Monday, October 31, 2011

Elton John : SOP hiburan PAS mana

Menarik dan tertarik dengan SOP bagi kehadiran Elton John ke Genting sikit masa hari lagi. DPP khususnya PAS dipersoalkan kerana tiada KPI atau Standard Ukuran pertunjukan melampau atau tidak terlampau oleh artis Barat ke Malaysia.

Zaman sudah berubah Pemuda PAS perlu menyiapkan SOP dan edarkan kepada umum. Inilah bentuk-bentuk standard piawaian kita. Jika kita buat SOP maka bagi penulis semua filem Barat tidak dapat masuk ke dalam negara kita.

Maka inilah yang ditakuti oleh Dr Asri, kerana PAS akan meniru caragaya Taliban dari pengurusan negara.

Bagiamana terlintas di kepala Dr Asri PAS meniru atau nergerak ke arah Taliban, mungkin inilah pemikiran beliau.

Bagi kita yang tidak terdedah dan mendapat dan pernah ke Barat mungkin SOP kita adalh mudh, tetapi mereka yang pernah mendapat pendidikan di barat akan melihat PAS daripada semua sudut, kerana mereka terdedah dengan hidup dan kehidupan di barat.

Di Barat ada nilai-nilai nya yang jauh lebih etrbuka dan maju daripada kita ini. Itulah persepsi dan pandangan mereka yang pernah melawat Barat.

Apa pun pemuda PAS kena meraikan semua pandangan, garis panduan hiburan kerajaan Kelantan hendaklah di bawa sebagai SOP bagi masyarakat kita.




Artis Ikut Sahaja Dengan islam, Penguasa bagaimana ?

Sapa kata nak tunggu semua orang faham Islam barulah boleh islam betul-betul dilaksanakan. Islam kena dilaksanakan beransur-ansur dan pelan-pelan. Tu kata depa..

Bagaimana pula dengan yang di sebelah ini, sebenarnya yang tidak mahu bukannya artis di Malaysia tetapi penguasa Malaysia sendiri yang ada kuasa kerana dia takut bersebab..

Artis-artis di sebelah tiada masalah dengan tatacara Islam, sebab dia pun sebahagian daripada Islam.

Tiada pekik lolong golongan ini dengan Islam, tetap menerima seadanya, malah berbangga lagi tu....siap berposing


Sunday, October 30, 2011

Bolehkan Umno patuh dengan tidak mempolitikkan isu air ?

Bolehkah kita semua percaya dengan Umno ? Selagi namanya Umno jarang sangat ia akan mematuhi apa yang perlu dipatuhi. Sebab dalam diri Umno ia akan memperalatkan apa sahaja demi kepentingan kuasa dan kekausaannya.

Buktinya, terlalu banyak tidak perlu disenaraikan sebagai contoh pemalsuan kad pengenalan yang dianugerahkan kepada bukan warganegara.

Cukup memalukan apabila 'rakyat asing' bersama-sama membuat keputusan politik dan penentu politik dalam negara kita. mereka menjadi penentu kepada maa depan rakyat ini.

Apaa yang rakyat perlu perhati dan tunggu lagi ...

Jangan politikkan isu air - MWA




KUALA LUMPUR - Jangan mempolitikkan isu air! Itu kata sepakat yang dipersetujui dalam forum Persatuan Air Malaysia (MWA) bertajuk Water Has No Value di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Ahli-ahli forum berpendapat isu air perlu ditangani secara jujur dan mengelakkan kepentingan politik kerana bimbang kesannya melibatkan pengguna yang terpaksa memperoleh kualiti bekalan air yang rendah dan tercemar.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang (gambar) berkata, jika pertimbangan politik menjadi tumpuan utama dalam isu air, maka pengurusan air yang tidak seimbang dan lestari akan berlaku.

"Hal-hal berkaitan air perlu dipisahkan daripada kepentingan politik di peringkat kepartian kerana ia melibatkan masyarakat dan pembangunan negara.

"Jika isu ini dipolitikkan, akhirnya yang menjadi mangsa adalah pengguna yang terpaksa mendapat kualiti air yang rendah," katanya selepas forum itu di sini kelmarin.

Perbincangan selama dua jam itu melibatkan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Ir. Shahrizaila Abdullah, bekas Presiden MWA, Datuk Ir. Wan Ngah Wan Ali, wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Azmi Abdul Hamid, Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Ir. Jaseni Maidinsa dan Presiden Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang, Prof. Chan Ngai Weng.

Selain pertimbangan politik, Zaini yang bertindak sebagai moderator pada forum itu berkata, kadar tarif air di negara ini juga perlu dilihat semula dan kaedah baharu harus dicari.

"Kita harus mencari kaedah baharu supaya tarif yang lebih sesuai dikenakan. Kenaikan tarif ini tidak bermakna kita akan membebankan pengguna tetapi bagi menentukan bekalan air dan kelestarian industri perkhidmatan air serta seluruh sumber air dapat dimajukan secara lebih terancang.

"Perkara berkaitan tarif juga harus diberikan penjelasan yang jelas dan jangan mengambil kesempatan apabila nak dinaikkan tarif bermakna sesebuah kerajaan seolah-olah mahu mendera rakyat," katanya.


SURAT TERBUKA MANTAN KSJ

Surat bekas ketua jabatan siasatan jenayah Bukit Aman kpd PM



"Mat Zain bin Ibrahim,
20hb.Oktober 2011

Kepada,


YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

Assalamualaikum wbt.

Yang Amat Berhormat Dato Seri,

RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.

1. Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.


2. “Putrajaya stands by refusal to charge AG”, “Up to judiciary to act on plagiarist judge”. Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysianinsider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011.Kedua-duanya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.

3. Sesungguhnya,saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri.Pendirian sebegini tidak konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di-Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.

4. Untuk menyegarkan ingatan YAB Dato Seri,kepada isiu salah laku jenayah melibatkan Gani Patail khasnya, dan Musa Hassan,saya ringkaskan fakta-fakta material kepada perkara dalam persoalan, supaya menyenangkan YAB menilai semula tindakan-tindakan saksama,yang sepatutnya telah lama diambil.

Sejarah pembabitan Gani Patail dalam salahlaku.

5. Dakwaan-dakwaan terbaru pembabitan Gani Patail dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah, berkaitan pemergian beliau menunaikan Haji di-Mekah, besama dengan seorang proksi Tan Sri Tajuddin Ramli,dan kemudiannya dikatakan menerima sogokkan daripada Syarikat Ho Hup, bukanlah sesuatu yang aneh atau memeranjatkan.

6. Pembabitan beliau dalam melindungi perbuatan salahlaku jenayah, salahguna kuasa dan korupsi, melibatkan harta dan tunai sehingga mencecah ratusan juta ringgit, olih beberapa orang kenamaan,tokoh-tokoh korporat terkemuka ,dan pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan, telah bermula sejak awal tahun 90’han lagi. Antaranya seperti berikut dibawah.

Kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik.

7. Dalam tahun 1994 Badan Pencegah Rasuah,berjaya memperolehi keterangan prima facie, terhadap TS Rahim yang dikatakan telah mengumpulkan harta berjumlah lebih kurang RM 40 juta,sejak 1989, menerusi penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

8. BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara, telah merangka 4 pertuduhan jenayah terhadap TS Rahim.Tiga pertuduhan adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah dibawah Ordinan 22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970,manakala satu pertuduhan kerana kesalahan membuat Statutory Declaration palsu yang dikatakan berlaku di-Pejabat Perdana Menteri, dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

9. Gani Patail sendiri yang membuat “endorsement” keatas dokumen siasatan dan pertuduhan-pertuduhan, yang telah dirangka itu pada 10.6.1994.

10. Bagaimanapun tidak ada satu pertuduhan pun dikenakan keatas TS Rahim. Malah caramana harta dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM 40 juta itu dilupuskan olih Peguam Negara, menjadi tanda tanya sehingga kehari ini.

11. Saya tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai pertuduhan rogol seorang gadis bawah umur yang dikenakan keatas TS Rahim dalam tahun 1994 yang kemudiannya ditarik balik olih Peguam Negara.

12. Perkara yang wajar saya tonjolkan disini ialah, Pakar perubatan yang digunakan untuk memeriksa TS Rahim dalam kes rogol ini, ialah Dr.Abdul Rahman Yusof, iaitu Pakar yang sama yang kemudiannya digunakan olih Gani Patail untuk membuat beberapa keterangan palsu dalam insiden mata-lebam tahun 1998, yang akan saya jelaskan dalam perenggan yang akan menyusul.

Kes-kes Tan Sri Rafidah Aziz.

13. Pihak BPR juga pernah menyiasat mantan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) ini.Mereka berjaya mengumpulkan keterangan prima facie untuk membuktikan TS Rafidah terlibat dalam beberapa kesalahan salahguna kuasa atas sifat Menteri MITI untuk memperuntukkan saham-saham bumiputera kepada menantu beliau Fazrin Azwar bin Mohd.Noor sekitar 1993 dan 1994.

14. BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah merangka sejumlah 5 pertuduhan salahguna kuasa dibawah Seksyen 2(1)Ordinan No:22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970.

15. Gani Patail sendiri yang telah membuat “endorsement” pada 14.3.1995 keatas laporan siasatan dan deraf pertuduhan yang dicadangkan.Bagaimanapun TS Rafidah tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan pun.

Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.

16. Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isiu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995.Dokumen-dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan ‘pusingan pertama’ diantara tahun 1984 hingga 1991.

17. Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini,ialah surat-surat perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka,yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;

a)?Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim,saham Faber Merlin Malaysia Bhd.berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).

b)?Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 juga mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).

c)?Tan Sri Tajuddin Ramli pula,dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).

18. Ketiga-tiga surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan.Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan ‘pusingan pertama’ pada 15.3.1991.

19. Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan ‘pusingan kedua’.

20. Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini.Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.

21. Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta-fakta isiu ini sejak dari mula,memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.

22. Berdasarkan desakan semasa olih Rakyat, sekalipun YAB,tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan-dakwaan membabitkan Tun Daim, sekurang-kurangnya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.

23. Setidak-tidaknya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samaada wang tunai RM 70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.

a)?Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan..Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.

24. Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam ‘proses’ penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.

Pemalsuan dan penipuan dalam siasatan insiden mata-lebam.

25. Saya telah banyak mendedahkan salahlaku Gani Patail khasnya dan Musa Hassan dalam pemalsuan keterangan dan penipuan dalam kes mata-lebam, dan kes-kes berkaitan dengannya.Saya percaya taklimat lisan dan laporan bertulis saya kepada YAB Dato Seri, adalah lebih dari mencukupi menerangkan isiu ini.Fakta-faktanya tidak perlu diulang lagi.

26. Apa yang ingin saya ulangkan disini ialah, dakwaan pembabitan Gani Patail dalam penipuan dan pemalsuan-pemalsuan keterangan berkaitan DNA, dan beberapa laporan pakar dalam insiden mata-lebam dalam tahun 1998 adalah benar dan betul dan bolih dibuktikan dalam Mahkamah.

27. Perkara yang ingin saya tekankan juga ialah, mengenai Pakar Forensik yang Gani Patail arahkan untuk menyediakan 3 laporan pakar yang palsu dalam peristiwa ini,iaitu Dr.Abdul Rahman Yusof.Beliau adalah Pakar yang sama yang telah digunakan untuk membuat pemeriksaan keatas TS Rahim Thamby Chik dalam kes rogol gadis bawah umur 1994.

a)?Sama ada kejadian ini merupakan suatu kebetulan sahaja,ataupun ianya adalah konspirasi jenayah berterusan antara Gani Patail dan pihak-pihak tertentu untuk sesuatu tujuan dan niat bersama mereka, tidak bolih diperkecilkan.Fakta yang tidak bolih ditolak ialah,Gani Patail,Dr.Rahman dan TS Rahim dipercayai telah kenal antara satu sama lain sejak 1994 lagi.

b)?Umum maklum TS Rahim menyimpan dendam terhadap Anwar, sejak beliau diminta untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994 dan mendakwa Anwar sebagai puncanya.

c)?Gani Patail pula dikatakan menyimpan dendam terhadap Anwar, yang dikatakan telah menyebabkan gambar percutian Peguam Negara,Allahyarham Mohtar Abdullah bersama dengan Tan Sri Vincent Tan dan V.K.Lingam keluar Negara dalam tahun 1995/1996,didedahkan kepada umum.

d)?Sementara Dr.Rahman pula berada dalam tekanan ketika itu,kerana sedang dalam siasatan pihak Polis, diatas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap seorang Doktor lain,dan menanti keputusan Peguam Negara sama ada akan dituduh atau sebaliknya.

28. Mungkin dalam dakwaan-dakwaan salahguna kuasa yang lain,Gani Patail bolih melepaskan diri, dengan berselindung disebalik Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kuasa mutlak Peguam Negara.Namun begitu, dalam perbuatan mereka keterangan-keterangan palsu dalam insiden mata-lebam,beliau tidak ada jalan keluar.

29. Biar apa pun kaedah digunakan,sama ada menerusi perlantikan semula Panel Bebas,RCI ataupun ditubuhkan Tribunal sekalipun,hasil siasatan mereka akan tetap sama. Produk pemalsuan dan penipuan yang beliau lakukan dalam bentuk 3 laporan Pakar berjumlah 65 muka surat, tidak bolih disembunyikan. Perlembagaan tidak memberi perlindungan kepada Peguam Negara, sekiranya beliau melakukan sesuatu kesalahan jenayah.

30. Saya percaya YAB Dato Seri sedar akan hakikat ini.

Perbincangan dengan YAB Dato Seri bulan Oktober 2008.

31. Sebagai menunaikan permintaan YAB Dato Seri, saya telah hadir memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, di-Pebabat Menteri Kewangan pada 23.10.2008 jam lebih kurang 1030 pagi.Ketika itu YAB masih lagi Timbalan Perdana Menteri.

32. Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi.Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan dalam perkara ini.

a)?Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya;“Memang salah untuk memalsukan keterangan.Walaupun bolih jadi tujuan Gani ( merujuk kepada Gani Patail) adalah untuk menolong IGP (merujuk kepada mantan IGP,Tan Sri Rahim Noor),membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan.”

b)?Komen terhadap Musa Hassan pula,YAB menyatakan antara lainnya, “Saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.Saya rasa beliau (merujuk kepada Musa Hassan) bolih melepaskan diri.”

33. Selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara perlantikkan “Panel Bebas “ dengan PM (merujuk kepada mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi) olih kerana YAB mengatakan tidak tahu menahu mengenai perlantikkan Panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut..

33(a). Seterusnya YAB turut memperakukan,dakwaan terhadap Gani akan dibawa bincang dengan penasihat-penasihat YAB untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil keatas beliau ,kerana dikhuatiri bolih menjejaskan kes Saiful ( saya percaya merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes Sodomy II). YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes “Saiful” adalah “bagus”.Saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

34. Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes Sodomy II, serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut.

Pendirian berat sebelah.
35. Saya sedar saya tidak layak untuk menegur seorang Perdana Menteri dalam apa hal jua pun.Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

36. Bukan sahaja undang-undang Negara mewajibkan saya untuk bercakap benar,malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar, walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.(Surah An-Nisa 4:135)

37. Saya menyatakan bahawa YAB Dato Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada Rakyat jelata dan Kakitangan Awam, dalam penguatkuasaan Keadilan Awam.Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut Rule of Law dengan berpegang kepada perinsip “No one above the law “.

Amalan pendakwaan berpilih.

38. Kerajaan bersedia membawa kemuka pengadilan kakitangan awam semua peringkat,darpada setinggi Ketua Setiausaha Kementerian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan, sehinggalah kepada kakitangan peringkat terbawah apabila melakukan sesuatu kesalahan.

39. Kerajaan juga bersedia mengenakan pertuduhan kepada seorang Ketua Polis Negara, sehingga menjatuhkan hukuman penjara keatasnya ,apabila beliau didapati melakukan jenayah,tanpa mengambil kira jasa yang beliau telah sumbangkan.Ramai lagi Pegawai dan anggota Polis berbagai peringkat, yang telah dikenakan hukuman dan beberapa yang lain yang sedang dibicarakan.

a)?Malahan seorang Pegawai Kanan dan seorang L/Koporal Polis sedang menanti untuk digantung sampai mati, semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang yang dikatakan sahabat YAB.Rayuan mereka pula sengaja dilengahkan.

40. Apabila seorang pesara Tentera berpangkat Brigadier General, tersilap ketika memberi keterangan di-Mahkamah Kota Kinabalu dua tahun lalu,Kerajaan tanpa lengah,menahan beliau serta merta dan mengenakan pertuduhan jenayah kerana memberi keterangan palsu.

41. Kerajaan juga bersedia mengambil tindakan terhadap semua peringkat Rakyat tanpa mengira umur,jantina dan keturunan walaupun kerana kesalahan-kesalahan yang remeh.

42. Tetapi apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Gani Patail sendiri,pendirian YAB menjadi lemah dan lesu seperti tidak bermaya. Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salahguna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

43. Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata Rakyat untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman undang-undang .

Mengapa Kerajaan enggan bertindak.

44. Ramai menyatakan bahawa YAB Dato Seri,enggan bertindak terhadap Gani Patail, kerana bimbang kononnya beliau akan membongkarkan rahsia kes bunuh Altantuya Shaaribuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.Tidak kurang pula mengatakan bahawa sebarang tindakan terhadap Gani Patail akan memusnahkan sama sekali kredibiliti kes Sodomy II.

45. Saya berpendapat rakyat membuat kesimpulan sebegini adalah berdasarkan fakta setakat yang mereka lihat dan ketahui serta percaya.Mereka berhak keatas pendapat masing-masing.Kita tidak bolih menyalahkan keadaan ini atau mengatakan mereka silap.

46. Dalam hal sama, saya berpendapat, YAB Dato Seri dan Kerajaan, akan sedaya upaya mengelak daripada mengenakan sebarang pertuduhan jenayah terhadap Gani Patail.

47. Perkara yang sangat dibimbangi olih Kerajaan ialah, pembuktian salahguna kuasa, penipuan, pemalsuan dan rasuah terhadap Gani Patail akan secara otomatik membuktikan juga, bahawa Kerajaan telah melakukan salahguna kuasa,penipuan,pemalsuan dan rasuah sejak 1990 lagi.

48. Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad,TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990,yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu,bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang-kurangnya semenjak itu.

49. Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura,malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan ‘air muka’, maruah dan kedaulatan Negara.

Penutup.

50. Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu,boleh diterimapakai olih Mahkamah Antarabangsa,saya percaya, tiga keping surat perakuan daripada tiga Tan Sri pada tahun 1990 itu,dan tiga laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan “mengatasi” semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.

51. Secara peribadi saya berpendapat, dokumen-dokumen yang dimaksudkan diatas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990.Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa,rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini,bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu BangSURATsa atau Agama.

Salam sejahtera.

Yang benar,


t.t.

(Mat Zain bin Ibrahim).

20.10.2011."

Negara menuju kehancuran, banyak salah urus wang negara peringkat menjijikkan

Tenat dan parah itulah dua patah perkataan dan bahasa rakyat yang wajar diberikan kepada pengurusan kewangan kerajaan masa kini.

Pendedahan laporan audit negara terhadap bebeberapa buah agensi melihat sungguh memalukan dan mengaibkan negara dengan kepincangan pengurusan kewangan sedemikian rupa.

Undang-undang sistem penghukuman serta agensi penguatkuasa dalam negara terus muram dqan gagal melaksanakan amanah bagi tujuan pencegahan.

Negara sedang menuju kehancuran dan bakal muflis dalam masa terdekat.

