Monday, January 31, 2011

PRK Tenang: Bersabar dengan kekalahan !

PRK TenangUmno Bn menang dengan calon Umno Bn azhar Ibrahim memperolehi 6699 undi dan normala Sudirman calon PAS mendapat 2992 dengan majoriti 3707 undi.

Umno Bn menang tetapi 'nampak' suram dan muram. Penulis dan rakan baru sahaja tiba selepas terperangkap di laluan segamat Labis hampir 48 jam. Dan kami mengambil keputusan turun kembali ke Lebuhraya Plus menuju ibukota KL.

Pengalaman menarik, banyak buah tangan yang diperolehi di Tenang. Masjid dikunci perkara biasa, masalah kekurangan air dalam banjir di tenang, masalah jalanraya terburuk laluan segamat Labis dalam sejarah dn penglaman penulis dan rakan-rakan.


Sokongan gila masyarakat Melayu (bahasa kasar) di kawasan Felda, strategi mengganggu dengan karakoke semasa kempen adalah asam garam di tenang.


Rumusan dari segi politik PAS kalah, tetapi dari sudut dakwah PAS berjaya. Malam terakhir penulis sempat mengikuti ceramah daripada MP Sri Gading di Felda Cempelak. Beliau menyerang PAS, tetapi gunakan modal lama. Modal ini termakan dek pengundi di felda berkenaan.


Thursday, January 27, 2011

Islam: Percaya dan yakin

Dengan hanya berbekalkan persepsi dengan sedikit ilmu Barat, penulis yang bernama kamal ahmad merelakan dirinya menjadi penulis tamu dan penulis upahan murahan Umno Bn.

Beliau gagal memahami agama sebagai cara hidup dan islam itu sesempurna agama dan cara hidup. Ini mencakup soal keyakinan dan percaya, dua perkataan berbeda. Sepertilah juga fitnah dan pendedahan maklumat gagal dibedakan.

Begitulah sdr Kamal Ahmad beliau percaya Islam, beliau percaya solat dan kita kira beliau juga bersolat 5 waktu. Persoalannya adakah beliau yakin dengan solatnya itu. Inilah yang memerlukan darjah pemahaman yang cukup tinggi.

Berapa ramai umat Islam yang bersolat, dan berapa ramai yang masih berjudi, masih minum arak. Kerana persoalannya mereka tidak yakin dengan apa yang mereka kerja dan buat.

Dalam Islam kedua-duanya hendaklah datang serentak. Ini kerana percaya sahaja tidak cukup, kerana yakin diperlukan. Berapa ramai orang yang percaya Tuhan itu ada, yakin bahawa tuhan itu ada bagaimana ?

Renungkan maksud tulisan saya ini...




Fatwa PAS berubah demi kepentingan politik
Oleh Kamal Ahmad

KENYATAAN umpama ‘fatwa politik’ sudah lama diamalkan PAS dan dilihat berkesan bagi mencapai matlamat parti itu. Membuat kesimpulan negatif atau melabelkan status individu, organisasi atau program menggunakan nama agama sudah sekian lama menjadi senjata PAS.

Berdiri sebagai orang politik tetapi menggunakan platform agama menyebabkan orang ramai dan pengikut sukar mempertikai, meragui atau mempersoalkan kata-kata seorang pemimpin yang mereka sifatkan sebagai ‘ustaz’. Logiknya, pemimpin itu pasti tidak berani berbohong kerana apa yang diucapkannya membabitkan hukum atau ajaran agama.

Barat menggunakan istilah dogma bagi merujuk propaganda politik cara ini. Dogma diberi maksud sebagai doktrin agama atau sistem doktrin dicanangkan oleh pihak berkuasa gereja sebagai benar. Dogma juga membawa maksud keyakinan, prinsip atau doktrin.

Seorang pakar mengenai fasisme dan totalitarianisme antarabangsa, Emilio Gentile, dalam bukunya diterbitkan pada 1996 berpendapat, politik selama dua abad terakhir sering mengambil ciri-ciri daripada agama, mendakwa sebagai hak prerogatifnya dalam mendefinisikan tujuan fundamental dan makna kehidupan manusia.

Fatwa politik PAS boleh disifatkan dogma atau doktrin yang akhirnya mengikat kepercayaan atau keyakinan penyokongnya sebagai sesuatu yang benar walaupun hakikatnya sekadar ‘cakap politik’.

Seawal pilihan raya umum (PRU) pada 1964, PAS sudah menuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan parti yang ahlinya bukan Islam melalui Perikatan. UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC untuk menubuhkan kerajaan tetapi PAS menggunakan surah Al-Imran ayat 28 untuk merumuskan ‘fatwa’ bahawa UMNO kafir kerana memerintah negara secara berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum berkata: “Tiada sesiapa berhak mengeluarkan fatwa melainkan mufti dengan titah (perkenan) Raja-Raja Melayu.”
Bagi membuktikan PAS memperalatkan ‘fatwa’ itu, mereka menghalalkannya apabila bergabung dengan DAP, selain Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) ketika menentang Barisan Nasional (BN) menjelang PRU pada 1999. Kini PAS berkongsi kuasa dengan DAP di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tanpa label haram kerana PAS sudah menghalalkan hukum 1964 itu mengikut kesesuaian serta peredaran masa demi kepentingan politik seperti dinyatakan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, di Labis, baru-baru ini.

Fatwa songsang PAS juga mesti dipertanggungjawabkan menjadi punca perpaduan orang Melayu goyah gara-gara Amanat Haji Hadi iaitu ‘fatwa’ Datuk Seri Hadi Awang, pada 1981 yang mengkafirkan ahli UMNO. PAS juga menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah. ‘Fatwa’ itu dicipta menjelang PRU 1969 dan masih ‘sah’ sehingga sekarang. Namun ‘fatwa’ itu tidak terpakai di negeri diperintah PAS atau berkongsi kuasa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

PAS juga menuduh kerajaan BN memperjuangkan assabiah dan setiap perjuangan assabiah adalah kafir. Hadi juga pernah mengeluarkan fatwa lain iaitu berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan seperti dinyatakan ketika ceramah terbuka di Kampung Bukit Kulim dekat, Marang, Terengganu. Beliau turut mengeluarkan ‘hukum’ bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya syahid. Kesan dogma itu ialah Peristiwa Memali, di Baling, Kedah pada 1985 yang menyerap sekumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pihak polis dan menyebabkan 18 orang terkorban.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun, berkata PAS adalah parti politik yang tidak konsisten dan terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga hilang pedoman serta hala tuju.

“Mereka sanggup menggunakan nama Islam untuk meraih sokongan kerana tiada asas perjuangan sebaliknya hanya meletakkan pada manis pidato. Dulu mereka kafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan hukum hudud dan bekerjasama dengan parti komponen BN. Hari ini, yang diludah ke langit jatuh ke muka PAS sendiri. Mereka hipokrit kerana boleh mengeluarkan fatwa mengikut sokongan politik,” katanya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata ‘fatwa’ PAS bersifat politik yang bersandarkan kepada kebencian dan kemarahan sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat.

“Ia diteruskan hingga hari ini dan akan digunakan sampai bila-bila kerana itu saja modal yang ada pada mereka tanpa menghiraukan kesannya. PAS langsung tiada rasa tanggungjawab. Mereka memperoleh undi bukan atas kepercayaan kerana kemampuan parti tetapi meraih undi daripada kalangan mereka yang marah,” katanya.

Banyak lagi ‘fatwa’ dan ‘hukum’ dikeluarkan pemimpin PAS dan terbaru bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengatakan mengundi UMNO adalah haram, gara-gara parti itu terdesak untuk mencari sokongan menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dekat Labis, pada Ahad ini. Kenyataan Salahuddin di Labis itu turut mengesahkan sikap PAS yang sengaja mentafsirkan sesuatu ayat al-Quran mengikut keperluan politik.


Felda Bangkrap: Ahmad Maslan malukan dirinya ?

Kedangkalan dan kebebalan lurabiasa yang bernama menteri. Habis duit rakyat dibayarkan gaji kepadanya tetapi tidak mendapat bekas dan manfaat langsung daripada kelangsungannya sebagai seorang menteri.

Lebih memalukan adalah orang Johor sendiri yang bermenteri dan mempunyai menteri sebegini dangkal dan bengkal serta benak. Kita minta Ahmad Maslan kembali ke Tadika Kemas semula bagi belajar semula sifir dengan menggunakan sempoa yang sedikit masa dahulu 'gila' diperkenalkan oleh menteri pelajaran waktu itu.

Inilah gamaknya bahana KBSR ramai yang mula 'salah' kira. Namun ketirisan wang negara oleh para penjawat seperti yang dilaporkan dalam BUKU JINGGA edaran Pakatan Rakyat sejumlah RM28 billion setahun TIRIS. Angka ini cukup menakutkan dan mengecutkan hati kita. Kes ini yang dilakukan oleh manusia di negara ini, jika kita tunggu lama lama bangkrutlah agaknya atas sikit kepada bangkrap.

Menteri yang jaga hal ehwal FELDA ini kena ke sekolah semula. Hujahan dangkal jangan menipu rakyat jumlah peneroka dengan tanah Felda Plantation. Anak peneroka yang berada di Felda Plantation adalah buruh ladang Felda, jumlah peneroka 1.6 juta adalah keseluruhan dalam felda.

Jika mahu menipu berpijaklah dibumi nyata. Tipulah cara orang pandai orang pandai. Janganlah nampakkan kebodohan yang amat ketara sebagai anggota kabinet najib.





Bankrap jika serah tanah


AHMAD Maslan menunjukkan Risalah 105 Pembaharuan Perdana Menteri Mengenai Felda kepada pemberita di Labis, semalam. - BERNAMA


LABIS 26 Jan. - Felda akan bankrap jika tanah Felda Plantation Sdn. Bhd., diserahkan kepada anak-anak peneroka, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, ini kerana Felda Plantation memberi sumbangan besar kepada keuntungan dan menyalurkan dana untuk pembangunan di kawasan Felda di seluruh negara.

"Baru-baru ini Perdana Menteri umumkan RM1.6 bilion untuk membangunkan lagi kawasan Felda di seluruh negara. Semua dana itu bukan wang daripada kerajaan dan sumber itu daripada Felda Plantation.

"Dengan RM1.6 bilion inilah kita bayar gaji, dana tuisyen percuma, bayar bonus, tingkat prasarana, beri kemahiran, bantuan khairat kematian termasuk pinjaman perumahan kepada warga Felda. Kalau Felda Plantation diserahkan kepada anak peneroka, semua itu sudah tidak ada lagi dan Felda akan bankrap," katanya di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, jika diserahkan seperti dijanjikan pembangkang dalam Pelan 100 Hari mereka, kira-kira 63,000 pekerja Felda dan pekerja ladang terpaksa berhenti kerja.

"Mereka ini akan diberhentikan kerja kerana tak ada duit hendak bayar gaji. Jadi, Pelan 100 Hari pembangkang ini adalah khayalan dan cuma janji untuk politik," tegasnya.

Menurut beliau, tanah Felda Plantation di seluruh negara seluas 330,000 hektar termasuk 87,000 hektar adalah di Sabah.

"Kalau kita bahagikan 330,000 hektar kepada kira-kira 1.6 juta peneroka, setiap orang hanya dapat satu ekar (0.4 hektar).

"Kalau kita nak bahagikan juga seluruh tanah Felda Plantation termasuk di Sabah kepada orang Semenanjung, tentu orang Sabah marah," katanya.

Ahmad menjelaskan, semua pihak kena memahami bahawa penubuhan Felda untuk membasmi kemiskinan dengan memberi empat hektar (10 ekar) tanah kebun dan sebidang tanah (suku ekar) untuk rumah.

Menurutnya, sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, Felda berjaya mencapai misi untuk membasmi kemiskinan tegar.

Dalam pada itu beliau turut mengedarkan buletin Pembaharuan Felda yang telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak diberi tugas menjaga hal ehwal Felda beberapa tahun lalu.

"Buletin ini mempunyai penjelasan kepada semua yang dilakukan Perdana Menteri untuk memaju dan meningkatkan lagi pembangunan di Felda seluruh negara," katanya.

Hayati dan amati : Interlok dan Sejarah Melayu , sama tidak serupa ?

Suka atau berjayakan persepsi masyarakat India dalam Interlok dipulihkan ? Ini adalah gara-gara terpalit perkataan 'pariah' terdapat dalam novel ini, yang digarap oleh penulis tersebut dengan jalan cerita yang menarik dan ia sungguh terkesan apabila di baca generasi kini. Sementelahan Interlok mahu diangkat sebagai novel KOMSAS dalam sukatan pelajaran dalam sisitem pendidikan negara kita.

