Thursday, July 24, 2008

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am
Lanjusoh & Salmah Mat Husain
Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

Image"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _

Wednesday, July 23, 2008

Penyelnggaran kereta jenis apa ?

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).

“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.

Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.

Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.

Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.

“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.

Umno paling untung dari muzakarah Umno-PAS

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Akhbar dalam talian milik kumpulanThe Star telah membuat poll mengenai muzakarah antara Umno dengan PAS. Berikut adalah keputusan poll itu sehingga kini (jam 2.45 petang Isnin)

Undian Mstar.com.my

Muzakarah Umno-PAS bakal menguntungkan parti?

Umno 59.7%

PAS 12.9%

Kedua-dua parti 27.4%




Muzakarah: Karpal minta penjelasan PAS
Cetak E-mail
Oleh Bernama
Selasa, 22 Julai 2008

PENGERUSI DAP Karpal Singh meminta PAS memberi penjelasan kepada parti lain di bawah Pakatan Rakyat berhubung tindakannya mengadakan muzakarah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno baru-baru ini.

Beliau berkata DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media.

Karpal Singh berkata PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu kerana ia membabitkan isu yang sangat penting.

"Saya berpendapat tindakan itu (tidak maklumkan tentang muzakarah dengan Umno) tidak betul kerana kita dalam Pakatan Rakyat perlu tahu apa yang masing-masing lakukan terutama sekali bila ia melibatkan isu fundamental," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal Singh berkata PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno lebih-lebih lagi parti itu pernah mendakwa diketepikan semasa menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar awal 70-an.

"Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah berkata bahawa PAS tidak sepatutnya dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama tetapi saya hairan kenapa beliau menukar fikiran. Saya rasa sudah tiba masanya mereka (PAS) memberi penjelasan kenapa kami diketepikan.

"Sepatutnya tidak timbul keraguan antara parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat dan setiap tindakan yang dibuat perlulah secara terbuka," katanya.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pimpinan tertinggi parti itu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan oleh akhbar hari ini yang mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.

Dalam pertemuan itu, Umno diketuai sendiri oleh Abdullah, manakala PAS dipercayai diwakili Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz tidak hadir pada pertemuan itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata,


dalam muzakarah antara pemimpin tertinggi PAS dengan Perdana


Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah


mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar dan timbalan


menteri besar serta empat exco di Selangor.




"Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai exco yang bakal dibentuk," kata Dr Mohd Khir yang membawa pemimpin tertinggi PAS itu bertemua Abdullah.




"Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan PAS dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan," tulisnya dalam blog beliau.




"Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama," tambahnya.




Malangnya, kata Dr Mohd Khir, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut.




Beliau yakin selagi Datuk Seri Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.




"Datuk Seri Anwar memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera," tambahnya.




Sebab itulah, kata Dr Mohd Khir, Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.




Bagaimanapun, katanya, cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu nampak lebih baik sekarang.




"Saya percaya PAS sekarang sudah mulai sedar bahawa mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.




"Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi Datuk Seri Anwar sekarang. Saya tidak mengimpikan PAS dan Umno bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik.




"Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini," tambahnya.

Dr Mohd Khir berkata, impian beliau ialah suatu hari nanti "kita semua dapat melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, duduk semeja".


sumber : malaysiakini.net








UMNO yang tersepit kini dah jadi 'baik'. Sanggup berkerjasama dengan PAS atas nama Islam dan Melayu. Masa berkuasa, tidak kedengaran pun Muzakarah. Bila mereka sudah hampir dengan 'tarikh luput', perpaduan dilaungkan sehingga sanggup menawarkan semua jawatan tertinggi kepada PAS.
"

Tuesday, July 22, 2008

Saat Sukar PAS kerana isu muzakarah ?

Walaupun PAS berjiwa besar, dikala UMNo 'nazak' PAS sebagai gerakan Islam bukan sahaja gerakan politik 'sanggup' meredah hadangan menghulurkan tangan kepada UMNO. seolah-olah memberi nafas. Tindakan ini adalah bukan satu tindakan yang popular buat masa ini.

Situasi ini adalah saat sukar bagi PAS, tetapi kerana berpegang dengan prisnsip tanpa kira masa dan tempat serta siapa dia. PAS tetap hulurkan tangan persahabatan.

Maka menjadi satu kerja lah pula PAS terpaksa memperjelaskan kepada semua, termasuklah ahli-ahli yang 'tegar' supaya tiada usaha sepakat kongsi kuasa. Bahawa perundingan ini adalah bukan berfokus kepada mahu berkongsi kuasa. Tetapi orang terbanyak mahu usaha dibatalkan.

Apa pun pimpinan PAS di atas mestilah akur dan ikut rentak ahli akar umbi, perundingan dan muzakarah biarlah selesai apabila kita tungu seketika kes-kes uMno selesai. Iaitu selesaikan pemilihan Disember ini, selesaikan perlihan kuasa dulu. Tak ke mana muzakarah tersebut ?


Muzakarah tentang hal-hal islam dan Melayu sahaja ?

Mazlan: Tiada rundingan kongsi kuasa
Jul 22, 08 11:36am

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.

Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:

round button type 180708 PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

round button type 180708 PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

round button type 180708PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

round button type 180708 Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.

PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional.

"Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan.

"Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama.

"Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno.

"Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis.

"Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

Dari Anwar, tumpuan esok menjurus kes Altantuya
22-07-2008 01:04:32 PM

PETALING JAYA: Selepas 'berehat' sebulan, Mahkamah Tinggi Shah Alam dijadual bersidang esok semula esok untuk mendengar lima hujahan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu (gambar).

Perbicaraan ditangguhkan 23 Jun lalu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup prosiding pada peringkat kes pendakwaan yang masuk hari ke-124.

Pada 23 Jun lalu, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin ketika menetapkan tarikh setelah dipersetujui kedua-dua belah pihak menjelaskan bahawa mahkamah akan mendengar kesemua hujahan tersebut secara berterusan sehingga proses itu selesai.

Empat daripada hujahan ialah pecahan kepada prosiding induk perbicaraan kes bunuh Altantuya.

Hujahan pertama dan kedua melibatkan dua prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan dua saksi iaitu saksi pendakwaan ketiga, DSP Mohd. Yusri Hasan Basri dan saksi ketujuh, Lans Koperal Rohaniza Roslan.

Ia melibatkan kenyataan Rohaniza kepada polis pada 16 November 2007 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur dan mengenai percanggahan empat bahagian keterangan Mohd. Yusri di mahkamah dengan kenyataan beramaran ketika siasatan.

Dalam pada itu, hujahan ketiga dan keempat pula menyentuh prosiding perbicaraan dalam perbicaraan berhubung keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow tentang perlakuan Cif Inspektor Azilah Hadri menunjukkan tempat kejadian kepada polis dan perlakuan Koperal Sirul Azhar Umar menunjukkan barang-barang peribadi milik Altantuya di rumahnya.

Hujahan kelima pula menyentuh mengenai prosiding induk, perbicaraan kes bunuh Altantuya di peringkat akhir kes pendakwaan.

Berdasarkan laporan media bulan lalu, Tun Abdul Majid menyenaraikan seramai 144 orang saksi yang ditawarkan untuk diteliti sekiranya pihak pembelaan berminat dan seandainya mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan kelak.

Yang menarik sepanjang 124 hari perbicaraan, nota keterangan prosiding telah menjangkaui 4,000 muka surat, kata Hakim Mohd. Zaki yang sering dilihat menggunakan secara maksimum kedua belah tangannya untuk menulis nota tersebut.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.

Tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara pukul 9.45 dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

Monday, July 21, 2008

Laporan palsu: Anwar ke BPR lagi
Jul 21, 08 11:36am
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.

Berbanding keterangan minggu lalu, sejurus sebelum beliau ditahan polis bagi siasatan kes dakwaan meliwat, sesi kali ini dijangka lebih panjang, kemungkinannya sehingga selepas tengah hari.

Keterangan ini sebagai sebahagian siasatan laporan polis Anwar terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporan kesnya pada 1998.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1998, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.

Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.
Husam: PM mahu pecah belah PAS...
Jul 20, 08 9:00pm

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

‘Mahu kukuh kedudukan'


husam musa 03Mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu."

"PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau.

Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan bukan Melayu.

"Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

Kepercayaan bukan Melayu

"Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

"PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," katanya.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

"Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.

Komen Nik Aziz

nik azizSementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno,bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti.

Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

"Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Bukan atas nama parti

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan.

"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

"Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

Memegang saham dalam meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak”

Memegang saham dalam meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak”

Malam tadi saya terpaksa melayani seorang kawan dan ahli PAS (arwah bapanya bekas pimpinan PAS zaman Asri) yang bertanyakan berkenaan isu muzakarah Umno-PAS. Perbincangan kami tertumpu pada suatu artikel yang beliau pungut kononnya sebagai sumber sohih. Maklumlah penulis artikel itu menggelar dirinya “Ahli PAS dalaman”.

Saya dapati artikel itu: “Pendedahan dalang-dalang yang hendak membawa PAS masuk BN” bertenggek pada blog “Malaysia Waves” kepunyaan “Tulang Besi”.

Dulu kalau kita berkunjung ke laman blog ini pemiliknya menempelkan gambarnya untuk dikenali oleh pengunjung tetapi hari ini atas sebab yang hanya beliau sahaja tahu tiada lagi gambar atau identitinya dalam blog berkenaan. Tak mengapalah saya pun bukan berapa berminat untuk mendedahkannya cuma tertarik juga membaca artikel Sinar Harian hari ini yang kebetulan menyerang sikap Dewan Ulamak PAS Pusat yang saya kira bagi yang berminat bolehlah mengenali identiti pemilik blog ini yang menulis artikel itu.

Saya membariskan beliau setaraf dengan seorang lagi blogger yang memang tersohor dan licik dengan kisah “half truth” dan fitnahnya mungkin setanding dengan “spin doctors” pra PRU12 dahulu.

Tapi tak mengapalah, apa sahaja yang kita tulis Allah sahaja yang tahu niat dan kebenarannya.

Seorang pencuri kalau ditangkap pun tidak akan mengaku dia mencuri. Kecualilah pencuri angsa raja di zaman Abu Nawas yang meraba-raba kepalanya apabila berhimpun di hadapan raja dengan rakyat jelata negara itu. Kata Abu Nawas dalam ramai-ramai yang berhimpun ini aku tahu siapa yang mencuri angsa raja, kata beliau lagi, yang mencuri angsa raja pada kepalanya tersangkut bulu dari angsa itu.

Lalu pencuri yang terpedaya dengan muslihat Abu Nawas itu telah meraba-raba kepalanya menyangkakan ada bulu angsa tersangkut di situ, beliaulah seorang sahaja yang meraba-raba kepala sedangkan orang lain tidak.

Sesungguhnya penulisan-penulisan ini menyerang pimpinan kanan PAS yang kebanyakkannya bertaraf ulamak, malah kalau tak ulamak sekalipun, adakah kita diberi lesen untuk menghina dan mengaibkan mereka walaupun kita panggil diri kita “Ahli dalaman PAS” atau Ahlul Bait atau apa sahaja.

Sedarkah kita maklumat yang kita bawa itu benar atau fitnah? Sedarkah kita bahawa pimpinan yang kita serang itu adalah pimpinan yang ratusan ribu ahli Pas kenal dan faham budi dan akhlak mereka. Kita yang tidur malam bertemankan air liur basi dan dengkoran hodoh boleh mengadu-domba pemimpin yang menghabiskan tengah malamnya bertahajud dan beribadat malam!

Sedarkah kita pemimpin yang kita serang bukan sekadar menjelajah pelusuk negara berceramah politik tetapi mereka mengangkut al Quran, Hadis dan kita-kitab besar, mengajar dan memberikan ilmu dari masjid ke masjid, surau ke surau dan pusat tarbiyah ke pusat tarbiyah, sedangkan kaki kita terhenjut-henjut asyik mendengar lagu-lagu “underground” yang kita dakwa baik dan comel lirik-liriknya!

Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi saya tidak akan mendiamkan diri jika dengan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin yang “tested” dalam jemaah diserang dan dihina seolah penulis-penulis yang menyerangnya itu jauh lebih mursyid, maksum, baik dan sempurna.

Kebetulan semasa saya menulis posting ini sebuah kitab karangan Dr al Syed Muhammad Noh bertajuk “afat ala Tariq” atau “Wabak Sepanjang Jalan” terbitan Dewan Ulamak PAS Kedah (yang pengerusi panel penterjemahnya dahulu adalah kini YAB Ustaz Azizan Abd Razak) berada di sisi saya, sebuah kitab yang sering menjadi bahan bacaan dan teks usrah PAS (bagi mereka yang melalui terbiyah PAS).

Janganlah kita jadi al Isti’jal, al I’jab bil Nafsi, al Ghurur dan al Takabbur sehingga memegang saham dalam menimbulkan syak-wasangka, adu-domba sehingga meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak” yang dibina dan diberi penegasan oleh jemaah sejak lebih 26 tahun lalu

Baru Pahang akui rakyat miskin tegar di Pahang

Pahang sasar daftar 250,000 orang miskin

TEMERLOH 20 Julai - Kerajaan menyasarkan 250,000 orang kurang bernasib baik dapat didaftarkan dalam gerakan Cari Kumpulan Sasar di seluruh negara yang bermula awal bulan ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata, golongan kurang bernasib baik itu termasuk ibu tunggal, warga emas, fakir miskin, orang cacat, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan RM10,000 kepada setiap Parlimen bagi mengendalikan kerja mendaftar serta mencari kumpulan itu untuk diberikan bantuan.

''Pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan serta bekerjasama membantu kerajaan untuk mendaftar golongan terbabit dengan segera.

''Kerajaan mempunyai dana yang secukupnya bagi membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kuala Krau di Sekolah Agama Tarbiah Kerdau di sini hari ini.

Noriah berkata, pihaknya melaksanakan beberapa insentif dan bantuan kepada OKU, orang cacat dan penghidap penyakit kronik bermula tahun ini.

Antaranya, kata beliau, termasuk bayaran insentif RM300 sebulan kepada OKU yang mendapat latihan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) selain RM150 sebulan kepada keluarga yang menjaga sepenuh masa mereka yang cacat dan berpenyakit kronik.

''Pesakit kronik terbabit juga diberi bantuan RM300 sebulan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, kerajaan akan membina PDK di semua 576 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

''Sehingga kini, 379 PDK dibina dan usaha membinanya akan diteruskan sehingga semua kawasan DUN mempunyai pusat seumpama itu," ujarnya.

Selain itu, tambahnya, kerajaan menyalurkan RM35 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bagi membantu kira-kira 9,000 orang kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun ini.

Peruntukan itu katanya, akan ditambah jika bilangan yang memerlukan meningkatkan di negeri berkenaan.

Hebat Ahmad Said...!!!!

Benarlah kata Shabery Chik semasa debat dengan DSAI sebelumnya. Dan diiakan oleh Dato Ahmad Said MB terengganu. Bagi kerajaan BN dan UMNO BN kenaikan minyak itu bersifat global dan naik di negara kita tiada kesannya. hasilnya Ahmad Said buat keputusan ini... dikala semua rakyat di suruh berjimat cermat ...

Alasannya mudah , buktinya penyelenggaran Proton Perdana mencecah RM50 ribu sebulan. Manakala penyelenggaraan Mercedes adalah tiada langsung. ini sungguh menjimatkan. Maka semua orang jika mahu belajar menyelenggara kenderaan terutama pemilik Mercedes sila belajar dengan Ahmad Said.\

Justeru, kita minta Ahmad said wajar memberi kursus kepada semua yang berminat untuk menyelenggara kereta Mercedes terutamanya, datang ke KT bagi mengambil kursus berkenaan.


MB: Beli Mercedes bukan guna wang royalti minyak

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.

Sambil mempertahankan pembelian kereta itu, beliau berkata, ia sudah lama dirancang bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

‘‘Pembeliannya menggunakan peruntukan yang sudah disediakan sebelum ini. Ia tidak libatkan royalti minyak. Bagaimana hendak guna wang royalti minyak sedangkan kita belum menerimanya daripada Kerajaan Pusat?” katanya selepas tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

‘‘Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan, ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujarnya.

Katanya, walaupun kos permulaan pembelian kereta Mercedes tinggi tetapi kerajaan negeri dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang.


Tuesday, July 15, 2008

Moga PAS bebas zahirkan perjuangannya

Imam al Ghazali pernah berkata:

"Agama itu asas dan kerajaan itu pengawalnya. Maka sesuatu yang tiada asas akan tumbang manakala sesuatu yang tanpa pengawal pasti akan hilang".

Justeru itu tidaklah menghairankan apabila dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah baru-baru ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang menyarankan agar sudah tiba masanya bagi Islam diberi peluang untuk dilaksanakan demi melahirkan keadilan dalam negara kita yang tercinta ini.

Ibnu Taimiyyah pernah menulis:

"Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud dan berlaku adil dalam manjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." (as Siayasah as Syariaah)

Tuan Guru Presiden menyebut bahawa PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Lantaran itu dengan dasar dan matlamat perjuangan yang jelas sudah pastilah kemenangan kecil yang dikurniakan oleh Allah swt melalui pilihan raya umum lalu, mendorong PAS untuk bangkit bagi melaksanakan apa yang diperjuangkannya dalam apa sahaja ruang dan kerangka yang dibenarkan.

Memang kemenangan PAS kali ini bertenggek di atas kekuatan bersama melalui gagasan Pakatan Rakyat, namun sebagai rakan yang menurut Tuan Guru Presiden, telah memberikan sumbangan yang besar sehingga terbentuknya kerajaan di negeri-negeri baru selain Kelantan ini, sudah pastilah ruang dan peluang perlu diberikan dan dibuka buat PAS untuk melaksanakan tuntutan perjuangannya. PAS mahukan pengiktirafan dari kawan-kawannya, dan apakah pengiktirafan yang lebih besar bagi PAS selain dibenar menekankan kepada perlaksaan syariat Islam khasnya dikalangan rakyat yang beragama Islam.

Saya yakin dan percaya luahan hati Tuan Guru Presiden PAS ini yang disokong dan didokong oleh seluruh kekuatan jentera dan ahlinya akan didengar dan diberi perhatian oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa yang disuarakan oleh beliau adalah tuntutan agama yang merupakan asas kuat yang membentuk perjuangan PAS sejak berdekad-dekad yang lalu.

Kata Tuan Guru Presiden lagi:

Di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam.

Mengizinkan umat Islam melaksanakan apa yang wajib dalam agama mereka sudah pasti selaras dengan Perlembagaan Negara yang menempatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

PAS telah berkorban dan merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, melalui kekuatan jentera dan ahli-ahlinya. Walaupun dari sudut bilangan kerusi Parlimen PAS mungkin memegang saham yang terkecil tetapi dari sudut bilangan kerusi dewan undangan negeri PAS memiliki saham terbesar berbanding DAP dan PKR iaitu dengan 83 kerusi diikuti DAP 73 dan PKR 40.

Lantas di peringkat ini padan sangatlah bagi Presiden PAS untuk menuntut laluan bagi rakan-rakan untuk mengizinkan PAS melaksanakan program Islamnya yang pada dasarnya sudah pasti akan menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana ia sesungguhnya nanti akan menambat hati dan sokongan dari masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam.

PAS tidak boleh meninggal atau menggugurkan Islam. Besar atau kecil kemenangannya atau tiada kemenangan langsung, Islam akan terus dijunjung atas kepala bahu setiap ahli dan pejuangnya yang istiqomah.

Benarlah sebagaimana tulisan seorang EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam blognya:

"Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula."

Semoga atas semangat Pakatan Rakyat ini PAS akan bebas menzahirkan apa yang ia perjuangkan.

Kerajaan rasa terhebat ?

Kerajaan biasanya berniaga dialah yang paling untung, kerajaan jika mengurus dialah yang terbaik, kerajaan jika mentadbir dialah yang terbaik daripada baik, kerajaan merancang dialah perancang terbaik.Kerajaan bila nak berkongsi dialah rakan kongsi terbaik. Kerajaan bila nak bagi subsidi dialah kerajaan terhebat subsidi terbaik didunia .


Namun bila nak kongsi kekayaaan negara dengan rakyat dia mula berkira. Namun bila nak meringankan beban rakyat di mula menghitung dan mencongak. Namun bila nak mencukaikan rakyat dialah penculai yang terbaik. begitulah juga dengan keuntungan Petronas..... kerajaan serba berkira, tetapi dia adalah cukup berbangga.....




Petronas catat untung bersih RM61 bilion

KUALA LUMPUR 15 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 berbanding RM46.4 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 31.5 peratus.

Jumlah perolehan syarikat minyak kebangsaan itu turut meningkat sebanyak 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding RM184.1 bilion untuk tempoh yang sama.


Kesan harga naik, penggunaan bahan api susut 10 peratus
15-07-2008 11:21:26 AM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan petrol dan diesel telah menurun kira-kira 10 peratus dalam tempoh tiga minggu pertama sejak kerajaan menaikkan harga bahan api awal bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Tenaga Malaysia, Dr. Anuar Abdul Rahman berkata, penurunan yang telah dijangkakan itu direkodkan dari 5 hingga 22 Jun lalu.

"Walaupun dari segi (peratusan) kadar penggunaan menurun, tetapi dari segi nilai kewangan masih sama (menggunakan harga baru yang tinggi... misalnya jika dulu (sebelum kenaikan harga) pengguna boleh memperoleh 15 liter bagi setiap RM30, kini nilai wang yang sama mereka hanya peroleh dalam lingkungan 11 liter," kata beliau sambil merujuk kepada penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat yang semakin meningkat.

Laporan The Star baru-baru ini menyebut kadar pergerakan kenderaan juga menurun 'dalam jumlah ketara' pada dua minggu pertama selepas kenaikan harga minyak.

Anuar menyatakan demikian ketika mengambil bahagian dalam Dialog Meja Bulat Dewan Masyarakat Pra-Belanjawan 2009 di Menara Dewan Bahasa di sini, malam tadi.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan maklumat sebenar kadar penggunaan bahan api.

Berkuat kuasa 5 Jun lalu, harga petrol dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter.

Berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan tahun ini bernilai RM10.25 bilion iaitu lebih tinggi berbanding jumlah subsidi bahan api untuk sepanjang tahun lepas sebanyak RM8.77 bilion.

Kata beliau, mengikut pecahan jumlah subsidi bagi petrol enam bulan tahun ini ialah sebanyak RM4.006 bilion, diesel RM5.056 bilion dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM1.1188 bilion.

"Ini adalah akibat peningkatan harga minyak dunia yang mendadak. Adalah dijangkakan apabila harga mentah minyak dunia meningkat kepada USD140 setong, subsidi negara akan meningkat kepada RM30 bilion setahun," katanya.

Mengenai kesan penurunan penggunaan bahan api sejak kenaikan harga itu, Anuar berkata, di pihak kerajaan ia merupakan satu perkembangan yang memanfaatkan kerana boleh mengurangkan subsidi yang diperuntukkan.

"Mungkin bagi golongan peniaga (pengendali stesen minyak), ia mengurangkan pendapatan mereka sebab kuantiti yang dijual menurun," kata beliau dan menambah, jika ada lebihan bekalan, industri boleh mengeksportnya ke luar negara.

Dialog itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Salleh Abdul Majid.

Anggota panel yang lain terdiri daripada Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir; Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk David Chua; Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor, Ramesh Kodammal dan Ahli Majlis Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Mazlan Che Mat.

Sebab Anwarkah jalan raya sesak ?

RIBUAN kenderaan terkandas di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac),
berhampiran Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras pagi semalam.
Pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang terpaksa menempuh kesesakan lalu
lintas luar biasa akibat sekatan jalan raya yang diadakan untuk menghalang
perhimpunan haram. - Foto Nik Rosli Ishak


Sekeping gambar yang memberi pelbagai penafsiran. Kesesakan luar biasa, semua undang kemarahan rakyat dalam masa minyak yang naik harga ini. Maka , sapa yang menimbulkan masalah dan menyusahkan rakyat ni.

Monday, July 14, 2008

SUDAH DIJANGKAN USUL KAT DEWAN RAKYAT !!!

Usul tak percaya ditolak, wakil pembangkang keluar Dewan
14-07-2008 01:52:17 PM

DR. WAN AZIZAH Wan Ismail bersama Lim Kit Siang pada sidang media selepas usul tergempar yang difailkan Khamis ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini. - foto The Star oleh Darran Tan

KUALA LUMPUR: Kesemua anggota Parlimen pembangkang iaitu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hari ini bertindak keluar Dewan apabila usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin, yang menerima permohonan usul itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail Khamis lepas berkata, beliau telah memberikan alasan bertulis terhadap penolakan di bawah peraturan 18 (7), walaupun secara asasnya tidak diperlukan untuk membuat penjelasan.

"Speaker tak perlu beri alasan pun tetapi apabila saya tak jawab, seolah-olah saya sembunyikan sesuatu. (Alasan penolakan ialah kerana) Apabila saya baca usul berkenaan ia menyatakan mengambil ketetapan tidak percaya.

"Mengambil ketetapan ini membabitkan pengundian sedangkan 18 (1) dan 18 (2) ialah untuk merunding. Maca mana pulak saya boleh benarkan di bawah 18 (1) dan 18 (2)," katanya ketika memulakan sesi penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan di sini.

Beliau berkata, alasan lain yang diberikan secara bertulis kepada Dr. Wan Azizah mengenai sebab penolakan itu ialah semua yang hendak dkemukakan dalam Dewan mengikut peraturan mesyuarat itu sudah dikemukakan pada perbahasan usul kenaikan harga minyak tempoh hari.

Sunday, July 13, 2008

Pak Lah yang mangau dan buntu ?

Pak Lah mengaku dia hebat dan akui juga dia tak hebat. Tempoh hebat dia adalah antara 2004-2008. Selepas ni dia nak kaji dan nak kembalikan kehebatannya.
Petunjuk di atas adalah mudahlah , disifirkan menunjukkan sebenarnya lakonan lurus, tulusnya pada mula nampak dan rakayat yakin dan mempercayainya. Namun sebaliknya, adalah palsu, rakyat rasa ditipu dan tertipu, justeru sebab itulah rakyat terus mengubah dan mengalih pilihanan meraka. Tambahan tindakan-tindakan tidak popular seperti yang sering dibuat.
Tindakan menaikkan minyak , menyusahkan semua orang memang jenis pemimpin dungu dan wajar kita tukar.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas menyimpan pelbagai rahmat apabila berjaya mendidik Barisan Nasional (BN) untuk tabah menerima erti kegagalan dan kekecewaan dalam usaha murni berjuang untuk rakyat.Perdana Menteri berkata keputusan yang menyaksikan kemerosotan BN itu bukanlah satu tragedi yang perlu diratapi selama-lamanya dan sebaliknya semua pihak dan parti komponen BN perlu bangkit mulai sekarang untuk memperkukuhkan perjuangan dan usaha mendekati rakyat."Apa yang berlaku, telah pun berlaku. Apa yang penting ialah reaksi kita selepas itu dan apa yang patut kita lakukan selepas itu."Kalau kita tidak sedia melihat perkara ini sebagai satu pengajaran, maka tentulah apa yang akan berlaku kepada kita ialah kesusahan yang berpanjangan... Ini adalah perasaan dan sikap saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Yang turut hadir pada perhimpunan sehari itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu serta 3,300 anggota perwakilan termasuk ketua cawangan MIC dari seluruh negara.

Abdullah berkata, beliau memahami perasaan banyak pihak berikutan kemerosotan prestasi BN pada pilihan raya itu sehingga ada yang menyifatkannya sebagai satu kegagalan hingga menimbulkan perasaan "dukacita yang amat sangat"."Perlu diakui dan saya berpendapat, apapun yang merupakan kesusahan, apapun yang merupakan kegagalan dan apapun yang merupakan dukacita yang amat sangat bagi kita, anggaplah ini sebagai satu pengajaran... ini bukan satu tragedi tetapi pengajaran yang memeritkan," katanya.Sehubungan itu, Abdullah berkata, semua pihak mesti bersedia melihat apa yang berlaku sebagai satu pengajaran yang tidak akan dilupakan dan ada rahmat serta kebaikan di sebalik setiap perkara yang berlaku.Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN baru-baru ini telah menyediakan satu pelan bagi membolehkan pakatan parti komponenan BN itu gagah semula dan bangkit menyusun usaha membantu rakyat.Sehubungan itu, Abdullah berharap MIC akan menjadi parti yang lebih baik dan kukuh pada masa akan datang."Bagi BN dan parti komponennya yang lain, khususnya Umno, akan tetap bersama MIC pada setiap masa dan memberikan sokongan kepada parti ini," katanya. BERNAMA

Oiii...Syed Hamid ... Hai Syed Hamid...

Tuduhan berat Menteri dalam Negeri, kerana santan pulut dah binasa, kerana mulut badan nampak nak binasa.....Anwar tuntut Syed Hamid mohon maaf.
Oleh kerana Syed Hamid ingin menjadi hebat, maka dirinya yang dikira hebat itu mahu tonjolkan watak ' anak singa UMNo' (gelaran yang diberikan kepada bapanya dulu oleh orang - orang UMNO.
Sepucuk surat tuntutan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini yang meminta beliau menarik balik kata-katanya bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "tukang lapor" kepada Amerika Syarikat.Dalam surat tuntutan itu, Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf kepada Anwar di samping memberikan jaminan tidak mengulangi dakwaan itu.Peguam Anwar, S.N. Nair berkata kenyataan Syed Hamid dan ulasan-ulasan seterusnya yang disiarkan dalam akhbar The Star telah menggambarkan anak guamnya sebagai seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, seorang pengintip Amerika dan seorang individu yang tidak boleh dipercayai.
Bercakap pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini, Nair berkata jika Anwar gagal memperoleh sebarang maklum balas yang memuaskan, beliau telah diarahkan oleh anak guamnya itu supaya memulakan prosiding undang-undang menuntut gantirugi RM100 juta kerana mencemarkan nama baik Anwar.Dalam perkembangan lain, Nair berkata Anwar akan memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Isnin berhubung laporan polisnya terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. BERNAMA

Awas...Hati-hati berita Utusan Meloya Hari ini !!!!!

Semua pendokong dan pencinta parti hendaklah berhati-hati dengan berita di bawah. Walaupun apa yang dicodekan olehnya dalam lidah rasmi PAS iaitu Harakah adalah benar, tetapi sedikit bias. Berita ini apa pun berjaya memainkan sentimen dan berjaya mencuit hati kecil pendokong akar umbi dan pertengahan PAS. dan setakat ini penulis survey ia nya berjaya.
Justeru kita ingatkan rakan kongsi PAS, mahulah bertindak secara berhati-hati kerana mainan politik dan medan berpolitik kita masih panjang, jika diukur bagi menghadapi pilihanraya PRU13.
Pas kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat...?

Oleh Zulkiflee Bakar dan Saifulizam Mohamad

KUALA LUMPUR 12 Julai – Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP semakin retak apabila Pas dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu.

Difahamkan langkah Pas tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan.

Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu Pas.

Turut mendorong Pas mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan Pas bagi mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya.

Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun Pas turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.

Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, Pas juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.

Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa Pas tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.

‘‘Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.
“Bagi Pas, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,’’ kata sumber berkenaan ketika dihubungi.

Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda Pas yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.

Selain itu, mereka berpendapat, Pas perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat.

“Beberapa pemimpin Pemuda Pas juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu Pas terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,’’ kata sumber itu lagi.

Pas juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.

“Ini bukan bermaksud Pas akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,’’ kata sumber itu.

Larangan Orang Bertamadun ?

Apa kuasa Nazri Aziz , menghalang manusia bergerak hatta ke Bangunan Parlimen. Adakah yang semua pergi ke Parlimen itu mahu berdemontrasi. Inilah ketakutan yang lahir daripada lubuk hati, orang yang 'bersalah'. sesudah lama berada dalam zon selesa, mereka yang selama hari ini tidak pernah memikirkan hal rakyat marhein kampung dan luar bandar, syok dengan megahan dan bertapa tulus dan buta nya orang Padang rengas menghantar seorang wakil macam ini bagi mewakili kepentingan mereka.
Jangan bawa tetamu ke Parlimen
Kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan Ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen.

"Saya telahpun menghubungi Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan juga kawasan Parlimen.

"Keselamatan Ahli-Ahli Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah keselamatan tersebut terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat bahawa satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.

Khamis lepas, Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pandikar Amin yang akan memmbuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu Isnin ini.

"Saya ingin menyatakan, ekoran daripada penghantaran usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, saya difahamkan iaitu bahawa sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini," katanya.

Ditanya sama ada pihak media yang membuat liputan akan turut terjejas dengan langkah keselamatan tersebut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu adalah terpulang kepada pihak polis.
"Media, memanglah mereka bertugas. Jadi apa juga tindakan yang diambil oleh pihak polis itu terpulang kepada budi bicara mereka kerana akhirnya polis yang bertanggungjawab di atas keselamatan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga tidak akan dibenarkan memasuki kawasan Parlimen pada Isnin ini kecuali mereka yang perlu hadir kerana bertugas.

Mohamed Nazri berkata, sama ada langkah keselamatan tersebut akan dilaksanakan pada Isnin ini ataupun hari-hari berikutnya adalah bergantung kepada maklumat-maklumat yang diperolehi pihaknya mengenai perkara tersebut.

Ditanya sama ada langkah keselamatan itu berkemungkinan akan menyebabkan Anggota Parlimen pembangkang memboikot Persidangan Dewan Rakyat Isnin ini, Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat," katanya.
- Bernama

Wednesday, July 09, 2008

Pendidikan cacamarba

Natijah sistem pendidikan negara kita GAGAL. Gagal memanusiakan manusia Malaysia.melalui sisitem pendidikan Bersepadu negara yang semasa awal dulu diuar-uarkan sebagai yang terbaik di dunia.....oi. Kegagalan memuncak bilamana pihak perancangan yang mengambil pelbagai pendekatan dan penyesuian yang akhirnya ke Barat tidak dank e timur tidak. Tiru tiruan yang ala lollipop. Sekejap ada sejekep tiada. fitnah terbesar melanda umah....

Peringkat awal, matlamat awal untuk menghasilnya anak-anak terdidik. letih bersekolah setiap hari bermula jam 6 pagi dan berakhur 230 petang baik kawasan Bandar atau luar Bandar. Anak-anak kta dipadatankan dengan subjek teras, wajib dan sujbek sokongan atau sampingan bagi memperlengkapkan jadula pembelajaran meraka.

Antara subjek sekadar sokongan adalah agama dan muktahir ini dimasukan pendidikan moral atau sivik. Semua ini dibuat jangan ke tidak sahaja lagaknya..

Gagalnya sistem pendidikan kerana kita gagal memoralkan ahli masyarakat. Mukhtahir ini adalah isu liwat pimpinan tersohor negara, yang mana melibatkan puncak peringkat negara.

Bukti kerajaan Pakatan Berpakat

Pangkor II: DAP tiada hak kawal MB

PUTRAJAYA 8 Julai – DAP tidak mempunyai locus standi atau hak undang-undang untuk memaksa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tunduk di bawah tekanannya, termasuk melarang Mohammad Nizar menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sekalipun benar wujud larangan DAP itu dalam ‘Perjanjian Pangkor II’ yang dikatakan dipersetujui di antara Mohammad Nizar dan DAP, ia sebenarnya tidak mengikat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negeri itu.

Sehubungan itu, Rais yang juga Menteri Luar meminta Mohammad Nizar supaya tidak sesekali goyah dengan pendiriannya dan mencabar pemimpin Pas itu bersikap berani mempertahankan kerangka keislaman dalam politik negeri.

“Saya hairan kenapa perlu ada perjanjian seumpama itu. Sama ada Menteri Besar sudah lupa asal-usulnya atau dia telah dijual bulat-bulat oleh DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais menganggap perjanjian tersebut, jika benar-benar wujud, sebagai satu ‘kedayusan politik’.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan abang Mohammad Nizar, Mohd. Fadzil Jamaluddin menganggap adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar Perak kerana menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar daripada menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam.

Dalam perjanjian itu, Mohammad Nizar juga dikatakan tidak dibenarkan menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti hudud dan qisas.

Dalam mentadbir negeri, Mohammad Nizar didakwa terikat dengan perjanjian bersama DAP yang menguasai majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, satu persefahaman yang membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Mohammad Nizar.

Pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu dengan 31 kerusi, sementara Barisan Nasional mempunyai 28 kerusi dalam DUN.

Monday, July 07, 2008

Bn terus menipu dan menipu ?

Baru 100 hari usia kerajaan Pakatan memerintah 5 buah negeri iaitu Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Media massa menlabelkan sebagai 'gagal'.

