Friday, February 15, 2008

Pak Lah BUbarrrrrrr dan Pak Lah Tak pa aaaa..

Kata TPM .....Negara kebajikan: Kita boleh bankrap ?

CEMAS dan LEMAS...... Presiden UMNO kini lagaknya adalah Najib Razak. Bagi Pak Lah tak pa...dia diam dan duduk sahaja. Paling kuat PM akan tiduq lah, tu kerja dia . Kerja Pak Lah tak pa... yang paling terbaru adalah isytihar Parlimen Malaysia bubar!!!!!!1!!!1

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia boleh bankrap jika konsep negara kebajikan yang ditawarkan oleh Pas diterima dan dipraktikkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, konsep tersebut membawa pengertian bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan.

Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.

‘‘Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan.

‘‘Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap,’’ kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Rumah Harapan Kanak-Kanak Malaysia di Kampung Baru Labu Lanjut, Salak Tinggi di sini hari ini.

Rumah perlindungan anak-anak yatim yang menghidap AIDS/HIV bernilai RM1.3 juta itu dikelolakan oleh Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM).

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri beliau yang juga penaung YHKM, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik.

Menurut Najib, pada masa ini, lebih realistik dan praktikal sekiranya amalan sekarang diteruskan iaitu menjadi sebuah kerajaan prihatin yang menekankan kepada pembentukan masyarakat penyayang.

Dalam hal ini, kata beliau, kerajaan akan terus memastikan tidak ada satu kelompok masyarakat pun di negara ini akan merasakan diri mereka terpinggir kerana tidak mendapat pemberian daripada kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

‘‘Kita akan tentukan dapat menyediakan peluang yang adil serta saksama jika ada kelompok masyarakat yang benar-benar mengharapkan sumbangan kerana tidak mampu bekerja seperti golongan kurang upaya (OKU) atau ibu tunggal.

‘‘Maka dengan cara itu kita dapat tentukan bahawa mereka yang mampu bekerja hendaklah bekerja,’’ katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam negara ini terdapat lebih dua juta pekerja asing tidak termasuk yang memasuki Malaysia secara haram telah mengambil alih pelbagai jenis pekerjaan di negara ini.

‘‘Sehinggakan tukang gunting rambut dan tukang masak juga merupakan pekerja asing.

‘‘Ini belum lagi sampai kepada negara kebajikan sebab kalau semua tidak bekerja, akhirnya negara ini dikuasai pekerja asing,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa pembangkang akan sentiasa menjanjikan sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

‘‘Itu kerja pembangkang, tidak hairanlah, apa kita buat dia akan kata sama ada tidak betul atau belum memadai atau belum mencukupi.

‘‘Tetapi apabila diserahkan kepada mereka selama empat tahun di Terengganu, rakyat telah menolaknya dan selama 18 tahun di Kelantan, hari ini angin perubahan bertiup kencang di negeri itu,” katanya.

Mengulas pembinaan Rumah Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Najib berkata, sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak untuk tujuan tersebut akan memperoleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah kerana ia membabitkan anak- anak yatim.




FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen13 hari
Jumlah pemilih berdaftar10,922,139
Pemilih awam10,701,054
Pemilih pos221,085
Jumlah parti politik berdaftar30
Jumlah kerusi Parlimen222
Jumlah kerusi DUN505
IKLAN@UTUSAN

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
6.10
1.30
4.50
7.29
8.40




BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN


Wednesday, February 13, 2008

Rashit cakap ?

Rashit cakap ....SPR janji beri cukup masa untuk semua pihak berkempen

Rashit cakap...... SPR akan memberi ruang yang selesa untuk semua pihak menjalankan kempen.

Rashit cakap....."Ini bukan perkara kecil. Jadi, peluang untuk semua untuk berkempen harus diberikan. Jika tidak, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dikatakan tidak adil," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Rashit cakap.... SPR juga akan memberi masa yang secukupnya kepada semua pihak untuk menentukan calon masing-masing.

Rashit cakap ..... kira-kira 200,000 orang petugas SPR terlibat untuk mengendalikan pilihan raya umum kali ini yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM200 juta, jumlah terbesar dalam sejarah pilihan raya umum diadakan.

Rashit kata...."Bajet ini makin tinggi kerana upah makin banyak dan tempat mengundi lebih. Pada pilihan raya umum lepas, bajetnya RM115 juta," katanya.

Rashit cakap .... Sarawak biasanya negeri yang paling banyak memakan belanja iaitu RM30 juta untuk pilihan raya kali ini berikutan keperluan menggunakan helikopter untuk pergi ke satusatu kawasan.

Rashit cakap ...Mengenai sama ada dakwat kuku akan digunakan pada pilihan raya ini berikutan terdapat bantahan mengenainya, Abdul Rashid berkata beliau akan memberi jawapannya esok berikutan perkara itu perlu dibincangkan dengan anggota panel SPR.

Rashit cakap ..."Sebenarnya keputusan untuk menggunakannya sudah dibuat tetapi itu tidak semestinya diteruskan.

Rashit cakap ...."Bagaimanapun, perkara itu belum lagi diputuskan oleh panel SPR dan kami akan membincangkannya dalam mesyuarat esok dan akan memberi keputusan," katanya.

Ditanya mengenai peluang bertanding bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rashid enggan memberikan komen.

Abdul Rashid juga berkata tiada parti baru yang akan bertanding pada pilihan raya umum kali berikutan tiada yang mendaftar simbol dengan SPR. BERNAMA

Najib kata semalam ?


Najib kata.....: K'jaan akan beri imbuhan pada kakitangan awam bila sampai masa

Najib kata ..... kerajaan tidak teragak-agak untuk memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan bila sampai masanya.

Najib kata ....Katanya, kalau kerajaan dapat mencari sumber kekayaan dan menjana pertumbuhan, kakitangan kerajaan akan turut berkongsi nikmat.

najib kata ......."Kita tentu sekali tidak kedekut bila masanya sampai, kita kena iktiraf sumbangan kakitangan kerajaan," katanya ketika berucap kepada kira-kira 4,000 pegawai dan kakitangan kerajaan di kompleks pentadbiran Seri Negeri hari ini.

Najib kata......., pada tahun lepas, sumbangan pegawai dan kakitangan kerajaan ini diiktiraf apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menaikkan tangga gaji kakitangan kerajaan ke tahap yang tertinggi dalam sejarah negara ini.

Najib kata ..."Kerajaan sentiasa pandang berat peranan kakitangannya malah institusi perkhidmatan awam sama ada nasional atau negeri merupakan satu institusi yang boleh kita anggap sebagai sangat penting. Satu faktor yang dapat menentukan sama ada apa yang dihasratkan kerajaan dalam bentuk dasardasar atau programnya menjadi nyata atau sebaliknya bergantung pada keberkesanan perkhidmatan awam kita," katanya.

Najib kata ....., kalau orang menganggap bahawa kejayaan Malaysia disebabkan faktor kepimpinan politik semata-mata, tanggapan itu kurang tepat.

Najib kata ........Tanpa sokongan yang kuat daripada kakitangan kerajaan, kepimpinan politik tidak mungkin boleh bawa negara ini kepada kejayaan yang lebih besar dan hebat macam ini, katanya.

Najib kata ...."Kita tidak anggap pegawai dan kakitangan kerajaan semata-mata pada satu hubungan dengan pemimpin politik dan mereka yang menurut perintah...tapi saya suka melihat hubungan ini sebagai satu perkongsian," katanya. BERNAMA

Parlimen bubar hari ini

13/02/2008 2:41pm

PERDANA Menteri mengumumkan pembubaran parlimen dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini


PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

IKLAN@UTUSAN

Monday, February 11, 2008

Nafikan 2/3 BN

Ke arah menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat

Semalam TV3 menyiarkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan Rabu ini sempena hari mesyuarat Kabinet. Jika demikian berkemungkinan Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan sewal 1 Mac, 2008. Namun siaran TV pro BN itu turt meramalkan dua tarikh lain. Apa pun tidakkah kita kini menjadi bahan gelak ketawa dunia luar, kita mengaku sebuah negara demokrasi namun tarikh pilihan raya terus dimanipulasi untuk kepentingan parti pemerintah.

Semalam Junta tentera Myanmar mengumumkan akan mengadakan pilihanraya pada tahun 2010. Sebuah negara yang dikuasai tentera yang tidak akur kepada kehendak dunia itu pun boleh mengumumkan tarikh pilihanrayanya tetapi kita yang mendakwa serba maju dan terkehadapan, berterusan bermain-main dengan tarikhnya.

Biarlah 13 Febuari atau bila sekalipun tarikh pembubaran Parlimen, yang pentingnya rakyat perlu mempergunakan kesempatan ini untuk menaikkan pemimpin dan parti yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat dan negara. Jangan lagi kita terus dihimpit oleh kos hidup yang menyusahkan, jenayah yang membimbangkan dan keruntuhan moral yang diluar kawalan. Negara ini perlu maju dan dalam waktu yang sama bersih dan adil untuk semua.

Dalam keghairahan Umno dan BN menonjolkan dirinya sebagai juara dan bakal terus meneraju negara, hakikatnya kebimbangan dan kesangsian terus bermain di kepala mereka. Apakah pengundi Cina akan terus menyokong mereka? Apakah pengundi India yang penting khasnya di Pantai Barat Semenanjung akan terus bersama mereka? Apakah pengundi Melayu khasnya di kawasan bandar akan setia pada mereka?

Umno dan BN menang atas sokongan kelompok ini, jika sekadar bersandar pada pengundi Melaytu tradisional yang taksub pada partinya semata-mata belum tentu Umno dan BN dapat bertahan, lantas jika berlaku swing dari kelompok ini kepada pembangkang, Umno akan melalui transformasi politik diluar dugaan mereka!

Dalam NST hari ini perancang strategik DAP, yang juga Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang mensasarkan kemenangan di 38 kerusi Parlimen. DAP diberitakan akan bertanding di 54 kerusi Parlimen dan mampu menang di 38 iaitu 7 masing-masing di Pulau Pinang dan Perak, 6 di Sarawak, 5 di Wilayah Persekutuan, 4 masing-masing di Selangor dan Sabah, 2 masing-masing di Negeri Sembilan dan Johor dan 1 di Melaka.

Sementara itu Kit Siang berharap PKR dan PAS akan dapat memenangi antara 40 ke 50 kerusi.
Jika senario ini berlaku bermakna pembangkang akan menang antara 78 ke 88 kerusi iaitu cukup untuk menafikan BN dua pertiga majoriti. Memang ianya tampak terlalu baik untuk pembangkang, tetapi bagi saya ianya tidak mustahil kiranya masalah yang berlaku disekeliling kita serta reaksi rakyat terhadapnya berlarutan sehingga ketarikh pembubaran Parlimen.

Penipuan dan salahgunakuasa serta rasuah politik mungkin boleh mencederakan harapan kita tetapi ia tidak akan mampu membunuh semangat kita kiranya kita bekerja dengna istiqomah, pintar dan tidak putus dari mengharapkan keridhaan dan bantuan Allah swt.

Kita bersama boleh melakukannya, kita bersama mampu mengubahnya.
posted by Roslan SMS 2:49:00 PM|Comment (0)|

Bukan soal dendam Najib !


Mutakhir



Niat dan sememang Najib tidak perlu berdendam dan membalas dendam jika BN dapat menawan semula Kelantan. Itulah tandannya berlapang dada. Najib kena ingat pembangkang pun mahu menawan kerajaan Pusat dan tidak akan berdendam kepada mana-mana pimpinan Bn dan UMNO.


Namun prinsip Islam kena berlaku adil, bagi pimpinan BN dan UMNO kena ingat mana-mana duit rakyat , hak rakyat, keperluan rakyat serta demokrasi agungan BN UMNo kena dikembalikan juga kepada rakyat. Maka sesudah semua itu dipulangkan barulah Najib layak bercakap soal dendam atau tidak.

Jika dilihat tindak tanduk Najib dan kerajaan BN UMNO, sukar bagi pahlawan melayu itu mahau mengotakan apa yang dah dikata. Kita mahu Najib berhenti daripada membuat roadshow seluruh negara atas kapisiti kerusi TPM, minta bubar kerajaan dan bergerak atas paltform kerusi Timbalan Presiden UMNO lah.B

Wednesday, February 06, 2008

Seruan Dato Presiden PAS agar jentera pilihanraya PAS di semua peringkat gunakan gear lima mulai daripada sekarang .

Dunia remaja kini ?

Tonik remaja -
Pelajar sekolah rendah turut berani beli arak di kedai buku


KEGIATAN meminum arak yang dibeli dengan mudah termasuk dari kalangan pelajar sekolah kian membimbangkan.





KUANTAN – Tidak lama selepas timbul isu pelbagai jenis minuman ringan bercampur alkohol mudah dibeli, kini berleluasa pula sejenis arak dari negara jiran yang dijual merata termasuk kepada pelajar sekolah rendah.

Apa yang membimbangkan ibu bapa ialah minuman keras yang mengandungi paras alkohol sehingga 27 peratus itu bukan sahaja dijual di kedai-kedai runcit tetapi juga di kedai buku di sini.

Ia kini menjadi kegemaran remaja kerana harganya semurah RM4 sebotol kecil (kira-kira 250 mililiter).

Tinjauan KOSMO! di sekitar bandar ini mendapati kedai-kedai terbabit menjadi tumpuan remaja yang berpeleseran dengan basikal dan motosikal pada setiap malam minggu.

Pada malam Sabtu lalu, wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai pembeli dengan mudah memperoleh sebotol minuman itu dengan harga RM4 di sebuah kedai kecil yang menjual majalah dan buku-buku terpakai.

Dengan hanya menyebut perkataan tertentu, peniaga terbabit segera mengambil sebotol minuman yang disorokkan bawah meja dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum dijual.

Apabila bekalan di bawah meja habis dijual, dia akan masuk melalui sebuah pintu rahsia di sebelah kedai untuk mengambil bekalan tambahan.


BEBERAPA orang remaja berkumpul sambil mendapatkan bekalan arak dari pintu belakang kedai di Kuantan.


Kegiatan itu disedari kebanyakan pemandu teksi yang pada mulanya menyangka ia aktiviti menjual gam kepada remaja.

Salah seorang pemandu teksi yang enggan dikenali berkata, kegiatan itu telah lama diperhatikannya setiap kali dia menunggu penumpang di tepi jalan dekat Pasar Besar Kuantan.

“Setiap malam minggu selepas pukul 10, ada saja kelibat mat motor dengan perempuan datang beli arak itu dan kemudian mereka dilihat mabuk bersama-sama.

“Kalau tak percaya, pergi tengok di lorong-lorong kat bandar ini. Ada juga yang cakap mereka mabuk dekat hutan di Teluk Chempedak dan buat maksiat,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi berkata, terdapat sebuah kedai yang menjual majalah sehingga pukul 5 pagi menjadi tumpuan remaja berbasikal pada setiap malam minggu.

“Ini paling kita bimbang, budak-budak sekolah rendah yang naik basikal pun datang beli minuman keras itu yang dibungkus dengan plastik hitam. Tempat mereka mabuk, itu saya tak pasti,” katanya.

Tinjauan KOSMO! juga mendapati kegiatan menjual minuman itu dilakukan segelintir pengusaha kedai runcit yang terletak berhampiran pusat-pusat hiburan karaoke dan dangdut di bandar ini yang sering dikunjungi remaja.

Countdown PRU

ERJA KUAT: Hishammuddin dan Khairy bersama pemuda BN pada mesyuarat Pemuda BN di Kuala Lumpur, malam tadi.

Selepas >> >
KERJA KUAT: Hishammuddin dan Khairy  bersama pemuda BN pada mesyuarat Pemuda BN di Kuala Lumpur, malam tadi.

Apa erti dan makna gambar di atas, inilah petanda pilihanraya mangkin hampir dan hari ini kita kena buat countdown pilihanraya !





Saturday, February 02, 2008

Pak Lah dan marah oi.....

Marahnya Pak Lah PM bukan kepalang hari ini. Kemarahannya berkisar isunya Pengerusi SPR orang kepercayaannya telah disiat-siat gambar oleh beberapa orang pimpinan bersih. Beliau melabelkan semua individu yang menyiat gambar raSHIT sebagai biadap.

Sememangnya Pak Lah, adalah anak seorang ulama dan patut jugalah ia menegur dengan sikap keterlaluan pimpinan BERSIH. Belaiu telah sarankan beberapa cadangan antaranya minta kumpulan Bersih ini bawa ke mahkamah jika tidak bersetuju.

Moralnya Pak Lah sebagai imam maknanya tidak boleh dan tidak dapat ditegur, memandangkan para makmum melihat imam tidak betul dan salah semasa memimpin imam sembahyang. Sebaliknya makmum yang mengur itu dilabelkan sebagai biadap dan melampau. Dua perkataan yang digunakan itu menggamabarkan dari aspek budi bahasa dan budaya melayu adalah tahap tertinggi kemarahannya.

Rakyat nampaknya kena bersabar, janganlah kita hilang sabar! Maka disini patutlah banyak pihak berkuasa menyabarkan rakyat. Maknnya memanglah mereka kira kuasa itu adalah HAK MILIK KEKAL puak-puak dan suku sakat mereka. KITA MINTA KEMBALILAH MEREKA KEPADA ISLAM ATAU KE PANGKAL JALAN.



: Tindakan anggota Bersih biadap dan melampau

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap sebagai biadap tindakan beberapa anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, Jumaat mengoyak gambar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri berkata perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan tindakan mereka itu sudah melampau.

"Itu perangai biadap, ada cara lain lagi (untuk protes)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Alumni Universiti Malaya di sini hari ini, Sabtu.

Beliau mengulas tindakan anggota Bersih mengoyak gambar Abdul Rashid yang disiarkan akhbar hari ini, Sabtu sebagai tanda protes dan mendakwa usaha SPR memperkenalkan dakwat pencelup jari untuk pengundi semata-mata perubahan kosmetik.

Perdana Menteri berkata Abdul Rashid telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mengadakan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik, sejak sekian lama.

Abdullah berkata anggota Bersih tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian kerana SPR telah memenuhi tuntutan pihak pembangkang dengan memperkenalkan dakwat pencelup jari dan kotak undi lut sinar untuk memastikan pilihan raya yang akan datang lebih bersih.

"Kalau selama ini tak baik, (ataupun) perkara ini (yang sedang dilaksanakan SPR) tak baik, bawa ke mahkamah," katanya.

Perdana Menteri berkata SPR sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan daftar pengundi sentiasa dikemaskini dan mengambil perhatian terhadap aduan seperti kesilapan pendaftaran pengundi dan sebagainya.

Ditanya adakah kerajaan akan mengambil tindakan, Abdullah berkata:" kalau ada undang-undang yang membenarkan hukuman terhadap mereka itu, kita patut ambil tindakan". BERNAMA

Friday, February 01, 2008

NAFIKAN 2/3 BN DI PAHANG

AWAS.... Para pengundi di Pahang
sampai bila mahu duduk bawah UMNO BN di Pahang.

AWAS.... Para pengundi Pahang
ingatan ALLah banjir 2007 adalah terburuk selepas 1970/71

AWAS.... Para Pengundi Pahang
ingatan ALlah janda Baik adalah kawasan gempa bumi aktif

AWAS.... Para Pengundi Pahang
kemiskinan tegar ada walaupun 50 tahun merdeka

AWAS.... Para Pengundi Pahang
kenaikan harga sawit/ getah kita tak tertampung dengan gharga barang yang kekal naik

AWAS ... Para Pengundi Pahang
kita adalah keturunan pahlawan pejuang kemerdekaan

ISU PAHANG ?

Isu yang belum selesai di Pahang ?

KEMISKINAN TEGAR
KENAIKAN HARGA BARANG
BANJIR
RASUAH DAN GEJALA SOSIAL
JANJI PILIHANRAYA

Program Sana Sini ?

KULIAH HARAKI MAGHRIB

OLEH :
DR BADRUL AMIN BAHAROM
(Bekas Pensyarah UIAM)

Tarikh: 01/02/2008
Masa : 7.15 malam
Tempat: Masjid As Syakirin BKt Kepayang
Jalan Temerloh - Mentakab, 28000 Temerloh

SEMUA DIJEMPUT HADIR