Monday, July 04, 2016

PRU 14 semakin menarik

PRU 14 BAKAL DILAMBATKAN LAGI!!


Dengan tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepadanya.

Di lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN. 

Mendakwa Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah, bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai menambahburukkan lagi keadaan.

Kemudian, tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.

Dengan kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap akan dianggap sebagai wira.

Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah  lagi.

Dan nampaknya, tarikh pilihanraya juga tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini. (SH 04/07/2016).

Monday, May 30, 2016

PRK : Amanah - Sg Besar Selangor

Khalid Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak gentar dengan pertembungan tiga penjuru kerana mereka telah menjangkakan situasi berkenaan akan berlaku pada pilihan raya (PRK) Parlimen Sungai Besar menjelang 18 Jun nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tiga penjuru adalah satu situasi pasti harus dihadapi di Sungai Besar berikutan tiada kerjasama daripada Pas.
“Amanah dari kelahirannya telah tahu soal tiga penjuru ini satu kemungkinan dan masalah timbul apabila Pas mempunyai satu sikap keras kerana tak mahu bekerjasama.
“Kalau Amanah tak ada, tiga penjuru tetap akan berlaku sama ada dengan BN, Pas, DAP atau PKR,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pertembungan tiga penjuru hanya membawa keuntungan kepada BN.
“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.

“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada Amanah atau Pakatan Harapan,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, Amanah akan meletakkan calon yang benar-benar layak dan memberi keuntungan kepada Pakatan menjelang PRK di Sungai Besar nanti.

“Bagi Amanah, kita akan usahakan kemenangan tetapi sama ada yang terbaik dalam kemampuan atau sebaliknya hanya secara praktiknya PRK sahaja yang dapat menentukannya.

“Setakat ini, tak ada siapa yang mampu meramalkan apa keputusannya nanti kerana tiga penjuru yang akan berlaku nanti adalah perkara baharu,” katanya.

Sabtu lalu, BN mengumumkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon, manakala Pas pula menamakan Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai individu yang bakal mewakili parti itu untuk merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

Amanah pula dijangka mengumumkan calon pilihan pada Rabu ini bagi melengkapkan senarai pertembungan tiga penjuru.

Saturday, May 21, 2016

Tumpang cerita MSO: Hadi dan M Sabu


Friday, May 20, 2016

Kalau saya jadi Mat Sabu dan Hadi Awang.

PANDANGAN


Mat harus berani dan bijaksana.
Kekesalan kepada kepimpinan parti agama Pas hari ini dan juga cara berfikir pemimpinnya menyebabkan orang atas pagar, (mereka yang baru hendak berjinak dengan parti pembangkang setelah "tersendur" kesekian lama dalam kandang kerajaan), serta sebilangan anak muda menjadi serabut dengan politik.

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsa disambut dalam keadaan tidak menggembirakan, walhal kedua pilihan raya itu merupakan medan penglipurlara terbaik bagi mereka. Ulah dan sikap pembangkang yang tidak sekata dan saling menunjukkan keras kepala, menyebabkan orang atas pagar mual dengan politik "Keluarga 69" itu.

Perkembangan ini semua menjadikan minat umum sebelum ini yang terdorong untuk menumbangkan BN kerana tidak betah dengan telatah dan jenayah pemimpinnya jadi teralat. Apa mendukacitakan lagi, kekacauan dalam kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan malas untuk berpartisipasi seperti sebelum ini. Kurang ghairah untuk menanti dan menyertai pilihan raya kecil berkenaan.

Bolehkah keadaan ini, dan mood orang ramai yang serabut dengan ulah pembangkang ini dipulihkan, dan kedua pilihan raya kecil itu diselamatkan untuk jadi medan penglipulara kepada mereka yang anti BN dan Najib Razak? Atau tepatnya untuk melihat terlaksananya Deklarasi Rakyat melihat Najib tersembam?

Jawabanya boleh kalau pmimpin parti pembangkang masing-masing insaf, peduli, memahami kehendak dan naluri orang ramai khasnya mereka yang sudah mualloya dengan BN. Bagaimana caranya? Salah satu cara dan formula terbaik bagi saya, Pas dengan Amanah kena selesaikan dahulu pertikaikan mereka, perbalahan di antara kedua kumpulan seagama dan sebangsa bahkan sealiran (idealogi) ini dilengsaikan dulu. Pas dan Amanah perlu duduk dalam satu masjid atau surau. Mereka perlu kembalikan diri kepada akar politik asal mereka, bersaudara dan berukhwah.

Saya melihat geram dan marah Pas kepada Amanah mengatasi geram dan marah parti agama itu kepada DAP dan PKR. Ertinya yang bermasalah besar dan keras kepala di sini ialah Pas dan Amanah. Mereka seakan tidak berhenti daripada marah dan rasa dendam atas apa yang berlaku. Seolah-olah negara ini menjadi rebutan di antara mereka berdua dan bukannya rebutan dengan UBN.

Kedua-duanya harus faham dan menerima hakikat, apabila mereka sudah sah bercerai dan edah rujuk sudah habis, serta masing-masing sudah ada wadah, mereka perlu akur dengan keadaan dan suratan itu. Politik memang begitu. Pas kena redha dan menerima apa yang berlaku. Begitu juga dengan Amanah, harus menerima bahawa Pas adalah parti yang perlu dihormati. Amanah kena terima Pas sebagai kakak sulungnya manakala Pas pula menerima Amanah sebagai adik bongsu. Keperluan bagi kedua-dua mereka ketika ialah memperkukuhkan parti masing-masing dan menjaga kredibiliti di mata khalayak.

Amanah atau Pas tidak perlu lagi bergaduh dan saling mengatakan antara satu sama lain. Budaya takfir dan berbalas tembak hentikan segera. Mereka harus sepakat sebagai parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang satu untuk menumbangkan BN dan membebaskan rakyat dari hegemoni kekuasaan UBN. Amanah tidak boleh sangsi dengan azam Pas itu dan dalam masa sama Pas perlu membuktikan mereka ikhlas? Begitu juga Pas tidak boleh menganggap Amanah sebagai pengkhianat. Apabila Amanah sudah sah sebagai sebuah parti maka kewujudannya perlu dihormati dan diikhtiraf.

Baiklah di sini, dalam konteks untuk menjayakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan, saya ada formula bagaimana untuk meredakan keadaan, bagi tidak melihat Pas terus mengamuk terhadap Amanah dan berombak dengan prejudisme. Semisalnya kalau saya jadi Mohamad Sabu, presiden Amanah, saya akan mengistyharkan bahawa parti itu tidak akan menyertai di kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan. Amanah hanya akan membantu mana-mana calon daripada pembangkang, memastikan kerusi itu dirampas oleh pembangkang.

Amanah atau Mohamad Sabu jangan peduli apakah wakil pembangkang tadi daripada PKR, DAP atau Pas. Amanah hanya perlu memastikan penyokongnya memberi sokongan kepada calon pembangkang. Cara itulah dikatakan politik berkelas tinggi.

Tidak ada keperluan untuk Amanah ikut sama bertanding kalau dengan pertandingan itu menjejaskan harapan bersama. Kenapa Amanah perlu mengalah, tidak Pas? Kerana Amanah parti baharu. Pilihan raya itu bukan tempat untuk Amanah menguji pengaruh. Pengaruh dan kekuatan Amanah boleh diuji menerui melibatkan diri, membantu pilihan raya berkenaan. Itu sudah cukup.

Manakala sebagai membalas ketinggian budi politik Mohamad Sabu itu pula, molek kalau Pas juga membuat pengistyharan sama dengan menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR untuk berdepan dengan UBN. Jika saya Hadi Awang itu yang saya lakukan, cara itu menunjukkan akan akhlak dan keikhlasan Pas sebagai parti agama. Sekiranya kerusi itu diserahkan kepada PKR, harapan untuk pembangkang menang lebih besar, berpandukan kepada suasana dan senario yang ada. Fahamlah sendiri.

Kemenangan besar nanti akan memberi nilai tambah kepada pembangkang. Ia juga tentu akan memberi kesenangan kepada Pas dan cara ini boleh meredakan perasaan kedua-dua pihak. Dengan cara itu nanti dapatlah menenangkan keadaan salah faham dan "agah" di antara kedua pihak. Perasaan dendam dan marah di antara puak juga tidak timbul lagi. Perdamaian itu wujud apabila ada ketenangan dalam fikiran.

Apa yang lebih penting lagi kalau politik toleransi dan understanding begitu diamalkan, ia akan memulihkan mood orang atas pagar kepada pembangkang. Mereka akan memberi kepercayaan dan keyakinan semula kepada pembangkang seperti mana berlaku pada tahun 2008 dan 2013. Dan kepetningan orang ramailah yang perlu diutamakan bukan kelebihan mengeraskan "ken".

Bagi Amanah sebaik-baik usaha perlu dilakukan parti itu ialah membina mengukuh, melebar dan menguatkan akar tunjangnya bukan cuba menunjuk kekuatan menerusi pilihan raya kecil itu. Medan sebenar bagi Amanah ialah pilihan raya ke-14 nanti. Bolehkah? [wm.kl.11:10 am 20/05/16]

Tuesday, February 09, 2016

Malang negara dan rakyat negara ini, sebabnya ?

Apalah nasib rakyat negara ini. Salah kah rakyat dimaklumatkan. Terbaru Peguam Negara mahu mendaulatkan negara ini dengan cubaan memperketatkan undang-undang OSA. Isunya kerana terlalu banyak maklumat rahsia kerajaan dibocorkan kepada umum.

Salahnya kerana terlalu banyak rakyat tahu rahsia kerajaan. Dalam ilmu berkerajaan yang diajar dalam displin sains politik. Ada 12 perkara tanggungjawab kerajaan yang perlu kerajaan lakukan kepada rakyat.

Antara yang terpenting menjamin keadilan dan memberi kemakmuran kepada rakyat terbanyak. 

Entahlah kenapa dan mengapa peguam negara yang berkhidmat terlalu mahu lindungi negara daripada rakyat yang menegarakan negara ini. Kerana tanpa rakyat , tiudak akan lahirkan negara ini, apatah lagi pemimpin dan kepimpinan negara.

Jika benar dan diteruskan, episod malanglah kepada penduduk negara ini. Rakyat sudah tiada pilihan. Yang terbaik adalah mencari pimpin lain dan menukar kerajaan seid a ada dengan kerajaan lain.



Cadangan Peguam Negara ‘menggerunkan’
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali
SHAH ALAM - Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia kerajaan, hanya akan memburukkan lagi imej pihak berkenaan dan  BN.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan cadangan pindaan akta tersebut sangat menggerunkan.
"Ia akhirnya akan menimbulkan rasa marah rakyat. Cadangan itu harus diteliti sebaik mungkin oleh kerajaan kerana pihak yang terima kecaman dan label buruk adalah parti yang memerintah (BN)," katanya.
Menurutnya, pindaan yang memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan memperlihatkan negara ini sebagai sebuah negara kuku besi.

Md Shukri berkata, kerajaan perlu menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam suasana negara masih belum selesai dibadai polemik isu.

“Kalau diperhatikan, negara kita kini seolah-olah dilanda bah polemik dan persepsi terhadap imej kerajaan. Saya rasa jalan terbaik yang perlu diberikan perhatian adalah meredakan bah polemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri turut mempersoalkan tindakan Mohamed Apandi yang seperti sengaja mahu mempromosikan cadangan tersebut kepada awam.

“Cukuplah sekadar membincangkan idea itu dalam kalangan pentadbir dan pihak berkaitan, tidak perlu bawa kepada media dan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, tidak dinafikan tindakan membocorkan rahsia kerajaan atau negara adalah kesalahan serius di sisi undang-undang serta boleh mengancam keselamatan negara, tetapi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah sesuatu yang berat.

“Jika nak ubah, tidak perlu kepada perubahan akta, sebagai contoh etika kewartawanan dan kebocoran maklumat itu yang perlu diperketatkan,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, hukuman berat yang dicadangkan dalam pindaan OSA hanya sesuai dilaksanakan sekiranya kebocoran maklumat yang berlaku mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, tidak adil sekiranya hukuman berat itu dikenakan terhadap pemberi maklumat dalam kes yang melibatkan kepincangan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
“Jika pemberi maklumat (dalam kes ini) dikenakan hukuman berat maka ia akan menjadi seperti ‘membunuh' pemberi maklumat dan bukan pesalah. Ini tidak adil.

“Namun, hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan hanya sesuai dilaksanakan, sekiranya kebocoran maklumat rahsia itu mengancam keselamatan negara,” katanya.

Menurut Nik Ahmad Kamal, jika ada mekanisme pemberi maklumat yang kukuh dalam pentadbiran kerajaan yang baik, kebocoran rahsia rasmi tidak akan berlaku.
Katanya,  jika dilihat pada sejarah, kesalahan di bawah OSA tidak banyak melibatkan rahsia yang serius.
ARTIKEL BERKAITAN

Sunday, February 07, 2016

Entahlah Malaysia tanah airku !!


Entah lah dan kenapalah soal kesetiaan dibangkitkan. Walhal dalam Rukun Negara konsep kesetiaan yang diikrarkan adalah kepada raja dan negara. Rakyat teramai yang pernah ke sekolaah dan disekolahkan itulah 'ideologi' yang dipasakkan semenjak mereka ada dalam alam persekolahan di Malaysia.
Jadi kesetiaan kepada pemimpin yang berbuat kesalahan, kemungkaran, penyelewengan, pemusnahan harapan rakyat dan sebagainya. Di minta untuk ditaati. Jenis apakah manusia ini. Lebih malang yang bercakap dan berkata begitu adalah 'orang Islam' sendiri.
Rakyat makin tidak faham, dengan institusi-institusi dalam masyarakat menjadi demikian. Minta kita jangan salahkan tuhan ya..

Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016.
Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016.Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.
Rafidah berkata beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.
"TIADA SESIAPA perlu MEMINTA 'sokongan' untuk pemimpin sebagai INDIVIDU... Minta orang ramai menyokong PARTI.
"PARTI dan NEGARA TIDAK sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... tak kira TAHAP MANA SEKALI PUN," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di laman Facebook beliau malam tadi.
Rafidah menggesa pengkritik beliau berhenti menafikan wujud keretakan dalam Umno dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan kepimpinan negara.
Beliau memberi amaran, dunia sedang memerhatikan pemimpin negara ini dan membuat kesimpulan mereka sendiri. – 7 Februari, 2016.      
MENYUSUL LAGI



Saturday, January 16, 2016

Ini apaa punya tindakan politik penasihat ?

Pas nekad tanding tiga penjuru PRU14
Mahfodz
Mahfodz. Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Pas nekad untuk bertanding tiga penjuru berdepan dengan DAP dan Amanah pada PRU14 selepas parti Islam itu 'ditendang' dari Pakatan Rakyat, tahun lalu.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata Pas tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Amanah.
"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada Amanah. Kalau (Amanah) nak (pertahan kerusi) bertanding lah tiga penjuru.
"Kita tiada hubungan dengan DAP, jadi kita akan tandingi mana-mana kerusi yang dijangka boleh dapat kemenangan," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Usahawan Haraki di sini, hari ini.
Mahfodz juga berkata, Pas berpeluang bertanding kerusi lebih pada pilihan raya akan datang kerana parti Islam itu akan meletakkan calonnya di setiap kerusi yang ditandingi musuhnya.

"Bila Pas bersendirian, secara automatik kita akan bertanding lebih kerusi sebab kerusi yang ada Amanah dan DAP, kita akan bertanding
.

Ni yang PAS nak dengar ?


Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung
 Ahmad Atory Hussain
Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM - Pas akan jadi lebih kuat berbanding parti lain di negara ini sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas bersendirian kini selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.
“Namun begitu, tidak mustahil penyokong Umno yang kecewa dengan parti itu akan beralih arah menyokong Pas jika Pas tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.
“Saya yakin Pas akan jadi lebih kuat berbanding Umno dan Pakatan Harapan kerana kekuatan Pas sudah berjaya dibuktikan sebelum ini di mana Pas pernah menawan Perak, Terengganu, Kedah dan masih mentadbir Kelantan hingga kini,” katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Amanah tidak mampu menyaingi Pas kerana kedudukan Pas lebih kukuh dan persembahannya juga sudah diketahui umum.
“Walaupun Amanah diberi peluang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, ia tak mampu menjejaskan Pas yang ternyata masih utuh.
“Amanah parti yang baru nak bergerak, orang belum yakin dengan Amanah sebab belum tahu dia punya gaya persembahannya,” katanya.
Menurutnya, selagi Pas bersendirian dan tidak bergabung dengan mana-mana parti, pihaknya yakin Pas boleh menambah bilangan kerusi pada PRU14 termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka.
“Pas dilihat mempunyai pendirian kukuh apabila berkali-kali menyatakan pendirian bahawa mereka akan mempertahankan kerusi mereka daripada Amanah.
“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti antara Pas, Umno dan juga Pakatan Harapan.
“Pertandingan tiga penjuru ini nyata akan memberi peluang besar kepada Pas,” katanya.