Sunday, December 28, 2008

kEKEJAMMAN YAHUDI

PENDUDUK Palestin hanya mampu melihat sebuah bangunan musnah dibedil pesawat tentera Israel di bandar Rafah, semalam.

BEBERAPA wanita Palestin terkedu melihat kemusnahan ketika anggota penyelamat tiba di Rafah, yang menjadi antara sasaran serangan kejam terbaru tentera Israel di Gaza, semalam.

Yahudi sekat pengantin Palestin: Askar Israel menghalang pengantin Palestin, Yasem Zawahreh dan pasangannya ketika mereka melintasi sekatan, di tengah-tengah bantahan tembok pemisah dibina rejim Zionis di perkampungan Maasarah, dekat Baitulaham di Tebing Barat, kelmarin. Zawahreh, berbaju pengantin turut bantah pembinaan tembok kerana jejaskan kehidupan seharian warga Palestin.




UMNO x ISRAEL = PERANGAI SAMA

Selepas tragedi tragis Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, setidak-tidak telah mengundang rasa 'akur' semua pihak betapa kuasa manusia yang naif tidak dapat 'langsung' untuk menakluki bumi apatah lagi 'mahu melawan' takdir dan tadbir ALlah terhadap 'makhluk' cipataan yang tidak bernilai langsung baginya.

Semua pihak akur termasuklah UMNO sendiri sebagai penguasa. Kita (rakyat teramai tanpa kira parti) merasakan kerajaan UMNO BN serta semua rangkian talibarut dan taliperutnya insaf. Berfikir langsung terhadap kekuasaan ALlah SWT yang Maha Berkuasa.

Namun, kita dikejutkan selepas Program Wacana Tranformasi Politik di Balai Islam Lundang Kota Bharu. Di majlis tersebut dipertemukan antara Husam Musa Naib Presiden PAS dengan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan lain-lain ahli akademik membincangkan isu politik negara kita.

Intipati yang terpacul oleh media talibarut UMNO BN adalah menyerang hukum Allah tentang Hudud. Walaupun kata mereka menyerang PAS secara lahiriahnya. Mereka terus pertikai atau mempertikaian samada dengan niat atau tanpa niat, tentang hukum Hudud para pembaca sedarlah dan tahulah hukumnya kita sebagai manusia Islam tentang hal ini.

Bagi mereka (di Malaysia atau luar Malaysia), sama sahaja dengan manusia lain. Arab atau tidak arab , samada Israel zalim atau tidak di mana Yahudi Laknutullah itu kini sedang meratah nyawa umat dengan menyerang umat Islam dan rakyat Palestine dikala kita (seluruh dunia) baru mahu berkira-kira menyambut Maal Hijrah esok harinya. Yahudi terus melanyak umat Islam dan rakyat Palestin dengan sebegitu dahsyat.

Samalah perangai UMNO dengan perangai Yahudi, tidak ada langsung 'sensitiviti' terhadap apa yang mereka 'ganyang' dan 'lanyak' itu.


eRTI HIDUP DAN KEHIDUPAN BAGI UMNO

Umno PJ Selatan lumpuh

25 Dec 2008 1:31AM

Oleh Mohd Sayuti Omar

UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mungkin tutup kedai dan lumpuh ekoran bekas ketuanya Kept (B) Zahar Hashim, 60 berhijrah ke dalam Pas dan telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di satu majlis khas diadakan di sebuah hotel di Ampang Jaya pagi ini.

Bersama Zahar turut berhijrah ialah 13 ahli jawatankuasa bahagian dan 28 ketua cawangan bahagian berkenaan. Penghijrahan beramai-ramai itu menyebabkan Umno Bahagian Petaling Jaya terus lumpuh.

Penyertaan Zahar bersama kepimpinan bahagian dan cawangan itu juga memberi pukulan hebat kepada Umno yang akan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu minggu depan.

Zahar dalam majlis penyerahan borang itu menjelaskan penyertaannya ke dalam Pas kerana yakin Pas adalah parti terbaik untuk orang Melayu dan mampu membela agama di masa depan.

"Pas bukan lagi parti alternatif kepada Umno tetapi parti yang lebih baik daripada Umno," tegasnya.

Jelasnya penyertaan itu bukan mengejar kedudukan dan pangkat di dalam Pas melainkan untuk memberi sumbangan kepada Pas dalam membantu rakyat, khasnya rakyat miskin.

Menurutnya beliau pernah ditawarkan jawatan Speaker DUN Selangor namun beliau tolak, penolakan itu menunjukkan beliau tidak mengejar kedudukan.

Kerana itu katanya kemasukan beliau dalam Pas hendaknya tidak dicurigai kerana beliau ikhlas untuk berjuang bersama Pas bagi memberi khidmat kepada rakyat.

"Saya masuk bukan hendak pangkat dan kedudukan tetapi untuk bersama Pas membantu rakyat miskin dan perkara ini saya sudah jelaskan kepada Pas kawasan Petaling Jaya Selatan," jelasnya.

Mengenai desas desus mengatakan beliau mengambil tindakan itu setelah keahliannya digantung, Zahar menjelaskan desas desus itu tidak betul.

Katanya sejak awal tahun lalu beliau sudah merasa tidak selesai dengan Umno ekoran peralihan kuasa dalam Umno Selangor. "Jadi kebetulan Umno pecat saya ia memberi jawaban kepada apa yang sedang difikirkan," tegasnya.

Zahar telah menyertai Umno menerusi cawangan Subang Jaya pada tahun 1981 menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Subang Jaya merangkap Bendahari Umno Bahagian Puchong tahun 1982 - 1987.

Pada tahun 1994 - 1999 beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan dan juga Adun kawasan Taman Medan. Ekoran persempadanan semula bahagian Umno pada tahun 1999 - 2008 beliau memimpin Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan sehingga keahliannya digantung baru-baru ini.

Menjelas lanjut kenapa beliau bertindak meninggalkan Umno ekoran timbul peralihan kepimpinan Umno Selangor awal tahun lalu.

Ekoran penyertaan Zahar itu juga Pejabat Umno Bahagian Petaling Jaya Selangor ditutup dan ia akan menjadi pejabat Pas kawasan berkenaan.

Nasharudin dalam ucapan mengalu-alukan kemasukan Zahar menyifatkan ia satu penghijrahan sekumpulan manusia yang ingin mencari kebenaran bersama Pas dan ia dialu-alukan Pas yang menganggapnya hadiah sempena menjelang tahun baru hijrah.

Nasarudin berharap kemasukan itu akan memberi sumbangan besar kepada Pas dalam usaha untuk memartabat bangsa Melayu dan Islam.

Turut hadir meraikan kemasukan Zahar ke dalam Pas ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Mohd Ali, timbalannya Dr Che Musa, Ketua Penerangan Mohd Roslan Mohd Shahir, ahli Exco Selangor dari Pas, Dr HalimahAli, Dr Rani Osman serta lain-lain pemimpin tertinggi Pas. / msomelayu.blogspot.com

KRONOLOGI PAPARAN KLPOS KISAH KAPTEN ZAHAR LOMPAT PAS


Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian (dipercayai milik beliau sendiri) kepada PAS kawasan tersebut

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

OLEH:
PERUBUHAN ANAK-ANAK YATIM & KEBAJIKAN DARUL IZZAH TEMERLOH
DENGAN KERJASAMA
PONDOK MODEN BAITUL MAAB, TEMERLOH

PADA 28 DAN 29HB DISEMBER 2008
MULAI JAM 6.30 PETANG - 10 MALAM

HARI PERTAMA: 28 HB DISEMBER 2008

6.30 ptg - Berkumpul
Doa Akhir Tahun 1429

7.15 ptg - Solat Maghrib Berjemaah
Doa Awal Tahun

CERAMAH AGAMA:
OLEH: YB UST MOHAMMAD B DAUD

3.00 pg - QIAMULAIL
Pimpinan : Ust Ahmad Badawi Abdullah Al Hafiz

6.00 pg - KULIAH SUBOH
OLEH : YB UST MOHAMMAD DAUD

29hb DISEMBER 2008

10.30pg - TAYANGAN VIDEO

11.00pg - MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA
OLEH : YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR SUPYAN HUSSIN (UKM)


9.00mlm - FORUM PERDANA
AHLI PENAL:
1- PROF MADYA DR KAMARUZAMAN B YUSOF (UKM)
2- UST FAUZI MAT RANI (SMK SETAPAK KL)
3- UST IBRAHIM B JAMIN (MUDIR SRA AL MUKMIN TEMERLOH)

Monday, December 15, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa berulang


Goto page: 1 2 3 4 5
KUALA LUMPUR 6 DISEMBER 2008 _ Penduduk sekitar taman Bukit Antarabangsa yang terputus hubungan selepas kejadian tanah runtuh menyebabkan mereka terpaksa melalui jalan hutan berbukit, curam dan licin di Bukit Antarabangsa memutuskan jalan utama semalam. GAMBAR ZULAZHAR SHEBLEE / PEMBERITA
CURAM
Kuala Lumpur 6 Dis. - Anggota polis dan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semalam. Gambar Digital: Zaini Husin
Tanah runtuh

Kuala Lumpur 6 Dis. - Rumah-rumah banglo yang kini berada dalam keadaan berisiko tinggi ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semalam.
KLC000369139
Kuala Lumpur- 6 Dis. - Abdullah ketika melawat tempat Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semalam. Gambar: Team Utusan  /  Pemberita: Team Utusan
Tanah Runtuh

KLC000369170
Kuala Lumpur 6 Dis. - Para penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mangsa, sedang mengeluarkan mayat yang tertimbun dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semalam.
KLC000369169
Kuala Lumpur 6 Dis. - Para penghuni Bukit Antarabangsa sedang beredar dari kawasan itu kerana didapati masih berlaku pergerakan tanah ekoran kejadian tanah runtuh, semalam.
KLC000369168


KLC000369166
KLC000369164

Thursday, December 11, 2008

Siapa pun calon PAS aktivis terima ?

Dr Syed Azman calon terbaik PAS
Muda Mohd Noor | Dec 10, 08 6:18pm
Wakil rakyat Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi calon terbaik PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kata ketua penerangan PAS kawasan itu Azmi Mohd Yassin.

Ahli jawatankuasa pusat PAS itu menepati semua ciri calon yang sesuai untuk membawa parti itu ke ambang kemenangan, tambahnya.

"Dr Syed Azman, orang yang ada personaliti, ketokohan dan berpendidikan. Beliau juga sudah dikenali di kalangan pengundi tempatan.

"Beliau merupakan tokoh paling layak yang boleh melawan semua calon Barisan Nasional, termasuk Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh," kata Azmi.

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208"Dr Syed Azman masih muda dan paling penting sudah mempunyai pengalaman sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu selama empat tahun mulai 1999," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mengulas ura-ura ahli perniagaan Dr Mohd Khazani Abdullah, Azmi berkata, ia tidak menjadi masalah walaupun ia muka baru dan belum dikenali ramai.

"Saya tidak pernah dengar nama dia, mungkin orang baru kenal Dr Mohd Khazani. Orang kata, beliau berasal dari Kampung Bukit, dalam kawasan parlimen tersebut.

"Tetapi kita boleh memperkenalkan dia dengan mudah, tidak ada masalah kerana ini pilihanraya kecil kerana semua orang tertumpu di sini (Kuala Terengganu)," katanya.

Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikatakan dekat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali juga disebut-sebut sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dr Mohd Khazani mengetuai Significant Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam teknologi tinggi gentian optik.

Bagaimanapun, tambah Azmi, cara terbaik untuk memilih calon PAS ialah berdasarkan siapa calon yang dipilih BN.

"Kalau Datuk Wan Ahmad Farid bertanding, orang yang paling layak ialah Dr Syed Azman sebab sama cerdik dan umur pun sebaya.

"Kata orang, (kedua-duanya) lawan yang sama padan, sama muda dan sama bijak," tambahnya.

"Walau apapun, terserahlah kepada pucuk pimpinan tinggi kerana orang bawah hanya menyokong sahaja."

Selain, Dr Syed Azman dan Dr Mohd Khazani, beberapa nama lain yang turut dispekulasi sebagai calon parti itu termasuklah Mustafa, timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan bekas calon Mohamad Sabu, yang juga naib presiden.

Wednesday, December 10, 2008

Nantikan PRK Kuala Terengganu ?

KT 'lebih panas' daripada Ptg Pauh
Muda Mohd Noor | Dec 9, 08 5:22pm
Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, "lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh."

Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tambahnya, pemilihan timbalan menteri itu "akan menyelesaikan banyak masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan semua sekali."

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208"Peluang Datuk Wan Ahmad Farid menang lebih baik berbanding calon BN lain.

"Tetapi orang tidak suka kepada abangnya Datuk Wan Hisham.

"Orang kata, jangan libatkan Datuk Wan Hisham (dalam pilihanraya ini) kerana orang Umno tidak suka," kata Zulkifli, bekas ahli jawatankuasa bahagian Kuala Terengganu.

"Orang kata, kalau libatkan Datuk Wan Hisham mereka akan tolak semua.

"Jadi Datuk Wan Ahmad Farid kena buang kepentingan keluarga dan kawan-kawan, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti."

Wan Hisham, bekas seorang exco negeri dalam pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh, gagal mempertahankan kerusi Ladang, Mac lalu.

Naib ketua bahagian Umno itu tewas kepada calon PAS Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, bekas pegawai kewangan negeri, dengan majoriti tipis, 31 undi.

Zulkifli menambah, BN juga menghadapi cabaran berat kerana terdapat penyokong Umno yang kecewa dengan kerajaan persekutuan yang dianggap sukar memberikan peruntukan kepada kerajaan Terengganu kini, termasuk gagal memulangkan wang royalti minyak.

bm version kuala terengganu parliamnetary seat 291108"Orang marah kerana kerajaan negeri hari ini tidak boleh melaksanakan projek pembangunan kerana kerajaan pusat tidak beri wang, tidak seperti zaman Datuk Seri Idris menjadi menteri besar," katanya, juga bekas setiausaha politik tokoh Umno negeri Tan Sri Yusuf Nor, kini pengerusi Felda.

"Jadi rakyat akan ajar BN dengan cara tidak mengundi calon parti itu."

Pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu digelar "ibu segala pilihanraya kecil" menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua pihak, termasuk bersumpah menggunakan nama Allah, pergaduhan sewaktu hari penamaan calon dan ugutan bom di bilik gerakan BN.

Kuala Terengganu adalah pilihanraya kecil kedua selepas Permatang Pauh.

Sementara seorang ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu, Sulaiman Ali bimbang akan berlaku pergaduhan dalam kempen mulai 6 Januari ini kerana kawasan itu dipenuhi oleh orang luar yang ghairah berkempen.

"Saya bimbang orang PAS membuat kacau tetapi orang Umno yang dapat nama (buruk)," katanya.

"Kita bimbang orang kita (penduduk tempatan) ganggu orang luar sehingga timbul pergaduhan."

Walaupun yakin peluang calon Umno menang lebih cerah berbanding PAS, beliau percaya faktor calon memainkan peranan utama.

"Tetapi ia bergantung kepada calon juga. Kalau letak Datuk Wan Ahmad Farid, peluang adalah 55 peratus, kalau calon lain hanya 45 peratus," katanya.

Untuk memastik BN mengatasi cabaran hebat PAS, parti itu perlu memperjuangkan isu orang Melayu untuk menarik sokongan majoriti hampir 90 peratus pengundi kawasan itu.

Umno bahagian Kuala Terengganu dijadual mengadakan mesyuarat khas, dipercayai membincangkan persiapan pilihanraya kecil tersebut, di bangunan pejabatnya di Gong Kapas, jam 9 malam ini.