Thursday, June 30, 2011
Kerajaan Salah Ertikan Tujuan Sebenar Himpunan Bersih 2.0
Wednesday, June 29, 2011
Umno: Suka Pemimpin Pandai Rakyat Bodoh
'Pilihan raya kita sistematik, tidak perlu pembaharuan'
Tiada paksaan mengundi dalam amalan demokrasi “KALAU kata PRU (pilihan raya umum) kita tak bagus macam mana kita (Barisan Nasional) kalah lima negeri atau 82 kerusi. Kalau bersih dan telus yang dimaksudkan pembangkang ialah mereka menang semua 22 kerusi. Baik ambil saja tidak perlu adakan pilihan raya.“Dia (Ambiga Sreneevasan) peguam, tapi peguam apa kalau tidak hormat undang-undang. Macam mana dia nak suruh orang hormat undang-undang kalau dia sendiri tidak hormat. Hipokrit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.Menteri yang menjaga Perundangan dan Parlimen ini menempelak tindakan kumpulan yang menganjur perhimpunan haram pada 9 Julai nanti, kerana bukan saja mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah melaksanakan 12 PRU, bahkan tidak mengkaji latar belakang serta sejarah negara yang dibuat perbandingan.
“Nama saja peguam tapi bodoh membandingkan perhimpunan haram anjurannya dengan demonstrasi Mesir. Mesir mana ada pilihan raya. Di Malaysia, kita dah masuk PRU13,” tempelak Nazri.
Menteri yang terkenal lantang ini juga membidas tuntutan kumpulan terbabit supaya SPR menggunakan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda kerana selepas 12 PRU belum ada kes membabitkan pengundian berganda.
“Dia nak buat perbandingan dengan negara mana? India? Di India memang menggunakan dakwat kekal kerana tidak mempunyai daftar pengundi. Sistem di India, rakyatnya boleh mengundi di mana mereka berada pada hari itu. Dakwat kekal digunakan bagi membuktikan pengundi telah mengundi. Rakyat India terlalu ramai dan ada yang buta huruf kerana itu mereka menggunakan dakwat kekal.
“Di Malaysia ada daftar pengundi dan sistem serta pengundian kita tersusun serta sistematik. Belum pernah lagi ada sejarah atau kes mahkamah membabitkan pengundian berganda. Apa yang pembangkang takutkan sangat,” kata Nazri.
SPR pernah menggunakan dakwat kekal, bagaimanapun perundangan perlu dikaji terutama apabila ada yang enggan dicalit dengan dakwat kekal. Terkini, SPR mencadangkan supaya digunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada PRU13 nanti.
Perhimpunan haram anjuran kumpulan NGO diketuai Ambiga, menuntut SPR mengadakan pendaftaran secara automatik, membuat perubahan bagi pengundian pos, menggunakan dakwat kekal, memberi akses parti pembangkang kepada media arus perdana, tempoh berkempen tidak kurang 21 hari, SPR dijadikan institusi bebas dan menamatkan rasuah pilihan raya.
Beberapa tuntutan dangkal membabitkan akses pembangkang kepada media arus perdana dan menjadikan SPR institusi bebas.
Pendaftaran pengundi secara automatik sebaik seseorang itu berusia 21 tahun telah dikaji dan didapati perlu mencari formula terbaik bagi mengelak kekeliruan dan kekecohan pada hari pengundi.
Katanya, pendaftaran automatik memberi kesan kepada peratusan keluar undi kerana pengundi berdaftar adalah mereka yang berminat.
Tetapi lebih penting kata Nazri, dalam amalan demokrasi tidak ada paksaan untuk mengundi dan di bawah Perlembagaan Malaysia, mengundi adalah hak mutlak rakyat.
“Demokrasi bermakna rakyat yang buat pilihan, jika anda mahu hak ini, daftarlah sebagai pengundi. Sekiranya ada yang tidak mahu, kita tidak boleh memaksa.
“Mengundi hak mutlak di bawah Perlembagaan. Maksudnya, tidak ada syarat boleh dikenakan untuk sesiapa mendapat kertas undi selepas mendaftar. Hak mengundi ini mutlak tidak boleh bersyarat.
“Kalau pembangkang mahu sangat menggunakan dakwat kekal tapi ada rakyat yang tidak mahu, tidak ada siapa boleh memaksa mereka supaya tangan mereka dicalit,” tambah Nazri.
Tuduhan pembangkang ada rakyat asing menjadi pengundi mengundang sindiran Nazri: “Kita dah kata kalau ada pengundi rakyat asing, tunjuk pada kita. Kita ada pendaftaran cukup lengkap kerana SPR sudah melakukan kerja ini sejak lebih 50 tahun lalu. Semua pengundi ada IC (kad pengenalan).”
Nazri juga meminta pihak berkuasa berhati-hati menangani perhimpunan haram kerana ramai pihak yang mahu menyertainya mempunyai agenda tersembunyi
Biometrik Mat Bangla : Bersih 2.0 Diteruskan
500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik
PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama
Sunday, June 26, 2011
Bohong 1 : Harga Barang Paling Banyak Turun di Dunia - Msia lah
165 barang di pasaran turun harga
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN – Bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.
“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.
“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.
Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.
Saturday, June 25, 2011
Polis Malaysia ke kerajaan Malaysia takut kepada baju warna KUNING.
MODENAS HIJAU : TANDA PAS BAKAL MENANG PRU13
Selamatkan Malaysia Segera Oleh kita (Rakyat)
Lihat kebenaran 99.99 peratus mirip Anwar
KUALA LUMPUR 24 Jun - Rakyat perlu melihat kebenaran daripada apa yang dibuktikan oleh dua pakar forensik dari Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan bahawa 99.99 peratus individu di dalam rakaman video seks ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana pembuktian itu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.
"Ini adalah sesuatu yang rakyat sendiri perlu buat penilaian. Kalau kita kata apa sekali pun, yang penting adalah untuk mencari kebenaran dan kesahihan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.
Najib merujuk kepada kenyataan peguam, Datuk Mohammad Shafie Abdullah semasa proses perbicaraan trio 'Datuk T' hari ini berhubung kes penyebaran rakaman video seks bahawa 99.99 peratus lelaki dalam video tersebut ialah Anwar.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelaku dalam video seks itu memandangkan, rakaman tersebut telah diserahkan untuk dianalisis oleh pakar dan laporannya sudah pun dibawa ke mahkamah hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menyangkal tuduhan Anwar bahawa beliau ada bertemu dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di Parlimen semalam dan menganggap ia satu pembohongan.
Mengenai hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk turut serta berhimpun pada 9 Julai nanti, beliau menegaskan, semua pihak mempunyai hak tetapi ia tertakluk kepada undang-undang negara.
Sementara itu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini juga kata Najib, menerima 10,000 permohonan keahlian terus daripada pelbagai individu dan pertubuhan, namun hanya 3,000 sahaja yang akan dipilih selepas tapisan dibuat parti-parti komponen BN.
Friday, June 24, 2011
1Projek Pertahan Putrajaya
Kekalkan Bn, Bakal Mengundang Kehancuran Hakiki
Malang pemikiran ahli agama kita semacam ini
Agama bukan jadikan manusia ganas
SESETENGAH pihak menuduh bahawa tindakan menyekat perhimpunan haram adalah sebagai sesuatu yang bertentangan dengan prinsip kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan berhimpun.
Bagi sesetengah kelompok mereka mempersoalkan bahawa sekatan itu sebagai suatu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana bertentangan dengan prinsip Islam, walhal mereka inilah yang sebenarnya berusaha membelah ketenangan dalam masyarakat.
Islam merupakan agama yang meletakkan prinsip keamanan dan ketenangan masyarakat manakala sebarang usaha memecahkan suasana itu adalah satu tindakan bersifat zalim. Hal ini merupakan satu tindakan yang haram kerana ia boleh mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada orang ramai.
Hukumnya cukup jelas kerana Allah mengingatkan hamba-Nya untuk tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud, ‘dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan’ (Maksud Surah Al-Baqarah ayat 195)
Lebih malang lagi apabila ada pihak melengkapkan pandangan umum bahawa perhimpunan jalanan bagi melancarkan protes itu sebagai suatu tindakan yang mempunyai nilai perjuangan yang bersifat jihad. Ia dilihat sebagai jihad kerana tujuannya adalah untuk menuntut keadilan dan jaminan oleh pemerintah yang zalim, kerana mempertahankan undang-undang yang bersifat penjajah.
Inilah dikatakan golongan pelampau iaitu orang yang melanggar batas kesederhanaan dalam amalan agama sama ada dari sudut pemikiran dan amalan. Ia merupakan satu tindakan yang terkeluar daripada jalan yang ditempuh oleh ulama salaf dalam memahami Islam. Hadis Ibnu Abbas menyebut bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau. Maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama. (Riwayat Ahmad, Nasai, Ibn Majah dan Al- Hakim).
Sejarah telah membuktikan, dalam sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu telah mencetuskan pelbagai insiden buruk, termasuk memusnahkan kemudahan awam dan menghalang urusan seharian masyarakat awam.
Tidak kurang juga berlakunya pertembungan antara dua pihak yang bertentangan. Daripada pertembungan itu akan mencetuskan lebih banyak perbalahan dan konflik, yang pada mula dalam bentuk cabar mencabar.
Protes yang melanda negara-negara Arab misalnya telah memakan korban besar sama ada di pihak awam yang memperjuangkan kebebasan dan menuntut perubahan ataupun pihak yang mempertahankannya. Ini menimbulkan satu bentuk bencana dan menjadi bertambah runcing apabila antara dua puak yang berkonflik saling membuat tuntutan di atas anggota yang terkorban.
Konflik itu berlangsung dalam masa lama. Tradisi pertentangan dalam sejarah Islam turut memberikan kita bahawa pembelaan yang berlebihan itu turut membawa kepada dendam yang tidak kunjung padam. Pembunuhan ke atas khalifah terakhir misalnya, masih dituntut oleh sekelompok penganut Islam yang berpegang kepada pandangan bahawa merekalah yang paling berhak meneruskan kepimpinan politik Islam.
Setiap tahun pengikut mereka akan berkumpul memperingati tragedi pembunuhan tersebut dalam bentuk ritual yang tidak selaras dengan prinsip Islam sendiri. Kelompok tersebut meraikan ulang tahun tragedi itu dengan memukul-mukul badan mereka sebagai simbol perjuangan sehingga berdarah dan ini bertentangan dengan kehendak Islam. Islam mengharamkan penganutnya untuk menyiksa diri sendiri dan orang lain, kerana Islam ditegakkan atas dasar kasih sayang.
Setiap umat Islam diwajibkan menjaga kesejahteraan diri dan dalam memenuhi tanggungjawab tersebut ia tidak pula membenarkan tindakan melanggar kesejahteraan diri orang lain. Meskipun ada konflik di antaranya, konflik tersebut perlulah diselesaikan melalui perundingan, perbincangan yang komunikatif dan dilaksanakan dalam semangat kasih sayang.
Dalam pada itu juga banyak ayat al-Quran yang menyeru umat manusia agar mempunyai sifat timbang rasa dan mementingkan kedamaian. Bahkan ia adalah ciri khusus yang terdapat dalam al-Quran. Allah menghendaki supaya semua hamba-Nya hidup di dunia ini dengan aman dan stabil serta taat kepada-Nya dalam keadaan menjauhi kekejaman, perbalahan dan permusuhan.
Al-Quran telah menetapkan tempat-tempat aman. Ia juga telah menentukan masa- masa aman serta keadaan yang tidak dibenarkan padanya permusuhan, melakukan dosa, benci-membenci dan pertumpahan darah. Wahyu Ilahi ini menyeru ke arah kebaikan dan kebajikan dalam semua perkara. Ia juga menggalakkan persaudaraan, kesamarataan, kerjasama, berlembut, berbudi pekerti yang tinggi, merendah diri dan mempunyai sifat pemaaf.
Agama bertujuan menghubungkan manusia dengan Tuhan dan tidak pernah bertujuan membangkitkan massa untuk melakukan suatu kekerasan atau penyerangan. Ajaran di dalam al-Quran juga mengharamkan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Perpaduan kemanusiaan ini diterima pakai oleh Islam bagi kehidupan bersama antara manusia termasuk seruan persaudaraan dengan mengenali antara satu sama lain, berurusan secara betul dengan membuang permusuhan dan perbezaan pendapat yang boleh membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah. Kitab suci al-Quran meletakkan kemuliaan manusia lebih daripada makhluk lain.
Kemuliaan ini adalah umum kepada semua manusia, tidak kira keadaan etnik, bangsa, warna atau status sosial atau harta benda.
DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Maharaja Video SEKS : Kalahkan Ah Meng Bkt Bintang
Wednesday, June 22, 2011
Itulah Dunia Artis
Inilah Wajah Negara Kebajikan ?
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
SHAH ALAM: Selangor akan memfailkan saman balas terhadap syarikat pelupusan sisa pepejal, Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berpendapat tindakan Alam Flora itu berniat jahat serta sengaja mahu menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri dan PBT dalam meningkatkan usaha serta mutu perkhidmatan yang lebih baik.
“Kami sedang mempertimbangkan usaha untuk memfailkan saman balas terhadap Alam Flora. Kerajaan Negeri telah mendapat nasihat guaman dan Alam Flora tidak mempunyai alasan untuk mendapatkan semakan kehakiman tersebut.
“Kita akan melaksanakan langkah-langkah yang perlu bagi mengetepikan permohoan yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak lama lagi serta membatalkan perintah penangguhan pelaksanaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Excco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Alam Flora telah memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri dan semua PBT di Selangor bagi mencabar keputusan yang meminta semua PBT mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh Alam Flora.
Dalam semakan kehakiman tersebut, Alam Flora telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di negeri itu.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah melantik pasukan peguam terdiri daripada Tetuan Fernandez & Selvarajah bagi mewakili kerajaan negeri dan Datuk Dr Cyrus dari Tetuan Shook Lin & Bok mewakili kesemua PBT.
“Kerajaan negeri komited untuk memberi perkhidmatan yang telus, adil dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada pembayar cukai,” katanya.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu meminta Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menilai semula keupayaan dan kecekapan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam menguruskan sistem bekalan air di negeri itu.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang selama tiga air bermula Rabu tidak wajar berlaku kerana bekalan air di semua empangan di negeri itu mencukupi.
“Kerajaan Negeri amat kesal dengan gangguan bekalan air yang kini berlaku di beberapa daerah di Selangor.
“Gangguan yang diumumkan oleh Syabas ini menjejaskan seramai sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Syabas telah memaklumkan bahawa lebih sejuta penduduk berhadapan dengan "krisis bekalan air" apabila syarikat itu memutuskan bekalan air selama lebih 48 jam bermula jam 8 pagi Rabu hingga 8 pagi Jumaat untuk kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.
Dalam tempoh tersebut, bekalan air tidak akan dibuka langsung. Ini bermakna para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas iaitu sebahagian besar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor perlu benar-benar berjimat dan menggunakan bekalan air yang sedia ada di tangki rumah atau premis pejabat masing-masing sehingga bekalan air itu habis.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, loji tersebut yang terletak di Bukit Badong, Ijok terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja-kerja penaiktarafan serta penyelenggaraan dilakukan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Syabas.
Dalam pada itu Elizabeth berkata, tindakan Syabas menyalahkan perundingan penstrukturan semula aset air tidak kena pada tempatnya.
“Penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja-kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.
“Pada hari ini pula, perundingan dengan kerajaan negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth turut mengumukan Md Khairi Selamat sebagai Pengarah Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) yang baru berkuat kuasa serta-merta.
Beliau merupakan pegawai kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.
Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Teknikal LUAS pada tahun 2005 hingga 2007.
Tuesday, June 21, 2011
Bersih Bersama 'bersihkan' hati ......
Bagi sebelah pihak yang memperalat dan mempergunakan SPR adalah amat berpuashati kerana 'mereka' kekal terus menerus atas tindakan SPR itu. Sementelahan pula berlaku campurtangan secara langsung dalam 'seluruh tindakan SPR' walaupun mereka bermain wayang dengan rakyat.
SPR cadang guna sistem biometrik
PUTRAJAYA 20 Jun - Pilihan Raya Umum akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik jika cadangan itu dipersetujui.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.
''KDN sudah praktikkan kaedah ini untuk warga asing yang hendak masuk ke dalam negara. Prinsip saya kita mahu gunakan pada pengundi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau mengulas antara lapan perkara yang dituntut kumpulan pengacau yang mahu menganjurkan perhimpunan haram atas alasan bagi memastikan pilihan raya yang telus dan bersih menggunakan dakwat kekal.
Penggunaan sistem biometrik kini digunakan secara meluas oleh Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk di seluruh negara sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Abd. Aziz berkata, menerusi penggunaan biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang dilakukan adalah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan bahawa ia dokumen asli.
"Dengan menggunakan biometrik, pemilik kad pengenalan perlu meletakkan jarinya di situ dan maklumat yang keluar pada skrin adalah sama dengan kad pengenalan yang dibawa.
''Sebaik sahaja disahkan, kita akan semak dulu sama ada namanya ada dalam daftar pemilih, jika ada, kita akan keluarkan kertas undi. Selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain untuk membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi di tempat lain," katanya.
Tegas beliau, penggunaan sistem biometrik adalah jalan penyelesaian terbaik berbanding menggunakan dakwat kekal seperti yang digunakan di India dan Indonesia.
Penggunaan dakwat kekal, kata beliau, tidak perlu kerana sehingga kini tidak ada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini dan ia hanyalah tohmahan semata-mata.
Sunday, June 19, 2011
Citra Warna Wartawan terhadap PAS
Kalau begitu sudah tentulah 'ramai' SB yang berkeliaran di majlis-majlis PAS sudah dibakar. Bukan wartawan ini sahaja.
Mengambarkan ahli PAS dan pengikut PAS adalah ganas adalah salah satu strategi Umno untuke memaparkan persepsi negatif terhadap usaha-usaha baik dan murni PAS. Ini katanya gara-gara diluluskan usul agar memboikot Utusan Malaysia.
Wartawan ini, gagal memahami perjalanan politik dan permainan politik. Sebab politik ini adalah satu seni permainan atau tipu daya. Justeru banyak bahasan bagaimana 'tipu daya' politik ini dicorak, tidak kira ia mengambil apa sahaja kaedah pendekatan.
Masih Ku Ingat: Ancaman PAS bakar wartawan amat menakutkan
Oleh Razak Rashid Ghows
SAYA masih lagi ingat peristiwa 26 Mei 1990 ketika sekumpulan pemimpin dan ahli PAS mengancam untuk membakar wartawan yang membuat liputan Muktamar Tahunan Ke-36 parti itu di markasnya di Taman Melewar, Gombak.Kejadian berlaku berikutan usul yang diluluskan pada sebelah pagi untuk membakar surat khabar New Straits Times, Berita Harian, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia. Upacara pembakaran diketuai Ketua Dewan Ulama PAS, Nik Aziz Nik Mat yang belum lagi bergelar Datuk ketika itu bersama Naib Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS.Ketika pembakaran akhbar terbitan kedua-dua syarikat terbabit, sekumpulan ahli PAS mengeluarkan kata-kata keji dan mengugut enam wartawan, termasuk penulis yang membuat liputan muktamar berkenaan.
Walaupun beberapa ahli PAS mengeji dan memaki hamun wartawan, Presiden PAS ketika itu, Allahyarham (Datuk) Fadzil Noor cuba meredakan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa wartawan yang hadir tidak harus dipersalahkan.
Sebagai wartawan, sudah tentu kami tidak membantah hak PAS untuk memulau dan seterusnya membakar akhbar berkenaan sebagai protes kononnya berita PAS yang tersiar diputarbelitkan.
Namun sebagai manusia, kami marah dengan sikap tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab sesetengah ahli PAS terhadap kami walaupun bukan semua.
Keadaan cemas berlaku selepas Nik Aziz membacakan doa supaya dihancurkan akhbar serta harta benda kedua-dua syarikat akhbar terbabit.
Ketika doa dibacakan, seorang ahli PAS menjerit ke arah wartawan, disusuli tindakan seorang ahli sayap Pemuda PAS mengeluarkan kata-kata tidak manis didengar, lebih-lebih lagi apabila ada seorang wartawan wanita dalam kalangan kami.
Pada waktu sama, terdengar jeritan supaya perwakilan dan pemerhati pada muktamar itu mencari wartawan dengan berkata: “Mana wartawan semua, biar kita bakar mereka sekali.”
Apabila sedar kami berada di sekeliling mereka, kami dituduh dengan kata-kata ‘penyebar fitnah’ dan kemudian diugut untuk dibakar sekali.
Selesai surat khabar dibakar, ketika kami hendak meninggalkan kawasan markas, sekumpulan ahli PAS seolah-olah sedang mengepung kami dan mengekori dari belakang sambil menunjukkan perasaan marah. Kami pun berundur dan seorang daripada kami bersembunyi dalam longkang di luar markas itu.
Bagi kami, kejadian itu amat menakutkan dan tidak sepatutnya berlaku. Kami hanya wartawan biasa yang ditugaskan membuat liputan, sama ada PAS suka atau tidak dengan laporan akhbar arus perdana, ia adalah isu berlainan.
Penulis berharap kejadian ini hanya tinggal kenangan dan tidak diulang lagi oleh mana-mana parti politik, tidak kira parti yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Tekanan menghadapi suasana politik yang semakin meruncing tidak seharusnya dilepaskan pada wartawan. Mungkin ini antara risiko atau cabaran yang terpaksa dihadapi wartawan ketika menjalankan tugas.
Thursday, June 16, 2011
Bersih Pemuda UMno: KJ rujuk Perkasa=Perkasam
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.
Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih.
Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia.
Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas.
Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata.
Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.
Rakyat Usah Takut Dengan Himpunan Bersih 2.0
Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih
KUALA LUMPUR 15 Jun - Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.
Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.
"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.
"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com hari ini.
Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda.
"Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.
Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.
"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.
Monday, June 13, 2011
Politik adalah persepsi bukan realiti - Najib
KUALA LUMPUR: Jentera Umno perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.
"Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti... pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.
"Sebab itu Umno dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat Umno dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Ampang di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.
Najib berkata justeru, Umno dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.
"Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.
"Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka," katanya.
Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.
"Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan," katanya.
Beliau berkata jentera parti juga perlu memberi tumpuan terhadap penyokong parti dan mereka yang belum menjadi penyokong kerana Umno dan BN adalah parti yang membela semua kaum.
Dalam pada itu, Najib sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan memilih calon yang disukai rakyat dan boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ada juga saya dengar orang main 'cop' kawasan, (apa yang penting) kita mesti tengok performance dia, sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti, sama ada dia disukai rakyat atau tidak, ada pembawaan dan nilai moral seorang pemimpin yang boleh kita calonkan," katanya.
Pada sidang berita kemudian, Najib berkata projek pertama Skim Rumah Pertamaku dijangka dilaksanakan bulan depan di mana kebanyakan rumah yang dibina berharga dalam lingkungan RM220,000.
"Ini sebagai projek permulaan dan saya sedang merumuskan satu pendekatan baru supaya bilangan rumah-rumah yang mampu dimiliki dan berkualiti dapat kita bina dengan bilangan yang besar," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa kerajaan membela Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan rakyat yang perlu menanggung kenaikan tarif elektrik, Najib berkata dakwaan itu tidak tepat kerana kerajaan lebih membela rakyat daripada IPP.
"Dalam keadaan sekarang, kita tahu bahawa IPP yang kita ada sekarang kebanyakan formulanya tidak lagi berat sebelah. Kita sedang runding dengan IPP dan kerajaan akan menghuraikan dengan lebih lanjut apabila sampai masanya," katanya. - BERNAMA
Sunday, June 12, 2011
9 Julai adalah terjemahan SUARA RAKYAT
Bersih atau kotor?
PELBAGAI pihak melahirkan kebimbangan terhadap perhimpunan Bersih yang dirancang oleh parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Dari penjaja jalanan, pemandu teksi, pekedai hinggalah kepada agensi-agensi pelancongan khuatir aktiviti ekonomi di ibu negara akan lumpuh pada hari berkenaan.
Puluhan laporan polis telah dibuat mahu pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu. Awang boleh faham kebimbangan mereka jika diimbas perhimpunan Bersih 2007 dan beberapa perhimpunan haram yang mencetuskan kekecohan.
Masih segar dalam ingatan warga kota bagaimana suasana Kuala Lumpur begitu tegang, jalan raya sesak teruk dan banyak kedai serta pejabat terpaksa ditutup.
Apa yang berlaku sebelum ini memberi implikasi buruk. Ia menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.
Tetapi semua itu tidak diambil kira oleh pembangkang. Matlamat menghalalkan cara. Kali ini, penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta demonstrasi bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Agenda tersirat ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik. Apatah lagi imej pembangkang merudum kebelakangan ini, yang memerlukan gerakan seperti Bersih untuk bangkit.
Lebih menimbulkan persoalan ialah perhimpunan itu turut didalangi oleh NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Penyertaan Pas lebih sekadar pak turut kerana golongan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas sudah menguasai parti itu. Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau. Bagi PKR, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang. Sementara pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu. Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain.
Orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar. Ia satu lagi peluang bagi mengalih isu sebenar iaitu masalah moral beliau yang hangat diperkatakan. Menghasut rakyat menerusi demonstrasi jalanan adalah ‘kepakaran’ beliau sebagaimana yang dimulakan selepas dipecat daripada kerajaan.
Awang sedih kerana sampai hari ini, ramai yang terpedaya dengan muslihat Anwar. Beliau mempergunakan rakyat untuk menutup penyakit moral yang serius dan bagi menyelamatkan karier politiknya. Belum pernah dalam sejarah dunia, ada pemimpin pembangkang yang tergamak berbuat demikian. Biasanya mereka yang terlibat skandal di luar negara meletakkan jawatan segera tetapi di Malaysia, Anwar masih menegakkan benang basah meskipun bukti saintifik cukup kukuh.
Dalam beberapa ceramahnya kebelakangan ini, beliau secara terbuka mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan Bersih . Pada Awang, perhimpunan itu adalah kotor. Majoriti rakyat tidak akan terpengaruh melainkan ahli dan penyokong tegar pembangkang. Awang cadangkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak hipokrasi agar berdiri di kiri dan kanan laluan, dengan membawa sepanduk skandal pemimpin pembangkang.
Paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat. Merekalah yang sebenarnya perlu dibela jika kita mendokong budaya bersih. Apa sahaja yang mahu dipaparkan, paparkan sahaja atas nama bersih. Awang percaya, perhimpunan tersebut boleh sedikit sebanyak bertukar wajah dan akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang.
Mesej utama yang perlu disampaikan ialah rakyat mahu pemimpin pembangkang yang bersih akhlak dan moral - bukannya yang kotor dan menipu. Sama ada suka atau tidak, kita tidak punya pilihan, selain menyelamatkan negara ini daripada pemimpin seperti itu.
PAS Tukar Negara Islam Negara Kebajikan: Umno Dari islam Hadhari kepada 1Malaysia ?
Pas menunggu kehancuran
PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.
Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.
"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.
Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.