Bagi menangkis serangan mereka , baru inilah kerajaan Persekuutuan bersungguh-sungguh minta kerajaan Sabah dan Sarawak menyenaraikan projek-projek pembangunan bagi dibuat kajian dan disegerakan peruntukan untuknya.

Kita tidak malu kerajaan Pakatan gagal dalam 100 hari mentadbir tetapi kerajaan Pusat sudah 53 tahun gagal langsung 'meremajakan' negeri-negeri sabah dan Sarawak. Di kala semua negeri sudah tua mencapai usia 53 tahun, Sabah dan Sarawak masih lagi merangkak dengan isu pembanungan melibatkan benda-benda asas.

Inilah janji dan penipuan BN selama 52 tahun. Rakyat Sabah dan Sarawak masih sabar dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Janji dan gula-gula pilihanraya menipu rakyat Sabah dan Sarawak berjalan selama 12 kali pilihanraya. masa itu adalah terlalu panjang dan kita minta rakyat Sabah dan Sarawak segera sedar.


Media cuba 'selak' kain kerajaan Pakatan tetapi kain mereka sendiri ditutup kepala kaki nampak dan ditutup kaki kepala nampak.

Sistem Nilai makin tenat ?

Buliten TV3 ditengah-tengah keghairahan menyorot dan membuat liputan kes liwat Anwar, sempat menyisip sedikit berita tentang Himpunan Rakyat bawah Protes yang mewakili semua NGO berusaha mengumpulkan 1 juta manusia bagi membantah kenaikan harga minyak oleh kerajaan baru lalu.

Dalam menyisip berita yang satu Protes berlangsung di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya. Kemudian melaporkan di masa yang sama himpunan puluhan ribuaan orang di Perak bawah anjuran GPMS Perak yang antara lain mezahirkan sokongan 'tidak berbelah bagi' ke atas kepimpinan Pak Lah.

Berita juga membuat soorotan dengan menemubual KP Selangor, antara lain memandang serius dan pihaknya akan memantau himpunan Protes 7 julai lalu sebagai himpunan politik dan melibat kan politik negara. Nada bagi himpunan di Perak anjuran GPMS menyokong Pak lah tidak pula diulas. Maka atas platform apa, mungkin kena tunggu ulasan KP Perak pula kot.


Sikap dualisma di atas memaparan negara kita sekarang berada dalam 'ketenatan' sistem nilai. Semuanya jadi hancur bilamana institusi sosial dan sisitem nilai masyarakat cuba dirogol oleh pihak berkuasa. Kesannya rakyat disuruh bersikap berpura-pura, hipokrit , bermuka-muka, takut kepada kebenaran.

jelaslah, sia-sialah usaha kementerian pelajaran Malaysia yang cuba menerap nilai-nilai murni, nilai - nilai akhlak melalui pendidikan agama, serta nilai-nilai moral melalui subek pendidikan moral. Puluhan juta duit rakyat dibelanjakan bagi memanusiakan manusia Malaysia. tetapi inilah hasilnya. Demi kuasa dan kerana kuasa mereka sanggup membelkangkan apa sahaja.

Cuma kita ada satu iaitu 'agama' , mahkamah Allah tetap ada maka kita sebagai rakyat muslim perlu bekerja keras dalam sama-samamemperbetulkan caca marba dan kepanikan nilai dalam masayarakat kita masa kini.


Friday, July 04, 2008

Alternatif rawatan kegawatan negara kini ?

Gawat dan haru biru negara. Kerajaan kena buat sesuatu, keyakinan rakyat dan masyarakat luar mesti dipulihkan. Semuanya gara-gara kes liwat Anwar. Tuduh dan fitnah balas membalas, seolah-olah kita sudah hilang arah dan punca penyelesaian.

Pada hal kita adalah juara keadilan, melayu yang glokal, minda kelas pertama. Mana pergi cara gaya slogan-slogan yang muluk-muluk diaplikasikan dalam situasi terkini.

Semua kini, menjadi hipokrit. Macam hadis Melayu kebiasaan kita dengan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Situasi kini siistem keadilan negara diuji dan teruji, adakah penyelesian secara adil dapat dicapai, bilamana kegawatan sosial sudah tidak dikawalselia oleh instutusi sosial yang ada dalam masyarakat kita.

Kita mampu membina pusat itu ini, dalam masyarakat bagi mengawal penyakit itu dan ini. Kita mampu lahirkan pakar itu dan pakar ini dalam megekang isu tertentu dalam jangkamasa ini dan tempoh masa itu yang kita unjurkan.

Namun dalam bab ini kita GAGAL. Penyakit jiwa , dan dalaman ini perlu kepada rawatan jiwa. Rawatan jiwa manusia kini yang terbaik bukanlah kaunseling tetapi adalah pendekatan agama. Jiwa masyarakat tidak tenang sekarang .....


Kempen penipu kerajaan ?

Rakyat marhaen terhimpit lagi. Sejak pengumuman kerajaan harga minyak negara naik menjadi RM2.70 seliter, kerajaan tidak henti-henti umumkan pelan itu ini, sebagai langkah mengekang serta usaha membantu rakyat secara terpimpin ke arah kehidupan yang sejahtera.

Penulis jadi kelakar, pada satu masa dibuat kempen berjimat cermat , maka media menemubual rakyat dipasar-pasar , lorong pasar di KL sokong atau tidak , terima atau tolak seruan rakyat. maka disiarkanlah pandangan yang sokong-sokong kempen kerajaan. Tup-tup selang seminit diselitkan iklan, maka dalam iklan itu antara disiar dan dipaparkan orang ke JOMHEBOH. Maka penonton diminta datang beramai-ramai membeli dapatkan itu dan ini, cepat jangan tak datang.

Kontradik berita berlaku, hipokrit iklan dan seruan berlaku. bedaah kempen terpancar dihati nurani rakyat. Rakyat diminta membazir ke pesta-pestaan itu.

Inilah sistem nilai yang cuba dipancarkan.

Kemudian diselit dalam slot berita Perdana media elektronik semalam diuar-uarkan elauan keraiaan pegawai kerajaan tertinggi naik lagi. Rakyat marhean terkedu lagi.....

Thursday, July 03, 2008

Jangan lupa Muktamar PAS di Perak

Muktamar PAS 15 Ogos di Ipoh

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.

Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.

Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.

Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.

Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.

Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.

“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

Tunggu lakonan SEMULA SPR

Sanglang: SPR tunggu keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan petisyen pilihan raya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang sebelum memutuskan tindakan susulan termasuk kemungkinan mengadakan pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya telah meneliti perakuan Hakim Mahkamah Pilihan Raya yang mengarahkan supaya kerusi Sanglang, yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) dikosongkan.

"Pengerusi SPR telah menerima perakuan keputusan hakim dan ia telah dibincangkan tetapi keputusan hanya akan dibuat apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung rayuan yang dibuat (oleh wakil Pas)," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Di bawah undang-undang pilihan raya, rayuan terhadap keputusan berhubung sesuatu petisyen perlu dibuat dalam tempoh 14 hari manakala mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai masa sehingga enam bulan untuk mendengarnya.

Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan rayuan dikemukakan oleh Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya berhubung petisyen yang difailkannya.

Rayuan itu meminta Mahkamah Persekutuan supaya mengisytiharkannya sebagai pemenang kerusi DUN Sanglang.

Mahkamah Pilihan Raya menolak permohonan Hashim untuk mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang yang layak bagi kerusi DUN Sanglang, walaupun petisyennya untuk membatalkan keputusan ketika pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi itu diterima.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pernah menyebut pihaknya akan membuat pengumuman bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Sanglang, paling awal hari ini iaitu selepas tempoh rayuan 14 hari berakhir.

Kata Abdul Rashid, jika tiada rayuan dikemukakan, SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil sama ada esok atau lusa.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, calon BN, Abdullah Hassan diisytiharkan menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.

Abdullah memperoleh 3,384 undi manakala Hashim pula mendapat 3,235 undi.

Bagaimanapun, Hashim memfailkan petisyen membantah keputusan itu pada 23 April lalu dengan mendakwa SPR telah melakukan kesilapan kerana mengisytiharkan Abdullah memenangi kerusi DUN tersebut.

Keputusan itu dakwa Hashim sebagai bercanggah dengan fakta pada Borang 14 penyata kiraan undi SPR yang menunjukkan beliau menang dengan majoriti 47 undi selepas mendapat 3,333 undi berbanding 3,286 yang diterima oleh Abdullah.

Mahkamah Pilihan Raya Perlis yang mendengar kes itu sebelum ini memutuskan kerusi DUN berkenaan dikosongkan dan menolak untuk melantik pempetisyen sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sanglang kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memilih pempetisyen sebagai pemenang.

Ketika mengulas lanjut, Wan Ahmad memberitahu, walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai masa enam bulan untuk mendengar rayuan yang dikemukakan tetapi tidak semestinya ia mengambil tempoh itu.

"Mahkamah Persekutuan belum menetapkan tarikh. Tetapi berpandukan kes petisyen melibatkan kerusi DUN Manir (yang didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh kira-kira sebulan), SPR yakin mahkamah tidak akan melengah-lengahkan untuk mendengar kes rayuan petisyen pilihan raya," katanya.

"Bagaimanapun terserah kepada Mahkamah Persekutuan untuk menetapkan tarikh dan SPR hanya menunggu keputusan mahkamah (untuk tindakan susulan)," katanya lagi.

hangat tahi nila...

Urus niaga sesi pagi Bursa Malaysia di gantung.... Isu ini adalah isu besar, yang perlu pengcaknaan orang yang peka. Isu ini isu besar bagi orang UMNo terutama yang kuat berkiblat dengan kiblat sunnah ekonomi sebagai tunjang pegangan dan wirid mereka. Isu Anwar hendaklah dikesampingankan, ke depankan isu Najib dan Rosmah dan adililah cara mana yang di dahulukan.


Semasa berucap dalam satu seminar di ibunegara Ketua Hakim Negara mengabarkan terdapat 1.2 juta kes tertunggak daripada tahun 1970an yang belum diselesaikan lagi. Inilah yang wajar diutamakan dan selesaikan daripada menyelesaikan kes-kes terpilih spt kes Yong Teck Lee yang namapak dimangsakan secara terpilih-pilih tetapi sekadar hangat-hangat tahi itik nila yan suka berak berterabur tu.....

Urusniaga sesi pagi Bursa Malaysia digantung pada pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari berikutan kegagalan pelbagai perkakasan pada sistem urusniaga pasaran saham itu.

Menurut kenyataan Bursa Malaysia, bagaimanapun urusniaga pasaran derivatif berjalan seperti biasa. - Utusan

Wibawa Pak Lah tercalar .....

Selepas Pak Lah umumkan kenaikkan harga minyak. Beliau dengan bangga mengumumkan pelan itu pelan ini serta langkah itu dan langkah ini. Semuanya untuk kebaikan rakyat dan demi rakyat. Pendekatan dan langkah-langkah hebat menyebabkan pengurusan tertinggi negara teruja dan Nampak ‘hebat’ dari segi gaya pengurusan dimata rakyat.

Pertama rakyat dapat rebet RM625 sekali untuk tahun ini kepada semua pemilik kenderaan persendirian bawah 2000CC serta motosikal 200CC sebanyak RM150. Dan langkah lain antaranya adalah bayar gaji sektor awam dua kali sebulan.

Tapi hari ini pengumuman Pak Lah jadi bubur ………kerana

PUTRAJAYA: Pembayaran gaji kakitangan awam akan diteruskan seperti biasa dan bukan dua kali sebulan mulai bulan depan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Sidek berkata, keputusan kerajaan untuk membayar gaji dua kali sebulan bagi memudahkan penjawat awam dalam menguruskan perbelanjaan mereka, tidak akan diteruskan.

"Penjawat awam sendiri sebagaimana yang disuarakan Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) memikirkan tidak perlu dibayar dua kali sebulan maka kita tak akan teruskan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di sini hari ini.

Mengenai tuntutan terbaru Cuepacs supaya Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam dinaik dan diselaraskan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi seluruh negara, Mohd Sidek berkata, kerajaan akan meneliti perkara itu.

Beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian yang teliti kerana melibatkan perbelanjaan yang besar, lebihlebih lagi ketika negara memerlukan penambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti yang dibentangkan oleh Abdullah dalam kajian separuh penggal RMK-9 Khamis lalu.

"Kerajaan kena fikir keseluruhannya, sama ada kita punya kemampuan dan implikasinya tapi apapun kita akan rundingkan," katanya. BERNAMA