Wednesday, September 29, 2010

Jangan sekat pengadilan rakyat

Jangan perbesarkan kes Sosilawati. Biar KAMI siasat dengan tenang. Ini adalah antara petikan laporan kenyataan Peguam Negara. Justeru bagi makna tersirat Gani Patail minta rakyat jangan hanya buka mata terhadap kes ini sahaja, minta buka mata dan perbesarkan juga kes Altantuya Sharibbu juga agaknya.

Jika tidak mengapa Gani Patail berkata demikian, apakah motif dan hajat tersiratnya.Minat rakyat dan keinginan rakyat untuk mengetahui tentang kes ini adalah tinggi. Biarlah mereka menjadi pendakwa dan peguambela di cafe, lobby hotel hatta dikedai-kedai serta warung kopi di Gua Musang sekalipun. Itu adalah hak mereka.

Dalam masa yang sama kita mahukan kebebasan. kebebasan bersuara, kebebasan berakhbar dan segala-galanya bebas. Tidakkah perdebatan 'sihat' seperti ini dapat mengganggu siasatan polis. Malah dengan banyak percambahan pandangan dan ulasan dapat mempercepatkan siasatan polis, kerana penyiasat persendirian ini dapat memberi dapatan info ruang menyelesaiakan permasalahan ini.

Takkanlah rakan corp yang dilancarkan tempoh hari bawah menteri KDN sepupu PM kita mahu kesampingkan.

Peguam Negara Bimbang Siasatan Kes Sosilawati Diperbesar-besarkan

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Selasa, melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.

Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.

"Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.

"Saya rasa pada masa yang betul dan apabila siasatan telah selesai, mereka akan memberi satu kenyataan yang wajar serta mendedahkan segalanya. Ketika itu, tiada sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed.

Abdul Gani ditanya sama ada beliau melihat campur tangan pelbagai pihak yang tampil membuat kenyataan berhubung kes itu, termasuk keluarga ahli perniagaan India, akan menjejaskan siasatan kes pembunuhan itu.

Ahad lepas, Ismail mengingatkan media agar tidak menulis cerita berunsur spekulasi berhubung kes itu, sebaliknya menunggu pengesahan daripada polis.

Peringatan itu dibuat berikutan laporan media bahawa dua kubur telah ditemui di ladang tempat Sosilawati dan tiga yang lain didakwa dibunuh.

Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansudin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu, selepas mereka ke Banting, Selangor, untuk urusan penjualan tanah.

Pada 13 September lepas polis mengesahkan kesemua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar serta abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting.

Polis menemui tulang serta barangan lain dari sungai berkenaan dan telah menahan lapan suspek, termasuk dua adik beradik peguam, bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kejam itu.

Ditanya jika Jabatan Peguam Negara boleh meyakinkan orang ramai bahawa akan ada satu keputusan di akhir siasatan kes berkenaan, Abdul Gani berkata: "Setahu saya, dalam semua siasatan, sesuatu akan berlaku iaitu sama ada kami dakwa atau tidak. Itu adalah sesuatu yang pasti," katanya.

Mengulas mengenai kertas siasatan kes berkenaan yang dikembalikan kepada polis, beliau berkata tidak ada tarikh akhir untuk penghantarannya.

"Saya perlu menunggu mereka menghantarnya (kertas siasatan). Biar mereka siasat kes tersebut secara terperinci kerana ia membabitkan kepentingan awam.

"Terdapat banyak perkara yang perlu disiasat. Saya tidak boleh memberikan tarikh akhir kepada mereka, tetapi saya tahu mereka sedang bertungkus-lumus.

"Dan mereka akan memberikannya kepada saya secepat mungkin. Malah, saya bertemu dengan mereka hampir setiap hari," katanya.

Mengenai kawasan yang perlu disiasat semula, beliau berkata: "Banyak, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda mengenai kelemahannya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan kes Sosilawati dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Kita mempunyai kertas siasatan yang boleh dianggap sebagai mantap, tetapi terpulang kepada perbincangan kita dengan pihak Jabatan Peguam Negara. Iaitu sama ada mereka memerlukan kami untuk mencari bahan-bahan tertentu lagi dalam siasatan kami terhadap kes ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai laporan DNA kes itu, Mohd Bakri berkata polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak memberi tekanan kepada Jabatan Kimia berhubung perkara itu kerana mereka memerlukan masa bagi menjalankan tugas yang rumit.

"Kita mesti berikan mereka masa, pakar patologi, Jabatan Kimia, bagi menganalisis tulang yang kita jumpa. Untuk mendapatkan DNA, bukanlah sesuatu yang mudah," katanya.

Mohd Bakri juga mengulangi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberita yang salah melaporkan kes Sosilawati.

"Saya mesti memberi amaran kepada anda (pemberita) kerana saya akan mengambil tindakan sewajarnya, kami telah memberikan peluang secukupnya bagi anda mendapatkan maklumat, namun bukan untuk menulis sesuatu yang tidak benar, jika tidak, kami akan mengambil keterangan daripada anda," katanya.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata polis akan melawat beberapa lokasi lagi di sekitar Ladang Gadong, Banting untuk mencari bukti terbaru berhubung kes yang melibatkan suspek kes pembunuhan Sosilawati, berdasarkan beberapa petunjuk baru yang muncul dalam siasatan mereka.

"Anda semua perlu ingat, kita menyiasat dalam dua aspek, satu kes yang kita siasat sekarang iaitu kes (pembunuhan) Sosilawati bersama tiga orang, dan satu lagi ialah berkenaan kehilangan tiga orang, dan satu kes pembunuhan yang berlaku di Banting," katanya. - BERNAMA


Tuesday, September 28, 2010

Kenapa sesak nafas dengan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat tidak dapat menawan Putrajaya. Tetapi parti yang dia pimpin kalah dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Pakatan tidak dapat menawan Putrajaya. Tetapi 5 buah negeri sudah tumbang ke tangan pembangkang yang diwakili Pakatan

Pakatan tidak dapat menawan Putrajaya. Tetapi mengikut jumlah peratusan sokongan sepatutnya Pakatan sudah lama duduk di Putrajaya. Namun sistem pemilihan melalui bilangan kerusi maka Bn kekal kekuasaan mereka.

Pakatan tidak dapat menawan Putrajaya. Tetapi kes liwat II Anwar Ibrahim mendapat tentangan daripada dalam dan luar negeri oleh masyarakat dalam dan luar negeri.

Pakatan tidak dapat menawan Putrajaya. Tetapi ikut Dr M, bangsa Melayu berpecah kerana 'ada orang gila nak jadi PM.

Pakatan Tidak Akan Dapat Tawan Putrajaya - Koh Tsu Koon


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan hilang sokongan undi Melayu jika Umno menolak Perkasa sekaligus mampu menghalang usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika diminta mengulas amaran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa Umno akan hilang undi Melayu jika Perkasa disisihkan.

"Itu hanya pandangan peribadi beliau," kata Koh kepada pemberita selepas merasmikan forum perpaduan kebangsaan anjuran NGO.

Rasuah Membarah kerana tolak Islam

Gambaran dan paparan di bawah menunjukkan satu contoh bagaimana amanah telah dikhainati. Ini adalah satu contoh paparan dalam masyarakat nilai-nilai murni, jatidiri bagi seseorang individu yang bukan sahaja merosakkan dirinya tetapi, institusi yang di amanahkan kepadanya. Dan sekaligus institusi kemasyarakatan keseluruhannya.

Kita mungkin tidak menyutuji sepenuhnya, jawapan kita mungkin ini adalah kes-kes terpencil sahaja. Kes ini mungkin 1 dalam 1 juta. Dan alasan ini juga boleh kita terima dan pakai.

namun melihat jumlah atau nilai yang diselewengkan itu, kita tidak boleh memaafkan perlakuan seperti ini. ia merosakkan semua termasuk negara dan agama kita sendiri. Masyarakat sebegini akan dipandang hina oleh masyarakat dunia. Jika negara kita maju, kemajuan dan maju negara kita ada cacatnya.

Kepercayaan atau trust adalah sesuatu yang dituntut dalam hidup dan kehidupan bermasyarakat. Maka sebab itulah ramai manusia tertarik dengan agam Islam sebab mereka yakin dan berkepercayaan sungguh terhadap apa yang islam bawa. Dalil akil dan hujah akal mereka tidak mampu menolak kebenaran yang dianjurkan islam.

Di sisi Islam rasuah adalah suatu 'benda' yang diharamkan. Maka pengharaman oleh Allah baik dan bagus untuk manusia. Justru kita yakin manusia yang lemah ini, jika ternilai dalam diri mereka dengan nilai-nilai keislaman maka kes rasuah ini dapat dibendung. Syaratnya segala isi perundangan islam mestilah didaulatkan dalam sesebuah negara. Tujuan adalah untuk menghukum sebahagian ahli masyarakat seperti kes terpencil di atas. barulah ada 'nakalan' daripada Allah yang menjauhkan hati-hati manusia agar takut melakukan kesalahan-kesalahan seumpama ini.

Dua pengarah didakwa pecah amanah RM26j

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Dua pengarah syarikat termasuk seorang warga Singapura hari ini diperintah membela diri atas tuduhan terbabit dalam penipuan dan pecah amanah membabitkan pembelian saham bernilai lebih RM26 juta, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Datuk Jagjit Singh Bant Singh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen penting bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Gordon Toh Chun Toh, 59, dan Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid, 67.

Ujar beliau, keterangan 31 saksi pendakwaan jelas menunjukkan kedua-dua tertuduh dari syarikat Multi-code Electronics Industries (M) Berhad (Multi-code) selaku penandatangan dibenarkan telah mengeluarkan wang tersebut daripada akaun deposit tetap syarikat terbabit.

Multi-code merupakan sebuah syarikat pengeluar alat ganti kenderaan.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh memberi keterangan membela diri selama tiga hari mulai 20 Disember ini.

Pihak pembelaan dijangka memanggil antara 10 hingga 12 saksi termasuk kedua-dua tertuduh.

Mereka berdua diwakili peguam-peguam bela, Kevin Joshua dan Ng Aik Guan manakala pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Nor Rifhan Raimi Rozi dan Ahmad Faiz Munawar

Mengikut pertuduhan, Gordon didakwa terlibat dalam satu penipuan berkaitan pembelian 11.1 juta unit saham Multi-code dengan menyebabkan pengeluaran deposit tetap syarikat tersebut berjumlah RM18,146,168.74.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Abul Hasan pula didakwa telah bersubahat dengan Gordon dalam melakukan perbuatan tersebut pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dakwaan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 122C(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.

Kedua-dua tertuduh turut didakwa atas tuduhan alternatif iaitu sebagai pengarah Multi-code telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas wang RM26,045,473.94 milik syarikat itu.

Bagi pertuduhan ini, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan serta denda.

Monday, September 27, 2010

Al Fatihah; ADUN Galas kembali kerahmatullah

Hari ini DUN Kelantan kehilangan seorang wakil rakyat lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Che Hashim Sulaiman menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang sebentar tadi.

Kita sebagai seorang Islam merakamkan takziah kepada keluarga beliau.



PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.

"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.

Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.

Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
















Latar belakang ringkas DUN Galas.

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi .

Sunday, September 26, 2010

RPK: Perlekeh KP PAS, jangan sampai perlekeh hukum Allah

Raja Petra hina Ketua Pemuda PAS. Itulah tajuk posting beberapa blog mengulas RPK hina Ketua Pemuda PAS. Beliau diberitakan mempersoalkan dan bertanya kenapa dan sampai bilakah PAS dapat mencetak pimpinan pelapis yang lebih berwibawa. Ini adalah gara-gara ulasan Ust Nasaruddin Tantawi mencadangkan supaya perundangan negara kembali kepada Islam iaitu menggunakan hukum Hudud.

Melihat latar belakang RPK kita jangan melatah dan terkejut sangat. Ini kerana asas dan gaya hidup RPK sendiri jauh daripada menghayati dan memahami agamanya. Apatah lagi menyakini Islam sebagai way of life.

Bagi PAS perjuangan Islam perlu diteruskan. Ujian tohmahan, cercaan, pelekeh dan melecehkan perjuangan yang tidak mereka selesai. Kita berharap niat RPK jangan sampai memperlekehkan islam dan Hududnya sudahlah. Sekadar memperlekehkan indidvidu dalam PAS tidak menjadi masalah.

Harapan dan doa kita, RPK akan sedar apa beliau lekehi dan kembali menyokong usaha-usaha dan cita-cita murni PAS.




Saturday, September 25, 2010

Melayu dikhinati oleh pemerintah Melayu dan kuasa Melayu sendiri

Negarawan, nasionaliswan bimbang atas Melayu yang akan 'hilang ' atas mukabumi ini. Namun bagi agamawan mereka bimbang dan risau akan hilangnya Islam atas mukabumi ini. Bukannya bangsa itu sendiri. Inilah bedanya kebimbangan seorang negarawan dan seorangan agamawan.

Di atas dua kebimbangan itu tadi, nampaknya yang paling ditakut-takutkan oleh negarawan, budayawan dan bangsawan adalah kesinambungan ras atau bangsa Melayu dibimbangi akan hilang atas muka bumi Malaysia ini. Malah kebimbangan negarawan terhadap nasib bangsanya itu mendapat jolokan , sokongan dan dokongan sekumpulan pengamal media, pejuang bangsa, pejuang budayawan dan agamawan juga.

Justeru hari-harilah ketakutan itu diperbahaskan, diperbincangkan dan nampak menjadi agenda perjuangan sesetengah akhbar, media pengarang media arus perdana bangsa itu sendiri.

Di Malaysia negarawan yang bimbang Melayu hilang segala-gala adalah mantan PM Dr Mahathir Mohammad. Bimbang atas kehilangan kuasa Melayu pelbagai wacana diatur dan dibuat.Beliau mendapat sokongan pejuang-pejuang bangsa lain. Banyak masa wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memperbahaskan hal ini.

Agenda mereka golongan ini mahu meraih simpati rakyat Melayu. Sokongan dan kekuasaan parti bangsa mahu disinambungkan jangkahayat. Rakyat dibayangi dengan iguan bangsa, namun banyak pengkhinatan demi pengkhiantan ke atas bangsa Melayu sendiri telah dibuat oleh kumpulan dan puak ini dulu dan kini.

Yang paling jelas dan ketara bagaimana MARA yang dulunya diletakkan bawah satu kementerian khas kini digabungkan. Tujuan atas beberapa kepentingan politik. Nasib bangsa Melayu kini tidak mendapat tumpuan khas. Adalah mudah percaturan mereka , kerana kuasa mereka tidak dipersoalkan oleh bangsa mereka sendiri.








Kerajaan Bn nampak celaru dan keliru



Ramai kakitangan kerajaan teruja bilamana CEUPACS mencadangkan Bonus 2 bulan bila pembentangan Belanjawan 2012 September nanti oleh PM najib. Harapan mengunung oleh kakitangan kerajaan mudah difahami. Rata-rata rakyat sesak dan terdesak dalam himpitan kehidupan harian mereka. Mana tidak kos perbelanjaan harian mereka meningkat, bermula daripada barang keperluan dapur sehinggalah kos pengangkutan meningkat mendadak.

Bagi kakitangan kerajaan yang mempunyai dua kenderaan suami isteri, dengan jarak ulang alik dari rumah ke tempat kerja sekitar 20km sehala. Tentulah duit minyak bulanannya mencecah RM300 sebulan. Belum lagi tambahan pusing-pusing bandar dan sebagainya. Begitu juga dengan kenderaan siisteri yang menghantar anak rumah ke sekolah dengan jarak 5km ke 7km sehari dalam kawasan bandar, kos minyak lebih kurang sama RM300 sementelahan menggunakan kenderaan MPV yang cc nya atas 1800 ke atas.

Kerajaan sekarang nampak macam 'tiada daya' mengekang kos kenaikan. Tiada idea dan kebuntunan idea. Yang cuma ada dalam agenda kerajaan adalah menaikkan cukai, saman ekor diperbanyakkan, cukai pintu dan cukai parking kereta dan pelbagai lagi ke atas rakyat dikenakan.

Pemberian subsidi kepada rakyat diungkit-ungkit, anak-anak yang selesai belajar yang 'engkar' serta 'degil' membayar pinjaman PTPTN akan dikejar mulai Jun 2011, ubah kepada 2013 dalam sekelip mata. Inilah petanda mereka tiada idea serta sesak memikirkan kemelut kegentingan ekonomi negara.





Tahniah ke atas Presiden Iran



Ahmedinejad Presiden Iran, berucap di PBB. Ucapannya tersentuh dan menyentuh kuasa besar. Diberitakan beberapa delagasi AS dan Eropah bertindak keluar dewan tersebut.

Langkah beberapa orang perwakilan Eropah termasuk daripada AS keluar kerana marahkan teori ahmadinejad yang dicop sebagai anti semantik.

Pendirian konsisten Presiden Iran, ini menkagumkan kita, kerana dikala dunia memboikot serta mengadakan sekatan ekonomi ke atas Iran. Sekatan ekonomi tersebut menjadikan Iran dan Presidennya seorang yang kental dan menyakini kekuasaan Allah.

Sekatan ekonomi dunia adalah ujian kepada negara Iran dan negara-negara umat Islam yang lain agar jangan mengikut telunjuk Iran, itulah ironisnya, namun Iran terus kekal sejak awal era Ahmedinejad menguasai tampuk pemerintahan negara itu.

Inilah contoh kepimpinan Islam dan negara islam yang wajar dicontohi, sentiasa berdaulat.

I'D World: Bukti Pembohongannya ?













Friday, September 24, 2010

Wang Ehsan: Rezal jangan tutup sebelah mata



Inilah wajah tokoh pembela islam, yang hari ini dilaporkan media 'lantang' bersuara minta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menjelaskan adakah wang ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri itu adalah wang judi.

Sebab katanya rakyat rela hidup merempat dan melarat dek makan makanan yang datang dari sumber haram ini.

Nampak kita betapa perihatinnya, beliau terlalu bersungguh-sungguh bertanyakan dan mahu mengesahkan duit wang diberikan itu adalah duit haram.

Alahi Rezal Naina Merican, selidiklah punya selidik. Kita nak suruh dia tanya kenapa pusat judi terbesar terdapat di Genting Hingland Pahang. Di atas bukit peranginan, bukan sehari dua tetapi puluhan tahun.

Duit cukai judi daripada Genting ke mana dihalakan ? malah sejarah membuktikan betapa Tuanku Abd Rahman PM pertama Malaysia yang sudah meninggal menyanggupkan diri menanggung dosa , bina masjid daripada duit bersumberkan ini ?

Janganlah beria sangat mendesak Lim Guan Eng yang bukan islam tu, tanyalah Dato adnan, tanya juga osu sukam, tanyalah JJ dan ramai lagi.

Bak Anita Sarawak kata, jangan tutup sebelah mata...


Thursday, September 23, 2010

Islamfobia: Najib dan Umno cermin diri

Bila bercakap semakin menampakkan kedangkalan. Tetapi ada bebarapa sebab orang bercakap atas apa yang perlu dicakapkan. PM Malaysia Najib Razak bercakap soal Islamfobia, dengan mengambil contoh kekesalan masyarakat Barat melabelkan Islam dianuti oleh Barak Obama Presiden AS itu menjadi satu persepsi kepada permasalahan ini. Beliau menyeru semua orang agar memahami asas-asas kebaikan dan nilai-nilai agama.

Seruan PM Najib adalah betul dan wajar, kita amat bersetuju dengan seruan beliau. Tiada apa - apa yang jangal dan cacatnya seruan berkenaan. Tetapi dalam masa yang sama bagaimana nilai-nilai asas yang dinyatakan itu gagal diterap pun oleh Umno (parti Najib wakili) kepada rakan-rakan, sementelahan kepada orang-orang islam Umno sendiri gagal meletakkan persepsi Islamfobia keluar daripada diri mereka (orang Umno).

Buktinya apa tidaknya, bagaimana Hukum Hudud ditentang ,walhal nilai-nilai asas yang terkandung dalam bentuk hukuman Hudud adalah menegakkan kebenaran dan keadilan atas mukabumi. Ini baru satu contoh bagaimana Islamfobia Malaysia oleh Umno yang berjaya menakut-nakutkan orang islam sendiri bagi melaksanakan hukum hakam Islam sendiri.

Usahlah dikaji dan dirisaukan kepada orang bukan islam di AS, maka lagilah tidak peliknya kita mereka berpersepsi sedemikian kepada Islam.

Oleh itu, cermin cerminlah diri kita sebelum bercakap .




Islamfobia boleh dibendung - Najib

PUTRAJAYA 22 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perasaan Islamfobia mampu ditangani jika semua pihak memiliki pengetahuan kepada penyebab utama berlakunya salah faham, tekanan dan konflik yang wujud.

Perdana Menteri berkata, ini kerana tanpa pengetahuan itu, ia akan mendedahkan seseorang itu kepada kejahilan dalam memahami nilai-nilai asas dan keindahan agama Islam itu sendiri.

Malah, kata beliau, ia juga akan menyukarkan kewujudan nilai-nilai baik dan sikap memahami antara satu sama lain.

''Hari ini kita dengar perasaan Islamfobia dan sudah tentu ia serius sehingga menjadi tajuk muka depan majalah The Time baru-baru ini.

''Saya terkejut apabila membaca tinjauan yang dibuat oleh majalah itu bahawa 26 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat percaya Presiden Barack Obama itu seorang yang beragama Islam. Ia menunjukkan wujudnya sikap jahil dalam dunia ini mengenai nilai asas dan kebaikan agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Muhibah Perdana Menteri Bersama Pemimpin-Pemimpin Agama Sempena Sambutan Hari Malaysia di Dewan Utama, Kementerian Kewangan hari ini.

Najib memberitahu, Islam menentang sebarang bentuk keganasan dan tidak membenarkan sama sekali penganutnya membunuh orang awam termasuk dalam peperangan.

''Dunia hari ini banyak orang 'kepala tidak betul', negara maju pun ada orang 'kepala tidak betul' dan niat nak membakar kitab suci al-Quran itu adalah orang 'kepala tidak betul'," katanya.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, golongan itu tidak boleh menerima dan melihat agama lain ada kebaikannya termasuklah agama Islam.

''Yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 itu bukannya Islam tetapi sekumpulan pengganas yang bertindak merampas kapal terbang dan juga mensabotaj agama Islam," katanya

Wednesday, September 22, 2010

Keadilan dimana ?

Ramai rakan-rakan penulis 'marah-marah' kecil terhadap peristiwa ini. Apa peristiwa tersebut, kesnya melibat sensitviti keagamaan.

Kesnya sedikit masa dahulu 2 pemuda yang 'membakar gereja' dekat Petaling Jaya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ini adalah gara-gara kedua beradik Tengku berkenaan membakar gereja.

Kita setuju dan akur dengan keterlanjuan dan keterlaluan mereka merosakkan rumah ibadat bukan islam.

Sebaliknya kes yang seakan-akan sama berlaku kali ini berlaku di Seremban, beberapa remaja Cina menyimbahkan cat serta membaling botol-botol arak ke sebuah surau yang baru disiap dan digunakan. Akhirnya remaja berkenaan telah ditangkap polis.

Kes ini hanya selesai apabila ibubapa remaja berkenaan memohon maaf sahaja kepada beberapa orang jawatankuasa surau berkenaan.

Maka disinilah melihat jelas ketidakadilan dan cara pengadilan serta kehakiman bagaimana yang digunakan.

Dalam istilah kehakiman, kes-kes yang tiada akta, exnetment, wajar digunakan kaedah Doktrin Duluan Kehakiman. Maknanya meniru gaya cara tatacara menjatuhkan hukuman oleh hakim terdahulu dan ia ditiru oleh hakim yang lain bagi mengadili kes yang seakan-akan sama.




rm4 BILLION: pas KELANTAN

Kejutan berita semalam, sebuah syarikat I'DA World Group mendermakan sejumlah wang bernilai RM4 billion kepada PAS Kelantan. Majlis penyerahan tersebut dibuat di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Baru. Manakala penerima cek berkenaan adalah adik kepada MB Kelantan iaitu Nik Din B Nik Mat.

Berita besar ini mengejutkan semua pihak baik bagi pihak penerima atau sebaliknya. Lebih mengejutkan lagi adalah Umno itu sendiri. Jika ia benar dan sungguh ini adalah satu episod yang amat menarik dalam negara kita.

Apa pun kita lihat tiada wakil PAS Kelantan yang menerima mop chek berkenaan. Walhal sumbangan itu mahu diberikan kepada PAS Kelantan. Sudah ada keraguan nya disitu. Kedua jumlah nilai wang yang diberikan itu adalah terlalu besar atas nama, apa ? Ketiga, meletakkan syarat bahawa beberapa projek sudah di berikan kepada syarikat nya oleh Kerajaan Kelantan. Keempat, kenapa diberikan sumbangan derma tersebut kepada parti politik ? Kelima dibuat majlis dan dihebahkan kepada media, sebagai satu promosi. Keenam, berapa nilai wang cair atau harta cair syarikat berkenaan yang 'menderma' sejumlah itu. Ketujuh, kenapa dibangkitkan dengan dapatan miliki oleh syarikat berkenaan projek-projek di negeri Pakatan Rakyat dengan meletakkan nilaian perolehan kasar sejumlah RM300 billion.

Walhal syarikat berkenaan belum mengoperasi dan menyelesaikan sesuatu projek dengan jayanya, kenapa ada advance atau pendahuluan sejumlah itu kepada PAS kelantan ?

Semuanya adalah persoalan yang kurang jelas dek kita ? Andaian dan agakan kita ini adalah mainan politik belaka. Siapa pengarahnya ?



RM4b: Nik Aziz tidak tahu, Nik Din sah naik pentas terima replika cek

KOTA BHARU 21 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion yang diberikan oleh sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.

"Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai I'DA World yang menimbulkan misteri dan kejutan apabila bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ia sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara.

Monday, September 20, 2010

TGNA lawat keluarga Sosilawati

Gombak: TGNA hari ini melakukan kunjungan ziarah ke atas keluarga allahyarham Dato Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam tempoha hari. Turut mengiringi TGNA adalah naib Presiden PAS YB Sallehuddin Ayob yang juga MP Kubang Kerian.

Kunjungan ini adalah sebagai tanda keperihatinan PAS terhadap kes seumpama ini. Walaupun ramai juga yang mempertikaikan kenapa pimpinan dan tumpuan tidak diberi sama kepada 3 mangsa yang lain.

Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
Hazayani Zakaria
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut.


Sunday, September 19, 2010

Umno: Henti bohong dan tipu rakyat

Semalam seorang menteri kanan kabinet Najib iaitu Mohammad Nazri Aziz kata Umno bukan berjuang untuk orang Melayu sahaja, tetapi adalah untuk semua kaum. Hari ini pula Ahmad Maslan selaku ketua penerangan Umno menyokong dan mengiakan apa yang dikatakan oleh Nazri.

Inilah caca marba Umno dan perjuangannya, haru biru habis dibelit dan dipesongkan. Dari sudut istilah dan aspek nama sahaja iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Besatu (Perkembar), manakala dalam bahasa Inggeri diakronimkan sebagai UMNO ( United Malay National Organization).

Inilah bentuk pembohongan pimpinan pelais Umno, mereka sendiri yang memesong, membelit, menipu, mendolak dalikkan percakapan mereka, semata-mata mahu mengekalkan kelangsungan untuk berkuasa.

Bermula dari situlah nampak pimpinan dan Umno semakin mereput, pimpinan umno sendiri keliru dan mengelirukan fahaman mereka terhadap Umno itu sendiri. Apa yang mahu mereka capai dan dapat dalam perjuangan bersama Umno ? kekayaan, kelangsungan kuasa, kesinambungan perjuangan membela rakyat. Untuk apa dan perlu Umno disokong lagi ? bagi meneruskan pembohongan dan penipuan setiap masa terhadap rakyat ?




Husni: Berhenti memperbodohkan rakyat

Pendedahan Dato Sri Anwar Ibrahim, bahawa FDI luar semakin merosot dan menyusut di Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran tetangga. Dan Malaysia duduk tangga tercorot dari segi pertumbuhan ekonomi sejak Najib ambil alih daripada Pak Lah yang lemah itu.

Kini Timb. Menteri Kewangan II menyalahkan pembangkang kerana kerja-kerja memburuk-burukkan negara dibuat pembangkang menyebabkan para pelabur tidak berani melabur lagi di Malaysia.

Pertama hebatnya pimpinan pembangkang dan berpengaruhnya kumpulan pembangkang sehingga dapat menyakinkan para pelabur agar tidak masuk melabur di Malaysia. Sebaliknya menunjukkan pimpinan kerajaan dan seluruhnya menteri yang menjaga hal ehwal ini ekonomi negara. Ini bermakna pimpinan pembangkang lebih cerdik daripada pimpinan kerajaan.

Ini politik 'mengalih isu', jika pembangkang mendakwa berlaku ketirisan dalam projek-projek mega kerajaan apa jawapan menteri ini pula. Ke mana perginya duit dan isu Perwaja, bagaimanakah kesudahan kes PKFZ. Ini adalah contoh satu dua kes bagi diperbandingkan.

Selain itu, ini bermakna para pelabur yang ingin masuk ke Malaysia, bengap-bengap belaka, tidak faham politik, perkembangan politik, macam bebudak tadika lagaknya. Inilah kedangkalan dan ceteknya pimpinan kerajaan Malaysia menilai orang luar terhadap negara kita.

Pelabur berhati-hati apabila pembangkang burukkan kerajaan: Ahmad Husni

TAMBUN: Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.

"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BERNAMA bahawa tindakan pembangkang memburuk-burukkan nama negara mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.

Laporan itu memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap kerana FDI menyusut. Mukhriz berkata, pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lalu.

Berbangga Islam didahulukan daripada bangsa mu Melayu

Menulis dengan mata hati dan menulis mahu mematikan adalah dua bentuk pendekatan penulisan yang berbeda. Menulis dengan mata hati adalah berbeda, ia cermat dan berhemat. Apa pun kita tidak marahkan para jurulapor, kerana ia melaporkan apa yang perlu dilaporkan.

Sebagai manusia kita banggakah menjadi manusia, kerana bagi orang yang beragama dan ada agama soal bangga itu adalah sifat yang sombong, riak dan tidak membantu mahu menjadi manusia yang bertaqwa.

Justeru, pembaca mestilah difahamkan antara bangga sudut mana yang dimaksudkan. Sebagai orang islam kita berbangga bersyukur kita dalam islam, tidak nya kita adalah manusia kafir, yang tentunya mati kelak akan dicampak dalam api neraka.

Entahlah kalau pengarang utusan Malaysia ini bangga juga esoknya dicampakkan dalam api neraka, kerana tidak berbangga dengan Islam yang dianutinya.



Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.

Beliau memberitahu, kerajaan Pas Kelantan telah menghabiskan wang sebanyak RM7 juta untuk membina sebuah masjid dengan reka bentuk Cina di Rantau Panjang dalam usaha menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho November ini yang disertai ramai peniaga Cina Muslim bagi tujuan sama.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang antara lain disebabkan faktor usia yang semakin meningkat.

Malah, jelas Nik Abdul Aziz, beliau sendiri selama ini tidak pernah meminta menjadi calon, kecuali sekali iaitu sebelum Pas menyertai parti Perikatan supaya ketika itu percakapannya ada nilai.

Beliau berkata, dengan kedudukannya sebagai Mursyidul Am Pas, maka adalah tidak kena sekiranya beliau sendiri menonjolkan diri untuk menjadi calon.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menolak sekiranya masih ada pihak yang hendak mencalonkan namanya pada pilihan raya umum akan datang.

“Jika parti calonkan saya, saya terima, tak calon tak ada apa lebih-lebih lagi saya tua sekarang ini. Tua badan letih, tapi akal saya sekadar nak lawan UMNO itu boleh lagi,” katanya.


Kes Sosilawati:PDRM Mohon kekal didengan bukti kukuh

Kes kematian jutawan kosmetik Dato Sossilawati Liwaya serta 3 rakan lain, kini lebih tragis, thriller dan menarik. Plot cerita menarik seperti dalam filem Barat. Kini kes berkenaan menenggelamkan kes pembunuhan Altantuya Sharibu tempoh hari.

Hari ini kes ini memasuki fasa baru. Dan kita harap PDRM yang sudah pun mempunyai 'BUKTI KUKUH' kelmarin pertahankan bukti tersebut, kita mahu mereka yang bersalah disabitkan kesalahan tersebut dan dijatuhkan hukuman setimpal.

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kesejahteraan menolak sekeras-keras perlakuan jenayah seumpama ini. Hukum dan perundangan negara mesti didaulatkan, walaupun hukum perundangan Islam sejagat gagal didaulatkan dalam negara kita.


NEGARA

Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung


Sarina


BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Saturday, September 18, 2010

Anwar Ibrahim: Masih diperlukan

Ketokohan Anwar Ibrahim dalam persada politik Malaysia amat menarik. Anak Ibrahim kelahiran Kg Ceruk Tuk Kun Pulau Pinang sejak zaman muda sudah menonjol bakat kepimpinan dan sanubara yang merakyat dalam dirinya.

Peristiwa demo Baling oleh para pelajar IPTA tempatan kerana membantah kejatuhan harga getah dan menyesakkan kehidupan masyarakat penoreh getah khasnya waktu itu, berjaya mencuit hati dan sanubari rakyat marhein.

Kini beliau kekal dengan momentum tersebut, walaupun satu ketika dahulu beliau memilih bersama kerajaan dalam mempercepatkan visi perjuangan membela rakyat dengan memilih Umno sebagai wadah bagi mencapai misi politik beliau. Namun hasilnya beliau gagal.

Bertitik tolak dari kegagalan itu, kerana kekangan banyak sudut dari dalam kerajaan sendiri dan Umno tentunya menghalang niat murni beliau bagi memartabatkan rakyat yang didahulukan dalam segala hal menjadi semakin lambat bersama Umno.

Beliau disingkirkan daripada Umno dan kerajaan secara 'tragis' dalam bahasa politiknya. Namun semangat kekental daya juang beliau. Maka beliau bangun dengan imej Islamik yang didokongi sejak sekian lama.

Hasil percaturan politik pengaruh Anwar terkesan dan berjaya membina landskap pola politik alaf baru Malaysia yang menjadi trend baru politik negara kita. Bukti selepas disingkirkan Anwar berjaya menwujudkan 'gelombang' baru rakyat agar melakukan perubahan. Imej seperti Barak Obama Presiden USA yang membawa istilah 'change' atau perubahan dalam masyarakat AS. yang berjaya menarik minat golongan rakyat, anak muda tanpa mengira batas agama dan bangsa serta warna kulit.

Situasi yang sama juga dibawa oleh Anwar, penyatuan parti-parti politik pembangkang (PAS, DAP dan PKR) dalam dua pilihanraya 1999 dan 2008 mewarni landskap politik negara. Hebatnya gabungan kerjasama parti politik pembangkang yang berlainan ideologi disatukan olehnya. Hasilnya beberapa buah kerajaan negeri jatuh ke tangan pembangkang dan jumlah peratusan undi pembangkang semakin meningkat. (ikuti analisa merdeka center)

PRU 13 hanya menunggu dan hitungan hari sahaja. Rakyat yang mahukan perubahan semakin teruja. Dikala hidup mereka semakin sesak dengan semua barang keperluan harian meningkat dan meningkat harganya. Kos hidup meningkat berbanding tahun-tahun awal merdeka. Walhal sebelum merdeka kita dimomok-momokkan mahukan berpemerintahan sendiri, perintah ikut acuan sendiri, keluarkan penjajahan bangsa dan daulatkan bangsa sendiri dan tanahair sendiri , kita akan lebih maju dalam segala-galanya.

Hasilnya kehidupan rakyat semakin terhimpit dan dihimpit oleh pemerinatahan anak bangsa sendiri dibumi kaya rakya hasil mahsulnya. Umno dan kerajaan terus meneruskan kerakusan dalam memerintah. Semua dan apa sahaja yang diputus dan dibuatnya nampak diterima sungguh oleh rakyat kini. Kaut dan mengaut , dasar kapitalisisme dengan kekayaan kesenangan berkisar dan berputar sesama mereka pimpinan bangsa merdeka ini.

Sebalik rakyat terus jauh dan dijauhkan... tunggu apa lagi buat perubahan segera. Tokoh yang menokohi perjuangan kita mesti kita sokongi , syarat beliau tidak selewengkan dasar kita. dari rakyat untuk rakyat.











Friday, September 17, 2010

TV3: Drama Pak Nil.. Ibu Kirim Salam senda Islam

Menonton sintron raya petang Jumaat, berjudul Pak Nil....Ibu Kirim Salam dalam TV3, terpanggil menulis untuk menulis rasa kesal dan sedih dengan pengarahan , isi cerita serta para pelakunya.

Sesudah dipaparkan sekumpulan remaja perempuan dalam Youtube yang menyendakan zikirullah dalam bentuk yang diformasikan ala dikir Barat. Bagi kali ini slot drama tersebut dalam salah satu adengan mewatakkan pelakon Kamarul dengan pakaian jubah, dicatkan dahinya dengan cat hitam didahi secara keterlaluan, diiringikan oleh 3 pelalon tambahan yang berzikir sambil bediri dalam masjid. Dan seorang peserta Raja Lawak yang saya lupa namanya, dilakonkan sebagai manusia betul bendul yang nampak macam gila.

Dailog-dailog Kamarul dengan sikurus perserta Raja Lawak digelar Along dari JB itu yang akhirnya bertindak tidak semena-mena 'merejam kumpulan' Kamarul dengan batu kerana mereka digelar oleh Along tadi sebagai syaitan yang direjam. Ini kerana selepas kamarul memarahi Along kerana lebih mengingati Aznil Nawawi, AF, Jgn Lupa Lirik dan sebagainya daripada mengingati nama-nama sahabat nabi dan sebagainya. Si Kamarul terus mengutuk Along yang kurus betul bendul mengingati artis.

Diakhir adengan kamarul minta Along tersebut bersama dengan kumpulannya, kerana beliau janjikan syurga, perjuanganya benar, dan dilaungkan beberapa kali dengan kalimah mulia takbir..takbir.. yang tiada punca dan gerak jalan ceritanya.

Bagi penulis Islam jelas disendakan oleh drama berkenaan. Sekali lagi TV3 menyendakan Islam. Apa kata puak-puak yang marahkan MP serdang masuk ke surau di Kajang.




Sekolah Harapan: Idea yang bangkrap ?

Sekolah Harapan itu adalah idea Ali Rustam. Sekolah ini bertujuan menempatkan para remaja perempuan yang hamil tanpa nikah. Kewujudan sekolah ini adalah dibawah seliaan sepenuhnya bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Rasionalnya dalam kegawatan sosial, gejala kehamilan luar ataupun kes-kes perzinaan yang kritikal melanda negara ini perlu ditangani segera. Jawapannya adalah Sekolah Harapan. Cara ini adalah sebagai jalan pintas atau jalan penyelesian jangkapendek bagai alternatif penempatan 'sementara' para remaja yang 'miang' dan telah terhamilkan. Kita menghormati penuh sikap dan reaksi proaktif kerajaan Melaka yang 'rasa amat bertanggungjawab' bagi menyelesaikan kemelut ini dalam masyarakat kita.

Bagi kita, sebagai rakyat juga bererti pihak kerajaan kini gagal lagi dalam mengurustadbir negara mengikut dasar-dasar yanag dianuti dan dipercayainya. Walaupun dalam masa yang sama Dasar Sosial Negara telahpun diwujudkan.

Peringkat Pusat sendiri dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat khasnya dan am di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri sudah wujud satu pusat pemulihan yang hampir sama dengan konsep Sekolah Harapan iaitu Sekolah Tunas Bakti Sri Puteri bagi memulihkan tahanan remaja wanita yang disabitkan bawah akta wanita dan gadis 2007.


Adalah Ali Rustam sedar atau tidak. Idea Sekolah Harapan ini, dari sudut istilahnya sahaja mendapat reaksi pro dan kontra oleh para pakar psaikologi, pengamal perubatan dan golongan pendidik serta ahli akdemik yang lain. Tetapi oleh kerana ia ADALAH SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL. Semua tentangan kritikan dan ketidaksetujuan itu dipekakbadakkan.

Alasan Ali mungkin ini hanya dalam skop negeri Melaka sahaja. Kita masih segar dan ingat bagaiamana KM yang lama di Melaka Antah Bernatah itu telah membuncitkan seorang remaja bawah umur. Ketika itu LGE (Lim Guan Eng - kini KM P Pinang) terpenjara kerana gara-gara membela sigadis remaja berkenaan.

Projek dan kewujudan sekolah Harapan bukan lah satu-satu jalan pintas menangani permasalahan ini. Kerajaan perlu melihat kembali dasar-dasar pegangannya.

Oleh itu, bagi rakyat tiada pilihan lain. Selain mengantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan yang lain berserta dasar yang lain. Kerana dasar-dasar yang ada terbukti kita gagal. Baikpulih dan baiki dasar ada, menampung mana-mana yang bocor, ketirisan dan sebagainya adalah lambat dan memerlukan kos yang tinggi. Paling baik adalah tukar terus




Cek Tendang: PRU 13 rakyat perlu ajar

PM Najib nampak optimis sangat pada PRU 13 akan datang. Semalam semasa bercakap kepada rakyat Sabah , PM umumkan dengan yakin bahawa Sabah adalah 'akuan tetap' bagi BN dalam pilihanraya akan datang. ertinya tiket kemenangan BN.

Sebagai harapan orang politik, Sarawak juga yang berada dalam kepulauan yang sama bukan lagi akuan tetap BN. Justeru orang Sabah kena membuktikan apa yang telah diyakini dan diucapkan oleh PM. Manakala bagi orang Sarawak mereka lebih mudah dan senang lagi. Ini bermakna Taib Mahmud kini tidak diyakini oleh Najib sebagai peneraju utama Sarawak lagi.

Berdasarkan kedudukan kerusi parlimen kini terdapat 224 kerusi. Dan daripada tersebut Sabah menyumbang sejumlah 25 sahaja iaitu 11.2 % sahaja. Berbanding Sarawak pada 2008 berjumlah 31 kerusi 18.82% lebih daripada Sabah. Dan antara tempoh PRU 2004 hingga 2008. Tiada pertambahan kerusi di Sabah kekal 25 kerusi. Manakala di Sarawak kerajaan menambah bilangan kerusi parlimen daripada 28 (2004) kepada 31 kerusi pada 2008.[ Pertambahan kerusi akta parlimen 10 tahun sekali dibuat persempadanan].









Sabah kekal 'akaun tetap' BN

SANDAKAN 16 Sept. - Sabah kekal menjadi 'akaun tetap' Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan sokongan kuat yang diterima parti itu daripada masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap majlis-majlis anjuran BN dan UMNO seperti program Juara Rakyat peringkat negeri hari ini yang membuktikan parti itu masih diterima di Sabah.

Beliau berharap sokongan terhadap BN akan terus meningkat hasil kerja keras kerajaan dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.

"Kepada sesiapa yang menyangkal bahawa UMNO dan BN sudah tidak kuat di Sabah, sesiapa yang mencanang cerita kononnya BN dan UMNO lemah sokongan, tengok sahaja majlis ini yang saya lihat seolah-olah lautan manusia.

"Saya tidak payah bagi dalil dan bukti lain kalau hari ini sambutan amat hebat dan luar biasa. Kesimpulannya Sabah masih merupakan akaun tetap (BN).

"Insya-Allah akaun tetap ini tidak cair dan kita masih lagi boleh mempertahankannya berdasarkan sokongan yang kita lihat hari ini," katanya ketika berucap pada Program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran di sini hari ini.

Kira-kira 50,000 penduduk pelbagai kaum di Sabah membanjiri program berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, semua pemimpin BN harus bersama-sama bekerja keras bagi menjadikan UMNO serta BN parti 'juara rakyat'.

Justeru katanya, kegiatan turun padang harus diamalkan secara telus oleh semua pemimpin BN bagi meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Dalam pada itu katanya, UMNO dan BN terbukti mempunyai rekod sebagai parti yang membela nasib rakyat sejak sekian lama termasuk memerdekakan Sabah dan Malaysia daripada penjajah.

Selain itu jelasnya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN adalah jelas dan dirancang begitu teliti demi kepentingan rakyat.

Katanya, pembaharuan itu yang dilakukan melalui Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 juga dilaksanakan dalam semangat 1Malaysia.

"Ini bukan impian kosong, bukan angan-angan Mat Jenin tetapi ia sesuatu yang sudah kita rancang dengan begitu teliti.

"Kita buat kajian begitu mendalam, kita buat pelbagai makmal untuk membincangkan apa yang patut kita lakukan supaya 10 tahun akan datang impian kita akan kesampaian dan perubahan besar akan berlaku kepada negara Malaysia tercinta ini," katanya.

Menurut Najib, kerajaan juga tidak pernah mengabaikan masyarakat luar bandar di Sabah apabila memperuntukkan RM6.18 bilion bagi membangunkan pelbagai infrastruktur.

Menurutnya, peruntukan itu akan digunakan untuk tempoh dua tahun hingga 2012 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air serta projek perumahan rakyat.

Wednesday, September 08, 2010

Umno: Api ketakutan dimainkan

Kelmarin penulis berkesempatan menunaikan solat zohor di bandar ini (temerloh). Masjid ini adalah masjid utama di bandar ini. Oleh kerana setiba penulis itu, bilal sudahpun melaungkan iqamah. Penulis hanya berkesempatan bersalam dengan seorang lelaki tua Melayu yang sedang mengomel duduk berdekatan dengan khemah yang disediakan masjid untuk majlis berbuka puasa agaknya. Kebetualan pula tempat itu, juga adalah tempat para amil masjid yang digunakan sebagai tempat untuk membayar zakat fitrah.

Apa yang menarik sambil bersalam, lelaki tua itu menghamburkan perkataan kita Islam adalah semua nya bersaudara. Kemudian beliau mengomel-ngomel kecil bahawa katanya bangsa Cina atau orang Cina sudah naik kepala di negara ini katanya. Kita islam adalah saudara dan hendaklah bersama-sama katanya. penulis hanya mampu tersenyum dan terdiam sahaja. Tidak tahu nak memulakan daripada mana, senyap tanpa memberi respon, kerana tidak tahu cerita hujung pangkalnya ngomel lelaki itu.

Selepas itu, penulis naik ke masjid tanpa menghiraukan lelaki tua itu. Terus masuki saf. Apabila selesai penulis bergegas bersama-sama rakan penulis ke destinasi lain. iaitu ke rumah anak-anak yatim persendirian yang kami uruskan.

Semasa di rumah anak yatim berkenaan, penulis rasa bersyukur kerana kemurahan dan kesatunan masyarakat kita yang terus membantu dari segi kewangan dan kebendaan kepada rumah-rumah anak yatim. Antara ada yang menghulurkan sumbangan makanan dan pelbagai lagi.

Semasa di situ, penulis berbual-bual dengan al fadil uztaz ahmad Badawi Abdullah (bukan Pak Lah) tentang banyak cerita sambil menunggu menerima sumbangan orang ramai. maka pak ustaz ini berceritalah bahawa beliau dimaklumkan seluruh imam-imam dan orang - orang Melayu kampung telah dipanggil dan dikursuskan oleh pihak berwajib tentang masa depan mereka. Dan diancam macam biasa keberadaan Melayu dengan desakan serta asakan orang Cina. Diceritakan juga bahawa bagaimana sesetengah melayu (PAS) telah mulai dibeli oleh orang Cina.

Dan kemelut ini katanya dimajlis brain-wash itu semakin terancam. Justeru orang-orang Melayu pendeknya mestilah bersatu bawah Umno dan kerajaan Umno. kerana situasi ini hanya Umno sahaja sebagai penyeleamat melayu. Tiada harapan kepada mana-mana pihak lain.

Maka barulah penulis teringat akan peristiwa di atas tadi bahawa , kebimbangan seorang akhi Melayu tua tadi adalah tentang ancaman Cina.

Sementelahan pula, Umno dan sayap-sayap media dan saluran propaganda Umno meniupkan api ketakutan ancaman Cina di dalam negara ini.

Biarpun Umno bekerjasama dengan MCA, MCA ini bukan Cina tetapi dia macam melayu lah kiranya.

Tuesday, September 07, 2010

Turun ramai-ramai Anak Pahang pada 19 Sept



Anak-anak Pahang di perantauan khas di Lembah Klang. Sila hadir, sebagai tanda sokongan anda kepada PAKATAN RAKYAT.


Turun beramai-ramai dan ajak rodong-rodong. PRU kali ini giliran kita gegarkan Pahang.

kehadiran anda sebagai tanda sokongan dan petanda Umno Pahang akan diakhirkan.

Sila yakinkan saudara mara, puak gerabak di Pahang bahawa Umno jangan diberikan peluang lagi.

Monday, September 06, 2010

IGP: Lumrah hidup, bersabar sahaja

Sayu dan sedih kita mengikut berita Buliten TV3 sebentar tadi (8.30 malam). Sidang Media IGP negara yang terakhir. Sidang media kali ini beliau tidak diapit oleh sebarang pegawai tinggi yang duduk sekeliling beliau seperti kebiasaan. Mungkin ditempat atau majlis yang tiada rasmi dengan tugas beliau kot.

Lapor berita Musa Hassan kecewa kerana ada orang ketiga yang sama-sama 'memberi arahan' dalam masa sama beliau adalah Ketua Polis Negara. banyak keputusan dan arahan orang ketiga terhadap anak buahnya.

Fahaman mudah anak-anak buah ketua Polis Negara tidak berkiblat kepada ketuanya tetapi berkiblat dengan 'orang ketiga'. Bila ditanya wartawan siapa, tentulah katanya 'orang-orang' KDN lah.

Apabila ditanya, tentang kontraknya tidak disambung, katanya tiada siapa yang memaklumkan tentang hal itu.

Kita teringatlah bagaimana Tun Salleh Abbas dipecat. Apa kerja KSN kita , kenapa tidak taip surat dan maklumkan kontrak IGP tidak disambung.

Inilah wajah-wajah politik Malaysia. Semua benda dipolitikkan. Hatta IGP yang berkhidmatnya sememangnya diketahui amat berjasa kepada pimpinan yang ada, tetapi bila 'sudah tidak laku' beliau ditendang.

Inilah balasan dan takdir keperitan, kita jangan turut menzalimi dan membantu kezaliman ke atas orang lain. Masa ada kuasa semua orang menyanjung menghormati kita. Bila tiada apa-apa kita akan menjadi hampeh sahaja.

Inilah lumrahnya hidup, pasang dan surut air laut, terkadang gelora dan tenang.

Zam: bebal dan sebal

Siapa yang nak percaya dengan gelagat ZAM. Kelmarin ZAM yang sedang mencari tempat untuk memikat Najib. Beliau membuat kelakar terlucu abad ini. Katanya beliau ada bukti 'pimpinan' PAS suruh Tunku Abd Rahman PM pertama waktu itu merampas harta orang Cina.

Kita nak bagi tahu ZAM yang dangkal, bukan sahaja tanah depa bagi tapi kerakyatan secara jus soli. ZAM ni belajar sejarah negara ke apa, sia-sia mengaji habih duit emak ayah dia, pasal apa tenging sangat.

Kalau pun dah ada maklumat suruh rampas harta Cina. Lama dah Ust Nakhie yang masuk Umno dedahkan tak payah tunggu ZAM oi.




Saturday, September 04, 2010

Jiwa perlembagaan islam lah yang tidak boleh dicerobohi

Besarnya kedudukan dan keistimewaan perlembagaan Persekutuan sisi kita dalam negara kita. Perlembagaan ini amat didaulatkan, jelasnya perbahasan demi perbahasan, pembelaan demi pembelaan, kebimbangan demi kebimbangan dan cadangan demi cadangan dikemukakan agar kelangsungan perlembagaan ini di pertahankan dan disedarkan kepada generasi demi generasi.

Natijahnya sebarang pengabaian atau ketidakpedulian ke atas perlembagaan negara dikira sebagai satu kesalahan yang tidak boleh dipermaafkan kepada mana-mana manusia Malaysia yang berada di Malaysia.

Orang Melayu terus menerus mempersoalkan keberadaan perlembagaan ini. Dengan mewajarkan semua kaum bukan Melayu menerimanya dan ketidakbolehan mereka mempersoalkan duduk perkara. Ini kerana persepakatan terhadap perlembagaan itu sudah dipersepakati. Sebarang perkara yang dipersoalkan oleh kaum bukan Melayu dikira sebagai satu usaha-usaha pencerobohan atas perlembagaan itu.

Begitu jugalah dengan mana-mana orang Melayu islam yang turut sama mempersoalkan duduk perkara ini dikira sebagai usaha pencerobohan. Biarpun perlembagaan itu tidak dipertikaikan, cuma perubahan yang dituntut adalah bagi memansuhkan beberapa Fasal dan Bahagian yang ada bercanggah dengan undang-undang Allah atau undang-undang Al Quran.

Yang lain-lain jiwa perlembagaan seperti kontrak sosial atau apa-apa saja keistimewaan peribumi kita amat sokong dan pertahankan sebagai hak berssama. Kita tidak mahu kita pertahankan sesuatu yang dimurkai Allah.

Kaum lain pun tidak akan mempersoalkan jiwa perlembagaan, jika kita yang berkuasa dapat memberi keadilan, kesamksamaan, kesamarataan, dan kesejahteraan kepada semua kaum di negara ini.




Bahaya jiwa Perlembagaan dicabuli

APABILA meneliti Perlembagaan Persekutuan, kita dapati dalam perlembagaan wujud lima perkara asas yang tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan. Apakah lima perkara asas itu? Ia membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu termasuk pribumi Sabah dan Sarawak, hak kewarganegaraan, kedudukan agama Islam dan bahasa kebangsaan.

Mohd Foad Sakdan dalam bukunya Pengetahuan Asas Politik Malaysia (DBP, 1997) menyebut kelima-lima perkara asas itu sebagai politik perlembagaan yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan oleh Suruhanjaya Reid. Ia dimasukkan dalam Perlembagaan selepas berlakunya proses perundingan, permuafakatan atau kata sepakat secara kolektif di kalangan pemimpin pelbagai kaum di negara ini ketika itu.Hakikatnya, kelima-lima perkara itu adalah satu bentuk kontrak sosial yang menjadi asas penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Menurut Dr Hassan Ahmad, dari segi kemanusiaannya, kontrak sosial yang dilaksanakan di negara ini tidak sedikit pun mendiskriminasikan kaum lain. Malah, ia memberikan asas penyelesaian masalah perkauman yang wujud hasil daripada penjajahan British.

Penerimaan terhadap kontrak sosial itu telah pun menjamin kestabilan politik dan perpaduan di negara ini. Oleh itu, usaha untuk mencabuli atau menghapuskan lima perkara asas itu boleh menimbulkan pelbagai sentimen termasuk perkauman yang boleh memecah-belahkan rakyat seterusnya menjerumuskan negara ini ke kancah kebinasaan.

Ia juga adalah satu bentuk kompromi politik atau politik permuafakatan di kalangan pemimpin terdahulu daripada UMNO, MCA dan MIC. Datuk Prof Dr Zainal Keling, melihat politik kompromi itu sebagai nilai tradisi permuafakatan dan kerjasama yang menjadi sebahagian daripada nilai hidup masyarakat Malaysia.

Pendekatan ini sangat berkesan kerana segala program perpaduan dan integrasi nasional dapat dilaksanakan dengan jaya. Malah segala perselisihan faham dapat diselesaikan di meja rundingan. Ini bermakna politik kompromi yang diamalkan selama ini berjaya membentuk politik persetiaan murni atau bargain formula antara tiga ras terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang berjaya memperkukuhkan struktur perpaduan negara.

Jika kita mengimbas kembali titik tolak bermulanya asas permuafakatan ini ialah apabila pada 1955 apabila Britain memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu. Pilihan raya itu merintis satu bentuk kerjasama parti politik yang mewakili tiga kaum utama yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC. Mereka bersetuju menubuhkan gabungan parti politik yang dinamakan Perikatan (kini Barisan Nasional).
Perikatan mengemukakan manifesto yang mengandungi beberapa perkara penting yang mencerminkan tolak ansur, kompromi dan permuafakatan ketiga-tiga kaum terbabit. Antara perkara penting yang disentuh dalam manifesto Perikatan ialah mengenai politik di mana Perikatan berjanji akan menegak, mempertahan dan melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Berperlembagaan Negeri baginda masing-masing.

Untuk itu, Perikatan mendesak ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi meneliti pembaharuan perlembagaan yang berkait dengan kedudukan Raja-Raja Melayu dan kepentingan istimewa orang Melayu. Dalam perkara mengenai pelajaran, manifesto Perikatan bersetuju untuk mewujudkan satu jenis Sekolah Kebangsaan.

Mengenai bahasa pula, Perikatan bersetuju untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dianggap acuan untuk membentuk sebuah negara. Perikatan juga dalam manifestonya berjanji mendapatkan kemerdekaan negara dalam masa empat tahun.

Menurut Zainal Abidin Wahid (1971), pilihan raya umum pertama itu merekodkan 1,280,000 orang daripada 1,600,00 yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi. Pecahan peratusan kaum mereka yang mendaftar sebagai pengundi itu ialah Melayu 85 peratus, Cina 11 peratus dan kaum India kurang 5 peratus. Sebanyak 85 peratus daripada jumlah mereka yang mendaftar itu keluar untuk mengundi.

Perikatan meletakkan calon bagi semua 53 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan akhirnya berjaya memenangi 52 kerusi, manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Menariknya, calon bukan Melayu dari Perikatan yang bertanding di kawasan majoriti Melayu turut memenangi pilihan raya itu. Ini membuktikan betapa orang Melayu ketika itu sudah pun bersedia untuk menerima calon bukan Melayu di kawasan mereka.

Manifesto yang dikemukakan Perikatan itu juga jelas membuktikan betapa pemimpin pelbagai kaum itu sama-sama bersetuju dan memperjuangkan perkara mengenai warisan orang Melayu iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan agama Islam. Malah mereka turut sama menyetujui kepentingan satu jenis Sekolah Kebangsaan bagi kepentingan perpaduan.
Kelima-lima elemen politik perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan kedudukannya kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan. Justeru, kita bimbang melihat senario politik negara hari ini yang semakin tidak menghiraukan politik perlembagaan itu.

Perkara asas Perlembagaan Persekutuan itu dipertikai dan dipersenda malah dipolitikkan sewenang-wenangnya. Terbaru ialah pendedahan yang dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa sudah ada pihak mewujudkan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Ia menandakan bahawa sudah ada kecenderungan pihak tertentu untuk mencabuli apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Di manakah keadilan, dapatkah kan ku cari gantinya ?

KELAMRIN 32 PERTUDUHAN ke atas Kudus selaku YDP salah sebauh PBT di negeri Selangor tidak sangkutpun walaupun satu kes. Hari ini di pahang bekas exco Pahang pula bebas daripada pertuduhan rasuah.

Ini adalah paten dan undang-undang di Malaysia. Pihak pendakwaraya biasa gagal menyakinkan hakim atas pertuduhan kes-kes seumpama ini yang melibatkan orang-orang sedemikian rupa.

Justeru rakyat mahu lihat keadilan di mana, bagaimana keyakinan dan kepercayaan rakyat dengan sistem yang kita payungi, sanjungi dan pujai.

Justeru jangan marah jika rakyat terus mempersoalkan perkara demi perkara dariapada masa ke semasa.




Bekas Exco Pahang lepas, bebas kes rasuah

RAUB 3 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Omar Othman terhadap dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya enam tahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulqarnain Hassan dan Kamaruddin Mohd. Daud gagal membuktikan kes prima facie terhadap Omar.

''Selepas mahkamah meneliti kesemua hujahan dan keterangan, tertuduh dalam kes ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,'' kata Zainal Abidin sambil disambut deraian air mata oleh Omar dan isterinya, Datuk Mimi Asmara Abdul Malek, yang berada di galeri awam.

Omar, 60, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jelai yang juga Anggota Jawatankuasa Projek Khas Peringkat Daerah Lipis dituduh melakukan rasuah dengan menggunakan kedudukan awam untuk mendapatkan suapan antara 1 dan 13 Oktober 2001 di Pejabat Daerah Lipis.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu dengan memperakukan dua projek kemudahan asas kecil tahun berkenaan, melibatkan Jalan Asas Kampung Serau ke Kampung Putat berharga RM100,000.

Omar juga dituduh memperakukan Jalan Tanah Perkuburan Lubuk Kulit berharga RM20,000 untuk diberikan kepada Syarikat Perniagaan Persaudaraan Iman yang beliau mempunyai kepentingan secara tidak langsung.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Omar didakwa di mahkamah pada 12 Ogos 2004 dan perbicaraan kes itu yang mengambil masa enam tahun, melibatkan sembilan saksi pendakwaan manakala pihak Timbalan Pendakwa Raya melalui proses pertukaran sebanyak tujuh kali.

Omar yang diwakili peguam Jagjit Singh, merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang sebelum bersara.

Di luar mahkamah, Omar berkata, beliau bersyukur kerana apa yang dilaluinya sejak enam tahun lepas berakhir hari ini dan kini terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini tidak berasas.

''Kebenaran terbukti hari ini dan saya berterima-kasih kepada isteri saya yang selama ini sentiasa berada di sisi saya dan ahli keluarga serta kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya,'' katanya. - BERNAMA

Thursday, September 02, 2010

Media Alternatif: Najib akhirinya akui

PM dan bualan Ramadhan. Media elektronik malam ini melaporkan PM Najib bersama berbuka puasa kali kedua tahunnya dengan media. Kali ini tuan rumah media adalah NSTP di Bangsar.

Dalam temubual media yang disiarkan ke sleuruh negara tentang bagaimana media alternatif memberi laporan sehingga boleh merosakkan negara. Naji dalam jawapannya akhir mengakui katanya laporan-laporan media alternatif ada kalanya adalah benar, ada separuh benar dan ada nya tidak benar. Tiada katogeri tidak benar langsung.

Justeru apa yang dilaporkan oleh blog dan media internet dalam talian rata-rata adalah benar belaka.

Rasanya bulan Ramdhan menyebabkan Najib berkata benar dan polos gayanya. Tidak Najib macam selalu, mungkin kerana menghormati Ramadhan kot.

Ok lah tu..

Wednesday, September 01, 2010

Islam sempit atau disempitkan islam ?

Dalam pemimpin negara-negara lain sedang rancak 'memasarkan' islam, pimpinan dan pemimpin negara kita masih lagi memperkatakan soal perkauman dan soal kejumudan keagamaan sempena kemerdekaan negara yang menjangkau 53 tahun.

Diluar negara pemimpin besar Mummar Gaddafi mendapat sambutan luarbiasa dengan menjemput bukan Islam mendengar syarahan kali keempat tentang Islam, Dilaporkan seramai 500 orang wanita muda Itali datang ke majlis berkenaan. Mereka dihadiahkan dengan senaskkah Quran terjemahan ke BI bagi ditatap. Inilah jiwa seorang pemimpin yang membawa sama islam bersama-samanya walaupun berada di luar daripada negara nya.

Sebaliknya, pemimpin - pemimpin negara kita yang beragama Islam. Agama Islam dirasmikan sebagai bahasa rasmi negara bertindak kebelakang. Caranya menakut-nakutkan bukan Islam dengan kejumudan cara berfikir. Pimpinan negara ini menganggap Islam adalah hak peribadi dan hak orang Melayu yang berkekalan milik mereka. Jangan ada sebarang pencanggahan amalan kelaziman , Maka ia akan dianggap sebagai pencerobohan terhadap islam dan umatnya.

Isu khutbah dan masuk ke surau menjadi bahan perdebatan luarbiasa. Malah satu peraturan mahu diperincikan bagi mentatacarakan bukan Islam untuk mendampingi Islam. Perbuatan menakut-nakutkan Islam terhadap Islam akan menjauhkan bukan islam terhadap Islam. Mana dakwah islam kita terhadap mereka.

Bukti keresahan itu, disokongi dengan tulisan-tulisan yang berbaur sokongan sempit mengetatkan peratuaran bukan islam mendekati Islam. Ikuti tulisan dalam Utusan malaysia seperti di bawah ini.


Provokasi berbaur perkauman

Sejak akhir-akhir ini, beberapa tindakan provokasi berbaur perkauman dan agama oleh segelintir pihak di Malaysia telah dilaporkan oleh kebanyakan akhbar perdana tempatan. Antara contoh-contoh 'benar' dalam hal ini adalah tindakan khatib jemputan di sebuah masjid di Pulau Pinang yang menyebut nama Ketua Menteri yang bukan Islam dalam doa khutbahnya, tindakan ahli jawatankuasa masjid dan surau di sekitar Selangor yang membenarkan ahli politik bukan Islam memasuki ruang solat utama dalam masjid dan surau, serta tindakan berulang kali oleh bekas pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Namewee mengubahsuai lagu kebangsaan 'Negaraku' yang mengandungi unsur-unsur yang mencemar imej Malaysia serta turut menyentuh sensitiviti peribadi individu tertentu, orang Melayu, dan agama Islam di negara ini.

Sebagaimana biasa, persepsi awal terhadap semua insiden ini sudah boleh dijangka. Khatib jemputan terbabit mempertahankan tindakannya atas alasan bahawa tidak menjadi satu kesalahan besar jika mendoakan seseorang yang bukan Islam supaya diberi petunjuk dan hidayah, walaupun sudah jelas bahawa dalam teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang, nama Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di negeri tersebut mesti disebut dalam setiap sesi khutbah termasuk dalam doa oleh khatib yang bertugas.

Ahli politik bukan Islam pula mempertahankan tindakan mereka dengan alasan bahawa mereka datang untuk memenuhi jemputan oleh ahli jawatankuasa masjid tersebut bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di kawasan masing-masing. Mereka juga mendakwa bahawa insiden ini sengaja dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Manakala Namewee pula mempertahankan tindakan beliau dengan alasan ia hanyalah untuk 'mencipta' sesuatu yang unik dan baru, bertujuan mengembangkan bakat kreatifnya dan supaya dia dikenali ramai. Sememangnya hari ini, Namewee sudah pun dikenali ramai termasuk di Malaysia, khasnya dalam kalangan para pembuat dasar termasuk Ketua Polis Negara, Menteri Penerangan dan Perdana Menteri sendiri.

Apa yang jelas di sini adalah semua tindakan provokasi itu dilakukan atas alasan untuk menggunakan hak dan kebebasan bersuara dalam konteks sistem demokrasi. Kerajaan juga setakat ini tidak mengambil sebarang tindakan susulan walaupun insiden sebegini telah berulang kali berlaku. Antara alasan yang biasa diberikan adalah kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu semua insiden tersebut dan kemudiannya berunding dengan parti-parti bukan Melayu kerana 'pelakunya' ialah orang bukan Melayu, manakala 'mangsanya' pula ialah orang Melayu.

Tetapi kalau 'pelakunya' ialah orang Melayu sendiri, maka sudah tentu 'secepat kilat' tindakan tegas diambil bagi menangani sebarang insiden sedemikian rupa. Apa yang jelas di sini ialah memang agak sukar untuk membuat sebarang keputusan terhadap isu-isu provokatif jika ia membabitkan selain daripada orang Melayu dan Islam.

Ini kerana jika tersalah pertimbangan, orang bukan Melayu, yang selama ini memberi sokongan kepada kerajaan sudah pasti akan 'terasa' pedih hati walaupun dalam sesetengah insiden yang sedemikian, mereka memang bersalah. Apa yang boleh kita lihat, sebarang bentuk tindakan oleh kerajaan pada hari ini dalam menyelesaikan insiden-insiden seperti itu boleh dianggap seperti 'menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak'.

Biasanya, usaha penyelesaian masalah secara 'menarik rambut dalam tepung ini' sangat cerewet dan rumit. Ini mungkin kerana 'rambut' yang ingin 'ditarik' tersebut mungkin sudah 'reput', manakala 'tepung' yang ingin dijaga supaya tidak 'selerak' itu mungkin sebenarnya sudah 'keras'.

Kita tidak menafikan perlunya hidup bertolak ansur dalam konteks masyarakat berbilang kaum tetapi peranan dan tanggungjawab kerajaan selaku 'pemerintah yang tegas dan bijaksana' tidak wajar sekali dipinggirkan. Dalam hal ini, pihak yang benar perlu dibela, manakala pihak yang secara terang-terang melakukan kesalahan mesti dihukum dengan sewajarnya tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Semua insiden yang disebutkan sebelum ini adalah benar berlaku, manakala 'pelapornya' pula tidak mempunyai sebarang niat yang terselindung.

Masjid dan surau adalah rumah Allah SWT yang suci lagi bersih dan perlu dihormati. Orang bukan Islam, tidak kira dari mana-mana parti politik pun tidak boleh memasuki ruang solat utama masjid dan surau hanya kerana mereka ini 'berhadas besar'. Sebaliknya, mereka boleh memasuki ruang di sekitar kawasan masjid, dan bukannya di ruang utama solat.

Nama ketua agama negeri, sama ada Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan mesti disebut oleh khatib dalam setiap sesi khutbah yang dijalankan.

Tindakan menyebut nama Ketua Menteri yang bukan Islam tidak pernah berlaku sebelum ini, dan orang yang menyebutnya sudah pasti ada maksud 'negatif' yang terselindung walaupun orang itu bergelar 'ustaz' atau 'tok guru'.

Sebagai rakyat Malaysia pula, adalah tidak salah untuk menjadi kreatif dalam pelbagai bidang seni termasuk muzik dan mengubahsuai lagu. Tetapi, apakah dengan tindakan 'memperolok-olokkan' lagu kebangsaan negara sendiri dengan unsur-unsur mencemar imej negara, individu tertentu, orang Melayu dan agama Islam boleh menjadikan seseorang itu kreatif?

Apa yang jelas di sini adalah Namewee ialah seorang yang sangat kreatif, tetapi beliau juga seorang yang sangat tidak beradab sopan terhadap negaranya sendiri.

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani isu-isu provokatif berbaur perkauman dan agama sebagaimana yang sedang 'hangat' melanda negara ketika ini.

Kerajaan tidak seharusnya menunggu sehingga ke saat akhir untuk mengambil tindakan kerana ia dikhuatiri mungkin agak terlewat. Kegagalan kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini akan memberi gambaran negatif dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam di negara ini bahawa mereka akan terus menjadi punching bag di negara sendiri, manakala bagi orang bukan Melayu pula, adalah tidak mengapa menjadikan orang Melayu dan agama Islam sebagai bahan kreatif dan senda gurau atas alasan hak dan kebebasan bersuara dalam negara demokrasi.

Kita perlu ingat bahawa demokrasi adalah untuk semua, bukan untuk satu golongan sahaja. Hak kebebasan bersuara dan hak untuk kreatif dalam muzik tidak bermakna kita boleh mencemarkan imej negara sendiri.

Penulis ialah Pensyarah Sains Politik, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia