Wednesday, August 19, 2009

Pesan Najib: Jaga hati dan perasaan orang UMNO ?


Semasa pertemuan Najib dan Tuan Guru Nik Aziz di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Najib selaku PM amat teruja dan suka bilamana Nik Aziz adalah antara ratusan manusia yang menyambut ketibaannya ke Kelantan.

Nik Aziz terpaksa mencemar majlis kerana Najib ke Kelantan atas tiket sebagai Presiden UMNO bukan selaku PM. Namun Nik Aziz menunjukkan muka sebagai tanda hormatnya kepada Najib selaku PM yang berkunjung ke Kelantan.

Semasa pertemuan penuh mesra itu, Najib sesudah itu mengeluarkan kenyataan kepada media minta Tuan Guru menjaga hati dan perasaan orang-orang UMNO. Tambah Najib lagi Tuan Guru nampak faham. Itulah nada penegasan Najib meminta Tuan Guru menghentikan politiking Tuan Guru menyerang UMNO secara bertalu-talu sebagai seteru dan musuh politik.

Tiba-tiba di DUN Pematang Pasir Tuan Guru diserang oleh media milik UMNO. Dengan menyatakan orang-orang UMNO tidak dapat masuk syurga kerana mereka mengamalkan ajaran Islam dari Palestine. Media massa milik UMNO semalam merayakan serangan mereka dengan bergaya mengalunkan psaikologi. TPM dan Menteri-menteri kanan UMNO juga turut tertipu dan seronok dibuai dengan bola tangung yang dihidangkan untuk mudah melibas Nik Aziz dan PAS.

Benar atau tidak kenyataan Tuan Guru itu sudah tidak penting sekarang. Yang penting kini rata-rata ahli UMNO dan para pendokong UMNO serta pencinta UMNO marahkan Nik Aziz. Apa jua penjelasan Nik Aziz selepas ini sudah tidak penting. Saraf ahli UMNO tidak masuk syurga sudah mula masuk, sokongan dan simpati terhadap PAS mula dihakis. Bagi kumpulan tidak berparti yang berprinsip ala lalang akan turut bersimpati kepada ahli-ahli UMNO.

Oleh itu, pesanan Najib bahawa Tuan Guru kena jaga hati dan perasaan ahli UMNO telah dilanggari oleh Tuan Guru sendiri. Minda rakyat sekarang menyalahkan Tuan Guru kerana gopoh dalam berpolitik. Apa yang penting pusingan kemenangan adalah sebelah Najib. Permintaannya tempoh hari 'gagal' dipenuhi Tuan Guru, walaupun benda yang mudah. Justeru itu, bagi Najib dan UMNO semua permohonan Tuan Guru juga gagal dipertimbangkan atau dipenuhi kerana Tuan Guru lah yang terlebih dahulu melanggar perjanjian atau waadat antara Tuan Guru dan najib tempoh hari. Inilah alasan dan stategik politik UMNO. Semua benda dibuat dengan terancang dan kena dengan rancangan.

Akhirnya rakyat akan membuat keputusan UMNO adalah yang betul.

No comments: