Tuesday, December 31, 2013

Rakyat Ditipu Lagi - PEM


Potong elaun 10 peratus, PM masih ada RM6 bilion

rafizi_pc_pkrhqKUALA LUMPUR 30 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion simpanan dana misteri, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemotongan 10 peratus elaun bulanan.
Kata Rafizi, tindakan memotong elaun keraian hanya reaksi kerajaan yang sedar kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini
“Tidak membantu sama sekali menghentikan pembaziran. Tidak ada satu sen pun daripada peruntukan RM6.8 bilion dalam dana tersebut dipotong walaupun perbelanjaan itu hanya akan membazirkan wang rakyat,” kata Rafizi.
Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong sebelum ini mendedahkan sekurang-kurangnya RM6.8 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2014 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijadikan dana politik dan tidak jelas butirannya.
Katanya, ia termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion program pembangunan, RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat, projek khas (RM200 juta) dan projek mesra rakyat (RM665 juta).
JPMKata Rafizi, langkah dilakukan Najib tidak berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2008 yang mengumumkan untuk memotong 10 peratus dari elaun keraian menteri.
Ujarnya, kerajaan harus menghentikan peruntukkan dana bagi program yang tidak jelas matlamatnya seperti Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diberi peruntukkan hampir RM300 juta.
“Sebab utama masalah kewangan di negara ini menjadi parah adalah kerana kita mempunyai kepimpinan yang tidak serius dalam memerangi rasuah , walaupun diselubungi rasuah,” katanya.

Rakyat Sengsara Pemimpin Selesa - Dr Agus


Agus: Jangan rakyat sengsara pemimpin selesa
  •  Dr Mohammad Agus YusoffDr Mohammad Agus Yusoff
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff hari ini bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kerajaan perlu memahami segala permasalahan rakyat dan cuba mencari jalan terbaik untuk mengatasinya dalam istilah mudahnya ialah memahami denyut nadi rakyat.

Menurutnya, mengambil satu contoh, dari aspek ekonomi, sekiranya berlaku bebanan terhadap ekonomi negara kedua-dua pihak sama ada daripada pemimpin mahupun rakyat perlu sama-sama memikul bebanan tersebut, agar tidak timbul istilah ‘berat sebelah’, atau hanya satu pihak sahaja yang terpaksa menanggung beban tersebut.

“Bagi saya pemimpin jangan hanya pandai melepaskan diri mereka sahaja, cuba fahami masalah rakyat.

“Setiap bebanan negara itu dipikul bersama, jangan hanya rakyat yang terpaksa menanggung sengsara tetapi pemimpin selesa.

“…oleh itu saya sangat kecewa sekiranya pemimpin memberi aspirasi palsu kepada rakyat, bagi saya rakyat tidak tuntut lebih, tetapi mereka hanya mahukan sedikit ruang untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Menggulas lanjut, Agus menegaskan pemimpin yang tidak mempunyai ‘jiwa rakyat’ pasti akan ditolak oleh rakyat kelak.

“Ingatlah pemimpin jangan sampai satu hari nanti kamu ditolak oleh rakyat, dek kerana sikap kamu yang tidak pernah memahami denyut nadi rakyat.

“Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat itu perlu difahami dan dijawab sebaik mungkin, bukan dibalas dengan jawapan yang seolah-olah memandulkan rakyat,” tegasnya.

Hari ini dalam satu kenyataan, Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan BN perlu memahami denyut nadi agar tidak ditolak oleh rakyat dalam PRU yang akan datang.

Monday, December 30, 2013

Bila Pemimpin Menjadi Hampeh ?- Aspan Alias


Pemimpin menjadi beban kepada rakyat, sampai bila?

 

Semalam lagi seorang pemimpin UMNO, kali ini Ketua Wanita UMNO Kuantan dilapurkan menghalau sesiapa yang tidak bersetuju dengan kerajaan BN pergi tinggal di negara lain. Nama Ketua Wanita itu kalau tidak silap ingatan saya ialah Datuk Zaiton Mat. Tidak berapa lama dahulu kita terdengar Zahid Hamidi menghalau yang tidak bersetuju dengan BN tinggalkan negara ini. Beberapa orang lagi telah dilapurkan mengeluarkan kata-kata yang sama.

