Wednesday, April 30, 2008

Jangan campuri urusan Umno, kata Md Alwi

Bilamana UMNO mula berasa hati, maka memanglah ia dah sakit sekarang. Di kala kuat UMNo mangak dan tidak goyah dengan 'sindiran' terutama sindiran datang daripada golongan pembangkang khasnya PAS yang dianggap sebagai parti nyamuk, membuang masa.
Kini kata-kata membuang masa itu terpaksa ditelan , dan beliau (UMNO) terpaksa ambil masa juga menangkis 'usikan', sindiran bersahaja Takiyuddin sepertimana apa yang berlaku antaranya mereka dalam DUN Kelantan.
Kemudian, hari ini Pak Lah minta supaya menteri mana-mana uindividu janganlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain soal kekalahan BN. Reaksi ini timbul bilamana Samy Vellu terpaksa memberi respon terhadap fakta kekalahan BN Selangor kepada Pakatan Rakayat (PR) kerana kes merobohkan kuil yang direstui oleh Samy Vellu. Isu ini membangkitkan kemarahan Samy yang menempelak kembali Khir Toyo.

Maka berbalik soal di atas, sejak bila pula 'larangan' UMNO tidak boleh ditegur dikuatkuasakan ? Bincang UMNO, PAS atau mana-mana parti tiada larangan. Hatta dalam Al Quran sendiri Allah sendiri suruh kita bincang Firaun yang jahat dengan Nabi atau Rasul yang baik, agar manusia dapat ambil pengajaran dan pengiktibaran.
Begitulah juga dalam politik negara kita. Cerminan jahat baik buruk mestilah dibincangkan berkisar kepada peneraju kuas iaitu UMNo dengan kumpulan yang mahu mengambilkuasa daripada nya.
Jelaslah, terasa dek dia akan pukulan yang membawa rebah kepada UMNo dan payah dah nak bangun semula gayanya.
Kesimpulannya, UMNo sudah cedera parah, lesu dan tidak bermaya sukar dipulihkan. Maka tunggulah untuk dikafan dan ditalqinkan. nantilah sakaratulmautnya !!!!


KOTA BAHARU: Ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengingatkan pemimpin PAS agar tidak mencampuri urusan dalaman Umno terutama dalam soal pemilihan.Md Alwi (BNKok Lanas) berkata seperti mana PAS, Umno sendiri tidak pernah mencampuri urusan parti tersebut kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan parti.

"Saya rasa Yang Berhormat (Datuk Takiyuddin Hassan) tidak mempunyai jiwa Umno dan sebab itu tidak tahu membezakan peranan saya sebagai Ketua Penerangan Umno Kelantan dan Ketua Pembangkang yang tidak ada kena mengenai dengan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan," katanya ketika membahaskan tambahan bajet 2008 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bangun mencelah ketika Md Alwi berbahas dengan bertanyakan sama ada ketua pembangkang itu mempunyai keinginan untuk menggantikan tempat Datuk Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Md Alwi secara sinis berkata seperti mana jawatan exco yang dipegang Takiyuddin sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri pula urusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apatah lagi dalam soal menentukan jawatan.

Beliau berkata tugasnya sebagai ketua pembangkang di dewan itu adalah berbeza dengan jawatan dalam parti iaitu untuk menegur segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri dan juga merapatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Saya sebagai ketua pembangkang tidak berhasrat untuk menentang segala kebaikan yang telah dilakukan kerajaan negeri dan kehadiran enam wakil pembangkang di dewan ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak.

"Kami tidak akan membantah secara membuta tuli dan setiap perkara baik kami akan sokong," katanya.
Md Alwi meminta kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan yang tidak membenarkan status kawasan pertanian diubah untuk dijadikan projek pembangunan yang lain. Katanya tanah pertanian itu seperti sawah padi terbiar tidak patut dijadikan kawasan perumahan kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan industri pertanian.

Ketika di luar dewan Ad Alwi kesal kerana wakil rakyat PAS sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat dalam setiap hal.

"Mereka sudah tidak boleh menilai segala kebaikan kerajaan Pusat," katanya.Beliau berkata Nik Aziz tidak mempunyai asas untuk meminta kerajaan Pusat memohon maaf dan membayar pampasan yang didakwa sebagai ketidakadilan terhadap Kelantan selama ini."Nak bayar pampasan apa, Kelantan bukan ada royalti minyak seperti yang dituntut Terengganu dan nak minta maaf apa lagi sedangkan kerajaan Pusat berhabisan membantu membangunkan Kelantan selama ini,' katanya.

Semalam Nik Aziz berkata, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT). BERNAMA

Titah YDPA Pembukaan Dewan Rakyat ?


Kerajaan akan terus bagi subsidi, titah Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan akan berusaha meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain demi kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi kesan langsung kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.Seri Paduka Baginda bertitah lebih RM36 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu dan sehingga ini pelbagai subsidi dan bantuan disediakan bagi membendung kenaikan harga barang dan meringankan beban perbelanjaan rakyat.
"Paras harga minyak di pasaran antarabangsa yang tinggi telah memberi kesan langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sehubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengenakan kawalan harga dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk membendung kenaikan harga demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Persidangan Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, di sini.Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke istiadat itu.
]
Tuanku Mizan bertitah baginda amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang telah menyalahguna kemudahan subsidi itu dengan menyorok dan menyeludup barangan keperluan yang berkenaan ke luar negara demi mengaut keuntungan besar."Perbuatan tersebut sangat hina kerana mendatangkan kesusahan dan merampas hak rakyat," titah Seri Paduka Baginda.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan rakyat bahawa langkah yang diambil kerajaan tidak mencukupi jika rakyat sendiri tidak mengamalkan sikap bijak berbelanja.Menyentuh perkara lain, Tuanku Mizan yang melahirkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran proses pilihan raya umum 8 Mac lepas, mahu Anggota Parlimen menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama mereka dan tidak menggunakan Dewan Rakyat bagi kepentingan politik individu.
"Kepada anggota-anggota Dewan Rakyat yang terpilih, beta ucapkan tahniah dan berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara."Penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadikanlah Dewan yang mulia ini sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas," titah baginda.
Tuanku Mizan seterusnya bertitah kepada semua pihak agar memikul tanggungjawab memastikan semua kaum bersatu padu dan menangkis segala cubaan untuk memecah belahkan rakyat kerana kunci kejayaan negara adalah hasil kestabilan politik dan perpaduan kaum.Tuanku Mizan turut menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam menangani gejala rasuah dengan menstrukturkan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di samping menubuhkan Jawatankuasa Parlimen mengenai Pencegahan Rasuah."Beta berharap usaha-usaha tersebut akan meningkatkan lagi keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti dalam usaha membanteras rasuah di negara ini," titah baginda.Ini kerana, titah baginda, pencapaian ekonomi dan pembangunan yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna jika rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, masih berlaku.
Tuanku Mizan juga meminta kerajaan meneruskan usaha penambahbaikan Perkhidmatan Awam yang giat dilaksanakan sekarang bagi memenuhi kehendak rakyat dan pelabur.Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi barubaru ini berkenaan langkah-langkah memperkasakan sistem kehakiman negara,
Tuanku Mizan bertitah ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan sistem itu terus kekal adil, dihormati dan bebas daripada sebarang pengaruh selaras dengan kehendak rakyat."Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara," titah baginda.
Tuanku Mizan juga menyarankan supaya kurikulum dan kaedah pembelajaran Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (Permata) diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti.Ini kerana, titah Seri Paduka, hasil kajian Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengikuti program itu mempunyai perkembangan emosi, sosial, intelek, rohani, pengurusan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi, menepati ciri-ciri modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Yang di-Pertuan Agong juga mahu kerajaan mengambil langkah tegas secara bersepadu dalam menangani gejala sosial bagi memastikan pembangunan modal insan dan kerohanian selari dengan pendekatan Islam Hadhari."Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian agama Islam," titah baginda.
Tuanku Mizan seterusnya bertitah kepada semua pihak agar memikul tanggungjawab memastikan semua kaum bersatu padu dan menangkis segala cubaan untuk memecah belahkan rakyat kerana kunci kejayaan negara adalah kestabilan politik dan perpaduan kaum. BERNAMA

Mengapakan kita sibuk bermaufakat untuk bincang soal Melayu sahaja ?

