Saturday, December 26, 2015

PAS yang semakin keliru dan mengelirukan ?

Pendirian politik PAS semakin keliru. Yang keliru bukan sahaja setakat pengikut dan penyokong bawahaan tetapi juga termasuk pimpinan pertengahan dan atasan. PAS kini dilihat semakin mengubah halatuju pendekatan politik iaitu daripada menjadi pembangknag dalam kumpulan pembangknag kepada menjadi penasihat utama kerajaan.

Yang makin keliru, PAS sendiri terhegeh-hegeh dan tersondol-sondol mengisytihar diri dan pendirian . PAS adalah parti penasihat, parti penyelamat. Malang lagi bila PAS mahu menjadi penasihat kepada sekumpulan penyamun. 

Lebih dikelirukan lagi, PAS menasihati dan mendakwahi pimpian atasan Umno. Bukannya ahli Umno. Jika ditanyai jawaban tetap pelbagai dan berbeda tetapi sentiasa dipihak yang betul.

Yang terkeliru, adalah para penyokong dan pendokong setia PAS. Selepas rakan sefahaman dihalau dan diceraikan, malah turut dirancuni dan disirami dengan 'cuka' selepas mengambil keputusan berpisah.

Semua di atas memberikan tassawur imej Islam yang dibawa PAS ..menjadikan islam lebih kepada islam PAS eksekulsif dan bukan inklusif.

Solusi, PAS kini melalui zaman kegerhanaan pendekatan. PAS perlu direbonding semula dengan membuat major service dalam saf kepimpinannya.





Pembangkang: Pas mahu jadi penyelamat

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi
SHAH ALAM - Tujuan Pas mahu menjadi pembangkang yang menasihat bukan untuk merampas kuasa daripada kerajaan sebaliknya untuk menjadi penyelamat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu ahli politik Pas yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada al-Quran dan Sunnah.
“Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
“Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat. Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, apabila beliau menegaskan Pas mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai yang terlalu bersemangat sehingga terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.
“Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu kembali memahami konsep nasihat seperti yang dianjurkan dalam Islam.
“Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta al-Quran,” katanya.
Beliau turut mengambil contoh pemimpin Islam terdahulu yang berdepan kuasa besar dunia seperti Parsi dan Rom tanpa menyerah kalah sehingga mati atau menang.
“Akhirnya kuasa paling besar, paling zalim dan keras jatuh dan tumbang. Berkonsepkan meruntuh jahiliah dan menegakkan Islam, bukannya menggantikan jahiliah dengan jahiliah,” katanya.
Katanya, perjuangan Islam tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang keras semata-mata dan selama-lamanya.
“Perjuangan Islam juga tidak layak dilaksanakan oleh kalangan yang malu menyebut Islamnya, lebih-lebih lagi pengecut menyebut Islamnya.
"Perjuangan Islam juga tidak layak kepada mereka yang menyerah kalah menghadapi kekerasan, atau menentang kekerasan dengan kekerasan tanpa sempadan. Atau terpukau dengan habuan jawatan dan harta sebelum menang dan selepas kemenangan, atau bermimpi seronok bersama Kabinet bayangan,” katany
a

Wednesday, December 23, 2015

Kepada siapakah ku mahu mengadu ?

Cerita dan derita kesengsaraan rakyat dibakulsampahkan serta dikesampingan. Apa yang pemimpin dan kerajaan buat seperti media pengampu laporkan . Semua kesalahan tersebut diletakkan kepada rakyat amnya dan individu berkenaan khasnya.

Episod keluhan CUEPACS adalah cuma sebahagian agenda awani yang mewarni cerita suka duka dicelah-celah kehidupan. Yang disensasikan kini adalah perpaduan Melayu islam bawah agend bersama Umno PAS.

"terpaksa laukan kerja sampinagan untuk cukupkan bekanja setiap bulan'- luahan hati kakitangan sebuah syarikat glc . masa bila pula masa untuk keluarga??



Makan nasi berlauk air garam
Makan nasi berlauk air garam
Siti Bedah bersama cucu-cucunya yang mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membiayai kelengkapan persekolahan.
KUALA NERANG - Nasi berlaukkan air garam sudah sebati dengan keluarga dari Kampung Rambutan, di sini, sejak enam tahun lalu.
Nenek yang menyara lima cucu ini, Siti Bedah Mat Ali, 62, berkata, kekangan hidup menyebabkan dia dan suami, Mohamad Mat Husin, 72, terpaksa menyediakan juadah berkenaan setiap kali terputus bekalan makanan.
Menurutnya, dia dan suami sudah enam tahun menjaga lima cucu mereka selepas anaknya bercerai.
"Saya dan suami perlu cari duit nak sara mereka. Tahun ini hanya empat orang yang bersekolah, tahun depan semua cucu akan bersekolah, bertambahlah perbelanjaan sekolah," katanya.
Siti Bedah berkata, dia buntu memikirkan nasib cucunya memandangkan musim persekolahan bakal tiba dan segala kelengkapan persekolahan belum lagi dibeli.
"Dulu suami ambil upah panjat pokok kelapa, sekarang dah tak boleh kerja kuat-kuat sebab ada penyakit.
"Kami kini hanya bergantung kepada sumbangan zakat dari orang ramai bagi membiayai perbelanjaan harian serta persekolahan cucu," katanya.
Dalam pada itu, dia pernah terlintas mahu memberhentikan persekolahan cucunya memandangkan tidak lagi mampu menyara perbelanjaan sekolah mereka.
"Saya pernah terdetik untuk berhentikan mereka, tapi memikirkan keputusan cemerlang diperoleh tiap kali peperiksaan, saya batalkan niat ini.
"Kami usaha juga cari duit sara mereka," katanya.
Warga emas ini merayu mana-mana pihak dapat membantu menyediakan kelengkapan persekolahan cucu-cucunya supaya dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rambutan, Zahari Che Omar berkata, pihaknya sudah pun menemui keluarga itu dan sedang berusaha mendapat bantuan kepada mereka.
Terkini, pihaknya sudah pun memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permohonan keluarga itu dalam proses kelulusan oleh pihak berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN


Monday, December 21, 2015

PAS Selangor bincang ?


SABAK BERNAM - Pas Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri bagi membincangkan pendirian parti itu tentang kerjasama dengan Umno demi perpaduan dan kemaslahatan Islam.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mencari kata sepakat berhubung kerjasama yang ingin dibentuk antara dua parti itu.

“Saya dimaklumkan satu atau dua hari ini, kita akan adakan mesyuarat di peringkat Pas negeri untuk kita bincangkan apa yang terbaik demi kemaslahatan Islam,” katanya.

Beliau berkata, Pas amat menyambut baik dari segi perpaduan Islam yang bukan saja dari segi politik, tetapi dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

“Kita sangat mengalu-alukan soal perpaduan Islam seperti yang dituntut dalam al-Quran. Tetapi dari soal politiknya, kita pegang kepada dasar Islam itu sendiri,” ujarnya.

Ditanya adakah hubungan Pas dan PKR mungkin terjejas dengan kerjasama itu, Ahmad Yunus berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu tetap kekal kukuh kerana dalam PKR juga mempunyai masyarakat Islam

Friday, December 04, 2015

Kenapa dan Mengapa PM sukar dijatuhkan ?

Ramai penganalisa politik amatur dan pro mengulas tentang isu ini. Ada yang membuat kajian masa depan tentang jangka hayat politik PM. Antaranya beliau akan terus kekal dan bertahan bersama UmnoBn.

Berbalik isu kenapa Najib sukar dijatuhkan. Mari kita ikuti pandangan penulis ini..

Buat masa sekarang, saya rasa nak ikut nasihat Prof Hamka yang saya baca dalam tulisannya supaya kita orang biasa tak perlu bercakap dan membuat rumusan pada perkara yang kita tak tahu duduk perkara sebenarnya, dalam isu yang menyentuh kepimpinan negara atau kerajaan.

Orang biasa seperti saya sebenarnya tidak ada akses maklumat yang sebenar berkenaan apa yang berlaku terhadap kepimpinan negara atau kerajaan. Jadi apa yang patut kita buat adalah lihat, dengar dan cuba memahami sebaik mungkin sebelum membuat sebarang kesimpulan atau hukuman.

Sebab itu saya cuba mencari fakta berbeza dari pihak yang menolak Datuk Seri Najib, yang boleh dijadikan bahan untuk mempertimbangkan kedudukan beliau dari sudut pandang saya sebagai orang biasa.

Di sini saya tampalkan 5 hujah oleh pihak yang berada dalam kedudukan menyokong Datuk Seri Najib untuk bacaan dan pertimbangan pembaca. Selepas baca ini, agaknya adakah anda rasa Datuk Seri Najib telah diserang secara berlebihan...?

5 hujah kenapa Datuk Seri Najib perlu kekal jadi PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib. 

Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
  1. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014. 
    • Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian. 
  2. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. 
    • Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh. 
    • Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998. 
  3. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi. 
    • Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
  4. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam. 
    • Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
    • Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri? 
  5. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
    • Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun. 
Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. 

Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini. Wassalam,

Amin bin Yatim 
Petaling Jaya

Friday, October 23, 2015

APA JADI DENGAN BAJET NAJIB...?

Nampak PM Najib syok sendiri, ditengah-tengah keluhan dan kegelisahan rakyat. Kali ini, selepas isu GST, 1MDB, Derma RM2.6 billion, terbaru kenaikan tol



Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
22 OKTOBER 2015
Bajet 2016
Bajet 2016

ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.
Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

“Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

“Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada.

“Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang.

“Walaupun kerajaan kata tak naik, hakikatnya sebelum-sebelum ini apabila tol naik, minyak naik, harga barang akan turut naik. Jadi, kerajaan kena prihatinlah pada masalah rakyat sekarang ini.

“Pada masa sama, kerajaan tidak menerangkan kepada rakyat ke mana hala tuju duit tambahan itu. Saya rasa kerajaan perlu memberitahu kepada rakyat nak guna duit tambahan itu di mana. Barulah rakyat faham dan boleh memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, sekiranya kandungan Bajet 2016 mampu meredakan masalah dan kesengsaraan rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup, ia mungkin bakal mengubati perasaan rakyat yang tidak cenderung dengan pemerintahan Najib.

“Saya fikir beliau akan mengambil kira bahawa Bajet 2016 ini penting untuk menentukan bagaimana persepsi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Sudah tentu beliau akan mengambil langkah dan strategi-strategi yang dapat meredakan rungutan dan sungutan rakyat.

“Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tidak akan menambah teruk lagi persepsi rakyat terhadap beliau,” katanya.

Meskipun rakyat sedang ‘kepanasan’, namun beliau berkata, ia tidak dapat dinafikan bahawa rakyat tetap menanti kadar BR1M dinaikkan susulan daya beli mereka yang sudah menurun.

Katanya lagi, langkah terbaik yang kerajaan boleh ambil ialah mendengar rintihan rakyat dan mengambil tindakan konkrit dengan menyalurkan balik wang yang telah dikutip itu kepada rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Manakala, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat lebih menantikan penyelesaian segera kerajaan terhadap kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menangani isu kejatuhan mata wang.

“Sekarang ini dengan keadaan tol naik, minyak naik, duit jatuh, perkara ini (pengagihan hasil GST) orang dah tak pandang dah.

“Mungkin ada segelintir yang pandang tapi ramai yang lebih risaukan keadaan sekarang ini. Daripada 

Saturday, September 19, 2015

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah - analisa MSO

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah
KESIMPULAN

Tanggal 16 September gigi saya sudah tidak "berona" lagi. Saya boleh makan dan menghayati kehidupan seperti biasa. Justeru pada tanggal itu sepatutnya saya hadir pada mana-mana program politik. Dan pada tanggal itu ada dua event politik berlangsung di negara kita.

http://1.bp.blogspot.com/-6pB9y_2YR5Y/VftzA8ABqFI/AAAAAAAAXrA/8RzPZHp4uog/s320/Amanah%2B-%2BAbbas%2BAzmi2.jpg
Ahmad bersama Ghani Shamsuddin dan Lim Kit Siang.
Pertama, majlis himpunan baju merah. Kedua, majlis perlancaran perdana parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun gigi saya tidak berona, saya tidak menghadiri kedua-dua majlis itu kerana pada tarikh itu saya tidak berada dalam negara. Kalau saya ada dalam negara, meskipun tidak ada jemputan khas, saya pasti hadir.



Malam tadi seorang pemimpin tertinggi Amanah menelefon saya bertanya, apakah saya mendapat jemputan rasmi atau tidak. Saya memberi tahunya walaupun saya tidak menerima perkhabaran, tetapi saya tahu tarikh bersejarah itu. Seorang penulis kecil dan tua seperti saya akan memantau setiap sudut dan jerung mencari peristiwa untuk dirakamkan. Saya apolegetik kerana berhalang untuk menyaksi kelahiran bersejarah partinya.

Kedua-dua peristiwa itu penting kepada kedua-dua pihak yang menganjurkannya, dan penting juga untuk dinilai oleh masyarkat seluruhnya. Himpunan baju merah adalah untuk membalas himpunan baju kuning Bersih 4. Motif himpunan itu bagi menunjukkan sokongan kepada perdana menteri Najib Razak yang dianggap telah dihina dan terhina oleh himpunan Bersih 4.

Kejadian pemijakan gambarnya (Najib) bersama gambar seorang presiden parti semasa himpunan Bersih 4, itu dijadikan alasan, walhal kejadian memijak gambar itu jauh daripada perasaan cemuh kepada PM itu yang bersarang dalam hati rakyat negara ini.

http://4.bp.blogspot.com/-CeWUbGLvLuA/VftzAwumYTI/AAAAAAAAXrI/ZXvKNJDR5s4/s320/Amanah%2B-%2BAbbas%2BAzmi.jpg
Antara barisan kepimpinan Amanah dan jemputan.
Himpunan baju merah dianggap berjaya dan ia disifatkan sebagai kebangkitan orang Melayu. Saya kurang pasti kebangkitan apa? Kalau himpunan Bersih 4, kenapa ia dihadiri lebih 150,000 dan dihimbau oleh10 juta rakyat Malaysia (dalam matemetik saya), ialah kerana rakyat berasa marah dan gelisah dengan beberapa isu yang berlaku dalam negara gara-gara kelemahan dan "kecakduhan" kepimpinan yang ada.
http://3.bp.blogspot.com/-CsbxTBFkJj8/VftzA3WfqqI/AAAAAAAAXrE/hDhDdAWDxr0/s320/Amanah%2B-%2BRohana%2BHana1.jpg
Dewan IDCC penuh sesak pada hari perlancaran.
Kenapa Bersih 4 didominasi orang Cina ialah kerana mereka marah kepada kerajaan disebabkan beberapa polisi dan dasar diperkenalkan yang membebankan mereka. Paling jelas ialah pelaksanaan cukai GST 6 peratus, dan serentak itu juga kejatuhan mata wang Malaysia disamping berlakunya berbagai sandal keangan, dimana isu-isu ini menganggu urusan hidup mereka, duniawi. Orang Cina sangat terkesan mengenai dua isu ini dimana ia menjejaskan kehidupan mereka (perdagangan). Smentara orang Melayu begitu apolegetik terhadap apa juga isu sehingga mereka sanggup dimamah kebejatan.
http://2.bp.blogspot.com/-8vQ-amWsGE8/VftzBtJrOhI/AAAAAAAAXro/J2ccCL9J3L4/s320/Amanah%2B-%2BRohana%2BHana2.jpg
Artis Aishah antara menyertai Amanah.
Itulah sebab utama kenapa orang berarak dalam Bersih 4. Disamping itu mereka menuntut ketelusan dan keadilan daripada pemerintah yang masih tidak berlaku adil dan saksama dalam beberapa hal terutamanya menyekat hak asasi manusia yang dijamin agama dan undang-undang. Paling khususnya ialah proses pendemokrasian di negara ini menerusi sistem pilihan raya.

Tetapi dari juring mana pula himpunan baju merah dianggap sebagai kebangkitan Melayu? Apakah dengan hanya jumlah yang berarak dalam himpunan itu tidak sampai 1 juta ia dianggap satu kebangkitan? Jumlah Melayu yang hadir, itupun diupah dan diangkut tidak sampai pun 1% daripada jumlah Melayu yang bermukim dalam negera ini.

http://4.bp.blogspot.com/-kVI5uzg0lEk/Vft_9YZLsdI/AAAAAAAAXsA/h7CJtsEdiwQ/s320/Amanah%2Bazizah.jpg
Dr Wan Aizah hadir sama merai perlancaran Amanah.
Dan apakah Melayu bangkit kerana marah kepada himpunan Bersih 4? Kalau begitu jelas, himpunan baju merah, disamping mempertahankan Najib, mereka juga mempertahankan (status quo) dalam kerajaan hari ini. Mereka tidak setuju dengan apa yang dituntut Bersih 4; pilihan raya adil, kerajaan yang telus dan kerajaan yang bertanggungjawab. Ertinya himpunan baju merah itu bersubahat dengan kebejatan kerajaan mengikut tafsiran Bersih 4. Himpunan baju merah tidak terperasaan apa-apa dengan skandal yang menimpa negara seperti 1MDB dan juga penyonglapan dana RM2.6 billion ke dalam peribadi Najib.

Sekarang ini berlaku dakwa mendawi di antara satu sama lain. Apa yang agak menonjol dan menjadi pernilaian ialah jumlah peserta memberi hitungan jaya atau gagal himpunan berkenaan. Pihak pengajur baju merah mengatakan himpunan mereka disertai 250,000 orang, dan ada juga mendakwa ianya sampai sejuta orang. Tetapi angka daripada polis mengatakan 35,000 orang sahaja. Polis mungkin mengecilkan angka itu bagi tujuan keselamatan?

http://3.bp.blogspot.com/-FOzmKTVEnsM/VftzC1neAiI/AAAAAAAAXrg/nElxcO-QX0Q/s320/Baju%2Bmerah3.jpg
Peserta himpunan baju merah diangkut dengan bas.
Sebenarnya tidak ada masalah dari segi angka, seratus ribu atau pun satu juta. Yang paling penting atau menjadi penilaian rakyat ialah kualiti dan signifiken kepada himpunan itu. Itu yang penting dan perkara itu yang patut diargumentasikan. Natijah dari kedua-dua himpunan itu perlu dilihat yang mana ia lebih memberi kebaikan kepada rakyat dan tidak menguntungkan segelintir orang sahaja.

Rakyat akan bertafakur dan memberi bintang kepada himpunan yang membawa faedah untuk semua. Apakah himpunan baju merah, yang dilihat mempertahankan dan cuba membaiki maruah Najib Razak, atau pun himpunan Bersih 4 yang berhimpun menyatakan aspirasi dan kehendak rakyat?

http://4.bp.blogspot.com/-DD68Jb4WPjQ/VftzBylVifI/AAAAAAAAXrU/8as02M1s-PQ/s320/Baju%2Bmerah.jpg
Aksi di perarakan baju merah.

Kita tidak boleh terpedaya dengan warna dan dakwan dakwaan penuh retorik. Itu tidak menjadi kudis gatal buat kita. Misalnya kalau tujuan baju merah hendak pulihkan imej Najib yang berpolot dengan skandal, ia tidak akan terpulih juga kerana imej Najib yang sudah rosak teruk dan kuat berbau. Isu-isu yang membelenggu Najib kini persis mata golok yang akan diletakkan dileher lembu pada pagi Aidiadha kelak, dimana bila-bila masa golok itu akan menghiris urat temoratnya. Pembelaan dan selawat untuk menyelamatkan Najib adalah sia-sia sahaja dan akan ditertawakan oleh lembu yang cerdik.

Jadi kalau maksud himpunan baju merah itu untuk membela Najib ia tidak berjaya. Kegagalan ini menunjukkan rakyat sudah kenal dan tahu siapa Najib dan mereka tidak sedia mengepongnya, melainkan orang yang sanggup menjadi hamba dan diupah dengan secubit tembakau darat dan seguri garam berbuku sahaja.

Parti Amanah Negara

Kita tinggal himpunan baju merah, kini kembali kepada satu lagi upacara yang saya kira cukup bersejarah. Acara itu ialah perlancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah). Majlis itu berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Khabarnya lebih 4,000 yang hadir memenuhi dewan indah berseri Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman (IDCC) di Shah Alam, Selangor.

Malam tadi saya sempat menonton rakaman majlis itu melalui kilk video yang berdurasi lebih satu jam. Saya dapat bayangkan betapa meriah dan bersemangatnya majlis berkenaan. Kalau melihat rakaman sahaja ia sudah meremangkan bulu roma, mungkin kalau hadir sendiri secara live ia boleh menarik kita untuk sama-sama melaung dan bertakdir kemudian mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah.

Majlis itu dijalan dan berjalan dengan penuh profesional. Melihat kepada persembahan dan aturcara dan pengisiannya, motaj-motaj di sepanjang majlis itu jelas mereka yang mendokong atau pun bersimpati dengan Amanah adalah dari kalangan profesional yang menguasai bidang IT dan mempunyai ketrampilan hebat seperti parti-parti yang sudah berjanggut panjang dan berkuku hitam. Bayangkan dalam masa begitu singkat, tidak sampai sebulan, ianya berjaya diadakan dengan tersusun, kemas dan penuh impektif.

Paling merujakan saya, dan ini meremangkan bulu roma ialah apabila mendengar lagu parti tersebut. Saya kiranya judulnya Amanah. Seni kata lagu disusun begitu indah sekali dan sesuai pula dengan rentak dan iramanya. Irama lagu Amanah itu sendiri sedarhana dan melambangkan kerterbukaan, profesinalisme dan kebertanggungjawab Amanah sebagai penjaga amanah rakyat. Ketulusan juga terserlah dalam irama lagu itu akan kehambaan Amanah untuk menjadi wadah baharu rakyat.

Dengan perlancaran perdana Amanah itu,  kini terbinalah sebuah rumah baru bernama Amanah yang amanah, progresif dan peduli, untuk didiami oleh bekas-bekas pimpinan Pas yang dinafikan jasa dan pengorbanan mereka. Mereka akan menggunakan rumah itu sebagai wadah penerus perjuangan mereka untuk Nusa dan Bangsa. Sesaui dengan rumah baru ia dalam proses pengemasan, perabut dan aksesori lainnya akan diisi, dan laman akan dihiasi dengan lanskap yang mengikut citara raya rakyat negara ini yang cintakan damai dan mahukan perubahan.

Jika Amanah itu diibaratkan sebagai sebuah rumah, ianya kini baru berdiri rumah ibu, yang kemudian akan diperkembas dan diperluaskan dengan serambi. Iya kalau boleh dibilang serambi, rumah Amanah baru ada tiga serami. Arif, yang bertindak menjadi pasukan melaksanakan kerja-kerja berkebajikan kepada masyarakat dan parti.

Pasukan Peguam, yang mempunyai 100 orang peguam yang menjadi pembela dan penujuk ajar dalam hal-hal berkaitan dengan perundangan negara dan juga kebebasan dan hak-hak asasi manusia.

Manakala serambi atau sayap ketiga ialah Nunji 15, yang dianggotai oleh cerdik pandai Islam dan bertindak menjadi penggabung Amanah dengan semua pihak. Nunji15 juga merupa pengumpul atau penyambung cerdik pandai Islam dengan Amanah bukan sahaja dalam negara tetapi diluar negara juga demi melanksanakan amanah kepada jagat.

Sudah tentu tiga serami ini akan dikembangkan menambah beberapa serambi lain, yang akhirnya membentuk Amanah sebagai sebuah rumah yang cantik, kemas dan selesa untuk semua orang mendiaminya.

Kehangatan dan penerimaan Amanah ini sebagai wadah baharu juga jelas apabila dalam tempoh tidak sampai sebulan parti itu sudah berjaya mengumpulkan seramai 30,081 orang ahli dan memiliki 105 bahagian atau pun kawasan. Kemampuan mengumpul ahli seramai ini dengan kawasan hampir separuh daripada 222 kawasan parlimen menandakan Amanah diterima oleh rakyat negara ini.

Rakyat negara ini dari semua lapisan dan juga kaum tidak perlu meragui akan keupayaan tuan ataupun pendokong ruamh ini. Mereka terdiri daripada orang yang sudah terlatih dan terjui jiwa perjuangannya. Mereka juga berpengalaman dan orang yang tidak akan berhenti dari berjaung sehinggalah kedua belah mata mereka tertutup rapat.

Seperti mana ketahui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diamanahkan untuk menjadi Presiden, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub diamanahkan memegang jawatan timbalan presiden, sementara bekas Ahhli jawatankuasa kerja Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa sebagai Naib Presiden bersama bekas timbalan presiden IKRAM, Hasanuddin  Mohd Yunus.

Manakala bekas Timbalan Ketua Muslimat, Dr Mariah Mahmud diamanahkan memegang jawatan ketua wanita sementara Sany Hamzah sebagai ketua pemuda.

Sesuai dengan dasar yang diguna pakar amanah iaitu Islam, maka dua ulama telah dilantik menjadi penasihat Amanah. Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang sebagai penasihat sementara bekas Setiausaha Agung Wamy, Abd. Ghani Shamsuddin sebagai timbalan. Kehadiran kedua ulama inilah juga memberi kekuatan dan keyakinan kepada umum bahawa Amanah adalah sebuah parti Islam dan Amanah meletakkan ulama ditangga teratas.

Kehadiran Amanah dalam celah celah kemelut politik negara dan saat rakyat dibedal pelbagai isu menyenakkan jiwa diraikan oleh parti-parti pembangkan utama negara PKR dan DAP. Pada hari perlancaran perdana itu Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir bersama pemimpin PKR yang lain.

Antaranya, Naib Presiden Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP Antony Low dan lain-lain.

Kepada Amanah diucap selamat, semoga amanah sepanjang masa dengan penuh progresif dan peduli. [wm.kl.qq:37 am 18/09/15] 

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI PEMBANGKANG DARI PENYOKONG TANPA PARTI

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI PEMBANGKANG DARI PENYOKONG TANPA PARTI

Sebenarnya sumbangan penyokong tanpa parti bagi meraih kemenangan sesebuah parti politik adalah jauh lebih besar bilanagnnya berbanding dengan ahli parti. Berikut adalah sekeping surat terbuka sebuah kumpulan pengamal media sosial yang menamakan diri mereka Jebonesta. Yong perturunkan tanpa edit.

Pemimpin, tolong baca dan nilaikan:

5 mins · Edited · 

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI

17 September 2015

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP)

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (PAN)

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG BARU

Keputusan pilihanraya bukan hanya ditentukan oleh ‘orang politik’ sahaja, tetapi orang-orang yang tidak berparti adalah merupakan golongan yang membentuk pecahan paling besar daripada seluruh pengundi dan sangat mempengaruhi keputusan di semua kawasan pilihanraya. Jadi, sebarang anggapan yang memperkecil, meremehkan atau membelakangkan terus pandangan orang yang tidak berparti dalam membuat sesuatu keputusan politik bukanlah suatu tindakan yang bijak atau boleh memberi keuntungan kepada parti.

Orang yang tidak berparti tetapi menjadi penyokong Pakatan Rakyat lebih ghairah untuk menumbangkan UMNO jika hendak dibanding dengan orang politik yang memegang jawatan dalam parti. Kerana mereka tidak ada apa-apa kepentingan. Harapan mereka cuma mahu melihat pemerintahan yang baik, telus, tidak rasuah, tidak menyeleweng, tidak menyalah-gunakan kuasa, tidak mengumpul kekayaan negara untuk keluarga dan adil terhadap rakyat, itu saja!

Berbeza dengan orang yang memegang jawatan, tidak kira di peringkat nasional atau di peringkat cawangan. Samada calon mereka kalah atau menang dalam pilihanraya, tidak banyak beza pada mereka. Mereka tetap boleh terus bermain politik di dalam parti atau dalam pakatan. Tetapi tidak bagi orang atas pagar. Mereka tidak suka berparti. Mereka lebih senang menjadi penyokong yang kuat. Bahkan harapan mereka lebih tinggi dan semangat mereka lebih kuat untuk menumbangkan UMNO kalau nak dibandingkan dengan orang politik. Mereka menyokong PR secara keseluruhan, bukan bersikap asobiyyah yang lebih mementingkan parti sendiri sahaja. Mereka tidak suka terlibat dalam permainan politik dalaman. Sebab itu mereka lebih senang berada di luar parti. Jangan kita lupa, golongan tidak berparti ini mewakili 90% dari jumlah keseluruhan pengundi.

Dalam PRU-13 yang lalu, majoriti orang yang mengundi adalah atas sentimen Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Pihak PR sendiri telah menetapkan strategi satu lawan satu. Orang yang tidak berparti lebih melihat pilihanraya umum ialah medan untuk memilih Perdana Menteri Malaysia, samada Anwar Ibrahim atau Najib Razak. Orang-orang atas pagar itu mengharapkan sebuah kerajaan yang baik dan telus. Ramai pengundi memilih calon PAS atau PKR atau DAP adalah atas dasar menyokong PR untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO. Itu saja.

Apabila sesuatu kawasan itu ditandingi oleh calon PAS, maka PKR dan DAP tidak meletakkan calon. Penyokong PKR dan penyokong DAP juga akan mengundi calon PAS, atas dasar Pakatan Rakyat, bukan sebab mereka sudah jadi orang PAS. Pengundi atas pagar pula, kalau mereka mengundi PAS pun, atas sentimen Pakatan Rakyat nak tumbangkan Barisan Nasional. Tidak boleh dikatakan mereka sudah masuk PAS dan menjadi orang PAS.

Jadi, berdasarkan senario itu, bolehkah kita tentukan berapa orang sebenarnya pengundi PAS, berapa orang pengundi PKR dan pengundi DAP dalam satu-satu kawasan parlimen?

Kalau pun boleh dikira berapa orang ‘pengundi PAS’ dalam PRU-13 yang lalu, apakah boleh diandaikan bahawa sokongan pengundi pasti tidak boleh berubah atau beralih arah dalam PRU-14?

Jadi, atas dasar apa tuan berfikiran bahawa PAS masih diperlukan dalam pakatan pembangkang kerana sebahagian besar pengundi Melayu adalah pengundi PAS? Sekadar bertanyakan pendapat beberapa orang responden dan kebetulan pula responden itu ialah pengundi tegar PAS, maka adakah tuan merasakan hasil kaji-selidik itu tepat dan wajar dijadikan asas petunjuk dalam merangka strategi politik?

Kak Wan, Guan Eng dan Abang Mat,

Orang mengundi calon PR dalam PRU-13 yang lalu adalah kerana mereka mahu Anwar Ibrahim jadi PM. Mereka tidak mahu Najib. Mereka sudah tolak BN. Mereka lebih percayakan Anwar dan Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang adil dan telus. Mereka memerlukan seorang Perdana Menteri yang baik dan berkemampuan. Kalau calon PAS yang diletakkan bertanding di kawasan mereka, calon PAS lah yang mereka undi. Kalau calon PKR, undi PKR lah, begitu juga dengan DAP…. Tidak patut timbul soal mereka itu pengundi PAS, PKR atau DAP, kerana yang pasti mereka adalah pengundi Pakatan Rakyat. Anwar berjanji, kalau PR memerintah, kerajaan akan menurunkan harga petrol, pendidikan percuma, PTPTN dimansuhkan; mereka menyambut janji itu dengan penuh harapan dan turut membantu sebarang usaha untuk menumbangkan UMNO…. Inilah sebabnya kenapa PR dapat undi yang tinggi dalam PRU-13 lalu…. Bukan sebab kehebatan jentera PAS atau PKR atau DAP…. Jentera parti hanya sekadar memeriahkan suasana pilihanraya semata-mata… Orang mengundi bukan kerana terpesona dengan jentera parti.

Jadi, atas alasan apa tuan merasakan PAS masih diperlukan dalam pakatan pembangkang yang baru? Pakatan yang lama hancur disebabkan kerenah Presiden PAS, sekarang mahu buat pakatan baru, lagi mahu ajak PAS? Sejak pilihanraya 2008, PAS tidak berhenti-henti cuba menikam PR dari dalam, berulangkali melakukan khianat, berunding dengan UMNO secara senyap-senyap, tidak menghormati PKR dan DAP, melanggar keputusan mesyuarat, memburukkan Anwar Ibrahim, menentang DAP secara terbuka dengan memainkan sentiment agama dan kaum; apakah tuan merasakan perlu untuk terus bekerjasama dengan parti seperti PAS? Kenapa..? Adakah kerana tuan hanya mementingkan politik tuan semata-mata, tanpa perlu memikirkan perasaan sebahagian besar pengundi yang telah banyak terluka dengan tindak-tanduk PAS selama ini?

Tidakkah tuan mahu mendengar suara hati pengundi tidak berparti yang menjerit dan melolong ingin memberitahu ‘Jangan berpakat apa-apa dengan PAS…! Kami menolak PAS secara total…! Kami sudah hilang kepercayaan kepada PAS…! Kami telah bersedia untuk pertarungan 3 penjuru…. Tiga penjuru adalah lebih baik dari dua penjuru yang ada PAS di dalamnya…. Kalau berpakat dengan PAS, PR 2.0 akan kalah sebelum masuk gelanggang lagi…. Sebelum pilihanraya pun, PR telah kalah, paling akhir pun pada hari penamaan calon. Samada berada di dalam PR atau di luar PR, PAS tetap akan tindan calon….. Kalau tragedi di hari penamaan calon PRU-13 lalu tidak kita jadikan pengajaran dan peringatan, apa lagi kebaikan yang boleh kita ambil dari kejadian tindan calon itu?

Berperang dengan musuh secara berdepan lebih mudah dari menghadapi ‘musuh dalam selimut’ yang menikam dari dalam. Jadi, biarkanlah PAS berada di luar PR…. Penyokong yang berada di luar parti, sebahagian besarnya berkata : “Kalau PAS ada sekali dalam PR 2.0, aku akan tutup buku politik dalam diari hidup ku, dan aku tidak akan mengundi dalam PRU”…. Itu kata sebahagian besar dari penyokong PR yang berada di luar parti, setakat yang saya dengar…. Hampir semuanya mengucapkan perkataan yang sama….. Tidak percaya lagi kepada PAS, tidak setuju PAS sertai pakatan baru, kalau ada PAS, semuanya tidak mahu ambil tahu hal politik lagi.

Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih.

Abe Awang Malaya
b/p Jebonesta

********************

Walaupun pengamal media sosial adalah sekumpulan warga siber yang bebas, pemimpin parti politik pembangkang jangan sekali-kali meremehkan pandangan mereka.

SUDAH DIJANGKA (SINAR HARIAN)

Pengamal media sosial (Facebooker) mungkin tidak memiliki ijazah dari universiti terhebat di dunia. Tetapi pergerakan mereka yang selalunya anonymous memberi mereka ruang dan peluang untuk menyelinap dan mengetahui khabar-berita dari kem-kem yang berlawanan lebih awal dari berita rasmi.

Facebooker pro-pembangkang bergerak dengan enjin sendiri - tanpa imbuhan dari mana-mana parti politik. Mereka hanya didorong oleh semangat yang tinggi untuk menumbangkan hegenomi parti politk yang selama ini menyusahkan rakyat. 

Pemimpin AMANAH, PKR dan DAP jangan anggap ini hanya ugutan budak-budak yang main facebook. Setiap seorang facebooker memiliki pengikut yang ramai. Secara konservatifnya, jika seorang ada 1000 friend/pengikut, dan jika ada 100 Facebooker, jumlahnya sudah menjadi 100,000! Bagaimana jika 1,000 Facebooker?

Facebooker rata-rata adalah golongan yang muda. Sebagai non-partisan, mereka melihat kepada prestasi yang diharapkan. Jika mereka melihat prestasi sesebuah parti itu HOPELESS (tidak boleh diharap), mereka akan melangkah pergi. 

Bayangkan apa akan terjadi jika mereka pergi membawa sekali pengikut-pengikut mereka di alam siber?

PEMIMPIN JANGAN PERLEKEH KUASA PENGAMAL MEDIA BARU