Menghalau orang dan menyiahkan pandangan ramai sudah menjadi budaya baru dan akan melarat tidak lama lagi. Dalam bulan Ramadan yang lalu seorang lagi Menteri, yang namanya Hasan Malek memberitahu rakyat jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Beberapa minggu lalu seorang lagi Menteri, Wahid Omar, berkata kalau tol mahal gunakan jalan alternatif, jangan guna lebuhraya.

Inilah dia contoh-contoh setara mana nilai dan kualiti Menteri-Menteri sekarang ini. ‘Political language’ mereka tidak langsung melambangkan mereka adalah ‘material’ sebagai seorang pemimpin, yang layak nya duduk di tepi jalan atau dalam hutan sahaja dan bercakap seorang diri jika terlalu gian untuk bercakap.

Sekarang ini apa pula akan dikatakan oleh Hasan Malek dengan rungutan orang ramai yang harga barangan yang menjadi isu Kementeriannya sekarang ini terlalu mahal. Dua hari lepas saya ada terdengar beliau meminta orang ramai jangan merungut dan terima sahaja hakikat yang barang akan naik mengikut masanya.

Saya percaya jika orang ramai masih merungut kerana persediaan anak sekolah terlalu tinggi, mungkin beliau akan meminta mereka itu jangan hantar anak ke sekolah pula. Yang penting bagi pemimpin sekarang jangan bersungut, kerana mereka sangat rimas mendengar rakyat bersungut sebab mereka tidak tahu cara menjawab persoalan rakyat itu.

Sesungguhnya rakyat yang menghalau mereka lari keluar negara kerana mereka tidak tahu memimpin negara. Sebenarnya mereka yang tidak berguna kepada negara, kerana mereka hanya menjadi beban kepada kita semua. Memangnya satu hakikat pimpinan yang lemah itu adalah beban kepada negara. itulah bebanan rakyat sebenarnya.

Ada pula pemimpin itu sudahlah menjadi beban kepada negara, ahli keluarga mereka pun dibawanya bersama untuk membebankan kita rakyat ini. Setengah pemimpin, isterinya menjadi beban kepada negara, ada pemimpin wanita suaminya menjadi beban kepada negara dan yang lain-lain pula anak-anak dan ipar duainya menjadi beban kepada rakyat serta negara.

Sepatutnya pemimpin yang memikul beban untuk menjaga negara dan rakyat, tetapi apa yang berlaku sekarang mereka pula yang membebankan rakyat dan negara. Bukti terpampang di depan mata yang menunjukkan pemimpin-pemimpin membebankan rakyat masih lagi ramai yang tidak faham dan merasakannya.

Malapetaka yang dihadapi oleh rakyat seperti banjir dan bah di Kuantan dan tempat-tempat lain itu adalah hasil dari bebanan yang dihempapkan kepada kita oleh pemimpin yang kita berikan mandat dalam setiap pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Bah dan banjir di Kuantan baru-baru ini adalah disebabkan oleh limpahan air yang sudah tidak tertakung lagi oleh baki dan saki baki hutan dan pokok-pokok balak yang ditebang tanpa had.

Pemimpin-pemimpin kita telah menebang dan membersihkan balak-balak dan hutan yang telah menakung limpahan air. Tuhan telah menjadikan hutan dan rimba serta pokok-pokok dan pohon-pohon dan bukit bukau itu untuk menjadi pasak kepada bumi ini. Apabila ditebang dan dibotakkan hutan belantara itu maka air yang turun melalui hujan atau yang tersedia ada tertakung itu akan mengalir ke tanah rendah, maka banjirlah Kuantan dan tempat-tempat yang lain.

Apabila sampai ketahap ini masih tidak belajar lagi kah yang kesemua bencana ini berlaku adalah disebabkan oleh manusia yang nmempunyai pemimpin. Jika pemimpin dan sesiapa yang berkuasa tidak prihatin dan menebang semua penakung-penakung dan tadahan air ini, maka banjir akan menjadi ‘acara’ tahunan di tempat-tempat yang terlibat.

Maka masalah-masalah yang berkaitan dengan banjir ini adalah disebabkan oleh kerakusan pihak yang berkuasa dan berpengaruh mendapatkan wang ringgit secara mudah dengan banyak melalui penebangan hutan belantara ini. Mereka menggunakan wang mudah melalui hutan dan belantara ini dengan tidak memikirkan apa yang akan mereka wariskan kepada generasi mereka yang akan datang. Wang yang didapati dengan mudah inilah yang dibelanjakan di kasino-kasino besar didunia ini serta berbelanja untuk membeli belah barangan yang mahal-mahal untuk hidup dalam ‘glamour’ itu.

Sesungguhnya rakyat menghadapi masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Kini rakyat terpaksa meminta projek tambatan banjir dengan kos yang begitu tinggi merata-rata di negara ini. Selalunya mereka yang akan dapat kontrak-kontrak besar ini adalah dikalangan mereka yang menebang hutan belantara tadi juga. Mereka adalah ‘rent seekers’ yang hampir dengan kuasa. Pendeknya yang memberi masalah itu adalah pemimpin dan yang menggunakan kesempatan untuk mendapatkan kontrak besar ini juga adalah di kalangan mereka juga.

Pemimpin dan kroni mereka membelasah rakyat dari kiri dan kanan dan dalam proses ini mereka juga yang akan mendapat laba besar darinya.

Itu sebabnya saya selalu berkata rakyat yang lurus dan bersih jiwanya dan di sertai dengan sifat ‘naive’ mereka telah menjadi modal kumpulan pemimpin dan yang berkuasa untuk memperniagakan rakyat yang ramai-ramai ini.

Itulah sebabnya mereka tidak akan melepaskan jawatan-jawatan yang memberikan mereka kemudahan dan keistimewaan untuk memperniagakan rakyat buat selama-lamanya. Rakyat itu adalah modal perniagaan mereka sahaja.

Apabila rakyat sedar dan mahu memberontak kerana kejahilan kepimpinan ini, maka rakyat pula dipersalahkan dan dianggap sebagai petualang kepada negara pula. Hanya rakyat lurus itu sahaja yang bersalah, ‘penyamun’ tidak pernah bersalah di negara ini.

Ada pihak yang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan kini, melalui parti yang ditubuhkannya, tetapi kumpulan ini juga adalah dari kumpulan yang sama suatu ketika dahulu. Masakan mereka ini boleh menjadi penyelamat kepada negara dan rakyat ini.

Sesungguhnya semua pemimpin di kedua-dua belah pihak ini memberikan masalah besar dan terus-terusan menjadi beban kepada kehidupan rakyat, empunya negara ini yang hakiki.

Sunday, December 29, 2013

Media Mesir Macam Media Umno Malaysia jugak ke ?

Jika nak tipu pun biarlah berpada-pada. Rupanya media Mesir . Media Umno Mesir maca juga dengan media Umno Malaysia. Logiknya macam ada tetapi fakta nya nampak auta.

Orang gila sahaja, atau pelajar gila sahaja sanggup membakar sekolah atau tempat dia mengaji. Justeru janganlah kuat menipu sangat.



Pelajar bakar Universiti Al-Azhar

 

API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.
Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.
Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.
Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.
Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.
Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.
Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Friday, December 27, 2013

Rumah=rumah di sebaik namanya ?


Rumah Ngaji vs rumah urut
KUALA Lumpur mengajar saya seribu satu rencah kehidupan, dari A hingga Z. Awal 70-an, ketika mula berkelana di kota besar ini, saya terus disentak renjatan budaya. Sebagai budak kampung serba totok, apa yang dilihat, didengar dan dirasa, semuanya luar biasa.

Baru saya tahu di kota megah ini ada bermacam jenis rumah. Rumah mula-mula saya tinggal terletak di hujung Kampung Datuk Keramat. Tidak ada air paip, tidak ada elektrik, malah tidak ada tandas. Itu namanya ‘rumah haram’, kemudian diubah sebutan jadi setinggan.

Seburuk-buruk rumah saya di kampung terpencil di Muar, ada juga air paip, elektrik dan tandas jirus. Pelik, apabila jadi orang bandar – warga kota konon! – saya mandi air telaga, sebelah malam guna lampu minyak tanah, buang air dalam longkang. Luar biasa!

Ada ‘rumah pangsa’, berlapis-lapis, macam sarang burung merpati, naik-turun menggunakan lif. Kalau lif rosak, terpaksa menongkah tangga hingga urat kaki kejang. Rumah pangsa kemudian disebut flat.

Sebagai wartawan jenayah, sering mengikut polis dan penguat kuasa melakukan serbuan, saya mengetahui banyak lagi jenis rumah. Dia orang menyebut ‘rumah ayam’, merujuk kepada kawasan berseronok di sekitar Chow Kit yang menempatkan gadis dan wanita pelayan seks. Pelacur disebut ayam, taukenya disebut ibu ayam.

Ada ‘rumah judi’ tempat orang main poker sambil mabuk arak. Rumah judi terbesar ketika itu ialah padang lumba kuda @ race course di Jalan Ampang – kini tersergam menara berkembar Petronas – yang setiap hujung minggu dikunjungi beribu peminat judi kuda.

Dan, ada juga ‘rumah urut’ yang tukang urutnya ialah gadis dan wanita seksi. Khidmat yang ditawarkan lebih dari urut. Sampai sekarang rumah urut tumbuh di merata tempat, banyak yang beroperasi secara haram menggunakan berbagai nama indah lagi komersial seperti ‘pusat kesihatan’, ‘spa’, ‘salun uniseks’ dan lain-lain.

Seperti dilaporkan media di Selangor, juga KL, ada beratus rumah urut haram, menawarkan khidmat gadis GRO luar termasuk dari Indonesia, Thailand, dan China. Masuk secara sah menggunakan visa pelawat, mereka dikurung di rumah urut. Mereka bukan pelancong, tetapi pelacur.

Rumah ayam, rumah judi, rumah urut semua membawa unsur-unsur negatif. Tetapi, ada juga rumah yang menyemarakkan nilai-nilai positif lagi murni, seperti ‘Rumah Orang Tua’, ‘Rumah Anak Yatim’, ‘Rumah Pengasih’ dan rumah-rumah kebajikan lain. Pendek kata di KL ada rumah baik, ada rumah tidak baik.

Terkini, ada ‘Rumah Ngaji’. Matlamat utama program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI),  Kumpulan Media Karangkraf ini ialah untuk menimbulkan kesedaran ummah tentang kepentingan al-Quran. Kitab suci itu perlu dibaca, difahami maknanya, dan dihayati untuk kesempurnaan hidup.

Dengan moto ‘Al-Quran Landasan Kehidupan’ kelas-kelas di bawah program ini telah dimulakan sejak tiga bulan lalu. Bilik-bilik berhawa dingin dan suasana kondusif pembelajaran disediakan di bangunan Sinar Harian, ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam.

Lima orang pegawai agama dengan ijazah dari dalam dan luar negara menjadi tenaga pengajar tetap untuk mengendalikan pembelajaran kitab suci menerusi kaedah ‘Al-Badar’ dan ‘Talaqi’. Sama ada pelajaran asas – termasuk yang baru mengenal ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’ – atau untuk memperbaiki tajwid dan mutu bacaan, semuanya disampaikan dengan amat berkesan.

Siapa sahaja boleh menghadiri ‘Rumah Ngaji’, tanpa mengira jantina dan usia, terutama penduduk di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Buat masa ini kelas-kelas diadakan tiga kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat, antara 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Walaupun tidak diuar-uarkan secara meluas, sambutan terhadap program mulia ini amat menggalakkan. Ramai penduduk setempat berusia antara 5 – 40 tahun kini mengikuti kelas. Untuk tahun 2014 WUI mempelawa siapa sahaja untuk singgah dan menelaah al-Quran di ‘Rumah Ngaji’. Datang terus, atau hubungi 03 5101388 untuk pertanyaan dan pendaftaran.

Tidak ada sebarang bayaran dikenakan. Bilik pengajian kondusif, tenaga pengajar berijazah, semuanya percuma. Tidak cukup hanya celik huruf dan celik komputer, WUI mahu setiap orang celik al-Quran, sebab kitab suci pembimbing ummah.

Mudah-mudahan dengan ‘Rumah Ngaji’ kita dapat memerangi rumah urut, Insya-Allah.

Thursday, December 26, 2013

Kebejatan Bom di Mansurah Mesir. Siapakah Dalangnya ?


Bom Manshurah Terlalu Canggih Untuk Dimiliki Kelompok “Teroris”

Rubrik: Afrika | Kontributor: Moh Sofwan Abbas - 25/12/13 | 21:10 | 21 Safar 1435 H
Bom Piezoelektrik (egyptwindow)
Bom Piezoelektrik (egyptwindow)
dakwatuna.com – Kairo. Ahmad Athwan, seorang jurnalis Mesir, menulis sebuah artikel di situs egyptwindow tentang ledakan yang terjadi di Mapolwil Manshurah Selasa (24/12/2013) yang lalu. Dalam artikel tersebut, Athwan menyebut bahwa jenis bom yang diledakkan menunjukkan bahwa pihak yang bertanggung jawab bukanlah orang atau kelompok sembarangan. Kalau memang ledakan ini didalangi penguasa kudeta, maka hal ini menunjukkan bahwa mereka telah melakukan kesalahan yang sangat besar.
Setelah identifikasi, diketahui bahwa bom yang meledak di Mapolwil Manshurah adalah jenis bom piezoelektrik yang sangat jarang beredar di dunia karena istimewa. Bom jenis ini meledak dengan cara mengosongkan udara sekitar sehingga tidak terjadi kebakaran.
Efek kerusakan ledakannya menyeluruh, tidak hanya arah yang disasar saja. Biasanya digunakan untuk meledakkan target di bawah tanah seperti bunker, terowongan dan sebagainya. Bom inilah yang digunakan pasukan Amerika saat memerangi Taliban di Afganistan, karena mereka bersembunyi di gua dan gunung.
Panas yang dihasilkan ledakannya mencapai 3 ribu derajat celcius. Harga bom ini sangat mahal, yaitu US$ 25 juta (sekitar Rp 300 milyar). Oleh karena itu tidak sembarang pihak yang bisa memilikinya. Hanya militer resmi negara yang memilikinya dan diijinkan untuk mengimpornya. Kelompok “teroris” tentulah jauh dari kemungkinan memilikinya. (msa/dakwatuna/egyptwindow)
edaktur: Moh Sofwan Abbas

Wednesday, December 25, 2013

Lagi Pemikiran Menteri dalam Barisan UBN ?

Selepas mangsa banjir dihantar pergi menunaikan umrah. Terkini satu lagi idea cadangan daripada seorang bersatus menteri UBN. Mangsa banjir perlu dihiburkan dengan memberikan anugerah tv. 

Apa yang ada dalam pemikiran dan kepala otak menteri berkenaan hanya Allah yang maha mengetahui. Isunya sekarang menteri berkenaan terlalu memikirkan bantuan meterial kepada mangsa banjir.

Ini adalah pemikiran seorang menteri cendiakiwan dalam UBN. Melihatkan status dan latar belakang akademik menteri berkenaan tidak lah mudah. Hebat kelulusan dan daya intelektualnya, tetapi bila duduk dalam barisan UBN. Pemikirannya menjadi pandir dan memandirkan.

Rakyat, mahukan solusi yang ditangai secara holistik. Semua agensi perlu duduk semeja berbincang menyelesaikan permasalahan ini secara holistik. Kemudian setelah selesai barulah kita bertawakal di atas segala usaha kita. Dan baru menerima ketetapan dan takdir Illahi