Semua kerja main-main ? Itulah tabiat kita. Pada satu masa dahulu kita sibuk berseminar bagi memerangi serta menangani 'gejala murtad'. Gejala ini adalah satu gejala yang cukup besar dan hebat. Kepekaan dan keperihatinan serta laporan serta pendedahan terbuka media yang berterusan memberi info menyedar dan membuka ramai mata rakyat, bahawa isu ini bukanlah kes-kes terpencil. Jawaban biasa menteri bila diajukan permasalahan rakyat.
Kes murtad, jawatankuasa bertindak murtad, kini tah ke mana dan kini kita disibukkan dengan usaha menghimpunkan Melayu. Maka kita nak bertanya orang kita sampai bilakah kita bekerja menangani masalah mengikut 'suhu' dan suasana politik.
Kita seolah-olah tinggalkan isu keselamatan kanak-kanak spt kes adik Sharline yang belum selesai dan nampak pihak polis atau pihak berkuasa sudah tiada usaha dan buntu dengan usaha gayenya. Kes pembuangan bayi kembali menguasai 'pasaran' , kes-kes lain yang sentiasa mencatatkan graf peningkatan.

Himpunan muafakat Melayu, 200 NGO akan berhimpun di Johor
Kira-kira 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Persada berdekatan Puteri Pacific, Johor Baharu pada 2 dan 3 Mei akan datang untuk memartabatkan bangsa Melayu selain memberikan penerangan berkaitan senario Melayu selepas pilihan raya umum pada 8 Mac lepas

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ismail Hussein ketika ditemui selepas berucap pergulungan Pro Kongres Permaufakatan Melayu Zon Utara di Hotel Summit, Bukit Mertajam semalam menyifatkan, program berkenaan membolehkan semua pihak bercakap menyampaikan buah fikiran atau mengkritik untuk kepentingan Melayu yang jauh terasing berbanding kaum lain di negara ini.

Baginya, peristiwa pada 8 Mac lalu telah mengubah senario politik terutamanya orang Melayu serta kebinggungan terutamanya golongan muda terhadap tsunami politik diluar jangkaan.

"Perhimpunan NGO di Johor nanti bukan dipengaruhi mana-mana politik sebaliknya bermatlamat mulia untuk memartabatkan bangsa Melayu semula. Dari situ, kita sebagai orang melayu dapat menilai di manakah kedudukan kita sendiri sebagai orang yang ada keistimewaan di Malaysia, " ujarnya.

Gapena berpendapat negara ini tidak mungkin gagah tanpa unsur melayu di mana telah terbukti sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Tidak dinafikan nanti pasti timbul berbagai luahan atau kritikan hangat daripada wakil persatuan, NGO atau individu ekoran kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Kami Gapena sanggup mendengar apa pun isi hati perwakilan dari NGO nanti kerana pentas ini terbuka. Kita tahu ianya ada yang pedas untuk ditelan, " tambahnya.

Kepimpinan politik tanpa mengira mana-mana latar belakang wajar memberi perhatian terhadap program ini kerana ia dapat membantu mengatasi atau tidak lagi mengulangi masalah yang telah berlaku.

Menyentuh mengenai ucapan kritikan novelis terkenal tanahair, Azizi Haji Abdullah semalam agar Gapena jangan jadi kuda tunggangan Umno beliau berkata, sebenarnya tuduhan sebegitu berbentuk emosi dan tidak pernah wujud agenda pada program dua hari itu nanti.

Sebaliknya kata beliau, ia tiada kaitan dengan kehendak Umno tetapi dilaksanakan atas rasa tanggungjawab bagi mengembalikan perpaduan melayu di semua peringkat tanpa kira apa juga fahaman politik.

"Kebanyakan situasi sekarang perpaduan melayu longgar dan setengahnya menanti belah. Apa salahnya Gapena sebagai penyelamat situasi tersebut. Melayu sekarang bercakaran semasa sendiri, menuduh orang itu orang ini bersalah tetapi pokok pangkalnya tidak dikaji untuk mengetahui punca sebenar, " terangnya di hadapan lima puluh orang wakil NGO dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Umno sendiri selama ini ujar Dr Ismail, memandang sinis golongan budayawan dan karyawan kerana bagi mereka golongan terbabit tidak menguntungkan parti atau poket sendiri.

"Sedih sunggup bila melihat kepimpinan negara senyum sinis bila bercakap dengan budayawan atau karyawan seolah kami tiada dihargai. Maklumlah mereka bergandingan golongan koporat, teknokrat atau bissnesman, " jelasnya kesal.


Turut serta membentangkan kertas kerja dalam program setengah hari semalam ialah wakil Barisan Badan Perpaduan Melayu, Ustaz Osman Bakar; Presiden Teras, Azmi Hamid dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Dato' Seri Haji Yusoff Latiff. - mks.

Henti bertelagah.. kata Pak Lah

Berhenti bertelagah secara terbuka, itulah arahan terbaru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada pemimpin Barisan Nasional di semua peringkat, termasuk pemimpin peringkat akar umbi.
Pengerusi Barisan Nasional itu mengingatkan, mana-mana pemimpin yang gagal mematuhi arahan terbaru itu akan dihadapkan ke muka jawatankuasa disiplin BN.

Arahan ini, tegas Abdullah, bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara bagi pemimpin-pemimpin terlibat, tetapi bagi memastikan kekukuhan dan perpaduan BN tidak tergugat.

Katanya surat pekeliling mengenai perkara itu akan diedarkan oleh ibupejabat BN tidak lama lagi.
"Ini arahan, bukan nasihat. Kalau terus berlaku kita akan ambil tindakan terhadap mereka," tegasnya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi BN Selasa malam.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas episod pertelagahan terbaru melibatkan bekas menteri besar Selangor dan ahli majlis tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu melibatkan isu perobohan kuil di Padang Jawa akhir tahun lalu.

Pertelagahan secara terbuka melibatkan kedua-dua pemimpin itu yang saling tuduh menuduh antara satu sama lain melalui media kini menarik perhatian umum.

Ditanya tidakkah nanti tindakan menghalang pemimpin BN daripada membuat kritikan sesama sendiri secara terbuka itu akan dilihat sebagai satu usaha menutup mulut mereka daripada menyuarakan pendirian masing-masing Abdullah berkata:

"Dalam parti ada disiplin. Mana ada parti yang tidak ada disiplin. Jika parti tidak ada disiplin susahlah. Bila kita sudah keluarkan arahan, ia mesti dipatuhi."

Mengenai isu "lompat parti", Abdullah berkata, pemimpin-pemimpin BN termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan bahawa semua wakil rakyat BN yang menang pada pilihanraya lalu akan terus setia.

Katanya, mereka telah memberikan jaminan bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan ada wakil rakyat daripada BN yang akan melompat menyertai parti pembangkang.

Dalam pada itu, katanya, semua pemimpin parti-parti komponen akan terus memantau wakil-wakil rakyat daripada parti masing-masing bagi memastikan perkara itu tidak berlaku pada masa hadapan.

Katanya, dakwaan pihak pembangkang baru-baru ini bahawa mereka telah berjaya menarik ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan pusat tidak lama lagi hanya satu dakwaan tidak berasas.

Gabungan parti-parti pembangkang perlu menarik sekurang-kurang 30 ahli Parlimen BN bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan pusat secara majoriti mudah.

Abdullah juga mengumumkan bahawa BN akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan realiti politik baru di negara ini di samping mengenalpasti pendekatan baru dan pengubahsuaian yang perlu diambil bagi memastikan ia kekal relevan.

Mesyuarat akan datang dewan tertinggi BN akan diadakan dalam tempoh enam minggu.

Monday, April 28, 2008

BALKIS yang tidak semurni namanya ?

