Wednesday, April 30, 2014

Hakim Yang Bijaksana Dan Rakyat Yang Hina - ada cerita sebaliknya

Ungkapan lelucon Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui filemnya. Dailognya dengan menggunakan perkataan..Kerap-Kerap...Kadang-Kadang dan Jarang-Jarang.... mengundang senyuman melebar sesiapa yang menghayati dan memadankan dengan situasi isu-isu semasa. Paparan cerita benar di bawah yang jarang-jarang berlaku mencabut dan menyentap perasaan kita dalam masyarakat yang dikatakan moden pada hari ini.

Dua watak utama dalam paparan cerita di bawah mewakili dua institusi masyarakat dalam negara kita juga. Institusi Kehakiman dan Kemiskinan Rakyat yang diwakili oeh seorang ibu tua. Ceritanya amat menyayat hati dan menjadi pengajaran dan sempadan kepada kita semua.

dicopy daripada blog sahabat

llahhu Akhbar : Keputusan Hakim Yang Membuatkan Admin Sebak..dan Terharu



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Tuesday, April 29, 2014

Harta Karun Dalam Gua - Semacam mirip cerita P Ramlee sahaja ?

Selepas berita harta karun ini nanti ramailah yang terkorban dan mengorbankan diri bagi memburu harta berkenaan. Lazimnya mana-mana kerajaan negeri di Malaysia 'enggan' mewartakan jumpaan harta Qarun kepada umum. kecuali kerajaan Melaka yang perihatin.

Sedikit masa dulu, kita tersentak dan terkedu dengan jumpaan emas di bumi Terengganu amnya, khasnya di Rusila Marang. Maka ramai mana dan banyak mana orang ramai yang sebangsa engan kita beranggan anggan untuk menjadi kaya.

Harapan palsu yang diberikan menyebabkan rakyat Malaysia tersu teruja dan menjadi gila untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Ini belum masuk dengan gelagat dan telatah bomoh dan para bomoh yang sedikit masa lagi akan campurtangan samada langsung atau tidak langsung.




Harta berbilion ringgit dalam gua

INILAH Pulau Nangka di Melaka yang didakwa mengandungi harta karun.


JASIN – Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, kira-kira 17 kilometer di luar pantai Melaka di sini bakal diketahui esok.
Antara harta karun berkenaan ialah peti mengandungi jongkong emas, takhta dan pakaian diraja.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu sudah 90 peratus dilaksanakan.
Beliau berkata, pihaknya percaya pintu gua berkenaan akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz30H5VEsnY 
Hakcipta terpelihara

Saturday, April 26, 2014

HUDUD: Umno dan Najib bersandiwara dan main wayang lagi ?

Semua orang tahu Umno dan Najib bermain wayang. Jika mantan presiden PAS Ust Fadzil Noor, perkara macam ini dianggap sebagai 'sandiwara Umno'. Ini adalah gara-gara penerimaan Umno dan kerajaan dalam perlaksanaan hukum Hudud di negara ini, khasnya bagi negeri Kelantan.

Kelantangan dan kepura-puraan Umno dalam hal ini dan menjadikan Islam sebagai barang permainan dalam politik adalah sudah dijangkakan.Terlalu banyak alasan dan helah yang diberikan. Pada kali ini kata Najib dan Umno . Mereka mahu melihat 'dulu apa cadangan PAS' dan apa isi Hudud PAS yang cuba dibentangkan kepada Umno. Begitulah UMno dan kerajaan Umno serta Najib dalam melayan hukum Allah ini.

Persepsi dan bagi Umno Hukum Hudud ada 2. Satu adalah kehendak AL Quran yang macam Umno sedangkan tangguhkan, satu lagi hukum Hudud adalah hasil rekayasa oleh PAS. Hukum Hudud ala PAS yang dilihat extream dan amat menakutkan terlalu konsevertif dan ortodok saja lagak dan gayanya yang mana amat mengerikan serta mengerunkan semua pihak dan manusia di bumi Malaysia ini.

Hudud Umno adalah hudud yang simple , liberal dan tidak menakutkan masyarakat bukan Islam. Inilah bentk pemikiran Najib 1Malaysia.

 

Umno Mahu Tahu Hudud PAS - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 8:29 PM
Najib Tun Razak.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Umno terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai cadangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu berminat untuk mengetahui dengan terperinci mengenai cadangan perlaksanaan undang-undang Islam itu.
"Kita nak tahu apa cadangan PAS, kita belum tahu apa cadangan sebenar mereka.
"Kalau PAS nak kemuka kepada kita, kita sedia nak tengok," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.
Pada Khamis Najib menegaskan Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Tuesday, April 22, 2014

Rakyat Oh Rakyat .....SAMPAI BILAA........!!!!

Selepas memerintah  Malaysia  hampir 60 tahun. Kerajaan UBN semakin hilang keupayaan. Isu dan taraf kehidupan rakyat semakin terhimpit. Rasuah semakin menjadi jadi, ia berligar-ligar di atas dan semakin menghampiri dan mula menghampiri ke lapisan bawah kehidupan rakyat. Pemimpin semakin lupa diri, keasyikan melayan puak juak dengan menfaraid dana awam tanpa segan silu. Rakyat pula diam membatu, bukan sekadar bisu. Teguran rakyat masih diperingkat yang kurang menyedarkan pimpinan atasan negara.

Amanah dan integriti hanya dijadikan sebagai sebutan sahaja, namun kosong sebagai amalan. Islam sebagai benteng dalam hal ini menjadi agama ritual sahaja Digunakan di majlis-majlis rasmi kerajaan sahaja.

Malaysia adalah negara yang amat kaya. Banyak hasil bumi dan hasil yang boleeh diperbaharui dapat digarap bagi kesejahteraan rakyat. Jika diurus dengan baik Malaysia bukan sahaja mampu menjadi negara berpendapatan tinggi sahaja tetapi negara kaya di persada dunia.

Kini, semua instrument kerajaan, terutama media massa memberi pandanagan yang tidak bebas. Media tidak sanggup mengkritik amalan amalan songsang para pemimpin negara. Mereka gagal menjadi penegur yang baik.

Sebaliknya media menghambur puji dan puja kepada pimpinan negara. Rakyat dilekakan dan terleka terutama oleh media massa berbahasa Melayu.

Pendidikan yang ada gagal melahirkan masayarakat Malaysia yang berani. Kakitangan kerajaan terikat dengan stigma mereka digajikan oleh kerajaan yang ada dan terikat dengan pelbagai akta yang membelenggu diri mereka. ia dijadikan sebagai alat ugutan.
Sampai bilakah rakyat mahu sedar ? Segala maklumat terpapar dan didedahkan secara terperinci. Bukti terbaru Dana Awam bawah MOSTI bagi RnD diselewengkan ? Apa reaksi rakyat ! GST yang diiklankan cukup membebankan ? Apa kata rakyat ?

Maka, teringatlah penulis dengan bait lagu ini....Sampai bila.........SAMPAI BILAAAAAA.....



Tinjauan Kenaikan Gaji Adun: Majoriti Bersetuju, Tetapi Lebih Baik Dengan Kadar Munasabah

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Langkah kerajaan negeri Selangor menaikkan gaji wakil rakyatnya mendapat reaksi yang pelbagai.
'The Star Online' baru-baru ini menjalankan kajian meminta pandangan orang ramai mengenai perkara ini dan 44 peratus daripada 623 responden berkata 'ia (kenaikan) harus tetapi pada kadar yang munasabah'.
Ini diikuti dengan 20 peratus yang berpendapat 'ya mereka berhak untuk setiap sen yang mereka dapat', manakala 18.3 peratus mendakwa bahawa wakil rakyatnya telah pun mendapat bayaran gaji yang mencukupi.
Baki 18.1 peratus pula berkata soal kenaikan gaji ini bukanlah perkara besar selagi wakil rakyat menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.
Seorang responden berkata penjawat awam perlu mendapat lebih banyak insentif untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat kerana bayaran yang baik untuk perkhidmatan awam akan mewujudkan pekerja yang cemerlang.
"Negara-negara lain telah lama memahami perkara ini. Jurang antara negeri-negeri adalah normal dan selagi ganjaran adalah berdasarkan prestasi negeri-negeri, bajet dan kekangan, rakyat akan mendapat manfaat."
Seorang lagi responden berkata wakil-wakil negeri perlu dibayar mengikut prestasi. Matlamat yang jelas perlu ditetapkan dan wakil-wakil rakyat dibayar mengikut sejauh mana mereka memenuhi matlamat.
"Jika wakil rakyat dapat mencapai matlamat prestasi mereka dan dapat menunjukkan hasilnya, maka mereka harus memenuhi syarat untuk mendapat kenaikan gaji. Jika pekerja produktif, semua orang akan menyokong kenaikan gaji, bagaimanapun adalah penting ia dilakukan secara telus kepada orang ramai yang benar-benar membayar gaji mereka.
"Peningkatan gaji mestilah sepadan dengan akauntabiliti, skop dan hasil sasaran. Kenaikan ini akan mendorong mereka untuk melaksanakan tugas sewajarnya," kata responden yang lain.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah menaikkan gaji akan membantu mengurangkan rasuah sambil menggalakkan mereka untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat kerana ramai wakil-wakil negeri perlu membayar sumbangan dan derma bagi keperluan kecemasan di kawasan pengundi mereka.
Beberapa orang yang lain bagaimanapun menyatakan bahawa langkah itu tidak perlu dalam iklim ekonomi semasa negara ini.
"Memandangkan faktor-faktor inflasi, satu kuantum kenaikan saksama adalah wajar untuk menampung beban yang dibawa oleh faktor-faktor tersebut.
"Bagaimanapun, jika beliau (MB Selangor) berasa mereka semua tidak dibayar secukupnya, lebih baik mereka meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu dan bersedia untuk memimpin dan berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas tanpa mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk keuntungan kewangan," kata seorang responden.
Seorang lagi responden berkata langkah itu adalah tidak adil kerana rakyat dinasihatkan supaya berjimat cermat dan menyimpan wang dan subsidi mereka telah ditarik balik manakala wakil-wakil rakyat telah diberikan kenaikan gaji kononnya untuk 'menjaga rakyat'.
Ramai responden berkata kanaikan ini bermakna wang telah digunakan untuk kenaikan gaji dan bukannya digunakan untuk memperbaiki kehidupan rakyat.
Tinjauan ini, yang menerima lebih daripada 100 komen tanpa nama mempunyai jumlah tindak balas positif dan negatif yang hampir sama.
Pada Rabu, kerajaan Negeri Selangor mengumumkan hampir 400 peratus kenaikan gaji bagi wakil rakyat mulai tahun depan.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa kenaikan itu adalah disebabkan oleh peningkatan tugas wakil-wakil rakyat serta rizab simpanan Selangor dan permintaan yang oleh wakil-wakil rakyat sendiri.
Kemudian,Pulau Pinang dan Johor juga mengumumkan akan mempertimbangkan kenaikan gaji Adun mereka.
Keputusan undian terkini (7 petang):
Adakah anda fikir gaji Adun yang dipilih patut ditingkatkan?
640 responden
Ya. Tetapi pada kuantum yang munasabah - 44.06% (282)
Ya. Mereka berhak untuk setiap sen yang mereka dapat - 19.06% (122)
Tidak. Mereka sudah mendapat bayaran yang cukup - 18.44 % (118)
Tidak mengapa. Selagi mereka melakukan tugas mereka - 18.44 % (118)

Saturday, April 19, 2014

MB Kelantan Lawat Mendiang Karpal Singh


MB Kelantan ziarah mendiang Karpal Singh, puji beliau sebagai pembela rakyat

OLEH MD IZWAN
APRIL 19, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 19, 2014 04:23 PM
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakop bercakap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiand Karpal Singh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakop bercakap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiand Karpal Singh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2014.
Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya.
"Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.
Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.
Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.
Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat.
"Kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal keadilan.
"Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.
Sebelum itu, pemimpin Katolik juga hadir sama bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Lihat sahaja mereka yang hadir menziarahi mendiang. Ini adalah jawapan sebenar kepada mereka yang mahukan 1Malaysia," kata bekas Uskup Pulau Pinang, Anthony Selvanayagam selepas menziarahi mendiang.
Beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang pejuang semua kaum tanpa mengira agama dan kaum serta menolak perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia.
Sementara itu, Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (gambar), yang juga rakan sejak mendiang di bangku sekolah menyifatkan beliau sebagai seorang insan hebat.
"Saya gembira dapat sampai dari Kuala Lumpur walaupun terlalu sibuk sengan sambutan Easter.
"Kami kenal sejak zaman persekolahan. Beliau seorang insan yang hebat dan memang perlu menghargai individu sebegini," kata beliau.
Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan pada Khamis lalu kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila kenderaan Toyota Alphard beliau melanggar sebuah lori.
Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius Selvam Vellu, turut meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan kecil.
Sejak Khamis lalu, ribuan orang melawat rumahnya di Pulau Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang dianggap oleh pelbagai pihak sebagai salah seorang daripada ahli politik terbaik di negara ini.  – 19 April, 2014.

Keselamatan Sekolah Kini Hantui Kita Lagi ?

Kes-kes keselamatan di sekolah, kini kembali lagi menghantui masyarakat kita.NKRA negara salah satu adalah untuk memperkasakan. Orang ramai semua melihat dan meletakkan sekolah kepada guru. Manusia yang bertanggungjawab penuh dalam hal ini.

Walaupun dihujahi ia sebagai kes-kes terpencil, tetapi ia memberi kesan yang amat besar kepada masyarakat



Bola 4kg kena kepala

Oleh Siti Nadirah Hafidzin dan Mohamad Fahd Rahmat
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya. 

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan lanjut.
Foto
KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.

Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.

Friday, April 18, 2014

Masa depan sukan badminton negara berada dalam tempoh kegerhanaan. Ketiadaan pelapis berwibawa semasa Kejohanan Badminton Remaja Dunia ke pentas final adalah segala-galanya.

Duit yang dilaburkan, nampak tidak berbaloi. Apakah sebab , di manakah salahnya ? Perancangan, pengurusan atau pelan strategik






China Turut Kuasai Pentas Badminton Remaja Dunia

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 10:12 AM

Guipu menewaskan pemain remaja dunia dari Indonesia, Jonatan Christie.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR:China membuktikan penguasaan dalam sukanbadminton bukan hanya di peringkat skuad senior sahaja malah telah melebarkankuasa mereka di peringkat remaja. 

Ini dibuktikan apabila sembilan daripada 11 wakil negara itu mara keperingkat separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia BWF 2014 di Stadium SultanAbdul Halim.

Tiga pemain perseorangan lelaki, dua perseorangan wanita, tiga beregu wanita dan satu beregu campuran China mara ke separuh akhir manakala satu lagi beregu campuran dan satu-satunya beregu lelaki terkandas di peringkat suku akhir. 

Lebih membanggakan kem negara Tembok Besar itu, pemain perseorangan lelaki yang tidak tersenarai sebagai pemain pilihan kejohanan, Lin Guipu mengejutkan pemain remaja nombor satu dunia, Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 21-18 dalam masa 45 minit. 

"Saya bermain tanpa sebarang tekanan dan tidak banyak memikirkan untuk menewaskan Jonatan. Saya tidak berputus asa dan memberi yang terbaik," kata Guipu. 

Guipu bakal berdepan dengan rakan senagara Zhao Junpeng yang menewaskanwakil Malaysia, Cheam June Wei 18-21, 21-12, 21-17 dalam pertarungan suku akhir. 

"Saya tidak memikirkan sejauh itu...hanya memikirkan perlawanan seterusnya.Menentang rakan sepasukan tidak pernah mudah dan saya sedia turun untuk berjuang," kata Guipu.

Turut mara ke perlawanan separuh akhir ialah Shi Yuqi yang akan berdepan lawannya dari Indonesia Anthony Ginting yang menundukkan Kanta Tsuneyama dari Jepun 21-13, 21-5. 

Bagaimanapun, kem China dikejutkan apabila pasangan beregu lelaki utama Huang Kaixiang/Zheng Si Wei tewas kepada Kim Jae Hwan/Kim Jung Ho dari Korea 21-15, 17-21, 18-21. 

Sementara itu, pemain perseorangan wanita China Qin Jingjing dan HeBing Jiao akan berdepan dua wakil dari Jepun iaitu pemain nombor satu remaja dunia Akane Yamaguchi dan pemain nombor empat dunia, Aya Ohori. 

Pasangan beregu wanita remaja China iaitu Chen Qingchen/Jia Yi Fan akan berdepan rakan sepasukan Du Yue/Li Yin Hui manakala satu lagi pasangan beregu wanita Jiang Binbin/Tang Pingyang akan berdepan lawan dari Indonesia Apriani Rahayu/Rosyita Eka Putri Sari. 

Wakil tunggal beregu campuran Huang Kaixiang/Chen Qingchen pula akanberdepan Yuta Watanabe/Arisa Higashino dari Jepun.