Tuesday, August 28, 2012

PRU 13: Parlimen Bubar 8 Sept ?

Rumah terbuka Syawal adalah sesuatu yang menarik buat masa ini. Masing-masing ramai yang anjur ada yang pelbagai serampang yang bermataa-mata

Baru sebentar tadi penulis berkesempatan beraya di rumah terbuka orang kuat PAS di Parlimen Temerloh ini. Kebetulan semasa kunjungan penulis itu bertemu dengan ramai kenalan yang dikenali dan mengenali penulis.

Fokus yang dibualkan adalah berkisar isu politik, ramai yang teruja sangat bilakah parlimen akan dibubarkan. masa ini ramailah yang mengaku ada saudara di sini sana. dan masing-masing cuba memberi info apa-apa sahaja berkenaan politik semasa setempat atau nasional mahupun antarabangsa.

Terbaru dalam ramai-ramai berbual itu, ada yang menjadi jurucakap Najib ada yg wakili SB PDRM ada yang informer itu dan ini. 

Lontaran yang amat menarik isi yang dibualkan parlimen bakal dibubarkan pada 8 September 2012.

Alasannya kata mereka cutu pegawai keselamatan dibekusejukkan, walaupun beku membeku dah lama, tidak juga nampak cair. Agaknya kalinya bakal cair kataanya.

Katanya polis baik memberitahu semacam itulah maklumatnya. Minta PR sebelah sini siap siagalah.

Kalau ya kita kena rujuklah juga para pencetak atau kilang cetak. Kalau dah ada tempahan dibuat atau hint-hint kertas dah banyak masuk dan murah pula maka dekatlah pilihanraya.

hebatnyaa najib hanya dialah seorang sahaja yg tahu bila parlimen mahu dibubarkan.

Kita nantikan laah sahaja ...


Sunday, August 26, 2012

Satu-satu PM di dunia yg minta rakyat jangan berubah

PM terkebelakang sekali adalah PM Najib 1 Malaysia. Mana-mana atas dunia sekalipun PM atau ketua kerajaan mana-mana negara merdeka sering menyeru mahukan rakyatnya berubah. Maknanya semua pemimpin berkeinginan mahukan rakyatnya hari esok mereka lebih baik daripada hari ininya, maka hari semalam mereka lebih baik daripada hari kelmarinnya. Itulah namanya pemimpin yang ada wawasan dan sentiasa terkehadapan dalam sikap sifat dan wawasannya.

Pemimpin ini adalah mengutamakan kepentingan rakyat, maknanya kepentingan rakyat didahulukan. Kalau ikut slogan Najib macam-macam lah itu ini slogan tetapi perlaksanaan atau aplikasinya zero.

Namun seruaan terkebelakangnya adalah manifestasi yang  'lahir rasa takut' kerana ada pihak yang mampu dan terkehadapan dalam menyaingi kepimpinannya.Dan mampu menawarkan kepada rakyat apa yang lebih baik atau terbaik dengan apa yg kerajaan yg sedia ada mampu dan sudah baut. Serta yang paling dibimbanginya atau digeruni partinya akan terkubur tidak berapa lama sebaik sahaja beliau umumkan perbubaran parlimen negara Malaysia yang pelik lagi cermat ni.

Inilah malangnya kita mempunyai seorang PM yang daya intelektualnya wajar dipertikaikan. Mana ada orang yang mahu secara logikkannya perubahan kepada benda yang tidak baik. Misalnya jika di pencuri dia mahu menjadi baik sebab dia sudah lalui kerjaya sebagai pencuri itu tidak baik. 

Takkanlah secara logikkanya rakyat yang baik mahu berubah menjadi rakyat yang jahat. Contohnya dia baik kali ini berubah untuk menjadi pencuri. Ini namanya rakyat berkenaan sudah gila dan rosak mentalnya.

Yang lebih menakutkan kita rakyat adalah UBN adalah syaitan seperti kata mantan PM Dr M. Dan rakyat sudah diperakukan dengan jelas sedemikian rupa, kenapa masih lagi mahu berdegil dan terus menyokong syaitan.


Kita tunggu ulasan cendikiawan alim ulama Umno dan majlis fatwa serta tok peti yang sealiran dengan kerajaan BN kerajaan Syaitan yang dikenali.




PM Minta Rakyat Tidak Buat Perubahan Yang Belum Pasti Kebaikannya

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, Ahad.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.
"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.
Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.
Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.
"Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan...negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya.
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - BERNAMA


Saturday, August 25, 2012

PM: Boleh bubar dah parlimen- pekan sahaja hadir 70 ribu

BENARLAH nampaknya parlimen bakal dibubarkan dalam masa terdekat. Selepas dikunjungi ramai rakyat dalam himpunan terbaru di Putrajaya. Kini orang pekan sahaja, (seluruh jumlah pengundi Pekan) bakal menyerbu rumah terbuka Najib esok.

Selepas ini, tiada masalah lah najib mahu bubarkan parlimen. Kelmarin penulis bertemu dengan beberapa orang peneroka FELDA. Rata-rata memuji Najib kerana satu-satu PM yang perihatin dengan warga Felda. 

Banyak kebajikan warga Felda jelas beliau terbela dan diberi perhatian sejak Najib menjadi PM, menteri Felda, menteri Petronas dan menteri NFC yg terbaru. Pendekata Najib adalah hebatlah...


70,000 tetamu dijangka hadir rumah terbuka Najib di Pekan esok

PEKAN: Majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, esok dijangka menarik kira-kira 70,000 tetamu. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, setakat ini persiapan majlis yang akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu berjalan lancar. 
"Kira-kira 200 gerai dari 150 pembekal makanan sekitar Pekan juga bersedia menyediakan pelbagai jenis juadah hari raya termasuk makanan tempatan seperti opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, nasi minyak dan roti jala," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan persiapan majlis akhir tersebut di sini, hari ini. 

Ishak berkata, sambutan rumah terbuka esok bukan sahaja mahu meraikan penduduk Pekan dan orang ramai tetapi turut mempromosi makanan tradisional Pekan. 

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu. 

Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan kepada 200 bakal jemaah haji dari Pekan selain pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis terbabit, katanya. 

"Beberapa orang artis terkenal seperti Awie (Wings), penyanyi Syed Sobrie, Azie, Noraniza Idris, Nassier Wahab, DJ Dave dan Hattan turut dijemput memeriahkan majlis," katanya sambil menambah majlis akan dihoskan Linda Onn, Sharifah Shahira, Lan Pet Pet dan Sathiya. - BERN

UBN: DAP Sombong - tak modal ke ?

Media Utusan Meloya dan UBN paling tidak standard langsung. Bila UBN serang PAS kerana lari perjuangan negara Islam jadi negara kebajikan, ok juga tu. Serang PKR anwar gila nak jadi PM ok juga lah, tetapi serang DAP hanya sombong, 

Ini menunjukkan UBN dah habis modal dan paling tidak kartun dan tidak standard langsung. Buat malu saja dahlah PM sibuk dnegan NKRA lah, Tranformasilah, Janji Ditepatilah, dan macam-macam lagi, Dok ..dok DAP sombong

Macam budak bidak tadika , dah tak dak modal ka..


Beri perhatian dakwaan DAP sombong

PUTRAJAYA 25 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengambil iktibar daripada pelbagai kenyataan termasuk parti pembangkang sendiri yang mendakwa DAP sebagai angkuh dan sombong.
“Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Thursday, August 23, 2012

Pandangan Sisi Kerosakkan oleh Tun M - negarawan kita

Memanglah jika pembangkang ambil dan perintah negara banyak benda yang bakal dirosakkan. Pertama undang-undang dikembalikan , jadi undang-undang lama yang diamalkan sudah tentulah dirosakkan.

Jika pembangkang ambil dan perintah, wang yang tiris kepada pihak tertentu akan dibongkar dan akan dikembalikan. tentulah ia akan merosakkan kehidupan dan ketenagan individu berkenaan yang selama hari ini slesa dan tenang macam lembu kenyang tanpa ada rasa bersalah.

Seterusnya, jika PR memerintah negara maka banyaklah perkara yang perlu diperbetulkan. Orang yang mahukan keadilan akan dikembalikan keadilan, orang yang teranaiya akan dibela, orang yang dinafikan hak maka mahu dikembalikan hak mereka. jadi banyaklah perkara dan benda yang dirosakkan kembali.

Tetapi kerosakan yang mahu  dibuat adalah kerosakkan yg mahu diperbetulkan daripada tangan orang zalim. Royalti dikembalikan kepada Kelantan, geran perkapita ke negeri PR sebelumnya dikira kembali. Inilah antara kerosakkan yang dimaksudkan oleh mantan PM yang sudah lah mencorakkan bentuk-bentuk kerosakkan dalam negara kita ini.



Dr M: Banyak perkara rosak jika pembangkang perintah

22 Ogos 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.
   
Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.
   
Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan.
   
"Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.

"Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya," kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana, adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan.
   
"Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia kini bankrap," katanya.
   
Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.
   
"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.
   
Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

"Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya.
   
"Sekarang, sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?" kata Dr Mahathir.
   
Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci".
   
Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain.
   
Dr Mahathir berkata pembangkang akan memastikan yang BN tidak akan kembali, dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk 'gempar' sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan.
   
Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka.
   
"Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat," katanya. - Bernama

Isu : Ikutlah dan dengarlah sesekali nasihat orang

Sudah terlalu banyak ilmu pengurusan yang pimpinan PAS belajar antaranya ilmu menguruskan isu. Tetapi dalam isu Karpal-Nasaruddin Mat Isa kenap masih ramai lagi pimpinan PAS yang masih gatal mulut.

Ikutlah nasihat dan pandangan veteran media Tn Hj Subky Latif ambillah pandangan Mohd Sayuti Omar (MSO) , walaupun tidak setuju jangan tinggal semua sekali. Tengok macam rakan PR lain DAP buat lembu kenyang dengan kenyataan Karpal, PKR dia tak campur dan tidak layan langsung tentang hal ni.

Dalam rakan PAS yang lain kawalan tetap ada, siapa yang harus bercakap. Penulis rasa dah lama dah, setiap kali muktamar ramai perwakilan dah ingatkan berkali kali bab menguruskan benda benda macam ni.

Entahlah pimpinan PAS kita ni..... Nak menang buat kerja macam tau mahu menang. Letih lah kami orang bawah ni...




PAS diam saja apa Nasharudin kata

Subky Abdul Latif,22 Ogs 2012
Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada  PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan  tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama  selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.

Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang  silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.

Kongsi sama Cerita & Masa Depan & Harapan PR di Pahang


Coretan rengkas dari Pahang


— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Aug 21, 2012
21 OGOS — Saya berada di Pahang beberapa hari raya ini. Disamping beraya, perbualan tetap berkisar pada politik. Kegilaan apa yang melanda Pahang?
Berapa kerusi pembangkang boleh menang? Mereka bertanya saya. Saya kata nanti dahulu. Saya akan tulis artikel khusus untuk Pahang. Kali ini Pahang akan hilang lebih banyak kerusi DUN dan kerusi parlimen. Hampir semua pemimpin MCA akan kecundang. Taruhlah siapa pun.
Pemimpin Umno masih lagi menyandarkan optimism kepada kaji selidik mereka. Tapi bolehkah hasil kajiselidik ini dipercayai? Semua orang tahu, kaji selidik Umno ditambah 30%. Ertinya, kajiselidik Umno hanya 70% tepat. Dalam bahasa mudah, jika kajiselidik Umno kata dia akan menang 100 kerusi parlimen, mereka akan menang 70 kerusi. Itu pun jumlah kerusi yang Umno akan menang kali ini.
Kenapa Najib lambat buat pilihanraya? Ramai orang lupa saya lama menjadi AJK Umno bahagian Pekan dan jadi ketua penerangan Umno bahagian. Najib lambat kerana dia tidak yakin dengan hasil kajian ejensi-ejensi yang diupah kerajaan. Kecuali dia sudah yakin, baharulah dia akan buat pilihanraya. Takkan kita lupa, Najib ini bukan nya orang berani.
Sayang sekali, Najib tidak akan bertemu dengan kaji selidik yang dikemukakan oleh ejensi-ejensi kerajaan yang tepat. Lapuran wanita Umno sudah lama tidak dipercayai oleh presiden Umno. Dia tahu ketua wanita duduk di rumah dan pangkah atas nama nama pengundi sebagai penyokong Umno. Itulah yang terjadi pada Najib dalam tahun 1999. Semua lapuran kata boss ok. Akhirnya boss hampir KO.
Lapuran Pemuda dan Pemudi adalah catatan boy scouts dan pandu puteri. Main masak masak. lapuran mereka macam main main. Jadi bagaimana kepala presiden Umno tak pening.
Umno hendak dapat undi dari mana? Dari kaum Cina undi mereka sudah 80% kepihak pembangkang. Dari golongan muda demikian juga 90% mirip pembangkang. Dan Umno lupa, bahawa sokongan mereka yang memihak kepada pembangkang dalam tahun 2008 diransang oleh keyakinan. Dan sokongan yang berdiri diatas keyakinan sukar digoncang. Sebaliknya, sokongan yang di perolehi dengan cara merasuah dan membayar sogokan amat mudah terbalik. Pemimpin Umno sedar hakikat ini. yang masih bebal dan degil ialah pemimpin bawahan seperti ketua-ketua bahagian.
MCA tidak lagi jadi pilihan utama kaum Cina. Jika orang Cina sudah menolak calon Cina, mengapa orang Melayu yang beragama Islam mahu menyokong mereka? Mereka kan orang kafir? MCA pun kafir harbi. Bukankah Chua Soi Lek terang-terang menentang agama Islam dan Umno bacul bila Soi Lek berkata hanya MCA yang berani menentang hudud?
Orang Umno takkan nak sokong hudud. Kita faham mengapa mereka bersikap demikian. Jika disokong nanti ramai pula anggota cabinet yang tidak ada tangan datang bermesyuarat termasuklah yang terlibat dalam skendel pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lain kelengkapan tentera. Ramai ahli cabinet hilang tangan sebab mereka terlibat dalam mengkhianati negara ini dengan menjual IC Malaysia. Ramai pemimpin Umno akan hilang tangan kerana menjual bumi Melayu ini.
Saya sedang memerhati pergolakan Pahang sekarang. MB yang ada mahu disingkirkan. Panglima kanan Najib sedang buat counter balance kepada DSDR Adnan Yaakob. Jika calon-calon half-past six dikekalkan, maka riwayat Umno akan singkat. Berilah rakyat pemimpin Melayu yang berkaliber. Jika tidak boleh, maka ketepi. PR akan ambil alih.
Apa yang Umno ada? Teriakan kosong pembela bansga Melayu, agama dan negara ada lah. Orang lain boleh buat lagi baik dari Umno. PR ada track record untuk menyokong pengistiharan mereka. Umon tak ada.
Rakan-rakan bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP? Ini soalan yang berulang kali ditujukan kepada saya. Apalah yang hendak ditaksubkan sangat pada Umno? Tiga presiden Umno yang awal sahaja yang memelihara asas perjuangan orang Melayu. Mulai presiden ke-empat perjuangan Umno sudah berbeza. Kepentingan Melayu yang di perjuangkan ialah kepentingan golongan elit dan Melayu terpilih. Mereka sedikit jumlah nya mengapa kita yang majority mahu tunduk kepada mereka. Jika presiden Umno tidak dengar keluhan orang melayu, kita gantikan mereka.
Ramai pemimpin Umno peringkat cawangan beritahu saya. Rumah pemuzik Alleycats terbakar Najib beri RM100 ribu. Kalau begitu, ayuh kita bakar rumah supaya Najib beri RM200 ribu. Bukankah itu kekuatan Najib? Bayar sana dan bayar sini. Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Wednesday, August 22, 2012

Antara Robin Lim dan Robin JibMah

Nampak marah sungguh mamak ni dekat Lim Guan Eng. Sebabnya LGE dikatakan ambil tanah-tanah orang miskin dan berikan kepada orang kaya (pihak swasta).

Biarlah Luncai Penang ni dia memang nampak apa-apa sahaja yang berlaku di Penang sahaja. Dia lupa sungguh dengan sejarah Umno , bagaimana kes Lembu Feetlot (NFC) bernilai RM250 juta boleh bagi kat laki seorang mantan menteri.

MRT bernilai berapa RMbillion, dan banyaklah ceritanya lagi. jadi terima kasih kerana ingatkan kepada Robin Lim. Ada lagi yg dia lupa dengan Robin Isa, Robin Ali Rustam, Robin Mohammad NS, Robin Nan, Robin Deris, dan .....




Musa gelar Guan Eng 'Robin Lim'

Musa Sheikh Fadzir (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau di kediamannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.
Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin.
"Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin.
"Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya.

PR: Tidak Mampu Tawan Pahang, kenapa ?

Entri blog wargamarhen membuat analisis bahawa PR sedikit ada kemampuan untuk memenangi kerusi di Dun Pahang dan menyumbang kepada Road To Putrajaya.

Kita warga Pahang ucapkan terima kasih kerana masih memberikan harapan. Dengan apa yg dianalisis mak jentera PR yang ada haruslah berpadu tenaga menyusun saf dan selesaikan perselisihan secara perundingan meja bula dengan penuh semangat ukuwwah dan bagi PAS yang dilihat sebagai parti dominan harus hormati parti-parti rakan yg lain. Malah bagi rakan-rakan yang lain jangan mengenepikan semangat kerjasama, masa inilah kita tunjukkan kita mampu bersepakat.

Dari segi rekod pakatan pembangkang belum pernah mencipta kejutan besar. Cuma pada pilihanraya tahun 1999 sahaja . Pakatan pembangkang waktu itu mampu meraih 9 kerusi daripada 32 kerusi Dun yg ditawarkan.

Justeru, kita kena mengiakan bahawa apa yg dinyatakan oleh sahabat ini memang adalah kebenarannya. 

Penulis penah berkata kepada seorang sahabat supaya beliau berusaha berkempen kepada 8 ahli keluarganya tambah dua ibubapa beliau maka barulah Dun Pelangai dapat ditawan. Sahabat penulis ini tinggal dan mengundi di kawasan Dun Pelangai kawasan Felda yang ditandingi oleh MB Pahang yg brutul ni. Jika beliau mampu raih 6 undi daripada ahli keluarganya maka Dun Pelangai bakal jatuh ke tangan PR dalam PRU yang akan datang.





PRU 13 : PR tidak mampu tawan Pahang, hanya mampu menang 14 kerusi DUN?

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/pahang.jpg






























Pahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13. 

Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.

Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.

Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus. 

PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.

Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.


Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.

DAP dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah akan menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di Tanah Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.

DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.

Isu Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang kepada PKR di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak dalam parlimen Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta Jenderak dalam parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen Bentong.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu PAS menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan, mengekalkan kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala Semantan dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis, Bera.

Kemenangan di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di kawasan felda, PAS mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir setanding dengan UMNO di beberapa kerusi Dun dan parlimen. 

Antara kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam parlimen Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai dalam parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam parlimen Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.

PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.

Berdasarkan faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi Melayu dan majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.

6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :
1.   Triang
2.   Tras
3.   Tanah Rata
4.   Sabai
5.   Ketari
6.   Bilut

3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Damak
2.   Teruntum
3.   Semambu

5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1.   Baserah
2.   Kuala Semantan
3.   Tanjung Lumpur
4.   Inderapura
5.   Jengka

5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Kuantan
2.   Indera Mahkota
3.   Bentong
4.   Cameron Highlands
5.   Temerloh

Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas. 

1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1.   Mentakap

4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1.   Ceka
2.   Benta
3.   Jenderak
4.   Lanchang

4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1.   Padang Tengku
2.   Guai
3.   Tahan
4.   Kerdau

5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1.   Raub
2.   Jerantut
3.   Bera
4.   Lipis
5.   Kuala Krau

Hanya jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk kerajaan dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang menyebabkan ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam PRU 13.

Daulah Islam terbukti sudah wujud lama dah

Hampir 50 tahun barulah fahaman bahawa agama Islam suku dan politik suku baru dapat dileraikan. Sebelum dan selepas pasca merdeka fahaman ini teguh kukuh ditanggapi dipegangi oleh masyarakat Melayu di negara ini khasnya. Namun kini penjernihan semula kembali berlaku, pertama adalah datang daripada usaha tidak jemu jemu oleh  segelintar usaha berterusan para ulama akhirat yg tidak berhenti-henti memberikan kefahaman. Walaupun ada juga ulama dunia (usuk) yg tetap terus mempertahankannya. Kedua, generasi sasaran tegar yg masih setia penyokong dan masih beramal dengan fahaman politik dan agama tidak bercampur sudahpun sudah pupus di dunia ini. Kini yg ada adalah generasi kontemporori yg lebih modatare

Sudah lama kita menunggu dan menanti fahaman mudah atau analogi mudah bagi memahamkan orang Melayu Islam tentang agama suku dan politik suku dinyahkan. Pemahaman bahawa agama Islam yg suci tidak boleh dicemarkan dengan politik kontemperori. Kepercayaan khurafat lama Umno tertanam terhadap orang Melayu.

Ketiganya, dengan pendidikan baru, islam dikembalikan dan diyakini wajib didaulatkan kerana banyak kerajaan-kerajaan isme di dunia seperti sosialis dan komunisime yg kini jatuh merundum dan lenyap atas mukabumi ini. Hilangnnya kerajaan itu bersama matinya tokoh-tokoh negarawan negara-negara penegak isme berkenaan menjadikan isme kemabli vacum. Kini hanya tinggal kerajaan demokrasi dengan ambil pedekatan isme pragmatisme sahaja nampaknya.

Apabila bab kuasa berkerajaan golongan yg ada agama atau berfahaman agama tidak boleh diberikan ruang dan peluang. Kerana sistem daulah Islam sudahpun bertapak lama di dunia ini dan keamanan dunia dapat dinikmati


Muhammad Yusri Amin,20 Ogs 2012
KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Renungan: Perpadunan Melalui Bangsa Buang Masa

Intipati ucapan hujahan amat bernas daripaada Ust Idris Ahmad, untuk memberi peringatan rasional kepada mereka yg masih lagi berkiblat dan sayangkan perpaduan Melayu. Sampai bilakan kita terikat dan mahu terpesona dengan konotasi perpaduan Melayu. Nyahkan harapan kosong itu daripada pemikiran bangsa yg merugikan dan melambatkan perjalanan perjuangan yg sugi iaitu daulatkan islam di bumi Malaysia.

Harapan palsu tentang perpaduan bangsa Melayu yang gagal. Sejarah negara kita, sejarah bangsa - bangsa terdahulu khasnya bangsa Arab sehingga kini gagal bangkit mempertahankan hak-hak mereka seperti mana Israel perkotak katik dan mempermain-mainkan mereka. Walhal bangsa ini disebut sebut oleh ALlah di dalam Al Quran. Justeru mana mulianya bangsa kita dengan bangsa Arab sendiri dari segi duduk di sisi Allah.

Percayalah dengan janji dan jaminan Allah, sayangkan bangsa adalah sesuatu yg perlu. Namun perpaduan dengan Islam adalah hendaklah dilebihkan dan diutamakan daripada yg lain.


Perpaduan bersama Umno buang masa

Harakahdaily,21 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno. 

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja. 

Tetapi katanya, Umno sampai sekarang masih menganggap mereka adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan. 

"Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu.

"Umno sering mendakwa penubuhan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. Padahal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno," katanya.

Oleh kerana itu katanya seruan perpaduan bersama  Umno hanya membuang masa apatah lagi perpaduan atas dasar bangsa yang tidak kekal lama.

Menurut Idris lagi, perpaduan atas dasar bangsa ibarat api dalam sekam dan akan berakhir dengan perpecahan. 

Hanya perpaduan atas dasar Islam sahaja ujarnya yang akan mengenepikan perasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa. 

"Atas asas ini, perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.

"Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi. Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda," soalnya.