.. Ini Sebabnya


Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.

Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.

"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.
Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib.

Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun.

Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya.

Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.

Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib.

"Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan."

Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.

"Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu.

Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.

Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.

"Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai  Datuk Ibrahim Ali," katanya.

"Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri."

Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan.

"Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." ~tmi

Monday, August 18, 2014

Dr M saja kata Najib lemah, rakyat tidak pun ?

Setakat Dr M sahaja yang kata Najib lemah, sebenarnya tidak ke mana ? Selagi mana rakyat yakin dan percaya kepada Najib. Masa Dr M sudahpun berlalu, tetapi orang masih lagi memberikan tempat kepada beliau kerana dia adalah seorang negarawan negara.




Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

Masalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga  yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.

Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.

Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’ nya dari Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Tetapi apa tindakan Dr Mahathir sekarang? Adakah Dr Mahathir mempunyai calon gantian kepada Abdullah, seperti PR sedang tercari-cari gantian kepada kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor? Setidak-tidaknya Anwar dipihak Pakatan Rakyat telah berjaya untuk mencari pimpinan gantian kepada Khalid, iaitu isterinya sendiri. Anwar tidak tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak, termasuk PAS, dan beliau telah berjaya ‘mengembilikan’ parti islam itu dan beliau boleh perlakukan apa sahaja kepada PAS melalui agen-agennya dalam PAS itu sendiri.

Tetapi untuk memilih gantian dengan cadangan Dr Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihan Dr Mahathir tidak pernah pilihan yang betul. Mula-mulanya beliau pilih Musa Hitam, tetapi Musa Hitam tidak betul kepada beliau. Selepas itu pilih Ghaffar Baba tetapi akhirnya Ghaffar Baba tidak layak untuk meneruskan hasratnya hendak menjadi pengganti beliau.

Dipilihnya Anwar dan meminta Anwar menggugurkan Ghaffar, tetapi apabila Anwar menjadi Timbalannya, beliau dapati Anwar telah melakukan kerja yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam katanya. Anwar pula telah didapati sentiasa melakukan ‘insubordinations’ terhadap pimpinan beliau, maka Anwar ditendang dengan alasan yang beliau tahu dari awal lagi.

Sesudah itu Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ beliau dan akhirnya pelapik beliau ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara. Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri.

Sekarang baru beliau sedar Najib lagi tidak berguna kepada beliau dan juga kepada negara. Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi.

Pendeknya, siapa yang ditunjuk oleh Dr Mahathir sudah pasti pilihan yang salah. Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib.

Mahathir selama beliau memimpin parti tidak pernah mahukan sesiapa yang berkepimpinan bersama beliau. Beliau hanya membina kumpulan yang asyik untuk mendapatkan kuasa untuk menjadi ketua-ketua dalam semua pertubuhan tetapi yang tidak berkepimpinan.

Akhirnya inilah yang kita warisi.  ‘Ism’ Dr Mahathir sekarang juga jelas dalam Pakatan Rakyat kerana PR itu dipimpin oleh orang yang terdidik dari kepimpinan beliau dan Anwar itu terbentuk dalam acuan Dr Mahathir sendiri. Itu sebabnya Dr Mahathir dan Anwar itu adalah dari acuan yang sama. Apa yang terhasil dari kepimpinan Dr Mahathir, itulah yang akan terhasil dari kepimpinan Anwar.

Itulah hasilnya seperti yang kita lihat berlaku di Selangor sekarang. Itu belum lagi kita jengah apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Keadaan di sana pun teruk juga dan ianya bersabit dengan kelemahan pimpinan Persekutuan juga.

Malahan tidak ada tempat yang tidak bermasalah di negara ini. Tidak kah Dr Mahathir terasa yang penyebabnya datang dari hasil politik beliau sendiri?


Sunday, August 10, 2014

Terima Kasih PR.... Umno terus hidup dan relevan ?

Nampaknya kerjasama PR bakal berkubur ? Tiga komponen parti dalam gabungan rapuh ini , akan membawa legasi dan hala tuju masing-masing. Sinar kepercayaan rakyat yang nampak bakal diserlahkan tidak kesampain. Semuanya punah gara-gara keghairahan dan kegalakkan menawan Ptrajaya.

Tindakan memecat MB Selangor yang degil dan babil itulah, titik mula ke arah pecah sikap parti dalam PR.

Kini, Umno menarik nafas lega. TPM hari ini mengeluarkan kenyataan bahwa parti UMno masih relevan. Jangan banyak buat ulasan ...sila fikir-fikirkan.



PAS Diminta Jelaskan Kenapa Wan Azizah Tidak Boleh Jadi MB

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 8:26 AM
Saifuddin Nasution
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu PAS menjelaskan mengapa parti itu sangat menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata perlu ada satu sebab mengapa PAS menolak presiden PKR untuk memegang jawatan tertinggi di negeri itu.

"Ada desas desus bahawa PAS tidak mahu menerima Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita. Jika ini yang menjadi kes, maka mereka harus tampil dan menyuarakan demikian.

"Kami mahu PAS mengatakan secara terbuka bahawa mereka menentang Dr Wan Azizah sebagai MB kerana beliau adalah seorang wanita.

"Biarlah seluruh Malaysia tahu sebab mereka tidak bersetuju dengan Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita.

"Jika mereka rasa hanya seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin atau Menteri Besar, mereka harus mengatakannya. PAS tahu bahawa 51 peratus daripada pengundi adalah wanita. Mereka harus terbuka dan tampil menyatakan mengapa mereka tidak mahukan beliau. Ini akan menjadikan PAS lebih dihormati," katanya dalam satu temu bual.

Saifuddin berkata Khalid bukanlah seorang yang boleh berkerja dalam pasukan, tidak mematuhi komitmen yang dibuat oleh parti dan Pakatan Rakyat dan jarang muncul untuk mesyuarat parti, dengan menghadiri hanya 42 dari 136 mesyuarat sejak 2010.

Beliau berkata kes hutang RM67 juta Khalid dengan Bank Islam memberikan amaran kepada parti bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Beliau berkata parti itu bimbang isu ini akan digunakan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dan sebab itu Khalid terpaksa digantikan.
Tags / Kata Kunci:

Saturday, August 09, 2014

MAFIA Algeria punca Mesir benarkan bantuan Algeria ke GAZA


MAFIA Algeria punca Mesir benarkan bantuan Algerian ke GAZA

Algeria berjaya menyalurkan bantuan kepada Gaza.


Mereka memberi amaran kepada Mesir supaya membuka sempadan jika tidak mahu harga gas dinaikkan sebanyak 11%. Mereka juga mengingatkan Mesir supaya berjaga-jaga dengan kumpan mafia Algeria (Mafia Algeria terkenal di peringkat dunia dan ditakuti ramai). Akhirnya Algeria berjaya dibenarkan menyalurkan bantuan bernilai £25 juta British Pound terdiri dari ubatan, makanan, doktor-doktor dan bekalan air.

*Mesir menerima tekanan pelbagai pihak kerana pendirian-pendirian mereka dilihat menyebelahi Israel berbanding Gaza.

Thursday, August 07, 2014

PERBALAHAN PR MEMUAK DAN MELUATKAN RAKYAT ......Insan Perihatin


Penulis enggan mengulas langsung kemelut PR di Selangor, tetapi kali ini terpanggil kerana hasil pertemuan dengan rakan-rakan tiada berparti dan dulunya amat kagumi PR. Beliau dan mereka berkomitemen inilah masanya, inilah peluangnya aternaif parti pemerintah masa akan datang adalah PR.

Namun, politik ia tetap politik. Lebih malang bila kemelut politik kali ini melibatkan parti yang membawa imej Islam iaitu PAS. Ini yang menimbulkan persepsi dan pandangan yang mengecewakan kita. Kita masing-masing sayangkan PAS. Macam kata Hanipa Maidin, tetapi ramai yang salah erti.

Kita ucapakan syabas kepada Pemuda Pakatan, yang nampak bertindak matang. Adakah pertemuan bagi selesaikan permalsqahan dan perbalahan ini.

Perbalahan kali ini sudah sampai memuakkan rakyat....

Sunday, August 03, 2014

Bila MSO bermadah dengan tulisannya tentang PR


Nasib PR terjawab dalam tempoh tujuh hari dari sekarang

KETUPAT MANIS KETUPAT LEMAK                                           

Pemimpin Pakatan melafaz ikrar. Foto Mso.
Kehilangan pesawat Mas MH370 bersama 239 dan bencana menimpa MH17 yang mengecaikan 295 penumpangnya tidak lagi menjadi sebutan dan sesuatu yang difikirkan. Kehilangan MH370 yang sudah memakan masa lima bulan, sudah dipasrahkan begitu sahaja.

Pun begitu juga dengan berkecainya MH17 dimana pengecaman mayat masih dilakukan, tidak lagi menjadi topik perbualan, dan minat ke atas kedua peristiwa itu juga tidak penting. Kecualilah waris warah mangsa ke atas kedua-dua kejadian itu. Di desa dan kampung-kampung juga orang tidak ramai menyebut dan mengimbau kepada dua tragedi itu, ia seolah sudah dialpakan dengan meletak ianya sebagai takdir Allah sepenuhnya.


Pemerhatian umum khususnya dalam kalangan orang politik kini ialah kepada senario politik di Selangor, mengenai jawatan MB negeri itu yang diusahakan untuk ditukar ganti dengan muka baru kerana parti (PKR) telah hilang kepercayaan kepada sang MBnya Abdul Khalid Ibrahim. Penungguan orang ramai apakah rancangan untuk menobatkan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai pengganti Khalid menjadi realiti atau tragedi? Sehingga kini ia masih misteri.

Ataupun keriuhan disebalik menamakan Azizan itu sebagai satu lagi testimoni dilakukan Anwar terhadap sejauh mana kematangan dan kelicitan berfikir orang Malaysia terhadap politik?

Kasus MB Selangor ini berpanjangan, dari sebelum puasa membawa kepada sepanjang Ramadhan dan terheret ke hari ini. Berbagai ulasan, pandangan, tafsiran, tenguran baik dari segi moral politik, undang-undang politik yang menyentuh mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu dibuat. Pandangan bukan saja dari sarjana, pemerhati politik tegar, bahkan dari kalangan pemain media baru juga yang ada kalanya sangat dangkal dan cemar mengenai assessment politik turut sama bercakap.

Kewujudan media baru hari ini telah menjadikan isu pertukaran MB Selangor menerawang menjadi kelam kabut serta sangat mencemaskan mereka yang menyayangi Pakatan Rakyat. Ia juga merumitkan keadaan. Musuh PKR dan Pakatan Rakyat tidak perlu berkerja keras lagi dengan meletusnya isu itu. Mereka menjadi serigala atau pun beruang air yang menanti mudiknya anak-anak ikan dari hilir menuju ke hulu di pergentingan untuk ditangkap dan diratah mentah-mentah.

Segala macam nasihat, pandangan, spekulasi tidak mengubah keadaan. Para pemain dan watak utama dalam krisis di Selangor itu terus galak dan excited dengan agenda masing-masing. Ia kontras dengan orang bawah yang bermunajat dan berdoa kepada Allah agar Pakatan diselamatkan. Mereka yang rindukan perubahan ke atas negara obses mengenai hal ini. Para pemimpin seakan degil daripada mendengar segala rintihan dan nasihat.

Khalid walaupu diasak bertubi-tubui dan bertubi-tubi, tetapi tetap tidak mahu mengaku kalah, bahkan dia juga sudah nekad dan mengambil semangat dari slogan atau taglineLawan Tetap Lawan kandatipun sesama sendiri yang akan membawa menang jadi abu kalah jadi arang. Kesungguhan Khalid jelas apabila mencari suaka politik hingga berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sesudah dia mendapat restu daripada presiden Pas.

Begitu juga pihak yang menentang tidak bersetuju dengan Khalid, Mohamed Azmin Ali. Walaupun beliau dilihat lebih diam dan terbuka, tetapi para anak buahnya yang mengharapkan Azmin jadi MB terus memainkan peranan. Serang menyerang sesama sendiri berterusan dan media baru berkebut dan bercepuah dengan lontaran puluru, mortar dan bedilan antara satu sama lain.

Sang hakim pula, Anwar Ibrahim hilang kekuatan dan idea bagaimana untuk meredakan keadaan. Anwar tentu sekali terkaget dengan keliaran dan keliatan anak-anak buahnya. Cadangan agar isterinya Dr Wan Azizan Wan Ismail mengambil tempat Khalid sukar menjadi kenyataan. Apa yang dibayangkan saya, formula itu sangkut nampaknya akan menjadi kenyataan. Dalam menaikkan Azizah sebagai MB, Anwar nampaknya masih mendengar nasihat orang yang sama agar projek Kajang Move digerakkan walaupun projek itu sangat meragukan mengenai dan kemunasabahan dan kesuksesannya.

Kenapa keadaan politik PKR Selangor begitu semrawuk dan kucau barai sekali? Dimanakah punca dan silapnya? Inilah yang patut dikaji dan diselidik sekiranya semua pihak ingin mengatasi masalah itu dan jujur ikhlas untuk berjuang demi rakyat. Tetapi selagi semuanya berpegang kepada benang basah masing-masing ia tidak akan selesai masalah.

Jalan terbaik semua pihak perlu insaf, sedar dan ikhlas dalam janji untuk membawa pembangunan dan membantu rakyat. Kerana kalau ditanya kenapa mereka berperang, semuanya memberi alasan molok untuk kebaikan, menentang kemungkaran dan membela nasib rakyat. Kebaikan apa kalau dunia bakal jadi padang jarak padang terkukur. Kemelut dan perang merebut kuasa sesama sendiri yang natijahnya menderitakan rakyat. Perjuangan sebegini adalah munafik.

Masa masih ada untuk melakukan perdamaian. Mentari politik masih belum naik di sebelah Barat, ertinya pintu taubat masih terbuka. Semangat Aidifitri sepatutnya menginsafkan semua pihak dalam PKR, terutamnya dua anak Ibrahim, Khalid dan Anwar. Kenapa saya kata Khalid kerana beliaulah puncanya. Sama ada tindakan benar dan betul, tetapi kalau beliau akur dengan tuntutan majoriti parti, keadaan akan selamat.

Khalid tidak sewajarnya bergantung kepada sokongan rakyat yang digumba oleh pihak lain termasuk orang yang sering membetulkan songkok dan mengikat sampingnya di pejabat, kerana dia dilahirkan oleh PKR bukan lahir seperti Isa yang dilahirkan Maryam tanpa bapak? Khalid kena insaf tanpa PKR tidak ke mana beliau mungkin beliau kini sudah tidak diingati orang lagi selepas bersara dari Guhtre atau PNB.

Kemelut PKR yang seharusnya diserah dan diselesaikan oleh parti itu secara anak beranak menjadi panjang atau melelahkan lagi apabila ia juga dicampuri sama oleh Pas. Pas tidak perlu mencampuri urusan PKR. Atas perjanjian (konsensus lisan) bahawa MB Selangor adalah untuk PKR, Pas seharusnya memerhati sahaja sebagai seorang rakan yang akan memberi teguran secara berhemah bukannya cuba hendak menangguk di air keruh. Telatah dan sikap sesetengah ahli Pas termasuk pemimpin seakan-akan ada nawaitu tidak baik untuk menahan lukah di pergentingan, menjadikan masalah ini parah. Segelintir ahli Pas harus kawal nafsu tatkala melihat harta rampas perang di hadapan mata.

Sikap inilah menunjukkan Pas tidak mempunyai keperihatian dan semangat setiakawan yang boleh dipertikaikan. Pas tidak semacam DAP. Walaupun ada alasan sendiri tetapi bagi saya Pas tetap kena dipersalahkan. Walaupun ia dilakukan oleh segelintir ahli Pas yang merasakan mereka ideal, tetapi pemimpin tertentu termasuk presiden perlu dipersalahkan kerana kurang bijak dalam melayan dan menangani gelagat anak buahnya.

Semua pihak yang bergeladak dalam krisis di Selangor tidak menyedari mereka digumba dan dihalak oleh musuh tradisi politik mereka, yakni Umno. Umno begitu bijak menyusuk masuk, menyamar sebagai pembela. Segala senjata, peluru dan hujah-hujah (idea psywar) untuk antara satu sama lain berlawanan sesama sendiri dibebalkan oleh Umno. Majalis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah saluran digunakan oleh Umno untuk mengharu birukan keadaan dan mengabui mata rakyat. Malang sekali dua institusi yang cukup suci ini seakan direstui oleh tuan empuntanya Sultan dipergunakan untuk menjadi alat kepada Umno merampas Selangor.

Sepentasnya orang-orang Pas, PKR atau DAP menyedari akan muslihat ini. Pemimpin Pakatan seharusnya lebih bijak daripada pemimpin Umno kalau hendak memerintah Putrajaya. Mereka tidak perlu mudah terpesona dengan peranan musuh ini yang menggunakan nama agama dan bangsa untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Sifat bersangka baik dalam konteks ini tidak tepat dan kena pada masanya. Umno bagaikan persis sebuah jerat yang tidak pernah melupai pelanduk. Manakala Pas dan PKR adalah seekor pelanduk yang sering melupai jerat yang mengekorinya. Sesetengah pelanduk dalam Pas kerana begitu terpesona meragut daunan hingga termasuk ke taman larangan.

Paling merewelkan lagi krisis dalam PKR itu melecer ke luar dan disambar oleh Pas dan memberi kesan negatif. Tanpa dipinta dan diharapkan Pas berpecah dua gara-gara krisis jawatan MB itu. Satu pihak menyokong dan menghormati tindakan PKR mahu menukarkan Khalid atas persefahaman politik, dan sepihak lagi yang tidak bersetuju kerana sudah dipanah dengan rasa keangukuhan disebabkan diulik mimpi bangsawan. Penentangan inilah menghasilkan konflit baru dalam Pas yang kesannya merebak ke seluruh negara.

Kondisi dalam Pas jika tidak diatasi ia boleh membawa bala dan musibah yang membimbangkan. Diharap Abdul Hadi membuat banyak istikharah untuk meletakkan Pas pada tempat sewajarnya.

Seminggu dua ini orang tidak bertanya lemang, ketupat atau nasi himpit, tetapi akan bertanya soal apa yang berlaku di Selangor itu. Orang kini menanti apakah nasib Khalid Ibrahim yang dilihat dihenyah begitu rupa, dan dalam masa melihat bagaimanakah nasib PKR. Ironisnya juga melihat apakah akan terjadi kepada Pas. Kekal dalam Pakatan atau pun mengambil denai sendiri dengan penuh keyakinan kononnya akan dibantu Allah.

Apakah Khalid akan terus kekal menjadi MB, atau ia disalinkan dengan Azizan atau tokoh lain? Dan bagaimana kesudahan dengan kekacauan dan pertelagahan dalam Pas yang membawa kepada soal mazhab dan kabilah, aliran fikrah dan budaya? Semua akan terjawab pada 10 Ogos ini. Di sini saya ingin memberi sedikit indikator kepada permasalahan ini yang seterusnya boleh dijadikan formula untuk melihat masa depan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Anwar dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman, dan dalam masa sama Khalid tetap menjadi MB, maka masa depan PKR suram temaram. PKR tidak akan bersemangat. Nasib dialami itu akan turut sama menimpa Pas. Sebaliknya kalau Khalid ditukar walaupun Anwar di dalam Pakatan Rakyat akan terus hidup. Manakala Pas pula kalau majoriti menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB, Pas akan retak yang mungkin akan membawa belah.

Segalanya kini tergenggam ditangan pucuk pimpinan PKR dan Pas. Dipihak PKR tangan yang menggengam jawaban ini ialah tangan Anwar dan Azmin, manakala dipihak Pas tangan yang menggengam jawaban ini adalah tangan Abdul Hadi. Apakah Abdul Hadi akan mengulangi tayangan filem perpecahan Pas yang membawa kepada penubuhan parti baru bernama Hamim pada tahun 1980-an, iya akan terjawab seminggu dari sekarang.

Rakyat yang baik, rakyat yang cintakan damai, rakyat yang ingin perubahan, teruslah berdoa kerana Allah mendengar doa golongan yang daif dan lemah. Ditegaskan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat, bahawa hari ini orang Umno dan BN sedang memegang cangkul, sikul dan sebagainya untuk menggali kubur bagi menguburkan Pakatan. Mereka melihat penyakit dialami Pakatan kini merupakan kanser yang sukar untuk disembuhkan.

Namun yakinlah kepada kepada kata hukama dan juga janji Allah s.w.t. bahawa setiap penyakit itu diturunkan bersama penawarnya sekali. Carilah dan usahalah.[wm.kl.12:09 pm 03/08/14]

Saturday, August 02, 2014

Gaza Oh Gaza .....


Gambar bayi kembar empat yang lahir dari rahim seorang ibu Gaza pada Khamis, 4 Syawal 1435 H/31 Julai 2014  
GAZA CITY (SOL): Pepatah ini sangat tepat untuk Gaza saat ini: ‘mati satu tumbuh seribu’. Ternyata benar, Allah subhanahu wa ta’ala akan memperbaharui dan selalu menambahkan jumlah generasi Palestin dengan jumlah yang sangat signifikan.

Tak dapat dinalar oleh akal sehat manusia, tetapi ini benar-benar kenyataan. Saat perang baru berlangsung 23 hari (hingga hari ini perang sudah berlangsung 26 hari), pihak Kementerian Kesehatan Palestin merilis laporan yang sangat mencengangkan.

Pada saat perang berlangsung 23 hari dengan korban jiwa lebih 1400 orang warga Gaza, namun dalam waktu yang sama juga telah lahir lebih 1400 bayi di Gaza. Allahu Akbar!

Dan, ini bukan pertama kalinya. Pada perang-perang sebelumnya juga terjadi hal serupa. Dari detik ke detik korban jiwa bertambah, tetapi dari detik ke detik juga generasi Palestin selalu bertambah. Subhanallah. Allahu Akbar! (Abdillah Onim melaporkan dari Gaza)