Isu sensasi kedua Selangor - BALKIS singkatan daripada ( Badan Kebaikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor) , Kini adalah bekas-bekas wakil rakyat Selangor. Ia adalah NGO , dianggotai ahli-ahlinya adalah isteri-isteri wakil rakyat semasa BN memerintah Selanagor sebelum pilihanraya 2008. Selepas 8 Mac kerajaan BN Selangor jatuh dan diambilalih oleh kerajaan Pakatan Rakyat gabungan parti teras PAS, PKR dan DAP. Ini adalah gambaran senario awal dan asas serta sejarah bagi BALKIS.
Lanjutan daripada itu, pada hari ini BALKIS bertindak membubarkan pertubuhan kebajikan yang berniat murni dan secara 'rela' menyerahkan aset, atau apa-apa pegangan liabiliti yang bernilai RM9.9 juta kepada BAKTI (Pertubuhan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri). Yang mana jika bawah ROS spt yang didaftar ia nya adalah sebagi induk yang boleh menerima tanggunggan pertubuhan bawahnya atau dikira cawangannya. Ini adalah syarat-syarat lazim ROS.
Pembubaran BALKIS ini memberi petanda atau gambaran kegelabahan mereka. Tafsiran kita rupa-rupanya dalam fikiran dan pemikiran mereka , maka menandakan mereka sudah tamat waktu berkebajikan dan beramal. Gambaran ini jelas mereka cuma beramal dan berkebajikan bila ada dan dapat bkuasa sahaja. Kedua, perasaan dendam kesumat (khasnya kerajaan berteraskan UMNo Melayu) atau kuat menghukum ditotkok tambah lagi bersikap bebal, Situasi ini sebagai tanda protes dan hukumana mereka (atas dasar poadan muka) kepada rakyat Selangor khasnya.
Selain itu, dalam kepala dan fikiran mereka 'sem,uanya' sudah berakhir , maknanya edah kerjaan penipu Bn sudah tamat dan 'qiamat' politik UMNO Selangor khasnya sudah sampai lebih awall daripada UMNO di Malaysia amnya. Dalam sifir politik mereka sudah tidak ada peluang kedua atau untuk kembali semula, maknanya ia sudah tamat dan pencen terus daripada menerajui politik Selangor. UMNO seolah-olah akan ditalqinkan di Selangor.
Seterusnya , tindakan ini menandakan kegopohan BALKIS , bertindak membelakangkan semua semangat-semangat yang sering dilaungkan oleh bekas-bekas wakil rakyat mereka atau suami mereka, bersatupadu, angan berhasad dengki, berkhidmat untuk rakyat dan sebagainya. Dari segi amalan adalah kosong, inilah retoriknya UMNO. Selain itu mereka tidak berfikiran waras dan rasional aagr berlapang dada sanggup menerima kekalahan dan mengakui akan kekalahan itu sendiri. Keegoan kerana terlalu lama berada ditampuk kekuasaan dan terlalu dibuai dengan keasyikan, kemeawahan mereka lupa diri mereka sebenarnya.

Scandal Balkis-gate - ibnukhuzaimah"
Oleh Ibnu Khuzaimahhttp://selangortoday.wordpress.comTransaksi jualbeli tanah dan sumbangan PKNS kepada BALKIS
Lokasi Tanah:SEKSYEN 7
Harga : RM250,000.00
Keluasan: 43560 k/p : RM5.74 pkp
Penjual : PKNS, Pembeli Balkis.
Cara Bayaran – Kontra. Hutang Kerajaan Negeri daripada PKNS.
PKNS – Derma Majlis Perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60
Sumbangan Majlis Makan Malam Balkis RM200,000.00
Tajaan Meja Majlis Makan malam RM 10,000.00
Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat RM161,660.00
Jumlah : RM590,379.60
Para pembaca bolehlah berfikir sendiri betapa rosak dan korapnya kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo. Dalam bantahannya kepada akhbar The Sun Khir berkata bahawa denda yang dibayar oleh PKNS sejumlah RM330,00 kerana pembersihan haram di Bukit Cahaya adalah bukan wang rakyat Khir Toyo: “You wrote that the fine paid by PKNS was people’s money.
No, PKNS is a private company.”Then Khir Toyo made a remarkable statement:“The fine goes back to the state coffin! (I’m sure he meant “coffers” but those at the lunch looked stunned when he used the word a second time). The money comes back to us.”Khir Toyo, bukan sahaja tidak reti berbahasa inggeris tak tau apa itu coffin, apa itu coffers.
Anehnya bagaimana wang denda boleh kembali kepada khazanah negeri? Bolehkah transaksi jualbeli seperti ini sah disisi undang-undang? Berapa pula jumlah yuran penilaian yang dibayar Balkis bagi tanah ini? Bagi tanah bangunan ianya mesti bernilai sekurang-kurangnya RM5 sekaki persegi. Jika diperhatikan jumlah sumbangan derma majlis perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60.Mengapa 60 sen? Mengapa satu jumlah yang tidak round figure? Mengkinkah PKNS juga membayarkan sekali wang penilaian bagi tanah itu apabila menjualnya kepada Balkis? Pada kebiasaannya Kerajaan Negeri memberikan tanah kepada agensi seperti PKNS atas keperluan tertentu pembangunan. PKNS kemudiannya membangunkan tanah itu atau menjualkan kepada pembeli baru. Jika telahan ini benar maka sekali persegi ialah RM5.02, nilai terendah bagi tanah bangunan bagi tempat yang prime di Seksyen 7 Shah Alam.Memohon tanah kerajaan dan kemudian menjualkan kepada pihak lain adalah antara kegiatan utama badan badan dibawah kerajaan negeri Selangor.
Yayasan Selangor adalah antara yang banyak mendapat tanah dari Kerajaan Negeri dan banyak juga yang dijualkan untuk mendapatkan wang. Cara mudah. Yayasan Selangor dibedah siasat segera. Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid perlu tegas dalam isu ini supaya tidak berlaku dan tidak ada siapa yang berani menderhaka kepada rakyat dimasa akan datang.Salah urus/mismanagent jelas berlaku dalam anak-anak syarikat negeri yang diperbadankan termasuk juga badan-badan seperti Yayasan Selangor dan PKPS.
Bedah siasat, reinvent dan turn around perlu malah wajib disegerakan sebelum menjadi lebih parah! Dan sebelum rakyat berarak menunyut keadilan diperkasakan!Updates:Kenyataan Zaharah Kecik bahawa pemindahan wang Balkis kepada Bakti yang dilakukannya adalah sah adalah salah sama sekali. Korum 2/3 yang disebutkannya tidak ujud sama sekali kerana dalam sebuah kerajaan caretaker ia hanyalah Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Menteri Besar. Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN tidak berfungsi langsung. Bermakna mantan ADUN tidak berfungsi apa tah lagi sang isteri, sejak pembubaran Parlimen dan DUN. Maka jika Zaharah berkata ada koram, maka koram itu tidak sah. Samalah, bahawa Zaharah membuat keputusan sendiri dengan nasihat kekandanya abang sayang abang ku Khir...
Alahai..http://selangortoday.wordpress.com"

Dewan rakyat bakal digegarkan ?

Perdana Menteri dahului upacara angkat sumpah di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR 28 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi ini.

Ia diikuti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain.

Dakwaan Anwar bukan cakap kosong - Ku Li

Sebenar penafian Pak Lah dan pimpinan tertinggi UMNO bilamana Pakatan Rakyat melalui DSAI akan mengambil tahkta kerajaan Malaysia boleh berlaku pada bila-bila masa dari sekarang (selepas 14 April) adalaah 'tidak' secara lahirnya, tetap[i dalaman diri mereka 'ya' , merasai rersah gelisah. Macamlah Fidah Aziz opah yang 30 tahun bersama-sama kerajaan . Begitu juga dengan nasib-nasib yang tidak ketahuan kepada beberapa menteri yang 'gugur' oleh rakayat dan digugurkan oleh Pak Lah termasuk dua MB kontroversi yang ditolak istana , memang berada dalam tidak ketahuan.
Hari ini, pengiyaan Ku Li adalah sebagai pelengkap, kerana Ku Li berada 'luar kem' jauh daripada Pak Lah. Masih juga orang tidak percaya juga. Bandingan nya ginilah macamlah orang kata Khairy Jamaludinlah jadi punca kacau bilau UMNO sebelumnya daripada aturan dan rancangan dalam UMNo ke Kabinet sampai ke PRU 12, masih orang tidak percaya.
Maka percaya tidak percaya macamlah Firaun dengan Nabi Musa, sampai dia nak mati , air sampai ke paras idung barulah dia mahu mengaku , aku mahu beriman dengan Tuhan nabi Musa. maka begitulah UMNo, percaya tak percaya sampailah ia ditalqinkan. memang itula tabiatnya manusia yang digelar manusia.

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) "menyeberang" ke pihak Pembangkang.

"Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

"Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar," katanya yang dipetik oleh KlPos melalui Bernama semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini semalam.

Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan.
"Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius," katanya.

Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.

"Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini," katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan "suara-suara" dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.

"Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan," katanya.

Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain.
"Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding," katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno. - mks.

Musa: Kerajaan Pusat beri perhatian serius tuntutan BN Sabah

Kata dua Musa Aman, secara tersurat minta Kerajaan Pusat meneliti dan memberi perhatian berat agar peka dan cakna dengan tuntutan BN Sabah.
Erti yang tersirat, jika tidak kome ada pilihan lain yang tuntutan BN Sabah boleh dipertimbangan dengan beramai-ramai berhijrah dan menyeberang ke kem lain atau payung besar yang boleh beri dan dapat keselasaan rakyat

Ketiga berita melaporkan dengan bahasa disusun secara murni supaya Pak Lah dan penasihat tidak terperanjat dengan melaporkan beri jaminan untuk meneliti secara serius. Maknanya dulu-dulu atau sebelumnya memang Kerajaan Pusat 'tidak meneliti lansung' sekadar tengok sahaja. Kedua 'tidak serius' lah dulu-dulunya dengan Tuntutan BN Sabah.
Semasa tidak teliti dan tidak serius dulu-dulu BN Sabah sekadar pelengkap , dia tidak penyumbang terbesar. Tetapi kini BN Sabah adalah penyumbang kepada tertegakknya Kerajaan BN serta mengutuhkan Kerajaan BN. Dan seperkara lagi boleh MENUMBANGKAN Kerajaan BN sedia ada pimpinan Pak Lah pada bila-bila masa.
Paling dekat pada September atau bila-bila masa dari sekarang. Maka Pak Lah akan jadilah Ketua Pembangang Pertama selepas memerintah bebrapa bulan bagi sesi ini dalam Penggal Kedua semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan pusat sudah memberi jaminan untuk meneliti secara serius setiap permasalahan dan tuntutan perubahan yang dikemukakan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 7 April lepas.
Katanya pelbagai isu berkaitan kepentingan Sabah yang dikemukakan itu dibangkitakan Perdana Menteri dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini. "Lebih banyak perbincangan dan tindakan susulan kami akan buat dari semasa ke semasa. Kami juga telah meminta wakil kami khususya menteri-menteri persekutan (dari Sabah) supaya membuat tindakan susulan terhadap apa juga perkara yang diutarakan pemimpin BN Sabah.
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perdana Menteri akan sentiasa memberi perhatian sewajarnya terhadap permohonan kami itu," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Maju Sabah (SAPP) ke13 di sini, Ahad.Musa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang beliau belum melihat apa-apa hasil atau perkembangan daripada perjumpaan pemimpin BN Sabah dengan Perdana Menteri pada 7 April lalu.
Musa berkata Perdana Menteri sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan agensi-agensi berkaitan untuk meneliti perkara yang dibangkitkan BN Sabah termasuk kedudukan Jabatan Pembangunan Sabah (JPPs) serta perubahan lain yang dituntut. "Sudah tentu perubahan ini tidak akan berlaku dalam tempoh sekelip mata. Ia mungkin mengambil masa.
Apa yang penting di sini ialah Perdana Menteri sudah mengambil perhatian dan serius dengan perkara berkenaan," katanya. Sebagai contoh, katanya, kerajaan telah mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan pembinaan pusat tahanan sementara tambahan di Sandakan dan Tawau bagi mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa mengingatkan pemimpin dan anggota komponen BN supaya melipat gandakan usaha bagi menjadikan BN terus relevan dan satu-satunya wadah perjuangan yang terbaik untuk rakyat. Katanya BN tidak seharusnya mudah selesa dan berpuas hati dengan pencapaian sekarang kerana tsunami politik di Semenanjung tidak mustahil boleh berlaku di Sabah sekiranya BN gagal memenuhi aspirasi rakyat.
Musa juga menggesa parti-parti komponen BN supaya terus berpegang kepada konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN selama ini yang menjadi pemangkin kepada perpaduan bangsa dan kemajuan negara. Katanya sebarang perbezaan pendapat dalam kalangan parti komponen seharusnya diselesaikan melalui saluran sewajarnya. BERNAMA

Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah

BANYAK pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad):
“Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73). Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Shahrir: Fokus bela kepentingan rakyat, bukan kejar jawatan

Anggota-anggota Umno harus mengembalikan kedudukan parti politik itu sebagai pembela kepentingan masyarakat, dan bukannya memfokus kepada usaha mengejar jawatan di dalam parti.
Ketua Umno bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata tindakan mengejar jawatan mengakibatkan hubungan parti dengan rakyat menjadi bermasalah dan renggang.
"Kalau tidak melihat kepada jawatan dalam parti tetapi melihat kembali kepada kedudukan asal dan tujuan kita sebagai parti politik yang membela kepentingan orang ramai, ini akan mengekalkan sokongan rakyat kepada Umno," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan belia, Young Malaysian Movement Dearah Johor Baharu di sini, Ahad.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Disember nanti, Shahrir berkata fikiran beliau masih lagi belum sampai ke peringkat itu.
Beliau mengakui ada pihak mencadangkan beliau bertanding jawatan presiden, namun katanya ini bukan masa bagi beliau memikirkan soal tersebut, yang bukan sesuatu perkara yang penting baginya.
"Ini masa untuk kita bekerja. Kita mempunyai tanggungjawab sebagai kerajaan yang baru mendapat mandat daripada pengundi dan kita patut melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihanraya lepas," tegasnya.
Mengenai cadangan di peringkat akar umbi supaya jawatan pengerusi jawatankuasa perhubungan Umno negeri dipertandingkan di kalangan ketua-ketua bahagian agar lebih demokrasi dan adil, Shahrir berkata apa yang penting ialah hak bersuara di dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut dan apa yang disuarakan akan disampaikan oleh pengerusi di peringkat Majlis Tertinggi (MT).
"Pengerusi hanya mempengerusikan jawatankuasa perhubungan itu dan tidak ada keadaan di mana pemilihan perlu diadakan. Hak bersuara ialah satu amalan yang lebih penting dalam demokrasi," katanya.
Sementara itu ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut senada dengan Shahrir semasa diminta mengulas perkembangan semasa yang menyaksikan ada kalangan anggota Umno yang menawarkan diri bertanding ke jawatan anggota MT.
Katanya ketika ini bukan masa yang sesuai untuk menyatakan pendirian bagi jawatan anggota MT kerana seharusnya anggota Umno perlu memberikan tumpuan dalam usaha menggerakkan parti terlebih dahulu.
"Bukan masanya untuk menyatakan kedudukan. Biarlah dia orang. Bagi saya, saya lebih fokus kepada soal untuk menentukan parti ini dapat bergerak dengan mandat yang diberikan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Post Mortem Pilihan raya Umum ke12 di Plentong hari ini. BERNAMA

Gerakan Minda Rakyat , Pakatan Rakyat Wajar Dihormati !!!


Niat asal TV3 dan rasa bersalah dengan apa yang dibuat sepanjang JOM Heboh. Pengisian murni adalah pameran tetapi paling kemuncak HIBURAN sebelah malam yang paling merosakkan. Inilah penyumbang kepada kemungkaran paling besar dan kerosakkan terancang yang tidak dapat dikesani secara mata kasar.
TV3 menarik diri bermula di Perak , dan setrusnya akan ke lima-lima negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat. Langkah dan tindakan berfikir TV3 mungkin baru bermula , atas kesedaran tidak semua boleh kini, maam BN merasai BN Boleh pada semua masa dan ketika sesudah 50 tahun sudah atau kebelakangan.
TV3 tarik diri anjur Jom Heboh ...