Cadangan Bantuan Televisyen Kepada Mangsa Banjir
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) beramah mesra dengan hadirin ketika menghadiri majlis Makan Malam Amal Sentuhan Kasih di Cherating dekat Kuantan, malam Selasa. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta mengusahakan bantuan set televisyen kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
Beliau berkata bantuan televisyen itu merupakan antara usaha kerajaan yang akan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir.
"Saya dah maklumkan kepada pihak SKMM untuk cari jalan bagi membantu supaya dapat meringankan beban mangsa banjir, dalam usaha menguatkan semangat kekeluargaan ialah televisyen, di mana keluarga berkumpul bersama-sama (menonton televisyen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, malam Selasa.
Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.
Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan mangsa banjir buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini terutamanya di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.
"SKMM akan memikirkan bagaimana untuk kita mencari dana dan jalan untuk memberi satu set tv kepada setiap keluarga, seramai 30,000 keluarga terlibat (dalam banjir buruk baru-baru ini di seluruh negara), jadi kita akan cari 30,000 set tv.
"Insya-Allah ia akan jadi kenyataan, kita akan berusaha dengan semua pihak terlibat, untuk pastikan jadi kenyataan, juga dari NGO, yang sebelum ini dilihat telah memberi bantuan berupa tilam, dapur dan sebagainya," kata Ahmad Shabery.
Banjir buruk yang melanda baru-baru ini terutamanya di Kemaman dan Kuantan, mengakibatkan lebih 70,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Malah di Kemaman, sebanyak 10 pusat pemindahan daripada 49 pusat pemindahan di situ terpaksa dipindahkan berikutan pusat itu juga ditenggelami air.
Banjir buruk awal Disember lepas itu mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit, di mana kebanyakan keluarga di Kemaman dan Kuantan, mengalami kerugian total. - BERNAMA

Tuesday, December 24, 2013

Mutu pendidikan merosot, salah Umno lah ?

Mutu pendidikan negara tercorot, bukankah salah Umno ? Ini kerana dasar-dasar dibuat oleh Umno. Wakil rakyat Umno paling ramai dalam Dewan Rakyat.

Takkanlah nak salahkan Pak Mat Zain daripada Ulu Tembeling. Pak Mat Zain WasApps pun tak dak ?


Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat

OLEH MD IZWAN
DECEMBER 24, 2013
Malaysian memperuntukkan belanja besar bagi sektor pendidikan termasuk yang terbaru, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menggariskan pelbagai kaedah dan penambahbaikan. Gambar fail.Malaysian memperuntukkan belanja besar bagi sektor pendidikan termasuk yang terbaru, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menggariskan pelbagai kaedah dan penambahbaikan. Gambar fail.Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat dalam mengawal pengambilan dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka, kata laporan Bank Dunia hari ini.
The Wall Street Journal melaporkan Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks sementara maklumat umum prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.
"Sekitar 65% daripada pengambilan guru dilakukan oleh kerajaan dan bukannya sekolah itu sendiri, berbanding dengan hanya 5% di Korea Selatan, di mana sekolah-sekolah awam mempunyai lebih autonomi," kata laman berita tersebut yang memetik laporan Bank Dunia.
Pengarah Bank Dunia Asia Tenggara, Ulrich Zachau, berkata ibu bapa sukar untuk memberi maklum balas kepada pengurusan sekolah dan dengan mengambil kira faktor tersebut, sekolah menjadi kurang bertanggungjawab.
Kedudukan terbaru Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) sangat buruk, berada pada kedudukan 52 daripada keseluruhan 65 negara yang dikaji selidik.
Pelajar yang berusia 15 tahun diuji dalam matematik, sains dan membaca.
Berada di kedudukan tiga belakang, Malaysia jauh ketinggalan dengan kedudukan Singapura yang berada di tangga ke-2 malah negara berpendapatan rendah, Vietnam berada di tangga ke-17 lebih baik daripada Malaysia.
Laporan Bank Dunia juga menyatakan walaupun terdapat bilangan guru yang mencukupi di Malaysia, ibu bapa berpendapat kualiti pengajaran adalah suatu yang perlu dibahas.
Ibu bapa mendakwa guru tidak komited dalam tugas mereka, memetik contoh guru yang lebih asyik dengan telefon bimbit mereka daripada mengajar pelajar semasa waktu kelas.
Bagaimanapun, guru pula mempertahankan diri mereka dengan berkata, ia adalah tidak adil melabelkan guru sebagai tidak komited.
"Guru mengamalkan kaedah berbeza dalam mengajar pelajar," kata Adele Phang, seorang guru yang dipetik berkata dalam laporan The Wall Street Journal.
Ibu bapa juga bimbang terhadap dasar kerajaan yang berpatah balik antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan sains.
"Kerajaan sering beralih dalam dasar pendidikan, seperti beralih kepada Bahasa Malaysia daripada Bahasa Inggeris, ia hanya menambah kekeliruan dalam sistem yang sudah kelam-kabut," kata laporan tersebut yang memetik Sarah-Jane Thomas, ibu tunggal di Ipoh.
Dalam usaha untuk memperbaiki sistem pendidikan, kementerian memperuntukkan sejumlah besar wang dalam Pelan Induk Pendidikan Negara dan mensasarkan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di Malaysia.
Rangka pelan tindakan tersebut bertujuan mengalihkan pandangan agar rakyat Malaysia mula melihat pendidikan sebagai kerjaya profesional serta memberikan lebih autonomi kepada pejabat pendidikan negeri dan daerah. Ia juga berharap untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam sistem pendidikan.
Kementerian pendidikan juga memperuntukkan RM54.6 bilion dalam Bajet 2014, peruntukan paling tinggi dalam mana-mana bidang.
Memetik "keperluan segera untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia", laporan Bank Dunia berkata, pendidikan di dalam negara gagal menjalani pembaharuan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan untuk melahirkan kumpulan berkemahiran profesional.
"Saya berpendapat dalam mana-mana negara, agenda pemulihan kualiti pendidikan adalah rancangan jangka masa panjang, ia tidak boleh berlaku sekelip mata," kata Zachau.
Tetapi, Malaysia juga menghadapi isu banyak tenaga kerja di dalam negara yang berhijrah untuk bekerja di luar, dan agensi pengambilan pekerja Kelly Services melaporkan hampir 20% tenaga kerja berpendidikan tinggi meninggalkan negara untuk bekerja di negara yang mempunyai kedudukan ekonomi lebih kukuh.
Ia menyebabkan Malaysia kurang berdaya saing dengan dengan negara jiran Singapura, yang merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai banyak profesional. - 24 Disember, 2013.
 Foto Banjir

Monday, December 23, 2013

Pengerusi PAC Perlekehkan Intelektual Orang Kampung ?

Pengerusi PAC ramalkan  BN akan kalah teruk pada PRU14 di kawasan bandar dan separa bandar. Maknanya kawasa kampung masih lagi dalam gengaman UmnoBn. Alasannya gara-gara kenaikan harga barangan yang sedang kerajaan Bn naikkan.

Nampaknua Nur Jazlan memperlekehkan semua orang kampung yang gagal menggunakan intelek mereka dalam memahami isu kenaikkan harga barangan ini. Nampak sangat beliau tetap memperbodohkan orang kampung yang menjadi fixed deposit bagi undi kepada Umno. Bukan secaca pilihanan wild card.

Walaupun negara sudah merdeka.Dan kerajaan yang Nur Jazlan sendiri kejarkan masyarakat Minda Kelas Pertama. Maka Jazlan nampak sinis dengan slogan Najib dan menyenda tranformasi Najib. Kesian Najib nampak keseorangan melaksanakan dasar=dasar yang diwawasankan olehnya.

Itulah Umno dan Itulah Bn...... Tipu dan tetap menipu selamanya.


BN akan kalah lagi di bandar
  • Datuk Nur Jazlan MohamedDatuk Nur Jazlan Mohamed
 1 / 1 
SHAH ALAM - BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan.

"Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang sebahagian daripadanya dibuat setelah ditangguhkan.

“Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara.

“Bila dah lama sangat tangguh (melaksanakan sesuatu keputusan), akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga (kenaikan yang dirancang),” katanya.

Ditanya apa seharusnya dilakukan kerajaan sekarang bagi mengurangkan beban rakyat, Nur Jazlan berkata, keputusan yang tepat berada di tangan kerajaan, sama ada mahu tangguh lagi atau teruskan dengan kenaikan (harga barangan dan perkhidmatan).

"Jika kenaikan itu terus ditangguhkan, kemungkinan besar rakyat akan makin terbeban kerana kos semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukan hukuman kepada rakyat, tetapi disebabkan tuntutan semasa.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata, kemarahan rakyat adalah berpunca daripada kurangnya penjelasan agensi terlibat.

“Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.

“Oleh itu, agensi yang terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasi bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.

"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya.

Media, katanya, berperanan besar dalam menyampaikan maklumat tepat agar rakyat faham apa ingin disampaikan kerajaan.