Isu ini adalah isu besar, pabila dibangkitkan oleh segolongan aktivis yang terhidu bahawa perkataan dan gambaran pariah secara realiti ada dalam kehidupan masayarakat india. Situasi ini samalah juga bagaimana dalam Sejarah Melayu kisah keturunan mamak spt Si Kitol Raja Medeliar yang berketurunan mamak sebelah India.

Mujurnya Hanipa Maidin dan rakan - rakan sealirannya tidak 'bising' supaya buku Sejarah Melayu ini amat lama digunakan dalam komponen sastera bagi peperiksaan awam SPM. Tak percaya tanyalah Hanipa dia sendiri pun belajar dan baca buku Sejarah Melayu.

Inilah namanya kerana terlalu dipolitikkan. apa pun karya Abdullah Hussin selepas dihasilkan pada 1974, berjaya membuka mata. Dan diharap karya-karya penulis kita dapat menerobosi sempadan geografi dan bangsa satu hari nanti.

Memang hidup dan kehidupan manusia akan penuh dengan kontroversi. Ia akan mematangkan kita, jalani liku-liku kehidupan. Maka itulah namanya hidup dan kehidupan.

nterlok: Abdullah tidak bersalah

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain tidak wajar diheret dalam kontroversi novel Interlok kerana beliau tidak bersalah.

Presiden Kumpulan Sasterawan Kayvan (Kayvan), Uthaya Sankar SB berkata, tindakan memanipulasi situasi Abdullah demi kepentingan peribadi atau organisasi tertentu juga mesti dihentikan kerana ia boleh disifatkan ‘berniat jahat’.

“Ketika menghasilkan buku ini, Abdullah menulisnya sebagai bahan bacaan umum dan bukannya untuk dijadikan bahan sastera dalam sistem pendidikan negara.

“Saya kira jika Abdullah ketika itu bermaksud supaya novel Interlok dijadikan bahan rujukan di sekolah, ia tidak seperti yang digambarkan menerusi buku ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wacana Buku Interlok anjuran Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad yang diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Selain Uthaya Sankar, wacana itu turut dibarisi oleh Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan; Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan dan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Seri Serdang, Selangor, Ghalib Yunos sebagai ahli panel.

Turut hadir ialah Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein; Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan pakar rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Uthaya Sankar menambah, novel Interlok edisi murid terbitan 2010 perlu diperbetulkan sebelum dimasukkan semula ke dalam sistem pendidikan negara sebagai sebuah novel untuk komponen sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu tingkatan lima.

Ini kerana katanya, terdapat banyak kesalahan fakta di dalam buku edisi murid itu yang menyentuh sensitiviti kaum India selain memberi gambaran salah mengenai masyarakat India.

“Kita tidak hanya bercakap mengenai perkataan paria semata-mata, sebaliknya beberapa fakta lain yang tidak tepat seperti tarian Kathakali yang digambarkan memakai topeng sedangkan tidak.

“Malah, watak orang India di dalam novel edisi murid ini juga digambarkan seperti individu yang tidak mempunyai agama dan jati diri,” katanya.

Tenang: Cikgu Mala akan tawan ?

Banjir kembali melanda daerah Segamat, waktunya saat para pengundi di Tenang Labis mahu membuang undi pada keesokkannya. PRK Tenang adalah prk kali yang ke 14 adalah rekod tertinggi selepas mana-mana sesi pentadbiran Umno, sehinggakan datang kegelabahan umno Bn kali ini menetapkan dan mahu meletakkan syarat 'sijil perakuan kesihatan bakal calon' sebagai salah satu ikhitiar untuk 'tidak mati wakil rakyat sesebuah tempat atau Dun mahupun parlimen.

Umno Bn sebenarnya 'lupa' siapakah yang menentukan mati hidup, sihat bugar manusia di atas mauka bumi ini. Lihatlah nanti orang yang lebih sihat, lebih muda dan berjawatan kanan akan Allah ambil bila tiba tidak kiralah sama ada dia memegang jawatan apa.


PRK Tenang Labis Johor adalah yang pertama sejak PM Najib menjadi PM selepas menggantikan sesi pentadbiran Pak Lah. Cuma rakyat Pahang tertunggu-tunggu bilakah pula PRK di Pahang.

Di Labis PAS meletakkan calon muslimat Cikgu Normala Sudirman menentang calon Umno Bn Azhar Ibrahim daripada Umno. Kedua-dua adalah anak tempatan yang berkelulusan.

Jika rakyat mahu memilih perkhidmatan tentulah di Johor Umno Bn sebagai pilihana mereka. Itu adalah situasi dahulu sebelum terbentuk Pakatan Rakyat dan sebelum PAS bertapak di Johor. Kini situasi sudah jauh berubah. Dengan semua macam perubahan dunia, anak-anak muda Johor yang belajar menuntut di luar Johor apabila balik ke kampung membawa satu gerakan arus perdana mengempur pemikiran assabiyyah kedua ibubapa mereka dan masyrakat yang berkiblat kuat dengan dokongan doktrin Umnoisme di Johor.

Alhamdulilah kini situasi masyarakat Johor sudah mula berubah, tambahan perubahan 'ketara' bilamana UNIT AMAL Johor waktu banjir besar melanda Johor bberapa tahun lalu, bertungkus lumus memberi khidamat terbaik , dari segi kesukarelaan mereka , jauh baik daripada khidmat agensi penyelamat yang dibentuk dan ditubuhkan kerajaan.

Inilah salah satu mercu tanda kebangkitan PAS di Johor dengan khimdat waktu banjir yang cukup terkesan.

Penulis juga terasa lebaran khimdat Unit Amal Johor pabila mereka menyantuni banjir besar di negeri Pahang pada 2007 khas di daerah Temerloh. Pasukan Unit Amal Johor datang dengan pelbagai peralatan kelengakap selepas khidmat dan membantu masayarakat Temerloh yang terkena musibah banjir waktu itu. Mereka paparkan semangat 'juang' khimdat tiada tolok banding. Ia menjadi pengalaman cukup berharga kepada penulis dan rakan-rakan.

Maka kali ini banjir di Segamat lagi, kaedah dan cara sama Unit Amal akan menawan hati orang Segamat. Cikgu Mala akan tawan Tenang Insyalllah



Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir

JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

Sunday, January 23, 2011

Perhatikan: isu jalan Cempaka dan Buluh Kubu

Selepas media Umno menyepikan laporan berkenaan negeri Kelantan dengan senjata ampuh umno selamanya iaitu pembangunan. Semalam media melaporkan seramai 50 orang penduduk dalam Dun Cempaka yang diwakili sendiri oleh MB kelantan membuat demo secara aman meminta MB cakna dan peka supaya ' jalan berlubang dibaiki segera.

Dan hari ini 200 peniaga Bulu Kubu merungut kerana 'mereka sudah tiada pelanggan' kerana masalah kerja-kerja pengubahsuaian jalan dan laluan ke situ.

Jelas dua laporan yang dipaparkan adalah sebahagian resam hidup. Dan kerajaan memerintah dan para pagawai yang bertanggungjawab sila pantau. Samada laporan itu ya atau tidak. Jika tidak segerakan penafian, ramai pihak tertunggu.

Kita bimbang 'takut' ada makna belaka laporan ini. Kita masih sayangkan Tok Guru.

Peniaga Bazar Buluh Kubu mengeluh tiada pelanggan

23/01/2011 2:54pm

KOTA BHARU - Lebih 200 peniaga yang menjalankan perniagaan di Kompleks Bazar Buluh Kubu di sini yang dulunya terkenal di kalangan pelancong mengeluh kerana ketiadaan pelanggan dan perniagaan mereka kini merosot teruk dan hampir gulung tikar.

Peniaga memberikan alasan penutupan jalan utama dan juga pengubahsuaian jalan yang kini dijadikan laluan sehala sejak lima tahun lalu selain faktor banyak pusat perniagaan baru yang tumbuh seperti cendawan sebagai sebab utama kemerosotan itu.

Lebih teruk adalah peniaga kedai makanan di tingkat tiga kompleks itu apabila kini hanya tinggal tiga peniaga sahaja yang membuka kedai makanan berbanding lebih 10 peniaga sebelum ini.

Ada antara peniaga itu mendakwa hasil pendapatan mereka kini merosot kira-kira 70 peratus sehari dan ada kalanya langsung tidak balik modal kerana ketiadaan pelanggan termasuk pada cuti umum dan cuti persekolahan.

Peniaga kedai makan, Abdul Aziz Omar, 69, berkata, penutupan jalan yang menutup laluan masuk ke tempat letak kereta kompleks itu yang kini dijadikan Laman Siti Khadijah oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) antara sebab kedai makan di kompleks itu menjadi lengang. - Bernama


Saturday, January 22, 2011

DAP: Sedar atau tidak sedar DAP bersama kumpulan berjuang Islam

Antara sedar atau tidak sedar, DAP parti yang dilabelkan parti rasis perkauman, parti sosialisme tegar, parti yang sukar didampingi, parti itu dan ini kini sudah mula didekati ramai pengundi dalam negara kita.

Kesukaran orang Melayu islam mendekati DAP adalah semacam sukarnya PAS didekati oleh kaum bukan Melayu dan bukan islam.

Justeru di atas, kedekatan atau dekatnya DAP kini dilabelkan tidak sedar. Seandainya DAP tidak sedar akan dirinya maka DAP tidak akan bersepakat dengan pakatan sepakat bersama-sama parti lain.

Oleh itu, ramai yang cemburu kerana DAP dekat atau sudah sedar bahawa ia perlu dekati parti yang dapat menyedarkan dirinya dan perjuangannya.



DAP suatu hari akan sedar - Zaid

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyifatkan pakatan pembangkang hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan ke mana sekiranya masih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua parti itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau juga yakin bahawa DAP pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang tidak mempunyai hala tuju sekiranya masih diterajui oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

"DAP pun pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang pimpinan Anwar tidak akan ke mana-mana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang berkata, Zaid akan menempuh satu perjalanan yang sukar melalui partinya, KITA dalam mendapatkan sokongan rakyat setelah keluar dari pakatan pembangkang.

Karpal berkata, Zaid perlu menerima realiti politik di mana bukan mudah untuknya bergerak secara bersendirian bagi membina dan mendapatkan sokongan rakyat ke atas parti barunya itu.

KITA diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lalu. KITA pada asalnya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) namun Muktamar Agung Tahunan AKIM pada 15 Disember lalu menyaksikan pertukaran nama itu serta melantik Zaid sebagai ketuanya.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau mengakui buat permulaan ini, KITA akan melalui perjalanan yang sukar terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi saya yakin rakyat mahu memilih parti yang dapat mengemukakan cadangan yang membina serta menyediakan calon terbaik untuk berkhidmat kepada mereka. Bukannya sebuah parti yang hanya mahu berperang dan tiada hala tuju," tegasnya.


Wednesday, January 19, 2011

Pilih calon disukai rakyat bukan individu popular dalam parti

Berfikir secara realistik dan berpemikiran strategik, adalah dua kaedah utama dalam visi sesebuah parti merelaisasikan impian, jika mereka memilih kaedah piliharaya sebagai wadah. Dengan keutamaan utama adalah parti didahulukan , bukan pencapaian hajat individu diutamakan.

Pilih calon disukai rakyat bukan individu popular dalam parti


SELAMA ini pemilihan dalam parti politik menjadi sengit kerana mereka yang duduk di atas selalunya mempunyai keistimewaan tertentu. Amalan yang lazim digunakan sebelum ini bermakna sesiapa juga yang memegang jawatan ketua bahagian, naib ketua dan anggota jawatankuasa bahagian akan mendapat peluang dipilih menjadi calon dan akhirnya, Ahli Yang Berhormat atau YB.


Amalan ini juga menyebabkan ramai di kalangan pemimpin atasan pada peringkat bahagian enggan melepaskan jawatan mereka walaupun sudah lama ‘berada di atas’. Keadaan ini turut menjadi punca kepada gejala ‘cantas-mencantas’ dalam parti tertentu, seperti diperkatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.entadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentukan jawatan dalam parti tidak semestinya memberi jaminan bagi mereka untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Dalam menghadapi cabaran politik masa kini, apa yang penting keupayaan orang yang dipilih menjadi calon itu untuk menang dalam pilihan raya.
“Apa gunanya pilih calon yang dikehendaki parti, jika calon itu tidak disukai pengundi. Saya tidak peduli orang itu tua atau muda. Jangan beri saya nama kerana pertimbangan parti. Saya tidak mahu orang itu dicalonkan kerana dia orang penting dalam parti.

“Ini prinsip penting kerana kita mahu calon boleh menang supaya kita dapat membentuk kerajaan.

“Calon mestilah terdiri daripada mereka yang diterima pengundi di mana dia bertanding,” tegas Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ketika berucap konvensyen khas Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Kuching Ahad lalu.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, berkata langkah diumumkan Najib mungkin sesuatu yang terbaik dalam usaha mencari calon yang boleh menang dalam pilihan raya, berbanding pemimpin parti yang popular dalam parti.
Namun, beliau mempersoalkan apakah pemimpin parti komponen bersedia berkompromi dalam isu pemilihan calon yang boleh menyebabkan mereka kehilangan kuasa veto yang dinikmati selama ini berpindah ke tangan Pengerusi BN?

“Mungkin Najib akan mencari pendekatan terbaik supaya p emimpin parti menerima hakikat bahawa PRU 13 bukan saja mengenai masa depan BN tetapi juga bagi menjamin agar parti mereka terus diterima rakyat umum,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).Cadangan terbaru penentuan calon pilihan raya itu bagaimanapun tidak begitu mengongkong sehingga menafikan pemimpin berjawatan tinggi dalam parti dihalang daripada bertanding. Sekiranya ada pemimpin yang layak dan disukai masyarakat sekeliling, tiada alasan beliau tidak dipilih, kecuali ada masalah lain.

Sesiapa pun boleh bertanding tetapi perlu mendapat sokongan semua pihak, pemimpin dan ahli parti pada peringkat akar umbi dan paling penting, mempunyai personaliti disukai penduduk di kawasan pilihan raya terbabit.

Semua pihak dalam parti harus mempunyai semangat menyokong sesiapa saja dipilih pemimpin untuk menjadi calon. Lazimnya dalam pilihan raya, masalah yang timbul apabila ada perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti pada peringkat cawangan atau bahagian selepas hari penamaan calon.

Perbuatan sabotaj dan tidak menyokong calon parti sendiri akan menyebabkan parti tewas di tangan calon lawan sebelum bermulanya pertandingan.

Calon juga kena pandai meyakinkan pengundi di kawasannya mengenai dasar tertentu dilaksanakan kerajaan, termasuk kenaikan harga barangan atau harga minyak yang tidak dapat dielakkan. Antara kriteria utama calon kesediaannya memberi khidmat kepada pengundi. Calon yang tidak menjenguk kawasan sudah tentunya tidak dikehendaki lagi rakyat apabila tiba masa mereka menggunakan ‘kuasa undi’ mereka.

Wakil rakyat yang sentiasa mengambil tahu mengenai kawasan diwakilinya, sudah pasti lebih mudah memenangi hati pengundi apabila tiba musim pilihan raya berikutnya.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya umum negeri tahun ini kerana tempoh kerajaan kini akan tamat pada Julai depan.

Sebelum ini Najib pernah menyatakan bahawa hanya calon yang boleh menang akan diketengahkan dalam pilihan raya. Ia sebahagian daripada program transformasi politik yang dilaksanakannya selepas mengambil alih kepemimpinan negara dan parti.

Baru-baru ini beliau mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC bagi mendapatkan maklum balas wakil rakyat terbabit mengenai keadaan di kawasan masing-masing dan meminta mereka menunaikan segala janji kepada pengundi.

Calon BN diumumkan hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Siapa terpilih kali ini sudah pastinya calon memenuhi kriteria terbaru seperti disebut Najib kelmarin iaitu calon disukai di kawasannya, bukan dikehendaki parti kerana kedudukan atau jawatannya
.

Syabas & Tahniah Petugas PRK PAS Pahang di Labis

PM Lupa Ziarah Jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Tenang



LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.


Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Sumber: PM Lupa Ziarah Jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Tenang | MalaysiaSensasi.Net

Hub Hiburan: Tidak Cukup kah ?

Tidak cukupkah lagi Umno mahu merosakkan anak-anak muda kita , generasi pemimpin masa depan.

Apa perlunya Hub Hiburan bawah ETP yang mahu PM ketengahkan.

Biarlah kita miskin dan papa negara, asalkan jangan memangsakan anak bangsa dengan kepunahan dan kehancuran akhlak mereka.


Tidak cukupkan dengan data statistik angka 768 remaja bawah umur melahirkan anak tanpa bapa atau bernikah secara halal dan diredhai ALlah.

Saksikan dua maklumat sebagai tatapan pembaca.

Tidak cukupkah dengan kesan dan akibat hub hiburan yang mahu diteruskan oleh Umno Bn dalam negara kita.

Fikir-fikirkan lah....

Friday, January 14, 2011

Politik Malaysia: Amalan hormat menghormati sudah tiada

Bila doktrin pengasingan kuasa yang dianuti negara dilanggari. Jika tiada campurtangan dan masing-masing berkerja mengikut displin bidang kemelut sekarang tidak akan berlaku.

Ini semua kerana kuasa dan gila kuasa. Kuasa eksekutif tidak boleh mencampuri bidang legislatif. Begitu juga bidang judisari tidak dicabuli kuasa eksekutif. Akibat kegagalan penguasa di malaysia enggan mematuhi garispanduan pemerintahan mereka susun sendiri, maka kemelut krisis perlembagaan tidak akan kunjung padam.

Kerananya satu pihak mahu pertahankan dan mahukan keadilan bagi pihaknya. Manakala satu pihak yang lain pula terus mewenang mencabuli demi mempertahankan kuasa dan kekuasaannya.

Justeru perjuangan hak dan batil, akan berlaku sepanjang hayat dan sepanjang masa. Cuma peringkatnya parah atau tidak parah, apa pun rakyat terkesan di atas perilaku dan kelakuan sebegini.

Kesan jangkapanjang bukan sahaja kerosakkan itu dalam soal politik tetapi akan tercalar dan terpalit kepada semua displin kehidupan rakyat.

Permohonan Bekas Speaker DUN Perak Cabar SPR Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan lima lain untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga DUN di negeri tersebut.

Hakim (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Aziah Ali menolak permohonan itu dengan kos, yang akan ditafsirkan kemudian. Tiada alasan diberikan dalam membuat keputusan tersebut.

Keputusan itu dibuat dalam kamar, dan media dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said dan juga peguam yang mewakili pemohon-pemohon, Datuk S. Ambiga.

Kronologi permohonan ini bermula pada 3 Februari 2009 apabila Sivikumar mengeluarkan notis kepada SPR bahawa berlaku kekosongan kerusi selepas menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang).

Bagaimanapun, SPR enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi itu kerana meragui surat perletakan jawatan mereka.

Sivakumar memfailkan semakan kehakiman tersebut pada 10 Mac 2009 bagi mencabar keputusan SPR yang membuat keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan ketiga-tiga kerusi DUN itu ekoran wakil kerusi berkenaan menjadi ADUN Bebas yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Permohonan tersebut juga difailkan secara berasingan oleh bekas EXCO Perak, A. Sivanesan yang juga merupakan ADUN Sungkai - DAP, Chen Fook Chye (Keranji – DAP), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang – Parti Keadilan Rakyat), Ahmad Sabry Wahab (Behrang) dan Foo Hon Wai (Jelapang).

Semua pemohon menamakan SPR sebagai responden dan memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat itu dan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat "quo warranto" dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN itu dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab bagaimana kesemua mereka masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadilan Rakyat manakala Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum 2008.

Mereka kemudiannya meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Wednesday, January 12, 2011

Road To Putrajaya: Ayuhi kita mulakan !!!!

Kerajaan yang utuh kerajaan bijak pilihan rakyat, kerajaan yang dapat membela rakyat, kerajaan yang sentiasa menjadikan rakyat juara.

Maka kerajaan itulah , sudah berkali-kali menaikkan harga minyak.Dan kerajaan itu lah juga yang tidak pernah sekalipun menurunkan harga bahan bakar utama ini.

Denyut nadi rakyat, setahun ke setahun mahu mengimpikan kehidupan lebih baik, seperti mahfum hadis hari ini lebih baik daripada semalamnya.

Jeritan rakyat, keluhan rakyat, jerih payah mereka tidak ternilai dan dinilai kerajaan dalam membuat apa sahaja keputusan.

Rakyat yang didahulukan, maka rakyat juga yang dipaksa dan dimangsakan bagi menanggung semua perkara, hapus dan tarik pemberian subsidi, rakyat perlu membayar terhadap apa sahaja keputusan kerajaan. Umno Bn masih tidak sedar dan mereka memang tidak mahu sedar, kekuasaan mereka bakal berakhir dalam masa terdekat.

Meragam dan merosakkan semua disiplin sendi kehidupan yang mereka sendiri cipta dan atur. Kuasa eksekutif mencabuli kuasa legaslatif dan judisari adalah lumrah dan sudah menjadi perkara biasa. Umno Bn terlalu amat berbangga.

Mereka membawa agenda keramat mereka, iaitu biarlah parti menguasai kerajaan. Dan perkara ini direalisasikan bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, kini diterima pakai dalam versi pemahaman rakyat dan pimpinan Umno.

Slogan kebanggaan inilah yang menjadi percaturan mereka dalam semua perkara. dan diperelokkan dengan slogan palsu demi slogan palsu yang nyata muluk struktur ayat tetapi busuk dan bernanah jijik isi dan pengamalannya.

Kenaikan harga barang 'kini' buka setakat gila babi, tetapi melampau daripada babi yang gila itu. saksikan dan selidiki serta soroti pandangan pakar berkenaan permasalahan ini, ada atau tidak ada jalan keluar serta cara penyelesaian terbaiknya.

Keluhan terlalu banyak, menyakitkan tidak ada makna apa-apa kepada mereka. Cuma satu tunjukkan jalan keluar, nyahkan mereka daripada persada kekuasaan. Takluki Putrajaya, ayuhi kita mulai kini.....


Projek 100 hari: Inilah benda yang mereka takut

inilah Projek Buku Jingga dalam yang berjudul , "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' yang mengariskan 5 Perkara Pokok membuatkan Najib dan kerajaannya yang reput semakin cemas. Cuma semboyan 'kesedaran' dan 'tiupan maklumat' secara jelas wajib sampai ke seluruh pelosok negara dan rakyat dimaklumatkan.

Demi kesejahteraan rakyat kerajaan tetap berbelanja, apakah salah kerajaan berbelanja dan bangkrap negara tetapi untuk rakyat dan kepada rakyat. Berbanding negara kini yang akan bangkrap, tetapi golongan borjuis kaya rakyat bawah sistem ekonomi kapitalis dan mementingkan monopoli golongan tertentu dalam masyarakat.

Apakah salah kerajaan Pakatan berbelanja wang rakyat dan diberikan kepada rakyat. Setelah dibelanjakan dari segi pengiraaan negara bangkrap.
Sahabat nabi yang kaya bila terima Islam dan peluk islam, dulu kaya demi islam dan rakyat negara islam mereka jatuh miskin. Akhirnya negara islam tertegak dan Islam jadi kaya.

Apakah salah kerajaan Pakatan berbelanja wang rakyat sampai bangkrap, yang selama hari ini melihat puluhan GLC negara bangkrap spt Perwaja, BMF, PKFZ, Bank Bumi, TH, dan lain-lain yang sudah menjadi sejarah belaka. Dan terbaru FELDA pula, nantikan ?

Umno Bn takut, benda habis, mereka tidak yakin bahawa keberkatan kekuasaan dan bangkap atau tidak bangkarp siapa yang mengaturkan.

Mana tidak bangkrap dalam kepala mereka berbelanja boros, tidak ikut sunnah dan sirah pengendalian urustadbir negara cara Nabi Yusof 7 tahun Berjimat, 7 tahun Berbelanja.


PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:


1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

PR: Umno Bn takut PROJEK BUKU JINGGA

Pakatan Rakyat sudah pun berkonvensyen tempoh hari. Dalam persepakatan dan pemaufakatan parti-parti pembangkang yang diterajui PAS, DAP dan PKR, bersetuju dengan berdokumen dengan mengeluarkan Buku Jingga bagi tatapan sajian minda rakyat Malaysia.Ikrar dan janji PR adalah apakah rancangan 'segera' mereka dalam 100 hari selepas pemerintahan Umno Bn beralih tangan kepada mereka. Ada berbelas-belas perkara diperincikan.

Dan dalam keazaman PR mereka akan laksanakan.Janji ini tawaran kepada semua rakyat. Syaratnya kerajaan perlu ditukar dengan kerajaan lain. maka 100 hari sebagai ikrar PR akan melaksanakan pelbagai 'tranformasi' dalam pelbagai lapangan dan disiplin termaktub secara berdokumen dalam BUKU JINGGA.

Janji dan perkara yang dijanjikan PR adalah mencakupi masa depan rakyat keseluruhan. Tawaran tersebut 'cukup' teruja dan menguja, syaratnya peluang sudahpun ditawarkan, komitmen daripada PR sudah diikrarkan cumanya rakyat sahaja yang perlu memilih.

Justeru Projek BUKU JINGGA Pakatan Rakyat ini CUKUP menakutkan Najib dan konco-konconya. Serangan balas sudah digerakkan bagi menyahterima masuk janji PR dalam kotak pemikiran rakyat. media cetak menyerang, penganalisis memberi pandangan, semua nya membincangkan dari sudut negatif, bakalan negara dan rakyat kelak terima.

Antara hujahan awal yang dangkal, adalah negara akan bangkrap. Sebelum negara bangkrap menteri di JPM yang baru dilantik yang berlatar belakangkan pentadbir dan ahli ekonomi mendedah kan secara bernai iaitu Dato Idris Jala negara akan bangkrap menjelang 2020 kerana beberapa sebab yang beliau gariskan.

Ramalan negara bangkrap bukan disebabkan PR tetapi Umno Bn. Faktanya dariapada menteri kabinet Bn juga.

Kedua, selama negara ditangan Umno Bn dengan projek dan rencana daripada PM ke 6 negara sedang menuju ke arah kemuflisan. Kerana sedikit masa dahulu Pak Lah menteri yang 'lemah' membatalkan semua Projek Mega zaman Dr M selepas beliau menduduki kerusi PM. ramai ahli ekonomi dan peniaga kroni marah kepada Pak Lah atas keputusan 'luar biasanya' itu.

Kini Projek Mega kembali di bawah najib, masa terdekat Projek MRT yang menlan belanja hampir RM36 billion wang rakyat. Menara 100 tingkat. Projek ELP dan berbagai-bagai lagi.

Justeru hentikan hasutan palsu dan hentikan hambatan nafsu serakah mahu kekal berkuasa. Kerana terlalu berkuasa mereka lupa siapakah yang amat BERKUASA. nantikan pembalasannya.... rakyat didahulukan...




Minda Pengarang: Janji pembangkang untuk PRU13 boleh sebabkan negara muflis


2011/01/12

MENABUR janji manis untuk meraih sokongan rakyat memang mudah. Bagaimanapun untuk mengotakan janji tidak semudah itu, apatah lagi hanya selepas berkuasa selama 100 hari, seperti dijanjikan pakatan pembangkang baru-baru ini. Kita percaya rakyat tidak mudah diperdaya janji manis pakatan pembangkang. Jika ada pun, hanyalah segelintir penyokong mereka yang taksub sehingga tidak dapat berfikir secara waras untuk membuat pertimbangan antara janji kosong dan janji yang mampu ditunaikan. Sebagai pemerintah bertanggungjawab, banyak perkara perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu projek, termasuk dari segi kewangan, kesan ke atas masa depan negara dan apakah manfaat kepada rakyat. Justeru, janji yang dibentangkan pakatan pembangkang dalam satu konvensyen baru-baru ini, lebih bersifat mencari populariti dan mencipta ‘gimik’ untuk mengalih perhatian rakyat daripada janji lama mereka ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008. Banyak daripada janji dibuat pakatan pembangkang berkubur dan dilupakan begitu saja. Kenyataan Perdana Menteri, kelmarin bahawa kerajaan populis hanya pandai berjanji, tetapi belum tentu mampu mengotakan janji memang tepat dan banyak kebenarannya. Selama ini pun kerajaan pakatan pembangkang memang hanya pandai menabur janji manis, tetapi tidak banyak menunjukkan hasil. Lihat saja apa yang berlaku di empat negeri di bawah pentadbirannya berikutan kemenangan mereka pada PRU12. Selepas lebih dua tahun memerintah, apakah pakatan pembangkang berjaya mengotakan semua janji yang dibuat. Sedangkan dalam tempoh lebih dua tahun itu mereka tidak dapat memenuhi semua janji dibuat, inikan pula dalam tempoh 100 hari memerintah sekiranya menang pada PRU13 nanti. Antara lain, pihak berkenaan berjanji akan mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya mengambil alih aset lebuh raya bagi pihak kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol. Selain itu, mereka juga turut menabur janji kepada dua lagi sektor yang mana wujud kelompok pengundi muda, termasuk bidang perguruan dan generasi kedua dan ketiga FELDA.

Mereka tahu bahawa isu tol adalah sesuatu yang dekat di hati rakyat khususnya pengguna jalan raya. Apa juga langkah bagi mengurangkan kadar tol atau menghapuskannya tentunya mendapat sokongan rakyat. Jika ini dilaksanakan, siapa yang akan menanggung kos pengambilalihan syarikat lebuh raya terbabit yang bernilai berbilion ringgit? Apakah wang simpanan persaraan 12 juta ahli terpaksa digunakan untuk menampung kos berkenaan? Jika pengguna tidak membayar tol, iaitu hasil bagi syarikat lebuh raya itu, bagaimana pula pelabur akan memperoleh dividen dan siapa pula melabur dalam syarikat awam yang tidak membayar dividen? Ahli pembangkang sendiri pun pastinya tidak akan membeli aset yang rugi dan tidak mendatangkan hasil. Pakatan pembangkang harus ingat bahawa kedua-dua badan kerajaan itu bukannya menguruskan wang kebajikan, terutama KWSP yang bertanggungjawab ke atas wang yang dikumpul sehingga mereka bersara. Menerusi rancangannya, pakatan pembangkang seolah-olah ingin menggadaikan harta rakyat dan ahli KWSP untuk kepentingan politik mereka. Sebarang perancangan hendaklah berpaksikan realiti dan bertanggungjawab. Dalam sebuah negara demokrasi, parti pembangkang juga harus memainkan peranan secara bertanggungjawab dan bukannya cakap kosong semata-mata. Jangan kerana terlalu ghairah berkuasa, sehinggakan tidak peduli akibatnya, walaupun menyebabkan negara muflis.

Pimpinan PAS Selangor, sila ikut nasihat PAS Pusat

PAS beri ingatan kepada pimpinannya di Selangor
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

(Gambar: Presiden PAS mengimamkan solat hajat di Stadium Melawati)

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya kepada Harakahdaily.

Semua pimpinan utama PAS berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan besar-besaran itu.

Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Hari ini media menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang antara lain menyatakan, beliau boleh bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Saturday, January 08, 2011

Burung Mati: Manusia kaget dan aneh kemenjadian Allah

Berita yang menginsafkan tentang kematian tidak semena-mena ribuan burung menyembah tanah di US adalah sebagai peringatan kepada manusia. Bahawa diri kita dan mereka adalah ada penguasa yang mengawasi dan menentukannya.

Manusia jadi panik dan cemas apabila burung atau haiwan mahkluk Allah mati secara bersakala besar, tetapi jika manusia di Palestine dan Iraq mati setiap hari tidak meninggalkan rasa apa-apa kepada manusia sedunia. Walaupun mati mereka adalah secara tidak sewajarnya. Itu adalah lumrah dan manusia sedunia tidak rasa aneh dan kaget.



8,000 burung merpati jatuh dari langit


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.


FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.

Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi

Thursday, January 06, 2011

Umno tidak sedar, kalah mahu berkuasa juga ?

Umno masih tidak sedar , dan masih berada bawah sedar bahawa mereka sudah dikalahkan di Selangor dan mereka adalah bukanlah kerajaan yang memerintah.

Justeru penyakit misteri yang ada pada Umnoidak sedar diri' iaitu sejenis penyakit keturunan yang tidak keruan meracau-racau menganggu dan mengacau apa sahaja kerajaan pilihan rakyat buat dan laksanakan.

Dalam diri Umno Bn tiada kamus bahasa yang dapat memahamkan mereka, dan mereka memang tidak pernah faham bahasa termasuklah juga dengan bahasa dan bangsa mereka sendiri perjuangkan. Itulah penyakit misteri Umno Bn.

Situasi kerajaan Selangor jadi begini rakyat tidak didahulukan sebagai agenda rakyat, sekadar agenda slogan kosong sahaja.

Minta solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah
Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.



Saturday, January 01, 2011

Umno yang penting adalah KUASA & KEKUASAAN

Semuanya atas kepentingan apa, rakyat atau politik. Slogan keramat PM yang mahu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan letak di mana ? Kerajaan Pusat dengan kuasa-kuasa yang ada memperalatkan KSN (dengan izin) sengaja melantik Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Kenapa dan mengapa beliau tidak dikekalkan sebagai Pengarah JAIS lagi.

Selepas Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Khusrin yang tidak dikenali 'menunjukkan sikap pro dan kon' terhadap kerajaan Selangor yang dipilih rakyat. Mandat rakyat Selangor cuba dipermain-mainkan oleh Khusrin dengan 'sengaja' (dengan izin) ingkar dan enggan mematuhi arahan pimpinan kerajaan Selangor yang baru dalam beberapa hal tempoh hari.

Media massa pro Umno bertindak agresiff menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dan polimek Khusrin dengan Kerajaan Selangor mendapat perhatian rakyat. Umno berjaya menimbulkan keraguan dan kesangsian rakyat terhadap kerajaan Selangor itu, apa pun Umno dan mereka sedang berpolitik, bukan mahu menjaga rakyat dan jauh sama sekali kepetingan rakyat di utamakan.

Justeru, semua slogan Umno adalah bersifat kosmetik dan bertujuan menipu rakyat secara pro. Rakyat mahu dibuai dengan kebaikan ala plastik kerajaan umno ini.

Kedegilan dan keangkuhan kes Khusrin memaparkan ego kerajaan Pusat dan mahu menunjukkan kuasa adalah sebahagian agenda mereka. Mereka tidak fikir kesan nya akan berlaku sekali lagi krisis perlembagaan dalam negara kita.



Pelantikan Khusrin Tidak Perlu Diragui - Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka, menurut seorang penganalisis politik tempatan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) hanyalah intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas.

"Dakwaan tersebut kurang berasas kerana Mohd Khusrin belum memulakan tugas, malah lantikan tersebut juga hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini. Tentunya andaian seperti itu tidak boleh digunakan," katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berkata rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu tidak berasas.

Katanya, kerajaan PKR Selangor sebenarnya berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka.

Kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa pelantikan Mohd Khusrin, yang mendapat perkenan Sultan Selangor, tidak muktamad kerana tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Ahmad Nizamuddin berkata Abdul Khalid perlu sedar keadaan sebegini biasa berlaku apabila negeri dikuasai parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, pelantikan itu tidak akan membawa masalah kerana kerajaan Persekutuan semestinya telah terlebih dahulu memikirkan kesan baik dan buruk tindakan tersebut.

Beliau percaya sebagai penjawat awam yang berintegriti, Mohd Khusrin akan mengutamakan amalan profesional ketika menjalankan tugas.

"Jika berpegang kepada elemen profesional, bebas dan amalan pengasingan kuasa, sepatutnya pelantikan ini tidak menimbulkan masalah," katanya.

Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyebut jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri perlu diwujudkan, dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula berkata lantikan tersebut tidak boleh dihalang oleh kerajaan negeri, sekiranya ia dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sekiranya kerajaan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan calon lantikan kerajaan pusat, mereka harus sedar perkara itu hanya boleh diselesaikan di mahkamah.

Sementara itu, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berkata selepas 53 tahun kemerdekaan, penjawat awam begitu berkemampuan dalam soal pentadbiran sehingga menjadi contoh kepada negara membangun lain.

Presidennya, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata walau apapun keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008, penjawat awam terus memastikan jentera kerajaan berjalan lancar, sedangkan pada masa sama, kebanyakan ahli politik resah dengan apa yang bakal berlaku apabila pentadbiran empat daripada 13 negeri bertukar tangan.

"Ketika pergolakan dan perebutan kuasa politik di Perak, penjawat awam tidak kisah dan meneruskan tugas mereka seperti biasa.

"Tidak dapat dibayangkan apa akan berlaku sekiranya penjawat awam menyokong permainan politik mana-mana parti dan menyertai usaha merebut kuasa," katanya.

Beliau berkata ahli politik silih berganti, sebaliknya penjawat awam mengekalkan taat setia mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Sehubungan itu, Wan Mahmood berharap penjawat awam tidak akan terpengaruh dengan 'umpan politik' mana-mana parti dan ahli politik juga perlu sedar bahawa adalah penting budaya perkhidmatan awam sedia ada tidak diganggu.

-- BERNAMA