IPOH: Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, di sini, Ahad.
Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian."Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri.
Mereka menghormati prinsip-prinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).
Karnival Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia.Majlis Mufti-mufti Malaysia, melalui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.
Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007, berlangsung di Stadium Indera Mulia. Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert 'Sure Heboh' itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut.Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-80 pada 19 April lepas. BERNAMA

Surat terbuka daripada Blogger kepada DSWA


Surat terbuka kepada DSWA
Dilulus terbit pada Monday, April 28 @ 06:22:39 MYT
"Yang berbahagia Datin Seri,Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar parti pimpinan DS dalam pilihanraya yang baru lalu. Disebabkan kemenangan yang besar itu mungkin DS menjadi sedikit lupa kepada kami yang merupakan ahli dan penyokong PAS.
Yang berbahagia Datin Seri,
Sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat, saya berpendapat DS seharusnya lebih banyak bercakap mengenai apa akan yang dilakukan JIKA Pakatan Rakyat dapat memerintah negara, bukan memberi komen samada praktikal atau tidak negara Islam diwujudkan. Soal kewujudan negara Islam serahkan kepada kami orang PAS, kami telah berjuang selama lebih 50 tahun tanpa dibantu oleh sesiapa dan Insyaallah kami tidak akan berhenti sehingga tertegaknya negara Islam atau kami mati kerananya. Jika kami tidak berjaya di dunia, Insyaallah kami akan berjaya di Akhirat.
Yang berbahagia Datin Seri,
Selaku orang Islam yang mengaku beriman, sepatutnya DS menjadi orang yang lebih bertanggungjawab kepada Islam itu sendiri, menjadi perantara kepada orang bukan Islam dengan penerangan apa itu Islam, bukan memberikan komen yang boleh memberikan tanggapan tidak baik kepada Islam.
Yang berbahagia Datin Seri,
Saya harap DS akan lebih berhati-hati dimasa hadapan dalam memberikan komen atau pendapat kerana DS sekarang bukanlah isteri kepada DSAI semata, tetapi selaku Ketua Pembangkang di Parlimen dan sesekali jangan DS memandang rendah kepada keutuhan dan kekuatan kami orang-orang PAS.
Sekian, semoga DS dan keluarga akan berada di bawah petunjuk Illahi selalu.Wassalam."

Saturday, April 26, 2008

Nik Aziz ketuai pertemuan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri pembangkang

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengetuai pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah pembangkang bagi mendapatkan pandangan dan nasihat Mursyidul Am PAS itu mengenai langkah untuk memantapkan pentadbiran lima negeri terbabit.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman, Nik Aziz telah diminta untuk menganjurkan pertemuan itu.

"Sebagai orang yang lebih senior, Menteri Besar Kelantan akan diminta untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan cara dan kaedah pentadbiran oleh pembangkang ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di JKR 10 di sini, hari ini, Jumaat.

Anwar berkata Nik Aziz pada dasarnya telah memberikan persetujuan dan pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin.

Katanya antara yang akan diperbincangkan adalah isu mengenai pelaburan, pembangunan dan yang lebih penting hubungan dua hala antara negeri-negeri tersebut dengan kerajaan Pusat.

Lima negeri yang diperintah pembangkang selepas pilihan raya umum 8 Mac, selain Kelantan, adalah Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kelantan bagaimanapun telah ditadbir oleh PAS sejak 1990 lagi. Sementara itu, Anwar meminta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu membantu kerajaan Pusat untuk menangani pelbagai masalah berkaitan rakyat termasuk isu bekalan beras ketika ini.

"Apa sahaja yang berkaitan rakyat, kami di pihak pembangkang bersedia membantu apa yang perlu dan kerjasama antara kami dengan Pusat akan terjalin dengan lebih baik," katanya. BERNAMA


Friday, April 25, 2008

Mana dia Menteri wanita dan mana akta W & G

Antara rakyat biasa dengan manusia berprofail tinggi , di Malaysia undang-undang 'kenal' dan pilih bulu. Merujuk kes cabul seorang menteri kanan yang kini polis 'mula' berdolak dalik dan mahu 'gugur'kan kes itu, walaupun telah dibuat laporan oleh sipengadu.
Maknanya, mana hina manusia yang digelar menteri kanan yang dituduh mencabol dengan sekandang babi dalam Projek Mega di Selangor. Babi ini bakal dijadikan hidangan kepada pengemarnya. Si Menteri Kanan ini selepas dihidangkan dengan 'air syaitan' dia meraba atau disitilahkan mencabul wanita yang menghidangkannya itu.
Dari segi hukum dipengidang dan yang menerima hidangan sama nilai dosanya. tetapi bagi babi yang terhidang daging belum lagi berdosa sampailah ia dijamah.
Justeru berbalik dengan kes cabul menteri dengan seorang buruh di Kelantan. Kesnya lebih kurang sama pendakwaan ke atas buruh dipercepatkan dan hukuman dijatuhkan cukup berat. Berbanding dengan menteri kanan ini masih lagi berada diluar negara boleh lagi makan angin.
Mana dia pembela wanita , NGO wanita menteri khas wanita di JPm kenapa tidak berbunyi. Mana dia Puteri , mana dia wanita UMNO kenapa isu ini pakat senyap belaka.
Ingat perisitiwa Umar yang menyingkap marah bila mana kain seorang wanita Islam disingkap atau diselak oleh orang kafir di Syam yang jauh dari Madinah berita ini cepat beliau ketahui dan dengan nada tegas beliau melakukan tindakan.

Pentingnya Yayasan pendidikan

Penulis terpanggil dalam perjuangan kita yang menjuruskan kepada teras negara berkebajikan. Yang paling utama dan pertama selain mempertahankan aqidah Islam dan memantapkannya, syarat awaliyat kita yang kedua adalah mengilmukan masyarakat dengan cara memberi peluang sama rata rakyat merasai menajlanai pendidikan formal.
Justeru dicadangan kerajaan Pakatan rakyat agar menyegerakan penubuhan Yayasan Pendidikan agar nikmat kebajikamn dirasai oleh semua rakayat .
Seniman lancar tabung pendidikan ...Pakatan Rakyat atau PAS Bila lagi ?



AZLIAH Suhod (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan basikal daripada ARB kepada Mustapaha Maarof (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Seniman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SELEPAS dua tahun isu mengenai penubuhan tabung pendidikan dibangkitkan oleh kalangan ahli, ia akhirnya mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Bakal dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini di Dewan Merak Kayangan, Felda, Kuala Lumpur, tabung yang dinamakan Tabung Pendidikan Anak-Anak Seniman itu bukanlah sekadar ‘tin kosong’.
Ia sememangnya memberi satu makna yang cukup besar kepada golongan muda yang ditakdirkan lahir dalam kepompong insan seni.
Selain bertujuan memberikan galakan serta bantuan pendidikan kepada mereka, tabung itu turut menyasarkan matlamat untuk melahirkan barisan pelapis golongan seni yang berpendidikan tinggi.
Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof berkata, sumbangan tersebut adalah kecil nilainya namun usaha dan inisiatif mengadakan tabung dan skim galakan mungkin mempunyai nilai yang tinggi di hati penerimanya.
“Pelajaran amat penting dan kerana itu, inisiatif mendidik serta membantu mereka dari peringkat awal adalah perlu terutama yang kurang berkemampuan.
“Para seniman dan penggiat seni seharusnya menanam semangat ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
“Mereka mungkin akan mewarisi bakat kita dan untuk itu, pelajaran juga tidak seharusnya diketepikan dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar,’’ katanya pada sidang media mengumumkan penubuhan tabung dan skim galakan pembelajaran anak-anak Seniman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Kanan Pembangunan Pasaran dan Komunikasi Korporat Amanah Raya Berhad (ARB), Azliah Suhod serta pemimpin Seniman.
ARB merupakan antara penyumbang dalam pemberian skim galakan pembelajaran anak-anak Seniman apabila menghulurkan sumbangan sebanyak 19 buah basikal serta beg sekolah.
Menurut Mustapha, pemberian skim galakan yang baru pertama kali diadakan bertitik-tolak daripada hasil pendapatan yang diperoleh Seniman menerusi pembayaran slot drama dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Berdasarkan hasil itu, kita peruntukkan sejumlah amaun ke dalam tabung pendidikan. Ia kemudiannya digunakan untuk memberikan skim galakan pembelajaran.
“Skim galakan pembelajaran akan dijadikan agenda tahunan Seniman bagi mewujudkan semangat berlumba-lumba di kalangan anak-anak dan ahli Seniman dalam mengejar kejayaan.
“Kita juga berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dalam mengisi tabung pendidikan Seniman,’’ ujarnya.
Anak Aznil dan Azean cemerlang
Sementara itu, melihatkan senarai nama penerima Skim Galakan Pembelajaran Anak-Anak Seniman 2008, anak kepada pengacara popular, Aznil Nawawi dan pelakon Azean Irdawaty merupakan antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu.
Anak Aznil iaitu Fildza Haifa memperoleh 9A, manakala anak Azean, Inessa Irdayanty pula mendapat keputusan 10A 1B.
Kedua-dua mereka bakal menerima wang tunai bernilai RM1,500 beserta basikal sumbangan ARB dan biasiswa bulanan sebanyak RM150 selama dua tahun.
Turut menerima skim galakan itu adalah anak kepada pelakon Allahyarham Ismail Din, Thohiratun yang memperoleh keputusan 9A pada SPM lalu.
Beberapa lagi anak-anak Seniman termasuk ahli menerima skim galakan lain yang menunjukkan kecemerlangan dalam UPSR, PMR serta SPM.
Perancangan Seniman dalam pendidikan
Sebaik tertubuhnya Tabung Pendidikan Anak-Anak Seniman, persatuan itu di bawah Biro Pendidikan dan Ilmiah telah pun membuat pelbagai perancangan bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak golongan seni.
Selain mewujudkan rangkaian hubungan bersama naib-naib canselor di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), lawatan ke IPTA juga akan diadakan bagi mendedahkan anak-anak Seniman dengan persekitaran universiti.
Mewujudkan kelas-kelas tuisyen juga merupakan antara perancangan Seniman bagi memberikan pembelajaran yang menyeluruh kepada golongan berkenaan.
‘‘Kami kalau boleh mahukan semua anak-anak Seniman mendapat manfaat ini.
‘‘Justeru, mereka terutama ahli keluarga yang menjadi ahli Seniman diminta tampil menemui kami agar segala manfaat itu dapat dirasai bersama,’’ jelas Mustapha lagi.

Kemungkinan adalah perkara biasa dalam politik ?

Kini masa sahaja akan menentukan 'kemungkian' itu, apa yang penting kerisauan termata sangat;lah bagi para pemegang tampuk kekuasaaan kerana kuasa sudah berada dihujung tanduk.
Adakah kemungkinan itu menjadi realiti, cuma masa akan menentukan dengan sokongan TAKDIR Allah maka bubar atau gugurlah TADBIR manusia.
Allah memberi PENGAJARAN kepada mana-mana kaum atau kumpulan atau golongan yan dikehendakki agar mereka itu sedarv insaf dengan kembali mbertqwa serta tunduk patuh dengan perintah Allah.

Najib tolak kemungkinan akan ada anggota BN lain keluar parti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.
Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.
"BN jugalah yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya baru-baru ini kerana mereka bertanding atas tiket BN.
"Mereka perlu menaruh keyakinan bahawa masa depan negara kita akan lebih terjamin dengan BN," katanya ketika mengulas tindakan Lee yang bertindak meninggalkan Gerakan kerana menerima tawaran dari kerajaan campuran DAPParti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang.
Lee yang sebelum ini meletakkan semua jawatan di dalam parti, semalam mengisytiharkan dirinya keluar dari Gerakan ekoran menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang Berhad.
Beliau dalam kenyataannya berkata penarikan diri itu adalah kerana keputusannya menerima tawaran kerajaan DAP tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan.
Najib ketika mengulas keputusan tersebut berkata adalah sesuatu yang malang apabila Lee menerima tawaran itu kerana ia bertentangan dengan dasar BN yang tidak membenarkan anggota mereka menerima tawaran daripada pembangkang.
"Penerimaan tawaran itu menjadikan statusnya sebagai ahli BN tidak boleh dipertahankan lagi kerana kita tidak boleh menerima keadaan yang mana ahliahli dari parti komponen BN boleh menerima tawaran kerajaan pembangkang. Ini polisi BN yang sangat jelas," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beberapa anggota Parlimen BN di Sabah kini hanya menunggu masa untuk menyertai Pakatan Rakyat hanyalah satu permainan politik beliau.
"Dia boleh dakwa macam-macam, dia akan dakwa macam-macam. Itu semua sebahagian daripada permainan politik yang beliau mainkan," katanya. BERNAMA

Perjawatan lantikan parti wajar letak jawatan !!!!


Lagi ahli majlis MBI letak jawatan

IPOH: Sebanyak 13 lagi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada lapan wakil Umno, tiga daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) dan dua MIC.
Sebelum ini, sembilan ahli majlis daripada MCA dan Gerakan meletak jawatan.
Presiden Kelab Ahli Majlis MBI, Datuk Raduan Mohd Kassim berkata surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam masa terdekat.
Katanya, mesyuarat majlis yang dihadiri hari ini merupakan program terakhir yang dihadiri oleh mereka bagi menyelesaikan semua perkara tertunggak.
Kesemua ahli majlis yang hadir pada Mesyuarat Bulanan MBI (hari ini) telah mengesahkan semua minit mesyuarat yang dihadiri mereka sebelum ini dan perkara ini perlu dilakukan untuk mengelak sebarang masalah yang timbul di masa depan," katanya selepas mesyuarat berkenaan.
"Peletakan jawatan ini telah direstui Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hujung minggu lalu...Kami akan menghantar surat peletakan jawatan ini dalam masa terdekat," katanya.
Mesyuarat yang dijadualkan hari ini sebelum ini dijangka mungkin terpaksa dibatalkan kerana tidak dapat dipastikan kehadiran ahli kerana korum mesyuarat memerlukan sekurangkurangnya 12 ahli majlis menghadirinya.
Sementara itu, Datuk Bandar Datuk Mohmad Rafiai Mokhtar berkata kutipan cukai tertunggak oleh MBI dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini amat memberangsangkan sebanyak RM34.5 juta.
Katanya, jumlah cukai taksiran yang dikutip itu merupakan pertambahan RM10.25 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. BERNAMA

Sudahlah , hentikan sensasi isu babi ?

Buliten TV3 hari semalam masih lagi memberi nafas baru kepada berita yang diisukan iaitu bawah tajuk Projek Mega Penternakan Babi oleh Kerajaan Campuran Selangor. Maka tidak sedikitlah impak serangan ini, maknanya UMNO BN beranggapan Isu Projek ini adalah satu keuntungan politik b'besar kepada mereka. Mereka cukup optimis, sehingga meneggelamkan isu terkini masalah 'kegawatan' makanan di dunia.
Pusingan ini semacam juga pusingan pusingan sebelumnya kerana media dikawal selia oleh parti pemerintahan yang 'goyah' itu. maka menampakkan kerajaan Selangor berada dikandang orang yang salah.
Berita tersebut turut diperkuatkan oleh 'orang yang menghadiahkan penyapu' kepada semua PBT oiaitu Khir Toyo seolah-olah menjadi hero membela babi lagaknya.
Secara dhomirnya, isu pencemaran yang dibawa oleh babi turut dikaitkan sebagai alasan kukuh bagi penolakan projek mega penternakan babi oleh kerajaan selangor. makna isu pencemaran yang direntetkan oleh Karam Sigh Wahlia seolah-olah sudah dilupakan , maka yang teruk tercemar dan sakit JE inilah yang melahirkan kemanjadian ianya wajardibatalkan.
Jika kita mahu menyuluh kerakus, pencemaran yang menghasilkan banjir kilat dengan kandang babi berselerak sedia ada, bial berlaku banjir kilat maka air najis babi akan terpalit kesemua rumah di daerah berkenaan tidak diambilkira atau tidak masuk perkiraan, yang ditakuti adalah masalah RM100 juta duit diperuntukkan kepada babi berbanding raskyat menjadi kayu pengukur kemarahan TV3 dan suku sakatnya termasuk pemimpin UMNO.
Pemimpin UMno mahu fizikal molek, tetapi emosi dan rohani biar punah dengan menyediakan kemungkaran kerosakan seperti arak kilang Carlsbeg di PJ, judi diserata ceruk bandar dan luar bandar, dan Pusat Perjudian Mega Judi Di genting menjadi kebanggaan kerjaan Malaysia.
Inilah pemikiran dangkal dan terkebelakang pemimpin BN menjuruskan rakyat arah kemurkaan Allah SWT

Monday, April 21, 2008

BPR distruktur semula ?

Tahniah dan baguslah jika begitu keadaannya...BPR distruktur semula , nampoak cantik. Ia sekadar disusun struktur tetapi masih bawah takluk dan tadbir kuasa bukan Jabatan Perdana Menteri, bukan bertangungjawab terus kepada Parlimen.
Moralnya BPR masih terikat kepada ketua yang lama, cuma penstrukturan menampak sedikit usaha . Tentulah Pak Lah memikir panjang malah penasihat-penasihat beliau pun tidak bersedia Pak Lah mahu 'berubah' terus atau beralih terus dengan agenda perubahan. Ini kerana banyak kesannya, apapun agenda total yang dimahukan rakyat tidak akan tertunai selagi UMNO dan Pak Lah berada dipundak kekuasaan.
UMNo dan pimpinan negara sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri. Macamlah mereka mengeksplotasi isu perternakan babi bermodal RM100 juta. Penekanan RM100 juta yang diuar-uar dan diperbesarkan dengan ulasan demi ulasan daripada pelbagai pihak. Kemudian dengan alasan pencemaran walaupun agend bertanggungagjawab JAS dan EIA memberi kelulusan. Maka kelulusan JAS dan EIA tidak cukup selagi belum mendapat 'e kelulusan kuasa mereka'.
Begitulah penstrukturan BPR, mereka mahu mencontohi ICAC Hong Kong yang berjaya menangani rasuah di Hong Kong dengan amat berkesan sekali dan Hong Kong yang berpemimpin yang tidak bersunat itu 'bebas' rasuah.
Maknanya tanpa....... mereka mampu laknsana amanah dan tanggungjawab, lebih telus...


KUALA LUMPUR 21 April - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan kecekapan dalam usaha untuk memerangi rasuah di negara ini.

Ceupes dipersalahkan pula ?


Cuepacs salah tafsir, keliru. Di mana silapnya?
PERTEMUAN antara Perdana Menteri dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Khamis lalu, yang pada awalnya disifatkan telah berlangsung dalam suasana mesra, kini nampak sedikit tercemar apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membetulkan keadaan dengan menyatakan Cuepacs telah menyalah tafsir dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan berhubung hasil pertemuan tersebut.

Beberapa hari selepas pertemuan tersebut, Abdullah tampil menjelaskan kandungan hasil perbincangan.

Tegas Abdullah, beliau hanya menyatakan bahawa cadangan Cuepacs supaya menaikkan umur persaraan bagi kakitangan awam daripada 56 tahun sekarang kepada 60 tahun adalah positif. Ia merupakan antara lima isu yang dibawa ketika pertemuan tempoh hari.

Dengan penjelasan itu, menurut beliau, kerajaan tidak memberikan lagi kata putus muktamad sama ada mahu menaikkan usia persaraan sehingga 60 tahun.

Nampaknya wujud kekeliruan dalam memahami perkara yang diputuskan dalam pertemuan. Dengan diiringi keliruan, Cuepacs pula telah mengumumkan hasil keputusan terlalu awal ataupun dilabelkan telah bertindak gopoh sedangkan Perdana Menteri seharusnya hanya mengumumkan keputusan kerajaan pada 29 Mei.

Apabila Cuepacs membuat pengumuman tersebut pada Khamis lalu, juga timbul persoalan sama ada keputusan kerajaan itu melibatkan semua kakitangan ataupun hanya berdasarkan keupayaan dan kedudukan kesihatan individu masing-masing.

Ia tidak jelas sama sekali. Jika keputusan itu dilaksanakan bermakna setiap kakitangan awam seramai 1.2 juta orang secara automatik akan menikmati hasil keputusan baru itu kelak.

Kedua, hasil pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, sehari kemudian pada Jumaat lalu, agensi itu pula menyatakan kerajaan tidak memutuskan untuk menaikkan usia persaraan sehingga 60 tahun. Sebaliknya pada dasarnya hanya bersetuju untuk menaikkan daripada 56 kepada 58 tahun.

Banyak orang memberikan reaksi terhadap pengumuman Cuepacs sejak Khamis lalu.Ketika ada yang menyambut baik dan gembira dengan pengumuman itu, pihak majikan sektor swasta pula menegaskan, pihaknya hanya berminat untuk mengekalkan usia persaraan 55 tahun di sektor bukan kerajaan.

Sebagai badan yang mewakili kakitanagan awam Cuepacs mahu menenangkan fikiran ahli-ahlinya dengan memberitahu hasil pertemuan kongres itu dengan Perdana Menteri secepat yang mungkin.

Langkah itu tidak salah sama sekali. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi Cuepacs.Tidak dapat dinafikan Cuepacs mempunyai tugas dan peranannya dalam hal ini. Bagaimanapun apa yang penting ialah pengumuman yang dibuat oleh Cuepacs sebenarnya melibatkan dasar kerajaan.

Justeru tindakan membuat pengumuman sedemikian memerlukan langkah berhati-hati.Apabila ia melibatkan dasar kerajaan, maka adalah wajar pengumuman seumpama itu dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri ataupun agensi kerajaaan yang dilantik untuk berbuat demikian.

Jika ia dilakukan oleh Perdana Menteri, maka kesannya adalah lebih mendalam dan ia juga akan mencetuskan keyakinan.Kesilapan yang timbul daripada kekeliruan ini sebenarnya telah mengakibatkan kecelaruan.Walaupun kekeliruan ini nampak kecil, tetapi ia secara tidak langsung menimbulkan krisis kecil dari segi persepsi terhadap kerajaan, malah terhadap Cuepacs juga.

Kerajaan dan Cuepacs terpaksa mengambil usaha untuk memperbetulkan persepsi sedemikian.
Kepimpinan Cuepacs seharusnya bijak dalam mengumumkan hasil pertemuan. Silap langkah akan membawa kepada suasana seperti yang dialami sekarang, yang akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Jika diambil jalan senang, adalah mudah untuk mengatakan bahawa kesilapan ini berpunca daripada pengamal-pengamal media itu sendiri, yang dikatakan tidak memahami perkara yang disampaikan oleh Cuepacs.

Tetapi hampir keseluruhan media membawa laporan yang sama. Oleh itu, tidak harus menyalahkan wakil media dari segi tahap pemahaman mereka.Cuepacs tidak perlu kecewa dengan perkembangan ini. Cuepacs perlu lebih berhati-hati pada masa-masa akan datang.Cuepacs merupakan entiti penting dalam pembangunan negara. Ia mewakili lebih sejuta kakitangan awam yang menggerakkan pengurusan dan perjalanan kerajaan.
Jelas, terbayang serta memberi gambaran pengurusan negara kita ala JKKK. Kerajaan UMNO pimpinan Pak Lah cuma meneruskan dasar-dasar lapuk dan usang pengurusan negara warisan zaman Dr M. Cuma kata orang kelantan UMNo cuma tukoq drebar jeh !
Terbaru MB Terengganu yang baru Mohd Said secara terbuka meminta kerajaan memulang pengurusan dana khas kepada kerajaan Terengganu yang sah. Maknanya penderaan ke , sabotaj UMNo bukan setakat yang bukan sahaja tidak sealiran dengan aliran pimpinan atasan, malah yang sama aliran tapi berbeda fikirpun tidak dapat diterima.
Maknanya kita baru faham kepada 18 tahun Kelantan didera. Sikap tidak profesionalisme UMNo bukannya sesuatu yang pelik. Adalah sesuatu yang menyedihkan, maka padanlah 50 tahun memerintah. Maka kini tibalah kerajaan Pakatan Rakyat MERAWAT kerajaan yang sedia ada dengan beransur-ansur menggantikannya.
Kepercayaan rakyat mula diberi....

Ahmad Said minta kerajaan pusat kembalikan royalti minyak
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

"Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah... tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tibatiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat. Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.

Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian sematamata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah.
Ketika ditanya berapa jumlah sebenar wang DKKP yang diperoleh oleh kerajaan negeri, Ahmad berkata:

"Sehingga hari ini kita tidak mengetahui jumlah duit yang kita ada. Semasa saya jadi Exco dahulu pun kita tak tahu dan tak diberitahu berapa sebenarnya nilai royalti lima peratus yang sepatutnya kita dapat setiap tahun. Tak diberitahu... ini masalah yang kita hadapi," BERNAMA

Dr m meracau lagi ?

Kegelabahan,kegelisahan dan ketakutan bayang-bayang UMno tumbang kepada Pakatan Rakyat membuat Dr M seperti tergila-gila dengan bayang-bayang sendiri kini semakin jelas. Beliau hari-hari meracau-racau malah setiap saat mengacau pak Lah dan UMNO sampai ke London atau luar negeri pun bila ada kesempatan akan bercakap juga tentang PRU 12, UMNO dan tentang Pak Lah dengan terus mengkritik Pak Lah.


Apakah dia hebat sangat ? Apakah sepanjang 20 tahun beliau menerajui Malaysia , adakah beliau tidak pernah membuat kesilapan. Semasa memerintah tidak pernah silap.

Apa pun kemarahan dan amarah Dr M, adalah mungkin kerana sikap dan tindakan Pak Lah. Pertama Pak Lah bersikap lembut dan tidak bertindakbalas secara keras kerana atas sikap terima kasih kepada Dr M memilih beliau sebagai pengganti dalam proses peralihan kuasa sikit masa dulu.

Kedua Pak Lah bertindak membatalkan semua projek-projek mega idea zaman Dr m dengan alasan ia membazir. Seterusnya lankah Pak Lah yang terbesar adalah membebaskan ’musuh’ politik Dr m iaitu Anwar Ibrahim.

Saturday, April 19, 2008

Eloklah tu insaf akan kesalahan - Kerajaan Malaysia

Pembayaran ex-gratia bukan tanda minta maaf: Najib

CYBERJAYA: Pembayaran ex-gratia yang diumumkan kerajaan untuk enam bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988, semalam bukan merupakan satu bentuk minta maaf kerajaan terhadap mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembayaran ex-gratia bukan seperti melihat semula apa yang telah diputuskan. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai.

"Itu saja...jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara pengeluar kenderaan Chery Automobile Co Ltd dan Alado Corporation Sdn Bhd di sini.

Enam bekas hakim itu ialah Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa kerajaan selain daripada membayar ex-gratia kepada enam hakim kanan itu, juga akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk mencalonkan, melantik dan menaikkan pangkat hakim secara telus dan diwakili.

Mengenai anggota suruhanjaya itu, Timbalan Perdana Menteri berkata ia akan dibincangkan kemudian.

"Saya fikir ia (penubuhan suruhanjaya) itu merupakan satu langkah ke depan yang penting kerana pembaharuan atau perubahan yang diumumkan Perdana Menteri semalam bermakna kerajaan sedar bahawa kita memang perlu memastikan bahawa kehakiman kita mempunyai kewibawaan yang tinggi dan sistem kehakiman di negara ini boleh bertindak dari segi membuat keputusan dengan cepat dan hakim-hakim yang mempunyai kewibawaan dan kebolehan tinggi dilantik di pelbagai peringkat.

"Pembentukan suruhanjaya ini adalah ditekankan di sini, hanya atas kapasitinya sebagai penasihat. Kuasa muktamad masih terletak kepada Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan rasmi kepada Yang diPertuan Agong dan Majlis RajaRaja.

"Ia merupakan satu langkah ke depan yang amat penting kerana ia bermakna Perdana Menteri mempunyai sekumpulan orang yang amat bijaksana dan terbilang untuk memberikan pendapat mengenai kesesuaian melantik seseorang itu memegang pelbagai jawatan dalam kehakiman," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kerajaan akan memberi pertimbangan yang adil kepada semua kaum, termasuk kaum India, atas tuntutan komuniti masing-masing.

Najib berkata demikian setelah diminta mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu semalam di dalam Malaysiakini, sebuah laman web berita, bahawa beliau akan meminta bantuan dari luar negara jika kerajaan tidak membuat sesuatu untuk membantu kaum India Malaysia.

"Saya tidak tahu apa yang beliau cakapkan. Saya perlu bertanyakan Datuk Seri Samy Vellu apa yang beliau maksudkan," katanya.

"Dari segi dasar kita, kita akan beri pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum dan apa-apa pun yang diperlukan oleh masyarakat kaum India, kita sedia untuk timbangkanya tapi semua dalam konteks pakatan BN.

"Apaapa pun kita sedia timbangkan tapi bukan dalam bentuk ugutan tapi dalam bentuk permohonan, cadangan dan sebagainya," kata Najib. BERNAMA

Friday, April 18, 2008

UMNo minta berpakat lagi Melayu selepas 30 tahun ?

Melayu..Melayu...Melayu.. tiada nada paling kuat, gawatnya selepas ini di Malaysia melainkan slogan Melayu..Melayu lain. Semua adalah gara-gara keputusan PRU 12 lalu yang meranapkan hemogini UMno dalam kancah politik pelbagai kaum di Malaysia.

PAS dan UMNO dua parti Melayu establisah besar sering dijadikan rujukan khusus, bila bercakap soal penyatuan politik berdasarkan kaum. sejarah pernanh mencatatkan titik temu pernah diterokai PAS UMNo selepas 13 Mei 1969. Gabungan persepakatan ini sudah menjadi lipatan sejarah belaka, PAS diwaktu itu nampak ikhlas , tetapi UMno bertindak mengkhianati persepakatan itu dengan mencipta pelabagai perbedaan , maka atas alasan banyak sangat perbedaan itu, maka UMNo bertindak menyingkirkan PAS daripada pakatan kerjasama tersebut.

Maka PAS bersendirian kembali selama 30 tahun, binalah hubungan dengan menubuhkan CCC gagal, kemudian berpakat lagi menubuhkan Gagasan Rakyat bawah angkatan Perpaduan Ummah dengan S46 bilamana UMno diharamkan.

Kini PAS kembali bergabung duduk bawah Pakatan Rakyat dengan kerjasama PKR dan DAP. Pakatan walaupun longgar dan baru tapi berjaya akhirnya dapat 5 buah negeri selepas PRU 12.

Terbaru, UMNo kembali berteriak dan melaungkan laungan keramat agar Melayu kembali bersatu , teriakan itu bukan datang daripada UMNo tetapi konco-konco yang mahu selamatkan UMNO.

Seolah-olah pakatan bukanlah kehendak UMno, kebimbangan rakyat atas sifat tidak berpadunya Melayu adalah kebimbangan akar umbi , bukan kebimbangan daripada Umno itu sendiri. Umno berniat dan berkira-kira dengan meletakkan banyak serampang yang bermata-mata, percaturannya ada pelbagai kira-kira dan sifir, maka jadi atau tidak jadi bergantung kepada suasana dan keadaan. Namun apa pun kini semua percaturannya tidak menjadi langsung, semua perkiraan salah belaka.

Maka jika diambilkira daripada sudut perkiraan sejarah dan pengalaman , maka wajarlah PAS menolak pelawaan UMno untuk duduk berpakat sekali lagi. Senario apa yang ditanggung selama 18 tahun kerajaan Melayu Kelantan. Maka jika nak diikutkan hati layaklah kita menolak pelawaan UMno itu.

PAS tolak cadangan tubuh kerajaan campuran bersama Umno

PUTRAJAYA: Umno pernah mengajak PAS bagi menubuhkan kerajaan campuran dibeberapa negeri termasuk di mana kedua-dua parti itu boleh menubuhkan kerajaan tetapi ditolak oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Menurut sumber, tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno itu setelah beberapa sesi rundingan dijalankan.

Beliau yang turut mewakili Umno dalam rundingan itu mendedahkan bahawa cadangan itu bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Matlamat utama cadangan berkenaan, tegasnya, adalah untuk mengukuhkan perpaduan Melayu serta memastikan kestabiliti politik yang berkekalan di negara ini.

"Kita telah mengadakan beberapa rundingan dengan PAS. Beberapa pemimpin telahpun berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan cadangan Umno itu, tetapi akhirnya mereka menolak.

"Malah Pengerusi PAS Perak Ahmad Awang ketika menolak cadangan Umno itu berkata parti itu lebih rela bekerjasama dengan parti orang kafir daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim.

"Kerana itu, saya menganggap pemimpin-pemimpin PAS adalah hipokrit kerana di hadapan umum bercakap mengenai perpaduan Melayu serta kemungkinan bekerjasama dengan Umno, tetapi di belakang sanggup bekerjasama dengan DAP daripada dengan kita," katanya kepada mStar online Khamis.

Hadi pada hari Rabu menyatakan kesanggupan PAS bermuafakat dengan Umno demi kesepakatan orang Melayu.

Menurut sumber itu lagi, rundingan mengenai penubuhan kerajaan campuran Umno-PAS itu melibatkan beberapa pemimpin tertinggi Umno serta pemimpin tertinggi PAS termasuk ahli-ahli majlis syuranya.

Katanya, menurut rundingan itu, kerjasama melalui kerajaan campuran Umno-PAS itu sepatutnya bermula dengan negeri Perak, tetapi setelah beberapa kali pertemuan diadakan, PAS menolaknya walaupun mereka ditawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan campuran itu.

Sumber itu berkata, pemimpin PAS yang terlibat dalam sesi rundingan itu, termasuk Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa memberitahu bahawa mereka lebih percaya kepada janji yang diberikan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pemimpin Umno.

PAS, menurut sumber itu lagi, percaya kepada janji Anwar bahawa jika parti itu bersepakat dengan DAP dan PKR mereka boleh menumbangkan kerajaan pusat Barisan Nasional.