Tuesday, September 29, 2009

Rasmi Calon N 31 Bagan Pinang Isa Samad ?

Malam ini UMNo secara rasminya memilih Isa Samad sebagai calon N31 Kerusi DUN bagan Pinang Parlimen Teluk kemang sebagai calon mereka mewakili UMNO BN. Manakala calon PAS akan diumumkan pada malam ini (sebentar lagi) oleh Presiden PAS bagi mencabar kerusi yang dikosongkan berikut kematian ADUN nya tempoh hari.


SPR selaku agensi bertanggungjawab memilih 3 Okt 2009 Sabtu nanti sebagai hari penamaan calon dan pada 11 Sept 2009 hari Ahad pula sebagai hari pembuangan undi.


Dalam soal pemilihan calon UMNO kita bukan mahu masuk campur apa yang mahu dan hendak dilakukan oleh parti UMNO BN. Itu mereka punya pasal. Tetapi oleh kerana perkara ini membawa kesan secara langsung kepada rakyat maka menjadi hak kita juga untuk turut campur membincangkan perkara ini.


Bagi rakyat UMNo dilihat sudah 'rosak' UMNO rasuah, UMNO tidak bersih, jika mahu menipu masuk UMNO, jika mahu bersikap benar dan lurus masuk PAS. Maka atas legasi inilah maka Isa Samad diangkat sebagai calon yang bakal menawarkan diri di DUN berkenaan.

Pemilihan adalah baik bagi UMNO, tetapi cemar dan rosak bagi rakyat. UMNO baik kerana mereka mahukan kemenangan, sesudah kecundang dalam 8 siri pilihanraya kecil selepas PRU 12. Pemulihan imej UMNO amat dituntut, UMNO dahagakan kemenangan. UMNO juga melalui zaman sukar, sesudah 52 tahun melalui Zaman Kegemilangannya.

UMNO kini dihantu sindrom parti LDP Jepun yang ditolak 'total' oleh rakyat Jepun. Kebobrokan UMNO dengan semua kecelaruan menuntut perubahan dalaman UMNo. EGM menyusul selepas ini, sesudah pilihanraya Bagan Pinang. Ini adalah luar jangkaan kawalan UMNO.

Datangnya pilihanraya kecil adalah ketentuan Illahi mendahului perancangan dan tadbir manusia UMNO. Maka EGM UMNo bagi meminda agar UMNO mesra ahlinya dulu perlu didahulukan. Apa guna slogan rakyat didahulukan, tetapi ahli-ahli UMNO dikebelakangkan dalam UMNO dan perancangan UMNO. kemarahan ahli bawahan UMNO memgundang reaksi perubahan membuat pimpinan UMNO utama berfikir semula.




Nafsu kerakusan manusia mebelakngkan semua perkara ?

Bagaimanakah persoalannya prosedur lembu mahu di bawa keluar ke tempat-tempat awam. Kita di sini mahu membincangkan dari segi hukum dan peraturan yang disusun atur oleh manusia demi kesejahteraan mereka khasnya di bumi Malaysia. Dan sejauh manakah pematuhan manusia-manusia itu sendiri terhadap diri mereka sendiri serta sejauhmana kerakusan emosi dan tindakan perasaan mereka dengan membelakngkan semua perkara demi mencapai matlamat atau hajat kepuasan mereka buat seketika.
Setahu penulis sepanjang penglibatan berkawan dengan para penternak lembu kerbau. Sebelum seseekor binatang ternakan atau peliharaan mereka seperi lembu dan kerbau khasnya, mahu di bawa keluar daripada pusat pemeliharaan atau kandang sesuatu tempat maa penternak atau pengusaha itu mesti mematuhi beberapa perkara antara tindakan awal adalah membuat permohonan bertulis ke Jabatan Haiwan Daerah. Seterusnya antara sebulan paling lama ia diluluskan, sebelumnya pegawai haiwan akan membuat lawatan ke premis peliharaan melihat dan memantau kesihatan binatang tersebut. Setelah selesai tuan punya binatang diberi surat kebenaran memindahkan binatang berkenaan.

Ini adalah prosedur atau peraturan. Tetapi bagi kita di Malaysia semua dilanggar kerana 'pokok'nya UMNO semua boleh. Kenyataan ini kita kena tanam dan ingat. Segala-gala apa yang mahu dilakukan atas nama UMNO boleh sahaja, biarpun 1000 hatta 1 juta peraturan dibuat pun, jika atas nama UMNO ..boleh sahaja.

Maka jangan pelik dek kita, hari ini dilaporkan para penternak menggerakkan binatang peliharaan mereka ke Bangunan SUK Selangor gara-gara 'atas sikap membantah dengan ketidakcaknaan Kerajaan Selangor' terhadap nasib 2 penternak lembu di Selayang yang ditenggelami air dan mengorbankan lebih 100 ekor bintang ternakannya dengan aggaran kerugian rm 1/2 juta.
Justeru itu, di mana agensi yang terlibat , di manakah pula agensi pengiatkuasa khasnya PDRM . Dengan matlamat menjaga ketenteramaan awam, apa tindakan mereka kepada pemandu, pembawa lembu, penganjur yang membawa lembu. Di mana FBI UMNO, di mana..di mana.. jangan kerana semua UMNO ia dibolehkan ? Rakyat makin meluat ?

trend baru UMNO


Lembu, kerbau dibawa ke SUK: Ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah ladang ternakan mereka yang tenggelam di Sungai Kertas, Batu Caves pada 23 September lalu.

Lembu, kerbau dibawa ke SUK: Ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam   berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah ladang ternakan mereka  yang tenggelam di Sungai Kertas, Batu Caves pada 23 September lalu.

Isa Samad Calon BN Bagan Pinang

Isa Samad sah calon BN DUN Bagan Pinang N9

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi. Pilihan raya itu akan diadakan pada 11 Okt manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

PAS dijangka mengumumkan calonnya malam ini.

Antara Nik Aziz Kelantan dengan Dr M & UMNO Malaysia: Siapa perlu kebertanggungjawabana dulu

Serangan musuh Pakatan Rakyat iaitu UMNO Bn melalui media diteruskan lagi. Kini kembali giliran Kelantan yang sudah 19 tahun bawah PAS dengan kepimpinan ulama bawah TGNA selaku MB Kelantan.


Bagi mencari dan menghiglight masalah 'peribadi' Nik Aziz adalah NIL. Maka media bawakan kembali isunya MB Kelantan meminta Ibarhim Ali meletakkan jawatan gara-gara tindak tanduk nya yang gila talak kembali menyokong dan mengiakan tindak tanduk UMNO BN yang sememangnya menjadi musuh umpama Nabi Muhammad dan Abu Lahab.


Kelmarin selepas media menemui TGNA , beliau meminta supaya Ibrahim Ali meletakkan jawatan selaku MP Pasir Mas kerana mengikut sejarah Ibrahim Ali bertanding pada pilihanraya ke 12 lepas atas restu ihsan dan menggunakan lambang PAS. Justeru PAS dengan berbesar hati menerima 'kerjasama' Ibrahim Ali. kerjasama tersebut berjalan selagi mana tuan empunya diri tahu akan duduk dirinya itu.


Sebaliknya pada hari yang sama sebagai tindakan balas atas tidak sedarnya Ibrahim Ali akan kedudukannya itu. Beliau seorang politikus yang licik meminta dan menempelak Nik Aziz dengan kata-kata yang kurang menyenangkan para penyokong PAS. Iaitu meminta Nik Aziz yang sudah lama 19 tahun memerintah Kelantan serahkan jawatan dan letak jawatan bagi cabaran itu. Dengan hujah pengukuhan MB Kelantan tua, sakit uzur dan ditambah nyanyuk, surga neraka hak dia. Inilah kata-kata sinis yang sukar para penyokong PAS menerimanya. Macamlah Tun Mahatir mahu dikalungkan selipar yang mendapat reaksi meluas supaya tindakan diambil kepada perwakilan MIC, gara-gara Mahathir minta orang India menolak Samy Vellu.


Dan hari ini juga Dr M secara terbuka menyokong Ibarhim Ali dan membenarkan tindakan Ibarhim Ali itu atas apa yang dikatakan kepada Nik Aziz. Malah Dr M menempelak NIk Azizlah yang harus bertanggungjawab atas kemunduran rakyat Kelantan dan negeri Kelantan.


Moralnya UMNo dan pimpinan UMNO tidak perlu kan kebertanggungjawaban mereka atas tindakan mereka. Malah jika mahu diperbandingkan yang terkini kita mahukan pimpinan UMNO termasuk Dr M sendiri bertanggungjawab dengan PROJEK MEGA zamannya iaitu membina lumba FORMULA 1 Sepang yang membazirkan duit dan kahzanah negara.


Sepatutnya sebagai sebuah negara kerdil, kerajaan UMNO BN perlu mantapkan dulu pelaburan dalam pembuatan kereta nasional. Alang kah baiknya jumlah wang bagi Formula 1 oleh Petronas itu di buat kos R & D mempertingkatakan kualiti kereta nasional Proton. Kerana rata-rata kereta tersebut ada masalah, Sebagai contoh MB Terengganu Ahmaid Said enggan gunakan Perdana V6 kelauran Proton kerana masalah engin dan kos penyelenggaran tinggi dengan masalah uatam adalah engin dan gearboxnya.


Begitu juga dengan duit yang banyak bagi F1 itu, kajian R & D bagaimana dapat tingkatkan power window kereta proton yang bermasalah, walaupun kita baru sahaja membeli kereta tersebut dalam 1 tahun, sudah ada masalah.


Oleh itu, jika mahu minta kebertanggungjawaban Nik Aziz atas Kelantan, Kita juga mahu Mahathir dan menteri UMNO bertanggungjawab dengan permasalahan rakyat Malaysia dalam banyak hal termasuklah kenaikkan harga barang yang gila-gila dan sukar ditangani oleh kerajaan UMNO kini.

Sunday, September 27, 2009

islam jangan dijadikan mangsa atau dimangsakan

Melayan kerenah Ibrahim Ali (IA) adalah membazir masa. IA adalah kaki pengampu, Tindakan PAS kelantan itu bersikap lunak kerana strategi waktu itu memerlukan 'penglibatan' Ibrahim bersama dalam menjatuhkan UMNO BN.

tetapi takdir ALlah SWT mood rakyat yang memberi ledakan atau landaan tsunami politik merubah semua perncagan dan tadbir manusia. Justeru ditambahi dengan sikap IA yang kembali lunak mahu berjinak-jinak kembali dengan UMNO, IA patut dinyahkan, itulah resam politik.
Jangan salahkan PAS. Percaturan politik dan kaedah politik adalah tipu daya, selagi mana tipu daya itu tidak menyalahi syarak. Ruang itu selagi itu diharuskan. Sila kita jangan sempitkan islam. Jika tidak sampai bilapun Islam dan orang Islam akan dijadikan mangsa

Saturday, September 26, 2009

Selcat : Bila mahu dijelaskan dan memperjelaskannya ?

ISU SELCAT DUN Selangor mengundang perbalahan 'umum' sesama pimpinan Pakatan Rakyat. Isu nya adalah tiada pelarasan dan koordinasi. Maklumlah masing-masing negeri diperintah mengikut cara gaya sendiri.
Walaupun negeri Kelantan adalah negeri paling senior jatuh ke tangan pembangkang. Negeri-negeri yang lain 'enggan' mengambil contoh dan pendekatan Kelantan. Ini adalah dek kerana latar belakang dan suasana yang jauh berbeda sosio ekonomi dan budaya Kelantan dengan negeri-negeri lain.
Malah inilah yang boleh dijadikan hujahan sandaran bahawa 'tiada persepakatan' dan penjurusan secara bersepadu dek kerana baru, ubahsuai, penyesuaian, orentasi, memahami, belajar dan pelbagai alasan yang dapat mendewasakan mereka.
Saranan terbuka pimpinan Pakatan yang lantang adalah PAS di Selangor. Inilah cara gaya politik Pakatan yang boleh tegur menegur sesama mereka, dan diharapkan jangan sampai menghilangkan undi rakyat.
Oleh itu, jentera Penerangan dan Penyampian Maklumat Pakatan harus proakktif bagi memperjelaskan 'kemelut' ini, jangan senyap beri 'masa' yang menyelesaikannya.

Monday, September 21, 2009

Ulama kita mahu mendepani mempimpin perubahan, utamakan agenda bertindak

Melayan Sister In Islam (SIS) adalah membuang masaa sahaja. Apa pun reaksi Ketua Dewan Ulama yang melayan kerenah SIS melalui kenyataan Harakahdaily pada hari semalam. Berhubung SIS persoalankan hukuma ke atas modeling wanita Kartika yang minum arak dan telah dijatuhkan hukum sebat 6 rotan oleh Mahkamah Syariah Tinggi Kuantan
Sorotannya kita tidak mahu nampak melayan budak hingusan kerana kelompok sesat SIS cuma ada bebarapa orang. Mereka yang menerajui adalah cuma tidak seberapa, maka gegar kita bagi nak rak mengulasnya.
Sekadar kenyataan balas tanpa apa-apa tindakan tiada makna. Kita mahu sesuatu tindakan konkrit agenda bertindak, bukan sekadar kenyataan. Jika mereka tidak faham dan kita ajak dailog muzakarah minta penejelasan apa yang mereka tidak ejelas maka kita sebagai daie jelaskan. Soal mau terima atau tidak adalah bukan kerja kita. Maka medan dakwah kita perlebarkan, ulama kena agresif, barulah masa pemilihan kita dapat martabatkan insitusi ulama. Kini agenda bertindak, jika tiada cukup tenaga minta bantuan kumpulan profesionalisme, kan ramai tenaga dalam PAS. ke depan sekarang ? masa kita mendepani isu dan berhadapan dengan isu, kita memimpin perubahan ..

Sunday, September 20, 2009

OSA pula jadi bahan kawalan maklumat sulit kerajaan

Negara kita sentiasa dipagari dan dipenuhi dengan akta bagi menjamin kesejehteraan dan keamanan kerajaan yang sedia ada memerintah. Bukti dan gambaran perjalanan akta adalah unuk memberi input kpada rakyat pemerintah atau kerajaan sentiasa adil dan amat berlaku adil. Tindakan kerajaan yang adil adalah kemuncak menteri yang berkenaan membebaskan 6 tahanan ISA menjelang hari raya aidil fitri baru-baru ini. Kebetulan yang dibebaskan itu pula adalah rata-rata mereka yang beragama Islam dan mereka merengkok dalam tahanan mental ISA itu lebih 5 tahun.
Persoalannya adakan mereka itu sudah atau telah dipulihkan atau pun mereka itu juga sudah pulih. Ini adalah nilaian subjektif kepada penilainya. Maka nilaian ini hanya mereka yang berkuasa sahaja atau berkuasa sahaja berhak menilainya. Jelas akta ini adalah satu bentuk manipulasi yang terlalu subjektif dan amat relatif dari segi menghukum dn menilai hukumnya.
Apapun pemerintah yang ada amat popular bertindak bawah akta ini, dan mereka nampak memanfaatkan akta tersebut dengan maksimum. Mangsannya adalah kumpulan penentang legasi kerajaan yang ada. Impakknya ratusan individu ditahan tanpa bicara. Dan jelaslah mengundang ketidakadilan kepada para mangsa atau tersebut oleh kumpulan pemangsanya.
Kini Akta yang bakal diangkat sebagai pemagar keselamatan kerajaan UMNO BN adalah OSA. Isu terbaru PM yang melahirkan rasa kekesalan bilamana maklumat 'kebocoran' bahan bukti sulit isu itu ke Kabinet didedahkan kepada umum. Rentetan itu, seramai 5 orang pegawai kanan dipanggil untuk disoalsiasat.
Kes ini, macamlah analogi mudah di bawah ini, iaitu sekarang ini pengutip zakat fitrah yang mengutip RM7 atau RM8 seorang disoalsiasat kenapa tidak mengutip dan memberikan zakat fitrah itu kepada kerajaan, berbanding dengan tiadanya siasatan ke mana perginya wang-wang zakat dibelanjakan dan siapa yang membelanjakan , saban tahun. maka adalah tidak salah jika rakyat hilang kepercayaan sistem penyampian kerajaan kepada 8 asnaf yang berhak menerima zakat. Sesudah 52 tahun merdeka rakyat marhein khasnya Melayu beragama Islam yang sepatutnya terbela bawah insitusi zakat dibela sebalaik terabai dan terdampar. Maka persoalannya ke mana wang zakat berkenaan itu dibelanjakan.
Maknanya kes ini serupalah dengan PKFZ . Kerajaan sibuk mengarahkan SPRM dan polis menyiasat siapakah yang membocorkan maklumat berkenaan kepada umum. Malah kesalahan membocorkan itu lebih bahaya daripada orang yeng menyeleweng duit PKFZ itu.
Inilah wajah sebenar malaysia, sisitem keadilan Malaysia, bentuk dan kaedah siasatan penyelesian ala Malaysia. Siasatan diutamakan pendakwaan dikemudiankan, kesalahan dan hukuman akhirnya ditiadakan.
Slogan mengarut dan kosong adalah penghias halwa telinga, menyedapkan percakapan mereka. maka menipu semua rakyat dan mengugut rakyat pula dengan OSA pula.
Jika kerajaan ikhlas telus dan berintegriti sepatutnya mereka yang didapati menyeleweng dan terbabit secara langsung dan tidak langsung boleh di ISAkan. Dan sila gunakan dan anggapkan mereka ini adalah subersif yang boleh mengancam serta merosakkan negara. Maka hendaknya ISA diperluaskan pemakaiannya.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

SALAM...
SABDA RASULLAH SAW YANG BERMAKSUD..
"Hiasilah Hari raya Kamu dengan bertasbih dan bertahmid. Raikan AdilFitri mengikut Sunnah.
SALAM ADILFITRI 1430H

Rumah Terbuka: MB enggan buat di Pahang ?

Menjelang Syawal lazimnya PM alukan dan jemputkan supaya semua rakyat ke rumah Terbukanya. Namun tahun ini MB Pahang lain pula lagu dan skripnya, beliau 'enggan' membuat rumah terbuka Eidul Fitri , alasannya takutkan jangkitan H1N1. Ini adalah amat difahami kerana negeri Pahang adalah negeri utama penyumbang terbesar catatan kes H1N1 di Malaysia.

Kita mahu juga bertanya dalam konsep 1Malaysia, Najib selaku PM adakan rumah terbuka. Malah malam ini sahaja TPM dalam perutusan khasnya menjelaskan lagi bahawa konsep Rumah Terbuka dapat mengeratkan perpaduan dan eratkan saliturahim antara kaum dalam negara ini.

Nampaknya Nan, semakin lama semakin malap. November ini Pahang bakal membentangkan Budget defisitnya memasuki tahun ke 13 berturut-turut. Malah dalam diam-diam mendahului kerajaan Kelantan yang membuat Belanjawan defisit memasuki baru Tahun ke 3 sahaja. Kenapa medai pandang sebelah mata defisit belanjawan Pahang ?

Maknanya jika BN UMNO tidak apa, orang lain tidak boleh. Berbalik tentang Nan dan Rumah Terbuka, inspirasi cita-cita Najib bagi 1Malaysia sahaja Nan dah potong dan tidak sokong. Kalaulah perbedaan antara sesama pimpinan Pakatan tentulah dah lama media akan mencium dan membelasahnya, tiada pakatan, tiada keserasian, tiada perpaduanlah, tengok macam kamilah berpadu.

Berpadu dan berpakat macam mana dalam UMNO BN, sesama mereka pun yang mempunyai persepsi berbeda meletakkan nilai Rumah Terbuka itu sendiri. Ini juga adalah pertentangan pandangan , atau pandangan tidak sealiran yang hanya rentak menunggu belah.



Undi POS; Yang dipertikai bukan undinya tetapi sistem SPR nya ?

Setiap kali pilihanraya dan acaplah Barisan Pembangkang mempertikaikan Undi POS. Undi POS adalah sebagai liabiliti kepada UMNO khasnya dikawasan-kawasan yang mempunyai kem-kem tentera yang banyak, keadaannya sama lah di kawasan hitam FELDA.
Bedanya di FELDA manipulasi undi tidaklah semaksimum dan PAS akui mereka GAGAL menawan hati pengundi di FELDA. Di Felda PAS dan pembangkang tidak mempertikaikan undinya. Cuma bagi Undi POS di kawasan kem bukan lah salah undi POS itu sendiri tetapi adalah sisitem SPR itu sendiri yang GAGAL menampakkan dan meyakinkan mereka (Baraisan Pembangkang) Maka kawasan ini rata-rata adalah kawasan saingan sengit antara dua musuh tradisi iaitu PAS dan UMNO.
Justeru maka apa yang berlaku di Bagan Pinang Parlimen Telok kemang adalah pertembungan antara PAS dan UMNO bagi mewakili kumpulan persepakatan masaing-masing. Oleh itu apa yang dibangkitkan oleh Presiden PAS itu adalah ada benarnya dengan hampir 5,000 undi POS. Dari segi logiknya UMNO bakal dihadiahkan kemenangan tersebut secara membabi buta. Walaupun keadaan sebenarnya tidak sebegitu.
Oleh itu, satu laman blog telah membangkitkan serta menyenaraikan hampir 100 lebih nama-nama kad pengenalan tentera yang sudah pencen dan mereka tidak lagi berkhidmat di kem berkenaan masih tersenarai dan tidak dikeluarkan. Inilah yang menjadi persoalan.
Kini dengan maklumat kini dengan kepekaan pembangkang yang tinggi darjah kecaknaan mereka, maka perkara ini dibangkitkan. UMNO sudah memanipulasi undi POS ini sudah hampir 12 kali pilihanraya lalu. Zaman dahulu darjah kejujuran dan ketelusan nampak macam adil, dan lagi pula pembangkang tidak diberikan tempat oleh rakyat, tetapi dengan penyelewengan demi penyeleweingan, skandal demi skandal, keborosan demi keborosan, didedahkan kepada rakyat gambaran kerakusan pimpinan generasi ke 4 dan 6 PM menjadikan warisan kepincangan itu tidak dapat ditutup oleh nyiru akan bangkai gajah yang semakin membesar dan membusung itu.
Maka atas alasan itulah dengan kesedanran rakyat bersama, undi POS dipertikaikan. Jelaslah apa yang difahamkan oleh SPR kepada rakyat Undi POS dipertikaikan, tetapi sebenarnya bukanlah salah undi POS itu tetapi adalah sisitem SPR yang mengurus undi POS itulah yang dipertikaikan.

Friday, September 18, 2009

SEMINAR MAYA PAS PAHANG

Dalam memacu kumpulan sokongan PAS negeri Pahang bakal menganjurkan Seminar Maya. Seminar ini bakal diadakan pada 24 Oktober 2009. Bertempat di Bangunan Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang.

Seminar terbuka ini mengumpul seramai mungkin blogger yang pro atau amatur. Bagi blogger amatur yang berminat sila hubungi penulis di e mail zbhberuas2663@gmail.com atau ditalian 012-5347496 sebelum atau pada 17hb Okober.

Majlis dan keterangan lanjut akan dimaklumkan selepas tuan puan mendaftar secara maya dengan penulis.

Sekian terima kasih.
Mohon bantuan tuan puan dihebahkan. PRU 13 Pahang bakal jatuh ke tangan PAKATAN

F1 tajaan 1-Malaysia membazir ?

Kegilaan menghabiskan duit rakyat dan gila glamour kembali dalam pentadbiran negara kini. Najib Razak membawa tabiat mantan PM Dr M. Ini kerana dua tiga hari lepas Malaysia masuk sebagai penaja F1.


Bagi dunia pemotoran khasnya pelabur hebat seperti Honda melihat F1 adalah sebagai satu pelaburan yang membazirkan dan sia-sia keran menyedut kantung kewangan mereka dan hampir membangkrutkan syarikat mereka.


Namun Malaysia bawah najib dengan nasihat mentor kembali menaja F1 dengan jumlah nilaian tajaan setahun adalah RM1.7 billion. Bagi syraikat-syarikat besar seperti Honda dimaklumkan tidak mampu lagi meneruskan 'tajaan', tetapi Malaysia melalui Petronas barangkali akan 'menyedekahkan' RM1.7 billion duit negara kepada F1.


Bayangkan sama ada kera dihutan mahu disusukan, atau susu itu cuma layak oleh kera sahaja yang meminumnya.


Inilah satu bentuk pembaziran yang perlu dikekang, kerajaan dalam masa yang sama meminta rakyat berhemah dan berjimat cermat. Menaikkan minyak RON95 dikala harga minyak diparas US55 dollar setong. Dan menteri Malaysia kabinet Najib terus terusan menipu rakyat.

Wednesday, September 16, 2009

Hero masyarakat Islam

DUNIA

Pembaling kasut Bush dakwa diseksa


MUNTAZER (dalam bulatan) dikelilingi oleh media selepas dia dibebaskan di Baghdad semalam.





BAGHDAD - Wartawan televisyen warga Iraq, Muntazer Al-Zaidi (gambar kecil) yang melemparkan kasutnya ke arah bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, dibebaskan semalam.

Dia yang berumur 30 tahun dipenjarakan sejak 14 Disember tahun lalu selepas membaling kasutnya yang bersaiz 10 selain menggelarkan bekas presiden AS itu sebagai anjing.

Bercakap di pejabat majikannya, Muntazer yang kehilangan sebatang gigi berkata: "Saya diseksa dengan kejutan elektrik dan dipukul dengan wayar kabel."

Muntazer menafikan menjadi wira kerana melemparkan kasut itu tetapi menjelaskan dia mendapat peluang untuk menghina lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan negaranya bergolak.

"Pada saya, ia (melemparkan kasut) merupakan tindakan yang baik. Apa yang saya mahu buat ialah membaling kasut ke muka Bush bagi menyatakan penentangan saya terhadap pembohongannya dan penaklukan terhadap negara saya," kata Muntazer.

Kepulangan Muntazer disambut gembira oleh ahli-ahli keluarganya yang mengadakan majlis meraikan pembebasannya di rumah mereka di Baghdad.

Beberapa ekor kambing biri-biri turut disembelih oleh penduduk kampung bagi menyambut pembebasannya.

Sebelum ini Muntazer dihukum penjara selama tiga tahun kerana menghina seorang ketua negara asing tetapi tempoh itu dikurang kepada setahun selepas dia membuat rayuan. - AFP

Tuesday, September 15, 2009

Melayu sertai DAP bukan ancaman


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali. Beliau berkata, langkah itu bukanlah satu ancaman bagi Pas kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan. “Dia (DAP) nak buka tu buka la. Orang nak terima itu dia punya fasal. Kalau nak sebut masalah ancaman tu biar dulu kerana DAP, Pas, PKR sedang bergabung dalam satu pakatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan :Majlis Pelancaran Kutipan Wakaf/Dera Tapa Masjid Al-Hussain bandar Baru Tunjung dekat sini, semalam.


:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Penubuhan cawangan Melayu pertama parti DAP di Selangor. :Kelmarin akhbar melaporkan Dr Hassan menyifatkan penubuhan itu sebagai satu fenomena biasa bagi Pas. Dr Hassan dilaporkan berkata, kemasukan bangsa Melayu dalam DAP juga dilihat ada kebaikannya untuk jangka masa panjang. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata ia adalah hak individu dan tidak boleh dihalang. “DAP juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan mungkin kemasukan Melayu ke dalam parti itu ada kebaikan untuk jangka masa panjang,” katanya.



Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, biarpun ia cawangan pertama DAP yang dianggotai oleh majoriti kaum Melayu namun ia tidak menggambarkan Pas dan PKR tidak mampu menarik Melayu ke dalam parti komponen berkenaan. Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berharap pengundi akan terus menyokong calon Pakatan Rakyat yang dicalonkan untuk bertanding kerusi tersebut. “Saya berdoa mudah-mudahan pengundi di Bagan Pinang kalau calon Pas undi Pas, PKR undi PKR. Kita ikut calon terdahulu,” katanya

Mana satu utama dan berkeutamaan

Dr M dimarahi oleh ahli-ahli MIC. Ini adalah gara-gara kenyataan terbuka Dr M minta supaya Samy Vellu berundur dan memberi laluan kepada tokoh muda bagi menjenama dan menrefreshkan semula MIC.

Kenyatan terbuka Dr M ini digunakan Samy dengan 'mengupah' jurucakap yang memang mengampu Samy bagi membelasah Dr M. rentetan daripada itu seorang perwakilan dengan lantang ingin menghadiahkan Dr m dengan sepasang selipar.

Ikutan daripada itu, media berbahasa Melayu menyemarakkan agenda mereka dengan memberita dengan besar-besaran kenyataan perwakilan MIC. Maka keluar tajuk berita utama di dada-dada akhbar supaya ahli MIC , 'jangan biadap'.

Negarawan seperti Dr M, pandangannya diperlekeh dan dihina. Maka penghinaan terhadap pandangan Dr M menjadi lebih besar daripada lain-lain perkara yang besar. Orang mula berhenti bercakap tentang hukuman terhadap Kartika yang minum arak, mahkamah syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat.

Hukuman ditangguhkan, hukum dah lah idak mencukupi seperti kehendak syarak, mahu dibuat di Penjara Kajang secara tertutup.

Dalam fikiran rakyat dan masyarakat, pukulan sebat itu seperti sebatan yang difahami terhadap penjenayah terima. Sebenar hukuman Islam bukanlah ia sebagai hukuman tetapi adalah penjajaran dan pendidikan. Justeru itu sebab ianya dibuat di hadapan khlayak tempat awam.

Ini adalah satu lagi bentuk penghinaan yang besar terhadap undang-undang Islam. Bukanlah bermakna kita katakan menghina Dr M itu kecil, tetapi hina dan terhinanya Islam adalah lebih diberi keutamaan daripada yang utama.

PR: SPR jadi tempua atau sarangnya ?

Semalam SPR membuat keputusan lagi , DUN Bagan Pinang diumumkan kosong dan tarikh penamaan calon dibuat pada 3 Oktober 2009 pada hari Ahad dan tarikh pembuangan undi pula pada 11 Oktober 2009 (Ahad).

Dalam fikiran rakyat tentulah SPR akan mneruskan 'trend'nya iaitu menentukan tarikh penamaan dan pembuangan undi presis apa yang dibuat olehnya seperti di Permatang Pasir. Dan juga mengambil alasan yang sama seperti mana alasan SPR berikan di Pematang Pasir.

Persoalannya kenapa SPR melihat berbeda kerusi Bagan Pinang iaitu tarikh pengundian pada hari ahad . Apa istimewa Bagan Pinang dengan DUN - DUN yang lain.

Maka jelaslah di sini apa yang tidak SPR jelaskan dan fahamlah kita apa yang SPR tidak fahamkan kita. Dan dengan kejelasan serta kefahaman kita maka tentulah besarlah syak curiga kita dengan tindak ikut serta tindak tanduk SPR.

Oleh itu bertambahlah kebencian rakyat khas yang membangkang kerajaan dan bertambahlah kerajaan musuh dan kebencian rakyat terhadapnya.

Kerajaan gagal memahami dan sengaja enggan memahami, ini adalah satu sikap memandang enteng rakyat dan rakyat dipersetankan dengan tindak tanduk mereka.

Antara memahami sedekah sebenar ?

Masyarakat kena dibetulkan sikapnya. Media berperanan dan ada peranannya. Malah peranan media cukup besar dan memberikan impak besar kepada masyarakat kita.

Hari ini media melaporkan bahawa Diva negara iaitu penyanyi Siti Nurhaliza membuat lagu dan ingin 'menyedekahkan' lagunya kepada arwah bapanya yang sudah meninggal.

Bila membaca sekali terhadap berita berkenaan tidak ada apa yang salah dan disalahkan. Kerana memanglah bagi seorang penyanyi tentulah membuat lagu dan menyanyikan lagu khas kepada sesiapa yang mahu ditujukan. Bagi Barat nilai menghargai dan memberi penghargaan kepada orang yang mati dengan 'menyedekahkan lagu' adalah perkara biasa.

Bagi budaya Barat aprearasi lagu kepada mereka yang meninggal dunia ini adalah sesuatu yang disanjungi dan dimuliakan oleh masyarakat mereka apatah lagi ia dilakukan oleh seorang ikon masyarakat. Dan inilah budaya ikutan yang bakalan berbahaya demi masa depan ummah.


Malah bagi genrasi yang buta ilmu, kahsnya ilmu-ilmu Islam atau keagamaan akan menrima ini sebagai satu nilai baru dalam masyarakat. Lebih bahaya pengamalan ini menjadi satu budaya kelak, justeru akan menjadi ikutan ramai.

Waktu itu, agama bukan lagi sebagai agama, tetetapi satu 'acara' sahaja.

Monday, September 14, 2009

PRK: Bagan Pinang 3 Okt 09

DUN Bagan Pinang: Penamaan calon 3 Okt, hari mengundi 11 Okt

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khas hampir dua jam di sini sebentar tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu dan pengundian pada Ahad adalah berdasarkan maklum balas yang diterima berikutan peratusan undi yang menurun pada pilihan raya kecil sebelum ini di DUN Permatang Pasir.

"Banyak di tempat lain sebelum ini kita pilih hari bekerja (hari penamaan calon dan pengundian), kita dapati jumlah pengundi yang datang ramai, contohnya di Manek Urai sebanyak 88 peratus.

"Kecuali di Permatang Pasir, kita tidak tahu kenapa pengundi yang turun hanya 73 peratus sahaja.

"Jadi berdasarkan maklum balas itu, kita tukar kepada Sabtu dan Ahad," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, BN yang meninggal dunia pada 4 September lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, SPR tidak menolak kemungkinan untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil seterusnya pada hari hujung minggu sekiranya menerima maklum balas yang baik dari segi peratusan keluar mengundi di DUN Bagan Pinang.

Beliau turut menafikan pemilihan tarikh berkenaan adalah disebabkan DUN Bagan Pinang adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Mana ada...tidak langsung terlintas di fikiran kita perkara begitu," katanya.

Berhubung keraguan terhadap ketelusan pengundian pos yang disuarakan sesetengah pihak, Abdul Aziz berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian itu berlangsung secara telus memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan sepanjang proses pengundian dan pengiraan undi.

"Tidak mungkin akan berlaku undi pos boleh ditambah sesuka hati. Hanya mereka yang layak dalam undang-undang boleh mendaftar diri sebagai pengundi pos.

"Untuk menjadi pengundi pos, dia tidak boleh hendak tipu dan hantar orang lain kerana ia perlu disahkan oleh orang yang dikenali melalui borang 2 yang akan disekalikan dengan kertas undi dan diletakkan dalam sampul surat," katanya.

Beliau berkata, proses itu akan turut dipantau oleh pegawai SPR dan ejen-ejen parti yang bertanding.

Katanya, semua sampul surat itu akan disimpan dalam karung yang dilekatkan pita yang ditandatangani oleh ejen-ejen bagi tujuan keselamatan dan disimpan oleh pegawai pengurus sehingga hari pengiraan undi.

"Pada hari mengundi, SPR dengan disaksikan ejen akan mengeluarkan sampul surat tadi untuk memisahkan kertas undi dan borang 2.

"Selepas itu, kertas undi akan dimasukkan ke dalam kotak undi. Soal siapa undi siapa, tiada siapa yang tahu kecuali orang berkenaan," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar Subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Mengikut subseksyen itu, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi setahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang:

Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)

Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.

Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009

Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang

Jumlah pemilih biasa: 9060 orang

Jumlah pemilih pos: 4604 orang

Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah

Jumlah saluran mengundi: 18 saluran

Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Jumlah petugas SPR: 275 orang

Sunday, September 13, 2009

10 malam terakhir Ramadhan


Wajar kita mengejar 10 malam terakhir, fasa ke 3 dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan hampir mahu pergi bagi kali ke 1430 kalinya.

Adakah akan berjumpa lagi kita dengan Ramdhan pada tahun hadapan ?

Najib semakin syok sendiri ?

Ucap utama Najib di Perhimpunan parti MIC adalah amat menarik perhatian. Ingatannya kepada semua ahli MIC katanya, 'kita tidak mahu popular dikalangan ahli, tetapi dimata rakyat kita dibenci.'

Beliau menyindir ahli-ahli MIC, tetapi macam mana dengan ahli UMNO. Najib masih rasa UMNO diterima rakyat. Hakikatnya hujah diawangan benak fikiran pimpinan lama UMNO masih dapat kekal kerusi macam dulu-dulu, kerana bila bertembung perlawanan 1 sama 1 dengan PAS vs UMNO. Maka UMNO lah yang menjadi pemenang. Inilah wirid UMNO kepada rakyat, mereka dikalahkan di 5 negeri dek kerana MIC dan MCA menjadi faktor kemenjadiannya.


Najib nampak gaya bersungguh-sungguh dan terlalu bersemangat sangat, nampak beria-ria berucap macamlah perhimpunan itu , dihadiri oleh ahli-ahli UMNO.



Memanglah sebagai kata pengarang media Sinar Harian, yang melontarkan pertanyaan tidakkah letih kerana terlalu kerap pilihanraya.

Friday, September 11, 2009

Betullah tu UMNO parti Islam

Baguslah Najib kata UMNo adalah parti Islam juga. Parti Islam tidak payah label labelkan. Dah yang dia buat projek dengan congankata "Ini Projek BN". Kita bukan mahu merebut label Islam. Kita mahu rebut dan lumbakan apa yang Islam suruh tu.

Macam mana orang kaya yang kufur. Katanya kemiskinan hampir kepada kekufuran. Biasanya kita lihat dalam negara ini yang kufur rata-rata adalah orang kaya. Sebab kuat dia, sihat dia, banyak duit dia, penyakit kronik tidak ada pada orang miskin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara .

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,"

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

Samy kecewa dengan Dr M



Bila Dr M jelek dengan Samy Vellu. Kelmarin Samy Vellu melahirkan rasa dukacita dengan sikap Dr M yang terang terangan menyokong terbuka Dato Subramaniam yang satu ketika dulu Samy Vellu labelkan sebagai bukan pimpinan rakyat masyrakat India.

Bagi Samy Vellu pimpinan masyarakiat India boleh bekerja 24 jam. On Call pada bila-bila masa olehnya, akun dengan arahannya. Ini semua ciri tiada pada Subramanima itu sebab beliau tidak dimasukkan dalam teamnya.

Selepas 2 tahun terbuang , MIC ditendang oleh masyarakat India, Hindraf ambil alih fungsi MIC. Maka kini rakan komponen UMNO ini kian ditolak serta disisih oleh kaum India. Cuma tahapnya penolakkan masih belum jelas di mata Smy Vellu.

Pergeseran perebutan pimpinan MIC mendapat perhatian media, ini kerana kesakitan gabungan pakatan BN kian memakan diri. Ibrata hantu yang makan tuannya


Thursday, September 10, 2009

UMNO BN: Sistem dan institusi rakyat dipunahkan ?

UMNO dan konco-konco memang sakit hati. Kekalahan secara jantan berlaku di gelanggang pilihanraya lepas. Rakyat memberi pelajaran kepada UMNO BN atas kesombongan dan kebongkakan mereka. Rata-rata pemimpin UMNO masih lagi belum dapat menerima hakikat. Kepercayaan rakyat, rasa hormat rakyat dan persepsi rakyat mula berubah khasnya generasi merdeka yang kini berpelajaran serta tanpa berkepentingan dengannya.


Sejarah mengajar dan memberitahu kepada kita bahawa makhluk bernama UMNO rasa selesa begitu lama dipundak kekuasaan, tanpa diusik serta disentuh rakyat selama hari ini. Mereka terbuai dengan mimpi mimpi indah , membina kekayaan diri dan kemewahan puak dengan rakus tanpa rasa bersalah sedikit pun. Percakaran sesama mereka adalah dikira sihat.


Kini mereka dirembas rakyat di 5 buah negeri. Antara negeri itu adalah Selangor. Terdahulu mereka mengoncang dan meruntuhkan kerajaan alternatif Pakatan di Perak. Mereka berjaya dan cita-cita mereka tercapai. Politik mereka licik, penipuan mereka ada kelas. Kerajaan Perak yang baru diberi mandat kembali semula ke tangan UMNO BN. Mereka menarik nafas lega. Penipuan mereka berjaya. Kemudian mereka cuba usik ganggu dan kacau Kedah. Kini Kedah terancam, ditiup dengan kencang provokasi bahawa ramai ADUN daripada PKR mahu keluar parti mereka dan menjadi ADUN bebas. Buat masa ini proses mengacau tersebut sedang berjalan dengan kuat, saraf digerakkan, wakil-wakil rakyat dipujuk, jutaan RM laba dunia ditawarkan, mana hati yang kecil akan tewas. Usaha sedang dijalankan dengan gandaan seperlima enam dan tujuh.


Malah terbaru, dikhabarkan Najib kini sedang mengerakkan pengaruh dan kuasanya pula, bagi menjatuhkan kerajaan Selangor. Saraf berjalan dengan cepat dan pantas. Golongan ini cuba melobi kuasa-kuasa beraotoriti bagi menghalalkan tindakan dan gerakan serangannya ini.
Makakan kita nantikan saja, satu persatu kerajaan pilihan rakyat, rakyat pilih dengan kerelaan mereka 'dibunuh' oleh gologan desparado ini. Tunggukan kehancuran dan kebobrokan negara kita ?

Wednesday, September 09, 2009

Katakan cukup pada UMNO

Tangan - tangan jahat UMNO BN tidak henti-henti bergerak dan bergerak aktifsetiap saat dengan pelbagai tipu daya. Sebaliknya dalam masa yang sama tangan kanan dihulurkan kepada PAS sebagai tanda persahabatan ukuwah sesama muslim bagi kebaikan perpaduan ummah sejagat dengan beralasan demi masa depan dan kebaikan rakyat semata-mata.


Malah dalam masa yang sama juga mereka meneruskan tanpa henti-henti serta jemu melakukan kerja-kerja kotor mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Kedah dengan memujuk, megugut, mengumpan, menghasut agar ADUN daripada PKR di DUN berkenaan melompat presis sama kes seperti di Perak. Mereka mahu menamatkan riwayat kerajaan pilihan rakyat dengan cara tidak bermoral dan berakhlak. Matlamat sentiasa mereka halalkan.


Wajah-wajah hodoh UMNO yang sebenar memang tidak diwajahkan kepada umum. Umum masih juga gagal dan gagal memahami. Mereka seronok tanpa segan silu berusaha menipu rakyat setiap masa ketika detik saat mahu meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula. Inilah agend apolitik mereka kini. Kerja-kerja mereka ini kelak bakal direstui dan dipertahankan oleh institusi-institusi lain termasuklah Badan Kehakiman dan Perundangan seperti kes di Perak juga.


Justeru itu, kita dalam hal ini bersetuju dengan tolakan mentah-mentah TGNA terhadap pelawaan salam perpaduan Najib. Kelmarin dimaklumkan dan dilaporkan Najib membuat tawaran terbuka bagi merundingi dengan PAS soal perpaduan ummah di negara ini. Alasannya cukup mudah dan melunakkan kita semua.


Tutupalah perundingan dengan UMNO. Rakyat yang cintakan keadilan kesejahteraan , keselamatan sudah muak dan jelek dengan UMNO.

Islam anjur bersabar dan bertolak ansur



Wira Lembu yang dipaparkan oleh akhbar Mstar Online bakalan mahu didakwa. Nampak macam ada ketegasan daripada kerajaan.


Diberitakan 6 muka UMNo ini telah dihadapkan ke mahkamah. Apa pun 'terima kasih' Polis kerana mu dah jalankan kerja mu.


Jangan percaya sangat dengan lakonan kerajaan. Maka seandainya berlaku lagi kes-kes yang melibatkan sensitiviti kaum adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan UMNo menjawabnya.


Kes ini tidak akan terhenti di sini. Kerana kumpulan yang disensitiviti akan bertindak dalam ruang dan batas yang kita akan saksikan. Cuma masa dan keadaan serta suasa sahaja yang menentukannya.


Dan sememangnya lah sikap manusia selain daripada Islam. Sikap berdendam dan membalas dendam adalah agenda utama manusia (hasutan Iblis). Islam sahaja yang ada sikap sabar yang tinggi serta tolak ansur yang tinggi.

Liwat II: Tiada fakta , buntu, nak tipu macam mana ?



Selepas satu persatu kerajaan Najib pimpinan UMNO BN dilanda krisis demi krisis, pilihanraya kecil pula demi pilihanraya kecil sehingga mereka 'tidak berkesempatan' bagi mencipta wayang menipu rakyat dengan 'Kes liwat II Anwar'.

Zaman atau era Dr M penipuan kerajaan UMNO BN nampak lebih pro daripada era najib. Semua percaturan yang dibuat nampak amatur. Rakyat boleh membuat telahaan. Lagi pun kebangkitan blog mempercepatkan semua maklumat pendedahan diperbahaskan, dikaji, dianalisis mirip serupa makmal terbuka siri CSI lagaknya.

Maka dengan segera jawapan terjawab dan disebarkan. Begitulah juga dengan kes Anwar Liwat Siri II ini, bakalan menghadapi kesukaran. Lagipun para pelakon utama telah dikenali watak-watak mereka. malah daya kekreativiti mereka pun boleh dibaca dan ditelaah oleh rakyat.

Yang menjadi hairan pelik dan ajaib adalah kenapalah sangat mahu mempercepatkan kes liwat Anwar. Apalah sangat istimewa Anwar pada kerajaan. Kuasa tiada, pengaruh jauh sekali. tak usah takut sangat. UMNO BN akan menang dalam PRU13. Kekal berkuasa lagi percayalah. rakyat Melayu memang suka lagi kat UMNO. Biarpun korupsi demi korupsi, biarpun duit rakyat difaraidkan. Orang Melayu tidak akan berpaling tadah Bah...

Tuesday, September 08, 2009

Menteri DalamNegeri: Dolak dalik

Sikap tidak profesional dan tidak tegas polis arahan kerajaan Malaysia amat memalukan. Malam ini baru diberitakan 'dakwaan' baru mahu dibuat kepada 4 daripada 12 pelakon membawa kepala lembu ke Bangunan SUK Selangor, gara -gara membantah pemindahan kuil dari seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 23 Shah Alam.

Sebaliknya kerajaan Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (tidak sehaluan dengan UMNO BN) didakwa mereka gagal dan mula dipersoalkan rakyat. Bila dilabelkan gagal tangani isu dengan lebih awal. Selepas lebih 2 minggu kerajaan UMNO BN dibelasah oleh ribuan para blogger maka barulah mereka 'tersedar' tersilap serta mahu pula mendakwa pelaku yang keterlaluan dan melampau itu dari kalangan Melayu islam yang berdemo begitu dalam bulan puasa selepas hari Jumaat. amat memalukan orang islam di Malaysia amnya.

Seterusnya kerajaan Pakatan Selangor bersikap terbuka, dek susulan kemarahan 'rakyat' Seksyen 23 tersebut. MB dengan barisan wakli rakyat bersama PBT tempatan bertindak mahu berdailog bagi memberi penjelasan dan pandangan. Luar jangka majlis dailog menjadi majlis maki hamun para kumpulan 'bertamadun' bawah kelompok ahli-ahli UMNO tegar bertindak liar. Rakaman tontonan umum ini disiarkan secara meluas melalui semua media utama. Tambah mengaibkan sikap segelintir Melayu Islam memberi gambaran buruk terhadap semua atau seluruh umat Melayu Islam di Malaysia dalam hal sekecil ini.

Mereka tidak pula bertindak 'gila babi' bilamana berlaku kes-kes murtad dalam masyarakat kita. Entah apa yang ada dalam fikiran busuk mereka hanya ALlah yang maha mengetahuinya.

Hari ini Menteri dalam Negeri masih lagi bersikap dolak dalik. Kes -kes kepala babi dibuang ke dalam masjid dijadikan hujah melambatkan tindakan kepada kumpulan 'beruk jalanan' (pinjam kata-kata Khiry Jamluddin -yang labelkan kaki demo sebegitu satu masa dulu) tersebut.


Menteri Dalam Negeri patut buka kitab antara kepala babi dengan Kilang Arak di PJ mana yang haram dan aibkan. Antara kepala babi dengan pusat judi Genting Highland mana yang memudaratkan ummah.

Lemahnya daya fikir seorang menteri....

Monday, September 07, 2009

UMNO: Profesor dikangkungkan oleh kongkang !

Maknanya baru sekali kes kuil. Maka terus pemimpin besar UMNO BN membuat kesimpulan gagal mentadbir. Maksudnya yang berjaya segala-gala mentadbir adalah UMNO Bn sahaja dalam negara ini.

Kita bukan terkejut sangat dengan 2 / 3 pandangan pmpinan kompoenan BN. Termasuklah juga Ibrahim Ali Al kataki tu (gila talak nak rujuk UMNO). Cuma kita terkejut adalah seorang profesor yang yang tidak profesional, membuat pandangan tidak subjektif betul-betul berfikiran pro kerajaan dan sah lah UMNO. Minta Najib lantik profesor kangkung ini ke jawatan Menteri penuh, tak kan Najib tak faham kot. lama dah kerja profesor kangkung ini yang fikirannya masuk air. dan sebaris dengan profesor-profesor kanngkung yang lain, pandai menjalar atas batas, wlahal dalam kawasan bendang sawah padi semak, padi tidak subur (rasuah dan penyelewengan) masih profesor kangkung ini tidak nampak, kerana sikap kangkungnyalah tu




Pakatan gagal tadbir Selangor

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun

-A. Kohilan Pillay

Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam

-Datuk Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi

-Profesor Dr. Ahmad Atory Hassan

[Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia]

Bagan Pinang: Belum hujan UMNO sudah buang air dalam tempayan

Pilihanraya kecil N11 Dun bagan Pinang Parlimen Telok Kemang lambat lagi. hari-hari media milik dan pro UMNO semacam melobi, dan itu pun kerja UMNO sibuk mencadangkan itu dan ini. Kerana bagi UMNO wkail rakyat adalah lubuk atau salur bagi mengumpul wang kekayaan segera, bukannya berlumba-lumba mahu memberi khidmat kepada rakyat. dalam UMNO ada wang barulah ada khdimat kepada rakyat. maka menjadi wakil rakyat UMNO adalah laba satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Sebaliknya bagi wakil rakyat dalam parti islam ia adalah amanh dan beban, kelak mereka akan dipersoalkan, persoalannya cukup berat, semetelahan menjaga kepentingan lebih 14 tibu pengundi dalam kawasan tersebut.


Asuhaan dan didikan UMNO dan imej wakil rakyat UMNO lah menyebabkan 'ramai' tertarik dan memang ramai bercita-cita menceburi dalam politik UMNO matlamat akahir adalah sebagai wakil rakyat. Persetan saja dengan dasar, matlamat visi perjuangan parti.


Berbalik dengan DUN Bagan Pinang, bagi wanita UMNO mereka sememangnya dalam UMNO adalah nadi, Mereka adalah penggerak dan gerakkerja mereka adalah mendahului mereka juga paling konsisiten ke hadapan mendahului kaum lelakinya dalam kerja-kerja mendekati dan mendampingi pengundi. Justeru selepas PM 6 dan selepas PRU 12 , negara kita sudah melalui 8 pilihanraya kecil, daripada kelapan-lapan prk itu UMNO BN kecundang. Maka semua calon yang bertanding mewakili UMNO BN adalah daripada kaum lelaki UMNO.


Bagi Wanita UMNO mereka melihat 'sudah cukup' peluang yang diberikan, buktinya UMNO BN gagal. Justeru itu Wanita UMNO hari ini bersuara lantang mohon supaya kerusi tersebut diberikan peluang kepada mereka. Maka tidak berketiklah seketika bapa-bapa UMNO bilamana ibu UMNO bersuara.


Ini menggambarkan ibu-ibu UMNO 'sudah' hilang keyakinan kepada 'bapa-bapa UMNO'. gambaran ketidakpercyaan ibu-ibu UMNO adalah manifestasi hilang keyakinan rakyat terhadap UMNO. Cuma ketidakyakinan itu belum lagi total, masa sahaja yang menentukannya.


Bagi kita bukanlah bermakna kita suka akan kecamukan berlaku dalam UMNO, tetapi oleh kerana UMNO begitu kuat sangat berjuang memperlekehkan Islam. maka kita wajar mendoakan agar pepecahan dalaman mereka diteruskan, hayat UMNO dipendekkan. UMNo teruslah berbalah sesama mu..

Sunday, September 06, 2009

Media mahu superherokan Najib ?

Masa zaman Pak Lah dan masa dan zaman Najib dilayan berbeda. Malam ini media khasnya Buliten TV3 yang menjadi penyiar utama kecoh isu kuil di Dewan Banquet Shah Alam berperanan lagi.

Bagi kali ini TV3 mmembuat sorotan wira jagat yang belum dinobatkan seperti mentor nya sebagai seorang negarawan negara itu membuat bakti turun lawatan ke Palimen Pekan bagi meninjau kemelaratan, kesengsaraan dan kemisikinan rakyat. Inilah kerja-kerja yang bagus, tetapi masakan dalam bulan puasa pun nak tayang sangat. Islam galakkan tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu.
Persoalannya Najib mahu digambarkan superhero kepada rakyat Malaysia. Berbanding PM sebelum ini, seingat penulis satu sorotan 'sumbangan' rakyat marhein tidak dibuat tayangan ekseklusif seperti Najib menerima layanan. Masa itu Pak Lah PM juga, macam juga Najib.
Bila Najib sahaja sekarang media memang syok gila betul mahu mengimejkan beliau dengan imej pembela umat. Maka telusurlah Najib ke Pekan. Maka jelaslah kawasan 'kedaifan' masayarakat Pekan. Lihatlah saja rumah-rumah mereka. Maka bandingkan rumah-rumah tersebut dengan kawasan Pasir Puteh Kelantan. Mana yang nampak miskin?

Benar Islam gemilang dari Barat


DUNIA.. Dikala kita di Malaysia berperang isu kuil da kecoh dengannya, sebaliknya lain pula dengan UK bilamana seorang yeng berpengaruh dalam masyarakat nya membuat gesaan terbuka supaya, bukan islam cuba hayati dan fahami Islamnya kumpulan arus perdana dalam masyarakat mereka yang lebih dominan dengan penduduk pribumi kerana Islamnya mereka.


Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa-JOHNSON



BAGI meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Datuk Bandar London, Boris Johnson menggalakkan orang ramai bukan beragama itu turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.



Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.



Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.



"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.



"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi
Benarlah seperti yang ditelah, betullah seperti apa yang dijangkakan. Sedap kata Najib kerajaan pembangkang (Pakatan Rakyat) dipersoalkan rakyat. Ini gara-gara axcident kuil di Seksyen 23 Shah Alam dan beberapa kes lain lagi. Kita sememang akui bahawa bukan mudah mentadbir dan kita juga akui rakyat boleh persoalkan , dan itulah pula yang kita ajarkan kepada rakyat. Itulah maknanya kerajaan yang menjadi kerajaan membenar , meraikan, semua pihak persoalkan dan gunakan hak masing-masing. maka itulah baru membedakan kerajaan Pakatan berbanding dengan kerajaan UMNO BN.
Inilah pandangan seorang PM yang 'gagal' menghormati aspirasi rakyat. PM kata jangan berpoltik kita tumpu pada rakyat selepas pilihnaraya, tetapi nada ucapan dan tempelekannya itu tidak menggambarkan sperti apa yang dia sendiri katakan. Beliau menyeru rakyat berhenti jangan banyak sangat berpolitik, sekarang masa tumpukan kepada rakyat, raikan dan penuhi tuntutan keperluan rakyat.
Berbalik, bagi kita setakat dipersoalkan oleh rakyat adalah perkara biasa. Tetapi kerajaan UMNO BN pula suah 'hilang kepercayaan rakyat'. Nyata hujahnya 5 buah kerajaan negeri tumbang termasuk di Wilayah yang tidak mempunyai kerajaan negeri.
Dalam kerajaan UMNO BN memang rakyat tidak nampak persoalkan secara 'terbuka' sebagai mana kes di seksyen 23 Shah Alam. Rakyat bawah kerajaan UMNO BN sentiada hidup dalam ugutan dan diancam. Termasuklah diancam oleh pihak-pihak yang diarahkan, dan lebih teruk UMNO BN menghantar samseng-samseng yang makan upah dan memenag kerjanya begitu bagi melicinkan perjalanan pemerintahan UMNO. Rakyat hidup dalam penuh ketakutan dan kebimbangan, minda rakyat sudah diset yang jadi tuan bukan rakyat, tetapi kerajaan itu sendiri. Walaupun ari segi nama dinamakan kerajaan rakyat. Maknanya rakyat takut senidri dengan kerajaan rakyat.
Najib menempelak macam kanak-kanak lagaknya, itulah bukan senang memerintah. Tengok BN katanya mampu memerintah lama 'tiada apa-apa masalah' semuanya berjalan beres seperti biasa, tiada bantah membantah.
Memang UMNO BN berjaya menyembunyikan kemarahan kaum dalam negara seperti ibarat bom jangka.

Kuil Seksyen 23: Isu UMNO berjaya ?


UMNO bernafas lega. Media girang melaporkan. Khalid Ibrahim MB Selangor 'digambarkan gagal', urus isu kuil. Tuntutan rakyat Seksyen 23 Shah Alam dimenangkan, mereka mediakan sebagai 'hero' Melayu atau kaum di kawasan mereka. Media turut berbangga menyelitkan gambar foto aksi 'kemarahan' yang dianggap bertamadun untuk dipaparkan bagi tontonan umum. Kesimpulannya, apa pun agenda mereka berjaya dengan jayanya. samada secara tersurat atau tersirat secara mata halus mahupun mata kasarnya.
Dalam isu ini kerajaan Selangor bersendirian tiada pasukan keselamatan. PDRM hanya menjaga kepentingan dan keselamatan kerajaan UMNO BN dan Menteri UMNO dan BN sahaja. Maknanya kerajaan Pakatan berpasukan keselamatan atas keselamatan sendiri. Jika ada pun mereka (pasukan keselamatan) ahli-ahli penguatkuasa MBSA yang beberapa orang sahaja. Inilah moto slogan rakyat diutamakan. Klaus makna rakyat bukan pemimpin Pakatan Rakyat. Ikut tafsiran UMNO. Lagi tafsiran UMNO BN dalam gambaran kepala mereka seolah-olah kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan luar, kerajaan buluh betung , atau kayangan tiada perlu perlindungan 'hak' , tiada perlu memberi dan bekerjasama dari segi konsep federalisme sebagai mana yang difahamkan dan diamalkan di negara kita.
Jelaslah atas nama isu itu adalah sebahagian tanggungjawab sepenuhnya kerja-kerja daripada Kerajaan Pakatan Rakyat. Negeri dan pemerintahnya dari Pakatan Rakyat. Maka demo tanggunglah sendiri. Majlis Dailog MB Bersama para penduduk Seksyen 23 Shah Alam atas isu pembinaan kuil kawasan kejiranan mereka disiarkan media termasuk tv semalam berada dalam 'penuh kekecohan'.



Inilah hasil ketamadunan bangsa dan negara bangsa Malaysia acuan kebanggan UMNO. Siaran tertunda yang dapat disaksikan sebagai agenda utama Buliten TV3 semalam memualkan. Jelaslah Islam eksteram yang dilabelkan kepada kumpulan pejuang Islam. Maka ekstream lagi Melayu dikerjiranan Seksyen 23 Shah Alam. Kawasan kota Metropolitian kota tamaadun berbanding dengan kawasan kejiranan Kg Caruk Puting di Pahang yang didiami sebahagian masyarakat kilang sawit dalam perkampungan Melayu di pedalaman Pahang dan juga Tongkiat Maran yang ada kuil terbesar selepas Batu Caves dapat diterima masyarakat setempat seadanya.



Inilah hasilnya 52 tahun, chuvanis keMelayuaan dan Islam yang terlampau jelas semalam dipaparkan untuk tatapan dunia. Jika di India Masjid Babri diruntuhkan oleh masyarakat India. perkara yang sebaliknya mungkin berlaku di kawasan kejiranan Seksyen 23 Shah Alam.



Melihat 'kaki protes' dan lagak ketrampilan masing-masing yang membantah bukanlah gambaran sebenar orang Islam. Mereka ini juga bukanlah nampaknya orang yang ada sangat pegangan amalan Islam dan keIslamnannya. Dengan tiada kawalan Polis hanya sekadar penguatkuasa MBSA sahaja keadaan terkawal. Inilah sikap gentlement pimpinan Pakatan Rakyat yang bersedia bertemu rakyat walaup dalam apa keadaan sekalipun.



UMNO sememanglah padan mukakan pimpinan kerajaan Pakatan Selangor. Banyaklah ulasan dana alasan mengiakan tindakan anggota kejiranan Seksyen 23 Shah Alam. UMNO bernafas lega kerana berjaya membawa sentimen kebencian rakyat. Kesannya ada positif dan ada negatif. UMNO apa pun hanya menjaga undi masyarakat Melayu Shah Alam.



Keuntungan politik Melayu Islam adalah cuma pertembungan UMNO dan PAS sahaja. Sebaliknya dengan sikap sebegitu sah dan conform selepas ini UMNO dan calon UMNo di kawasan Shah Alam bakalan ditolak sampah oleh pengundi bukan Melayu khasnya masyarakat India di sana.



Pimpinan MIC langsung senyap dan ditutup mulut oleh UMNO. Larangan mencampuri MIC dalam isu kuil terpegang sampai ke Naib Pengerusi Hindu Sedunia Samy Velu.


Saturday, September 05, 2009

Bersikap teluas kah dan berintegritikan SPRM ?



Siasatan SPRM atas mana-mana menteri atau siasatan BPR dulu terhadap mereka yang dikatakan 16 fail berprofail tinggi oleh Dr Rais Yatim senyap sesenyapnya sampai ke hari ini.

Adalah tidak menjadi pelik ia tidak disiasat dan dibuka fail. Yang sebaliknya menjadi pelik kalau siasatan dijalankan. Walaupun mecam kes PKFZ memang nampak beria-ria pada mulanya, akan berakhir macam kes video Vajindran bekas speaker Sewan sebelum ini melibat video yang memalukan itu.

Media memenag suka mensensasi dan Polis macam biasa akan membuang kes, dan mentiadakan kes, percayalah. Kita akan pelik jika polis akan menjumpai kes dan membuktikan kes ini ada kes.

Semalam, dilaporkan Dato Ong Tee Keat selepas disoalsiasat SPRM selama beberapa jam, kononnya. Terus pergi mengadap PM Najib selama 2 jam pula memberi keterangan atas keterangannya.

Makanya Polis itu, satu hal. PM satu hal lagi. jadi kita akan lihat siapa kuasa siapa. Jika mengikut amalan biasa PM tidak akan campurtangan dahulu sehingga kes ini diselesaikan secara profesional mensabitkan kesalahan mengikut peratuaran dan undang-undang negara.

Mana dia prinsip kedaulatan Undang-Undang yang diajar kepada anak-anak. Campurtangan kuasa eksekutif dengan mendahului kuasa Badan Perundangan dan Sistem Kehakiman menampak sesuatu yang nampak kurang profesionalisme. Tetapi itulah amalan di negara kita sejaka zaman berzaman bawah era tempuk pemerintahan UMNO Malaysia.

Friday, September 04, 2009

Negara semakin gawat ?

Selepas dibantah keras, selepas diasak. Kerajaan bawah Najib selaku PM terus kekal melantik IGP Musa Hassan setahun lagi kontraknya disambung. Selepas desakan yang kurang popular dalam sejarah kepolisian negara (pertama kali parti pembangkang mempertikaikan kewibawaan KPN di malaysia).
Maka Musa Hassan dengan 'bangga' hari ini selepas disambung tugas, bertindak memklumkan kepada m,edia PDRM membeku bebarapa akuan Kuala Demensi, syrikat yang terlibat dalam Skandal PKFZ bernilai RM10 billion.
M
Teringat kita kata-kata keramat Dr M, selagi mana mahkamah belum memutuskan seseorang itu bersalah, ia belum lagi boleh dianggap bersalah. Maka bagaiamana kes Isu Perak MB Haram dan MB Nizar Jamaluddin, bagaimana dengan Kuala Demensi Sdn Bhd.
Inilah undang-undang negara yang semakin caca marba. Benarlah kata tulisan dalam Harakahdaily hari ini, Kes RM2,400 siasatan dibuat 10 jam. Manakala RM10 billion siasatan SPRM hanya 2 jam sahaja.
Kerajaan akan bertindak cepat menyelesaikan kes ini dan menutup kes ini. PAC adalah rubber stamp. jadi kita minta semua ahli j/kuasa daripada Pakatan Pembangkang sila keluar menunjukkan tanda protes. jangan fikirkan sangat soal wang dan saguhati, atau mahukan maklumat perjalanan PAC.
Ini memberi gambaran negara kita berada dalam krisis nilai yang amat ruwet. Keparahan institusi - institusi dalam negara semakin menjolok mata. Imej negara tercalar. bangsa dan negara perlu malu dengan kepimpinan yang ada.
Segerakan perubahan dan pertukaran, jangan tunggu lama lama .

Al Fatihah : Untuk ADUN Bagan Pinang NS

SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL...

SEREMBAN: Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil iaitu pilihan raya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun.
Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksikan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

}

Seruan TPM amat difahami, tetapi ..?

Dalam apa-apa juga ada syarat-syarat dan peraturan. Begitu juga dalam bernegara serta dalam memerintah negara. Para penguasa atau pemegang tampuk pemerintahan negara kena dulu mengamalkannya serta memang nampak diamalkan.

Soal ini berbangkit lagi, bilamana TPM membangkitkan perkara yang tidak perlu dibangkitkan. Dengan mendakwa pihak pembangkang jangan cuba mencabar keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah tidak akan tercabar atau dicabar bilamana semua prosiding dan pematuhan kepada serta akur dengan sebarang bentuk mahkamah. Dan institusi atau badan Kehikaman ini hendklah juga nampak telus dan tidak dipengaruhi dan membuat keputusan secara gentlement.

Tetapi kini persepsi pembangkang dan persepsi dunia terhadap sistem kehakiman negara amat diragui. Pencabulan secara terang-terngan sisitem kehkaiman dan Perundangan negera bermula pada era Dr M selepas 20 tahun (1990-2010) pemerintahannya. Sistem Kehakiman tercalar teruk, khasnya merujuk pendakwaan liwat atas musuh politiknya waktu itu DSAI yang mendapat liputan medai antarabangsa.

Justeru itu, pemulihan sisitem kehakiman dan Badan kehakiman khansya Mahkamah perlu dilkaksanakan olehj kerajaan. maka kerajaan kena pakai dan tegas dengan prinsip keadilan secara telus. Walaupun keputusan tersebut mencabar kerajaan itu sendiri.

Dengan bersikap begini, seruan TPM tadi akan mendapat penghormatan semua pihak. dan semua pihak wajarlah menghormati seruaan TPM tadi.

Masa ini adalah masa yang amat sesuai memberi fokus kepada rakyat. Berpolitik dan mempolitikkan isu tamat sementera bilamana rakyat sudah membuat keputusan pada Mac 2008 (PRU12) yang lalu. Maka berpolitik semula secara aktif menjelang PRU 13 nanti.

Oleh seruan itu, hendaklah dicerminkan ke dalam oleh TPM. janganlah seperti ketam mengajar anak berjalan.


Thursday, September 03, 2009

Meluat alasan setiap kali minyak naik ada subsidi kerajaan ?

Sepatutnya Senyum Kambing meluat dengan telatah kerajaan. Setiap kali naik minyak sahaja ada sahaja alasan menyebelehi kebaikan kerajaan. Hari ini dilaporkan kenaikan minyak RON95 kepada RM1.80 sen iaitu naik daripada harga asalnya RM1.75 sen. Dakwanya kenaikan 5 sen itu sedikit kerana ada subsidi kerajaan.
Sepatutnya Senyum Kambing kena meluat juga kepada kerajaan. Kerana setiap kali harga minyak dinaikkan maka alasan subsidi kerajaan, alasan subsidi kerajaan.
Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan memberi subsidi khasnya dalam ilmu ekonomi kapitalis yang dunia amalkan. Inilah prinsip asas dalam ekonomi. Subsidi oleh kerajaan adalah satu instrument dalam pengurusan ekonomi.
Patulah dimeluatkan juga oleh Senyum Kambing. Kenapa kuat sangat 'menipu' rakyat. Jika lemas dan tiada upaya menguruskan negara berhentilah. Patutlah juga Senyum Kambing meluat dengan kerajaan yang ada. Setiap kali minyak dinaikkan harganya, beri gambaran seoalh-olah kerajaan sahaja yang sanggup bersusahpayah kerana rakyatnya. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan lah kerana mereka dipilih oleh rakyat. Meluat lah pula akunya.

Inikah tindakan dari rasa meluat ?

Maka akibat meluat ahli-ahli MCA lah mereka bertindak menyeberang ke sebelah PKR. Meluat sahaja bagi mereka tidak selesaikan masalah, jika mereka yang meluat itu masih lagi duduk dan berteduh di tempat yang sama.
Oleh itu, bagi merasa lain dari meluat, iaitu rasa lega dan lapang dari meluat, maka merekapun keluar lah daripada meluatnya itu. maka tinggallah meluat itu dengan peluatnya sekali. Justeru meluat dan peluat lama kelamaan akan buruk dan kematu dengan kemeluatannya.
600 anggota BN Perak sertai PKR Sabtu ini
IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Beliau mendakwa, lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.BERNAMA


Meluat bila dak sebelah kita ?



Jika media meluat dengan kekecohan di Perak. Rakyat lagi lah jelak dan jemu. Biasalah dan sifat normal lah tu ada perasaan melaut. Jika yang tiada ada apa-apa perasaan langsung ni. Inilah yang menjadi masalahnya.

Sepatutnya meluat media terutama Senyum Kambing ini sampai lah juga kepada sisitem kehakiman, sistem perundangan, kuasawan ekesekutif yang menempek dan memegagng kekuasaan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab kita khasnya untuk menghentikan meluat yang tiada kesudahannya.

Sekadar meluat tidak akan selesai masalah. Sebelah pihak yang dimeluatkan itu pun ada perasaan. Bayangkan hak kepunyaan milik Senyum Kambing dimilik persendirian dengan cara perogolan dan peramapasan yang rakus tanpa ikut etika 'penipuan' pun salah prinsipnya. Adakah boleh dan dapat diterima bagi orang yang ada perasaan.

Kenapa tidak meluat juga dengan gelagat yang berdemo bawa kepala lembu tempoh hari. Kenapa tdak ada perasaan meluat dengan kekecohan di kg Buah Pala.

Boleh kah tidak Senyum Kambing meluat dengan rasuah dan penyelewengan khasnya PKFZ yang mencecah RM10 billion. Bolehkah tidak Senyum Kambing meluat melihat telatah-telatah Pak Menteri membohongi rakyat, menjanji rakyat, ....

Justeru meluat kita patutlah berpada-pada. Janganlah sampai ALLah pun meluat melihat umat kita sudahlah !

Awasi blogger upahan UMNO

Hari ini penulis melihat komen posting melalui blog penulis. Penulis berfikir dan meneliti komen dan dalam bulan ramdhan ini penulis diilhamkan dua komen kontra. satu komen tidaklah bersifat membelasah, ia lebih kepada memujuk dan satu lagi penulis blog itu minta dilink kan dengan blognya dan memuji blog penulis adalah 'hebat'.

Inilah jarum-jarum blogger yang diupah oleh UMNO bagi memantau blog-blog Pakatan, pro Pakatan dan blog benci UMNO BN atau Kerajaan yang ada.

Permainan mereka udang blogger berinteraksi dengan mereka dan mengikut kehendak serta melayan karenah isu yang mereka itu bawa. Awasssiiiiii....

Persepsi dan tanggapan umum

Polis, undang-undang dan tindakan kerajaan antara instrument yang menjadi perhatian rakyat. Dalam apa-apa hal rakyat didahulukan dan rakyat juga ada kuasa membuat penilaian dan pengukuran. Terutama dalam seingat kita yang masih segar dalam kes-kes politik di negara ini .Sebagai contoh belakangan dulu kes mereka yang terlibat menyertai demontrasi di Kuala Terengganui establisment, diberi nilai sebagai kumpulan anti astblishment satu ketika dahulu yang ditohmah kepada sekumpulan penyokong sebuah parti pembangkang yang diimejkan sebagai orang yang ultra dengan cara membakar bendera Malaysia selepas demo.

Maka selang beberapa hari tangkapan dibuat, sesudah muka mereka tersiar dalam akhbar perdana keesokannya, jumlahnya juga ramai daripada kumpulan yang ramai, berjaya dikesan oleh kerana kecekapan PDRM.


Berbalik dengan polis, undang-undang dan tindakan kerajaan dalam negara kita tentang kes yang hampir sama. Cumanya kes demontrasi melibatkan sekumpulan penduduk seramai 50 orang Melayu Islam berarak membawa kepala lembu ke Bangunan SUK, gara-gara membantah tapak kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Persoalannya, kenapa tiada kawalan polis pun, tiada halangan polis pun, tiada pengawasan polis walau seorang pun terhadap kumpulan ini. Ke mana pergi SB-SB polis yang ramai dan banyak, kenapa mereka tida maklumat ke ? Kenapa mereka jadi tidak cekap selalu ? Inilah antara persoalan-persoalan dalam kepala rakyat. Rakyat sudah mempunyai satu persepsi yang cukup teruk dan lama terhadap tindak tanduk kerajaan dalam soal ini, termasuklah dalam mahu memartabatkan apa sahaja yang ingin dimartabatkan.

Persepsi ini sudah menjadi doktrin, macamlah kerajaan mendoktrinkan hasil daripada persepsi rakyat iaitu kerajaan yang ada tumbang maka Cina akan memerintah. Kalau tidak ada UMNO maka rakyat akan susah.


Persepsi rakyat terhadap polis agensi penguatkuasa dan kerajaan itu sendiri telah direndahkan oleh rakyat imej. Justeru kebeloh percayaan terhadap itu harus dikembalikan.

Ini adalah merujuk kepada kes terbaru gara-gara bantahan segelintir penduduk Seksyen 23 Shah Alam membantah pembinaan kuil di kawasan kejiranan mereka. Gara-gara itu sebiji kepala lembu di arak oleh kumpulan ini ke Bangunan SUK Selangor.

Kesannya telah mencetuskan kemarahan kaum India. Bagi orang India dalam agama suci Hinddu mereka lembu adalah binatang suci. dan boleh menjadi wakil tuhan suci mereka. Penghinaan terhadap agama Hinddu akan mengundang padah yang lain. dan kita akan nantikan tindakan susulan kumpulan ini yang lebih mencabar kesucian islam nanti.

Pasukan penguatkuasa yang berpihak itulah yang memudaratkan ketenteraman awam nanti. Dengan memberi kelonggaran orang ini boleh dan orang itu tidak boleh akan menyebabkan kekacauan yang bsar nanti.


Sahkan tindakan mereka, sebelum PM minta kita patuh undang-undang ?

PM Najib tidak layak bercakap meminta supaya parti pembangkang mematuhi undang-undang. Ini adalah ekoran daripada tindakan ADUN Pakatan Rakyat mahu membuat persidangan DUN di Bangunan SUK, tetapi dihalang oleh pihak berkuasa. Isu tercetus bilamana R Ganesan spekar hara bersama dengan Kerajaan Haram Perak ingin megadakan persidangan DUN Perak.


Kita bersedia menerima dan mendengar saranan PM jika ia bertepatan dan pihaknya sendiri terlebih dahulu mematuhi dan menghormati undang-undang. Kedegilan dan kemahuan UMNO yang menghalalkan semua cara, berserta dengan kuasa yang ada 'enggan' akur dan tunduk bahawa tindakan mereka undemokratik, serta unDUN juga melanggar asas-asas prinsip undang-undang tubuh kerajaan tubuh negeri Perak.


Justeru itu, walaupun dalam Rukunegara dalam perkara ke 4 termaktub Kedaulatan Undang-Undang. Ini kerana dalam prinsip Rukunegara yang UMNO BN kiblatkan mereka sendiri tidak patuh dan taat.


UMNO cuba memberi imej pihaknya bertidak betul, pihak polis bertindak betul, mereka berada di sebelah pihak yang betul. Dan media pula memberikan kedudukan imej mereka juga dipihak yang betul. Walhal ini adalah rancangan unstrategik, PM bersekongkol dengan pegawai ex officio negeri iaitu SUK (selaku SU Dewan) dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak bersekongkol 'menerima' pakai idea tardisonal kuno lapuk merampas kuasa secara tidak demokratik kerajaan Perak yang sah.

Wednesday, September 02, 2009

Cukuplah UMNO terima hakikat ?

Kenapakah UMNO masih berdegil, kesnya Persidangan DUN Perak dengan arahan spekar V Sivakumar dihalang oleh pihak berkuasa. Ini adalah satu bentuk pelanggaran kebebasan asasi dan lebih gawat parah mempersetankan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak dengan penghalangan tugas-tugas speaker yang wajib.

Status V Sivakumar dan ahli-ahli ADUN Perak hendaklah diselesaikan. Inilah satu bentuk malapetaka atau krisis perlembagaan negeri apabila UMNO berkuasa, dan mereka mahu menekan dan menggunakan kuasa bagi semua orang sekeliling tunduk dan patuh dengan mereka. Kedudukan zaman sudah berubah, tetapi UMNO masih kekal dengan mengekalkan metodologi lama.

Krisis Perak ini memasuk fasa yang memalukan negara. Usaha-usaha wakil Pakatan Rakyat ialah tidak berjalan dan dijalankan dengan betul enggan disokongi oleh UMNO. Bermakna mereka (UMNO) adalah perosak dan sebenarnya pengkhianat negara kerana mahu negara berada dalam keadaan kecamuk dan tidak terurus.


Memegang kuasa hampir 52 tahun, tidak bermakna negara ini kekal bawah undang-undang dan perintah mereka. Zaman Keemasan UMNO sudah berakhir dan tamat. Bilakah UMNO hendak sedar diri. UMNO tidak akan sedar selagai mana tokoh-tokoh UMNO merasa diri mereka hebat, diterima rakyat. Kemenangan mereka melalui peti-peti undi bukanlah bererti mereka diterima rakyat sepenuhnya.



Tuesday, September 01, 2009

ISA: PERKASA yang menyibuk ?

Lembu punya susu sapi dapat nama. Kisah awalnya, gambaran isu inilahlah gambaran yang dapat diungkapkan bilamana perjuangan Memansuhkan ISA digarap secara sepadu gabungan antara parti-parti politik, NGO , NGO Islam dan bukan Islam berjaya digerakkan sehingga mengundang reaksi kerajaan UMNO BN.


Undang-undang ISA yang zalim ini ditentang oleh kumpulan parti pembangkang, NGO-NGO yang bersimpati kerana salah tafsir dan pemakaian secara wewenang pemerintah menekan individu yang dianggap sebagai 'berbahaya' dan mengancam keselamatan negara. Inilah tafsiran mudah yang memangsakan mangsa ISA. Tahan tanpa bicara ini minimum 2 tahun dan boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa dengan perkenaan 'kuasa' veto Menteri Dalam Negeri setelah mendapat nasihat PDRM.


Cadangan kumpulan Membantah ISA adalah supaya dimansuhkan ISA ini, kerana zalim. Undang-undang tinggalan British yang bertujuan menahan tanpa bicara para pengganas komunis zaman penjajahan dulu.


Undang-undang ini zalim. Zalim bagi Islam adalah mereka yang tidak mahu beramal, mengamalkan, melaksanakan selain daripada hukum ALlah. Orang zalim berkecenderungan melakukan penganiyaan, penindasan, penafian hak dan penyelewengan kuasa. Maka kesannya memberi pelbagai impak kepada individu, masyarakat, negara kita sendiri samada jangka masa pendeka atau jangka masa panjang.


Oleh itu, hari ini (Rabu) diberitakan Dato Ibrahim Ali, pengerusi PERKASA bertemu dengan media mengadap Menteri Dalam Negeri bagi menyampaikan memorundum Bantahan ISA yang dengan meminta supaya kuasa menteri dihadkan berserta menubuhkan sebuah jawatankuasa khas tentangnya dengan dianggotai oleh Menteri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Peguma Negara, Suhakam. Sebaliknya minta di ISA kan mana-mana individu yang menghina Islam, raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu. Dan diberitakan Menteri Dalam Negeri menyambut baik cadangan daripada PERKASA itu. Dan berjanji akan membawa pindaan ISA ke Dewan Rakyat pada bulan Oktober nanti.


Ibrahim Ali adalah tokoh politik yang mencari makan. Dia adalah daripada kalangan kumpulan oppurtunis politik dalam masyarakat, iaitu kumpulan yang mengambil kesempatan atas apa isu yang dikesempatan bagi meraih kepentingan peribadi atau kumpulan.


Dalam kes ini, kenapa Ibrahim tidak memperjuangkan soal murtad kalangan orang Melayu yang cukup membimbangkan serta mencemaskan. Soal keutuhan dan integriti dalam birokrasi kerajaan dengan pendedahan terbuka penyelewengan PKFZ yang mencecah RM10 billion. Selain itu, juga membela golongan mustadafin yang lemah dalam mempertingkatkan kemiskinan tegar kalangan orang Melayu khasnya di kawasan setinggan dan bandar-bandar besar.


Mengapa dia terlalu sibuk dengan ISA. Apa ada dengan ISA kepada nya. Apakah agenda PERKASA bermusim ikut biiah suasana semasa, bila ada desakan kuat kumpulan pembangkang, maka beliau keluar sebagai juara mengungguli isu berkenaan.


Agendanya, beliau mahu membuktikan kepada UMNO Ibrahim Ali masih laku dan berguna kepada UMNO atau masyarakat. Justeru harap-harap UMNO dapat mempelawa beliau kembali ke tampuk atau gangang UMNO seperti dahulu kala.

UMNO bias, mahu sambung lantikan KPN

Lazimnya saranan PAS tidak diendahkan. Terkini terbaru PAS mohon supaya Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan tidak disambung kontraknya lagi yang akan berakhir pada 14 September ini. Gesaan lisan itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Dato Mahfoz Omar.
Alasan beliau, adalah kerana Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.

"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif