Monday, February 28, 2011

PRK Kerdau: Hari Ketiga

TEMERLOH: Umno semakin terdesak dan semakin terhimpit dalam menempuh hari ketiga kempen PRK Kerdau.Buktinya jentera kerajaan semua digerakkan secara maksimum. Para menteri termasuk para pegawai tinggi kemneterian menjadi pemantau yang cukup hebat dan berkesan sebagai 'salah satu jentera Umno' .

Sunday, February 27, 2011

PRK Hari Kedua Kempen

TEMERLOH: Calon Pakatan Rakyat Sdr Hassanuddin Salim, hari ini mempunyai jadual yang amat padat, bermula seawal jam 5.00 pagi beliau sudah berjalan menyantuni rakyat dengan bersolat subuh berjemaah bersama-sama penduduk di Ketumbit.

Selain itu, beliau juga menyantuni beberapa program bersama rakyat, selepas sidang media yang mendedahkan bagaimana kepincangan dan kelemahan kerajaan negeri bagi memantau dan membangunkan kawasan di Kerdau.

Sebagai contoh kuarters Polis yang dibina sejak 15 tahun dahulu terbiar. Klinik Desa yang hanya seluas sekangkang kera bagi memberi perkhimatan kepada lebih daripada 5, 000 penduduk, sampah yang tidak terbuang di pekan Kerdau, masalah bekalan nair bersih dan banyak lagi gagal di laksanakan dan disempurnaakan oleh kerajaan BN.

Saturday, February 26, 2011

PR Pahang Lancar Buku Jingga

TEMERLOH: Pakatan Rakyat Negeri Pahang pada malam ini telah melancarkan pelancaran Buku Jingga di negeri Pahang. Siri perlancaran Buku Jingga ini adalah sebagai satu usaha usaha tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat terbanyak.

Kandungan Buku Jingga ini telah menggagaskan 3 Gagasan Utama sebagai pilihan rakyat, jika mereka di pilih kelak oleh rakyat pada PRU 13 akan datang.

Di bawah tema, Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia. Buku Jingga kini berada dalam Krisis
yang teramat parah dari aspek ekonomi, kerosakan intitusi negara, ketegangangan masyarakat pelbagai kaum, Bebanan Ranyat, hak rakyat dinodai, rasuah dan ketirisan yang berleluasa dan pendidikan hadapi krisis. Adalah antara teras pendedahan kepincangan kerajaan yang ada yang amat kritikal.


Penamaan Calon N28 Kerdau meriah




TEMERLOH: Penamaan calon bagi N28 Kerdau telah selesai sebentar tadi. Dalam PRK ke 16 ini menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara PAS mewakili Pakatan Rakyat serta BN yang diwakili oleh Umno.

Calon PAS adalah seorang tokoh, usahawan muda yang berjaya, berlelulusan akademik tinggi daripada sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Beliau berumur 43 tahun sudah berkeluarga dengan seorang isteri.







Tuesday, February 22, 2011

Kerdau : Umno sesak dan makin gelabah

TEMERLOH: Kerakusan dan sombong mempertahankan kuasa dan kekuasaan adalah sebahagian dari sifat manusiawi. Oleh itu, gambaran kerakusan itu mula ditunjukkan dalam PRK Kerdau.

Suasana terdesak itu, adalah gambaran kekalutan mengerahkan semua jentera khasnya jabatan-jabatan tertentu seperti JKM, JKR, JPN, JASA, PDRM, jheoa, Pelajaran dan sebagainya merancang, menyusun dan mengatur dan paling melampau melaksanakan program-program tersebut dengan 'dana kerajaan' wang rakyat. Betul wang itu wang adalah wang rakyat, dan dikembalikan kepada rakyat. Tetapi adakah rakyat Kerdau sahaja adalah rakyat kini. Bagaimana dengan 58 ribu pengundi berdaftar dan ratusan rakyat di kawasan sama ?

Kelmarin ditapak kompleks Darul Hikmah Kerdau, didatangi Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat, memberi kejutan kepada Umno sokongan tegar rakyat kepada pembangkang tetap utuh dan jitu.


Penggunaan balai rakyat dan Dewan Orang Ramai Ketumbit sebagai 'hak kekal' warisan kerana JKKKmenyerlahkan kegelojohan dan ketidaktahuan Umno Bn yang lupa diri.

Rakyat yang 'buta mata hati'nya dapat dibeli dan disogok Umno Bn. Tetapi rakyat yang 'mulai cerdik' dan 'tidak buta mata hati' kini memerhatikan dengan penuh minta.

Sebab itulah, hasil dapatan dan risikan Pakatan Rakyat, Umno Pahang bawah Nan Yaakob mengambil pendekatan menyantuni rakyat, sikap agresif dan keterlampauan Umno Bn cuba dikurang dan diminimakan.

PRK: INFO TERKINI KERDAU

CERAMAH PRA – PRK N 28 KERDAU

BERSAMA”

DATO TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN (PAS)

SDR MOHAMMAD SABU (PAS)

DATO FAUZI RAHMAN (PKR)

YB LEONG NGAH NGAH (DAP)

TARIKH:

23 / 02/ 2011

TEMPAT:

MARKAZ PAS BADOK, KERDAU

SEMUA JEMPUT HADIR

PRK Kerdau : Calon BN Syed Ibrahim - Orang Kuat MB

Tokoh kesayangan MB Pahang dan anak tempatan daripada Kg Tekal dipilih petang tadi sebagai calon BN pada PRK Kerdau.

Pengisytiharan dan pemasyhuran calon Bn di Dewan Orang Ramai Ketumbit (salah guna kepentingan awam ikut Akta pilihanraya 1957).Dibuat dengan kehadiran tidak seberapa, tetapi dibayar dan diupah.

Penulis paling 'kesian' adalah pasukan keselamatan yang sejak dari pagi bertugas untuk menjaga lalulintas di sana.









Syed Ibrahim Calon BN Di Kerdau

TEMERLOH: Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Selasa.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan Barisan Nasional, dan bukannya calon," katanya. -BERNAMA

Monday, February 21, 2011

FELDA dan ISA: Apa salah Ku Zafrul ?

Apalah salahnya pandangan Tengku Dato Zafrul yang menyatakan perlantikan Tan Sri isa Samad sebagai Pengerusi FELDA menyebabkan kebimbangan para pelabur, kerana kes rasuah di belakangnya.

Tengku benar kerana ia amat sayang pada institusi ini adalah hak rakyat CLC atau badan berkanun yang di bawah kerajaan Pusat. Kerajaan Bn Umno jangan ingat bahawa mereka kekal berkuasa untuk selama-lamanya. Dan jangan juga ingat semua pegawai yang ada 'tidak berhati perut' dan 'buta perut' macam Umno Bn.

Inilah masalahnya di Malaysia, Tengku Zafrul tahniah anda bernai memberi pandangan kepada pemerintah yang zalim angkuh dan sombong. Anda seorang insan yang patut rakyat hormati dan hargai kerana memberi ingatan kepada semua bahawa kesan jangkapanjang dengan tindakan jangka pendek oleh kerajaan.

Ku kami menyokong anda


21 Feb. – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini

Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana. - Utusan

Anwar memberi suntikan semangat kepada PKR Kerdau

KERDAU: Ribuan manusia membanjiri Dataran Kompleks PAS Pahang di Kerdau Pahang. Kehadiran Anwar adalah dalam siri penjelajahan dan penjelasan berhubung beberapa isu yang membelenggu dirinya dan PKR amnya.

Himpunan semalam di Kerdau, Pahang, seolah-olah macam siri petanda awal kempen PRK Kerdau. Bagi Pakatan Rakyat pematuhan dan disiplin terhadap perundangan negara amat tinggi, walaupun kita tahu Umno Bn wewenang memperalatakan semua jkenteranya terutama jentera kerajaan yang sekarang bertungkus lumus bagi memastikan Kerdau kekal milik Umno Bn.

Biarlah Umno leka dengan kemunifaikan dan keselesaan bagi mengekalkan stystuas quo sebagai parti pemerintah, kerana saatnya akan tiba apa yang berlaku di bumi Mesir akan berulang di mana-mana sahaja.

Bagi kita Dun Kerdau adalah petanda akhir bagaimana Umno mahu kekalkan kuasanya. Masyarakat setempat sudah pun dapat merasai pada 2005 dahulu iaitru PRK Sanggang yang antaranya memaparkan kebohongan Umno sebagai parti mendahulukan rakyatnya dalam segala hal.

Jawapannya nantikan pada 6 Mac 2011. Bumi yang bersemangat dengan semangat Tok Gajah. Bumi dan tempat asas penubuhan PAS negeri Pahang.

Apa pun Kerdau amat menarik dalam segala hal ?


Friday, February 18, 2011

SPR: PRK KERDAU = PRK MERLIMAU

PRK DUN Kerdau dan Merlimau diadakan serentak 6 Mac ini

18/02/2011 10:18pm

Kuching 18 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - utusan

Siapakah SiPenipu Bank Itu ?

Siapakah yang menipu Bank dengan nilai RM19 juta. Yang kita pastinya sipenipu itu bukanlah pak Mail Kuala Kedah, atau Pak Da Manaf Buntut Pulau Temerloh atau Pak Ngah Mat di Kerdau.

Bayangkanlah bagaimana bank dengan ada pegawai dan CEO yang berkelulusan dapat ditipu dengan mudah sekali. Malah nilaian yang yang ditipu itu, bukanlah sedikit jumlahnya.

Inilah negara ku tanah air ku.


Bank ditipu RM19 juta

* Sebuah bank tempatan rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

* Sumber berkata, dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan pinjaman korporat kepada bank itu dan pihak bank tiada masalah meluluskan pinjaman setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.

* Katanya, setelah melalui beberapa proses, wang pinjaman berjumlah RM19 juta diserahkan kepada syarikat tersebut.

* Pihak bank menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud. Malah mereka juga gagal mengesan atau menghubungi individu yang berurusan membuat pinjaman.

Thursday, February 17, 2011

Terkini: PRK Kerdau jawapannya Ahad

SPR Tetapkan Tarikh PRK DUN Kerdau Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di bandar raya itu Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokkan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," katanya.

Wan Ahmad berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lepas.

"Selain daripada mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan rayanegeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei. - BERNAMA

Dr M masih curiga seruan Nik Aziz

Kenapa Dr M terlalu mencemburui TGNA MB Kelantan. Ini kerana Nik Aziz adalah bukan sahaja sebagai seorang ulama, tetapi ia juga sebagai seorang Islam yang mengamalkan Islam secara sempurna dan secara keseluruhan penghayatan keislaman dalam seluruh kerjabuat kehidupannya.

Menyeru dan memuji akan kepandaian dna kebijakan Dr M, agar dapat mempergunakan kebijakannya itu kepada islam adalah 'seruan' terakhir Nik Aziz kepada Dr M agar ia sedar dan tahu sebelum Allah menjemputnya nanti.

Inilah sifat sebagai seorang mukmin yang menyeru kawan-kawan supaya dapat berfikir panjang.




Hanya mahu menang pilihan raya


Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak pernah mendakwa hanya ahli parti itu sahaja yang Islam atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam, seterusnya membawa ke syurga.

Berhubung isu nasionalisme seperti dibangkitkan oleh Mursyidul Am Pas itu, Dr. Mahathir berkata, terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil daripada perjuangan nasionalis Islam.

Beliau berkata, perjuangan nasionalis terbabit adalah kerana mereka terlalu sayang dan setia kepada negara.

‘‘Hakikatnya mereka (orang lain) tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini tetapi yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

‘‘Sebenarnya tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT iaitu dengan cara membuat ibadah, memelihara orang Islam dan agama Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan sahaja yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukannya Nik Abdul Aziz,’’ katanya.

Dr. Mahathir dalam pada itu turut mempersoalkan kewibawaan Nik Abdul Aziz kerana hanya berjuang di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang pada hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan serta tekanan.

‘‘Walaupun Nik Abdul Aziz mendakwa beliau berjuang untuk Islam tetapi dengan mengehadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Abdul Aziz juga jahil kerana sebab yang sama,’’ katanya lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.

‘‘Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,’’ katanya.

Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.

‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,’’ ujar Dr. Mahathir.

Mengenai peringatan Nik Abdul Aziz bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah Dr. Mahathir berkata, sedikit sebanyak ia membuktikan keangkuhannya.

‘‘Seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

‘‘Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya meminta Nik Abdul Aziz bertakwa kepada Allah SWT dan menghentikan perbuatan mengeliru umat Islam di negara ini semata-mata ingin menang dalam pilihan raya.

Tuesday, February 15, 2011

JMM Gilo ke 3 Suku

Jaringan Melayu Malaysia adalah jelas sebuah blok pertubuhan kebangsaan Melayu jati semata-mata. Sama assabiyyah macam zaman jahiliyah sezaman. Hari ini menjadi mata rantai Umno meminta itu dan ini serta campurtangan dalam percaturan politik negara Malaysia.

Sepatutnya jaringan Melayu dia bukan kerjanya menjaringkan hal-hal politik, kerana politik tiada kena mengena dengan kehidupan mereka, sementelahan pula meracau itu ini dalam bab agama pula minta debat TGNA dengan Karpal, dan minta Nik Aziz keluarkan fatwa pula. Justeru apa pula kerja majlis fatwa negara yang dibayar elaun dan gaji oleh kerajaan.

Yang disuruh pun teruk, sahlah berdebat pasal agama dengan Karpal dah tentu karpal tu kafir, dan dia akan menentang lah undang-undang Islam dan agama Islam. Habis masa sahaja berdebat dengan Karpal. Persoalannya di sini perdebatan yang hendak didebatkan adalah dengan Umno dan Ulama Umno, bukan dengan orang melayu


Nik Aziz didesak nyatakan pendirian

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sekali lagi mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendiriannya mengenai kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Salleh pada masa sama berkata, ulasan Nik Abdul Aziz terhadap pengakuan Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar juga masih ditunggu.

''Begitu juga dengan cadangan debat antara Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh mengenai tafsiran negara Islam dari kaca matanya (Nik Abdul Aziz).

''JMM mahu Menteri Besar Kelantan itu menyatakan sebab beliau enggan berdebat dengan Karpal Singh,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JMM dalam kenyataannya sebelum ini pernah meminta Nik Abdul Aziz mengeluarkan 'fatwa' mengenai kes liwat Anwar selain mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan itu berdebat dengan Karpal Singh mengenai tafsiran negara Islam mengikut kaca mata Mursyidul Am Pas itu.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, JMM turut menggesa Nik Abdul Aziz memberitahu rakyat negara ini sama ada penggunaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Mursyidul Am Pas itu bertujuan meraih keuntungan karier politik atau sebaliknya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Ezam Kotak meracau Lagi: Kasihan..

eZAM kotak minta PAS henti gadai maruah dan jual prinsip Islam. Kita amat berterima kasih kepada mana-mana yang terima gadaian maruah PAS. Boleh dapat untung dan laba bagi PAS. Kita juga mahu bertanya ezam sendiri 'banyak maruah' kerana dibukan sahaja setakat gadai tapi dah terbeli.

Jika dalam konsep gadai, si pengadai boleh dapatkan semula dan ambil balik. Macam mana dengan Ezam jika dah terjual dan kena beli maka jadi lah dia hak orang dan adalah menjadi hak tuan yang membeli itu juga untuk berbuat apa sahaja.

Kita juga boleh berbangga dengan PAS yang ada prinsip dan lebih mulia prinsip islam. Jika orang yang bercakap itu tiada langsung berpegang dengan apa-apa prinsip, hatta prinsip sebagai manusia yang berfahaman dan difahamkan orang, maka adalah lebih baik;ah usah bercakap soal prinsip.

Malangnya orang sehebat Ezam kotak. Menjadi tukang jaja dan pencacai serta tukang sorak sahaja dalam Umno. Kasihan kita dengan Ezam..kesian sungguh ?


Pas perlu henti gadai maruah, prinsip Islam

KLANG 14 Feb. - Pemimpin dan ahli Pas perlu segera menghentikan perbuatan menggadaikan maruah serta prinsip Islam semata-mata mahu berkuasa atau untuk kepentingan sendiri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, parti itu tidak seharusnya terlibat apatah lagi membiarkan ia dipergunakan untuk menjayakan agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merujuk tindakannya keluar PKR pada Disember 2006, Mohamad Ezam mendakwa dipelawa untuk menyertai Pas selain pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu.

Jelasnya, beliau bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana merasakan Pas tidak mampu memimpin negara ini lebih-lebih lagi dalam menegakkan prinsip serta perjuangan Islam.

"Saya keluar PKR pada Disember 2006, selepas itu saya tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sehinggalah saya buat keputusan sertai UMNO pada 28 Mei 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Sebelum saya membuat keputusan itu, saya ada jumpa beberapa pemimpin Pas termasuk timbalan presidennya. Masa itu, ada pelawaan supaya saya bersama-sama dengan Pas ekoran keputusan PRU yang memperlihatkan kedudukan UMNO yang begitu teruk.

"Saya nyatakan kepada mereka (pemimpin Pas), saya sedia sertai Pas sekiranya parti itu boleh lepaskan kerjasama mereka dengan Anwar atas prinsip menegakkan Islam. Namun, mereka tidak boleh beri jaminan itu," katanya.

Beliau berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Kampung Johan Setia, di sini malam semalam.

Tambah Mohamad Ezam, selain terus bersekongkol dengan Anwar, Pas juga tidak mampu memberikan jaminan bahawa parti itu akan mengetuai pakatan pembangkang selain memastikan pelantikan menteri besar daripada kalangan pemimpin Pas, bukannya PKR.

"Jadi, buat apa saya sertai Pas? Masuk politik, berjuang habis-habisan tetapi Pas tak mampu beri jaminan itu sedangkan Rasulullah SAW ajar kita berpegang kepada prinsip dan menegakkan panji-panji Islam.

"Sekarang ini, Pas nak pertahankan oal larangan arak di Selangor pun tidak mampu dan boleh tunduk kepada Exco Ronnie Liu sehingga menggadaikan prinsip Islam.

"Maka sebab itu saya buat keputusan sertai UMNO. Saya akui bahawa UMNO ini bukan sempurna kerana kita bukannya maksum atau malaikat, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah mengkhianati prinsip agama, bangsa dan negaranya sendiri," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan merelakan segala-galanya hanya kerana Anwar memberikan jawatan seperti Exco, ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya sedangkan kemungkaran terus berlaku di hadapan mata mereka seperti isu arak, rumah urut dan sebagainya.

"Saya bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang saya keluarkan," tegas beliau

Monday, February 14, 2011

Najib sanggup label orang agama sebagai pelampau


PM Malaysia mulai cemas dan cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana. Apakah sudahnya hajat hati mahu memeluk gunung apa kan daya tangan tak ke sampaian. Beliau nampak tidak selesa, ini kerana waktu beliau sedang naik menduduki kerusi atau tahkta PM ia sering terganggu dan diganggu. Beliau tersentak dari buaian mimpi ngeri situasi Mesir yang bagai dilanda tsunami ledakan kejutan trauma kebangunan rakyat daripada rejim zalim dan penindas rakyat. Mendepani nya dan tersungkurkannya penguasa yang ampuh yang dibiayai dibayangi serta ditajai kuasa besar, gagal dipertahankan kini.

Terkesan daripadanya selain gangguan dari dalam adalah bayangan Anwar dan kini gangguan Anwar ditokoki dengan kebangkitan gerakan rakyat yang fahami agama, yang mana hari ini PM cuba memujuk hatinya, dan terus menyedapkan 'tuan' yang disanjungi itu dengan menyerang serta membelasah golongan seumpama ini sebagai golongan pelampau dalam negara sebagai pengacau dan pengganggu utama keharmonian negara. Itulah label seorang PM yang sanggup mengkhianati rakyatnya dengan melebalkan mereka adalah 'pelampau'.

Itu adalah harga bagi sebuah perjuangan rakyat yang mahukan keadilan, kesejahteraan.


Ekstremisme Punca Ketegangan Antara Agama - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perbezaan fahaman agama dan kepercayaan bukanlah punca berlakunya ketegangan sama ada di negara lain mahupun Malaysia.

Sebaliknya menurut beliau, ketegangan yang berlaku di kebanyakan negara adalah disebabkan wujudnya golongan ekstremisme yang sengaja mengganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif.

Jelasnya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan bahawa kepelbagaian agama bukanlah penyebab utama kepada ketegangan dalam masyarakat.

"Malaysia telah menunjukkan bahawa perbezaan agama tidak semestinya membawa permasalahan dalam masyarakat.

"Tetapi yang menjadi kekangan, hambatan dan punca ketegangan ialah pemikiran yang ekstrim.

"Sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa sahaja agama, kalau kita ada fahaman yang ekstrim... ia akan membawa padah yang buruk kepada negara kita dan manusia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini, Isnin.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia diilhamkan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Puteranya, Ghazi Muhammad yang menjadi utusan peribadi serta penasihat kepada Raja Abdullah II pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-65 di New York tahun lalu.

Idea yang diketengahkan itu kemudian menjadi resolusi yang diterima pakai PBB untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di semua negara anggota.

Selain itu Perdana Menteri berkata, jika fahaman ekstim berkenaan tidak ditangani dengan sebaiknya, ia akan membawa kesan buruk kepada pembangunan negara dan manusia sejagat.

"Saya sedar ada juga ancaman kepada proses (mewujudkan negara aman) ini, salah satu ialah fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrim.

"Pemikiran ekstrim inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada PBB, tahun lalu.

"Sebab saya percaya, inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, nilai kebersamaan antara ajaran semua agama di Malaysia menjadi asas keharmonian di kalangan masyarakat.

"Walaupun kita ada perbezaan akidah, tetapi yang penting ialah kita ada nilai kebersamaan yang boleh membawa kepada pembentukan negara bangsa yang aman.

"Kerajaan mempunyai iltizam yang kuat, insyaAllah, kita akan terus berjaya kerana kita mempunyai perancangan yang teliti seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang telah disusun dengan mantap dan kemas.

"Kekuatan terhadap perancangan itu mestilah berlandaskan kepada kestabilan dan keharmonian dalam negara. Inilah tonggak paling penting. Inilah juga harapan saya melalui perjumpaan ini," katanya.

Sekilas Pandang Dari Subky Latif ttg Dr M = Ben Ali

Persamaan Ben Ali dan Mahathir
Subky Latif
TUN Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan Zaine al Abidene jadi Presiden Tunisia selama 25 tahun. Kira-kira sama lama.

Zaine al Abidene sebelum menjadi Presiden adalah Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourgiba. Keduanya berbalah. Sebelum dia dipecat Presiden, dia merampus kuasa dan menjadi Presiden.

Dr. Mahathir berbalah dengan pemimpinnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Dia dipecat dari partinya, Umno. Selepas Tunku dipaksa berundur, Dr. Mahathir dapat kembali dalam Umno dan kemudiannya jadi Perdana Menteri.

Kedua-duanya sama-sama keras terhadap orang bawah dan rakyat.

Ada satu lagi persamaan antara keduanya. Dr. Mahathir dikatakan bertanya Presiden Ben Ali bagaimana dia menghadapi kaum muda yang berpelajaran tinggi sehingga mereka menyoal kepimpinannya dan pemerintahannya.

Senang saja. Ben Ali menjadikan mereka orang yang berhutang sepanjang hidup. Sebaik mereka lulus universiti dan mendapat pekerjaan dan yang tidak lulus universiti pun dapat pekerjaan, maka mereka diberi kemudahan untuk membeli kenderaan.

Mereka pun jadi orang yang berhutang. Sebahagian dari pendapatan mereka digunakan untuk membayar ansuran hutang motokar. Menampung perbelanjaan motokar seperti menampung seorang isteri.

Selagi hutang motokar itu tidak selesai, maka tidak banyak memikirkan hal lain selain dari menjelaskan hutang itu. Mereka akan menghadapi masalah kiranya hutung motokar tidak dijelaskan. Biasanya mereka menunaikan beban itu.

Sekali seseorang itu bermotokar, maka dia mesti sepanjang hidupnya bermotokar. Sebaik hutang itu selesai motokar pula tua terpaksa diganti baru. Maka dia menyambung hutang lagi sehingga tua.

Kemudian mereka diberi kemudahan pinjaman membeli rumah. Kadang-kadang sampai usia bersara hutang rumah belum selesai.

Sepanjang hidup rakyat seperti itu sebok menanggung hutang. Justeru itu mereka tidak boleh berfikir untuk berlawan dengan kerajaan kerana ada risiko berlawan dengan kerajaan. Kalau ditakdirkan dia hilang pekerjaan, maka bagaimana dia hendak menjelaskan ansuran hutang motokar dan rumah?

Oleh kerana itu orang cerdik pandai yang berhutang itu tidak banyak memikirkan kerajaan dan pimpinannya baik atau tidak, kerana tanggungjawab utama mereka ialah sebok menjelaskan hutang.

Dr. Mahathir pun berkongsi pengalaman yang sama. Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lulusan sekolah menengah dan lulusan unversiti yang bekerja membeli motokar dulu. Mereka juga ada kemudahan membeli rumah.

Kerajaan menyediakan pinjaman itu.

Kerajaan Dr. Mahathir membuka peluang mudah memiliki motokar. Kerana Malaysia sendiri membina lebih dari satu kilang membuat motokar, bukan saja orang senang membeli motokar, orang juga senang bertukar motokar.

Dr. Mahathir juga menukar sistem biasiswa bagi mahasiswa berjalan sejak di zaman British dulu kepada sistem pinjaman. Setiap pelajar diberi hak untuk membuat pijaman pelajaran.

Maka sebelum pelajar itu keluar universiti, mereka sudah jadi orang yang berhutang. Sebaik saja mereka dapat pekerjaan, maka mereka mula membayar hutang.

Rakyat Tunisia hanya menjadi orang yang berhutang selepas keluar dari universiti. Rakyat Malaysia sudah jadi orang yang berhutang sebaik saja masuk universiti. Beban hutang itu akan bertambah apabila mereka membeli motokar dan membeli rumah.

Oleh itu mereka sebok sepanjang hidup bekerja untuk menyelesaikan hutang. Beban hutang itu mungkin selesai apabila masing-masing bersara. Orang masuk usia bersara tidak lagi banyak memikirkan tentang politik dan kerajaan. Orang yang penat ini biasanya memilih untuk berehat.

Apa yang dibuat oleh Ben Ali itu berjaya menyelamatkan politiknya hingga sampai 23 tahun. Memang pelannya lojik dan menasabah.

Tetapi rakyat Tunisia akhirnya tidak lagi memikirkan mereka berhutang atau tidak. Dimulai oleh orang tidak ada pekerjaan di jalan-jalan bangkit menyoal pemerintahan Ben Ali. Mereka disokong oleh orang-orang yang berhutang, mereka hambat Ben Ali hingga tidak ada negara hendak menerimanya sebagai orang buangan.

Dr. Mahathir lebih cerdik. Sebelum orang berhutang hambat dia, dia berhenti dulu. Ben Ali bukan tidak cerdik, tetapi dia pun tidak sangka rakyat Tunisia rupanya sudah cerdik belaka.

Sunday, February 13, 2011

Info Terkini: PRK Dun Kerdau, Pahang ?

Baru sebentar tadi, ramai pimpinan Umno Bn termasuk PM tiba di Kerdau bagi menziarahi jenazah YB Kerdau yang baru meninggal petang semalam. Kedatangan Najib adalah sebagai tanda, dan tidak sampai 24 jam speaker Dun Pahang memaklumkan bahawa kekosongan kerusi akan segera dimaklumkan kepada SPR. Katanya esok.

Nampaknya macam tergesa-gesa, gaya macam mahu memburu tarikh penamaan di Dun Merlimau sahaja lagaknya. Apa pun segala-galanya adalah ditangan SPR. Buatlah rakyat hanya menerima sahaja.




Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

13/02/2011 1:40pm

TEMERLOH 13 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata, selepas itu, SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil. – Bernama

Saturday, February 12, 2011

Al Fatihah : ADUN Kerdau Meninggal

ADUN Kerdau meninggal dunia

12/02/2011 9:01pm

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.

Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. - Utusan

Pada 26hb Februari ini DUN Merlimau akan menyaksikan PRK ke 14. Kerusi itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Umno Bn. Allahyarham telah mengalahkan calon PAS. Ini bermakna dari segi tradisi PAS bertanding 1 lawan 1 dengan Umno.

PAS dilaporkan sudah kecundang 4 kali ditangan umno dalam PRK. Dan digambarkan prestasi PAS tidak 'mengembirakan' para penyokong, sehingga ada ura-ura agar memberi kerusi ini kepada sekutu mudanya iaitu PKR. Namun semuanya adalah rumors belaka.

PR telah memutuskan PAS bakal meletakkan calon menentang calon Umno di N27 Dun Merlimau, Melaka. Dari segi sejarahnya Melaka mempunyai 28 Dun, Umno menyapu bersih kecuali 5 Dun dimenangi DAP. Oleh itu, kata-kata memaparkan Umno kuat bukanlah alasan mutlak.

Kebiasaannya logik Umno memang berhantu dan cukup berwibawa meraih kemenangan. kerana faktor utama jika perlawanan itu, tidak bermain dikawasan tanah yang rata. Inilah hujah konvensional regim Umno Bn





Pas terperangkap atau diperangkap?

PADA mulanya, ada ura-ura Pas akan memberi laluan kepada rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Perkiraan itu dibuat kerana selepas kalah dua kali berturut-turut dalam PRK sebelum ini iaitu di Galas dan Tenang, Pas tidak mahu imej mereka terus tercemar kalau tewas pula di Merlimau.

Oleh itu, mereka mesti mencari alasan terbaik supaya tidak perlu mewakili pakatan pembangkang bertanding di DUN tersebut. Bagaimanapun, keputusan mesyuarat pakatan pembangkang tetap menyerahkan kerusi berkenaan kepada Pas atas alasan mahu mengekalkan status quo. Namun keputusan berkenaan dikatakan tidak memuaskan hati sesetengah pemimpin dan ahli Pas yang melihat parti itu masih belum selesai 'merawat luka' akibat tewas di Galas dan Tenang.

''Soal... itu kerusi tradisi Pas atau tidak, ia bukanlah persoalan kerana buat masa ini, Pas harus menumpukan perhatian bagi mengembalikan kekuatannya.

''Kegagalan mempertahankan kerusi DUN Galas dan melakukan kejutan di Tenang banyak menjejaskan moral jentera pilihan raya Pas. Oleh itu, kita perlu berfikir semasak-masaknya sama ada hendak bertanding di Merlimau atau tidak,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Untuk rekod daripada 14 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Pas bertanding tujuh kali dan menang empat kali. Empat kemenangan yang dicapai Pas adalah dua kerusi Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Terengganu serta dua kerusi DUN iaitu Manek Urai dan Permatang Pasir.

Walaupun di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir, Pas nampak agak selesa mencapai kemenangan tetapi di DUN Manek Urai, petanda awal kemerosotan sokongan terhadap parti itu semakin ketara. Pas hanya mampu mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti tidak sampai 100 undi. Sejak itu, sokongan Pas dalam PRK semakin merosot termasuklah kehilangan kerusi DUN Galas dan gagal merobek kubu BN di Tenang.

Semua ini meresahkan penyokong Pas yang mahu kepimpinan parti menilai kewajaran bertanding di DUN Merlimau. Mereka amat memahami DUN tersebut sejak dulu lagi tidak pernah mampu dicerobohi pembangkang.

Tambahan pula, pada PRU 2008, calon BN, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan BN bukan sahaja di DUN Merlimau tetapi juga Melaka secara keseluruhannya di bawah kepimpinan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, ia akan menyukarkan lagi Pas untuk melakukan kejutan dalam PRK pada 6 Mac ini. Oleh itu, penyokong Pas tidak mahu kecewa buat kali ketiga berturut-turut, sebab itulah ada pendapat supaya Pas tidak bertanding.

Mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya bukanlah tradisi Pas. Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah dalam PRK DUN Batu Talam pada 2007. Tetapi selepas itu, Pas bukan sahaja bertanding dalam PRK, malah bertungkus-lumus membantu rakan-rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Bagaimanapun, situasi politik sekarang boleh dikatakan bukan sahaja tidak menyebelahi Pas malahan pakatan pembangkang. Justeru, ada pandangan dalam kalangan anggota jentera pilihan raya Pas agar parti itu menumpukan sahaja perhatian kepada PRU yang mereka ramal bakal diadakan pada tahun ini.

Tambahan pula, dengan kekalahan dalam dua PRK berturut-turut di Galas dan Tenang, Pas sepatutnya berusaha memperbaiki kelemahan dalam parti itu terlebih dahulu.

''Pas sekarang ibarat masih berdarah akibat kalah dalam pertempuran. Adalah lebih baik ubati dulu luka berkenaan, sebelum berhasrat menyertai pertempuran seterusnya,"demikian kiasan yang diberikan oleh seorang ahli veteran parti itu kepada penulis ketika kami berbual di sebuah restoran di Shah Alam, kelmarin.

Walaupun ahli veteran ini adalah penyokong tegar Pas, namun dia beranggapan pemimpin dan ahli Pas perlu bersikap objektif serta berfikiran terbuka untuk mengkaji sejauh mana kekuatan yang masih ada bagi menghadapi BN dalam pilihan raya.

''Jangan kerana ada sahaja PRK, Pas harus bertanding. Kita kena akui banyak kesilapan yang berlaku dalam dua PRK sebelum ini belum diperbaiki.

''Bak kata orang... demam pun belum kebah akibat kalah di Tenang, tak kan hendak tambah lagi dengan tewas pula di Merlimau,'' kata ahli veteran itu dengan nada agak tegas.

Sememangnya hujah ahli veteran ini ada benarnya. Mungkin Pas bimbang pelbagai tafsiran jika tidak bertanding tetapi soalnya sudahkah Pas memperbaiki kelemahan yang memungkinkan mereka gagal dalam PRK sebelum ini. Janganlah beri alasan kalah kerana demokrasi berat sebelah, sedangkan kelemahan yang dimiliki tidak mahu diperbaiki. Turut menjadi teka-teki dalam kalangan penyokong Pas ialah sejauh mana keikhlasan PKR memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di Merlimau. Apakah ia satu 'perangkap' atau Pas sudah terperangkap dengan status quo?

Ia disebabkan sebelum ini, ada ura-ura bahawa PKR berhasrat bertanding di DUN itu. Namun hasrat berkenaan akhirnya dibatalkan atas dasar 'status quo'. PKR mungkin menyedari laluan sukar yang bakal ditempuhinya memandangkan momentum sokongan politik sekarang banyak menyebelahi BN. Justeru, parti itu tidak berhasrat mencalarkan imejnya dengan membiarkan mereka tewas di Merlimau.

PKR sudah tewas dua kali dalam PRK sebelum ini iaitu di Parlimen Hulu Selangor pada April 2010 dan Parlimen Batu Sapi pada November tahun yang sama. Oleh itu, PKR tidak mahu mencatatkan 'hatrik' tewas dalam PRK dengan bertanding di Merlimau pula, apatah lagi dengan pelbagai kemelut yang sedang melanda parti itu.

Kepimpinan PKR cuba menjaga imej mereka sebaik mungkin dan bagi mereka biarlah Pas tewas kerana kononnya kesan lebih kecil berbanding jika PKR tewas kerana ia melibatkan maruah Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi keputusan muktamad sudah dibuat, Pas akan bertanding di Merlimau dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah mencatatkan 'hatrik' kalah dalam tiga PRK berturut-turut.

Jika itu berlaku, maka jangan salahkan sesiapa, sebaliknya Pas perlu menyalahkan diri sendiri kerana terus ingin memasuki medan pertempuran dalam keadaan 'penuh kecederaan'

Daulatkan kembali Islam di Mesir


Genaplah regim 32 tahun diktator Mubarak disingkirkan rakyat. Penyingkiran kali ini 'cukup istimewa'.

Dengan penyikiran diktator Mubarak ini bermakna Mesir kian menuju ke arah 'cahaya' yang gemilang.

pemergian Mubarak di pagi Jumaat lari meninggalkan istana Presiden bukanlah muktamad. AS dan Israel kini berusaha keras bagi mencari pengganti setidak-tidak yans serupa Mubarak.

Orang pertama yang menawarkan perlindungan kepada Mubarak adalah israel. Keakraban Mubarak dan Israel tidak payah diperincikan, memang cukup intim. Kata ramai penganalisis Mubarak pergi mencari 'kematian' persis Firaun. Kita nantikan ?

AS kini bawah Barak berpura-pura dan berlakon penuh sandiwara ibarat sandiwara Umno Bn di Malaysia, simpati dan menyokong penuh tuntutan dan kemahuan rakyat Mesir. Nada AS adalah sama dengan rakyat, Umar adalah orang suruhan.

Kita berharap aktivis dan gerakan yang menjadi nadi kebangkitan ini, janganlah tertipu. Kita tidak mahu penipuan dan pertelagahan sesama gerakan berulang seperti di bumi Afghan, yang untung akhirnya Barat dan AS serta konco-konco.

Bumi Mesir dan orang Mesir lain 'lagu'nya.Sama-sama kita doakan agar Islam dapat didaulatkan di bumi Mesir kembali

Tuesday, February 08, 2011

Misi Politik , Misi Keselamatan Ikutlah PM

memang tiada sesiapa pun yang katakan misi membawa balik para pelajar dari Mesir bumi bergolak ke Malaysia sebagai ada misi politik. Misi itu adalah misi tanggungjawab kerajaan yang dipimpin oleh Najib bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin baik. Itulah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia pun yang kerajaan Najib sanjung tu. Hinggakan mana-mana undang-undang yang dibuat selepas merdeka jika bercanggah maka akan terbatalnya dengan sendiri.

Tahniah lah Najib dan kerajaan kerana dah membawa para pelajar kembali ke tanahair. Kita terkejut juga dengan 'tingkahlaku' kerajaan yang mahu mengenakan caj tambang bebudak ini dengan meminta waris atau penjaga mereka yang membayar. Maka eloklah hari ini Petronas yang kaya itu baik hati menghulurkan RM2 juta, yang lain-lain akan menyusul ya..samada paksarela atau sebagai terpulanglah.

Nampaknya kerajaan memang tidak berduitlah betullah kata menteri di JPM Idris Jala kerajaan akan bangkrap sikit masa lagi mungkin 2013 atau 2023 atau sebagainya. Nantikan count down kerajaan akan bangkrap.




Ops Piramid bukan misi politik


Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan Muhyiddin Yassin menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang tiba di KLIA, Sepang, menaiki pesawat MAS di bawah Ops Piramid, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.

Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Perdana Menteri, pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Tegas beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.

"Runtuhnya sama sekali undang-undang dan ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang tidak berdosa," katanya.

Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.

Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang rakyat Malaysia.

"Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Juga, kata Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah.

Kata beliau, perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara berkenaan kepada Malaysia.

Najib berkata, jika perlu kerajaan juga akan berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.


Perhatian : Memang itupun kerja SPR

SPR pamer daftar pemilih baru mulai esok

08/02/2011 9:36pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 mulai esok hingga 15 Februari ini di 1,006 tempat pameran di seluruh negara.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (476 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (104 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (156 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (51 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (174 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).

Sabri berkata dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2010, SPR menerima 292,444 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu.

"Mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang dipamerkan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sabri berkata mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam rang daftar pemilih itu pula boleh mengisi Borang C, katanya.

Borang-borang tuntutan itu hendaklah diserah kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan itu dipamerkan, katanya.

Beliau berkata nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai pengundi pos juga akan dipamerkan.

Selain itu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka.

Sabri berkata ini bertujuan memastikan pemilih-pemilih berkenaan didaftar di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon.

"Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui sistem aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke ibu pejabat SPR di Putrajaya.

"Jika keadaan itu berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya,” kata Sabri.

Bagi tujuan membersihkan Daftar Pemilih daripada nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia, SPR memohon kerjasama waris simati untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan JPN mengemaskini pangkalan datanya.

"Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih,” katanya.

Bagi pemilih berdaftar yang bertukar alamat tempat bermastautin pula digalak untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, melalui kaunter bergerak SPR, kaunter ibu Pejabat SPR, Putrajaya ataupun kaunter di pejabat pilihan raya negeri, katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara itu boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri selain boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010. - Bernama

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, February 07, 2011

Kes Balkis: Judisari nampak ok aje..

Amalan doktrin pengasingan kuasa amalan dan anutan negara kita dalam kes Balkis kini nampak macam bertahan sahaja. ia itu tida unsur campurtangan dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak sahaja.

Kita nantikan agenda mereka, untuk episod seterusnya. Nampak macam nak pulihkan imej sahaja, tetapi selepas PRK Dun Tenang harga minyak RON97 terus diumumkan naik 10 sen

Pembubaran BALKIS: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

2011/02/07
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran BALKIS, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim

Politik melayu dan kemelayuan juga sudah berubah, ikut zaman

Menarik dan tertariknya politik Malaysia yang sering dilanda kontroversi.Sikit masa lalu rakyat hanya mengenali dan tahu dalam negara ini satu-satu parti poltik Melayu adalah parti Umno.

Dikala itu, parti politik lain sudah ada terutamanya PAS. Rakyat masih tidak kenal dan tidak mahu tahu tentang PAS, apa isi tujuan penubuhan dan matlamat apakah yang diperjuangkan, tetapi kini situasi berubah

Kini semua sudah jauh berubah, jika tiada PAS Umno seperti tiada madunya, walaupun sudah dapat sepah. Justeru politik Melayu dan Kemelayuaan terus menerus hidup dan dihidupkan.

Kemasukan golongan profesonal dalam PAS era 1980an berjaya mewarni warna-warna politik tanah air. Tuan Guru yang diangkat memimpin PAS semakin terserlah kematangan dalam berpolitik.

Rakyat kini sudah mengubah persepsi bahawa sebenarnya Islam itu sempurna. Maka manusialah yang kena menyempurnakan


Itukah dilema politik Melayu?

APABILA Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri menegur sikap Datuk Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas terhadap Lee Kuan Yew, pemisah Singapura dari Malaysia, ternyata masing-masing mempunyai dua ufuk politik yang amat berbeza. Kenyataan itu ada benarnya yang menunjukkan Melayu mudah berubah tanpa berkira. Kadang-kadang ada sahaja yang dihalal atau diharamkan. Disebabkan kepentingan, ada sahaja 'fatwa' politik yang mengelirukan. Siapakah musuh politik Melayu sebenar?. Apakah orang lain atau diri umat Melayu-Islam itu sendiri yang sukakan perpecahan. Melayu beragama Islam tetapi menolak persaudaraan Islam. Itukah dilema politik Melayu?

Perjuangan nasionalis Islam nampaknya berpandangan lebih jauh. Sejak kemerdekaan negara 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, kita telah menyaksikan turun naiknya gelombang politik dan kehidupan rakyat dalam semua bidang. Kini, kita sedang memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), 2011-2015 melalui Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan pucuk pimpinan nasionalis Islam.

Selama ini dasar-dasar negara dilaksanakan melalui hikmah kuasa politik. Seandainya kerajaan sekarang diberikan semula mandat besar dalam PRU Ke-13 akan datang seperti mana PRU 2004, maka pengajaran PRU 2008 hendaklah dijadikan iktibar, agar tidak sekali-kali menimbulkan kesombongan baru politik, rakyat tidak didahulukan, dasar diubah secara bukan-bukan, terlalu bertolak ansur dan menolak prinsip penerimaan yang akhirnya membawa bahana besar.

Politik Melayu terletak di bahu UMNO dan Pas. UMNO sudah melebarkan sayapnya ke Sabah. Kebijaksanaan kesepakatan kerajaan BN sudah terbukti. Persekongkolan Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) belum berjaya menunjukkan kehebatan, kecuali pecah belah, dikepalai orang yang menentang Melayu dan menolak Islam, serta mengharu-birukan pentadbiran. Hala tuju kepimpinan politik Malaysia pula tergantung kepada Melayu dan bumiputera. Masyarakat Cina dan India telah memahami dan akur akan situasi ini. Jika Melayu hilang kuasa, sebabnya bukan kerana orang lain, tetapi kerana perbuatan sesama Melayu. Bangsa Melayu perlukan transformasi budaya politik tersendiri.

Pembangunan adalah janji politik atau janji kerajaan kepada rakyat. Jadi, orang politik patut tahu bezanya antara parti dengan kerajaan. Mungkin sahaja banyak parti berada di dalam satu-satu komponen seperti BN, tetapi mereka hendaklah menjuruskan perjuangan dalam erti kehidupan bernegara dan berbangsa. Perbalahan sesama Melayu janganlah sampai merosakkan idealisme perjuangan, menjadikan 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', apalagi sampai merobekkan tonggak-tonggak kenegaraan.

Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan. Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.

Kuasa politik Melayu di Malaysia ternyata merupakan pertarungan antara UMNO dengan Pas. PKR bukan sebuah parti Melayu tulen dan baru diasaskan. Melayu patut mengkaji bagaimana pola politik bukan Melayu khususnya orang Cina dan India. Kenapa mereka bersatu apabila berhadapan dengan isu-isu kepentingan kaum mereka. Pola MCA, DAP, Gerakan dengan sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sentiasa sepakat mempertahankan isu bahasa, budaya dan pendidikan sendiri.

Melayu pula suka bertelingkah hatta terhadap dasar-dasar nasional. Sepatutnya di mana ada kelemahan, di situ dibuat pembaikan bersama. Masalah umum rakyat dan kenegaraan jangan dipinggirkan.

Era 1980-an, era parti induk Melayu hampir terkubur. UMNO pengsan sebentar, kerana perebutan kuasa dalaman, tetapi mujur dapat dipulihkan. UMNO pernah kehilangan tokoh-tokoh besar dalam peristiwa parti pada tahun 1987 dan 1999. Pada dekad itu, bukan sahaja UMNO yang berpecah, bahkan sampai sekarang, hubungan UMNO dengan Pas terlalu 'masam'. Untuk menemukan pimpinan Melayu dari kedua-dua parti itu sehingga bermuzakarah pun terlalu sukar.

Kalau tidak kena jalannya, Melayu memang boleh hilang kuasa politik. Sesuatu yang hilang bukan mudah untuk diganti. Senario politik kian kompleks. Kalau kita hilang ketegasan, maka akan banyak hak-hak Melayu dan kenegaraan akan terkorban. Sokongan ahli parti, semangat kekeluargaan berparti, amanah mesti dipupuk kembali agar tidak mati, bukannya amalan rasuah. Sejarah menunjukkan kejatuhan Melayu terjadi disebabkan adanya orang-orang seperti Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar dan Si Kitol. Melayu jatuh kerana ruang akal budinya dipenuhi dendam, hasad dengki, cemburu, dan perbalahan yang merugikan.

Apakah politik Melayu boleh bertahan lebih lama kerana semakin banyak tanda-tanda menunjukkan Melayu dihinggapi penyakit. Dahulu politik Melayu sangat kuat kerana didukung oleh para guru, orang-orang desa dan mereka yang berjuang tanpa mengharapkan ganjaran mata benda. Kini dikaitkan pula dengan politik wang. Mungkin kerana generasi pimpinan sudah berubah, lebih ramai orang korporat terlibat secara langsung.

Perjuangan komersialisme telah mengatasi idealisme asal. Skandal politik wang diakui oleh para pemimpin kita sendiri. Kalau nilai-nilai buruk sedemikian tidak dilupuskan, krisis politik akan terjadi, keikhlasan akan hilang, timbul penyakit-penyakit lain yang lebih kronik yang akan menjalar kepada kerja-kerja pembangunan, kemajuan ekonomi, kelunturan daya juang dan kesan besar terhadap pembinaan negara bangsa.

Ketahanan dan pertahanan politik Melayu terletak di bahu Melayu. Melayu dan kaum bumiputera kena bersatu terlebih dahulu. Perpaduan Melayu dan bumiputera itu menjadi keutamaan. Kelemahan Melayu akan hanya membuka lorong desakan orang. Melayu dan bumiputera tidak ada pilihan dalam situasi politik semasa. Jangan terpedaya dengan omong kosong. Kemakmuran dan kejayaan yang ada sejak kemerdekaan itu hendaklah dipertahankan.

Kini, kita melihat perjuangan perkauman semakin menjadi-jadi. Bangsa Malaysia tidak akan cemerlang jika tidak menegakkan persamaan. Kepentingan kaum harus dibezakan dengan kepentingan mengisi matlamat negara. Ada tanggungjawab kepimpinan Melayu untuk menjelaskannya.

Sewaktu kaum lain terus mengukuhkan kuasa ekonomi mereka dan tegar mempertahankan kuasa politik, amat tidak 'comel', Melayu dan bumiputera asyik bercakaran, sorak sorai macam 'Pak Kaduk'. Ketahanan orang lain sudah lama ditegakkan melalui ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan bahasa sendiri, dan menguasai kehidupan kota. Gerakan terbaru pembangkang ialah untuk menguasai setiap bandar di Malaysia.

Melayu yang tidak tetap pendirian dan 'tidak lekat dasar' tergamak bersekongkol dengan mereka itu semata-mata kerana dendam dan kerakusan kuasa. Cuba hayati kata-kata Aristotle: 'Jika sesuatu bangsa mahu menguasai atau menakluki sesebuah negara, maka mereka perlu mempunyai kuasa politik dan ekonomi'. Kini, di mana kuasa politik dan ekonomi Melayu dan ke mana kuasa politik dan ekonomi bukan Melayu? Apakah Melayu sedang berhadapan dengan dilema politik Melayu?

Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua Pengarah DBP/Bekas Ketua Pengarah Kebudayaan dan AJK GAPENA serta Penasihat PUSPA Kelantan.