Thursday, February 26, 2009

DUN perlu segera bersidang. Mahu tidak mahu Sultan mesti perkenan .
Posted on Thursday, February 26 @ 11:15:54 MYT by Paktam
Oleh Tarmizi Md Jam

TERDAPAT isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbin cang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. :

Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

"Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong", jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

"Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu," tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

"Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi," tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata "pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN".

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, "Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan."

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

"Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu," ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

"Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama," tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata "jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan."

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, "itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya."

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

"Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan," tegasnya
.

Amaran atau amarah Najib

Terima Padah Jika Buat Laporan Palsu Kepada SPRM: Najib

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak.

Najib berkata kini terpulang kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat itu.

"Saya tak tahu apa yang dia dakwa. Biarlah SPRM siasat," katanya.

Mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata: "Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."

Mengenai dakwaan kedua-dua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti kukuh, beliau berkata: "Sudah tentunya mereka kata begitu tapi biarlah suruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya."

-- BERNAMA

SPR susah atau bertambah susah ?

Bertalu-talu dan ALlah tunjukkan kekuasaannya untuk membuka mata dan menyedarkan manusia, atas semua kejadian di atas dunia dan bumi ini. Terkini kematian ADUN Batang Ai Sarawak.

Nak tidak nak SPR badan yang bertanggungjawab dalam hal ini terpaksa menyusun dan menentukan pilihanraya, kerana syarat dan kaedahnya berkehendak begitu. Kaedah ini dan cara itu jugalah yang 'kita semua hendak dan pilih', maka jangan marahkan Rabb sebab kan ADUN itu mati , SPR terpaksa buat dan adakah pilihanraya.

Biasanya manusia adalah manusia, dia rasa senang kerja bilamana kerja itu dinak buat dan mahu buat. Jika kerja itu kerja terpaksa maka banyaklah dolak daliknya. Begitu juga bandingan halnya kemelut pilihanraya di Perak yang wajar SPR terima dan selesaikan dulu sebelum , deretan kematian-kematian ADUN atau MP kawasan-kawasan berkenaan.

SPR degil dan tidak mahu belajar, jika belajarpun tidak reti-reti. Maknanya tidak reti bahasalah ..senang cerita.

Maka kerjanya yang tidak mahu susah, tanggungjawab suusah itu kini diberikan oleh Allah, maka jadilah ia bertambah susah, dari kerja susah itu sebelumnya.

Sandiwaro, lakonan atau realiti ?

Kami rakyat Perak amat mengalu-alukan semangat zuhud MB haram Perak atas apa yang didakwa untuk menolong bantu wang elaun tersebut terhadap rakyat miskin di Perak. Cara dan kaedah cara mana duit dan wang tersebut mahu dibelanjakan dan nyata benar-benar sampai tidak pula dijelaskan. Apa pun komitment ada .....


Kita nantikan, MB Perak tentu akan umum nanti semua wang gaji akan disumbang tolong bantu rakyat miskin di Perak. Maka kita harap ada tapi jangan percaya sangat.... Nantikan sandiwara mereka mengikut episod demi episod, lakonan mereka hidup saling tak tumpah sebiji macama lalonlayar arahan Tan Sri P Ramleee..la



Elaun cuti Exco Perak dimansuh

TELUK INTAN 25 Feb. - Kerajaan negeri menarik balik elaun percutian ahli Exco sebanyak RM20,000 setahun setiap seorang pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, peruntukan itu akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri agar ia boleh digunakan bagi mengatasi masalah rakyat.

''Dalam keadaan ekonomi sebegini mendesak, elaun sebanyak RM120,000 bagi semua Exco itu lebih baik digunakan untuk mengatasi masalah rakyat dan membantu mereka yang memerlukan.

''Kita fikir tidak wajar bagi ahli Exco untuk mengambil wang tersebut dan kemudian pergi bercuti, lebih-lebih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Mesyuarat Exco kali ini merupakan kali kedua diadakan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) selepas mengambil alih pentadbiran negeri daripada pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, kerajaan negeri akan mengkaji untuk melaksanakan langkah yang sama pada tahun-tahun akan datang sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exco di setiap daerah di negeri ini secara bergilir-gilir.

Jelas beliau, pendekatan itu diambil bagi membolehkan semua Exco turun padang untuk mengetahui dan memahami masalah rakyat di peringkat akar umbi.

''Jika mesyuarat minggu ini diadakan di Ipoh, minggu berikutnya akan diadakan di daerah lain.

''Ia merupakan salah satu cara bagi kerajaan negeri mendekatkan diri dengan rakyat dan pada masa yang sama membantu mereka mengatasi apa jua masalah yang berlaku di daerah itu," katanya.

Tol dan Najib


  • Najib: Terpulang pada SPRM untuk siasat
    Muda Mohd Noor | Feb 26, 09 10:45am
  • Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan dua Adun Pakatan Rakyat Perak yang mendakwa ditawarkan imbuhan oleh ejen yang mendakwa mewakili timbalan perdana menteri itu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN)

Isu Elizebath

Nasib Elizabeth Wong: Cuti disambung

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor semalam mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti Exconya, Elizabeth Wong sehingga siasatan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Lanjan itu selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan Wong hanya akan dibuat setelah polis selesai menjalankan siasatan.

"Setelah membuat perbincangan dengan semua Exco berkaitan isu ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk meneruskan cuti YB Elizabeth Wong sementara menunggu siasatan polis selesai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di pejabatnya di sini semalam.

Wong bercuti selama sebulan sejak pertengahan minggu lalu.

Khalid berkata, seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam majlis menghadap baginda di Istana Mestika pagi tadi, kerajaan negeri akan membuat keputusan yang adil dan mengambil kira kepentingan rakyat khususnya dan di Selangor amnya.

Pagi semalam, Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung isu peletakan jawatan Wong sebagai ADUN dan Exco negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel Wong sejak dua minggu lalu.

Baginda bagaimanapun menyerahkan kepada Khalid untuk membuat keputusan mengenai isu itu memandangkan kes Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Khalid berkata, beliau begitu menghargai kepercayaan penuh yang diberikan oleh Sultan Selangor kepadanya dan barisan Exco dalam membuat keputusan mengenai isu itu.

"Kerajaaan negeri amat berbesar hati dengan kebijaksanaan Tuanku Sultan dalam memberi pendapat tentang pencerobohan hak peribadi individu.

"Sebagaimana titah Tuanku Sultan, perbuatan menceroboh hak peribadi seseorang individu adalah menyedihkan, lebih-lebih lagi ia untuk kepentingan politik," katanya.

Pada 17 Januari lalu, Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan Exco negeri berikutan penyebaran gambar separuh bogel beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof Syed Husin Ali ketika dihubungi mStar Online petang tadi berkata, status Wong masih belum diputuskan sehingga petang semalam.

Bagaimanapun kata beliau, ia akan dibincangkan oleh Biro Politik PKR malam ini.

"Semua isu berkaitan dengan politik parti akan dibincangkan malam ini, bukan hanya Elizabeth Wong akan sahaja, malah banyak lagi perkara akan turut dibincangkan termasuklah persiapan parti dalam menghadapi pilihan raya kecil di DUN Bukit Selambau," katanya.

Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijangka hadir mesyuarat biro itu.

Tambah beliau, keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor pagi tadi sememangnya sudah dijangka lebih awal.

Jelas Syed Husin, mesyuarat yang dijadual berlangsung malam ini akan dipengerusikan oleh Ketua Umum atau Presiden parti.

"Jika Ketua Umum dan Presiden tidak ada barulah saya akan mempengerusikan mesyuarat tersebut," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon PKR bagi DUN Bukit Selambau,Syed Husin berkata ia belum diputuskan lagi.

"Kami masih menunggu senarai nama yang diserahkan oleh Badan Perhubungan PKR di Kedah.Masih terlalu awal untuk bercakap soal calon,"ujarnya.

Pilihan raya raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan berlangsung 7 April dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas,penyandangnya, V. Arumugam yang juga bekas ahli PKR mengisytiharkan keluar parti terbabit 8 Februari lalu.

Isu Tertangguh di Perak !

Sivakumar kecewa siasatan SPRM, anggap ianya penghinaan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.

"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.

Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.

Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".

Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.

Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. BERNAMA

Pemberatan pemilihan mesti atas Islam ?

Berkelahi hingga tidak ingat Tuhan.... itu adalah headline bagi sebuah rencana pengarang sebuah akhbar harian nasional. Jika semua pembaca dan pencinta keadilan membaca dan menelitinya tentulah insaf terus. Kita 'sedar' , tahu serta terus menyetujui dengan tajuk serta mungkin huraian isi rencana pengarang tersebut.

Kita sebagai orang Islam mukmin atau apa juga tingkat taraf keimanan akan bersetuju dengan saranan itu. Semua perbalahan sesama Islam dan manusia wajar dikembalikan kepada fitrah kejadian dengan merujuk kepada Al Quran.

Menyorot isu perbalahan atau kemelut itu dengan situasi di Perak , kerana andaian kita tulisannya lebih mirip merujuk isu itu, kita semua kena sedar, jenis-jenis perbalahan yang tercetus. Kita wajar teliti dan halusi.

Bagi di Perak, isunya adalah sebuah kerajaan Islam yang cuba diangkat malah digantikan dengan kerajaan yang diterajui oleh sekumpulan orang-orang islam. Walaupun kedua-dua kerajaan itu diterjui oleh orang Melayu islam, kita kena sedar dari segi prinsip. Satu hak halatujunya mahukan Islam, malah dilembagakan dalam perlembagaan parti mereka. Soal buat tidak buat itu adalah soal lain. Kedua sebuah lagi kerajaan orang islam tetapi asas kerajaannya adalah berlandaskan pragmatisme. IKut mana-mana dasar kontemparari yang sesui dengannya.

Kita sebagai umat islam, diberi pilihan utnuk memilih, timbang, telek, beza dan banding. Maknanya atas sifat kritis kita , kita wajar pertimbangkan mana-mana yang berat dan lebih cenderung pilihan kita. Justeru sesuaikanlah dengan pilihan saudara pembaca yang budiman.

Monday, February 23, 2009

aPA DAH JADI ..ITULAH RESAM DUNIA ?

PANAS! Anak Pengerusi SPRM Ditangkap

 Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

 Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.
Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."

Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan

Sunday, February 22, 2009

Bila nak sudah ?

Simpang siur dan kegawatan politik negara kini tertumpu dan terfokus di Perak. Rata-rata rakyat ternanti-nanti kesudahannya siapakah pemenang antara PR dan BN khususnya UMNO yang pandai bermain politik.

Sebenarnya rakyat sudah letih, daripada sudut apa sekalipun, namun apa yang mahu dibuat oleh rakyat sekadar menyaksikan kesudahannya berpihak dan memihak kepada siapa.Keruwetan ini adalah lumrah kepada manusia kerana 'sifat' azali manusia yang bernafsu sentiasa ada mahu dan kemahuan, yang sukar untuk diceraitanggalkan.

Kenyataan demi kenyataan salah menyalah antara kedua silih berganti. Hakimnya adalah undang dan rakyat yang membicarakan.


Thursday, February 12, 2009

Kegawatan Politik

Kehidupan rakyat Malaysia digawatkan, terkini pilihanraya silih berganti. Apabila orang-orang politik terlalu banyak untuk survival politik masing-masing maka banyaklah kerja-kerja kemasyarakatan terabai.

Episod Perak, beralih ke Kedah...kini cuba dikaitkan dengan Selangor. Itulah politik negara. Hakikat kerana kedegilan orang politik yang terlalu 'gila'.

Saturday, February 07, 2009

Kat orang Pahang

Nizar dan Rakyat Perak bersabar... Semua rakyat negeri-negeri lain bersimpati, hatta orang UMNO sendiri yang tidak berkepentingan juga sudah terang lagi bersuluh, tidak redha dan suka dengan cara gaya rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Najib Razak.
Bagi orang Pahang, merasakan mereka amat malu, kata mereka kami menyangkakan Pak Lah selemah-lemah dah PM, tetapi yang nak terima 'alih kuasa' ni makin 'melemaskan' koma aje. Malu kita dengan orang-orang kate demenya.
Malu dengan arwah ayahnya yang baik dan banyak berjasa tu...Kalu nak kuasapun sabor-sabolah ambiklah balik pada PRU 13, kita kena buat baik biar orang nampak baik, kata mereka lagi.
Ini adalah doktrin cara dan gaya UMNO kini ..............
Israel expels Gaza aid ship crew

Al-Ikhwa was seized by the Israeli navy an
d taken to the city of Ashdod [AFP]
Israel has expelled 10 activists and journalists after detaining them for hours and seizing their cargo ship that was trying to deliver aid to Gaza.

Al Jazeera's Salam Khoder, who was among the group, said she and some of the others on board were beaten by Israeli forces before being taken to a police station in Ashdod and interrogated.
Minutes after being escorted across the Israeli border to southern Lebanon on Friday, Khoder reported on her capture.
"At about 11pm last night... the Israeli ship intercepted the ship, fired at the ship and more than 30 soldiers came on to the boat and started beating the passengers," she said.
"They blinded our eyes, bounded our hands, kept us in uncomfortable conditions for one hour ... they also told us not to communicate with each other in Arabic."
She said that the whereabouts of some of the 18 people who were on board the ship was unknown.
The Al-Ikhwa was carrying 60 tonnes of medical supplies, food, books and toys to Gaza, where a more than year-long Israeli blockade along with its devastating offensive last month have left residents struggling to get basic necessities.
Israeli denial
Israel denied using violence in the operation and said it had warned the ship on Wednesday night against entering Gaza's coastal waters.
The ship was carrying 60 tonnes of relief supplies bound for blockaded Gaza [AFP]"During today's [Thursday] morning hours, the cargo ship changed its bearing, and began heading towards the Gaza Strip ... disregarding all warnings made," the Israeli military said.

The Al-Ikhwa, which originally set sail from Cyprus, left the Lebanese port city of Tripoli on Tuesday.
Maan Bashour, an aid co-ordinator for the group End the Blockade of Gaza, told Al Jazeera that the ship "was searched in Cyprus and in Lebanon".

"And we were very eager to let it be searched by Lebanese and Cypriot authorities in order that there be no reason for the Israelis to prevent it from going to Gaza."Israel increased naval patrols off the coast of the Gaza Strip in December when it launched a 22-day air, naval and ground assault that left more than 1,300 Palestinians dead.Foud Siniora, Lebanon's prime minister, condemned the attack on Al-Ikhwa, emphasising that it was on a humanitarian mission to Gaza.

"It is no surprise for Israel to perpetrate such an action as it has been accustomed to ignoring all international resolutions and values," he said in Beirut.Yahya Mahmassani, the Arab League's envoy to the United Nations, said he had asked the staff of Ban Ki-moon, the UN secretary general, to intervene in the matter.
"I demanded that the ship be released immediately,'' Mahmassani said. "The world community should condemn this act of piracy. We consider this an act of piracy committed by Israel."

Kepandiran BN yang memandirkan dirinya

Kemenangan BN atau Najib kini adalah kemenangan yang bersifat sementara. Ini adalah kerana istimewa dan lebihnya Najib dalam memanfaatkan kuasa 'e-wang untuk 'm-beli' orang-orang yang lemah. Walaupun kelemahan Najib adalah semua orang tahu. Biasanya orang lemah akan membeli orang yang lebih lemah.
Maka bersoraklah BN dan Najib kerana kerja Pandir yang dibuat ini lama kelamaannya akan menggadaikan kampung halamannya dan kita sendiri. Pusingan bersorak itu biasanya lama. UMNo dan BN tentu berbangga kerana merasakan diri mereka cerdik, pandai dan bijak dalam menggunakan 'tipu daya'. Ini kerana politik itu adalah sains yang melibatkan seni tipu dan daya.
Mak kita saksikan episod seterusnya .....

Kata Tun M

SERI KEMBANGAN: Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.

Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal.

"Inilah Melayu moden, saya ni orang tua," kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru.
Majlis itu berlangsung petang semalam di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Kata beliau, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.
"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, kata beliau pada sidang akhbar beberapa jam sebelum upacara tersebut.

Karpal Singh berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Beberapa jam selepas itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, pihaknya tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Karpal.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata dakwaan menyaman Sultan Perak itu hanyalah menurut laporan media sahaja.

Anwar berkata Pakatan Rakyat berpendirian Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undangundang dan perlembagaan negeri Perak.

Beliau mendakwa pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

PENYANGAK POLITIK di Perak

Dua PENYANGAK politik dalam kerajaan CAMPURAN BN (kerajaan haram). Telah meletakkan situasi politik dan kehidupan rakyat Perak terhimpit. Semua ini adalah ujian dari ALlah belaka. Ujian ini mahu menguji samada ada kita manusia macam mana. Kita baru diuji dengan 'kehilangan' kuasa secara tidak bermoral.
Di bawah ini adalah sendaan mereka yang membuat onar terhadap kerajaan PR
Petikan daripada MS Star
ADUN dari Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (kiri) dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi turut hadir pada Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah semalam. Mohd Osman dan Jamaluddin adalah juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional di Perak. --fotoBERNAMA


IPOH: Adakah Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat kemenangan politik di Perak?
Menurut sesetengah orang yang biasa dengan "strategi politik" BN, cerita "Doolittle" itu telah membantu memberi sedikit pemahaman mengenai bagaimana BN berupaya untuk menangkis serangan politik daripada Pakatan Rakyat di Perak selepas pilihan raya umum tahun lepas dan seterusnya mengubah keadaan menjadi sebaliknya ke atas pembangkang.

Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.

Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.
Sehingga itu, rakyat jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Seorang pakar strategi politik, yang enggan dikenali berkata pasukan pemikir BN mungkin mendapat inspirasi itu dari cerita "Doolittle" begitu juga dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis berharap untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas.

Katanya BN memutuskan untuk bertindak selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.
"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.

"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.
"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN mampu melahirkan tindakan politik yang bernas sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.

Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.

Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang berani mati dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.

Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.

Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.

Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.

Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.

Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN. BERNAMA

Tok Guru Ulas


Nizar tidak derhaka - Nik Aziz
Kota bharu 6 Feb. - Tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar keputusan Sultan Perak dalam penyelesaian kemelut politik di negeri itu bukan suatu bentuk penderhakaan.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, atas nama Islam, setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan dan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan di akhirat kelak.
"Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak,'' katanya.
Terdahulu, dalam kuliah mingguannya di sini pagi ini, beliau menegaskan, Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak yang dibentuk oleh BN dengan anggapan ia adalah kerajaan haram.
Katanya, ini berasaskan kerajaan itu muncul dengan tiba-tiba mengambil alih kerajaan yang sah setelah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya lalu.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati tetapi menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba.
"Saya berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke Kelantan atau negeri-negeri lain. Sekiranya hendak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukannya main 'tangkap' saja seseorang itu," katanya.