Ini kerana mereka yang melakukan kerja-kerja jahat ini sudah tidak gerun dan mengeruni terhadap undang-undang sedia ada. Kerana mereka sendiri memang duduk di atas undang-undang dan bukan bawah undang-undang.

Pembongkaran demi pembongkaran berita-berita seumpama ini memberi banyak kesedaran dan ingatan kepada rakyat. bahawa negara kita gagal diurus dengan baik, amanah yang rakyat berikan telah dikhinati.

Pemugaran dan pemunggahan khazah negara secara luar biasa dan cukup menjijikkan.

Rakyat perlu sedarkan penguasa yang ada, kita mahu rakyat hukum mereka, segera jatuhkan kepimpinan dan penguasa yang ada.




Saturday, October 29, 2011

SPR semakin kartun, kerja bukan Untuk Rakyat ?

SPR semakin nampak melakukan kerja-kerja gilanya, cadangan undi pos diperlebarkan kepada skop segmen displin pekerjaaan media, perubatan, penerbangan dan carigali minyak.

Cara fikir dan terfikir oleh Pengerusi SPR selepas pembangkang semakin melonjak menghampiri kerusi-kerusi parlimen mencemaskan tuannya umno Amni Bn.

Tindakan terdesak ini, mahu dilaksanakan terus pada PRU13 akan datang ini. Cara melalui mencadangkan kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya yang baru dilantik oleh parlimen sikit masa lalu.

Curiganya Umno kerana pengekalan kuasanya semakin hampir ditamatkan. Jika cadangan ini dilksanakan maka menanglah kembali Dun di kawasan bandar-bandar besar seperti Ipoh , p Pinang dan sebagainya.

Kita tahu ini semua beralasan mahu mengekalkan kuasa dan kekuasaan melayu. Biarpun pendedahan audit baru-baru ini, kerajaan hilang kawalan dengan perbelanjaan boros dan luarbiasa semua agensi kerajaan.

Teguran audit hanyalah sekadar report biasa, repor kita kepada pihak penguatkuasa yang mana mereka sendiri gagal mengambil tindakan kepada diri mereka sendiri.

Justeru rakyat, harus segera menyatakan bantahan melalui Himpunan BERSIH 2.0 dan Kini kita sarankan Himpunan bERSIH 3.0 disegerakan.





SPR perluas undi pos


ABDUL AZIZ (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai pengurus dan pegawai pengurus pilihan raya negeri pada program taklimat PRU-13 di Ipoh semalam.


IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.

“Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.

“Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.

“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya.

Beliau berkata, SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang.

Friday, October 28, 2011

Nasib Rakyat Malaysia ...

Beginilah nasib rakyat di malaysia ...... yang dapat anugerah RM250 juta bagi Projek Lembu Feedlot tak apa pulak..

Maksudnya kita bukan bermaksud menyokong perlakuan segi moral dan akhlak pelaku yang melakukan kesalahan melenyapkan wang yang diamanahkan kepada nya. Moralnya salah dan kesalahan tetap salah, hukuman bukan bermakna ia harus dilepaskan

Amil lesapkan wang zakat diburu

PEJABAT Majlis Agama Islam Johor di Johor Bahru melantik Redzuan (gambar kecil) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya.


JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.

“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

LAPORAN AUDIT : Jadi-jadilah ?

LAPORAN AUDIT tahun demi tahun, prestasi perbelanjaan kewangan semuaa jabatan agensi kerajaan GLC tidak ada yang dapat dibanggakan.

Adalah cukup memalukan dikala semua pentadbir dan ketua pentadbir seluruh agensi jabatan GLC beragama Islam serta berbangsa Melayu.

Pendedahan Harakah laporan berita harakah sudah cukup kepada kita melihat fakta dan data-data yang disedut terus daripada laporan berkenaan.

Penulis masih tidak lupa blogger sahabat sedikit masa dahulu membariskan 63 isu sejak zaman Dr M memegang tampuk sehingga kini, wang negara hampir bangkrut.

Perbelanjaan dan ketirisan yang cukup menakutkan, undang-undang yang ada gagal langsung menakutkan mereka para penguasa.

Seorang pencuri me segera dan selipar disebuah pasaraya terhukum dan dihukum dengan undang-undang negara.

Rakyat semakin celik dan melihat hari ke hari. Kita memberi ingatan kepada penguasa yang ada jangan sampai rakyat kita bangun dan bangkit seperti mana apa yang ada sebelah dunia arab.

Sedarlah dan insaflah, patut dan padanlah.. maka jadi-jadilah ...

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

azlanDaripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan

Wednesday, October 26, 2011

Kuasa dan Gila Kuasa: Perkasa yang memasamkan

Apabila pertubuhan peribumi perkasa Malaysia (PERKASA) bawah pimpinan Ibrahim Ali hanya berkisar soal politik kerusi kuasa . jelaslah pertubuhan ini tidak nampak ke arah mana Melayu dan bangsa Melayu dalam negara ini mahu diperkasakan.

Cara berfikir dan didikan pemikiran Ibrahim Ali tidak jauh berbeda dengan orang Umno berfikir dan memikirkan nasib mereka.

Kemelut bangsa Melayu yang parah dalam semua segmen kehidupan amat jelas dalam negara majoriti melayu. Sepatutnya Perkasa dapat membantu Umno memacu hidup dan kehidupan Melayu lebih baik dan menjadi baik.

Nampaknya Perkasa berusaha mengambil peranan Umno, dan melakukkan kerja-kerja parti Umno sahaja. Justeru janganlah kita terlalu mengharap dan harapkan sangat dengan perkasa.

jelas kenyataan presiden perkasa hari ini, terjawab dan tergambar sudah cara berfikir dan apa yang ada dalam pemikiran puak-puak perkasa.

Ini semua menambah kecacamarbaan politik melayu dan kemelayuan dalam negara.





Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

"Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

"Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia," katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

Tuesday, October 25, 2011

UIA tarik balik pergantungan Aziz Bari

Suara rakyat adalah suara keramat, selepas mendapat bantahan bertalu-talu akhirnya UIA dengan terpaksa atau dipaksa menarik balik pergantungan terhadap Prof Aziz Bari iaitu seorang tenaga akademik di universiti berkenaan.

Pergantungan dibuat selepas Aziz Bari mengeluarkan kenyataan dan memberi pandangan terhadap Al Sultan selangor DE berhubung serbuan penguatkuasa JAIS membeuat serbuan ke sebuah gereja di Damansara tempoh hari.

Justeru pengamal media milik Umno meletakkan kenyataan Aziz Bari sebagai seorang rakyat yang menjadi penderhaka keapada Sultan.


Laporan Malaysiakini.


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONESelepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

TPM masih pertahan fitnah anak Guan Eng ramas buah dada

Keberanian luarbiasa TPM yang tetap mempertahankan kenyataan nya bahawa anak Ketua Menteri P Pinang mencabul hasil pendedahan blogger Umno memasuki fasa baru.

Ibu kepada mangsa yang dikatakan telah dicabul, akan membuat tindakan saman ke atas para pemfitnah. Maka keberanian luarbiasa blogger Umno untuk memusnahkan reputasi Lim Guan Eng akan memakan diri.

MCA pula mengambil sikap lepas tangan dan enggan bersubahat sama dengan Umno. pengakuan terbuka dan penafian terbuka kepada media menjadikan Umno semakin terkedu dan panik.

Sasaran dan serangan yang nampak kena pada mulanya kini, mengundang bahaya. Sementelahan pula PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat. Selepas kes ini para pengundi Cina semakin menjauhi MCA dan nampak tahap kebencian meluap-luap. Kemarahan masyarakat Cina bahawa MCA telah menjadi alat dan kuda tunggangan Umno sejak dulu membungkamkan lagi kemarah mereka. Kemarahan ini akan mereka terjemahkan melalui peti undi. PRU 12 telah membuktikan kepada kita 'selera' pengundi Cina cukup berbeda dengan pru-pru yang lepas.




Isu Anak Guan Eng Diputar Belit Media Alternatif - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataannya berhubung isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Sabtu lepas, telah diputar belit oleh beberapa media alternatif.

Katanya beliau tidak berniat untuk mengheret hal-hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik tetapi sebaliknya hanya memberikan saranan supaya pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tomahan berhubung isu itu.

"Sebenarnya saya tidak hendak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog. Untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya.

"Tetapi ia sudah diputar-belitkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya sama ada Timbalan Perdana Menteri bersedia menarik balik kenyataannya berhubung isu melibatkan anak Guan Eng itu.

Sabtu lepas, Muhyiddin telah menyarankan Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya memandangkan penafian tidak mencukupi.

Muhyiddin berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Guan Eng yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Kenyataan Muhyiddin itu kemudian mendapat reaksi daripada pemimpin pembangkang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai maksud tersirat.

Muhyiddin berkata beliau sendiri tidak menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan sebelum ini kerana beliau tidak bertanya kepada sekolah itu mengenai insiden tersebut.

"Saya tahu dalam semua media alternatif banyak (kenyataan) ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan hal lain yang tidak ada kena mengena. Saya tidak kata dia (anak Guan Eng) bersalah. Saya tidak ada masalah tetapi masyarakat membuat penilaian lain.

"Kalau tidak ada, apa yang YB Ipoh Barat (Lim Kit Siang) bimbangkan ," katanya.-BERNAM

Monday, October 24, 2011

Manusia boleh dinilai dengan cara matinya ia

Minggu ini fokus berita adalah memaparkan serta memuatkan secara detail tentang tumpasnya Muamar Gadafi pemimpin Libya atau Singa Libya yang berkuasa selama 42 tahun. Adalah satu penguasaan kuasa yang cukup luar biasa.

Ramai yang memberi pandangan sisi berhubungnya. Mana-mana pemimpin pun jika penguasaannya terlalu lama akan membawa caca marba, jika tiada agama (ISLAM) sebagai pemandunya. Ataupun manual kerjanya bagi mencapai visi dan misi pemerintahannya.

Jasanya kepada rakyat Libya tetap ada, tetapi dosa dan onar terhadap rakyatnya juga tetap ada. Bagi mereka dan keluarga mereka yang terlibat sahaja yang fahami dan tahu duduk dan kedudukan sebenar.

Bilamana kita saksikan rakyat bangun dan bangkit unjuk rasa tidak puashati secara besar-besaran ini menandakan populasnya sudah pudar, ini adalah tanda dan isyarat bagi beliau mengundurkan diri.

Beliau adalah manusia berani, maka keberanianya itu perlulah dibayar dengan nyawa. Gadafi mati dan masuk namanya sebagai koleksi manusia yang kejam. Seorang diktator dan matinya penuh kehinaan.

Natijahnya kita faham, bahawa manusia yang mati dengan penuh kehinaan bukanlah mereka yang dijulang jasanya.

Saturday, October 22, 2011

Husam: IPT Kelantan perlu tawar Prof Aziz Bari kerja October 22, 2011 KUALA LUMPUR,

October 22, 2011
Husam: IPT Kelantan perlu tawar Prof Aziz Bari kerja

KUALA LUMPUR, 22 Okt ― Kelantan disyor menawarkan peluang untuk berkhidmat di pusat pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri itu kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang kini berhadapan dengan tindakan berkuasa termasuk pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, kerajaan negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra),” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan.

Husam (gambar) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, “saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa tidak tamadun oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN.”

Katanya, tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan “kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.”


Oleh itu katanya, beliau berharap Aziz terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran.

“Dalam masa yang sama, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.


“Kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini,” kata beliau dengan merujuk kepada tindakan mengecam tindakan ke atas Aziz.

Beberapa pihak mengecam tindakan UIA manakala kira-kira 700 pelajar mengadakan demonstrasi di kampus induk universiti itu di Gombak semalam.

Kata Husam, “(Timbalan Presiden PAS) saudara Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.”

Bulan lalu Mohamad dihadapkan di mahkamah berhubung satu ceramahnya di Pulau Pinang berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong.